hadis ni menerangkan beberapa perkara penting :
1- menjaga hak Allah
2- meminta pertolongan hanya kepada Allah
3- beriman kepada qadha' dan qadar
1. janda yang berzina
ada ulama' yang menafsirkan "janda" disini sebagai seorang "ihson" (telah berkahwin) lalu berzina. dalam Islam, terdapat hukum hudud untuk mereka yang berzina dan bagi penzina yang telah berkahwin, hukumnya ialah rejam sampai mati.
2. membunuh dengan sengaja
hukuman ini merupakan sebahagian daripada hukum qisas (membalas perbuatan seseorg dengan perbuatan yg serupa) . membunuh seseorg dengan sengaja akan dibalas dengan pembunuhan terhadap si pembunuh. istilah mudahnya, nyawa dibalas nyawa.
3. murtad
murtad atau keluar dari agama Islam juga merupakan salah satu kesalahan yang dikenakan hukum hudud. tapi, ada beberapa urutan langkah perlu dilakukan oleh pihak perundangan/kehakiman sebelum membunuh seseorsng yang murtad.
1- menyuruhnya bertaubat
2- mengingatkannya akibat murtad
3- jika berkeras, maka wajib dibunuh
Rasulullah SAW bersabda :
مَنْ بَدَّلَ دِينَهُ فَاقْتُلُوه
Maksudnya: “Barang siapa menukarkan agamanya, maka bunuhlah dia (Riwayat Al-Bukhari)
hadis ini mudah untuk difahami secara zahirnya.
hadis ini menyampaikan tentang pentingnya mengasihi saudara kita sendiri (saudara seagama) dalam melengkapkan keimanan kiita. sebagaimana kita mengasihi diri kita, seperti itulah kita kasihi saudara-saudara kita.
mungkin ada ja penjelasan yang lebih panjang untuk hadis ini, tapi saya belum temuinya lagi
Читать полностью…hadis ini ringkas. antara yang saya boleh kongsikan ialah hadis ini menunjukkan bahawa seorang Muslim itu sebaiknya meninggalkan perkara yang tidak mendatangkan kebaikan buat dirinya.
contohnya, mengata keburukan orang, mengumpat, melakukan sesuatu yang tidak diperintahkan dalam agama.
hadis ini saya pernah jumpa dalam kitab fiqh mazhab syafie iaitu fiqh al-manhaji, dalam bab poligami. dalam kitab tersebut, hadis ini digunakan sebagai peringatan kepada lelaki yang berpoligami tentang hukum berpoligami tanpa keperluan.
saja bagi selingan 🥹
hadis ini juga menunjukkan tentang seseorang yang bermusafir sedang berdoa. terdapat sebuah hadis yang menyebutkan tentang doa orang musafir antara doa yang makbul.
“Ada tiga jenis doa yang akan dikabulkan yang tidak ada keraguan padanya iaitu doa orang yang dizalimi, doa orang yang bermusafir dan doa orang tua untuk anaknya” (HR Tirmizi)
hadis ini juga memberitahu kita agar kurang mempersoalkan tentang perkara yang telah disyariatkan.
guru saya pernah menjawab soalan seorang rakan saya yang bertanya "apa hikmah ibadah ini, ibadah itu, kenapa kita perlu buat ibadah itu, ibadah ini". guru saya menjawab, tidak semua ibadah diketahui hikmahnya oleh manusia, tidak semua ibadah diketahui "mengapa ini diwajibkan, mengapa ini disunatkan". tapi, apa yang pasti, sebagai umat Islam, kita mesti melaksanakan perkara yang telah disyariatkan.
bagi hadis ke-14 ni pula, ia membincangkan 3 perkara yang menghalalkan seorang muslim untuk dibunuh iaitu :
- janda yang berzina
- membunuh dengan sengaja
- murtad
sebenarnya ada juga perkara-perkara lain yang menyebabkan seorg muslim itu halal dibunuh tetapi hadis ini hanya memfokuskan tiga perkara tersebut sahaja
cara yang paling mudah ialah mendoakan kebaikan buat saudara kita. apa apa kebaikan yang kita inginkan, doakan juga saudara kita mendapat benda yang sama.
contohnya, nikmat keamanan. di dunia ni, tidak semua orang peroleh nikmat keamanan. bersyukurlah kita masih hidup di persekitaran dan kawasan yang cukup tenteram. ada saudara kita di luar sana yang setiap hari mendengar letupan bom, bajunya sentiasa berlumuran darah, hidup dalam serba kekurangan ditambah pula ketakutan dan kesengsaraan.
oleh itu, sama-sama lah kita doakan keamanan buat mereka yang masih berjuang mempertahankan hak agama dari dirampas oleh tangan-tangan durjana.
🍉🍉🍉
dalam hadis arbain ni, saya rasa ni hadis ketiga berbincang tentang perkara syubhah. hadis2 yang telah saya kongsikan sebelum ini juga ada membincangkan tentang perkara syubhah. boleh rujuk hadis2 di atas.
seperti biasa, syubhah ni perkara yang diragui dan tidak dapat ditentukan hukumnya. dalam Islam, kita digalakkan untuk meninggalkan sesuatu perkara syubhah. selagi tidak tahu hukum sebenarnya, sebaiknya tinggalkanlah. contoh, sekiranya ada amalan yang tidak jelas pensyariatannya, utamakanlah amalan yang jelas pensyariatannya terlebih dahulu. sekiranya ada makanan yang tidak jelas hukum halal/haramnya, utamakanlah makanan yang jelas halalnya terlebih dahulu.
sedikit tambahan tentang soal pemakanan yang bersih (halal)
ramai orang salah faham tentang konsep makanan halal. ramai orang menganggap "asalkan restoran ini tidak hidang arak dan daging babi, restoran ini dikira halal".
sebenarnya, ada juga perkara lain perlu diketahui tentang konsep halal. contohnya, sumber bahan mentah mereka seperti daging dan ayam. perlu diketahui, daging dan ayam hanya akan menjadi halal untuk dimakan setelah disembelih. tidak semua tempat makan mengambil sumber bahan mentah yang telah disembelih secara syarak. oleh itu, sebagai langkah berhati-hati, utamakan tempat makan yang mempunyai sijil halal yang jelas.
antara point penting dari hadis ini ialah tentang menjaga pemakanan. kadangkala kita pandang remeh soal pengambilan makan minum kita, kadangkala kita pandang remeh soal halal haram makan minum kita.
guru saya pernah berpesan, jagalah perut kita dari makan minum yang syubhah (yg ada keraguan padanya) kerana makanan itu akan menjadi sebahagian darah daging kita dan kalau dalam darah daging kita terisi dengan makanan yang haram, maka kuranglah keberkatan hidup kita.
hadis ini jelas maksudnya. Rasulullah SAW mengarahkan kita meninggalkan perkara yang telah baginda larang (haramkan) dan melakukan perkara yang telah diperintahkan.
Читать полностью…