02 Ramadan 1445H
13 Mac 2024M
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
(Bahagian pertama)
Untuk mereka yang beriman...
وَٱلَّذِينَ يُؤْذُونَ ٱلْمُؤْمِنِينَ وَٱلْمُؤْمِنَـٰتِ بِغَيْرِ مَا ٱكْتَسَبُوا۟ فَقَدِ ٱحْتَمَلُوا۟ بُهْتَـٰنًا وَإِثْمًا مُّبِينًا
Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.
(Al-Ahzab: 58)
( وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا )
Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat...
Yakni mereka melancarkan tuduhan buruk terhadap orang-orang mukmin dan mukminat yang pada hakikatnya bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka itu, padahal orang-orang mukmin dan mukminat tidak tahu menahu dan tidak pernah melakukannya.
( فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُبِينًا )
Maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.
Yakni merupakan suatu kedustaan yang besar bila menyakiti iaitu dengan mengumpat dan menghina orang-orang mukmin dan mukminat dengan sesuatu hal yang tidak pernah mereka lakukan, yang tujuannya ialah mencela dan memperkecilkan mereka.
Mereka yang menyakiti orang-orang yang beriman ini boleh jadi terdiri daripada orang beriman sendiri yang bertindak di atas kedengkian yang ada di dalam hati mereka. Atau daripada golongan munafik yang benci . Atau golongan kuffar yang memerangi mereka.
المؤمن بين خمس شدائد مؤمن يحسده ومنافق يبغضه وكافر يقاتله ونفس تنازعه وشيطان يضله
(ابن لال عن أبان عن أنس) أخرجه أيضًا : الديلمى
Orang beriman selalu menghadapi lima musuh:
1) Orang beriman yang hasad dengki padanya
2) Orang munafiq yang membencinya
3) Orang kafir yang memusuhinya
4) Nafsu yang mengalahkannya
5) Syaitan yang menyesatkannya
Bahkan kisah dan peristiwa Nabi Yusuf memaparkan kedengkian daripada orang yang paling hampir kepada baginda.
إِذْ قَالُوا لَيُوسُفُ وَأَخُوهُ أَحَبُّ إِلَىٰ أَبِينَا مِنَّا وَنَحْنُ عُصْبَةٌ إِنَّ أَبَانَا لَفِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ
(Iaitu) ketika mereka berkata: "Sesungguhnya Yusuf dan saudara kandungnya (Bunyamin) lebih dicintai oleh ayah kita dari pada kita sendiri, padahal kita (ini) adalah satu golongan (yang kuat). Sesungguhnya ayah kita adalah dalam kekeliruan yang nyata.
(Yusuf: 8)
Juga peristiwa Al Ifku (الإفك) - berita bohong, yang menjadi ujian fitnah kepada Saidatina 'Aisyah radhiyallahu 'anha...
إِنَّ الَّذِينَ جَاءُوا بِالْإِفْكِ عُصْبَةٌ مِّنكُمْ لَا تَحْسَبُوهُ شَرًّا لَّكُم بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ لِكُلِّ امْرِئٍ مِّنْهُم مَّا اكْتَسَبَ مِنَ الْإِثْمِ وَالَّذِي تَوَلَّىٰ كِبْرَهُ مِنْهُمْ لَهُ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar.
(An-Nur: 11)
Cara dan bentuk tindakan menyakiti itu mungkin berupa kata-kata dusta, caci cela, umpatan, gelar menggelar atau adu domba yang bertujuan mengaib, memperkecil, menghina dan merendah-rendahkan orang-orang yang beriman.
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُونُوا۟ خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَآءٌ مِّن نِّسَآءٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ ۖ وَلَا تَلْمِزُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا۟ بِٱلْأَلْقَـٰبِ ۖ بِئْسَ ٱلِٱسْمُ ٱلْفُسُوقُ بَعْدَ ٱلْإِيمَـٰنِ ۚوَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ
Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan.
"Barangsiapa Menjadikan Syahwat dibawah Telapak Kaki, Maka Syaitan Akan Berlari dari Bayangannya"
- Wahab bin Munabbih رحمه الله
Antara manusia yang paling ditakuti syaitan, ialah Saidina Umar alkhottob r.a dan Imam Ahmad bin Hanbal rhm. Jalan yang lalui oleh saidina Umar, tidak berani dilalui oleh syaitan. Terompah yang dipakai oleh Imam Ahmad, ditunjukkan kepada orang yang dirasuk, jin tu keluar cabut lari.
Kenapa? Kerana mereka ini telah berjaya merendahkan hawa dan syahwat di bawah telapak kaki. Hawa nafsu adalah senjata syaitan, apabila nafsu dikawal, maka syaitan tidak berdaya.
Pada bulan ramadhan, syahwat dilumpuhkan dengan berlapar. Tetapi itu baru syahwat perut, 7 anggota zahir ada syahwatnya masing².
Lemahkan syahwat 7 anggota zahir dengan berpuasa. Puasa mata, puasa telinga, puasa mulut, puasa tangan, puasa kaki, puasa perut dan puasa kemaluan. InsyaAllah, nafsu dapat ditundukkan, syaitan dapat dikalahkan. Naik makom puasa khawas.
Nukilan Santri
1 Ramadhan 1445H
“Sesungguhnya di antara amalan dan kebaikan seorang mukmin yang akan menemuinya setelah kematiannya adalah: ilmu yang diajarkan dan disebarkannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushhaf yang diwariskannya, masjid yang dibangunnya, rumah untuk ibnu sabil yang dibangunnya, sungai (air) yang dialirkannya untuk umum, atau sedekah yang dikeluarkannya dari hartanya diwaktu sehat dan semasa hidupnya, semua ini akan menemuinya setelah dia meninggal dunia”.
5) Bermuhasabahlah dengan halus terhadap persoalan dan pertanyaan yang bakal engkau di alam barzakh dan di Padang Mahsyar. Semoga kau mampu melepasi semuanya dengan mudah terutama Hisab dan Perhitungan Amalmu.
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
لا تَزُولُ قَدَمَا عبد يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ أَرْبَعٍ : عَنْ عُمْرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ , وَعَنْ شَبَابِهِ فِيمَا أَبْلاهُ , وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَا أَنْفَقَهُ , وَعَنْ عِلْمِهِ مَاذَا عَمِلَ فِيهِ " .
"Tidak akan berganjak dua tapak kaki seorang hamba Allah pada hari kiamat sehinggalah ditanya dengan empat (perkara): tentang umurnya pada apakah telah dihabiskan, tentang waktu mudanya pada apakah telah digunakan, tentang hartanya daripada mana diusahakan dan pada apakah telah dibelanjakan dan tentang ilmunya pada apakah telah diamalkan."
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)
اللهم اختم لنا بحسن الخاتمة
ولا تختم علينا بسوء الخاتمة
Ya Allah, Kau matikanlah dalam kematian yang baik,
Dan janganlah Kau matikan kami dengan kematian yang buruk.
Justeru, kematian semakin dekat denganmu, bersedialah...
~ Abu Imtiyaz ~
Keberkatan Sahur
Daripada Anas Bin Malik RA berkata, Rasulullah ﷺ bersabda:
تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً
Maksudnya: “Bersahurlah, kerana sesungguhnya pada sahur (makanan) itu ada keberkatan.”
Sahih Riwayat al-Bukhari (1923)
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Ibadah Puasa dan Anugerah
عَنْ أَبِي صَالِحٍ الزَّيَّاتِ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصِّيَامَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ فَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ يَوْمَئِذٍ وَلَا يَسْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ وَلِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ بِفِطْرِهِ وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ
Daripada Abu Shalih Az Zayyat bahawa ia mendengar Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Allah 'azza wajalla telah berfirman; 'Setiap amalan anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa itu adalah bagi-Ku, dan Akulah yang akan memberinya pahala. Puasa itu adalah perisai. Apabila kamu berpuasa, maka janganlah kamu rosakkan puasamu dengan rafats, dan jangan pula menghina orang. Apabila kamu dihina orang atau pun diserang, maka katakanlah, 'Sesungguhnya saya sedang berpuasa.' Demi Allah, yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat kelak daripada wanginya kesturi. Dan bagi mereka yang berpuasa ada dua kebahagiaan. Ia merasa gembira ketika berbuka lantaran puasanya, dan gembira ketika berjumpa dengan Rabbnya juga kerana puasanya." (HR Muslim No: 1944) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap amalan yang dilakukan oleh anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa itu adalah untuk Allah dan hanya Allah yang akan memberi ganjaran pahalanya.
2. Puasa itu adalah perisai atau pendinding seseorang dari melakukan perkara yang dilarang serta melaksanakan sesuatu yang diperintah.
3. Bagi orang yang berpuasa, mereka perlu menjaga puasanya dari dirosakkan dengan sebab rafats (perhubungan suami isteri di siang hari) termasuk perbuatan dan perkataan yang kotor, lucah dan buruk serta hina, sama ada yang diucapkan, ditulis serta ditularkan.
4. Orang yang berpuasa, jika dihina, dimarah ataupun diserang, maka katakanlah: Sesungguhnya saya sedang berpuasa.
5. Bagi orang yang berpuasa, mulutnya mungkin akan berbau yang kurang enak, namun bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat kelak daripada wanginya kasturi.
6. Untuk orang yang berpuasa, mereka akan dikurniakan dengan dua kebahagiaan:
a. Gembira ketika berbuka puasa
b. Gembira ketika berjumpa dengan Allah kerana ibadat puasanya.
Bangunkan Jiwa Taqwa. Semoga Ramadan tahun ini lebih baik untuk kita dengan kualiti dan kuantiti amal yang bertambah bagi mengapai Taqwa. Ramadan Aku Kembali Mendamba Redha Ilahi. Andaikan Ramadan Tahun Ini Terakhir Buat Kita.
Negara Rahmah Ummah Sejahtera
#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka
12hb Mac 2024
01hb Ramadan 1445H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Muhasabah malam ini
Orang beriman, soleh, rajin, alim, berani akan mati. Dan orang kafir, jahat, malas, jahil, takut pun akan mati juga.
Maknanya setiap yang bernyawa pasti mati tetapi biarlah kita mati di dalam keadaan Allah redha dan terima amal kita.
#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
12 PESANAN Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
Mari hadirkan azam & niat Ramadhan Yang ikhlas...
Azam DiBulan Ramadhan dari Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid hafidzohullahtaala
1- Niatkan agar Ramadhan kali ini lebih baik & lebih mantap berbanding tahun-tahun yang lalu dengan amalkan segala sunnah Rasulullah ﷺ semampu kita.
2- Niat untuk bertadarus, bertadabbur & khatam Al-Quran (minimum sekali).
3- Niat untuk bertahajud, qiamullail setiap pagi (sebelum sahur).
4- Niat untuk tunaikan solat sunnat Tarawih 20 rakaat serta solat sunnat Witir 3 rakaat (di masjid/surau/rumah).
5- Niat untuk bangun sahur setiap pagi walaupun sekadar meneguk air (ianya sunnah, ada keberkatan dalam bersahur itu).
6- Niat untuk perbanyakkan amal ibadah seperti solat sunnat, sedekah, memberi makan orang yang berbuka puasa dsb.
7- Niat untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar.
8- Niat untuk perbanyak sedekah dan infaq.
9- Niat untuk menjaga lisan, mata, telinga, mulut dan hati.
10- Niat memberi makan kepada orang berbuka puasa walaupun hanya dengan sebiji kurma.
11- Niat jadi hambaNYA, umat Rasulullah SAW, suami/isteri, anak, abang/kakak, saudara, ayah/ibu, jiran, rakan sejawat, manusia dsb yang terbaik & bermanfaat sebaik sahaja selesai ibadah Ramadhan ini.
12- Niat untuk syukuri segala nikmat yang dikurniakan Allah سبحانه وتعالى
Imam Muslim meriwayatkan:
حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى التَّمِيمِيُّ، قَالَ: أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ، قَالَ: سَمِعْتُ أَبِي يَقُولُ: «لَا يُسْتَطَاعُ الْعِلْمُ بِرَاحَةِ الْجِسْمِ»
175 – (612) Yahya bin Yahya al-Tamimi menyampaikan kepada kami, beliau berkata: Abdullah bin Yahya bin Abu Kathir mengkhabarkan kepada kami, beliau berkata: Saya mendengar bapa saya berkata, “Ilmu tidak tercapai dengan badan yang rehat.”
Tarikh Permulaan Puasa : Selasa
12 Mac 2024M
1 Ramadan 1445H
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak yang mulia buat semua..
#SalamRamadhan1445H
#MekanikIman
(Imam Ibn At'thoillah As-Sakandari RH)
Perbanyak doa mengharap keredhaan Allah agar Husnul Khatimah dan dijauhkan dari Su'ul Khatimah.
Ya Allah, kurniakanlah kami husnul khatimah.
Justeru, persiapkanlah bentuk akhir khatimah kehidupan mu wahai hamba Allah...
~ Abu Imtiyaz ~
Beriman kepada Allah dan Rasul
فَآمِنُوا بِاللَّـهِ وَرَسُولِهِ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ الَّذِي يُؤْمِنُ بِاللَّـهِ وَكَلِمَاتِهِ وَاتَّبِعُوهُ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
"Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kalimah-kalimahNya (kitab-kitabNya) dan ikutilah dia (Rasulullah SAW) supaya kamu beroleh hidayah petunjuk".
(al-‘Araf: 158)
Dalam ayat ini, Allah SWT memerintahkan kita agar beriman dengan apa yang terkandung di dalam al-Quran dan juga beriman dengan setiap yang dibawa oleh Rasulullah SAW samada dari sudut perkataan, perbuatan dan sebagainya.
Saat ini kita berada di penghujung bulan Syaaban. Baginda SAW ada berpesan agar kita tidak berpuasa sehari atau dua hari sebelum bertemu Ramadhan. Maka sewajarnya kita mengambil berat berkaitan perintah baginda SAW sebagai tanda keimanan kita kepada baginda SAW.
Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi SAW bersabda:
لَا تَقَدَّمُوا رَمَضَانَ بِصَوْمِ يَوْمٍ وَلاَ يَوْمَيْنِ إِلاَّ رَجُلٌ كَانَ يَصُومُ صَوْمًا فَلْيَصُمْهُ
"Janganlah kalian mendahulukan Ramadhan dengan sehari berpuasa atau dua hari kecuali bagi sesiapa yang telah terbiasa berpuasa sebelumnya".
(Hadith Riwayat Muslim)
Dalam lafaz yang lain:
لَا يَتَقَدَّمَنَّ أَحَدُكُمْ رَمَضَانَ بِصَوْمِ يَوْمٍ أَوْ يَوْمَيْنِ ، إِلَّا أَنْ يَكُوْنَ رَجُلٌ كَانَ يَصُوْمُ صَوْمَهُ ، فَلْيَصُمْ ذَلِكَ الْيَوْمَ
"Janganlah seorang daripada kalian mendahului bulan Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari kecuali apabila seseorang itu sudah biasa berpuasa maka berpuasalah pada hari itu".
(Hadith Riwayat al-Bukhari)
Dalam Syarah Bulughul Maram menyebutkan:
"Tidak dibolehkan berpuasa awal sehari atau dua hari apabila tiba bulan Ramadhan melainkan jika seseorang itu sentiasa melakukan puasa dan secara kebetulan hari yang biasanya dia berpuasa itu bersamaan dengan hari akhir dalam bulan Syaaban. Contohnya seperti berpuasa hari Isnin pada setiap minggu dan hari Isnin jatuh pada hari terakhir dalam bulan Syaaban. Maka dalam masalah ini, dibolehkan untuk berpuasa samada sehari atau dua hari sebelum Ramadhan berdasarkan kebiasaan yang dilakukan".
Hikmah disebalik larangan mendahulukan puasa satu atau dua hari sebelum Ramadhan ialah:
1) Jika berpuasa satu atau dua hari sebelum Ramadhan adalah dalam rangka berhati-hati, maka hal ini dilarang agar tidak menambah hari berpuasa dalam bulan Ramadhan.
2) Tujuannya juga adalah agar dapat dibezakan antara puasa wajib dan puasa sunat. Ini kerana, memisahkan antara amalan yang wajib dan sunat adalah sesuatu yang disyariatkan, berdasarkan arahan Nabi SAW melarang seseorang itu menyambung solat yang wajib dengan solat sunat tanpa diselangi dengan salam atau zikir terlebih dahulu.
(Lathaif al-Ma’arif)
Ini juga merupakan antara perkara yang disukai oleh Ibn Abbas dan juga disukai oleh golongan salaf iaitu memisahkan antara Syaaban dan Ramadhan dengan tidak berpuasa sehari atau dua hari.
(al-Istizkar)
Maka dapat difahami bahawa tidak dibolehkan untuk kita berpuasa awal sehari atau dua hari sebelum bulan Ramadhan berdasarkan hadith di atas bagi sesiapa yang tidak menjadi kebiasaannya berpuasa.
Jom amalkan perintah Nabi SAW berdasarkan apa yang telah disampaikan melalui hadisnya. Moga kita beroleh kebaikan yang banyak dan hidayah petunjuk disebabkan kita mengimani apa yang telah diperintahkan, Aamiiin...
Muhasabah malam ini
Jika matlamat hidup kita hanya mencari redha Allah,
Pasti segala pemberian Allah merupakan satu nikmat yang perlu kita syukuri.
#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
28 Syaaban 1445H
09 Mac 2024M
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
Tidur adalah tazkirah mati. Setiap hari kita tidur tetapi siapa yang hatinya ambil pengajaran darinya...
فقد أخرج البزار والطبراني في الأوسط وابن
مردويه والبيهقي في "البعث" بسند صحيح كما قال السيوطي عن جابر رضي الله عنه قال: قيل: يا رسول الله أينام أهل الجنة؟ قال: لا النوم أخو الموت، وأهل الجنة لا يموتون ولا ينامون.
Al Bazzar dan Thabarani dalam Al Awsath dan Ibnu Mardawih dan Baihaqi pada "Hari Kebangkitan" dengan sanad yang sahih seperti yang disebut oleh Sayuthi daripada Jabir RA berkata:
Wahai Rasul Allah adakah ahlu syurga itu tidur? Baginda bersabda:
Tidak, tidur adalah saudara mati dan ahlu syurga tidak mati dan tidak tidur.
Kalau lah aku yang tinggal keseorangan, tiada lagi orang yang mahukan kebenaran, tetapkanlah aku pada jalan kebenaranMu Ya Rabb.
الْحَقُّ مِن رَّبِّكَ ۖ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu.
(Al Baqarah: 147)
قال ابن مسعود رضي الله عنه:
"الجماعة ما وافق الحق؛ ولو كنت وحدك"
Jamaah itu ialah apa yang muafakat dengan kebenaran walaupun engkau seorang...
Jarak mati itu adalah diantara kerdipan mata.
Boleh jadi ketika engkau memejamkan mata, mati datang menerpa. Lalu engkau tidak lagi bisa untuk membuka mata.
Boleh jadi juga ketika engkau membuka mata, mati datang menerpa. Lalu engkau tidak bisa pula untuk memejamkan mata.
Begitulah betapa dekatnya jarak manusia dengan kematiannya.
Izinkan lah aku mati ketika aku sedang berpegang teguh dengan kebenaran ajaranMu Ya Rabb.
Empat persoalan hidup di Mahsyar. Perlukan jawapannya sebelum dijemput oleh Rabbil 'Izzati...
رَوى ابنُ حِبَّانَ والترمذيُّ في جامِعِه أنَّ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم قالَ: "لا تزولُ قَدَمَا عبدٍ يومَ القيامةِ حتَّى يُسألَ عن أربعٍ عَن عُمُرِه فيما أفناهُ وعن جسدِهِ فيما أبلاهُ وعن عِلمِهِ ماذا عَمِلَ فيهِ وعن مالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وفيما أنفقَهُ "
Ibnu Hibban dan At Tirmidzi meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda:
"Tidak berganjak dua tapak kaki seorang hamba pada Hari Qiyamah sehinggalah ditanya tentang empat perkara:
Tentang umurnya pada apakah telah dihabiskan, tentang tubuhnya pada apakah telah digunakan, tentang ilmunya pada apakah yang telah ia amalkan dan tentang hartanya dari mana diusahakannya dan pada apakah telah ia belanjakannya".
Ketika sampai waktu ajalmu, pasti engkau akan mati...
وَمَا كَانَ لِنَفۡسٍ أَن تَمُوتَ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ كِتَـٰبࣰا مُّؤَجَّلࣰاۗ
"Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah)."
(Ali-Imran: 145)
Nabi SAW sentiasa mengingatkan kita agar sentiasa mengingati mati dan melakukan persiapan untuk menghadapinya.
Justeru, persiapkanlah jawapannya dengan hidup sebagai seorang hamba di dunia ini...
~ Abu Imtiyaz ~
Puasa
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa" .
(al-Baqarah: 183)
Alhamdulillah seluruh umat Islam telah mula berpuasa semalam. Ketahuilah bahawa ibadah puasa di bulan Ramadhan adalah satu kefardhuan yang dituntut ke atas umat Islam yang memenuhi syarat.
Perkataan “كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ” memberi maksud kewajipan puasa ke atas orang-orang yang beriman.
Bagi sesiapa yang sengaja meninggalkan puasa tanpa sebarang sebab maka dia berdosa dan wajib qadha serta bertaubat atas perbuatan tersebut.
Bagi yang tidak mampu berpuasa maka dibenarkan berbuka puasa atau tidak berpuasa dengan syarat yang perlu diganti semula atau membayar fidyah. Firman Allah SWT:
أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ ۚ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۚ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ ۖ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ ۚ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ ۖ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ –
"(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui".
(al-Baqarah: 184)
Umat Islam wajib mendalami ilmu berkenaan puasa secara terperinci agar puasa kita menjadi ibadah yang diterima Allah swt bukan hanya setakat adat yang sia-sia. Kita tidak mahu ibadah yang penting ini hanya dilaksanakan dalam keadaan acuh tidak acuh setakat mengikut orang bukannya berdasarkan ilmu yang dipelajari.
Oleh yang demikian, tidak boleh tidak orang yang berpuasa mesti menguasai ilmu hukum hakam berkaitan puasa bahkan perlu diperhalusi samada yang wajib, sunat dan adab-adabnya. Antara ilmu asas tentang puasa yang mesti dikuasai ialah:
1) Puasa itu wajib ke atas setiap muslim yang baligh, berakal dan mukim (bukan musafir), mampu (tidak sakit) dan suci dari haid dan nifas.
2) Disyaratkan dan diwajibkan berniat puasa fardhu setiap malam hari sepanjang ramadhan begitu juga puasa wajib yang lain seperti qadha dan kaffarah.
3) Mengetahui perkara-perkara yang merosakkan puasa iaitu jimak disiang hari, keluar mani dengan sengaja, makan dan minum dengan sengaja, muntah dengan sengaja, haid dan nifas serta memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka (mulut, hidung, telinga, kemaluan depan dan belakang).
Bagi kaum wanita terutamanya, pelajarilah ilmu hukum-hakam puasa yang berkaitan dengan wanita seperti haid, nifas, istihadhah, ibu mengandung, bersalin, menyusu dan wanita tua serta bagaimana cara mengurus masa-masa haid dan nifas di sepanjang Ramadhan untuk mengumpul pahala sebagaimana orang yang berpuasa.
Jangan biarkan puasa kita setakat berlapar dahaga di dunia sahaja sedangkan di akhirat nanti kita hampa kerana tiadanya ganjaran atas apa yang dikerjakan. Jangan malu untuk belajar apatah lagi untuk bertanya agar kualiti puasa tahun ini lebih baik daripada sebelumnya.
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Makan dan Minum Ketika Berpuasa Kerana Terlupa
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا نَسِيَ فَأَكَلَ وَشَرِبَ فَلْيُتِمَّ صَوْمَهُ فَإِنَّمَا أَطْعَمَهُ اللَّهُ وَسَقَاهُ
Daripada Nabi SAW bersabda: "Jika seseorang lupa lalu dia makan dan minum (ketika sedang berpuasa) maka hendaklah dia meneruskan puasanya kerana hal itu bererti Allah telah memberinya makan dan minum" (HR Bukhari No: 1797) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Orang yang terlupa lalu dia makan atau minum di siang hari ketika berpuasa, puasanya tetap sah dan dia perlu memberhentikan pengambilan makanan atau minuman segera.
2. Orang yang terlupa tadi hendaklah meneruskan ibadat puasanya seperti biasa.
3. Bagi orang yang terlupa, makanan dan minuman yang telah masuk ke dalam perutnya adalah hadiah Allah kepadanya.
Negara Rahmah Ummah Sejahtera
#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka
13hb Mac 2024
02hb Ramadan 1445H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Muhasabah malam ini
Pujian orang kepada kita takkan sebabkan masuk syurga, dan hinaan orang kepada kita takkan sebabkan masuk neraka.
Oleh kerana itu, jangan kita jadi hamba mulut manusia.
#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
01 Ramadan 1445H
12 Mac 2024M
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
Menjelang hari-hari terakhir dalam kehidupan mu...
1) Bertaubatlah dari segala dosa-dosa mu. Samada dosa terhadap Tuhanmu atau pun kepada manusia. Hentikanlah segala amalan buruk mu. Beristighfarlah sebanyak mungkin kau mampu. Dengan lidah mahupun dalam sirr mu. Semoga kau menemuiNya dalam keadaan bersih tanpa dosa.
عن عَائِشَةَ رضي الله عنها، قَالَتْ: كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُكْثِرُ أَنْ يَقُولَ قَبْلَ أَنْ يَمُوتَ: «سُبْحَانَكَ وَبِحَمْدِكَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ» وفي رواية: «سُبْحَانَكَ رَبِّي وَبِحَمْدِكَ، اللهُمَّ اغْفِرْ لِي»
Dari Aisyah dia berkata, adalah Rasulullah SAW sebelum meninggal memperbanyak membaca doa, (bermaksud): "Maha suci Engkau, dan dengan memujiMu, aku meminta ampun dan bertaubat kepadaMu".
(Hadith Riwayat Muslim)
2) Jangan sekali-kali kau tinggal ibadah-ibadah fardhu mu seperti solat. Engkau tidak akan lepas dari kemurkaan dan azab Tuhanmu jika kau menemuiNya tanpa ibadah fardhu mu.
عن أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : ( إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلَاتُهُ فَإِنْ صَلُحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ ، فَإِنْ انْتَقَصَ مِنْ فَرِيضَتِهِ شَيْءٌ قَالَ الرَّبُّ عَزَّ وَجَلَّ : انْظُرُوا هَلْ لِعَبْدِي مِنْ تَطَوُّعٍ فَيُكَمَّلَ بِهَا مَا انْتَقَصَ مِنْ الْفَرِيضَةِ ؟ ثُمَّ يَكُونُ سَائِرُ عَمَلِهِ عَلَى ذَلِكَ)
Daripada Abu Hurairah, katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda (bermaksud):
"Sesungguhnya amalan yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari kiamat mengenainya ialah solatnya, jika solatnya diterima, maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia. Jika solatnya tidak diterima, maka kecewa dan rugilah ia. Jika terkurang daripadanya solat fardu sesuatu. Allah berfirman: 'Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai solat-solat sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang daripada solat fardu. Demikianlah keadaan amalan lain."
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: مفتاح الجنة الصلاة
Sabda Rasulullah SAW:
"Kunci syurga itu ialah Solat".
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)
3) Usahalah semampu mungkin untuk selesaikan urusan-urusanmu dengan manusia. Terutama hutang-hutang pada manusia. Selesaikan semua hutang dengan manusia.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَفْسُ الْمُؤْمِنِ مُعَلَّقَةٌ بِدَيْنِهِ حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ
Dari Abi Hurairah radiallahuanhu katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW (maksudnya):
"Roh seseorang Mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan.''
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)
4) Engkau akan hidup lebih lama nanti di alam barzakh tanpa teman dan taulan. Oleh itu, carilah peneman-peneman seperti solat tahajjud, tilawah Al Quran, ilmu yang memberi manfaat, sedekah jariah, dan doa dari anak-anak yang soleh.
Dan pada riwayat Ibnu Majah dari Abu Qatadah RA, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda:
خَيْرُ مَا يُخَلِّفُ الرَّجُلُ مِنْ بَعْدِهِ ثَلاَثٌ : وَلَدٌ صَالِحٌ يَدْعُو لَهُ وَصَدَقَةٌ تَجْرِي يَبْلُغُهُ أَجْرُهَا وَعِلْمٌ يُعْمَلُ بِهِ مِنْ بَعْدِهِ
“Sebaik-baik apa yang ditinggalkan oleh seseorang setelah kematiannya adalah tiga perkara: anak soleh yang mendoakannya, sedekah mengalir yang pahalanya sampai kepadanya, dan ilmu yang diamalkan orang setelah (kematian) nya”.
Dan disebutkan pada hadis yang lain riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi dari Abi Hurairah RA, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda.
إِنَّ مِمَّا يَلْحَقُ الْمُؤْمِنَ مِنْ عَمَلِهِ وَحَسَنَاتِهِ بَعْدَ مَوْتِهِ عِلْمًا عَلَّمَهُ وَنَشَرَهُ وَوَلَدًا صَالِحًا تَرَكَهُ وَمُصْحَفًا وَرَّثَهُ أَوْ مَسْجِدًا بَنَاهُ أَوْ بَيْتًا لاِبْنِ السَّبِيلِ بَنَاهُ أَوْ نَهْرًا أَجْرَاهُ أَوْ صَدَقَةً أَخْرَجَهَا مِنْ مَالِهِ فِي صِحَّتِهِ وَحَيَاتِهِ يَلْحَقُهُ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهِ
Puasa
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa" .
(al-Baqarah: 183)
Alhamdulillah, hari ini umat Islam telah mula berpuasa dan bermula malam tadi, solat tarawih telah mula didirikan.
Solat tarawih merupakan solat sunat yang dituntut bagi umat Islam untuk melaksanakannya pada bulan Ramadhan. Ganjaran melakukannya adalah sangat besar. Sabda Rasulullah SAW:
مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
"Sesiapa yang melakukan qiyam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran serta keampunan, akan diampunkan buatnya dosa-dosa yang terdahulu".
(Hadith Riwayat al-Bukhari)
Hadith ini menunjukkan bahawa perbuatan qiyam Ramadhan yang meliputi solat tarawih, pembacaan al-Quran, zikir dan doa, serta selainnya daripada ibadah yang dilakukan pada malam hari bulan Ramadhan, sekiranya ia dilakukan dengan penuh keimanan akan pensyariatannya serta mengharapkan ganjaran pahala dari Allah SWT, nescaya pelakunya akan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu.
Berkata Imam an-Nawawi:
"Qiyam Ramadhan adalah solat tarawih".
(Syarah Al-Nawawi ‘Ala Muslim)
Diriwayatkan daripada Sayidatina A'isyah r.ha bahawa beliau berkata:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم صَلَّى ذَاتَ لَيْلَةٍ فِي الْمَسْجِدِ فَصَلَّى بِصَلاَتِهِ نَاسٌ، ثُمَّ صَلَّى مِنَ الْقَابِلَةِ فَكَثُرَ النَّاسُ، ثُمَّ اجْتَمَعُوا مِنَ اللَّيْلَةِ الثَّالِثَةِ أَوِ الرَّابِعَةِ، فَلَمْ يَخْرُجْ إِلَيْهِمْ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم، فَلَمَّا أَصْبَحَ قَالَ قَدْ رَأَيْتُ الَّذِي صَنَعْتُمْ وَلَمْ يَمْنَعْنِي مِنَ الْخُرُوجِ إِلَيْكُمْ إِلاَّ أَنِّي خَشِيتُ أَنْ تُفْرَضَ عَلَيْكُمْ وَذَلِكَ فِي رَمَضَانَ
"Sesungguhnya Rasulullah SAW pada suatu malam sedang solat di dalam masjid. Maka orang ramai pun mengikut solat bersama baginda. Kemudian pada malam berikutnya, baginda solat sekali lagi dan jemaah yang mengikutnya semakin banyak. Pada malam yang ketiga atau keempat, orang ramai berkumpul menanti ketibaan Rasulullah SAW sebaliknya baginda tidak keluar kepada mereka. Apabila masuk waktu subuh, baginda bersabda kepada para jemaah: "Sesungguhnya aku telah melihat apa yang kamu semua lakukan. Dan tidaklah yang menghalang aku dari keluar kepada kamu melainkan aku takut solat itu akan difardhukan ke atas kamu semua. Yang demikian itu berlaku pada bulan Ramadhan".
(Hadith Riwayat al-Bukhari)
Solat tarawih boleh dilakukan secara berjemaah dan juga bersendirian. Namun afdhalnya berjemaah.
Imam an-Nawawi berkata:
وَتَجُوزُ مُنْفَرِدًا وَجَمَاعَةً وَأَيُّهُمَا أَفْضَلُ فِيهِ وَجْهَانِ مَشْهُورَانِ كَمَا ذَكَرَ الْمُصَنِّفُ وَحَكَاهُمَا جَمَاعَةٌ قَوْلَيْنِ (الصَّحِيحُ) بِاتِّفَاقِ الْأَصْحَابِ أَنَّ الْجَمَاعَةَ أَفْضَلُ
"Dan dibolehkan (solat tarawih itu dilakukan) secara bersendirian dan juga secara berjemaah. Berkenaan yang manakah yang afdhal antara keduanya terdapat dua pendapat yang masyhur sebagaimana yang disebutkan oleh musannif dan diceritakan oleh majoriti (al-Syafi’eyyah), yang sahih secara sepakat oleh ashab, secara berjemaah itu adalah lebih afdhal".
(Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab)
Selamat berpuasa.
Puasa
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa".
(al-Baqarah: 183)
Malam tadi telah diisytiharkan permulaan ibadah puasa bagi umat Islam di Malaysia bermula pada hari esok, Selasa atau 1 Ramadhan 1445H bersamaan 12 Mac 2024.
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan (Selamat datang bulan Ramadhan). Kedatangan bulan Ramadhan setiap tahun sememangnya dinanti-nantikan oleh mereka yang beriman yang mengetahui kelebihan dan kemuliaan yang terdapat pada bulan ini.
Orang-orang yang beriman tidak akan mensia-siakan kelebihan yang terdapat di dalam penghulu segala bulan ini walaupun sesaat. Mereka membuat pelbagai pengisian rohani yang dapat meningkatkan darjat keimanan mereka di sisi Allah SWT. Janji-janji Allah SWT yang sangat hebat melalui lisan RasulNya, nabi Muhammad SAW, menyebabkan berlaku kerugian yang teramat sangat bagi mereka tidak merebut peluang keemasan di bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh rahmat yang tidak terdapat pada bulan-bulan lain. Apabila tibanya Ramadhan, Rasulullah SAW menyampaikan berita gembira ini kepada para sahabat. Sabda Nabi SAW:
أَتَاكُمْ رَمَضَانُ شَهْرٌ مُبَارَكٌ فَرَضَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ، تُفْتَحُ فِيهِ أَبْوَابُ السَّمَاءِ، وَتُغْلَقُ فِيهِ أَبْوَابُ الْجَحِيمِ، وَتُغَلُّ فِيهِ مَرَدَةُ الشَّيَاطِينِ. فَيْهِ لَيْلَةٌ أَبْوَابُ خَيْرٌ من ألف شهر. مَنْ حرمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حرم
"Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan yang merupakan bulan yang diberkati. Allah telah memfardhukan ke atas kamu untuk berpuasa di dalamnya. Pada bulan ini dibuka pintu-pintu langit dan ditutup pintu-pintu neraka, serta dirantai syaitan-syaitan yang jahat. Pada bulan ini terdapat padanya satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Sesiapa yang terhalang dari mendapatkan kebaikan malam itu, sesungguhnya dia telah terhalang (dari rahmat Allah)".
(Sunan an-Nasa’ie)
Imam Ibnu Rajab menjelaskan bahwa hadis ini menjadi isyarat bagi umat Islam agar menyambut bulan Ramadhan dengan penuh sukacita dan kegembiraan.
Berkata Syeikh Mulla Ali al-Qari rahimahullah:
"Hadith ini merupakan asas (dalil atau dasar) bagi ucapan tahniah yang menjadi budaya pada awal bulan-bulan yang diberkati".
(Mirqat al-Mafatiḥ)
Maka, sebahagian ulamak mengatakan bahawa harus bagi kita untuk mengucapkan tahniah atas kedatangan Ramadhan, satu nikmat baharu yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Rezeki bertemu dengan Ramadhan adalah anugerah yang tidak ternilai.
Disamping itu, Rasulullah SAW juga memberi teladan kepada para umatnya agar berdoa di saat telah melihat hilal (anak bulan) Ramadhan.
Imam an-Nawawi dalam kitab al-Majmu' menyebut hadith yang berisi doa Nabi SAW saat menyambut bulan Ramadhan.
انَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَأَى الْهِلالَ قَالَ : " اللَّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالإِيمَانِ وَالسَّلامَةِ وَالإِسْلامِ رَبِّي وَرَبُّكَ اللَّهُ
Sesungguhnya Nabi SAW ketika telah melihat hilal (Ramadhan), baginda berdoa:" Ya Allah jadikanlah hilal (bulan ini) bagi kami dengan membawa keberkatan, keimanan, keselamatan, dan keIslaman. Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah".
(Hadith Riwayat at-Tirmidzi)
Oleh kerana ganjaran begitu banyak menanti di bulan Ramadhan, menyebabkan kedatangannya dinanti-nanti oleh orang-orang yang soleh, maka janganlah kita lepaskan peluang keemasan di bulan Ramadhan yang bakal tiba yang belum pasti untuk kita nikmati pada tahun-tahun yang mendatang.
Jom susun jadual ibadat kita sebaik mungkin dan jangan dibiarkan ia berlalu begitu sahaja walaupun sesaat sepertimana telah berlaku pada tahun-tahun sebelumnya. Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan.
30 Syaaban 1445H
11 Mac 2024M
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
Memanglah kita dituntut menjadi orang yang baik. Namun usah merasa diri baik.
Bagus menjadi seorang yang soleh. Tapi jangan berasa diri soleh.
Terpuji bagi yang beramal. Namun usah berbangga dengan banyaknya amalannya.
Kemuliaan bagi yang menuntut ilmu. Tapi jangan sekali meninggi diri dan angkuh dengan ilmunya.
Menjadi seorang yang baik, soleh, beramal dan berilmu hakikatnya adalah anugerah nikmat dan pilihan Allah.
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خِيَارُكُمْ أَحَاسِنُكُمْ أَخْلَاقًا
Daripada Abdullah bin Amr ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik orang di antara kalian adalah orang yang paling baik akhlaknya di antara kalian."
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)
Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلَاقِ
“Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak.”
(Riwayat Ahmad)
وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.
(Ad Dhuha: 11)
عَنْ صُهَيْبٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ
Daripada Shuhaib berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh mengagumkan urusan orang mukmin, sesungguhnya semua urusannya baik baginya, yang demikian itu tidaklah dimiliki seorang pun kecuali hanya orang yang beriman. Jika mendapat kebaikan (kemudian) ia bersyukur, maka itu merupakan kebaikan baginya, dan jika keburukan menimpanya (kemudian) ia bersabar, maka itu merupakan kebaikan baginya.”
(Sahih Muslim)
عَنْ يَحْيَى بْنِ وَثَّابٍ عَنْ شَيْخٍ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ إِذَا كَانَ مُخَالِطًا النَّاسَ وَيَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ خَيْرٌ مِنْ الْمُسْلِمِ الَّذِي لَا يُخَالِطُ النَّاسَ وَلَا يَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ
قَالَ أَبُو عِيسَى قَالَ ابْنُ أَبِي عَدِيٍّ كَانَ شُعْبَةُ يَرَى أَنَّهُ ابْنُ عُمَرَ
Daripada Yahya bin Watsab dari seorang syeikh salah seorang sahabat Rasulullah dari Nabi SAW baginda bersabda: "Jika seorang muslim bergaul (berinteraksi sosial) dengan orang lain dan bersabar atas gangguan mereka, adalah lebih baik daripada seorang muslim yang tidak bergaul (tidak berinteraksi sosial) dengan orang lain dan tidak bersabar atas gangguan mereka." Ibnu Abi Adi berkata: Syu'bah berpendapat syeikh itu adalah Ibnu Umar.
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)
Justeru, zahirkanlah kesyukuran hanya padaNya...
~ Abu Imtiyaz ~
Selamat menyambut kedatangan Ramadan 1445H dan selamat berpuasa. Ramadan Kareem.
Ikhlas dari saya, Muzakir Bin Zoriat @ Abu Imtiyaz Al Muari dan keluarga dengan iringan doa...
اَللُهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَمَضَانَ واَعِنَّا عَلَى الصِّيَامِ وَالْقِيَامِ وَحِفْظِ اللِّسَانِ وَغَضِّ الْبَصَرِ وَلاَ تَجْعَلْ حَظَّنَا مِنْهُ الْجُوعَ وَالْعَطَش
Ya Allah, berkatilah kami di bulan Ramadhan. Bantulah kami untuk melaksanakan puasa, melakukan solat malam, menjaga lisan dan memelihara pandangan; dan jangan jadikan puasa kami hanya sekadar lapar dan dahaga.
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Ramadan Bulan Ibadah
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Bila bulan Ramadan tiba, maka dibukalah pintu-pintu syurga, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan pun dibelenggu." (HR Muslim No: 1793) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
Apabila Ramadan menjelang, Rasulullah SAW mengingatkan para sahabat agar bersedia dengan kedatangan bulan Ibadah:
1. Ramadan adalah bulan yang diwajibkan keatas umat Islam berpuasa.
2. Ramadan adalah bulan Syiam (berpuasa di siang hari) dan Qiam (menghidupkan malam dengan solat sunat, tilawah al-Quran, zikir dan doa).
3. Ramadan adalah bulan ibadah dimana dibuka pintu-pintu syurga. Mereka yang terus melaksanakan pelbagai amalan yang mengandungi ibadah atau kebaikan, akan menyediakan dirinya dengan rahmat Allah untuk masuk ke syurga.
4. Pintu neraka ditutup di bulan Ramadan. Ertinya, dengan kehadiran bulan Ramadan, kita dianjurkan untuk memperbanyak amal kebaikan maka dengan sendirinya perbuatan yang tidak baik (maksiat) dihindarkan. Dengan demikian, maka tidak ada lagi kesempatan untuk bermaksiat, dengan itu tertutuplah pintu-pintu neraka.
5. Bulan Ramadan dipermudahkan kepada umat Islam melaksanakan ibadah kerana syaitan telah dirantai atau dibatasi pergerakkannya untuk mengganggu atau memnggoda.
Ayuh bangunkan jiwa taqwa... dengan bersungguh-sungguh menyediakan diri untuk menemui Ramadan yang akan menjelang esok. Ahlan Ya Ramadan.
Negara Rahmah Ummah Sejahtera
#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka
11hb Mac 2024
29hb Syaaban 1445H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
29 Syaaban 1445H
10 Mac 2024M
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
Husnul khatimah (kesudahan yang baik) bererti bila mana kehidupan seorang hamba Allah itu ketika sebelum matinya, menjauhi apa yang dimurkai Allah, bertaubat dari dosa dan maksiat, dan melakukan ketaatan dan kebaikan. Lalu kematiannya setelah itu dalam keadaan yang baik dan soleh.
عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إذا أراد الله بعبده خيراً استعمله, قالوا : كيف يستعمله ؟ قال : يوفقه لعمل صالح قبل موته
Dari Anas bin Malik RA berkata, Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya:
"Apabila Allah mengkehendaki kebaikan pada seorang hamba itu, Dia akan mempergunakannya". Mereka (para sahabat) bertanya: "Bagaimanakah Dia mempergunakannya?" Rasulullah SAW bersabda:
"Dia menjadikan amalan hamba itu bertepatan dengan amal soleh sebelum matinya".
(Hadith Riwayat Ahmad dan At-Tirmidzi)
إذا أراد الله بعبد خيرا عسله، قيل: وما عسله ؟ قال: يفتح له عملا صالحا قبل موته، ثم يقبضه عليه
Apabila Allah mengkehendakki kebaikan pada diri seseorang hamba itu, Dia akan memaniskannya”.
Sahabat bertanya: ”Apa itu memaniskannya Ya Rasulullah?” Baginda bersabda: ”Dia akan memberi ia petunjuk untuk melakukan amalan soleh saat menjelang ajalnya, kemudian Dia matikannya dalam keadaan itu”.
(Hadith Riwayat Ahmad)
Bagi husnul khatimah ada alamat dan tandanya. Sebahagiannya dilihat oleh seseorang ketika saat-saat kematiannya datang. Dan sebahagiannya disaksikan oleh manusia lain.
Ada hamba-hamba Allah terpilih untuk merasai sendiri ketika saat matinya, tanda-tanda redha Allah ta'ala dan layaknya kemuliaan dianugerah padanya seperti mana turunnya malaikat membisikkan kegembiraan janji syurga kepada mereka yang beriman dan beristiqamah dengannya.
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ أَحَبَّ لِقَاءَ اللَّهِ أَحَبَّ اللَّهُ لِقَاءَهُ وَمَنْ كَرِهَ لِقَاءَ اللَّهِ كَرِهَ اللَّهُ لِقَاءَهُ فَقُلْتُ يَا نَبِيَّ اللَّهِ أَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ فَكُلُّنَا نَكْرَهُ الْمَوْتَ فَقَالَ لَيْسَ كَذَلِكِ وَلَكِنَّ الْمُؤْمِنَ إِذَا بُشِّرَ بِرَحْمَةِ اللَّهِ وَرِضْوَانِهِ وَجَنَّتِهِ أَحَبَّ لِقَاءَ اللَّهِ فَأَحَبَّ اللَّهُ لِقَاءَهُ وَإِنَّ الْكَافِرَ إِذَا بُشِّرَ بِعَذَابِ اللَّهِ وَسَخَطِهِ كَرِهَ لِقَاءَ اللَّهِ وَكَرِهَ اللَّهُ لِقَاءَهُ
Dari Aisyah RAha:
Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa suka bertemu dengan Allah, maka Allah pun suka bertemu dengannya. Barangsiapa yang benci berjumpa dengan Allah, maka Allah pun benci berjumpa dengannya". Lalu aku (Aisyah) bertanya; "Wahai Rasulullah, apakah itu maksudnya juga benci kepada kematian, padahal setiap kita membenci kematian?"
Baginda lalu bersabda:
"Bukan begitu, tetapi seorang mukmin apabila telah diberi khabar gembira dengan rahmat dan keampunan Allah, ia suka untuk berjumpa dengan Allah dan Allah pun senang berjumpa dengannya. Dan sesungguhnya orang kafir apabila telah diberi khabar dengan siksa Allah dan kemurkaanNya, maka ia benci berjumpa dgn Allah dan Allah pun benci berjumpa dengannya".
(Hadith Riwayat Muslim)
Berkata Imam Nawawi RH:
"Makna hadith itu, sesungguhnya kesukaan dan kebencian (bertemu Allah) menurut syarak ialah berlaku ketika nazak iaitu keadaan yang mana taubat sudah tidak diterima lagi, di mana terbuka keadaan yang bakal dilalui oleh bakal si mati".
Berdoalah agar husnul khatimah di akhir hayat. Selagi hidup, kita tidak pasti apa kesudahan kita. Ada yang bagai ahli syurga di siang hari dan sehasta lagi dengan syurga, tetapi kufur di malam hari seperti ahli neraka dan mati sebagai ahli neraka. Begitulah sebaliknya. Jangan gembira dengan kesalahan dan salah langkah orang lain, kita sendiri bukan sempurna dan belum tentu ahli syurga.
Jika seorang hamba itu berbuat maksiat, banyak melakukan dosa. Tetapi engkau melihat dia sering menangis, sedih, menyesal, merasa hina dan merendahkan diri di hadapan orang-orang soleh, sering mengunjungi orang-orang soleh dan sentiasa mengakui kelemahan dirinya. Maka orang ini berpeluang untuk mati dalam husnul Khatimah.
Ramadhan Yang Dinanti - Ustaz Wadi Annuar
https://youtu.be/a8z2w_JrN1k?si=EqbZ_D1tvZexCi9l
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Berzikir Menjauhkan Daripada Syaitan
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا دَخَلَ الرَّجُلُ بَيْتَهُ، فَذَكَرَ اللهَ عِنْدَ دُخُولِهِ وَعِنْدَ طَعَامِهِ، قَالَ الشَّيْطَانُ: لَا مَبِيتَ لَكُمْ، وَلَا عَشَاءَ، وَإِذَا دَخَلَ، فَلَمْ يَذْكُرِ اللهَ عِنْدَ دُخُولِهِ، قَالَ الشَّيْطَانُ: أَدْرَكْتُمُ الْمَبِيتَ، وَإِذَا لَمْ يَذْكُرِ اللهَ عِنْدَ طَعَامِهِ، قَالَ: أَدْرَكْتُمُ الْمَبِيتَ وَالْعَشَاءَ
Daripada Jabir bin Abdullah bahawa dia mendengar Nabi SAW bersabda: Apabila seseorang masuk ke dalam rumahnya lalu menyebut nama Allah ketika masuk rumah dan ketika hendak makan, syaitan berkata kepada kawan-kawannya: Tiada tempat tinggal dan tiada makanan untuk kamu. Apabila seseorang itu masuk ke dalam rumah, tidak menyebut nama Allah ketika masuk rumah dan tidak menyebut nama Allah ketika makan, syaitan berkata: Kamu telah dapat tempat tinggal dan makanan. (HR Muslim No: 2018) Status Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Antara adab seorang Muslim ialah sentiasa berzikir menyebut nama Allah dalam setiap perbuatannya. Ummul Mukminin Aisyah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ طَعَامًا فَلْيَقُلْ: بِسْمِ اللهِ، فَإِنْ نَسِيَ فِي أَوَّلِهِ فَلْيَقُلْ: بِسْمِ اللهِ فِي أَوَّلِهِ وَآخِرِهِ
Apabila seseorang daripada kamu hendak mula makan, bacalah: Bismillah (Dengan nama Allah). Jika terlupa membacanya ketika hendak mula makan, maka bacalah: Bismillahi fi awwalihi wa akhirihi (Dengan nama Allah pada awal dan akhirnya) (HR Tirmizi No: 1858) Status Hasan Sahih
2. Barangsiapa berzikir menyebut nama Allah ketika masuk rumah, syaitan akan menghindarkan diri dari rumah tersebut.
3. Barangsiapa membaca Bismillah ketika makan, maka akan terpelihara makanannya daripada dicuri syaitan.
4. Barangsiapa memasuki rumah dengan tidak menyebut nama Allah, syaitan turut akan mendiami rumah tersebut. Sesiapa yang makan tanpa menyebut nama Allah, syaitan akan sama makan makanan tersebut.
Pastikan apabila kita memulakan sesuatu, hendaklah dimulakan dengan berzikir mengingati Allah.
#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka
10hb Mac 2024
29hb Syaaban 1445H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Pertolongan Allah
ٱلَّذِینَ قَالَ لَهُمُ ٱلنَّاسُ إِنَّ ٱلنَّاسَ قَدۡ جَمَعُوا۟ لَكُمۡ فَٱخۡشَوۡهُمۡ فَزَادَهُمۡ إِیمَـٰنࣰا وَقَالُوا۟ حَسۡبُنَا ٱللَّهُ وَنِعۡمَ ٱلۡوَكِیلُ
"Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya". Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)".
(Ali-ʿImran: 173)
Umat Islam perlu mengekalkan jati diri sebagai satu umat yang kuat dan gagah. Umat yang tidak gentar saat berdepan dengan musuh-musuh Allah SWT. Umat yang sentiasa bergantung pada Allah SWT.
Rasulullah SAW berjaya mendidik umat Islam generasi para sahabat menjadi satu umat yang berakhlak, bertamadun, kuat berpegang kepada agama, kuat, gagah dari segi mental dan fizikal sehingga mampu menumbangkan kerajaan Rom dan Parsi dan mampu memimpin tiga suku dunia.
Al-Hafiz Abu Bakar Ibnu Murdawaih telah meriwayatkan melalui hadith Al-Musayyab Ibnu Syarik, dari Ibnu Aun, dari Nafi’, daripada Sayidina Ibnu Umar r.a. sehubungan dengan maksud firmanNya:
إِن یَكُن مِّنكُمۡ عِشۡرُونَ صَـٰبِرُونَ یَغۡلِبُوا۟ مِا۟ئَتَیۡنِۚ
"Jika ada 20 orang yang sabar di antara kamu nescaya mereka dapat mengalahkan 200 orang musuh" (Surah al-Anfal 65). Bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan sahabat Nabi Muhammad SAW.
Dalam ayat diatas menyebutkan tatkala dimaklumkan kepada sahabat nabi tentang persiapan musuh untuk menyerang umat Islam, mereka langsung tidak gentar kerana mereka sentiasa bergantung pada Allah. Bahkan situasi itu menambahkan semangat dan iman mereka untuk berperang mempertahankan agama Allah SWT.
Ketika peperangan Yarmouk, Sayidina Khalid al-Walid r.a telah memberi taujihat:
أيها المسلمون، لا تسمحوا للضعف أن يَدُب فيكم، ولا للوَهْن أن يُسيطر عليكم، واعلموا أن المعونة تأتي من الله على قدْرِ النيَّة، وأن الأجر والثواب على قدر المشقة، وأن المسلم ينبغي له ألا يَكترِث بشيء مهما عَظُم ما دام الله في عونه
"Wahai kaum Muslimin, jangan biarkan kelemahan menghantui kalian, jangan biarkan penyakit cintakan dunia (al-wahn) menyelimuti kalian. Ketahuilah bahawa pertolongan Allah itu datang berdasarkan niat (keimanan kepadaNya), ganjaran dan pahala pula dikira menurut kesusahan yang kalian dihadapi. Orang Islam itu mestilah tidak terlalu mempedulikan sesuatu imbuhan lain selama Allah mengurniakan pertolonganNya".
(al-Islam wa al-Nasr)
Pesan Rasulullah SAW kepada Sayidina Ibn ‘Abbas r.huma:
إذا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ اللَّهَ وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ وَاعْلَمْ أَنَّ الأُمَّةَ لَوِ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ لَكَ وَلَوِ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ عَلَيْكَ
"Apabila kamu meminta, mintalah pada Allah, dan apabila kamu meminta pertolongan, mintalah dengan Allah. Ketahuilah, jika suatu kumpulan manusia berpakat untuk memberikan kebaikan kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikan apa-apa melainkan apa yang ditulis oleh Allah SWT untukmu. Dan jika mereka berpakat untuk mengenakan keburukan kepadamu, mereka tidak akan mampu menimpakan apa-apa melainkan apa yang telah Allah tuliskan ke atasmu".
(Jami’ Tirmizi)
Umat Islam mesti berjiwa besar saat berhadapan dengan musuh dan sentiasa mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT.
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Ganjaran Menunjukkan Kebaikan
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
Daripada Abu Mas'ud 'Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya." (HR Muslim, No: 1893) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Amal kebaikan yang dilakukan serta diusahakan oleh seseorang Muslim akan menjadi bekalan pahala di sisi Allah.
2. Antara amal kebaikan seseorang ialah menunjukkan suatu kebaikan kepada orang lain sama ada untuk kebaikan di dunia atau di akhirat. Kemudian amal kebaikan itu diikuti dan dilakukan oleh orang lain dan pelakunya akan mendapat ganjaran pahala.
3. Amalan menunjukkan kepada kebaikan merupakan amalan yang boleh dicontohi oleh orang lain dan lebih besar manfaatnya berbanding amalan yang manfaatnya hanya terbatas untuk diri sendiri.
4. Amalan kebaikan yang boleh ditunjukkan merangkumi perbuatan, percakapan dan penulisan. Contohnya menghasilkan poster, menulis tazkirah dan berkongsi di media sosial serta diamalkan oleh orang lain seperti tazkirah menghadapi ibadah Ramadan.
#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka
09hb Mac 2024
28hb Syaaban 1445H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram