mekanikiman | Unsorted

Telegram-канал mekanikiman - MEKANIK IMAN.

-

Jom perbaiki Iman dan Amal kita yang merupakan kunci dan bekalan kita di akhirat. Jom sebarkan manfaatnya bersama... 😊 Facebook : Mekanik Iman

Subscribe to a channel

MEKANIK IMAN.

Pertolongan Allah

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوۤا۟ إِن تَنصُرُوا۟ ٱللَّهَ یَنصُرۡكُمۡ وَیُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu".
(Muḥammad: 7)

Pertolongan Allah SWT itu pasti. Namun, bantuan dan pertolongan Allah SWT itu tidak akan datang begitu sahaja. Allah tidak akan memberi bantuan itu secara percuma.

Allah SWT menghendaki bahawa pembelaanNya terhadap orang-orang beriman muncul dengan adanya usaha daripada diri mereka sendiri, agar mereka mencapai kematangan dari celahan kesulitan yang mereka alami.

Seseorang itu akan mencapai kematangan ketika potensi dan kekuatan terpendamnya bangkit. Dan keadaan ini tidak akan wujud kecuali ketika ia berhadapan dengan bahaya. Ketika seseorang melakukan usaha membela diri dan menghimpun seluruh tenaganya untuk sesuatu yang mengancam aqidah, prinsip dan kehidupannya, di sanalah seluruh sel kekuatannya akan bangkit. Andai pertolongan Allah itu datang tanpa melalui susah payah, maka kenikmatan yang terjadi sesudah itu mungkin akan menjadi penghalang munculnya potensi kekuatan yang dimiliki oleh seseorang.

Disamping itu, bantuan Allah yang diturunkan itupun mungkin rasanya tidak begitu bernilai, lantaran tidak ada tuntutan pengorbanan yang bererti untuk memperoleh insya. Apabila wujudnya pengorbanan yang bersungguh-sungguh melibatkan harta, jiwa, tenaga, pemikiran dan nyawa maka pertolongan Allah SWT pasti datang.

Ketika berlakunya peperangan Yarmouk, Sayidina Khalid al-Walid r.a telah memberi taujihatnya kepada para pejuang Islam:

أيها المسلمون، لا تسمحوا للضعف أن يَدُب فيكم، ولا للوَهْن أن يُسيطر عليكم، واعلموا أن المعونة تأتي من الله على قدْرِ النيَّة، وأن الأجر والثواب على قدر المشقة، وأن المسلم ينبغي له ألا يَكترِث بشيء مهما عَظُم ما دام الله في عونه

“Wahai kaum Muslimin, jangan biarkan kelemahan menghantui kalian, jangan biarkan penyakit cintakan dunia (al-wahn) menyelimuti kalian. Ketahuilah bahawa pertolongan Allah itu datang berdasarkan niat (keimanan kepada-Nya), ganjaran dan pahala pula dikira menurut kesusahan yang kalian dihadapi. Orang Islam itu mestilah tidak terlalu mempedulikan sesuatu imbuhan lain selama Allah mengurniakan pertolonganNya".
(Kitab al-Islam wa al-Nasr)

Firman Allah SWT:

أَلَمۡ تَعۡلَمۡ أَنَّ ٱللَّهَ لَهُۥ مُلۡكُ ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضِۗ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِن وَلِیࣲّ وَلَا نَصِیرٍ

"Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi? Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapapun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan".
(Al-Baqarah: 107)

Allah menjadikan pertolonganNya kepada orang beriman hanya bila ada usaha dengan penuh kesungguhan daripada diri mereka sendiri. Allah SWT tidak memberi pertolonganNya sebagai sesuatu yang dijatuhkan begitu sahaja dari langit. Berjuang dan berjihadlah disepanjang kehidupan kita yang masih berbaki ini!

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

Mempersenda hukum Allah

وَذَرِ ٱلَّذِینَ ٱتَّخَذُوا۟ دِینَهُمۡ لَعِبࣰا وَلَهۡوࣰا وَغَرَّتۡهُمُ ٱلۡحَیَوٰةُ ٱلدُّنۡیَاۚ وَذَكِّرۡ بِهِۦۤ أَن تُبۡسَلَ نَفۡسُۢ بِمَا كَسَبَتۡ لَیۡسَ لَهَا مِن دُونِ ٱللَّهِ وَلِیࣱّ وَلَا شَفِیعࣱ وَإِن تَعۡدِلۡ كُلَّ عَدۡلࣲ لَّا یُؤۡخَذۡ مِنۡهَاۤۗ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ ٱلَّذِینَ أُبۡسِلُوا۟ بِمَا كَسَبُوا۟ۖ لَهُمۡ شَرَابࣱ مِّنۡ حَمِیمࣲ وَعَذَابٌ أَلِیمُۢ بِمَا كَانُوا۟ یَكۡفُرُونَ

"Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah. Dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya)".
(al-Anʿam: 70)

Perbuatan mempersenda agama adalah dosa besar dan bagi mereka akan dikenakan azab yang amat perit dan pedih. Pada hari ini, terdapat segelintir umat Islam yang cuba menjadi orang bijak pandai dalam bidang agama, yang hakikatnya mereka jahil tentang agama.

Mereka mengeluarkan pendapat serta idea sendiri dan mudah mengeluarkan fatwa yang bukan sahaja tidak menepati panduan syarak, tetapi juga menyeleweng dan menimbulkan kontroversi dalam masyarakat. Mereka menjadikan sumber rujukan dalam media sosial sebagai hujah dan bukti seperti kata-kata orang tertentu dalam Tiktok, Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang tertentu membawa ideologi yang bertentangan dengan ajaran Islam. Mereka menjadi pencetus, pelopor, penyebar kesesatan terutama dalam perkara berkaitan agama.

Terdapat juga golongan yang mempermainkan hukum Allah SWT. Sebagai contoh, dengan mudah mengumumkan dia sudah murtad di khalayak ramai terutama dalam media sosial akibat daripada kesilapan diri sendiri. Ia berlaku dalam kalangan golongan yang merasakan mereka popular dalam masyarakat. Walaupun kelakuan mereka itu pelik dan bertentangan dengan tabii manusia, tetapi mereka berasa bangga untuk memberitahu semua orang bahawa mereka telah keluar daripada Islam.

Imam al-Zarkasyi menyatakan:
"Sesiapa yang berkata perkataan yang membawa kepada kufur secara sengaja tanpa niat untuk kufur maka beliau dikira murtad."
(al-Mansur fi al-Qawaid Fiqh Syafie)

Terdapat juga golongan tertentu yang mempertikaikan hukum Allah seperti hukum hudud, Qisas dan juga hukum jenayah syariah yang termaktub dalam al-Quran. Ada juga yang menghebahkan bahawa mereka telah membuka aurat mereka dengan menggunakan alasan tidak bersedia serta pengaruh orang lain. Pakaian yang dahulunya sopan itu kononnya hanya desakan orang lain dan bukan kerelaan mereka sendiri.

Terdapat juga dalam kalangan mereka yang melampaui batas sehingga mengumumkan mereka berzina serta bersekedudukan hingga melahirkan anak-anak zina yang tidak berdosa. Kes sumbang mahram dalam kalangan ahli keluarga amat berleluasa kini dalam masyarakat.

Selain itu ada golongan tertentu yang ingin mencari populariti dengan melakukan perbuatan yang pelik dan bertentangan dengan norma manusia yang asal dengan melanggar fitrah seperti perempuan jadi lelaki dan lelaki jadi perempuan.

Ketahuilah, orang yang sentiasa mempersendakan ajaran agama dan melakukan sesuatu perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam adalah orang yang termasuk dalam golongan yang dilaknat Allah SWT.

Jangan sesekali bersekongkol atau bersama mereka yang mempersendakan hukum Allah dan segala perintah Allah SWT. Bagi yang terlanjur, insaflah dan kembalilah ke pangkal jalan.

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Muhasabah dan ulangkaji tentang baik dan kebaikan...

حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ خَالِدٍ قَالَ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ يَزِيدَ عَنْ أَبِي الْخَيْرِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْإِسْلَامِ خَيْرٌ قَالَ تُطْعِمُ الطَّعَامَ وَتَقْرَأُ السَّلَامَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ

Telah menceritakan kepada kami 'Amru bin Khalid berkata, Telah menceritakan kepada kami Al Laits dari Yazid dari Abu Al Khair dari Abdullah bin 'Amru; Ada seseorang yang bertanya kepada Nabi SAW; Islam manakah yang paling baik? Nabi SAW menjawab:
“Kamu memberi makan, mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal.”
(Sahih Bukhari)

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنِي يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ عَنْ سُفْيَانَ حَدَّثَنَا مَنْصُورٌ عَنْ تَمِيمِ بْنِ سَلَمَةَ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ هِلَالٍ عَنْ جَرِيرٍ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ يُحْرَمْ الرِّفْقَ يُحْرَمْ الْخَيْرَ

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna; Telah menceritakan kepadaku Yahya bin Sa'id dari Sufyan; Telah menceritakan kepada kami Manshur dari Tamim bin Salamah dari 'Abdur Rahman bin Hilal dari Jarir dari Nabi SAW bersabda:
“Barang siapa dijauhkan dari sifat lemah lembut (kasih sayang), berarti ia dijauhkan dari kebaikan.”
(Sahih Muslim)

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدِهِ الْخَيْرَ عَجَّلَ لَهُ الْعُقُوبَةَ فِي الدُّنْيَا وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدِهِ الشَّرَّ أَمْسَكَ عَنْهُ بِذَنْبِهِ حَتَّى يُوَافِيَ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada hambaNya, maka Allah menyegerakan hukumannya di dunia, dan apabila Allah menghendaki keburukan kepada hambaNya maka Allah menahan dosanya sehingga dia terima kelak di hari Kiamat.”
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)

أَنَّهُ حَدَّثَهُ قَالَ سَمِعْتُ مُعَاوِيَةَ بْنَ أَبِي سُفْيَانَ يُحَدِّثُ
عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ الْخَيْرُ عَادَةٌ وَالشَّرُّ لَجَاجَةٌ وَمَنْ يُرِدْ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ

Aku mendengar Mu'awiyah bin Abu Sufyan menceritakan dari Rasulullah SAW, bahawasanya beliau bersabda:
“Kebaikan adalah kebiasaan (bagi seorang mukmin) dan keburukan adalah permusuhan. Dan barangsiapa Allah menghendaki kebaikan pada seseorang maka Allah akan memahamkan agama kepadanya.”
(Sunan Ibnu Majah)

Allah melimpahkan kurniaNya hanya kepada sesiapa yang Dia kehendaki...

وَإِن یُرِدۡكَ بِخَیۡرࣲ فَلَا رَاۤدَّ لِفَضۡلِهِۦۚ یُصِیبُ بِهِۦ مَن یَشَاۤءُ مِنۡ عِبَادِهِۦۚ وَهُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِیمُ

‎"dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."
(Yunus: 107)

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِنْ النَّاسِ مَفَاتِيحَ لِلْخَيْرِ مَغَالِيقَ لِلشَّرِّ وَإِنَّ مِنْ النَّاسِ مَفَاتِيحَ لِلشَّرِّ مَغَالِيقَ لِلْخَيْرِ فَطُوبَى لِمَنْ جَعَلَ اللَّهُ مَفَاتِيحَ الْخَيْرِ عَلَى يَدَيْهِ وَوَيْلٌ لِمَنْ جَعَلَ اللَّهُ مَفَاتِيحَ الشَّرِّ عَلَى يَدَيْهِ

dari Anas bin Malik ia berkata; Rasulullah SAW bersabda:
“Sesunggunya di antara manusia ada yang menjadi kunci-kunci pembuka kebaikan dan penutup kejahatan. Dan di antara manusia itu juga ada yang menjadi kunci-kunci pembuka kejahatan dan penutup kebaikan. Maka beruntunglah bagi orang yang Allah jadikan sebagai kunci-kunci pembuka kebaikan melalui tangan-Nya, dan celakalah bagi orang yang Allah jadikan sebagai kunci-kunci pembuka kejahatan melalui tangannya.”
(Sunan Ibnu Majah)

Justeru, sentiasalah berbuat baik, nescaya kebaikan akan bersamamu...

~ Abu Imtiyaz ~

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

Aurat

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّبِیُّ قُل لِّأَزۡوَ ٰ⁠جِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاۤءِ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ یُدۡنِینَ عَلَیۡهِنَّ مِن جَلَـٰبِیبِهِنَّۚ ذَ ٰ⁠لِكَ أَدۡنَىٰۤ أَن یُعۡرَفۡنَ فَلَا یُؤۡذَیۡنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورࣰا رَّحِیمࣰا

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
(Al-Aḥzab: 59)

Sambung lagi bicara tentang kewajipan menutup aurat bagi kaum wanita.

Namun begitu kerapkali kedengaran suara wanita Islam yang tidak berpuas hati dengan kewajipan menutup aurat yang kelihatan jauh lebih berat berbanding lelaki.

Harus difahami bahawa keadilan Islam dalam meletakkan batasan aurat yang berbeza antara lelaki dan perempuan sudah tentu ada hikmah tersendiri yang diatur oleh Allah, Pencipta Yang Maha Bijaksana. Ada di kalangan masyarakat Islam yang turut menganggap batasan ini sebagai satu pantang larang yang menyekat kebebasan wanita. Mereka terpengaruh dengan agenda musuh Islam yang sentiasa menganjurkan wanita mendedahkan aurat kononnya untuk memberi kebebasan kepada wanita, namun sebenarnya ia adalah untuk memberi kebebasan kepada mereka untuk mudah mendekati lantas merosakkan wanita.

Sesungguhnya bagi kaum muslimah, tujuan penutupan aurat yang agak ketat adalah untuk menjaga kehormatan diri wanita yang tinggi nilainya di sisi Islam. Bagaimana mungkin sesuatu yang berharga dan tinggi nilainya dibiarkan terdedah sehingga boleh dilihat dan dicapai oleh golongan yang tidak berhak?

Dengan menutup aurat secara sempurna akan menyelamatkan wanita, lelaki dan seluruh masyarakat daripada begitu banyak kerosakan yang mungkin berlaku. Seorang muslimah yang solehah akan berusaha untuk menutup aurat dengan sempurna, melabuhkan tudungnya agar mereka tidak diganggu kerana dikenali sebagai perempuan yang baik. 

Lebih penting daripada itu ialah seorang muslimah juga hendaklah sentiasa menjaga maruah diri, memelihara sifat malu, tidak sewenang-wenangnya menonjolkan diri untuk tatapan ramai, menjaga pergaulan, tutur bicara dan pandangan mata daripada apa yang diharamkan oleh Allah. Sudah tentu tanpa keperibadian muslimah dan akhlak yang baik secara menyeluruh, pakaian yang dilihat menutup aurat sahaja belum mampu menjamin tercapainya tujuan di sebalik penutupan aurat kaum muslimah.

Firman Allah SWT:

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّـهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan), dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah bersama orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya".
(al-Ankabut: 69)

Islam begitu memelihara hak wanita untuk dilindungi dan dipelihara sebaik-baiknya. Maka, patuhilah segala peraturan dan kehendak Allah SWT tersebut dengan sepenuh jiwa kerana kita adalah hambaNya.

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

Sedekah itu akan membuka pintu² kemudahan dalam setiap urusan kehidupanmu.

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

05 Syaaban 1445H
15 Februari 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

(Bahagian akhir)
Seringkali manusia menyangka bahawa seorang hamba Allah itu hanya akan melakukan maksiat terhadap Allah sahaja.

Namun, manusia sering terlupa, cuai dan lalai terhadap dosa yang bukan Allah SWT yang akan mengampunkannya tetapi dosa terhadap manusia. Ingat, maksiat bukan hanya terhadap Allah, ada juga maksiat lidah terhadap manusia lain seperti mengumpat, membuat khabar dusta, memaki hamun, mencerca dan mencela, memperendah orang lain, mengadu domba dan banyak lagi. Dosa-dosa yang hanya manusia yang jadi mangsa akan mengampuninya. Sudah pasti lebih sukar dan rumit, tambah lagi dengan dunia global yang semakin kecil, segala maksiat lidah itu juga dilakukan dengan secara global.

مَنْ كَانَتْ عِنْدَهُ مَظْلمَةٌ لأَخِيه ، مِنْ عِرضِهِ أَوْ مِنْ شَيْءٍ ، فَلْيَتَحَلَّلْهُ مِنْهُ اليَوْمَ قبْلَ أنْ لاَ يَكُونَ دِينَار وَلاَ دِرْهَمٌ ؛ إنْ كَانَ لَهُ عَمَلٌ صَالِحٌ أُخِذَ مِنْهُ بِقَدْرِ مَظْلمَتِهِ ، وَإنْ لَمْ يَكُنْ لَهُ حَسَنَاتٌ أُخِذَ مِنْ سَيِّئَاتِ صَاحِبِهِ فَحُمِلَ عَلَيهِ

"Barangsiapa mempunyai kezaliman pada saudaranya, di kehormatannya atau sesuatu yang lain, hendaklah ia meminta saudaranya menghalalkannya sebelum ia tidak memiliki dirham dan dirham. Jika ia mempunyai amal soleh, maka amal salihnya diambil daripadanya sebesar kezalimannya. Jika ia tidak mempunyai amal soleh, maka dosa saudaranya diambil kemudian dipikulkan kepadanya."
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ وَعَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ قَالَا حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ وَهُوَ ابْنُ جَعْفَرٍ عَنْ الْعَلَاءِ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَتَدْرُونَ مَا الْمُفْلِسُ قَالُوا الْمُفْلِسُ فِينَا مَنْ لَا دِرْهَمَ لَهُ وَلَا مَتَاعَ فَقَالَ إِنَّ الْمُفْلِسَ مِنْ أُمَّتِي يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِصَلَاةٍ وَصِيَامٍ وَزَكَاةٍ وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ هَذَا وَقَذَفَ هَذَا وَأَكَلَ مَالَ هَذَا وَسَفَكَ دَمَ هَذَا وَضَرَبَ هَذَا فَيُعْطَى هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ

Bab: Haramnya kezaliman
Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa'id dan 'Ali bin Hujr keduanya berkata; Telah menceritakan kepada kami Isma'il iaitu Ibnu Ja'far dari Al A'laa dari Bapaknya dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW pernah bertanya kepada para sahabat: Tahukah kalian, siapakah orang yang bangkrut itu? Para sahabat menjawab; 'Menurut kami, orang yang bangkrut diantara kami adalah orang yang tidak memiliki wang dan harta kekayaan.' Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya umatku yang bangkrup muflis adalah orang yang pada hari kiamat datang dengan solat, puasa, dan zakat, tetapi ia selalu mencaci-maki, menuduh, dan makan harta orang lain serta membunuh dan menyakiti orang lain. Setelah itu, pahalanya diambil untuk diberikan kepada setiap orang dari mereka hingga pahalanya habis, sementara tuntutan mereka banyak yang belum terpenuhi. Selanjutnya, sebagian dosa dari setiap orang dari mereka diambil untuk dibebankan kepada orang tersebut, hingga akhirnya ia dilemparkan ke neraka."
(Hadith Riwayat Muslim)

Alangkah ngerinya, sedihnya, menjelang saat kematian. Dosa-dosa terhadap Allah mungkin sudah terhapus, namun dosa-dosa terhadap manusia masih menimbun lagi.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْراً أًوْ لِيَصْمُتْ.

Dari Abu Hurairah ra, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda,
"Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam”.
(Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Justeru, cukuplah dan berhentilah melakukan dosa maksiat lidah terhadap orang lain, tidak tertanggung di akhirat nanti...

~ Abu Imtiyaz ~

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Tanda Kebahagiaan dan Kecelakaan

عَنْ إِسْمَاعِيلَ  بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ  عَنْ أَبِيهِ  عَنْ جَدِّهِ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَرْبَعٌ مِنَ السَّعَادَةِ : الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ  وَالْمَسْكَنُ الْوَاسِعُ  وَالْجَارُ الصَّالِحُ وَالْمَرْكَب الْهَنِيءُ  وَأَرْبَعٌ مِنَ الشَّقَاوَةِ : الْجَارُ السُّوءُ  وَالْمَرْأَةُ السُّوءُ  وَالْمَسْكَنُ الضِّيقُ  وَالْمَرْكَبُ السُّوءُ

Daripada Ismail Muhammad Bin Sa’ad Bin Abi Waqqas daripada ayahnya daripada datuknya. Datuknya (Sa’ad Bin Abi Waqqas) berkata : Rasulullah SAW bersabda: 4 tanda kebahagiaan. Isteri yang solehah, tempat tinggal yang luas, jiran yang soleh dan kenderaan yang elok. Manakala 4 tanda kedukaan adalah jiran yang buruk, isteri yang teruk, tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk.” (HR Ibnu Hibban No: 4032) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Empat tanda kebahagiaan di dunia

a.  Isteri yang solehah iaitu isteri yang baik. Dipandang suami ia menggembirakan, sentiasa menjaga maruah diri dan suami.

b.  Tempat tinggal yang luas iaitu yang banyak manfaat bagi penghuninya (tidak semestinya rumah besar). Rumah yang didalamnya hati akan menjadi lapang dan tidak sempit (Takhrij al-Musnad no 15372).

c.  Jiran yang soleh iaitu jiran yang baik serta sentiasa bermanfaat dan tidak menyakiti orang lain.

d.  Kenderaan yang elok iaitu kenderaan yang selesa, tidak membebankan sama ada dengan hutang mahupun kerosakan.

2.  Empat tanda kesengsaraan di dunia

a.  Jiran yang buruk iaitu yang buruk akhlaknya serta kehidupannya akan mempengaruhi kita dan anak-anak.

b.  Isteri yang jahat iaitu isteri yang berakhlak dan perangai yang buruk

c.  Tempat tinggal yang sempit iaitu rumah yang tidak menjadikan kita bahagia dan merasa lapang berada di dalamnya

d.  Kenderaan yang buruk iaitu yang menyusahkan dan membebankan.

Setiap Muslim disyariatkan berdoa antaranya doa memohon kelapangan dan keberkatan. Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW sering berdoa:

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺇِﻧِّﻲ ﺃَﻋُﻮﺫُ ﺑِﻚَ ﻣِﻦْ ﺟَﺎﺭِ ﺍﻟﺴُّﻮﺀ ﻭَﻣِﻦْ ﺯَﻭْﺝٍ ﺗُﺸَﻴِّﺒُﻨِﻲ ﻗَﺒْﻞَ ﺍﻟْﻤَﺸِﻴﺐِ ﻭَﻣِﻦْ ﻭَﻟَﺪٍ ﻳَﻜُﻮﻥُ ﻋَﻠَﻲَّ ﺭِﺑًﺎ  ﻭَﻣِﻦْ ﻣَﺎﻝٍ ﻳَﻜُﻮﻥُ ﻋَﻠَﻲَّ ﻋَﺬَﺍﺑًﺎ  ﻭَﻣِﻦْ ﺧَﻠِﻴﻞٍ ﻣَﺎﻛِﺮٍ  ﻋَﻴْﻨَﻪُ ﺗَﺮَﺍﻧِﻲ ﻭَﻗَﻠْﺒُﻪُ ﺗَﺮْﻋَﺎﻧِﻲ ﺇِﻥْ ﺭَﺃَﻯ ﺣَﺴَﻨَﺔً ﺩَﻓَﻨَﻬَﺎ ﻭَﺇِﺫَﺍ ﺭَﺃَﻯ ﺳَﻴِّﺌَﺔً ﺃَﺫَﺍﻋَﻬَﺎ
 
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari tetangga yang buruk,  dari isteri yang membuatku beruban sebelum masa beruban, dari anak yang menjadi tuan bagiku, dari harta yang menjadi siksaan atasku, dan dari kawan yang berbuat makar, matanya memandangiku sedang hatinya mengawasiku. Jika ia melihat kebaikan, maka ia tanam (sembunyikan), dan jika melihat keburukan, maka ia menyebarkannya.  (HR. Hannad dalam Az-Zuhd (no. 1038) Status: Hadis sahih dalam Ash-Shohihah no. 3138).

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

15hb Februari 2024
05hb Syaaban 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

Aurat

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّبِیُّ قُل لِّأَزۡوَ ٰ⁠جِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاۤءِ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ یُدۡنِینَ عَلَیۡهِنَّ مِن جَلَـٰبِیبِهِنَّۚ ذَ ٰ⁠لِكَ أَدۡنَىٰۤ أَن یُعۡرَفۡنَ فَلَا یُؤۡذَیۡنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورࣰا رَّحِیمࣰا

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
(Al-Aḥzab: 59)

Berdasarkan ayat al-Quran ini, Allah SWT menjelaskan tentang kewajipan wanita-wanita mukminah untuk menutup aurat mereka dengan sempurna.

Allah SWT menyeru kepada Nabi SAW agar memerintahkan kepada para isteri dan puteri-puteri Baginda SAW dan juga kepada wanita-wanita mukminah agar melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka (menutup aurat dengan sempurna).

Begitu juga dalam hadith, Nabi SAW menegur Sayidatina Asma’ Binti Abu Bakar r.ha:

يَا أَسْمَاءُ إِنَّ الْمَرْأَةَ إِذَا بَلَغَتِ الْمَحِيضَ لَمْ يَصْلُحْ أَنْ يُرَى مِنْهَا إِلَّا هَذَا وَهَذَا

“Wahai Asma! Sesungguhnya wanita jika sudah baligh maka tidak boleh nampak dari anggota badannya kecuali ini dan ini (beliau mengisyaratkan ke muka dan telapak tangan)".
(Hadith Riwayat Abu Daud dan al-Baihaqi)

Perkataan aurat ialah merujuk kepada apa-apa yang diharamkan untuk didedah daripada anggota badan sama ada lelaki ataupun perempuan. Ia juga ditakrifkan sebagai apa-apa yang wajib ditutupi dan tidak boleh dizahirkan daripada anggota badan. Menurut Khatib al-Syarbini, aurat diertikan sebagai apa-apa yang haram untuk dilihat.
(Mughni al-Muhtaj)

Menurut pengarang kitab Kifayah al-Akhyar, aurat menurut syarak ialah batas minima dari bahagian tubuh yang wajib ditutup kerana perintah Allah SWT.

Dijelaskan dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah pula bahawa aurat adalah suatu angggota badan yang tidak boleh ditunjukkan dan diperlihatkan oleh lelaki atau perempuan kepada orang lain.

Sebagai wanita yang beriman, diwajibkan berpakaian sebagaimana yang telah disarankan oleh al-Quran. Ketika keluar di khalayak, pakailah pakaian dengan sempurna dan menutup seluruh aurat iaitu meliputi ke seluruh tubuh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan.

Muslimah yang sejati, adalah mereka yang mengikuti dan mengamalkan perintah Allah SWT dan NabiNya SAW serta mencontohi kehidupan isteri-isteri Baginda SAW.

Islam mewajibkan menutup aurat, namun Islam tidak melarang untuk berfesyen tetapi pakaian yang dipilih dan dipakai perlulah selari dengan tuntutan syariat Islam.

Tutuplah aurat dengan sempurna. Semoga, dengan memakai pakaian dan tudung yang menutup aurat, ianya dapat menjadi perisai yang melindungi diri seorang wanita muslimah mukminah, terutamanya dari pandangan liar, fitnah dan gangguan jahat, Aamiiin...

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

04 Syaaban 1445H
14 Februari 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

(Bahagian pertama)
Seringkali manusia menyangka bahawa seorang hamba Allah itu hanya akan melakukan maksiat terhadap Allah sahaja.

Memang benar, bila Allah menyuruh hambaNya dengan sesuatu perintah, seperti solat, puasa, menutup aurat, bila tidak dipatuhi maka disebut sebagai fasiq.

Dan bila dilarang dari melakukan sesuatu seperti zina, judi, khamar, maka bila dibuat juga maka dipanggil ‘ASI atau pelaku maksiat. Maksiat mata, maksiat telinga, maksiat tangan, maksiat kaki dan berbagai lagi.

Namun, dosa FASIQ dan ‘ASI, Allah ta’ala boleh ampunkan hatta kepada dosa-dosa besar sekali pun dengan syarat benar-benar bertaubat dengan rukun dan syaratnya. Begitu juga dengan dosa-dosa kecil, boleh terhapus dengan istighfar dan kifarah dosa dari saluran yang berbagai. Ini adalah kerana keluasan Rahmat Kasih sayangNya.

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّـهِ إِنَّ اللَّـهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Az Zumar: 53)

عَنْ أَنَسِ بنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : (( قَالَ اللهُ تَبَارَكَ وَ تَعَالَـى : يَا ابْنَ آدَمَ ، إنَّكَ مَا دَعَوْتَنِيْ وَرَجَوْتَنِيْ غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ فِيْكَ وَلَا أُبَالِيْ ، يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ، ثُمَّ اسْتَغفَرْتَنِيْ ، غَفَرْتُ لَكَ وَلَا أُبَالِيْ ، يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِيْ بِقُرَابِ الْأَرْضِ خَطَايَا ، ثُمَّ لَقِيتَنيْ لَا تُشْرِكُ بِيْ شَيْئًا ، لَأَتَيْتُكَ بِقُرَابهَا مَغْفِرَةً ).

Dari Anas bin Mâlik RA ia berkata, “Aku mendengar Rasûlullâh SAW bersabda, Allah Azza wa Jalla berfirman, ‘Hai anak Adam! Sesungguhnya selama engkau berdoa dan berharap hanya kepada-Ku, niscaya Aku mengampuni dosa-dosa yang telah engkau lakukan dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu setinggi langit, kemudian engkau minta ampunan kepada-Ku, niscaya Aku mengampunimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Jika engkau datang kepadaku dengan membawa dosa-dosa yang hampir memenuhi bumi kemudian engkau bertemu dengan-Ku dalam keadaan tidak mempersekutukan-Ku dengan sesuatu pun, niscaya Aku datang kepadamu dengan memberikan ampunan sepenuh bumi.”
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)

Dalam hadith dari Abu Hurairah ra dari Nabi SAW,

أَذْنَبَ عَبْدٌ ذَنْبًا ، فَقَالَ: اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِيْ ذَنْبِيْ. فَقَالَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى: أَذْنَبَ عَبْدِيْ ذَنْبًا فَعَلِمَ أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِالذَّنْبِ . ثُمَّ عَادَ فَأَذْنَبَ ، فَقَالَ: أيْ رَبِّ اغْفِرْ لِيْ ذَنْبِيْ. فَقَالَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى: عَبْدِيْ أَذْنَبَ ذَنْبًا فَعَلِمَ أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِالذَّنْبِ . ثُمَّ عَادَ فَأَذْنَبَ ، فَقَالَ: أيْ رَبِّ اغْفِرْ لِيْ ذَنْبِيْ. فَقَالَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى: أَذْنَبَ عَبْدِيْ ذَنْبًا فَعَلِمَ أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِالذَّنْبِ ، اِعْمَلْ مَا شِئْتَ فَقَدْ غَفَرْتُ لَكَ .

Seorang hamba mengerjakan dosa kemudian berkata, ‘Ya Allâh, ampunilah aku.’ Allâh Azza wa Jalla berfirman, ‘Hamba-Ku mengerjakan dosa dan ia tahu bahawa ia mempunyai Rabb yang mengampuni dosa dan menyiksa karenanya.’ Kemudian hamba tersebut berbuat dosa lagi, lalu berkata, ‘Wahai Rabbku, ampunilah dosaku.’ Allah Azza wa Jalla berfirman, ‘Hamba-Ku berbuat dosa dan ia tahu bahwa ia memiliki Rabb yang mengampuni dosa dan menyiksa karenanya.’ Kemudian hamba tersebut berbuat dosa lagi, lalu berkata, ‘Wahai Rabbku, ampunilah dosaku.’ Allâh SWT berfirman, ‘Hambaku berbuat dosa dan ia tahu bahawa ia memiliki Rabb yang mengampuni dosa dan menyiksa karenanya, berbuatlah sesuka engkau, Aku telah

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

Kebaikan

إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ

"Sesungguhnya kebaikan akan menghapus kesalahan".
(Hud: 114)

Setiap kebaikan yang dilakukan yang ikhlas akan menghapus kesalahan-kesalahan yang pernah dibuat. Inilah jaminan daripada Allah SWT bagi hamba-hambaNya.

Di dalam sahih Muslim, terdapat sebuah hadis yang menceritakan kisah seorang wanita yang melakukan dosa besar telah diampunkan oleh Allah SWT akibat daripada kebaikannya memberi minum seekor anjing yang kehausan.
 
Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi SAW bersabda:
 
أَنَّ امْرَأَةً بَغِيًّا رَأَتْ كَلْبًا فِي يَوْمٍ حَارٍّ يُطِيفُ بِبِئْرٍ، قَدْ أَدْلَعَ لِسَانَهُ مِنَ الْعَطَشِ، فَنَزَعَتْ لَهُ بِمُوقِهَا فَغُفِرَ لَهَا

"Seorang wanita yang melacur telah melihat seekor anjing pada suatu hari yang panas sambil mengelilingi sebuah perigi. Anjing tersebut juga menjelirkan lidahnya kerana kehausan. Wanita tersebut menanggalkan kasutnya lalu memberinya minum maka telah diampunkan dosanya".
(Hadith Riwayat Muslim)

Dalam riwayat yang lain, Sayidina Abu Hurairah r.a berkata:
 
بَيْنَا رَجُلٌ يَمْشِي، فَاشْتَدَّ عَلَيْهِ العَطَشُ، فَنَزَلَ بِئْرًا، فَشَرِبَ مِنْهَا، ثُمَّ خَرَجَ فَإِذَا هُوَ بِكَلْبٍ يَلْهَثُ يَأْكُلُ الثَّرَى مِنَ العَطَشِ، فَقَالَ: لَقَدْ بَلَغَ هَذَا مِثْلُ الَّذِي بَلَغَ بِي، فَمَلَأَ خُفَّهُ، ثُمَّ أَمْسَكَهُ بِفِيهِ، ثُمَّ رَقِيَ، فَسَقَى الكَلْبَ، فَشَكَرَ اللَّهُ لَهُ، فَغَفَرَ لَهُ "، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَإِنَّ لَنَا فِي البَهَائِمِ أَجْرًا؟ قَالَ: فِي كُلِّ كَبِدٍ رَطْبَةٍ أَجْرٌ

"Terdapat seorang lelaki sedang berjalan lalu dia berasa haus maka dia turun ke sebuah perigi dan minum daripadanya. Apabila dia keluar, terdapat seekor anjing yang sedang mengeluarkan lidahnya lalu menjilat tanah kerana kehausan. Maka dia berkata: Anjing ini kehausan sepertimana aku alami sebentar tadi. Disebabkan itu, dia memenuhkan kasutnya dengan air dan dia memegang kasutnya (yang diisi dengan air) dengan mulutnya. Kemudian dia memberi anjing itu minum. Dengan itu, dia bersyukur kepada Allah SWT maka Allah SWT mengampuninya”. Mereka (para sahabat) bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, adakah bagi kami ganjaran jika kami berlaku baik pada haiwan?”. Rasulullah SAW bersabda: “(Berbuat baik) setiap yang bernyawa itu akan diberi pahala".
(Hadith Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadith daripada Sayidina Mu’awiyyah bin Qurrah r.a, daripada bapanya, beliau berkata:

قَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنِّي لَأَذْبَحُ الشَّاةَ فَأَرْحَمُهَا، أَوْ قَالَ: إِنِّي لَأَرْحَمُ الشَّاةَ أَنْ أَذْبَحَهَا، قَالَ: وَالشَّاةُ إِنْ رَحِمْتَهَا، رَحِمَكَ اللَّهُ، مَرَّتَيْنِ.

Ada seorang lelaki berkata: "Wahai Rasulullah SAW, apabila aku menyembelih seekor kambing maka aku merasa belas kasihan kepadanya. Atau (syak perawi hadith) dia berkata: Aku merasa belas kasihan kepada kambing apabila aku hendak menyembelihnya. Baginda SAW bersabda: "Kalau dengan kambing pun engkau ada rasa belas kasihan maka sudah tentu Allah akan mengasihimu”. Baginda SAW mengulanginya sebanyak dua kali".
(Hadith Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad)

Dalam hadith diatas menunjukkan bahawa dengan berbuat baik kepada haiwan, akan menghapuskan dosa, diampuni oleh Allah SWT dan mendapat kasih sayang Allah SWT.

Orang yang berbuat baik samada sesama manusia ataupun dengan binatang, maka kebaikan itu akan menghapuskan kesalahan dan dosa. Jom lakukan kebaikan!

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

03 Syaaban 1445H
13 Februari 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Ilmu pengetahuan tentang kematian, kesedaran tentangnya, dan sering mengingati kematian mampu mengubati penyakit hubbuddunya ( حب الدنيا ), iaitu gilakan dunia yang bersarang dalam hati manusia.

Firman Allah SWT...

أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ ‎﴿١﴾‏
حَتَّىٰ زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ ‎﴿٢﴾‏
كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ ‎﴿٣﴾

Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh),(1)
Sehingga kamu masuk kubur.(2)
Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!(3)
(At Takaatsur: 1-3)

Jangan sampai dunia menyekat kamu dari memandang kebenaran...

وَجَعَلْنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ

"Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar)."
(Yaasin: 9)

Penyakit hubbuddunya itu sangat besar kebinasaannya. Keperibadian jadi rosak dan hilangnya matlamat hidup dunia dan akhirat. Bahkan munculnya pelbagai sifat-sifat tercela yang lain. Seperti timbulnya sifat pencaci, pengeji, penggila harta dan kuasa.

Al Quran mendedahkannya...

وَيْلٌ لِّكُلِّ هُمَزَةٍ لُّمَزَةٍ ‎﴿١﴾‏
الَّذِي جَمَعَ مَالًا وَعَدَّدَهُ ‎﴿٢﴾‏
يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُ أَخْلَدَهُ ‎﴿٣﴾

Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,(1)
Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;(2)
Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!(3)
(Al-Humazah: 1-3)

Adakalanya kita perlu duduk berseorangan, bertafakur dan memisahkan sebentar diri dari kesibukan dunia dan menggunakan kesempatan yang ada untuk merenung kebesaran Allah.

Dunia ini sememangnya punya penarik yang sangat hebat. Jika ia ditekuni tanpa batasan agama, maka kita akan menjadi gila kerana mencintainya.

Cinta terhadap dunia itu membinasakan! Ramai manusia telah hilang pedoman hidup kerana mencintai dunia.

Maka kerana itu tinggalkanlah dunia setelah mana kita telah mengambilnya sekadar yang kita perlukan.

Justeru, hentikanlah kegilaan jiwamu terhadap harta, keseronokan dan angan-angan kekal dunia dengan keinsafan dan ingatan yang mendalam terhadap kematian dan hidup selepas kematian...

~ Abu Imtiyaz ~

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ucapkan Alhamdulillāh

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ  صلى الله عليه وسلم إِذَا رَأَى مَا يُحِبُّ قَالَ  الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ وَإِذَا رَأَى مَا يَكْرَهُ قَالَ  الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ

Daripada 'Aisyah RA, kebiasaannya Rasulullah SAW jika menyaksikan hal-hal yang baginda sukai, baginda mengucapkan “Alhamdulillahilladzi bi ni’matihi tatimmus solihat” (segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya segala amal soleh sempurna). Sedangkan jika baginda menyaksikan hal-hal yang tidak menyenangkan baginda mengucapkan “Alhamdulillah ‘ala kulli hal“ (segala puji bagi Allah atas segala keadaan)” (HR Ibn Majah No: 3803)  Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW adalah contoh ikutan yang paling baik.

2.  Rasulullah SAW mengajar kita ucapan terpuji apabila melihat atau menerima suatu berita atau perkara yang kita sukai, maka  ucapkanlah kalimah:

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ

3.  Rasulullah SAW juga mengajar kita ucapan apabila menerima berita atau menyaksikan sesuatu yang tidak menyenangkan hati, maka ucapkanlah kalimah

الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ

Bersyukurlah dengan pelbagai nikmat yang Allah kurniakan. Bersyukur kerana masih berkesempatan berada di bulan Syaaban. Moga Allah pertemukan kita dengan Ramadan yang penuh barakah.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

13hb Februari 2024
03hb Syaaban 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

Kebaikan

إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ

"Sesungguhnya kebaikan akan menghapus kesalahan".
(Hud: 114)

Lakukanlah kebaikan nescaya akan dihapuskan dosa dan kesalahan. Terdapat pelbagai kebaikan yang boleh dilakukan di sepanjang kehidupan agar terhapusnya segala dosa-dosa yang pernah kita lakukan.

Sentiasa Istiqamah menuntut ilmu. Berkata Sayidina Umar bin al-Khatthab r.a:

إن الرجل ليخرج من منزله وَعَلِيهِ من الذُّنُوب‏ مثل جبال تهَامَة، فَإِذا سمع الْعلم خَافَ وَرجع وَتَابَ، فَانْصَرف الى منزله وَلَيْسَ عَلَيْهِ ذَنْب، ‏ فلا تفارقوا مجَالِس الْعلمَاء

"Ada seorang lelaki yang keluar dari rumahnya dengan membawa dosa sebesar gunung Tihamah. Sebaik dia mendengar ilmu, dia berasa takut, seraya kembali dan bertaubat kepada Allah swt. Lalu dia pun pulang semula ke rumahnya dalam keadaan dosa-dosanya telah gugur hilang. Maka janganlah sesekali kalian meninggalkan majlis para ulamak".
(Miftah Dar as-Sa’adah)

Menunaikan ibadah haji di Baitullah. Sabda Rasulullah SAW:

مَنْ حَجَّ ، فَلَمْ يَرْفُثْ، وَلَمْ يَفْسُقْ ، رَجَعَ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أمُّهُ

"Barangsiapa melakukan ibadah haji lalu dia tidak berbuat keji dan tidak melakukan perbuatan fasiq, maka dia akan kembali (tanpa dosa) sebagaimana saat dia dilahirkan oleh ibunya".
(Muttafaq alaih)

Memaafkan dan melupakan kesalahan orang lain. Firman Allah SWT:

وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا ۗ أَلَا تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".
(an-Nur 22)

Lidah sentiasa basah dengan zikrullah. Sabda Rasulullah SAW:

مَنْ قَالَ سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ، فِي يَوْمٍ مَائَةَ مَرَّةٍ، حَطَّتْ خَطَايَاهُ، وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ

"Barangsiapa mengucapkan Subhanallahi wabihamdihi seratus kali dalam sehari akan dihapus kesalahan-kesalahannya meskipun seperti buih di lautan".
(Muttafaqun ‘alaihi)

Bersabar tatkala ditimpa musibah, penyakit dan kecelakaan dengan banyak mengingati Allah SWT. Sabda Nabi SAW:

مَا يُصِيبُ المُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ، وَلاَ وَصَبٍ، وَلاَ هَمِّ، وَلاَ حُزْنٍ، وَلاَ أَذًى، وَلاَ غَمِّ، حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا؛ إِلاَّ كَفَّرَ الله بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ

"Apa sahaja yang menimpa seorang Muslim seperti rasa letih, sedih, sakit, gelisah, hinggakan duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya dengan sebab itu semua”.
(Muttafaqun ‘alaih)

Lakukanlah kebaikan demi kebaikan dengan mengharapkan redha Allah SWT, moga seluruh dosa kita dihapuskan, Aamiiin...

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

(Bahagian pertama)
Gambaran Pembentukan Peribadi menurut Al Quran dan As Sunnah

كن مسلما مؤمنا متقيا داعيا مجاهدا

Jadilah seorang muslim mukmin muttaqi da'ie mujahid

1. Muslim

Ini adalah pintu kepada asas pembentukan peribadi kerana kuncinya ialah pada dua kalimah syahadah. Tanpanya seluruh amalan dan kerja buat di dunia tiada makna di sisi Allah ta'ala di akhirat.

بَلَىٰ مَنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلَّـهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَلَهُ أَجْرُهُ عِندَ رَبِّهِ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

(Tidak demikian) bahkan barangsiapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.
(Al Baqarah: 112)

Nama gelaran muslim adalah datangnya dari Allah ta'ala sendiri.

هُوَ سَمَّاكُمُ الْمُسْلِمِينَ مِن قَبْلُ وَفِي هَـٰذَا ...

Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Quran) ini.
(Al Hajj: 78)

قُلْ إِنِّي أُمِرْتُ أَنْ أَعْبُدَ اللَّـهَ مُخْلِصًا لَّهُ الدِّينَ ﴿١١﴾ وَأُمِرْتُ لِأَنْ أَكُونَ أَوَّلَ الْمُسْلِمِينَ ﴿١٢﴾

Katakanlah: "Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama.(11) Dan aku diperintahkan supaya menjadi orang yang pertama-tama berserah diri".(12)
(Az Zumaar: 11-12)

Ketundukan dan penyerahan diri padaNya yang membuahkan keperibadian tersendiri.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ 

2. Mukmin

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman.
(Al Mukminun: 1)

Iman kekuatan yang dinamik menjana perubahan jiwa dan keperibadian dalam diri seorang hamba.

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّـهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ ﴿٢﴾ الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ ﴿٣﴾ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ لَّهُمْ دَرَجَاتٌ عِندَ رَبِّهِمْ وَمَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ ﴿٤﴾

Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.(2) (iaitu) orang-orang yang mendirikan shalat dan yang menafkahkan sebagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.(3) Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan memperoleh beberapa derajat ketinggian di sisi Tuhannya dan ampunan serta rezeki (nikmat) yang mulia.(4)
(Al Anfaal: 2-4)

Menjana semangat dan ruh jihad dan pengorbanan.

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّـهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ ۚ أُولَـٰئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.
(Al Hujurat: 15)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلَا يُؤْذِ جَارَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ

Dari Abu Hurairah dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhir, janganlah ia mengganggu tetangganya, barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhir hendaknya ia memuliakan tamunya dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhir hendaknya ia berkata baik atau diam.
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

الأدب يستر قليل العلم، والعلم لا يستر قليل الأدب. وفقدُهما عَراء، وجمعُهما ثراء.

“Adab yang baik akan menutupi ilmu yang sedikit yang dimiliki oleh seseorang. Dan ilmu yang dimiliki seseorang, tidak akan menutupi budi pekerti buruk yang dimilikinya. Tidak memiliki keduanya adalah sebuah cacat moral dan memilki keduanya adalah sebuah kekayaan.”

Adab itu di atas Ilmu.
Dengan mempunyai budi pekerti yang baik, ilmu kita yang sedikit akan tertutupi olehnya. Namun, ilmu yang banyak tidak akan boleh menutupi budi pekerti yang buruk.
Perlu kita ketahui bahawa sikap beradab yang baik itu datangnya dari (kesan belajar) ilmu. Maka, antara beradab dan berilmu sangatlah berkait erat.

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

Muhasabah malam ini

Jalan untuk berubah kepada kebaikan tidak pernah tertutup,

Hinggalah hati itu sudah benar-benar hitam dan dibutakan daripada kebenaran.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

Aurat

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّبِیُّ قُل لِّأَزۡوَ ٰ⁠جِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاۤءِ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ یُدۡنِینَ عَلَیۡهِنَّ مِن جَلَـٰبِیبِهِنَّۚ ذَ ٰ⁠لِكَ أَدۡنَىٰۤ أَن یُعۡرَفۡنَ فَلَا یُؤۡذَیۡنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورࣰا رَّحِیمࣰا

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
(Al-Aḥzab: 59)

Sambungan bicara berkaitan kewajipan menutup aurat.

Apabila kita menamakan diri kita sebagai Muslim, maka kita perlu menyedari bahawa terkandung padanya tanggungjawab yang besar untuk menyerah diri sepenuhnya kepada Allah SWT. Ini sebagaimana pengertian “Islam” dari sudut bahasa iaitu tunduk, patuh, atau berserah diri.

Tatkala Allah SWT perintahkan wanita muslimah menutup aurat, maka tiada lagi alasan untuk menentang dan menidakkan perintah tersebut. Wajib ditunaikan tanpa sebarang alasan dan penentangan.

Dengan perintah yang termaktub dalam wahyu diatas, amalan berhijab tidak lagi menjadi pertimbangan budaya semata-mata tetapi ia berubah menjadi perintah Allah SWT yang wajib ditaati.

Walaupun begitu, budaya tetap memainkan peranan terutamanya dalam bentuk warna dan fesyen yang mempunyai fleksibiliti yang luas. Menutup aurat bukanlah satu budaya tetapi ia adalah perintah syariat. Jika perkara budaya yang sudah disyariatkan tetap dianggap sebagai budaya semata-mata, sudah pasti banyak sahaja amalan-amalan masyarakat kita yang tidak menjadi kewajipan untuk diikuti hanya kerana namanya 'budaya' misalnya menghormati orang yang lebih tua dan ibu bapa.

Firman Allah SWT:

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ ۗ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُبِينًا

“Dan tidaklah patut bagi para lelaki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah SWT dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa menderhakai Allah SWT dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata".
(al-Ahzab: 36)

Sesungguhnya Allah memerintahkan pemakaian hijab yang labuh menutupi dada serta longgar adalah untuk mengurangkan pelbagai jenis fitnah dan kerosakan. Jika pelbagai jenis fitnah berkurangan dan hilang, maka masyarakat yang didiami oleh wanita berhijab akan lebih aman dan selamat daripada fitnah. Sebaliknya, masyarakat yang didiami wanita yang suka berhias, menunjuk aurat dan kecantikan, sangat terdedah kepada ancaman dan pelbagai fitnah serta gangguan gelora nafsu yang boleh membawa malapetaka dan kemusnahan yang besar.

Tubuh wanita yang terdedah pasti akan menarik perhatian orang-orang yang mempunyai pandangan berbisa. Itulah peringkat pertama kehancuran dan kehancuran akhlak dan tamadun sesebuah masyarakat.

Tutuplah aurat dengan sempurna agar diberkati kehidupan dan sentiasa dinaungi Allah dengan rahmat dan perlindunganNya.

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Mahligai Di Syurga Kerana 12 Rakaat Solat Sunat Sehari

عَنْ أُمِّ حَبِيبَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بُنِيَ لَهُ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعًا قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلَاةِ الْفَجْرِ

Daripada Ummu Habibah ia berkata; "Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa dalam sehari semalam solat sunat dua belas rakaat maka Allah akan membangunkan baginya rumah di syurga; iaitu empat rakaat sebelum zuhur, dua rakaat selepas zohor, dua rakaat selepas maghrib, dua rakaat selepas isya dan dua rakaat sebelum subuh." (HR Tirmizi No: 415) Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Selain daripada solat fardhu lima waktu sehari semalam, kita juga digalakkan melakukan solat sunat mengiringi waktu.

2.  Orang yang melaksanakan 12 rakaat solat sunat sehari semalam, Allah akan membangunkan sebuah mahligai di syurga.

3.  12 rakaat solat sunat yang sangat di tuntut mengiringi solat fardhu sehari semalam terdiri dari empat rakaat sebelum zuhur, dua rakaat selepas zohor, dua rakaat selepas maghrib, dua rakaat selepas isya
dan dua rakaat sebelum subuh.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

18hb Februari 2024
08hb Syaaban 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Solat Sunat Subuh Lebih Baik Dari Seisi Dunia

عَنْ عَائِشَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنْ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا

Daripada 'Aisyah dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Dua rakaat sunat fajar (sebelum solat fardhu subuh) lebih baik daripada dunia seisinya." (HR Muslim No: 1193) Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Keutamaan solat sunat dua rakaat sebelum fardhu subuh lebih baik daripada dunia seisinya.

2.  Solat sunat subuh hanya  dilakukan setelah terbit fajar subuh. Dianjurkan solat tersebut di awal waktunya dan dilakukan dengan dua rakaat yang ringan. Inilah pendapat Imam Malik, Imam Syafi’i  dan jumhur ulama  seperti yang dicatat dalam Syarh Shahih Muslim..

3.  Jika solat sunat sebelum subuh lebih baik daripada seluruh isi dunia ini, apatah lagi solat fardhu subuh yang kelebihannya lebih baik daripada itu.

Ayuh kita rebut peluang memelihara solat subuh dan solat sunat sebelum subuh

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

16hb Februari 2024
06hb Syaaban 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

Muhasabah malam ini

Orang yang mengenal Allah tidak memiliki dunia ataupun akhirat,

Kerana dunianya dipersembahkan untuk akhirat dan akhiratnya hanyalah untuk Allah.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

Aurat

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّبِیُّ قُل لِّأَزۡوَ ٰ⁠جِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاۤءِ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ یُدۡنِینَ عَلَیۡهِنَّ مِن جَلَـٰبِیبِهِنَّۚ ذَ ٰ⁠لِكَ أَدۡنَىٰۤ أَن یُعۡرَفۡنَ فَلَا یُؤۡذَیۡنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورࣰا رَّحِیمࣰا

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
(Al-Aḥzab: 59)

Sambung bicara tentang kewajipan menutup aurat bagi para muslimah mukminah.

Menutup aurat bagi seorang Muslimah di hadapan golongan yang bukan mahramnya adalah satu kewajipan yang tidak perlu dipertikaikan lagi.

Imam an-Nawawi menyatakan bahawa wajibnya menutup aurat dari pandangan manusia adalah ijma’.
(al-Majmu’)

Aurat wanita Muslimah juga disepakati oleh ulama' Syafi’iyah adalah seluruh badan kecuali wajah dan kedua telapak tangan.
(al-Majmu’ dan Minhaj al-Talibin)

Islam begitu memelihara hak wanita untuk dilindungi dan dipelihara sebaik-baiknya. Oleh kerana itulah turun firmanNya diatas dalam Surah al-Ahzab ayat 59 dan juga Surah an-Nur ayat 30-31. Ia adalah sebagai satu panduan kepada Muslimah untuk tampil berbeza dari yang lain dan bangga dengan identiti yang telah menjadi kod etika pemakaian buat dirinya.

Satu bentuk pemahaman yang kurang tepat apabila menghubungkan tujuan pemakaian tudung dengan wanita sebagai objek seksual. Itu adalah satu penghinaan kepada mereka yang memilih untuk bertudung. Bahkan, pemakaian tudung adalah sebahagian daripada pelaksanaan perintah menutup aurat oleh Allah SWT.

Almarhum Dr. Yusof Al-Qardhawi menyebut bahawa para muslimah dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan seperti perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan kepala (rambut dan sanggul), perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh diperlihatkan kepada lelaki melainkan suami dan mahram sahaja. Golongan muslimah hanya boleh membuka muka dan kedua telapak tangan yang memang diberikan kelonggaran oleh syarak untuk didedahkan.

Sudah tentu tujuan utama menunaikan perintah menutup aurat adalah sebagai satu manifestasi pengabdian kita kepada Allah yang mesti ditaati perintahNya. Seandainya di tempat-tempat kerja mempunyai etika pakaian yang tersendiri yang mesti dipatuhi oleh pekerja, maka di dunia ini yang merupakan tempat kita beramal juga mempunyai etika pemakaiannya yang tersendiri. Sekiranya perbuatan melanggar etika berpakaian di tempat kerja atau tempat belajar dianggap sebagai satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan tatatertib, maka begitulah juga perbuatan melanggar etika berpakaian sebagai seorang muslim atau muslimah di dunia ini adalah berdosa dan akan dikenakan tindakan dan hukuman di akhirat nanti.

Namun begitu kerapkali kedengaran suara wanita Islam yang tidak berpuas hati dengan kewajipan menutup aurat...

Dalam Islam, setiap suruhan dan laranganNya, pasti ada hikmah yang tersembunyi untuk diteladani oleh umat Islam. Apabila kita menamakan diri kita sebagai Muslim, maka kita perlu menyedari bahawa terkandung padanya tanggungjawab yang besar untuk menyerah diri sepenuhnya kepada Allah SWT.

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

Muhasabah malam ini

Jika Allah telah membukakan bagi kita pintu kebaikan, hendaklah kita bersegera untuk masuk ke dalamnya.

Kerana sesungguhnya kita tidak tahu bila pintu kebaikan itu akan ditutup daripada kita.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

mengampunimu.’
(Al Mustadrak Al Hakim)

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلاَ وَصَبٍ وَلاَ هَمٍّ وَلاَ حُزْنٍ وَلاَ أَذًى وَلاَ غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ

Dari Abu Sa’id al-Khudri dan dari Abu Hurairah, dari Nabi SAW bersabda,
“Tidaklah seorang muslim ditimpa sesuatu seperti kelelahan, penyakit (yang tetap), kekkuatiran (terhadap sesuatu yang kemungkinan akan menyakitinya), kesedihan, gangguan, dan duka-cita karena suatu kejadian, sampai duri yang menusuknya, kecuali Allah akan menggugurkan dosa-dosanya dengan sebab itu”.
(Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

(Bersambung esok bahagian akhir)

~ Abu Imtiyaz ~

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Segerakan Apa Yang Perlu Disegerakan

عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَهُ يَا عَلِيُّ ثَلَاثٌ لَا تُؤَخِّرْهَا الصَّلَاةُ إِذَا آنَتْ وَالْجَنَازَةُ إِذَا حَضَرَتْ وَالْأَيِّمُ إِذَا وَجَدْتَ لَهَا كُفْئًا

Daripada Ali bin Abu Thalib bahawa Nabi SAW pernah bersabda kepadanya: "Wahai Ali, ada tiga perkara jika tiba waktunya tidak boleh ditunda-tunda, solat jika telah masuk waktunya, jenazah jika telah hadir untuk disolatkan dan wanita jika telah datang jodoh yang sekufu (sepadan) dengannya." (HR Tirmidzi No: 1075) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

Tiga perkara yang perlu disegerakan oleh setiap orang Islam apabila sampai waktunya iaitu:

1.  Solat fardhu perlu disegerakan jika telah masuk waktunya (kerana kematian boleh berlaku bila-bila masa)

2.  Jenazah perlu disegerakan urusan pengkebumian

3.  Perempuan yang telah ada lelaki yang sekufu (sepadan) yang ingin berkahwin dengannya.

JOM SEGERAKAN apa yang perlu disegerakan.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

14hb Februari 2024
04hb Syaaban 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

(Bahagian akhir)
Gambaran Pembentukan Peribadi menurut Al Quran dan As Sunnah

3. Muttaqi

Seruan bertaqwa adalah seruan dan risalah asasi bagi para nabi dan rasul 'alaihimus solatu was salaam...

فَاتَّقُوا اللَّـهَ وَأَطِيعُونِ

Maka bertaqwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.
(As Syu'araa: 108)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan.
(Al Maidah: 35)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan.
(Al Maidah: 35)

بَلَىٰ مَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ وَاتَّقَىٰ فَإِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الْمُتَّقِينَ

(Bukan demikian), sebenarnya siapa yang menepati janji (yang dibuat)nya dan bertakwa, maka sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertakwa.
(Ali 'Imran: 76)

4. Da'ie

Dinamikan iman dan taqwa akan terus melahirkan peribadi para pendakwah yang sentiasa mengisi ruang jiwa mereka dengan ruh perjuangan demi meneruskan jejak-jejak para nabi dan rasul 'alaihimus solatu was salaam..

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّـهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?"
(Fussilat: 33)

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ ۚ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.
(Ali 'Imran: 104)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلَالَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنْ الْإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا

Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang mengajak ke jalan hidayah, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala) pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun.
(Hadith Riwayat Muslim)

5. Mujahid

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ أُولَـٰئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللَّـهِ ۚ وَاللَّـهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Al Baqarah: 218)

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّـهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.
(Al Ankabut: 69)

عن فَضَالَة بْنَ عُبَيْدٍ، يَقُولُ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «الْمُجَاهِدُ مَنْ جَاهَدَ
نَفْسَهُ فِي اللَّهِ»

Dari Fadhalaah bin 'Ubaid berkata ia: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Mujahid itu ialah seorang yang menunduk dan memaksa nafsunya pada (mentaati) Allah".
(Hadith Riwayat Abu Daud)

Justeru, tempatkanlah diri di kalangan mereka. Himpunkanlah pakej akhlak Al-Quran dalam dirimu demi kesenangan hidup di akhirat tanpa penghujung itu...

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ucapkan Alhamdulillāh

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ  صلى الله عليه وسلم إِذَا رَأَى مَا يُحِبُّ قَالَ  الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ وَإِذَا رَأَى مَا يَكْرَهُ قَالَ  الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ

Daripada 'Aisyah RA, kebiasaannya Rasulullah SAW jika menyaksikan hal-hal yang baginda sukai, baginda mengucapkan “Alhamdulillahilladzi bi ni’matihi tatimmus solihat” (segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya segala amal soleh sempurna). Sedangkan jika baginda menyaksikan hal-hal yang tidak menyenangkan baginda mengucapkan “Alhamdulillah ‘ala kulli hal“ (segala puji bagi Allah atas segala keadaan)” (HR Ibn Majah No: 3803)  Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW adalah contoh ikutan yang paling baik.

2.  Rasulullah SAW mengajar kita ucapan terpuji apabila melihat atau menerima suatu berita atau perkara yang kita sukai, maka  ucapkanlah kalimah:

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ

3.  Rasulullah SAW juga mengajar kita ucapan apabila menerima berita atau menyaksikan sesuatu yang tidak menyenangkan hati, maka ucapkanlah kalimah

الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ

Bersyukurlah dengan pelbagai nikmat yang Allah kurniakan. Bersyukur kerana masih berkesempatan berada di bulan Syaaban. Moga Allah pertemukan kita dengan Ramadan yang penuh barakah.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

13hb Februari 2024
03hb Syaaban 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

Menyakiti dan menghina Allah

إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا مُهِينًا * وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُبِينًا

“Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan RasulNya. Allah akan melaknatinya di dunia dan di akhirat, dan menyediakan baginya siksa yang menghinakan. Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata".
(al-Ahzab: 57-58)

Imam Ibnu Kathir dalam tafsirnya menyebutkan bahawa Allah SWT memperingatkan dan mengancam orang yang menyakiti Allah dengan menentang perintah-perintahNya dan melanggar larangan-laranganNya serta tiada henti-hentinya melakukan hal tersebut, juga menyakiti Rasul-Nya dengan mencelanya atau merendahkan martabatnya.
(Tafsir Ibnu Kathir)

Menyakiti atau menghina Allah SWT dalam hal ini tidak bermaksud membahayakan dan memudaratkan Allah SWT. Dalam sebuah hadis Qudsi riwayat Sayidina Abu Zar al-Ghifari r.a, Rasulullah SAW bersabda, Allah SWT berfirman:

 يَا عِبَادِي إِنَّكُمْ لَنْ تَبْلُغُوا ضُرِّي فَتَضُرُّوْنِي، وَلَنْ تَبْلُغُوا نَفْعِي فَتَنْفَعُوْنِي

"Wahai hambaKu sesungguhnya tidak ada kemudaratan yang dapat kamu lakukan kepadaKu sebagaimana tidak ada kemanfaatan yang dapat kamu berikan kepadaKu".
(Hadith Riwayat Muslim)

Allah SWT mengutuk orang yang menyakiti atau menghinaNya. Laknat atau kutukan itu merupakan pengusiran hamba daripada rahmat di dunia dan juga di akhirat.

Seluruh umat Islam tidak memiliki perbezaan pendapat mengenai mencela Allah SWT merupakan kufur dan orang yang sudah mencela serta menghina Allah SWT hukumnya adalah dibunuh.

Imam Ibnu Qudamah menyebutkan, sesiapa yang mencaci Allah SWT, maka dia telah kafir, sama ada dia melakukan dalam keadaan bergurau atau tidak.
(al-Mughni)

Ibnu Rahawaih rahimahullah berkata:
“Seluruh kaum muslimin sepakat bahwa orang yang mencaci Allah SWT dan rasulNya adalah kafir, meskipun dia masih percaya kepada kitabullah (Al-Quran)".

Menurut Imam Abi Ya’la Saif Abi Ja’far dan juga Ibnu Uqail berkata, jika seseorang yang sudah menghina dan mencaci Allah, maka sudah wajib hukumnya untuk diminta atau diperintah untuk melakukan taubat. Apabila ia melakukan taubat maka taubat tersebut akan diterima sebab kedudukannya serupa dengan kafir biasa atau masuk ke dalam bentuk murtad yang masih dapat dihapuskan dengan jalan taubat.

Menghina Allah SWT, menghina agama Islam, menghina Rasul pembawa risalah  Allah SWT merupakan tindakan yang mampu mengeluarkan seseorang dari agama Islam. Oleh itu, sudah selayaknya kita semua menghindari dan menjauhi sikap yang demikian. Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat sebelum ajal menjemput, moga beroleh keampunan dariNya.

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

Untuk mereka yang hatinya ada keimanan, Allah ta'ala menyeru dan merangsang supaya berlumba-lumba merebut keampunan dan syurgaNya.

سَابِقُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا كَعَرْضِ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ أُعِدَّتْ لِلَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّـهِ وَرُسُلِهِ ذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّـهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ وَاللَّـهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ

Berlomba-lombalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya. Itulah karunia Allah, diberikanNya kepada siapa yang dikehendakiNya. Dan Allah mempunyai karunia yang besar.
(Al Hadid: 21)

Namun di akhir zaman, keimanan pun teruji bahkan hati boleh berbolak-balik.

عن أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَادِرُوا بِالْأَعْمَالِ فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا أَوْ يُمْسِي مُؤْمِنًا وَيُصْبِحُ كَافِرًا يَبِيعُ دِينَهُ بِعَرَضٍ مِنْ الدُّنْيَا

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: Segeralah beramal sebelum datangnya fitnah seperti malam yang gelap gulita. Di pagi hari seorang laki-laki dalam keadaan mukmin, lalu kafir di sore harinya. Di sore hari seorang laki-laki dalam keadaan mukmin, lalu kafir dipagi harinya. Dia menjual agamanya dengan barang kenikmatan dunia.
(Hadith Riwayat Muslim)

Oleh itu, mujahadah perlu sampai maqam taqwa agar semakin dekat dengan jaminan keampunan dan syurgaNya.

وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,
(Ali 'Imran: 133)

(Bersambung esok bahagian akhir)

~ Abu Imtiyaz ~

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

Menghina Allah, Rasul dan Al-Quran

وَلَىِٕن سَأَلۡتَهُمۡ لَیَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلۡعَبُۚ قُلۡ أَبِٱللَّهِ وَءَایَـٰتِهِۦ وَرَسُولِهِۦ كُنتُمۡ تَسۡتَهۡزِءُونَ * لَا تَعۡتَذِرُوا۟ قَدۡ كَفَرۡتُم بَعۡدَ إِیمَـٰنِكُمۡۚ إِن نَّعۡفُ عَن طَاۤىِٕفَةࣲ مِّنكُمۡ نُعَذِّبۡ طَاۤىِٕفَةَۢ بِأَنَّهُمۡ كَانُوا۟ مُجۡرِمِینَ

Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main". Katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?". Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah".
(at-Taubah: 65-66)

Berkata al-Imam al-Qadhi ‘Iyadh:
"Ketahuilah bahawa sesiapa yang (dengan sengaja) merendah-rendahkan al-Quran atau sesuatu daripadanya, atau mencacinya, atau mengingkarinya tidak kira satu huruf atau satu ayat, atau mendustainya atau mendustai sebahagian daripadanya, atau dia mendustai suatu hukum atau berita yang jelas dinyatakan di dalamnya, atau mengisbatkan suatu yang dinafikannya, atau menafikan suatu yang diisbatkannya, dalam keadaan dia mengetahui perkara tersebut atau dia syak pada sesuatu daripada perkara tersebut, maka dia dikira jatuh kafir di sisi ulama secara ijmak".
(al-Syifa bi Ta‘rif Huquq al-Mustafa)

Antara penyebab dan punca-punca yang boleh membatalkan akidah seseorang Muslim ialah:

1. Mengungkap perkataan yang bertentangan dengan ajaran dan akidah Islam sama ada ia dilakukan secara serius atau gurauan. Sebagai contoh, mengatakan bahawa "Nabi seorang pendusta dan gila seks." "Islam agama yang kolot." "Wanita yang bertudung adalah wanita yang kolot."

2. Menghina syariat Allah seperti hukum hudud, kewajipan solat, kewajipan zakat, kewajipan puasa dan haji. Adakalanya seseorang itu boleh menjadi murtad jika secara jelas atau gurauan dia menolak pengharaman judi dan arak yang terkandung dalam al-Quran.

3. Melakukan perbuatan kufur atau syirik seperti yang dilakukan golongan musyrik. Sebagai contoh sujud kepada berhala sebagai penghormatan. Memakai salib dengan anggapan ia adalah sebagai pendinding. Percaya dan memohon bantuan daripada jin dan syaitan hingga sanggup melupakan Allah SWT. Memakai pakaian-pakaian ahli ibadat golongan bukan Islam seperti sami dan sebagainya sebagai tanda keagungan agama berkenaan. Semua perbuatan tersebut adalah haram dan boleh menyebabkan akidah seseorang Muslim terbatal.

4. Mempersendakan agama Allah SWT walaupun ia hanya bersifat gurauan. Ada sebahagian umat Islam sanggup mempermain-mainkan agama Allah dengan pelbagai cara seperti mempersendakan ayat-ayat al-Quran atau Sunnah Nabi SAW.

Begitu juga halnya pada hari ini terdapat golongan yang menulis ayat al-Quran pada baju atau pakaiannya. Menulis ayat al-Quran atau terjemahan ayat-ayat Al-Quran di belakang baju dengan tujuan menyampaikan dakwah kepada siapa pun yang melihatnya adalah dibolehkan, ia sesuai dengan  uslub dalam menyampaikan dakwah dengan memberi nasihat dan peringatan melalui tulisan tersebut. Namun, penting untuk menjaga agar tulisan tersebut tidak dicemari atau dihina dengan penggunaan benda-benda yang kotor, kerana tulisan tersebut adalah ungkapan dari makna ayat-ayat suci Al-Quran yang memiliki kemuliaan dan juga ia merupakan syiar agama islam. Jika menulis dengan tujuan menghina, memperolokkan dan tidak menjaga kesuciannya, maka termasuk dalam kalangan mereka yang kufur.

Diingatkan kepada seluruh umat Islam supaya tidak mempermain-mainkan agama dengan perbuatan, percakapan dan sebagainya yang berkemungkinan membawa kepada kufur dan rosaknya akidah.

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Amalan Pintu Kebaikan

عَنْ مُعَاذٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَأُنَبِّئُكَ بِأَبْوَابٍ مِنْ الْخَيْرِ الصَّوْمُ جُنَّةٌ وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ وَقِيَامُ الْعَبْدِ مِنْ اللَّيْلِ

Daripada Muaz bin Jabal RA bahawa Nabi SAW bersabda; "Aku akan memberitahu kepadamu pintu-pintu kebaikan iaitu; puasa adalah perisai, sedekah meleburkan dosa seperti air memadamkan api, dan seorang hamba bangun (qiamullail) di malam hari. (Musnad Ahmad No: 21628). Dar Ihya Turath Arabiy. Status: Isnad Hasan

Pengajaran:

1.  Nabi SAW  menyampaikan pesanan tentang pintu-pintu kebaikan kepada umatnya iaitu Ibadat puasa, sedekah dan qiamullail.

2.  Pintu kebaikan pertama ialah Ibadat puasa. Puasa menjadi benteng atau perisai kepada seseorang daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Puasa adalah perisai yang akan melindungi daripada kehancuran jiwa, kerosakan perjalanan hidup, melindungi diri daripada terjerumus ke dalam golongan manusia yang tidak memiliki sifat sabar.

3.  Puasa juga menjadi perisai memberikan keteguhan hati dalam bertakwa kepada Allah. Puasa adalah perisai seseorang dari api neraka. Sabda Rasulullah SAW:

إِنَّمَا الصِّيَامُ جُنَّةٌ يَسْتَجِنُّ بِهَا الْعَبْدُ مِنَ النَّارِ

Puasa adalah perisai yang dapat melindungi seorang hamba dari siksa neraka” (HR Ahmad No: 3868 dalam sahih al-Jami’).

4.  Persiapkanlah diri dengan mula berpuasa sunat pada bulan  Syaaban ini. Moga akan memudahkan kita melaksanakannya pada bulan Ramadan yang menjelang tiba. Semoga ibadat puasa menjadi perisai buat kita dari api neraka.

5.  Pintu kebaikan kedua ialah bersedekah. Sedekah meleburkan dosa seperti air memadamkan api. Kita dianjurkan bersedekah khususnya kepada mereka yang memerlukan seperti derma kepada mereka yang terkesan akibat musibah banjir, gempa bumi dan lain-lain.

6.  Ambillah kesempatan untuk menyumbang dan menderma. Semoga sumbangan kita menjadi pelebur dosa dan penghindar kita dari api neraka. Sabda Nabi SAW:

اِتَّقُوا النَّارَوَلَوبِشِقِّ تَمْرَةٍ

Hindarilah neraka meskipun dengan sebelah biji korma. (Sahih Bukhari No: 5677) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

7.  Pintu kebaikan ketiga adalah menghidupkan malam dengan Qiamullail. Antaranya dengan melaksanakan solat sunat malam, memperbanyakkan zikir dan munajat kepada Allah. Semoga amalan ini  mampu membina kekuatan rohani kita.

Marilah kita melaksanakan amal-amal  yang menjadi antara pintu kebaikan iaitu membanyakkan puasa sunat, bersedekah dan qiamullail.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

12hb Februari 2024
02hb Syaaban 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Читать полностью…
Subscribe to a channel