Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat daripada empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM9.5 juta yang didakwa diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak dan membuat penyata pendapatan tidak betul kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Muhammad Shafee, 70.
Sinar Harian