🇺🇸US Core PPI m/m
Actual: 0.3%
Forecast: 0.2%
Previous: -0.2%
🇺🇸US PPI m/m
Actual: 0.2%
Forecast: 0.1%
Previous: 0.0%
🇺🇸Unemployment Claims
Actual: 230K
Forecast: 227K
Previous: 228K
Probability pemotongan kadar faedah oleh fed sebanyak 25 mata asas meningkat kepada 85% berbanding 66% waktu sama semalam selepas data CPI.
Читать полностью…US CPI YoY
Actual: 2.5%
Forecast: 2.5%
Previous: 2.9%
US CPI MoM
Actual: 0.2%
Forecast: 0.2%
Previous: 0.2%
US Core CPI YoY
Actual: 3.2%
Forecast: 3.2%
Previous: 3.2%
US Core CPI MoM
Actual: 0.3%
Forecast: 0.2%
Previous: 0.2%
🇨🇦Ringkasan Ucapan Macklem
☄️Kenaikan harga barangan akan lebih perlahan dari jangkaan
Menurut Gabenor BOC Macklem, kos barangan global mungkin tidak akan turun dengan cepat. Ini berpunca dari gangguan dagangan global sekaligus memberi tekanan kepada inflasi dan mencabar ekonomi Canada
Macklem mengesahkan bahawa perdagangan global kini semakin perlahan. Ini merupakan isu besar untuk Canada kerana mereka sangat bergantung pada perdagangan antarabangsa.
☄️Gangguan ekonomi dan inflasi semakin susah diramal
Beliau juga memberi amaran bahawa gangguan dagangan boleh menambah variabiliti dalam kadar inflasi. Ini penting kerana BOC perlu seimbangkan antara risiko peningkatan inflasi dan risiko ekonomi yang perlahan.
☄️Pergeseran dari barangan kepada servis
Pandemik telah mengubah cara ekonomi berfungsi di mana sebelum ini banyak perniagaan lebih fokus kepada perdagangan barangan fizikal. Berbeza dengan sekarang dimana lebih banyak perniagaan menawarkan perkhidmatan (servis).
Menurut Macklem, pertumbuhan dalam sektor servis ini mungkin akan bertahan lebih lama dan memberi impak yang lebih kuat berbanding perdagangan barangan biasa.
Selain itu, masa depan perniagaan mungkin akan lebih tertumpu kepada servis berbanding barangan, dengan potensi besar dalam digitalisasi
☄️Hubungan dagangan Canada-US sangat penting
Apa-apa yang mengganggu hubungan dagangan Canada-US boleh membawa impak besar kepada ekonomi Canada. Oleh itu, Macklem menegaskan bahawa Canada perlu meningkatkan hubungan dagangan dan menghasilkan produk yang diminati di pasaran.
☄️Risiko kepada pertumbuhan ekonomi
Macklem turut menambah terdapat risiko kepada pertumbuhan ekonomi Canada bagi suku ketiga 2024. Hal ini termasuk jika berlaku peningkatan besar dalam pemberhentian pekerja yang boleh merosakkan ekonomi.
🇬🇧UK Claimant Count and Unemployment Forecast:
🔽 Laporan pekerjaan UK yang terakhir mencetuskan reaksi hawkish berikutan penurunan besar kadar pengangguran kepada 4.2% (dari 4.4%, berbanding jangkaan 4.5%) dan peningkatan besar dalam angka pertambahan pekerjaan (97k berbanding 19k, jangkaan 3k).
🕯 Ini mengimbangi kelemahan kecil pada angka gaji yang sedikit lebih rendah daripada jangkaan. Namun, angka gaji ini dipengaruhi oleh bonus NHS, menyebabkan data lebih “dovish” daripada yang dijangka.
🔔 Untuk laporan kali ini, metrik gaji purata bagi bulan Julai akan menjadi tumpuan. Trend pengambilan pekerja yang dilihat pada bulan itu dan tempoh seterusnya, seperti yang ditunjukkan dalam data PMI, boleh meningkatkan tekanan gaji dan seterusnya menyumbang kepada inflasi yang berterusan.
‼️ Ini akan menyokong pandangan bahawa BoE mungkin mengekalkan kadar dasar semasa pada mesyuarat akan datang.
📊 Walau bagaimanapun, Pantheon menyatakan bahawa kesan asas akan terus menekan pertumbuhan gaji, dengan jangkaan metrik gaji ex-bonus jatuh kepada 5.1% (daripada 5.4% sebelumnya). Mereka juga menilai bahawa pada tahap ini, gaji masih terlalu tinggi untuk menyokong penurunan mendadak kadar faedah oleh BoE.
📈 Trend pengambilan pekerja yang berterusan juga boleh menyebabkan angka pengangguran dan pertambahan pekerjaan yang lebih hawkish, dengan Pantheon menjangka kadar pengangguran turun kepada 4.1%, atau mungkin 4.0%.
Wrap-up:
⚠️Data pekerjaan yang kukuh dan gaji yang masih tinggi akan memberi tekanan kepada BoE untuk mengekalkan dasar monetari yang ketat. Walaupun gaji mungkin menurun sedikit, ia masih terlalu kuat untuk memberi ruang kepada penurunan kadar faedah dalam masa terdekat.
⚠️ Keadaan ini akan terus menyokong pandangan bahawa BoE akan terus memerhatikan inflasi dengan ketat dan kemungkinan tidak tergesa-gesa mengubah kadar dasar.
🇨🇳 China : Dilemma Melaka
Bagi China, Selat Melaka telah lama dikenal pasti sebagai titik lemah bagi keselamatan dan perdagangan mereka.
Pada tahun 2003, Presiden China ketika itu, Hu Jintao, mengetengahkan "Dilema Melaka," iaitu senario di mana Selat Melaka boleh disekat dalam situasi kontingensi ketenteraan.
Walaupun China telah cuba mengurangkan risiko ini melalui laluan darat di Asia Tengah dan Selatan, 90% daripada perdagangan dan 80% import minyaknya masih melalui laut, menjadikan laluan ini sangat rentan terhadap sebarang gangguan.
Keselamatan Melalui Kerjasama
Disebabkan kedudukan Singapura yang strategik di Selat Melaka, China melihat latihan ketenteraan bersama seperti Exercise Maritime Cooperation sebagai komponen utama dalam strateginya untuk mengekalkan hubungan baik dengan Singapura.
Latihan ini bertujuan untuk memastikan Singapura kekal berkecuali di tengah persaingan US-China serta memastikan laluan penting ini selamat dalam sebarang kecemasan.
Melalui latihan laut ini, China ingin berkomunikasi tentang kerentanannya kepada Singapura, sekaligus mengurangkan kebimbangan Singapura mengenai pembangunan tentera laut China.
Konflik Serantau
Latihan Maritim Bersama 2024 berlangsung dengan latar belakang pertikaian wilayah China dengan negara-negara jiran di Laut China Selatan (LCS).
Dengan terlibat dalam latihan tentera laut bersama Singapura, China cuba mengalihkan kritikan terhadap sikap agresif mereka di LCS dan menekankan komitmennya terhadap keamanan serantau yang berteraskan kerjasama.
Pendirian Singapura
Pada tahun 1990-an, Singapura menyokong kehadiran ketenteraan US di Asia Tenggara sebagai langkah menyeimbangkan ancaman luar.
Mereka menandatangani memorandum persefahaman (MOU) yang membenarkan US menggunakan pangkalan udara dan laut Singapura untuk logistik, terutama selepas US menutup pangkalan di Teluk Subic, Filipina.
Pada masa yang sama, Singapura mula sedar akan peningkatan pengaruh ekonomi dan ketenteraan China.
Daripada cuba mengimbangi kuasa China, Singapura memilih untuk mengekalkan hubungan dua hala yang positif bagi menjamin kestabilan serantau.
Pada tahun 2008, Singapura menandatangani Perjanjian Pertukaran Pertahanan dan Kerjasama Keselamatan (ADSEC) dengan China.
Pada tahun 2015, latihan bersama “Exercise Maritime Cooperation” dilancarkan antara Singapura dan China bagi memperdalam hubungan pertahanan laut.
Walaupun begitu, China masih menganggap Singapura terlalu rapat dengan US, disebabkan oleh penglibatan Singapura dalam latihan multilateral seperti Cobra Gold dan Super Garuda Shield.
Kebimbangan ini semakin jelas selepas Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada tahun 2016 mengkritik China kerana enggan mematuhi keputusan Tribunal Antarabangsa tentang Laut China Selatan.
Hubungan semakin tegang apabila kenderaan berperisai SAF disita di Hong Kong pada tahun yang sama, berikutan latihan ketenteraan Singapura di Taiwan.
Latihan bersama antara Singapura dan China masih terbatas. Berbanding latihan multilateral US kerana Singapura berhati-hati agar tidak menjejaskan hubungan dengan US.
🇺🇸 Kalshi Membenarkan Perdagangan pada Pilihan Raya di AS Secara Sah.
Kalshi, sebuah syarikat pasaran ramalan, telah mencipta sejarah dengan membenarkan perdagangan pilihan raya AS secara sah. Ini merupakan kali pertama dalam tempoh lebih 100 tahun di mana rakyat Amerika boleh terlibat secara sah dalam pasaran pilihan raya. Dengan adanya perdagangan ini, ia akan membawa perubahan besar dalam pasaran kewangan dan cara orang ramai mengambil bahagian dalam politik.
Perubahan ini berlaku selepas keputusan hakim yang membenarkan Kalshi menyenaraikan kontrak politik yang sebelum ini berdepan halangan dengan Suruhanjaya Perdagangan Niaga Hadapan Komoditi (CFTC). Keputusan ini membolehkan rakyat AS bertaruh secara sah pada hasil pilihan raya, sama seperti mereka melabur dalam saham atau komoditi.
💸 Kesan kepada Pasaran Kewangan
Dengan adanya pasaran pilihan raya, dijangka lebih banyak wang akan mengalir ke sektor kewangan. Pelabur kini boleh membuat pertaruhan terhadap ketidakpastian politik, menjadikan musim pilihan raya masa yang sibuk untuk pasaran. Ini juga boleh menyebabkan peningkatan turun naik harga kerana keputusan pilihan raya secara langsung mempengaruhi dasar dan peraturan ekonomi.
😮 Kesan pada Politik
Selain kesan kewangan, langkah ini juga mungkin mengubah cara rakyat Amerika mengambil bahagian dalam politik. Dengan melibatkan wang dalam keputusan pilihan raya, rakyat AS akan lebih berminat pada pilihan raya ini dan ia berpotensi dapat meningkatkan jumlah pengundi. Namun, ada yang bimbang ini boleh menyebabkan spekulasi berlebihan dan penyebaran maklumat yang salah oleh segelintir individu yang cuba mengambil keuntungan daripada ketegangan politik.
🌍 Kesan pada Global
Perkembangan di AS ini mungkin menjadi contoh kepada negara lain untuk mencuba model serupa bagi pasaran pilihan raya yang sah. Ini juga meletakkan Kalshi sebagai peneraju dalam industri pasaran ramalan yang dijangka akan berkembang pesat dengan peningkatan minat terhadap pertaruhan politik yang sah.
Kesimpulannya, kejayaan Kalshi membuka peluang baru dalam pasaran kewangan dan politik. Dengan rakyat Amerika kini boleh bertaruh secara sah pada keputusan pilihan raya, perkembangan ini berpotensi mengubah cara ekonomi dan politik berfungsi.
Pasaran berbeza pandangan untuk next FOMC, sama ada Fed akan :
1. Cut rate sebanyak 25 mata asas
2. Cut rate sebanyak 50 mata asas
Walau bagaimanapun, satu perkara jelas, majoriti menjangkakan bahawa secara keseluruhannya, Fed akan melakukan pemotongan sebanyak 125 mata asas dalam baki mesyuarat untuk tahun ini.
🇺🇸 BlackRock warns that a 50bp FOMC rate cut might signal worries, not confidence - a 25bp rate cut, on the other hand, would signal that policymakers are taking measured, timely actions
Читать полностью…📝 Market Outlook Minggu Ke-37 Dalam Kalendar Ekonomi
10 September (Selasa)
2:00pm 🇬🇧 Claimant Count Changr
8:10pm 🇨🇦 BOC Gov Macklem Speaks
11 September (Rabu)
2:00pm 🇬🇧 GDP m/m
8:30pm 🇺🇸 Core CPI m/m
8:30pm 🇺🇸 CPI m/m
8:30pm 🇺🇸 CPI y/y
12 September (Khamis)
8:15pm 🇪🇺 Main Refinancing Rate ⚠️
8:15pm 🇪🇺 Monetary Policy Statement
8:30pm 🇺🇸 Core PPI m/m
8:30pm 🇺🇸 PPI m/m
8:30pm 🇺🇸 Unemployment Claims
8:45pm 🇪🇺 ECB Press Conference
Pasaran kini menjangkakan 63% peluang penurunan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada September, berbanding 37% untuk penurunan sebanyak 50 mata asas.
Читать полностью…Core CPI tidak cool down sepantas CPI. Kelemahan pertumbuhan kadar CPI dipengaruhi secara besarnya oleh pergerakkan harga bahan api. Ini memberi isyarat bahawa (merujuk core CPI) bahawa masalah inflasi adalah struktural. Pada FOMC minggu depan dijangka Fed akan potong Fed Fund Rate sebanyak 25 mata asas dan akan bernada hawkish. Hawkish cut.
Читать полностью…US CPI: Jangkaan CPI dan Impak kepada Kadar Faedah
🔼 Pasaran menjangka CPI US akan meningkat sebanyak +0.2% bulan ke bulan (M/M) pada Ogos, selari dengan bulan sebelumnya.
🔼 Kadar core CPI juga dijangka meningkat pada kadar yang sama. Namun, Wells Fargo menjangkakan peningkatan sedikit lebih tinggi iaitu +0.25% (yang mungkin dibulatkan kepada 0.3%), namun kadar tahunan dijangka kekal pada 3.2% tahun ke tahun (Y/Y).
‼️ Wells Fargo menegaskan bahawa peningkatan CPI ini mengingatkan bahawa usaha untuk memulihkan kestabilan harga akan menghadapi cabaran.
🔔 Walaupun potongan kadar faedah oleh FOMC pada mesyuarat 18 September kelihatan hampir pasti, laporan CPI akan menjadi faktor penentu sama ada potongan 25 mata asas (bps) atau 50 bps akan diputuskan, bergantung kepada data pekerjaan Ogos.
📈 Data pasaran kerja Ogos menunjukkan angka di bawah jangkaan dengan hanya 142k pekerjaan ditambah (vs jangkaan 160k), namun kadar pengangguran turun kepada 4.2% dari 4.3%.
🕯 Walaupun begitu, kadar pengangguran underemployment meningkat kepada 7.9% dari 7.8%, dan pendapatan purata per jam meningkat +0.4% M/M (berbanding jangkaan +0.3%), menyebabkan kadar tahunan meningkat kepada 3.8% Y/Y.
📊 Ahli Fed, Williams, menyatakan bahawa pasaran kerja lebih seimbang tetapi bukan sumber utama inflasi. Beliau menjangkakan kadar inflasi pada 2.25% tahun ini (berbanding ramalan Fed pada Jun sebanyak 2.6%) dan kadar pengangguran pada 4.25% (berbanding 4.0% oleh Fed).
❓ Namun, beliau tidak memberikan pandangan jelas sama ada beliau menyokong potongan kadar 25 bps atau 50 bps pada September.
Wrap-up:
🛍 Data ini menunjukkan ketidakpastian dalam dasar monetari Fed, dengan laporan CPI dan data pasaran kerja menjadi faktor penting dalam menentukan saiz potongan kadar faedah pada mesyuarat FOMC.
⚡️ Peningkatan pendapatan purata mungkin mencetuskan kebimbangan mengenai tekanan inflasi yang lebih tinggi, walaupun pasaran pekerjaan berada dalam keadaan yang lebih baik.
⚠️ Pelabur perlu bersedia untuk kemungkinan potongan 25 atau 50 bps bergantung kepada hasil laporan CPI dan impak keseluruhan terhadap inflasi.
Fitch Ratings on Rate Cut:
📊 Fasa easing cycle yang dinanti-nantikan oleh Fed kini tiba, namun Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) akan bertindak dengan berhati-hati selepas menghadapi cabaran inflasi dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
🕯 Pengurangan kadar faedah akan dilakukan secara perlahan, dan pelonggaran dasar monetari dijangka tidak banyak membantu pertumbuhan ekonomi pada tahun depan.
Jangkaan Utama:
🛍 Pengurangan kadar faedah sebanyak 25 basis points (bp) dijangka pada mesyuarat FOMC September dan Disember.
📣 Pada tahun 2025, kadar faedah dijangka dipotong lagi sebanyak 125bp, dan 75bp pada tahun 2026.
💵 Walaupun Fed memulakan easing, ia adalah lebih soft berbanding dengan episod easing sebelum ini. Masih terdapat usaha diperlukan untuk mengurangkan inflasi perkhidmatan, dan cabaran yang lepas akan menyebabkan FOMC lebih berhati-hati.
ICYMI:
✔️ Kadar pengangguran UK Julai 4.1% (jangkaan 4.1%)
🔼Employment Changes 265k (jangkaan 123k)
🔽 Payrolls Ogos -59k (Julai disemak semula kepada -6k)
🔽 Pendapatan mingguan purata +4.0% (jangkaan +4.1%)
✔️ Pendapatan mingguan purata (excluding bonus) +5.1%
🙂 Walaupun terdapat pertambahan dalam pekerjaan, penurunan dalam payrolls dan ketidaktentuan data dari ONS (Office for National Statistics) menimbulkan cabaran dalam memahami sepenuhnya gambaran pasaran pekerjaan.
📊 Dari segi gaji, ini memberi sedikit kelegaan kepada Bank of England (BOE) kerana kenaikan gaji adalah lebih rendah berbanding tiga bulan sebelumnya, menjadikannya lebih mudah untuk mengawal inflasi.
Kesimpulannya:
📌 Penurunan kadar pengangguran memberi gambaran positif untuk pasaran pekerjaan, tetapi ketidaktentuan data boleh menimbulkan risiko dalam analisis jangka panjang.
⚠️ Walaupun gaji lebih rendah, inflasi masih perlu dipantau dengan teliti oleh BOE untuk membuat keputusan dasar monetari seterusnya.
Elon Musk dijangka menjadi trilionair pertama di dunia menjelang 2027 (MSN).
Musk, yang berusia 53 tahun, kini merupakan individu terkaya di dunia dengan nilai kekayaan bersih sebanyak $251 bilion, menurut Indeks Billionaire Bloomberg.
Russian President Putin says we are striving for the complete collapse of Ukrainian Armed Forces.
Читать полностью…🇯🇵Japan LDP's Takaichi: I cannot say that Japan has stably achieved the BOJ's 2% inflation target.
Читать полностью…The biggest story in the world right now is China. Everything else is secondary.
The last time China was deflating this hard, it was 3% of global GDP (GFC).
Now it is 20% of global GDP.
📊 Nilai pasaran saham global mengalami penurunan yang besar dengan $4 trilion wiped out minggu lepas.
Ini adalah jumlah penurunan paling besar sejak 2022
US NONFARM PAYROLLS
Actual: 142K
Forecast: 164K
Previous: 114K (July: 89K ) 🔽
US UNEMPLOYMENT RATE
Actual: 4.2%
Forecast: 4.2%
Previous: 4.3%
Average hourly earnings m/m
Actual: 0.4%
Forecast: 0.3%
Previous: 0.2%
🇺🇸 Non-Farm Payrolls, Unemployment Rate and Average Hourly Earnings highlights
🔼 Laporan Non-Farm Payrolls (NFP) di US dijangka menunjukkan penambahan sebanyak 164,000 pekerjaan pada bulan Ogos berbanding 114,000 pada Julai, dengan kadar pengangguran dijangka menurun kepada 4.2% daripada 4.3%.
🔼 Pendapatan purata sejam (Average Hourly Earnings) dijangka meningkat 3.7% (Year-on-Year) berbanding 3.6%, manakala peningkatan bulanan dijangka 0.3% berbanding 0.2%.
🕯 Bulan lalu, laporan pasaran pekerjaan US keluar lebih lemah daripada jangkaan, mencetuskan jualan besar-besaran dalam risk assets yang dimulakan oleh laporan ISM Manufacturing PMI sehari sebelumnya.
📊 Terdapat perbincangan mengenai faktor penyebab kelemahan ini, dan ada yang menyalahkan kesan Taufan Beryl. Walaupun Bureau of Labor Statistics (BLS) menyatakan bahawa taufan tersebut tiada kesan ketara, kaji selidik menunjukkan 436,000 orang tidak dapat hadir kerja disebabkan cuaca buruk, angka tertinggi bagi Julai.
🔔 Sebahagian besar kenaikan kadar pengangguran adalah disebabkan pekerja yang terpaksa diberhentikan sementara. Pasaran akan memberi perhatian sama ada data Julai dipengaruhi oleh faktor sementara seperti ini.
‼️ Perkara ini penting kerana Federal Reserve sedang memfokuskan kepada pasaran pekerjaan, dan laporan ini bakal menentukan sama ada mereka akan memotong kadar faedah sebanyak 25bps atau 50 bps dalam mesyuarat akan datang.
Wrap-up:
⚠️ Jika data NFP bulan Ogos lebih baik daripada jangkaan, ia mungkin mengurangkan tekanan terhadap Fed untuk melakukan potongan kadar yang agresif, menyebabkan reaksi positif dalam risk assets.
⚠️ Sebaliknya, jika data terus lemah, tekanan untuk potongan kadar 50 bps akan meningkat, mencetuskan kebimbangan terhadap keadaan ekonomi.