limaaksara | Unsorted

Telegram-канал limaaksara - Lima Aksara

-

Lima aksara; tinta - tinta terhala makna. Aku gabung sebagai wahana tika prahara rindu melanda. Lakaran jiwa cetusan rasa; tercipta aksara untuk Dia dan dia.

Subscribe to a channel

Lima Aksara

Kehidupan di dunia hanyalah kesenangan yang memperdayakan. Kadang manusia lalai dengan setiap kesenangan tersebut. Sehingga terlupa setiap sesuatu itu hanyalah bersifat sementara, tiada yang kekal dan hanya pinjaman daripada Dia.

26 Ogos 2018 | Sabah.
Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Sayat.
Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Puspa, tunasmu hasilkan luka. Bukan bahagia.

Ada tatapan sendu pada anak matamu, yang mulai menabuh kata-kata noktah. Tapi berat bibir mulusmu mengungkap kata. Serasa berat lagi jiwaku melepas cinta; yang buat aku dungu setelah didesak sang kalbu.

Tapi cinta tidak hanya saling memiliki. Kerana memasung jiwamu hanya semakin menumbuhkan benci dan derita. Setelah jasadmu jelas dalam dekapan raga, namun jiwamu hanya dimiliki dia.

Bicaramu hanya mainan dusta penyedap atma. Walhal aku tahu inginmu adalah dia; dayita pertama bahkan janjimu, terakhir. Jadi siapa aku yang kau berikan harapan, sekadar pengganti atau menemanimu di kala kesunyian?

Padahal kau adalah doa-doa yang sering kutitipkan pada Tuhan. Mengharap kesekian kali kamu sebagai jawapan.
Tolong jangan kau permainkan rasa. Sebelum aku benar-benar mati rasa.

Nukilan, Swastamita.
12 Febuari 2021 | Sabah.

Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Bukan drama.

Hidup ini bukan seperti drama paparan televisyen. Tapi hidup ini adalah suatu pelayaran kenyataan.

Ada masa kau akan terhempas di persisiran pantai.
Ada masa pula kau berada di puncak gunung impian.

Jadi, dalam hidup kena pandai buat pilihan. Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa kesungguhan dan usaha yang berterusan. Hidup kita boleh berubah ke arah mana sekalipun, tapi terpulang daripada kita untuk mencorakkannya.

Bukan projek berjuta-juta jadi sandaran. Bukan juga prince charming anak Dato melamar kau sebagai isteri upahan.

Tiada pengarah syarikat muda mencari teman lelaki sementara untuk dijadikan penyelamat kedudukannya. Kemudian betul-betul jatuh cinta. Lepas tu adalah seorang dua manusia jahat nak rosakkan kebahagiaan terbina. Dan tup...tup..episod akhir;

"Happily ever after."

Kalau semua semudah seperti drama petang; tiadalah manusia akan memeluk sengsara. Bersusah payah meneruskan kehidupan.

Kerana dalam kehidupan sebenar, kau akan sentiasa diberikan ujian dan dugaan yang perlu kau hadapi dengan berani serta kesabaran yang tinggi.

Kadang kita kena bangun dari dunia mimpi. Hadapi realiti. Capai kejayaan tanpa mengharapkan ehsan sesiapa. Dalam masa yang sama, jadi hamba-Nya yang sentiasa mengumpul bekalan akhirat sebagai persiapan untuk menemui Dia.

December 9, 2020 | Sabah.
Https://T.me/LimaAksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Rindu.

Sedaya upaya aku mengusir rasa cinta ini. Namun rindu tak pernah putus asa untuk kembali mengacau-bilaukan kalbu.

Kini persis aku seorang pengemis; mengumpul rindu untuk menukarkannya dengan secebis harap. Walaupun jiwa sedia maklum, wujudnya telah lama hirap. Mungkin kerana dia masih bernyawa di dalam perdu jiwaku.

Dan pada akhirnya, aku yang binasa. Kerana sengaja meracun rasa pada yang telah lama tiada.

Nukilan, Syamsu.
10 Febuari 2021 | Sabah.

Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Sebuah pesan;

Ada hal yang perlu ditutupi, walau seberapa hebat kau ingin menyata. Kerana telinga yang mendengar setiap patah bicara, tidak semua boleh dipercaya.

Mungkin niat sekadar ingin berkongsi akan diperhalusi sebagai mencari bahan sensasi. Seterusnya dijadikan untuk meraih publisiti. Hati manusia tidak semua sama, masing-masing ada kepentingan serta reputasi lebih menguasai.

Untuk banyak hal yang sering terjadi, kita kena lebih berhati-hati meletakkan sepenuh kepercayaan. Sebelum terjadinya sebuah pengkhianatan perasaan. Kerana pengkhianatan terhadap hati bukan sesuatu yang mudah untuk kau hilangkan.

Nukilan, Anggun Delaila.
10 Febuari 2021 | Sabah.

Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Senja dan mama;

Detik ini, masih saja tentangmu. Mengisimu pada setiap lembaran notasi jiwaku. Aku sendiri tidak terhitung berapa jumlah sajak-sajak yang telah tercipta angkaramu.

Hadapan masa; aku tak mampu meramal untuk segala yang terjadi. Namun satu yangku pasti; takkan pernah lelah aku menyebut namamu dalam bisik doa-doa pada Yang Maha Tahu. Moga kiriman rindu ini akan selalu sampai kepadamu.

Walau suatu kala, kita hanya tinggal cebisan kenangan. Namun lembaran usang cetera kita takkan lupus daripada kotak ingatan.

18 Mac 2019 | Negeri di bawah bayu.
Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Salam, malam warga @LimaAksara

Bagaimana keadaanmu hari ini, masih bergelut dengan lara hati, ataupun sudah bangkit kembali?

Terus kuat ya. Ubati kekecewaan. Gantikan dengan kebahagiaan. Kau pasti mampu. Insya-Allah.

Febuari 8, 2021 | Sabah.

Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Andai ada seseorang yang benar-benar ikhlas ingin mendengarkan, akan aku nyatakan padanya. Tanpa harus bersandiwara bahawa aku baik-baik sahaja seperti selalu.

8 Febuari 2021 | Sabah.
Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Redha.

Aku menghargai setiap detik jalinan ini. Rangkaian kata yang terlakar, wujud daripada rasa sayang yang ada di dalam jiwa.

Tidak terbersit keinginan untuk mengakhiri apa yang telah terjalin. Tapi apalah daya menghalangi sebagai manusia biasa. Kita merancang tapi Tuhan yang menentukan segala.

Hingga redha ialah jalan terbaik; belajar melepaskan. Agar kelukaan tidak berterusan membinasakan raga serta jiwa.

6 Julai 2019 | Sabah.
Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Amarah yang berakhir dendam, suatu saat akan membuatmu binasa. Jalan yang kau lalui hanya menemukan ruang kelam yang kosong. Tanpa mampu kau melihat cahaya lantas menemukan jalan keluarnya.

Kerana petunjuk jalan di kepalamu hanya menyajikan kepalsuan angkara kemarahan telah menguasai sepenuh jiwamu. Sementara matamu telah dibutakan oleh jeritan suara hati; yang membawamu ke kubur bertanda musnah.

Nukilan, Anggun Delaila.
20 June 2019 | Sabah.

Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Tikam.
T.me/LimaAksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Kadang ada sesetengah manusia boleh kita tegur bila buat kesilapan. Lantas mengakuinya justeru meminta maaf. Dan berubah kepada manusia yang lebih tahu memperbaiki diri.

Tapi ada sesetengahnya pula, setelah melakukan kesalahan dengan sengaja cuba menutupinya. Jangankan perkataan maaf tapi sebaliknya penafian.

Lantas mereka pelbagai alasan untuk menidakkan kebenaran. Sekali gus melepaskan diri daripada mengakui kesilapan yang telah dilakukan.

Sedarlah. Dah dewasa. Bukan kanak-kanak riang lagi. Dah boleh bezakan mana yang baik dan mana yang buruk.

Marilah kita sama-sama berubah menjadi manusia dan hamba yang lebih baik selagi masih ada masa. Kerana jodoh, ajal dan maut bila-bila masa sahaja akan datang menjemput.

Nukilan, Anggun Delaila.
5 Febuari 2021 | Sabah.

Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Ku tuangkan curahan rasa,
Pada setiap baris aksara,
Mencari makna pada nada,
Agar terwujudnya kisah cinta,
Berkisarkan sandiwara;
bahagia serta lara jiwa.

Nukilan, Anggun Delaila.
20 Januari 2020 | Sabah.

Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Kita ini manusia, ada pasang surutnya kehidupan. Bila kau berada di atas, jangan sesekali lupa untuk melihat ke bawah.

Tidak selamanya kau akan berada di atas, jika sifat dan niat yang kau miliki dalam diri terlalu meletakkan hanya duniawi. Sehinggakan kau terleka pada yang hakiki.

Kerana itu ada kalanya Tuhan bagi kau jatuh. Agar kau sentiasa beringat dan tidak terlalu angkuh terhadap apa yang telah kau miliki.

Bersyukur untuk semua peluang dan kenikmatan yang masih kita miliki. Kerana semuanya sementara. Bila-bila masa boleh ditarik semula.

December 11, 2020 | Sabah.
Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Andai ada seseorang yang sentiasa mengingatkanmu tentang Allah, ketahuilah bahawa orang tersebut memang benar ikhlas menyayangi dirimu.

Kerana kawan yang baik itu akan sentiasa membawamu menuju jalan kebaikan. Bukan ke arah kemungkaran.

Salam jumaat.

12 Febuari 2021 | Sabah.
Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Jangan sesekali hilang harapan. Walau berulangkali hati telah dikecewakan.

11 Febuari 2021 | Sabah.
Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Terbersit tanya di dalam hati,
Apakah cinta masih menghuni?
Adakah janji masih kau ingati?
Apakah setia masih kau jalani?
Seperti hangatnya mentari dinihari.

28 Januari 2018 | Brunei Darussalam.
Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Salam,

Pada banyak keraguan, nyatakan kepada Tuhan. Berharap dipermudahkan segala urusan, kurangkan kegelisahan yang melanda. Bersabarlah. Kerana perbuatan yang baik ataupun jahat, suatu saat nanti pasti akan menerima balasannya. Percaya akan setiap perancangan Tuhan.

Semoga kita semua terhindar daripada manusia-manusia yang penuh sandiwara. Apalagi yang berhati iblis; tunggu masa serang hendap sampai habis.

Depan kita mengarang kebaikan. Sebaliknya belakang kita melakukan pengkhianatan. Hati-hati pada mayapada yang segalanya terletak di hujung jari. Ada yang melakukan pelbagai helah hanya untuk kepentingan diri.

Patah hati mungkin selalu terjadi. Perlahan-lahan mampu kita ubati. Tapi pengkhianatan itu lebih menyakiti. Penawarnya jarang ditemui. Kerana kadang ada yang sedang merekam hati. Lantas berakhir dendam yang akan menjerumus ke arah kejahatan. Hati manusia siapa yang tahu. Mungkin kesabarannya sebagai manusia telah pun habis. Kadang ada yang mampu memaafkan. Tapi melupakannya amat payah. Kerana sekali pengkhianatan, amat sukar untuk mendapatkan kepercayaan semula.

Tapi pilihan sentiasa ada di tangan kita. Sama ada hal tersebut baik ataupun jahat, kedua-duanya pasti ada kesan serta pengajaran yang akan kita temukan. Walau betapa banyak ujian perlu kita hadapi, Tuhan sentiasa di sisi memerhati setiap susah dan sukar kita. Kita tidak sendirian.

Nukilan, Anggun Delaila.
10 Febuari 2021 | Sabah.

Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Kisah kita.
Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Ada ketika, aku perlu sendiri. Bukan lari. Tapi aku perlu berdamai dengan setiap rasa yang ada; selari dengan logika dan jiwa.

8 Febuari 2021 | Sabah.
Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Kamu, terima kasih;

Pujangga istimewa yang hadir secara tiba-tiba menghulurkan tangan ketika aku sedang tertatih menelusuri perjalanan sukar; mencari penawar bagi merawat luka-luka jiwa.

Aneh. Datangmu tanpa undangan. Singgah pun seketika sahaja. Tapi cukup meninggalkan kesan, setelah berjaya membuka perlahan seketul hati yang telah ku berjanji untuk menutup rapat.

Walau tanpa ikatan jelas, seketika menumpang lalu pergi tanpa sebarang ucap pasti. Namun cukup berbekas; daripada bahagian kenangan yang takkan pernah usai.

Dalam banyak waktu, pada setiap kali memori yang kita cipta, maafkanlah segala tak sempurnaku. Yang tidak indah bak purnama; berada umpama laksana yang bertaktha. Terima kasih sekali lagi senja, untuk segala cinta ;))

Nukilan, Syamsu.
6 Julai 2019 | Sabah.

Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Cinta.

Andai cintamu kau letak untuk manusia, sudah pasti ianya akan menyakitkan. Lumrah manusia, menyakiti dan disakiti. Kerana segalanya hanya sementara. Termasuklah perasaan yang sentiasa ada bolak baliknya.

Tapi andai cintamu untuk Dia, tiada kesakitan melainkan hanya kebahagiaan akan menghuni jiwa sepanjang perjalanan hidupmu.

8 Febuari 2021 | Sabah.
Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Sebuah karangan pesan;

Mampukah kita merasakan bahagia di atas penderitaan manusia lainnya?

Mampukah jiwa kita merasai ketenangan setelah menyakiti hati sesama manusia?

Sampai bila kau mampu berpura-pura baik-baik sahaja padahal kau juga sama mengalami derita. Sentiasa berada dalam keadaan waspada. Bimbang segala yang ada akan diambil semula.

Sesuatu yang bukan milik kita, jangan sesekali kita rampas demi untuk kepentingan diri sendiri. Hendak memiliki, usaha. Doa. Jika hal tersebut adalah milik dan takdirmu; pasti ianya akan menjadi kepunyaanmu.

Namun jika bukan, jangan melakukan kejahatan. Jangan menyakiti. Jangan menumpahkan sengsara. Demi mengikuti hawa nafsu; memiliki bahagia yang semua manusia damba.

Inginkan bahagia bukan bermaksud harus mengkhianati. Fahami konsep bahagia. Ketenangan perlu ada untuk melengkapi kebahagiaan.

Ingat, doa dari manusia yang teraniaya sentiasa Dia dengari.

Hari ini kita menyakiti. Suatu saat giliran kita akan tiba. Andai tidak takutkan sesiapa, tapi takutlah akan hukuman dari Dia. Setiap kejahatan pasti akan menerima balasannya. Hanya cepat ataupun lambat, semuanya atas Dia.

Lakukanlah kebaikan selagi masih diberikan peluang. Hidup ini cuma pinjaman. Dunia hanya persinggahan sementara. Jadi berkelakuanlah seperti seorang tetamu; di mana kaki yang memijak sentiasa merasa malu dan sedar diri.

Nukilan, Anggun Delaila.
7 Febuari 2021 | Sabah.

Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Hinis.
Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Crying doesn't show that someone is weak. They've been strong for too long, and they're just touched with all the supports they have.

6 Febuari 2021 | Sabah.
Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Kekal.

Terkadang, kita kena terima bahawa ada sesuatu itu, takkan terulang kembali seperti saat pertama kali. Kerana sesuatu itu tiada yang kekal dan tiada yang asal. Kecuali Dia. Manusia berubah. Perasaan berubah. Tapi kehidupan tetap harus diteruskan.

06 Mei 2018 | Sabah.
Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Rapal.
Https://t.me/limaaksara

Читать полностью…
Subscribe to a channel