Taubat.
Bila dah kembali pada Allah kelak ,kita dah tak mampu nak taubat . Sungguh menakutkan kalau melambatkan -lambatkan taubat.
sanggup ke kita untuk masuk neraka walau sesaat ?
nak hidup dalam keadaan yang tenang ,bukan dalam keadaan yang terseksa ,maka jadikan dunia ini perantara yang membantu kita di akhirat.
🫀🧠
— pendosa .
https://www.instagram.com/reel/C-hxwoIyHcf/?igsh=MTA4ZDdldHhtZmRsOQ==
ig reels yang menarik , berbicara tentang jodoh. kuncinya bukanlah mencari yang baik, tapi kuncinya ialah 'menjadi' seorang yang baik.
antara pengajaran hadis ini ialah setiap orang mempunyai kemampuan masing-masing dalam beribadah. ada yang hanya mampu beribadah di tahap yang minimum contohnya hanya mampu melakukan yang fardhu namun ada juga yang boleh beribadah secara maksimum, melaksanakan yang fardhu dan melakukan ibadah sunat serta memastikan imannya berada di tahap tertinggi.
walaupun ada perbezaan dalam dua golongan ini, tetaplah tempat keduanya di syurga.
"aku mengharamkan perkara yang haram" bermaksud aku menjauhinya
"aku menghalalkan perkara yang halal" bermaksud aku melakukannya dengan berkeyakinan bahawa ia halal
Salam Jumaat semua ! jangan lupa selawat harini.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
Rasulullah (SAW) bersabda :
أَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلَاةِ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ؛ فَإِنَّ صَلَاةَ أُمَّتِي تُعْرَضُ عَلَيَّ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ، فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَيَّ صَلَاةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّي مَنْزِلَةً
Maksudnya: “Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga).” [Riwayat al-Baihaqi (5995)]
status hadis : hasan
(sumber : website mufti wilayah, irsyad al hadith siri 444)
tapi celah mana ayat surah al kahfi tu menceritakan tentang dajjal ? macam tiada pun kan ?
Читать полностью…kenapa perlu berhati-hati kongsi hadis ? sebab hadis ni kata-kata Rasulullah SAW. kalau kita memalsukan hadis, kita memalsukan kata-kata Rasulullah.
Rasulullah bersabda :
Barangsiapa berdusta atas namaku, maka hendaklah dia mengambil tempat tinggalnya di neraka.
(Muttafaqun Alaih)
https://youtu.be/V3ZfxVZnQHQ?si=kV-5TXwJEbST8W7_
dalam kelas hadis haritu, ustaz saya ada kongsikan contoh hadis palsu (hadis maudhu') inilah antaranya
sepatutnya, kita perlulah istiqamah kalau kita sudah mengaku beriman kepada Allah.
soal iman ni sangat luas dan panjang penjelasannya, tapi secara ringkasnya, apabila kita mengaku beriman kepada Allah, antara cara untuk menunjukkan kita benar2 beriman adalah dengan menjalankan perintahNya dan meninggalkan laranganNya. semudah itu.
oh ya, apa beza qadha' dan qadar?
berdasarkan website mufti wilayah persekutuan, qadha’ ialah perkara yang diputuskan oleh Allah SWT terhadap segala makhluknya samada dari sudut menciptakannya, meniadakannya, atau mengubahnya.
qadar pula ialah perkara yang telah ditetapkan kadarnya oleh Allah SWT semenjak azali, supaya ia terjadi mengikut ilmu-Nya yang mendahulu setiap perkara.
Kamu masih melakukan hal yang haram , padahal kamu tahu kalau itu dilarang ? Lalu kamu , tidak bisa meninggalkannya ?
Maka ucapkanlah doa ini :
اللَّهُمَّ احْرِمْنِي لَذَّةَ مَعْصِيَتِكَ وَارْزُقْنِي لَذَّةَ طَاعَتِكَ
Ya Allah jauhkanlah aku dari kenikmatan bermaksiat kepada-Mu dan berikanlah rezeki kenikmatan taat kepadaMu .
Syekh Mutawalli As-Sya'rawi
https://youtu.be/DfCcfIspHlc?si=A32dbwUF0BVpbOnU
feel free to watch this podcast anytime. lama juga la sejam lebih tapi worth it, membincangkan isu anak muda kini.
timbul persoalan, 'mengapa sahabat yang bertanya itu tidak menyebutkan zakat dan haji?'
berdasarkan penulisan Imam Ibnu Al-Aththar, zakat termasuk dalam lafaz umum bagi kalimah "aku mengharamkan perkara yang haram" kerana zakat itu wajib diagihkan kepada golongan asnaf dan haram pemberi mengambilnya.
bagi soal haji pula, beliau mengatakan ada kemungkinan soalan ini ditanya sebelum pensyariatan dan pemfardhuan haji. wallahua'lam.
Persiapkan doa-doa terbaikmu untuk hari Arafah esok,
Nabi bersabda :
خير الدعاء دعاء يوم عرفة،
"Sebaik-baik doa adalah doa hari Arafah.”
Pada hari Arafah, langit dan bumi bersatu dalam doa, Dosa-dosa terhapus, hati menjadi suci. Di puncak doa, kita memohon rahmat dan ampunan, Semoga Allah mendengar dan mengabulkan segala harapan.
*bantu sebaran agar ramai dapat kebaikan dan manfaat.
kita semua tahu antara fadhilat membaca surah Al kahfi pada hari Jumaat adalah terhindar dari fitnah dajjal
Читать полностью…kalau saya personally, saya biasa guna apps ni untuk semak hadis.
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.caliphstudio.semakhadis
kita perlu berhati-hati dalam menyebarkan apa-apa hadis. sebaiknya pastikan dulu kesahihan hadis itu. ada beberapa taraf hadis yang diterima :
- hadis sahih
- hadis hasan
setiap taraf ni sebenarnya ada lagi pecahan kecilnya tapi panjang sikitlah untuk dijelaskan. tapi secara asasnya, dua taraf hadis ni ja yang diterima untuk kita jadikan hadis tu sebagai rujukan.
Abdullaah bin Mas’ud radhiyallaahu‘anhu berkata,
لَا تَنْثُرُوهُ نَثْرَ الرَّمْلِ وَلَا تَهْذُّوهُ هَذَّ الشِّعْرِ, قِفُوا عِنْدَ عَجَائِبِهِ وَحَرِّكُوا بِهِ الْقُلُوبَ, وَلَا يَكُنْ هَمُّ أَحَدِكُمْ آخِرَ السُّورَةِ
“Janganlah kalian membaca Al-Qur’an seperti menabur pasir, dan janganlah membacanya dengan cepat seperti membaca syair. Berhentilah pada keajaiban-keajaibannya, gerakanlah hati-hati kalian! Janganlah fokus pada akhir surah (agar cepat selesai).”
(Diriwayatkan oleh Al-Baghowi dalam tafsirnya 8/251)
Mengajar al-Quran dan ilmu-ilmunya adalah amanah. Sepanjang 13 tahun bergelumbang dengan al-Quran bermula dengan menghafalnya lalu bertalaqqi tafsir al-Jalalayn dan al-Baghawi begitu juga mengikuti pengajian tafsir Jalsah Isnain bersama al-Habib Umar di Tarim . Kemudiannya menyelak dan mengkaji tafaaser para ulama semisal Ibn Katsir, al-Qurtubi, al-Sya'rawi, al-Sabuni dan lain-lainnya.
Semuanya kembali kepada memaknai kehambaan, proses mengenal diri dan seni mengetuk hati.
ربنا اكرمنا على ذلك
hakikatnya pada hari ini, ramai orang mampu mengaku beriman tapi tidak ramai orang benar-benar beriman. orang kita kata "Islam sekadar pada kad pengenalan"
Читать полностью…menjaga hak Allah bermaksud menjalankan suruhannya dan meninggalkan segala larangannya.
meminta pertolongan hanya kepada Allah pula bermaksud, jangan sesekali kita bergantung harap semata-mata dengan bantuan manusia.
beriman kepada qadha' dan qadar pula bermaksud meempercayai Allah telah menetapkan semua perkara untuk kita. walaupun kita percaya ada bahaya menanti di hadapan kita, selagi Allah tidak takdirkan perkara tersebut berlaku kepada kita, maka ia pasti tidak akan berlaku.