mekanikiman | Unsorted

Telegram-канал mekanikiman - MEKANIK IMAN.

-

Jom perbaiki Iman dan Amal kita yang merupakan kunci dan bekalan kita di akhirat. Jom sebarkan manfaatnya bersama... 😊 Facebook : Mekanik Iman

Subscribe to a channel

MEKANIK IMAN.

27 Syaaban 1445H
08 Mac 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Terkadang merasa sedih...

Ketika mata ini lebih sering digunakan untuk melihat yang haram daripada merenung dan melihat kebesaran-Nya.
Disitu, sering saya merasa sedih.

Ketika telinga ini lebih banyak mendengar muzik daripada lantunan ayat Al-Quran, ghibah daripada sirah, dan coretan gadis daripada hadith.
Disitu, sering saya merasa sedih.

Ketika mulut ini lebih banyak berkata tak baik daripada yang baik, lebih sering menyebarkan fitnah daripada ceramah-dakwah.
Disitu, sering saya merasa sedih.

Ketika tangan ini lebih lincah melakukan maksiat, tetapi teramat kaku dalam memerangi kezaliman.
Disitu, sering saya merasa sedih.

Ketika kaki ini lebih cepat melangkah saat menuju tempat hiburan, tetapi lambat bahkan berat saat dilangkahkan menuju masjid untuk solat berjemaah.
Disitu, sering saya merasa sedih.

Ketika hati ini lebih sering berangan-angan tentang kemegahan dunia, daripada bersyukur atas apa yang telah ada.
Disitu, sering saya merasa sedih.

Ketika sangkaan orang lain terhadap diri ini terlampau baik daripada siapa diri ini sebenarnya.
Disitu, sering saya merasa sedih.

Ketika hati ini merasa besar saat dipuji orang lain, ujub dan berbangga diri; terlupa bahawasanya semua adalah kehendak Allah.
Disitu, sering saya merasa sedih.

Ketika mengaku umat Nabi SAW, mengaku cinta Nabi SAW, tetapi diri ini merasa payah dalam melaksanakan sunnahnya.
Disitu, sering saya merasa sedih.

Ketika berkata, "Aku selalu berbaik sangka kepada Allah" tetapi sering merasa tak terima saat kehendakNya tak sesuai perancanganNya.
Disitu, sering saya merasa sedih.

Ketika suatu waktu, harta lebih kupentingkan daripada Allah dan Rasul-Nya.
Disitu, sering saya merasa sedih.

Ketika teringat, bahawa banyak nikmat-Nya ku dustakan, daripada aku mensyukurinya.
Disitu, sering saya merasa sedih.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِي فَإِنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِي نَفْسِي وَإِنْ ذَكَرَنِي فِي مَلَإٍ ذَكَرْتُهُ فِي مَلَإٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ بِشِبْرٍ تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا وَإِنْ أَتَانِي يَمْشِي أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً

Dari Abu Hurairah RA berkata, "Nabi SAW bersabda bahawa Allah telah berfirman: "Aku bersikap mengikut sangkaan hamba-Ku terhadap Ku. Aku bersama-sama mereka apabila mereka mengingati Ku. Apabila mereka mengingati Ku dalam dirinya, maka Aku mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila mereka mengingati-Ku dalam perkumpulan mereka, maka Aku mengingatinya dalam perkumpulan yang lebih baik daripada mereka. Demi sekiranya mereka mendekatkan diri kepada-Ku sejengkal, maka Aku mendekatkan diri kepadanya sehasta, dan jika ia mendekatkan diri kepada-Ku sehasta, Aku mendekatkan diri kepadanya sedepa. Sekiranya mereka mendatangi-Ku dalam keadaan berjalan, maka Aku akan mendatanginya dalam keadaan berlari (segera)."
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Ya Allah, mudah-mudahan rasa sedih ini segera terubat dengan selalu ingat kepada-Mu dan Rasul-Mu.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ انْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ أَسْفَلَ مِنْكُمْ وَلَا تَنْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقَكُمْ فَإِنَّهُ أَجْدَرُ أَنْ لَا تَزْدَرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ

Dari Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Lihatlah orang yang lebih rendah daripada kamu dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi darjatnya daripada kamu, itulah yang lebih baik supaya kamu tidak merendah-rendahkan nikmat Allah yang dikurniakan kepada kamu".
(Hadith Riwayat Ath-Tirmidzi)

فَبِأَىِ ّءَالاَءِ رَبِكَمَا تُكَذِّباَنِ

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
(Ar-Rahman: 13)

Justeru, syukurilah nikmat yang Allah berikan. Semoga Allah mengampuni semua dosa-dosa kita...

~ Abu Imtiyaz ~

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

Muhasabah malam ini

Jagalah hati kita dari kegelapan dosa dan segala penyakit hati dengan iman dan taqwa.

Dan jagalah ia agar sentiasa menerangi roh dan menyuluh jalan kita kepada Allah.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

Muhasabah malam ini

Hidup kita ini ditipu diri sendiri. Kita lahir ke dunia tanpa membawa apa-apa pun.

Tetapi setelah itu, kita inginkan segala-galanya daripada dunia ini. Dan kemudian kita meninggalkan pula dunia dan segala isinya.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

13 Syaaban 1445H
23 Februari 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Bila kematian belum menjadi penasihat diri...

Apakah kerana engkau masih tidak yakin tentang kematian, sedangkan ianya pasti...

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.
(Ali Imran: 175)

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.
(Al Anbiya’: 35)

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ثُمَّ إِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan
(Al ‘Ankabut: 57)

Atau masih alpa dan leka, sedangkan ianya semakin mendekat...

إِنَّكَ مَيِّتٌ وَإِنَّهُم مَّيِّتُونَ

Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati (pula).
(Az Zumar: 30)

Engkau masih tidak bersedia, sedangkan ianya datang mengejut...

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ ، رَفَعَهُ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : مِنِ اقْتِرَابِ السَّاعَةِ أَنْ يُرَى الْهِلالُ قِبَلا ، فَيُقَالُ : لِلَيْلَتَيْنِ ، وَأَنْ تُتَّخَذَ الْمَسَاجِدَ طُرُقًا ، وَأَنْ يَظْهَرَ مَوْتُ الْفُجَاءَةِ

Dari Anas bin Malik, dia meriwayatkan dari Nabi SAW, beliau SAW bersabda, “Di antara dekatnya hari kiamat, hilal akan terlihat nyata sehingga dikatakan ‘ini tanggal dua’, masjid-masjid akan dijadikan jalan-jalan, dan munculnya (banyaknya) kematian mendadak.
(Hadith Riwayat Tabrani)

Masih bergembira dengan dunia, sedangkan ianya adalah pemutus kelazatan...

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَكْثِرُوا ذِكْرَ هَاذِمِ اللَّذَّاتِ يَعْنِي الْمَوْتَ

Perbanyaklah mengingat pemutus kenikmatan, iaitu kematian.
(Hadith Riwayat Ibnu Majah, At-Tirmidzi, Nasai dan Ahmad)

أَكْثِرُوا ذِكْرَ هَاذِمِ اللَّذَّاتِ : الْمَوْتَ , فَإِنَّهُ لَمْ يَذْكُرْهُ أَحَدٌ فِيْ ضِيْقٍ مِنَ الْعَيْشِ إِلاَّ وَسَّعَهُ عَلَيْهِ , وَلاَ ذَكَرَهُ فِيْ سَعَةٍ إِلاَّ ضَيَّقَهَا عَلَيْهِ

Perbanyaklah mengingat pemutus kenikmatan, iaitu kematian. Karena sesungguhnya tidaklah seseorang mengingatnya di waktu sempit kehidupannya, kecuali (mengingat kematian) itu melonggarkan kesempitan hidup atas orang itu. Dan tidaklah seseorang mengingatnya di waktu luas (kehidupannya), kecuali (mengingat kematian) itu menyempitkan keluasan hidup atas orang itu.
(Sahih Al Jami’ush Shaghir)

Atau engkau masih merasakan kematian jauh, sedangkan ianya sangat dekat...

فَلَوْ لآ إِذَا بَلَغَتِ الْحُلْقُومَ وَأَنتُمْ حِينَئِذٍ تَنظُرُونَ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنكُمْ وَلَكِن لاَّ تُبْصِرُونَ فَلَوْ لآ إِن كُنتُمْ غَيْرَ مَدِينِينَ تَرْجِعُونَهَا إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ

Maka mengapa ketika nyawa sampai di kerongkongan. Padahal kamu ketika itu melihat, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu.Tapi kamu tidak melihat, maka mengapa jika kamu tidak dikuasai (oleh Allah). Kamu tidak mengembalikan nyawa itu (kepada tempatnya) jika kamu adalah orang-orang yang benar.
(Al Waqi’ah: 83-87)

Masih cuba lari darinya, sedangkan ianya akan datang mengejarmu...

أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِككُّمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنتُمْ فِي بُرُوجٍ مُشَيَّدَةٍ

Dimana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh.
(An Nisa’: 78)

قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلاَقِيكُمْ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

Keutamaan Bulan Sya'ban.

https://youtu.be/TFZkIiDqH5o?si=KTop2xaa2duiH5Zw

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

Muhasabah malam ini

Jangan biarkan sehingga nyawa dah dikerongkong, barulah kita nak ingat Allah.

Kerana syaitan tak pernah putus asa menyesatkan kita, maka kita jangan putus asa untuk bertaubat kepada Allah.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

Jihad

كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهࣱ لَّكُمۡۖ 

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci...".
(al-Baqarah: 216)

Jihad merupakan antara amalan terbaik dan mulia. Bahkan Allah SWT menjanjikan kepada para syuhada’ yang terkorban akan mendapat rezeki dan keuntungan daripada Allah SWT yang tersangat istimewa.

Firman Allah SWT:

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَـٰرَةࣲ تُنجِیكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِیمࣲ

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَـٰهِدُونَ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَ ٰ⁠لِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡۚ ذَ ٰ⁠لِكُمۡ خَیۡرࣱ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjihad membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)".
(aṣ-Ṣaff: 10-11)

Jika dikaji ayat-ayat al-Quran, Allah SWT telah memberikan galakan yang cukup hebat serta janji yang cukup lumayan kepada kaum Mukminin berkenaan ganjaran besar jihad di jalan Allah.

Firman Allah SWT:

إِنَّ ٱللَّهَ ٱشۡتَرَىٰ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ أَنفُسَهُمۡ وَأَمۡوَ ٰ⁠لَهُم بِأَنَّ لَهُمُ ٱلۡجَنَّةَۚ یُقَـٰتِلُونَ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ فَیَقۡتُلُونَ وَیُقۡتَلُونَۖ وَعۡدًا عَلَیۡهِ حَقࣰّا فِی ٱلتَّوۡرَىٰةِ وَٱلۡإِنجِیلِ وَٱلۡقُرۡءَانِۚ وَمَنۡ أَوۡفَىٰ بِعَهۡدِهِۦ مِنَ ٱللَّهِۚ فَٱسۡتَبۡشِرُوا۟ بِبَیۡعِكُمُ ٱلَّذِی بَایَعۡتُم بِهِۦۚ وَذَ ٰ⁠لِكَ هُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِیمُ

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar".
(at-Taubah: 111)

Allah berfirman lagi:

فَلۡیُقَـٰتِلۡ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ ٱلَّذِینَ یَشۡرُونَ ٱلۡحَیَوٰةَ ٱلدُّنۡیَا بِٱلۡـَٔاخِرَةِۚ وَمَن یُقَـٰتِلۡ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ فَیُقۡتَلۡ أَوۡ یَغۡلِبۡ فَسَوۡفَ نُؤۡتِیهِ أَجۡرًا عَظِیمࣰا

"Oleh itu, orang-orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam). Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar".
(An-Nisāʾ: 74)

Dan banyak lagi ayat Al-Quran serta himpunan hadith Rasulullah SAW yang menerangkan perihal jihad, kewajipan berjihad dan kelebihan berjihad.

Topik berkaitan jihad sering mendapat salah faham dan fitnah daripada kalangan mereka yang bukan sahaja golongan anti Islam malah daripada golongan Islam itu sendiri. Jihad seringkali dianggap sebagai perkara yang membawa kepada permusuhan tetapi ia adalah jauh daripada itu.

Berjihad di jalan Allah SWT kerana sesungguhnya jihad di jalan Allah itu merupakan salah satu pintu dari pintu-pintu Syurga.

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

Jihad

كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهࣱ لَّكُمۡۖ 

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci...".
(al-Baqarah: 216)

Jihad merupakan satu kewajipan ke atas bahu setiap muslim yang berterusan hingga ke hari kiamat. Jihad adalah perbuatan yang wajib dan Islam amat mengambil berat tentang pelaksanaannya serta Allah SWT menceritakan tentang kelebihan dan kewajipan berjihad. Firman Allah SWT:

فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالْآخِرَةِ ۚ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيُقْتَلْ أَوْ يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمً

“Oleh itu, orang (beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam). Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar”.
(an-Nisa': 74)

Allah SWT telah menyamakan kewajipan berjihad itu dengan ibadah lain seperti berpuasa. Firman Allah SWT:

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa".
(al-Baqarah: 183)

Kewajipan berjihad ini diperkukuhkan lagi dengan sabda Rasulullah SAW dalam hadisnya yang mulia:

مَنْ مَاتَ وَلَمْ يَغْزُ، وَلَمْ يُحَدِّثْ بِهِ نَفْسَهُ، مَاتَ عَلَى شُعْبَةٍ مِنْ نِفَاقٍ

"Barangsiapa yang mati sedangkan dia tidak pernah berperang, dan tidak pernah berniat dalam hatinya untuk berperang, maka dia mati dalam satu cabang daripada kemunafikan".
(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Bahkan jihad termasuk dalam amalan yang sangat disukai oleh Allah SWT.

 عَنْ عَبْدِ اللّه بن مَسْعُودٍ رضي اللّه عنه قال: ”سَأَلْتُ رَسُولَ اللّه صَلَّى اللّه عَلَيْهِ وَسلَّمَ: أَي الْعَمَلِ أَحَبُّ إلى اللّه؟ قال: ”الصَّلاةُ عَلَى وَقْتِهَا". قُلْتُ: ثُمَّ أيٌّ؟ قال: ”بِرُّ الْوالِدَيْنِ“. قُلْتُ: ثُمَّ أيٌّ؟ قال: "الجِهَادُ في سَبِيلِ اللّه"

Daripada Sayidina Abdullah Ibn Mas’ud r.a berkata: “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW: ‘Amalan apakah yang paling Allah sukai?’ Baginda menjawab, “Solat pada waktunya”. ‘Kemudian apa?’ kataku. Baginda menjawab, “Berbuat baik kepada kedua ibu bapa”. Aku bertanya lagi, ‘Kemudian apa?’. Baginda menjawab, “Jihad di jalan Allah.”
(Hadith Riwayat al-Bukhari)

Tanpa jihad, umat Islam terdedah kepada kekejaman dan kehinaan serta diperbodoh-bodohkan oleh musuh. Sebaliknya jihad dapat membuktikan kehidupan yang mulia untuk kaum Muslimin di bawah naungan Islam dan dalam menegakkan agama Allah SWT. Tanpa jihad, dakwah Islam tidak dapat tersebar dengan luas.

Jihad merupakan satu perintah Allah kepada hambaNya yang beriman. Berjihad di jalan Allah merupakan antara amalan utama untuk menjadikan seseorang muslim itu dekat kepada Allah SWT. Jihad membuktikan seseorang muslim itu mempunyai sikap ambil berat menjaga agama dan sanggup berkorban demi kebaikan agama.

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

kalam hikmah Imam Syafii:

وَعَيْنُ الرِّضَا عَنْ كُلِّ عَيْبٍ كَلِيْلَةٌ * وَلَكِنَّ عَيْنَ السُّخْط ِ تُبْدِي الْمَسَاوٍيَا

"Mata yang penuh keredhaan akan buta terhadap kekurangan, akan tetapi mata yang penuh kebencian akan menampakkan segala keburukan."

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Puasa Hari Puteh (13, 14 & 15) Hijrah

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نَصُومَ مِنْ الشَّهْرِ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ الْبِيضَ ثَلَاثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ

Daripada Abu Dzarr RA dia berkata; "Rasulullah  SAW  memerintahkan kami agar berpuasa tiga hari Bidh  (Puteh) dalam sebulan iaitu tiga belas, empat belas dan lima belas." (HR Nasai No: 2380) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW paling banyak berpuasa  sunat pada bulan Syaaban. Ada kalanya sebulan penuh, ada juga sebahagian besar daripadanya kecuali beberapa hari.

2.  Antara hari yang digalakkan berpuasa pada setiap bulan hijrah ialah pada pertengahan bulan atau dipanggil puasa hari puteh (13, 14 dan 15 haribulan Hijrah)

3.  Disepanjang bulan Syaaban ini kita digalakkan berpuasa sunat. Ada puasa sunat yang khusus antaranya puasa hari  Isnin dan Khamis juga puasa pada hari-hari puteh (13, 14 dan 15) yang akan jatuh pada hari Jumaat 23hb Feb, Sabtu 24hb Feb dan Ahad 25hb Feb ini.

4.  Berpuasa tiga hari sebulan menyamai ganjarannya seperti berpuasa sebulan (kerana kebaikan itu digandakan dengan sepuluh kali ganda). Hadis Rasulullah SAW:

مَنْ صَامَ الْأَبَدَ صَوْمُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ الشَّهْرِ صَوْمُ الشَّهْرِ كُلِّهِ

Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam satu bulan, sama halnya dengan berpuasa sebulan penuh."  (HR Muslim No: 1967)

Marilah kita merebut peluang melaksanakan ibadah puasa sunat di bulan Syaaban ini. Kita berpuasa sunat Hari-hari Puteh pada Jumaat, Sabtu dan Ahad ini.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

22hb Februari 2024
12hb Syaaban 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

Semoga bermanfaat..

https://www.instagram.com/p/C3kivrcRf1q/?igsh=MWNsbW9uNDF3emN1bg==

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

Pertolongan Allah

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوۤا۟ إِن تَنصُرُوا۟ ٱللَّهَ یَنصُرۡكُمۡ وَیُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu".
(Muḥammad: 7)

Pembela orang beriman dan para pejuang Islam adalah Allah SWT. Allah SWT akan sentiasa membela dan menolong hambaNya yang beriman yang membela agamaNya.

وَكَانَ حَقّاً عَلَيْنَا نَصْرُ الْمُؤْمِنِينَ

“…Dan sememangnya menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman".
(ar-Rum: 47)

Hendaklah difahami bahawa pertolongan dan pembelaan itu memang datang dari Allah SWT. Allah memberikan kepada siapa sahaja yang Dia kehendaki. Namun, Allah menjelaskan kriteria mereka, iaitu hamba-hambaNya yang soleh, beriman, beramal soleh, menyembahNya, tidak menyekutukanNya dengan yang lain, berjuang berjemaah, dan tidak sendirian serta benar-benar ikhlas dan hanya mencari redhaNya bukan kerana dunia dan seisinya. Perjuangannya sepenuhnya terikat dengan Islam, baik dari aspek pemikiran, hukum, mahupun pandangan.

Firman Allah SWT:

وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ مِنكُمۡ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَیَسۡتَخۡلِفَنَّهُمۡ فِی ٱلۡأَرۡضِ كَمَا ٱسۡتَخۡلَفَ ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِهِمۡ وَلَیُمَكِّنَنَّ لَهُمۡ دِینَهُمُ ٱلَّذِی ٱرۡتَضَىٰ لَهُمۡ وَلَیُبَدِّلَنَّهُم مِّنۢ بَعۡدِ خَوۡفِهِمۡ أَمۡنࣰاۚ یَعۡبُدُونَنِی لَا یُشۡرِكُونَ بِی شَیۡـࣰٔاۚ وَمَن كَفَرَ بَعۡدَ ذَ ٰ⁠لِكَ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ

"Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka".
(an-Nur: 55)

Oleh itu, berjuanglah membela agama Allah SWT dengan sepenuh hati, jiwa dan nyawa, kerana Allah sentiasa melihat dan akan mendatangkan pertolonganNya.

وَقُلِ ٱعۡمَلُواْ فَسَيَرَى ٱللَّهُ عَمَلَكُمۡ وَرَسُولُهُۥ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَۖ

Katakanlah (Muhammad): "Berjuanglah. Allah pasti akan menyaksikan perjuanganmu. Begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman".
(at-Taubah: 105)

Yakinlah bahawa sesiapa yang membela agama Allah maka Allah SWT akan membelanya serta memberi kemenangan untuk mereka.

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

10 Syaaban 1445H
20 Februari 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Usah diperkecilkan amalan yang walaupun kelihatan kecil di pandangan manusia...

Allah kasih kepada mereka yang berbuat baik...

وَٱللَّهُ یُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِینَ

"Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan."
(Ali Imran: 148)

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قَالَ لِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَحْقِرَنَّ مِنْ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ

Daripada Abu Zar RA, Rasulullah SAW bersabda: Jangan sekali-kali kalian menganggap remeh suatu kebajikan meskipun hanya berupa keceriaan wajah ketika bertemu dengan kawanmu".
(Hadith Riwayat Muslim)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَقَدْ رَأَيْتُ رَجُلًا يَتَقَلَّبُ فِي الْجَنَّةِ فِي شَجَرَةٍ قَطَعَهَا مِنْ ظَهْرِ الطَّرِيقِ كَانَتْ تُؤْذِي النَّاسَ

Dari Abi Hurairah dari Nabi SAW, baginda telah bersabda: “Aku telah melihat seseorang yang bersenang-senang di dalam syurga kerana dia telah membuang kayu yang berjuntai dijalan dan kayu tersebut menganggu orang yang lalu”.
(Hadith Riwayat Muslim)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ يَا نِسَاءَ الْمُسْلِمَاتِ لَا تَحْقِرَنَّ جَارَةٌ لِجَارَتِهَا وَلَوْ فِرْسِنَ شَاةٍ

Dari Abu Hurairah dia berkata; Nabi SAW bersabda: "Wahai para wanita muslimah, janganlah antara tetangga yang satu dengan yang lainnya saling meremehkan pemberian walaupun hanya dengan memberi kaki kambing."
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَيْنَمَا رَجُلٌ يَمْشِي بِطَرِيقٍ اشْتَدَّ عَلَيْهِ الْعَطَشُ فَوَجَدَ بِئْرًا فَنَزَلَ فِيهَا فَشَرِبَ ثُمَّ خَرَجَ فَإِذَا كَلْبٌ يَلْهَثُ يَأْكُلُ الثَّرَى مِنْ الْعَطَشِ فَقَالَ الرَّجُلُ لَقَدْ بَلَغَ هَذَا الْكَلْبَ مِنْ الْعَطَشِ مِثْلُ الَّذِي كَانَ بَلَغَ بِي فَنَزَلَ الْبِئْرَ فَمَلَأَ خُفَّهُ ثُمَّ أَمْسَكَهُ بِفِيهِ فَسَقَى الْكَلْبَ فَشَكَرَ اللَّهُ لَهُ فَغَفَرَ لَهُ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَإِنَّ لَنَا فِي الْبَهَائِمِ أَجْرًا فَقَالَ نَعَمْ فِي كُلِّ ذَاتِ كَبِدٍ رَطْبَةٍ أَجْرٌ

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Pada suatu ketika ada seorang laki-laki sedang berjalan melalui suatu jalan, lalu dia merasa sangat kehausan. Kebetulan dia menemukan sebuah telaga, maka dia turun ke telaga itu untuk minum. Setelah keluar dari telaga, dia melihat seekor anjing menjulurkan lidahnya menjilat-jilat tanah karena kehausan. Orang itu berkata dalam hatinya; 'Alangkah hausnya anjing itu, seperti yang baru ku alami.' Lalu dia turun kembali ke telaga, kemudian dia menciduk air dengan sepatunya, dibawanya ke atas dan diminumkannya kepada anjing itu. Maka Allah berterima kasih kepada orang itu (diterima-Nya amalnya) dan diampuni-Nya dosanya.' Para sahabat bertanya; 'Ya, Rasulullah! Dapat pahalakah kami bila menyayangi haiwan-haiwan ini? ' Jawab Baginda: 'Ya, setiap menyayangi makhluk hidup adalah berpahala.

ربما تنام وعشرات الدعوات تُرفع لك ، من فقير أعنته أو جائع أطعمته ، أو حزين أسعدته أو مكروب نفست عنه ، فلا تستهن بفعل الخير.

"Boleh jadi ketika engkau tidur terlelap, (pintu pintu langit sedang terbuka) diangkat puluhan doa kebaikan untukmu, dari seorang faqir yang telah engkau tolong, atau dari orang kelaparan yang telah engkau beri makan, atau dari seorang yang sedih yang telah engkau bahagiakannya, atau dari seorang yang kesusahan denganmu yang telah engkau lapangkan. Maka janganlah engkau sekali kali meremehkan sebuah kebaikan..."
(Ibnu Qayyim Al Jauziyyah, Miftah Dar As Sa’adah)

Balasan syurga bagi mereka yang berusaha melakukan kebaikan...

فَأَثَـٰبَهُمُ ٱللَّهُ بِمَا قَالُوا۟ جَنَّـٰتࣲ تَجۡرِی مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِینَ فِیهَاۚ وَذَ ٰ⁠لِكَ جَزَاۤءُ ٱلۡمُحۡسِنِینَ

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

*Ramai wanita yang mengalami permasalahan dalam fiqh darah wanita seperti haid, nifas dan istihadah yang boleh menyebabkan kekeliruan dalam bab ibadah*

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

Muhasabah malam ini

Hendaklah berfikir kemanakah kita akan pergi dalam setiap perbuatan dan tindakan kita.

Kerana pilihan di tangan kita, nak ke syurga atau ke neraka.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

Masa

وَٱلۡعَصۡرِ

"Demi masa".
(al-ʿAṣr: 1)

Surah al-Asr merupakan antara surah yang terpendek di dalam al-Quran. Surah ini mengandungi tiga ayat yang membicarakan kepada kita tentang cara-cara untuk berjaya dalam kehidupan dan selamat di dunia dan akhirat.

Imam as-Syafie rahimahullah berkata tentang surah al-Asr ini:
"Seandainya manusia merenungi surah ini, nescaya surah ini telah mencukupkan mereka".

Surah ini mengajar kita untuk sentiasa peka, prihatin dan mengambil berat dengan masa agar kita mengisinya dengan sebaik mungkin dan padat dengan manfaat melalui satu cara hidup yang seimbang antara ibadah kepadaNya dan amal jariah kepada insan serta makhlukNya, antara tuntutan dunia dan akhirat. Dengan petunjuk tersebut seseorang akan berjaya menggapai kebahagiaan dan keselamatan hidup di dunia dan akhirat.

Oleh itu, disepanjang kehidupan kita, pastikan seluruh masa kita diisikan dengan amal ibadah dan amal jariah agar bila kita kembali kepadaNya nanti, kita membawa bekalan yang cukup atau sebaik-baiknya.

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَلۡتَنظُرۡ نَفۡسࣱ مَّا قَدَّمَتۡ لِغَدࣲۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِیرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan".
(al-Ḥashr: 18)

Sabda Nabi SAW:
"Orang yang cerdik (yang berakal) adalah orang yang mempersiapkan dirinya dan beramal untuk hari setelah kematian, sedangkan orang yang lemah (imannya) adalah orang yang jiwanya mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan kepada Allah SWT (bahawa Allah akan mengampuninya)".
(Hadith Riwayat at-Tirmidzi)

Imam al-Ghazali rahimahullah berpesan:" Jadilah kamu salah satu di antara dua orang berikut:

1. Menjadi orang yang sibuk memperbaiki diri sendiri.
2. Menjadi orang yang sibuk memperbaiki orang lain, setelah memperbaiki diri sendiri.

Berkata Imam as-Syafie rahimahullah:

نفسك إن شغلتها بالحق وإلا شغلتك بالباطل

"Sibukkan dirimu (nafsumu) dengan kebaikan. Jika tidak, ia akan sibukkanmu dengan kejahatan".
(Qimah az-Zaman 'Inda al-Ulama')

Imam an-Nawawi rahimahullah menukilkan kata nasihat ulama' salaf, Ma'ruf al-Karkhi:

"Sesiapa yang sibuk dengan perkara yang tidak berfaedah untuk dirinya nescaya dia pasti akan mensia-siakan perkara yang penting bagi dirinya".
(Dalil al-Falihin)

Ingatlah, apabila masa kita tidak diisi dengan kegiatan positif, pasti diisi oleh kegiatan negatif. Paling tidak, diisi dengan hal yang sia-sia dan tidak bermanfaat. Buatlah jadual kehidupan, rencana serta perancangan hidup masa depan agar hari-hari kita sentiasa terisi dengan perkara-perkara dan kegiatan yang baik.

Hendaklah kita perhatikan dan atur dengan baik, waktu dan umur yang telah Allah kurniakan kepada kita. Hal ini kerana kebanyakan manusia lalai dan merugikan waktu dalam hidupnya.

Penuhilah masa yang dikurniakan Allah untuk menggapai redhaNya dan syurgaNya.

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

𝑺𝒂𝒍𝒂𝒉 𝑺𝒂𝒕𝒖 𝑺𝒆𝒃𝒂𝒃 𝑳𝒖𝒂𝒔𝒏𝒚𝒂 𝑹𝒆𝒛𝒆𝒌𝒊

Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah berkata:

"Amal shalih merupakan sebab banyak dan luasnya rezeki."

📚 Syarah Riyadhus Shalihin (2/127)

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”.
(Al Jumu’ah: 8)

وَجَآءَتْ سَكْرَةُ الْمَوْتِ بِالْحَقِّ ذَلِكَ مَا كُنتَ مِنْهُ تَحِيدُ

Dan datanglah sakaratul maut yang sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari dari padanya.
(Qaaf: 19)

Justeru, bilakah lagi kematian akan menjadi penasihat dirimu...

~ Abu Imtiyaz ~

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

Jihad

كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهࣱ لَّكُمۡۖ 

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci...".
(al-Baqarah: 216)

Topik berkaitan jihad sering mendapat salah faham dan fitnah daripada kalangan mereka yang bukan sahaja golongan anti Islam malah daripada golongan Islam itu sendiri. Jihad seringkali dianggap sebagai perkara yang membawa kepada permusuhan tetapi ia adalah jauh daripada itu. Malah, jihad adalah suatu ibadah yang sangat mulia dan disanjung tinggi oleh agama.

Pengertian jihad pula selalu ditumpukan kepada aspek peperangan bersenjata sahaja sehingga menakut-nakutkan sesetengah golongan kepada Islam, padahal jihad adalah lebih luas daripada aspek tersebut.

Menurut ulama' Shafie mentakrifkan jihad sebagai memerangi orang-orang kafir untuk menegakkan Islam.

Sayidina Ibnu Abbas r.a berkata bahawa jihad ialah mencurahkan tenaga pada jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang mencela.

Menurut ulama' Hanafi, makna jihad dari sudut istilah ialah mengajak atau menyeru kepada agama yang benar dan memerangi sesiapa yang tidak menerimanya dengan harta dan jiwa.

ٱنفِرُوا۟ خِفَافࣰا وَثِقَالࣰا وَجَـٰهِدُوا۟ بِأَمۡوَ ٰ⁠لِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِۚ ذَ ٰ⁠لِكُمۡ خَیۡرࣱ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

"Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui".
(at-Taubah: 41)

Dr Said Ramadhan al-Butti berkata, jihad ialah mencurahkan tenaga kepada jalan dalam meninggikan kalimah Allah dan menegakkan masyarakat Islam. Memberikan tenaga melalui peperangan adalah sebahagian darinya iaitu dengan tujuan untuk menegakkan masyarakat Islam dan membentuk Daulah Islamiyyah yang sebenar.

Dalam buku Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah ada dinyatakan bahawa Ar-Raghib telah memberi pengertian jihad sebagai usaha yang bersungguh-sungguh dan mengerahkan usaha sepenuhnya dalam menghalang musuh, samada dengan tangan, lisan atau apapun sahaja yang ia mampu. Ini dilakukan dalam tiga bentuk iaitu bermujahadah dengan musuh yang nyata, syaitan dan nafsu. 

Terdapat banyak ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah SAW yang memerintahkan umat manusia untuk berjihad. Hayatilah sendiri akan betapa hebat ungkapan yang digunakan, betapa indah bahasanya, betapa jelas maksudnya dan betapa kuat rohnya sehingga sudah memadai untuk kita memahaminya.

Seutama-utama amal sesudah solat adalah jihad di jalan Allah Azza wa Jalla.

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Malam Nisfu Syaaban

عَنْ مُعَاذِ بن جَبَلٍ عَن ِالنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: يَطَّلِعُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَى خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ

Daripada Muaz bin Jabal RA dari Nabi SAW baginda bersabda: Allah mendatangi makhlukNya pada malam Nisfu Syaaban. Dia mengampuni makhluk kecuali orang musyrik (berbuat syirik) dan yang bermusuhan (HR Tobrani No: 16639) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Bulan Syaaban memiliki kelebihan tersendiri dimana merupakan bulan yang Rasulullah SAW paling banyak berpuasa sunat di dalamnya.

2.  Malam Nisfu Syaaban (malam 15hb Syaaban) juga terdapat kelebihan dan keutamaan bagi mereka yang beribadat dengan diberikan keampunan kecuali kepada mereka yang melakukan syirik dan bermusuhan sesama Muslim.

3.  Digalakkan kita memperbanyakkan ibadat dan memohon keampunan kerana  Nabi SAW bersabda:

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ فَقَدْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةً فَخَرَجْتُ فَإِذَا هُوَ بِالْبَقِيعِ فَقَالَ أَكُنْتِ تَخَافِينَ أَنْ يَحِيفَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَرَسُولُهُ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي ظَنَنْتُ أَنَّكَ أَتَيْتَ بَعْضَ نِسَائِكَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعْرِ غَنَمِ كَلْبٍ

Daripada 'Aisyah RA dia berkata, Pada suatu malam saya kehilangan Rasulullah SAW, lalu saya keluar, ternyata saya dapati baginda sedang berada di Baqi', baginda bersabda: " Apakah kamu takut akan dizalimi oleh Allah dan Rasul-Nya?" saya berkata, wahai Rasulullah, saya mengira tuan mendatangi sebahagian isteri-isterimu, baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah ta'ala turun ke langit dunia pada malam pertengahan bulan Syaaban, lalu mengampuni manusia lebih banyak dari sejumlah bulu kambing." (HR Tirmizi No:670) Status: Hadis Daif

4.  Ibnu Rajab mengatakan, berkaitan dengan malam nisfu Syaaban, para tabi’in penduduk Syam, seperti Khalid bin Ma’dan, Mak-hul, Luqman bin Amir, dan beberapa tabi’in lainnya memuliakannya dan bersungguh-sungguh dalam beribadah di malam itu” (Lathaiful Ma’arif, hlm. 247).

5.  Ulama bersetuju tidak ada jenis ibadat yang dikhususkan pada malam tersebut seperti tidak ada solat Nisfu Syaaban 100 rakaat, tiada doa-doa khusus atau bacaan-bacaan khusus. Namun boleh sahaja untuk kita melaksanakan solat sunat malam juga mempelbagaikan doa dan zikir.

Marilah kita merebut peluang memperbanyakkan ibadat dengan solat sunat, zikir, membaca al-Quran, selawat, doa dan memohon keampunan setiap waktu dan masa.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

23hb Februari 2024
13hb Syaaban 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

Amalan Elak Nyanyuk.

https://vt.tiktok.com/ZSFrBttaD/

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Megah dan kemegahan...

Yang berilmu, megah dengan ilmunya.

Yang pandai, megah dengan kepandaiannya.

Yang beramal, megah dengan amalannya.

Yang cantik, megah dengan kecantikannya.

Yang kaya berharta, megah dengan kekayaan hartanya.

Yang ramai pengikut, megah dengan ramainya pengikutnya.

Yang berkuasa dan berpengaruh, megah dengan kuasa dan pengaruhnya.

Yang mulia, megah dengan kemuliaannya.

Bahkan yang lebih menakutkan.

Yang bodoh jahil, megah dengan kebodohan dan kejahilannya.

Yang bermaksiat, megah dengan kemaksiatannya.

Yang berdosa, megah dengan dosa-dosanya.

Yang zalim, megah dengan kezalimannya.

Yang sesat, megah dengan kesesatannya.

Namun mereka masih merasa megah dan masih merasa baik dengan kemegahan mereka...

قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُم بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا﴿١٠٣﴾ الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا ﴿١٠٤﴾

Katakanlah: "Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?"
Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya.
(Al Kahfi: 103-104)

Orang yang bodoh itu ialah orang yang selalu menturuti kehendak hawa nafsunya dan hanya banyak angan-angan untuk mendapat kemurahan Allah SWT.

إِذَا سَمِعُوا اللَّغْوَ أَعْرَضُوا عَنْهُ وَقَالُوا لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ سَلَامٌ عَلَيْكُمْ لَا نَبْتَغِي الْجَاهِلِينَ

"Dan apabila mereka mendengar perkataan yang buruk, mereka berpaling daripadanya lalu berkata: "Bagi kami amalan kami dan bagi kamu amalan kamu. Semoga selamatlah kamu. Kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang yang bodoh".
(Al-Qasas: 55)

وَٱلرُّجۡزَ فَٱهۡجُرۡ

"Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi."
(Al-Muddathir: 5)

Jauhilah segala punca maksiat yang mengheret kamu kepada azab, sama ada di dunia dan juga di akhirat. Ini menegaskan tentang wajibnya berwaspada dari terjebak melakukan segala jenis maksiat.

Jangan engkau berlumba-lumba untuk melakukan dosa...

وَتَرَىٰ كَثِیرࣰا مِّنۡهُمۡ یُسَـٰرِعُونَ فِی ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَ ٰ⁠نِ وَأَكۡلِهِمُ ٱلسُّحۡتَۚ لَبِئۡسَ مَا كَانُوا۟ یَعۡمَلُونَ

"Dan engkau lihat kebanyakan dari mereka berlumba-lumba pada melakukan dosa dan pencerobohan serta memakan yang haram. Demi sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan."
(Al-Ma'idah: 62)

Allah tidak beri petunjuk sekiranya engkau berlaku zalim...

إِنَّ ٱللَّهَ لَا یَهۡدِی ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّـٰلِمِینَ

"Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim."
(Al-Ma'idah: 51)

Mohonlah kepada Allah agar kita bukan dari kalangan orang yang sesat...

ثُمَّ ذَرۡهُمۡ فِی خَوۡضِهِمۡ یَلۡعَبُونَ

"kemudian, biarkanlah mereka leka bermain-main dalam kesesatannya."
(Al-An'am: 91)

اللهم آتنا من لدنك رحمة هيئ لنا من أمرنا رشدا

Ya Allah, kurniakannlah rahmat dari sisi Mu, dan berikanlah petunjuk panduan Mu pada setiap urusan kami.

وَهُوَ ٱلۡقَاهِرُ فَوۡقَ عِبَادِهِۦۖ

‎"Dan Dia lah yang berkuasa atas sekalian hambaNya."
(Al-An'am: 61)

Justeru, jangan sombong kerana Allah berkuasa atas diri kamu...

~ Abu Imtiyaz ~

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

Jin Yang Ditangkap Dan Di Penjara Zaman Nabi Sulaiman AS.

https://youtu.be/Bs6l7cIbmYE?si=MQp0YgPb8-dVwFVr

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

12 Syaaban 1445H
22 Februari 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Usahlah tergolong dari kelompok manusia ini...

يَعْلَمُونَ ظَاهِرًا مِّنَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ عَنِ الْآخِرَةِ هُمْ غَافِلُونَ

Mereka hanya mengetahui yang lahir (saja) dari kehidupan dunia; sedang mereka tentang (kehidupan) akhirat adalah lalai.
(Ar Rum: 7)

ثُمَّ قِیلَ لِلَّذِینَ ظَلَمُوا۟ ذُوقُوا۟ عَذَابَ ٱلۡخُلۡدِ هَلۡ تُجۡزَوۡنَ إِلَّا بِمَا كُنتُمۡ تَكۡسِبُونَ

‎"Kemudian dikatakan lagi kepada orang-orang yang berlaku zalim itu: "Rasakanlah azab yang kekal. Tidaklah kamu dibalas melainkan dengan apa yang kamu usahakan (di dunia)".
(Yunus: 52)

Orang yang bijak itu ialah orang yang sentiasa menghitung dirinya dan beramal untuk kehidupan sesudah matinya.

Dan orang yang bodoh itu ialah orang yang selalu memperturuti kehendak hawa nafsunya dan hanya banyak berangan angan untuk mendapat kemurahan Allah SWT.

إِنَّ اللهَ تَعَالىَ يُبْغِضُ كُلَّ عَالِمٍ بِالدُّنْيَا جَاهِلٍ بِالْآخِرَة

“Sesungguhnya Allah ta’ala membenci orang yang pandai dalam urusan dunia namun bodoh dalam perkara akhirat”.
(Hadith Riwayat Al-Hakim)

عَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ وَالْعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلَى اللَّهِ

Dari Syaddad bin Aus dari Nabi SAW baginda bersabda: "Orang yang cerdas adalah orang yang mempersiapkan dirinya dan beramal untuk hari setelah kematian, sedangkan orang yang bodoh adalah orang yang jiwanya mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan kepada Allah."
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)

Jangan kita mencintai dunia...

كَلَّا بَلْ تُحِبُّونَ الْعَاجِلَةَ

"Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya."
(Al-Qiyamah: 20)

Balasan bagi orang yang gilakan kehidupan dunia semata-mata...

أُو۟لَـٰۤىِٕكَ ٱلَّذِینَ لَیۡسَ لَهُمۡ فِی ٱلۡـَٔاخِرَةِ إِلَّا ٱلنَّارُۖ وَحَبِطَ مَا صَنَعُوا۟ فِیهَا وَبَـٰطِلࣱ مَّا كَانُوا۟ یَعۡمَلُونَ

"Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan."
(Hud: 16)

وَیَوۡمَ یَحۡشُرُهُمۡ كَأَن لَّمۡ یَلۡبَثُوۤا۟ إِلَّا سَاعَةࣰ مِّنَ ٱلنَّهَارِ یَتَعَارَفُونَ بَیۡنَهُمۡۚ

"Dan (ingatlah) masa Tuhan himpunkan mereka (pada hari kiamat kelak), dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. Mereka akan berkenal-kenalan sesama sendiri."
(Yunus: 45)

Sentiasalah mengingati Allah...

وَٱذۡكُر رَّبَّكَ فِی نَفۡسِكَ تَضَرُّعࣰا وَخِیفَةࣰ وَدُونَ ٱلۡجَهۡرِ مِنَ ٱلۡقَوۡلِ بِٱلۡغُدُوِّ وَٱلۡـَٔاصَالِ وَلَا تَكُن مِّنَ ٱلۡغَـٰفِلِینَ

‎"Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai."
(Al-A'raf: 205)

Justeru, teruslah belajar dan menuntut ilmu sehingga akhir nafasmu...

~ Abu Imtiyaz ~

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Amalan Yang Tidak Ditinggalkan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ صِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ

Daripada Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata: "Kekasihku Rasulullah SAW memberi wasiat kepadaku agar aku berpuasa tiga hari dalam setiap bulan, mendirikan solat Dhuha dua rakaat dan solat witir sebelum aku tidur". (HR Bukhari: No 1845) Status Hadis Sahih

Pengajaran:

Rasulullah SAW mewasiatkan agar tidak meninggalkan tiga amalan sunat:

a.  Puasa sunat tiga hari sebulan

b.  Menunaikan solat sunat dhuha dua rakaat setiap hari

c.  Solat witir setiap malam sebagai penutup malam atau sebelum tidur

Marilah kita berusaha agar dapat melaksanakan apa yang dipesan oleh Rasulullah SAW.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

21hb Februari 2024
11hb Syaaban 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

Muhasabah malam ini

Jika syaitan melihat kita istiqamah dalam melakukan amalan ketaatan, dia pun akan menjauhi kita.

Tetapi, jika syaitan melihat kita beramal, kemudian kita meninggalkannya, malah melakukannya sesekali saja, maka syaitan pun akan semakin suka untuk menggoda kita.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

"Lalu Allah memberikan pahala kepada mereka disebabkan (pengakuan iman yang ikhlas) yang telah mereka ucapkan, (iaitu mereka dibalas dengan) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka pula tetap kekal di dalamnya. Dan yang demikian itu, adalah balasan orang-orang yang berusaha berbuat kebaikan."
(Al-Ma'idah: 85)

Justeru, jadilah orang yang baik dan sukakan kebaikan...

~ Abu Imtiyaz ~

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

Luangkan 1 hari dengan mempelajari Fiqh Darah Wanita secara online & percuma :-

– Kenali dengan lebih jelas jenis-jenis darah wanita
– Belajar tentang haid dan nifas serta perkara yang berkaitan dengannya
– Fahami pengiraan tempoh suci daripada haid serta nifas
– Ketahui kesalahan yang menjadi kebiasaan dalam permsalahan haid dan nifas
– Dapatkan gambaran permasalahan dalam istihadah

.

*INFO DAURAH FIQH DARAH WANITA*

🗓️ 24 Februari 2024, Sabtu
⏰ Sesi 1 : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
⏰ Sesi 2 : 2.00 petang hingga 4.30 petang
💻 Platform : Online Zoom & Youtube Live
🧕🏻 Penceramah Jemputan : Ustazah Nurul Hasanah bt Azizan

.

*Siapa yang sesuai sertai daurah?*

- Wanita muslimah yang sedang mengalami haid dan nifas
- Wanita yang sudah berkahwin
- Pengantin perempuan yang bakal bernikah
- Ibu-ibu yang mempunyai anak perempuan
- Guru-guru agama yang mengajar feqah

.

*Bonus Percuma*
- Sijil Penyertaan Digital
- E-book Modul

Pendaftaran tutup 21 Februari ini. Share untuk ajak lebih ramai wanita untuk bersama-sama dalam majlis ilmu!

Klik link untuk info lanjut dan daftar *PERCUMA* sekarang : https://quranproacademy.com/dfdw/

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Riya Itu Syirik Kecil

عَنْ مَحْمُودِ بْنِ لَبِيدٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمْ الشِّرْكُ الْأَصْغَرُ قَالُوا وَمَا الشِّرْكُ الْأَصْغَرُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الرِّيَاءُ يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِذَا جُزِيَ النَّاسُ بِأَعْمَالِهِمْ اذْهَبُوا إِلَى الَّذِينَ كُنْتُمْ تُرَاءُونَ فِي الدُّنْيَا فَانْظُرُوا هَلْ تَجِدُونَ عِنْدَهُمْ جَزَاءً

Daripada Mahmud bin Labid Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Perkara yang paling aku takut terjadi pada kalian adalah Syirik yang kecil. Para Sahabat bertanya : apa itu syirik yang kecil wahai Rasulullah. Nabi saw bersabda : Itulah Riya’. Allah SWT akan befirman pada hari kiamat kelak: pergilah kepada orang yang kamu hendak tunjukkan amalan kamu kepadanya di dunia dan lihatlah adakah di sisi mereka itu ganjaran (dengan sebab amalam kamu).” HR Ahmad No: 23630. Status: Sanad Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Syirik kecil merupakan perkara yang perlu dijauhi kerana ia menghilangkan segala pahala amal soleh yang dilakukan.

2.  Rasulullah SAW bimbang umatnya akan terjerumus dengan Syirik kecil iaitu Riya’.

3.  Riya adalah perbuatan seseorang  menunjukkan amal untuk dilihat, disebut atau disanjung oleh manusia lain. Contohnya berselfie ketika beribadah dan muat naik di media sosial seperti di TikTok, FB, Instagram dan lain-lain. Di hari kiamat nanti, orang yang riya’ dalam beramal akan diminta untuk menuntut ganjaran daripada manusia yang ingin disanjung atau disebut.

4.  Riya’ boleh berlaku pada agama, tubuh badan, percakapan mahupun amalan seseorang, contohnya:

•  Riya’ pada agama dan tubuh badan dengan menzahirkan kekurusan dan berpakaian lusuh supaya orang menganggapnya bersungguh melakukan ibadah serta seakan-akan dia bersedia menghadapi hari akhirat

•  Riya’ pada percakapan dengan memberi nasihat dan peringatan dengan niat menzahirkan keprihatinan terhadap hal ehwal orang Islam ataupun berzikir kuat di hadapan orang ramai.

•  Riya’ pada amalan seperti menzahirkan qiyam dan ruku’ yang lama ketika bersolat di hadapan orang ramai.

5.  Abu Umamah al-Bahili ketika melihat orang yang menangis ketika sujud di dalam masjid beliau berkata: ”Hai kamu, alangkah baiknya (jika menangis) di rumah.”

6.  Berusahalah melaksanakan ibadah dengan ikhlas dan bermujahadah melawan sifat riya yang datang dalam diri. Jika ibadah tersebut ada pilihan, maka lebih baik dilakukan secara sembunyi seperti bersedekah tidak secara terang-terangan.

7.  Berdoalah agar dijauhi perbuatan syirik.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أُشْرِكَ بِكَ وَأَنَا أَعْلَمُ وَأَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لاَ أَعْلَمُ

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari perbuatan syirik yang aku sedari. Dan, aku memohon ampun kepada-Mu atas dosa-dosa yang tidak aku ketahui.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

20hb Februari 2024
10hb Syaaban 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Читать полностью…

MEKANIK IMAN.

09 Syaaban 1445H
19 Februari 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Manusia memang sering suka jika kebaikannya diingati dan dihargai tapi yang lebih menyedihkan ialah apabila ia sendiri sering melupakan dan tidak menghargai kebaikan orang lain padanya...

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ لاَ يَشْكُرُ اللَّهَ مَنْ لاَ يَشْكُرُ النَّاسَ

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak bersyukur kepada Allah seorang yang tidak bersyukur kepada manusia.”
(Hadith Riwayat Abu Daud)

Orang yang tidak berterima kasih di atas kebaikan orang lain terhadapnya bermakna, ia tidak bersyukur kepada Allah di atas limpah nikmat yang diperolehi.

Bahkan seringkali berlaku hanya dengan satu keburukan pada seseorang itu, biarpun ianya adalah seorang rapat dengannya menyebabkan hilang dan dilupai seribu kebaikan yang ada padanya...

وَلَا تَنسَوُا الْفَضْلَ بَيْنَكُمْ إِنَّ اللَّـهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Dan janganlah kamu melupakan keutamaan (kebaikan) di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Melihat segala apa yang kamu kerjakan.
(Al Baqarah: 237)

Al-Khaththaby berkata; barangsiapa kebiasaannya adalah kufur terhadap nikmat (kebaikan) orang dan tidak bersyukur atas kebaikan mereka, maka nescaya termasuk kebiasaannya adalah kufur terhadap nikmat Allah Ta’ala dan tidak bersyukur kepada-Nya.

مَّا یَفۡعَلُ ٱللَّهُ بِعَذَابِكُمۡ إِن شَكَرۡتُمۡ وَءَامَنتُمۡۚ وَكَانَ ٱللَّهُ شَاكِرًا عَلِیمࣰا

"Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka)."
(An-Nisa': 147)

Allah SWT tidak menerima syukur seorang hamba atas kebaikan Allah kepadanya, jika seorang hamba tidak bersyukur kepada kebaikan orang lain terhadapnya.

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- مَنْ أُعْطِىَ عَطَاءً فَوَجَدَ فَلْيَجْزِ بِهِ فَإِنْ لَمْ يَجِدْ فَلْيُثْنِ بِهِ فَمَنْ أَثْنَى بِهِ فَقَدْ شَكَرَهُ وَمَنْ كَتَمَهُ فَقَدْ كَفَرَهُ.

Daripada Jabir bin Abdullah RA berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang diberikan sebuah hadiah, lalu ia mendapati kecukupan maka hendaknya ia membalasnya, jika ia tidak mendapati maka pujilah ia, barangsiapa yang memujinya, maka sungguh ia telah bersyukur kepadanya, barangsiapa menyembunyikannya sungguh ia telah kufur.”
(Hadith Riwayat Abu Daud)

وَلَقَدۡ مَكَّنَّـٰكُمۡ فِی ٱلۡأَرۡضِ وَجَعَلۡنَا لَكُمۡ فِیهَا مَعَـٰیِشَۗ قَلِیلࣰا مَّا تَشۡكُرُونَ

‎"Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur."
(Al-A'raf: 10)

Berterima kasihlah kepada manusia dan bersyukur kepada Allah.

Justeru, hargailah kebaikan orang lain, nescaya engkau juga akan dihargai...

~ Abu Imtiyaz ~

Читать полностью…
Subscribe to a channel