limaaksara | Unsorted

Telegram-канал limaaksara - Lima Aksara

-

Lima aksara; tinta - tinta terhala makna. Aku gabung sebagai wahana tika prahara rindu melanda. Lakaran jiwa cetusan rasa; tercipta aksara untuk Dia dan dia.

Subscribe to a channel

Lima Aksara

Bahagia itu sebenarnya mudah. Tapi terlalu banyak logika yang mengatasi rasa.

T.me/LimaAksara

Читать полностью…

Lima Aksara

"And it becomes even worse when you tried to open your heart and end up hurt even more."

-Akulunatik

T.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Hati-hati memberi sepenuh hati.

T.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Oh iya,
Aku laki-laki. Harus punya berani. Perlu kemam simpan perit dan bala.
Agar bisa menjadi sandaran semua.
Teduhan saat terik juga payung saat hujan.

Jangan kau peduli aku.
Anggap saja semua ini aturan agar semua tahu bahawasanya laki-laki harus seperti itu.

Bukan?

-Bayang

t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Hatta Januari dan Disember yang berlainan tahun juga serapat itu.

Barangkali aku Januari dan kamu Disember yang tetap aturan dalam tahun ini.
Sebelas bulan mungkin bisa menjarakkan rasa. Walau hakikatnya 3 tahun bertukar kalendar.

Nukilan, Amsterdamn.

t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Bukan tiada yang sebaik dia, cuma bukan dia.

Bintang.
T.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Kerana luka ini tidak mudah untuk sembuh dan maaf kerana masih lagi menjadi beban di pundakmu.

Nukilan, bintang.
T.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Salam, selamat pagi @LimaAksara.

Bagaimana dirimu saat ini? Ada yang masih memujuk hati, atau telah mula telusuri perjalanan, menuju impian?

Sabar dan kuat lagi ya. Kita semua mampu. InsyaAllah.

Nukilan, Anggun Delaila.
22 Febuari 2021 | Sabah.

Читать полностью…

Lima Aksara

Hirap.
Telegram.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Berhati-hati bicara walaupun tengah bergurau senda. Kerana ada kalanya perkataan yang keluar daripada bibir secara tak sengaja akan mengundang padah.

Mungkin niat sekadar ingin bergurau akan disalah tafsirkan oleh orang lain. Ada sesetengahnya boleh menerima dan ada sesetengah orang pula, tidak boleh menerima cara kita.

Amat payah nak menjaga hati orang lain. Kadang, hati sendiri kena injak lumat. Nak kata itu salah, nak kata ini risau mengguris jiwa secara tak sengaja.

Mengeluarkan tiap patah perkataan kena berjaga-jaga. Risau akan ada keterlanjuran perkataan kita, akan buat orang lain merana. Tapi sebenarnya bukan kerana nak menjaga hati sesiapa. Akan tetapi lebih kepada menjaga diri. Bimbang nanti, kerana mulut badan akan menerima padahnya.

Jadi lebih baik berdiam diri. Nak gelak kerana perkara lucu pun, biarlah secara bersendirian sahaja. Tapi aku rasa dah terlebih pelik pula bila gelak sendirian ni. Tak pasal-pasal dianggap kurang siuman pula. Haha.

Nukilan, Anggun Delaila.
18 Febuari 2021 | Sabah.

Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Kendatipun akal sari; mungkin mereka dan cetera kita akan hilang ditelan masa. Namun tentangmu takkan pernah aku melupa. Aku akan terus setia. Kerana kau bukan setakat jiwa. Tapi adalah nyawa--

Nukilan, Anggun Delaila.
16 Febuari 2021 | Sabah.

Telegram.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Lisan.

Jika dia tidak sempurna, bukan bererti kita boleh sesuka hati mencela.

Beringatlah yang kau kritik dan kata buruk itu adalah hasil ciptaan Allah. Wujudnya menurut ketetapanNya yang terbaik. Sama seperti kita semua.

Apakah kau berasa lebih berkuasa dari Allah? Sehingga lisanmu tidak terjaga. Kemudian, dengan penuh bangga menghambur kata nista, mengecam hanya kerana ketidaksempurnaannya.

Teman, kita sama hambaNya. Aku hanya ingin berpesan. Jagalah lisanmu. Lidah memang tidak bertulang. Akan tetapi jika kita meletakkan akal sebelum memulakan bicara, pasti tidak akan membinasakan dirimu mahupun menyakiti perasaan orang lain.

15 Ogos 2019 | Sabah.
Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Kerana mimpi yang terlakar itu adalah harapan agar menjadi sebuah kenyataan.

Nukilan, Syamsu | Sabah.

Telegram.me/LimaAksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Setelah berangkat dari sang lalu; berselimut dengan nestapa, bertarung dengan kerinduan, dan ingin memiliki bahagia.

Kenapa harus melepaskan, hanya kerana kepatahan berulang? Jangan dungu berulangkali. Lupakan yang menyakiti. Bangkit. Layarkan impian semula. Kibarkan ikthiar baharu untuk digapai. Jangan lelah. Tapi tetaplah semangat.

Selamat siang; buat kita semua yang masih kuat bertahan. Semoga setiap doa serta harapan kita akan dikabulkan. Aamiin.

14 Febuari 2021 | Sabah.
Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

I stayed away because I knew, where our relationship was headed.

T.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Kerana rasa sakit itu tetap sama meski dalam situasi yang berbeza.

T.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Aku masih lagi berusaha....

T.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Tatkala kata dan air mata berpelukan kerana malam semakin pekat, kau kembali dengan dusta bersulam senyum santai; seperti biasa.

Merayu cumbuan mesra dari kekasih suci sedang kau sendiri masih basah dalam peluh asmara ragu.

Parah; keliaran semakin memekat juga aku yang semakin nazak dihenyak pengkhianatan.

Nukilan, Nebula.
Januari '23 | Sudut Bilik

t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Dia datang dan menceritakan dia pernah disakiti oleh masa lalu. Tapi kenapa sekarang dia menyakiti orang yang mendengar ceritanya.

Aneh,

Bintang.
T.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Tidak mudah untuk menua dengan luka yang belum usai. Sakitnya masih terasa.

Nukilan, bintang.
T.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Menenangkan seseorang yang telah dikhianati, bukan semudah kita bicara;

"Sabar ya. InsyaAllah suatu saat nanti, kebenaran akan terbongkar juga. Segala susah payah kau hari ini, orang akan tahu ianya atas usaha kau. Bukan dia."

Kerana pengkhianatan itu takkan kau fahami selagi kau tak mengalaminya. Kadang, sakitnya takkan dapat kau nyatakan kepada sesiapa. Kau jujur tapi orang lain bersenang lenang atas usah yang telah kau lakukan. Dan ya. Hanya diri kau sahaja yang memahami.

Walaupun setelah kau cuba melupakan, akan tetapi sukar untuk memaafkan. Apalagi segala susah payah kau selama ini tapi orang lain yang mendapat faedahnya dengan menukar ganti hak milik.

Dulu aku tak memahami jenayah terhadap hati. Tapi setelah mengalaminya, aku sedar terkadang pengkhianatan itu adalah sesuatu yang menyakitkan. Apalagi ianya datang dari orang yang paling kita percayai.

Tapi kesan dan hikmahnya atas sesuatu yang terjadi; aku belajar untuk lebih berhati-hati dalam setiap perkara. Terutama sekali soal kepercayaan.

Nukilan, Anggun Delaila.
25 Febuari 2021 | Sabah.

Telegram.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Tawan.

Pada sebuah malam minggu,
Telah ku temui selaksa jawab kalbu,
Dan ketika luka-luka menjelma puisi,
Bicara dusta hanyalah kata-kata basi,
Menawar jiwa resah agar memeluk rindu.

Nukilan, Anggun Delaila.
13 June 2020 | Sabah.

Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Pesona dusta.
Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Rindu yang sering ku siratkan di dalam tulisan, kini saling berkerjasama melahirkan lara untuk kesekian kalinya.

Nukilan, Anggun Delaila | Sabah.

T.me/LimaAksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Hinis.
Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Hari ini mungkin kita berasa terlalu payah. Tapi yakin suatu saat nanti, pasti akan tiba waktu untuk kita merasakan hikmah dari segala kesusahan yang melanda.

Sesukar apa pun ujian yang kita harungi, jangan sesekali berputus asa. Jangan mengalah. Teruskan kehidupan. Tuhan sayangkan kita umatNya. Kerana itu kita diberi ujian sebagai kekuatan bukan kelemahan.

Teruskan perjuangan, salam pagi untuk hari ini.

Febuari 2021 | Sabah.
Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Bhama.

Seringkali aku berpesan agar mereka ingat akhirat. Sebaliknya aku yang khianat. Mengejar pesona dunia yang sementara.

Saat telusuri hegira; tubuh wagu kembali ditelanjangi dosa. Pengkhianat ini jiwa. Lemas ternoda kembali ke dalam dekapan nafsu durjana. Nyah kau dari ini raga. Aku ingin menyuci kalbu. Agar nanti semadiku berpaksi kalam Tuhanku.

Semoga aku masih sempat sujud mengadu. Sebelum jasad lebur tinggal abu.

Nukilan, Anggun Delaila.
15 Febuari 2021 | Sabah.

Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Patah kata antara kau dan aku;
Hanya sejarah pada sang lalu,
Perihal cinta antara kau dan aku;
Kita hanya menyelami lubuk singgah,
Bukan yang sebenarnya, pernah.

Nukilan, Anggun Delaila.
14 Febuari 2021 | Sabah.

Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Qomar.

Aku berhenti mengenali untuk kesekian kali. Kerana bimbang luka lama akan berulang kembali.

Pernah suatu kala, hadir qomar menyinari malam-malam sepi. Pada mulanya, aku menghindar semampu jiwa. Ternyata jampi cinta menawar seluruh gelisah. Meluluh tembok kukuh terbina. Aku jatuh. Benar rapuh.

Walau saat itu, jarak memisahkan dua jasad beribu batu. Tidak pernah bertitik hujung temu. Aku terima, rela. Hanya bisik doa sebagai pengubat kerinduan. Harap moga terjalin ikatan sampai ke syurgaNya.

Namun segalanya tinggal kenangan. Serasa sekejap untuk perkenalan. Rupanya dia hanya persinggahan. Mengajarkan aku erti ketabahan yang sebenarnya. Terima kasih andika jiwa. Hadirmu bererti. Pergimu menyakiti.

Salam kerinduan, semoga kamu baik-baik sahaja dalam pelukan Tuhan atas sana.

Nukilan, Syamsu.
14 Febuari 2021 | Sabah.

Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…
Subscribe to a channel