limaaksara | Unsorted

Telegram-канал limaaksara - Lima Aksara

-

Lima aksara; tinta - tinta terhala makna. Aku gabung sebagai wahana tika prahara rindu melanda. Lakaran jiwa cetusan rasa; tercipta aksara untuk Dia dan dia.

Subscribe to a channel

Lima Aksara

Setia.
Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Bonda; ku titip doa pada Tuhan Maha Tahu, untuk mengubati rinduku; selalu.

Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Elegi.
Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Hibuk.

Realiti kehidupan; walau kadang menyakitkan. Tapi harus menerima kenyataan.

Manusia terlalu hibuk dalam mengejar pesona duniawi. Walhal mati itu sentiasa menghampiri.

Terlalu meletakkan harapan pada yang sementara, lalu dengan sengaja melupakan bahawa akhirat itu adalah hakiki.

Setelah tersakiti, baru tertatih mencari manusia lain sebagai sandaran hati. Akan tetapi masih belum menyedari bahawa Dia yang sentiasa ada di sisi.

Kita, ada kalanya terlalu jauh meninggalkan Dia. Sedangkan Dia tak pernah meninggalkan kita. Ada kalanya terlalu memandang remeh akan sesuatu perkara. Walhal yang telah memberikan nyawa ialah Dia.

Nukilan, Anggun Delaila.
4 December 2019 | Sabah.

Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Cinta.

Hujan pagi ini sebagai bukti bahawa kasih sayang Tuhan tak berbelah bahagi. Alhamdulillah aku masih di sini. Masih diberikan peluang melihat keindahan arunika dan pesona swastamita.

Serta menikmati cahaya indah candra dan bintang menghiasi langit malam, setelah menggantikan jamanika syamsu pada siang hari.

Terima kasih untuk nafas yang telah Engkau beri. Akan aku hargai setiap nafas masih bersisa, sehingga aku kembali semula kepadaMu.

Nukilan, Anggun Delaila.
3 Febuari 2021 | Sabah.

Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Tidak peduli apa pun yang menghalangi. Kerana aku tahu, aku ada Tuhan sentiasa di sisi.

2 Febuari 2021 | Sabah
Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Senja, hati sedang cuba mengatasi jemari untuk menuliskan perihal kamu. Semalam saja aku ingin berhenti. Tapi ilusi yang aku beri nyawa memaksa aku untuk kesekian kali.

Aku lelah. Kadang ingin berhenti berjuang. Tapi tidak ingin menyerah. Mungkin benar aku rawan. Bertemankan bayangmu yang semakin menghilang dibalik ilalang.

Atau kerana aku terbiasa mencarimu sebagai sandaran kalbu. Membisikkan bahawa aku perlu; setelah siang aku menelan caci makian yang menghujam. Kala malam pula, aku merekam hati dalam siulan madah jiwa, angkaramu.

Tapi hari ini aku kalah lagi. Jemari kembali menuliskan tentang kamu. Walhal semalam sudah ku lepas kau terbang ke angkasa bersama pawana yang seringkali menemani.

1 Febuari 2021 | Sabah.
Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Pusara rindu.
T.me/LimaAksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Biarkan hujan membasuh luka-luka mu semalam. Agar hari ini, kau kembali menjadi manusia yang baru. Bukan bermakna kau kebal daripada luka.

Tapi sekurang-kurangnya, pengalaman yang ada takkan menyebabkan kau mengulangi kelukaan serta kesilapan yang sama sekali lagi.

30 Januari 2021 | Sabah.
Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Tidak perlu menjadi sempurna untuk mengekalkan mereka di sisimu. Cukup menjadi diri sendiri tanpa ada paksaan ataupun kepura-puraan.

Melakukan sesuatu perkara kerana terpaksa adalah sesuatu yang sangat memenatkan jiwa. Bahkan menarik sedikit demi sedikit ketenangan yang ada.

Nukilan, Anggun Delaila.
30 Januari 2021 | Sabah.

Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Usaha.

Nak berjaya dalam apa pun, kita kena tahan hadap setiap ujian. Jangan mengalah. Dan jangan sesekali berasa lelah.

Kalau setakat angan-angan setinggi langit, sembang kosong tapi malas serta tiada kesungguhan untuk melaksanakannya, tiada guna juga.

Mulut je petah berbicara tapi hasilnya tiada; sampai bila-bila pun takkan berjaya.

Nak berjaya capai sesuatu tahap dalam kehidupan, diri kenalah rajin dan sentiasa bersabar. Kejayaan takkan datang sendiri tanpa usaha yang gigih.

Bukan mudah. Tidak juga terlalu susah. Asalkan ada keyakinan serta kesungguhan. Insya-Allah nanti, pasti akan ada hasilnya.

28 Januari 2021 | Sabah.
Https://t.me/Limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Halal.
Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Andai kehilangan itu terus kamu ratapi lalu dekap sendirian, maka kesakitan itu akan semakin terasa.

Namun andai setiap kesedihan itu kamu nyata dan kongsi dalam setiap waktu sujudmu kepada Dia, dengan hanya menyebut namaNya; maka kamu tidak pernah sendirian. Bahkan ianya adalah kekuatan sebenar buat dirimu.

22 Januari 2021 | Sabah.
Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Harap.

Aku cuba bertahan sebaik melangkah semula. Kerana semalam itu cumalah sandiwara menutupi sengsara. Bukan sebenarnya yang diingini jiwa.

Harapku kini cuma pada cinta Dia. Moga tidak tersasar untuk kedua kalinya. Tapi aku yakin, hanya Dia senantiasa setia bersama hingga ke hujung nyawa.

22 Januari 2021 | Sabah.
Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Bonda; dirimu adalah srikandi di dalam kehidupanku. Tiada madah mampu menterjermah seberapa hebat dikau dalam mencintai dan berjuang mempertahankanku, anakmu.

3 Febuari 2021 | Sabah.
Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Barangkali, untuk banyak kata semoga, aku terlupa bahawa kau juga sementara. Sehingga yang parahnya adalah sukma; setelah pergimu yang takkan pernah kembali semula.

Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Saing.

Ketika pilihan sering berdepan kesukaran mencari satu solusi. Apalagi bila minda dan kata hati saling berbalah saat diskusi. Usul mana harus diturutkan dan yang mana harus disingkirkan? Logik akal terkadang tak mampu melawan kata hati. Acap kali tertindas, memaksa jiwa mengungkap suatu kata putus.

Nukilan, Anggun Delaila.
3 Julai 2019 | Sabah.

Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Racun.

Masih lagi berbicara perihal yang sama; rela melara demi cinta. Sanggup berenang merentasi setiap halangan, mencari cara mengecapi sembuh di atas dungu hati.

Nukilan, Nur Seroja Izzara.
29 June 2019 | Sabah.

Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Tidak peduli apa pun yang menghalangi. Kerana aku tahu, aku ada Tuhan sentiasa di sisi.

2 Febuari 2021 | Sabah
Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Untuk setiap arah yang aku pilih, tujuanku cuma satu; menuju Tuhanku.

Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Syamsu,

Bagaimana harus aku hapus rindu, bila kamu masih aku beri nyawa di dalam jiwa ini...

Seperti janji kita; sampai nanti menutup mata ;))

Nukilan, Swastamita.
10 Mac 2018 | London.
Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Mungkin Tuhan tidak beri apa yang selalu kau bawa di dalam doa; kerana perkara tersebut akan membuat kau terluka dan sakit suatu saat nanti.

Kerana itu kau dijauhkan dari perkara dan perasaan tersebut. Bersyukur dan yakin bahawa apa yang telah Dia berikan adalah yang terbaik buatmu, hambaNya.

1 Febuari 2021 | Sabah.
Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Mungkin aku terlalu banyak meletakkan harapan pada manusia. Sehingga aku mengabaikan Dia yang paling setia.

Satu persatu yang aku sayangi akhirnya Dia tarik semula. Yang sebenarnya bukan untuk melemahkan aku. Tapi sebaliknya untuk mengingatkan aku; bahawa manusia itu adalah sementara. Pinjaman.

Jadi bila ada rasa sayang terhadap manusia, jangan terlalu berlebihan. Simpanlah separuh untuk dia dan sebahagian besar adalah untuk Dia. Agar nanti bila perpisahan harus terjadi, sakitnya tidak terlalu parah.

Salam isyak dari negeri di bawah bayu.
30 Januari 2021 | Sabah.

Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Drama.

Daripada senyum terukir,
Ada bicara tak terzahir,
Sekilas dusta menutupi lara;
Pada baris-baris aksara jiwa,
Lakaran penuh harsa bahagia,
Ternyata ianya adalah sandiwara;
Hirap jejak tanda tanya daripada nasia,
Rupa-rupanya derita menghuni jiwa,
Sungguh pandai dia berdrama,
Menutup setiap sengsara atma.

17 Januari 2020 | Sabah.
Https://t.me/LimaAksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Kisah kita dan akhir januari.

Betapa pantas waktu bergulir tanpa sedar usia bertambah lagi satu angka. Dan kita masih seperti ini; tertidur bersama airmata bersisa di pipi. Kerana saling merindui tanpa mampu untuk bersatu kembali.

Lalu, kita belajar untuk melepaskan lagi. Cuba menerima dan menaruh sepenuh percaya; bahawa segala akan pulih semula. Namun redha bukanlah ajun bahawa jiwa dan ragamu kebal daripada setiap rasa luka; menurap bicara bahagia untuk sesuatu yang terangnya adalah lara.

Tetapi untuk perpisahan yang terjadi; pernah ada cinta hadir dari kampa jiwa di antara kita. Untuk singgah yang tidak kita rencana, ada bahagia pernah tercipta. Dan untuk setiap gelisah rindu tidak sengaja; ada senyum harsa daripada kedua jiwa, kita.

Meskipun pada akhirnya kita tahu, haluan itu pasti berbeza kini. Harapan itu harus kita kuburi. Namun doa-doa masih tetap bersatu pada yang Maha Tahu. Kerana melepaskan pergi itu memang tidak pernah mudah bagi kalbu. Apalagi sesuatu yang telah sepenuh raga kita berjuang dalam mempertahankan cinta.

Bicara dusta sahaja, jika melepaskan itu adalah sesuatu yang terlihat mudah. Padahal kau dan aku menampal senyum pura untuk setiap lakaran jiwa; bahawa kita adalah baik-baik sahaja.

Kamu; terima kasih untuk banyak waktu indah selama ini. Jadilah kamu manusia yang hebat di mata Dia, bahkan pada dirimu sendiri. Semoga kau dan aku temui bahagia sebenar yang kita cari. Rindu kita; biarkan sahaja ianya jadi urusan kalbu. Sampai waktu yang kita sendiri lelah untuk mengadu.

Nukilan, Syamsu.
25 Januari 2021 | Sabah.

Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Ada rasa yang ingin aku hapus. Setelah semalam yang menyakitkan. Semoga ianya hanyut bersama derasan hujan pagi ini.

Selamat siang; buat hati yang berjuang bangkit semula. Kuat lagi.

23 Januari 2021 | Sabah.
Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Terlalu banyak wayang yang direka demi menutupi sebuah nestapa jiwa.

22 Januari 2021 | Sabah.
Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Hegira bukan semudah yang disangka.

"Seperti pucuk ru, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah dilarik kumbang."

Hari ini aku bilang mahu berubah. Esok lusa aku kembali di dalam pelukan dosa. Kemudian kembali patah menyulam parah atma. Pengkhianat ini jiwa. Seringkali aku kalah dengan rayuan nafsu durjana.

Aku manusia biasa, tidak sempurna. Jangan aku dicerca, dihidang kata-kata makian serta hinaan. Berikan masa. Aku juga ingin mencium wangian syurga. Sebelum pranala ditarik semula; aku ingin haluan semadi menuju paksi Tuhanku.

22 Januari 2021 | Sabah.
Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…
Subscribe to a channel