Assalamualaikum semua.. Selamat hari raya maaf zahir batin.. Moga semua ceria2 selalu
InsyaAllah malam ni jam 9.30 malam akan on klas pengenalan tadabbur..
Bersama ustaz Bilal
Surah pilihan Al munafiqun
Ayat pilihan ayat 9-11
Jom azam utk hadir..
Komen "saya hadir" bg yg nk join malam ni.
/channel/+XkHV7AXOMWZmMWQ9
05 Syawal 1445H
14 April 2024M
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
Bila mata dan hati berhubung...
قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : “عَيْنَانِ لاَ تَمَسُّهَمَا النَّارُ أَبَداً : عَيْنٌ بَكَتْ مِنْ خَشْيَةِ اللهِ، وَعَيْنٌ بَاتَتْ تَحْرُسُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ”.
“Dua mata yang tidak akan disentuh api neraka untuk selama-lamanya; mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang berjaga malam di jalan Allah”. (Hadith Riwayat At-Tirmidzi)
Al-Quran pada banyak tempat memuji tangisan ini. Firman Allah memuji para rasulNYA...
اِذَا تُتْلٰى عَلَيْهِمْ اٰيٰتُ الرَّحْمٰنِ خَرُّوْا سُجَّدًا وَّبُكِيًّا
Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis.
(Maryam: 58)
Allah ta'ala memuji orang-orang soleh pula...
قُلْ اٰمِنُوْا بِهٖۤ اَوْ لَا تُؤْمِنُوْٓا ؕ اِنَّ الَّذِيْنَ اُوْتُوا الْعِلْمَ مِنْ قَبْلِهٖۤ اِذَا يُتْلٰى عَلَيْهِمْ يَخِرُّوْنَ لِلْاَذْقَانِ سُجَّدًا (١٠٧)
وَّيَقُوْلُوْنَ سُبْحٰنَ رَبِّنَاۤ اِنْ كَانَ وَعْدُ رَبِّنَا لَمَفْعُوْلًا (١٠٨)
وَيَخِرُّوْنَ لِلْاَذْقَانِ يَبْكُوْنَ وَيَزِيْدُهُمْ خُشُوْعًا (١٠٩)
"Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang yang ingkar itu): "Sama ada kamu beriman kepada Al-Quran atau kamu tiada beriman, (tidaklah menjadi hal); kerana sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk);"(107)
"Serta mereka menegaskan (dalam sujudnya): "Maha Suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji Tuhan kami tetap terlaksana."(108)
"Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk."(109)
(Al-Isra': 107-109)
بْلُ فِي أَهْلِنَا مُشْفِقِينَ (٢٦)فَمَنَّ اللَّهُ عَلَيْنَا وَوَقَانَا عَذَابَ السَّمُومِ (٢٧)إِنَّا كُنَّا مِنْ قَبْلُ نَدْعُوهُ إِنَّهُ هُوَ الْبَرُّ الرَّحِيمُ (٢٨
“Dan sebagian mereka menghadap kepada sebahagian yang lain saling bertanya. Mereka berkata: ‘sesungguhnya kami dahulu ketika berada di tengah keluarga kami merasa takut (akan diazab).’ Maka Allah memberikan karunia kami dan memelihara kami dari azab Neraka. Sesungguhnya kami dahulu menyembah-Nya. Sesungguhnya Dia-lah yang melimpahkan kebaikan lagi Maha Penyayang.”
(Ath-Thuur: 25-28)
Kita sepatutnya merenung kalau kita tidak pernah menangis kerana Allah SWT. Pasti ada yang tak kena pada diri kita. Mungkin hati kita sudah mengeras, mungkin jiwa kita sudah kering, mungkin dosa yang sudah meliputi hati dan fikiran kita.
Al-Quran juga mengutuk mereka yang keras jiwa mempersenda dan tidak menangis terhadap ayat-ayat Allah.
اَفَمِنْ هٰذَا الْحَدِيْثِ تَعْجَبُوْنَ (٥٩)
وَتَضْحَكُوْنَ وَلَا تَبْكُوْنَ (٦٠)
"Maka patutkah kamu merasa hairan terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini (sehingga kamu mengingkarinya)?"(59)
"Serta kamu tertawa (mengejek-ejeknya), dan kamu tidak mahu menangis (menyesali kesalahan kamu serta takutkan balasan buruk yang akan menimpa kamu)?"(60)
(An-Najm: 59-60)
ذكر الإمام ابن القيم رحمه الله في كتابه زاد المعاد عشرة أنواع للبكاء نوردها كما ذكرها :
1- بكاء الخوف والخشية .
2- بكاء الرحمة والرقة .
3- بكاء المحبة والشوق .
4- بكاء الفرح والسرور .
5- بكاء الجزع من ورود الألم وعدم احتماله .
6- بكاء الحزن .
7- بكاء الخور والضعف .
8- بكاء النفاق
9- البكاء المستعار والمستأجر عليه .
10 - بكاء الموافقة
10 jenis tangisan menurut Ibnu Qayyim Al Jawziy:
1. Menangis kerana rasa takutkan Allah.
2. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati
3. Menangis kerana cinta
4. Menangis kerana gembira
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan
6. Menangis kerana terlalu sedih
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah
8. Menangis orang munafik iaitu pura-pura menangis
9. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang
10. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
فَلْيَـضْحَكُوْا قَلِيْلاً وَّلْيَبْكُوْا كَثِيْرًا ۚ جَزَآءًۢ بِمَا كَانُوْا يَكْسِبُوْنَ
Al-Quran
شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِیۤ أُنزِلَ فِیهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدࣰى لِّلنَّاسِ وَبَیِّنَـٰتࣲ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah".
(Al-Baqarah: 185)
Allah SWT menjelaskan bahawa bulan Ramadhan bulan turunnya al-Quran untuk menjadi petunjuk kepada semua manusia dengan memaparkan dalil-dalil yang nyata dan menerangkan mana yang hak dan mana yang batil.
Kedatangan Ramadhan sepatutnya bukan sahaja mengingatkan kita tentang kewajipan berpuasa sahaja, tetapi sewajarnya kita menyedari bahawa ia adalah bulan al-Quran untuk kita meraikan kemuliaannya dan keagungannya.
Maka sepatutnya kita melipatgandakan usaha untuk membaca, mempelajari dan menekuni al-Quran. Perbanyakkan membaca al-Quran dan mempelajari ilmu tafsir sebagai salah satu cara kita mentadabbur ayat-ayatnya. Gunakan juga peluang ini untuk kita mengkhatam satu al-Quran.
Al-Quran adalah petunjuk untuk ‘semua manusia’ (هُدًى لِلنَّاس) maka ianya menjadi tanggungjawab kita untuk menyampaikan isi kandungan dan pengajaran al-Quran kepada semua manusia, samada Muslim atau kafir. Hendaklah kita berdakwah kepada semua manusia dan menyampaikan ayat-ayat Allah ini kepada mereka. Inilah medan atau saluran dakwah yang patut digunakan.
Gunakan formula atau method yang ada dalam al-Quran iaitu al-Furqan yang bermaksud membezakan mana yang haq dan mana yang batil. Justeru, umat Islam wajib mendalami selok belok ilmu dan hukum hakam al-Quran agar mengetahui mana yang salah dan mana yang benar. Dengan kefahaman yang penuh penghayatan, diharapkan kita dapat menggunakan formula itu untuk menilai samada amalan kita, keluarga kita dan masyarakat sekitar kita itu betul atau salah.
Hayati firman Allah SWT ini:
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِیۤ أَنزَلَ عَلَىٰ عَبۡدِهِ ٱلۡكِتَـٰبَ وَلَمۡ یَجۡعَل لَّهُۥ عِوَجَاۜ
"Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong)".
قَیِّمࣰا لِّیُنذِرَ بَأۡسࣰا شَدِیدࣰا مِّن لَّدُنۡهُ وَیُبَشِّرَ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ ٱلَّذِینَ یَعۡمَلُونَ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ أَنَّ لَهُمۡ أَجۡرًا حَسَنࣰا
"(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik".
مَّـٰكِثِینَ فِیهِ أَبَدࣰا
"Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya".
(al-Kahfi: 1-3)
Al-Quran merupakan kalamullah yang mulia, menjadi cahaya petunjuk kepada seluruh umat manusia. Sesiapa yang berpegang dan mengamalkan isi kandungannya, ia akan berada di atas jalan kebenaran dan dalam naungan rahmat Allah SWT selamanya.
Muhasabah malam ini
Hidup kita akan menjadi lebih senang dan tenang,
Sekiranya dendam dan seumpamanya bertukar menjadi kemaafan.
#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Puasa
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa".
(al-Baqarah: 183)
Allah SWT menyebutkan dalam ayat di atas mengenai hikmah disyariatkan berpuasa iaitu agar kita menjadi hamba yang bertaqwa. Hal ini kerana dalam ibadah puasa, kita mengerjakan perintah Allah dan menjauhi laranganNya, itulah sifat orang bertaqwa.
Taqwa adalah melakukan ketaatan kepada Allah SWT berdasarkan nur (cahaya) dari pada Allah SWT. Orang yang bertaqwa hanyalah mengharapkan rahmat dan meninggalkan maksiat kerana takut azab Allah SWT.
Yang dikatakan taqwa dalam puasa adalah seorang muslim meninggalkan apa yang Allah swt haramkan saat itu iaitu makan, minum, hubungan intim sesama pasangan dan seumpamanya, padahal jiwa begitu terdorong dan teringin untuk menikmatinya. Apatah lagi saat ini, cuaca panas membahang, terasa sangat dahaga maka bertambah keinginan untuk menikmati minuman yang sejuk lagi sedap. Namun semua itu ditinggalkan karena ingin mendekatkan diri pada Allah dan mengharap pahala dariNya. Itulah yang disebut sebagai taqwa.
Begitu juga orang yang berpuasa melatih dirinya untuk semakin dekat pada Allah. Ia mengekang hawa nafsunya sedangkan dia boleh sahaja menikmati berbagai macam kenikmatan. Ia tinggalkan itu semua kerana ia tahu bahawa Allah sentiasa mengawasinya. Itulah yang dinamakan taqwa.
وَكَانَ ٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَیۡءࣲ رَّقِیبࣰا
"Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mengawasi tiap-tiap sesuatu".
(al-Aḥzab: 52)
Begitu pula puasa dapat mengekang perjalanan syaitan dalam saluran darah. Ini kerana syaitan itu merasuki manusia pada saluran darahnya. Ketika puasa, saluran syaitan tersebut menyempit. Maksiatnya pun akhirnya berkurang. Orang yang berpuasa pun semakin lazat dan terliur melakukan ketaatan, itulah umumnya yang terjadi. Ketahuilah, ketaatan itu termasuk taqwa.
Daripada Sayidatina Sofiyyah binti Huyay r.ha, Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنْ ابْنِ آدَمَ مَجْرَى الدَّمِ
“Sesungguhnya syaitan itu bergerak di dalam diri anak-anak Adam melalui saluran darah”.
(Hadith Riwayat al-Bukhari)
Begitu juga ketika puasa, orang yang kaya akan merasakan lapar sebagaimana yang dirasakan fakir miskin. Ini menyebabkan timbul keinsafan dan menyebabkan mereka berkeinginan untuk membantu orang yang susah dan memerlukan. Ini juga sebahagian daripada taqwa.
Raihlah taqwa disepanjang Ramadhan ini dengan benar-benar melakukan ketaatan demi mencari redhaNya.
Muhasabah malam ini
Berbahagialah kerana kita masih dipilih untuk diuji,
Dan bergembiralah kerana kita masih dipilih untuk merasa kasih sayang Allah.
#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Puasa
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa".
(al-Baqarah: 183)
Allah SWT mensyariatkan kewajipan berpuasa pada tahun kedua hijrah ketika Nabi, para sahabat dan kaum Muslimin 2 tahun berada di Madinah. Pensyariatan puasa dirakamkan Allah SWT dalam Surah al-Baqarah bermula ayat 183 hingga 187.
Ayat yang mewajibkan kita berpuasa itu mengandungi beberapa perkara penting. Antaranya, puasa termasuk syariat yang tidak dimansuhkan bermula sejak zaman nabi terdahulu kerana kebaikan dan faedahnya begitu besar bagi manusia.
Ia mendorong manusia sentiasa bersemangat melakukannya serta berlumba-lumba dengan generasi sebelum mereka dalam menyempurnakan amalan baik.
Selain itu, puasa adalah aset terbesar bagi memperoleh ketaqwaan. Taqwa menjadi benteng pertahanan ampuh bagi seseorang daripada melakukan perbuatan maksiat.
Sabda Nabi SAW:
الصِّيَامُ جُنَّةٌ
"Puasa adalah perisai".
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Menurut Imam an-Nawawi rahimahullah, puasa adalah perisai yang menegahnya daripada perkataan keji (يَرْفُثْ), melindunginya daripada dosa-dosa dan api neraka.
(al-Minhaj).
Hal ini turut dijelaskan dalam riwayat lain bahawa puasa adalah perisai yang melindungi daripada api neraka seumpama perisai yang melindungi seseorang dalam peperangan.
(Riwayat an-Nasaie dan Ibnu Majah)
Imam Ibnu Rajab menjelaskan maksud hadis ini bahawa puasa melindungi orang berpuasa daripada pelbagai maksiat ketika di dunia, maka puasa juga akan melindunginya daripada azab neraka di akhirat. Sebaliknya puasa yang gagal melindunginya daripada maksiat di dunia, maka puasa juga tidak dapat melindunginya daripada azab neraka akhirat kelak.
(Jami’ al-Ulum)
Berpuasalah dengan penuh keimanan dan kesungguhan, agar ibadah puasa tersebut dapat menjadi benteng mencegah daripada nafsu syahwat, perbuatan keji dan gejala maksiat, menghalang bersetubuh siang hari, berzina, berkunjung ke tempat maksiat, memaki, mengumpat dan bercakap kotor.
Berpuasalah dengan penuh penghayatan dan mengharap ganjaran pahala daripada Allah SWT dengan menjaga hukum hakam dan adab-adabnya, moga ibadah puasa dapat melindungi kita daripada azab neraka, aamiiin...
Mutiara kata
"Setiap manusia adalah dalam keadaan mati kecuali mereka yang mempunyai ilmu. Dan setiap yg mempunyai ilmu adalah dalam keadaan tidur, melainkan mereka yang mengamal kebaikan. Dan setiap yang mengamal kebaikan adalah dalam keadaan tertipu, kecuali yang ikhlas. Dan mereka yang ikhlas sering dalam keadaan risau (ditakuti jika amalannya tidak diterima)".
~ (Imam Syafi'e) ~
Muhasabah malam ini
Ujian adalah tarbiyah dari Allah untuk kita.
Maka kuatkanlah kebergantungan hati kita pada Allah kerana kita milik mutlak Allah.
#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Puasa
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa".
(al-Baqarah: 183)
Alhamdulillah sudah 4 malam umat Islam di Malaysia menunaikan solat sunat tarawih. Masjid dan surau meriah dengan jemaah yang ramai. Solat tarawih macam solat Jumaat. Semoga istiqamah hingga akhir Ramadhan dan hingga akhir hayat.
Solat tarawih merupakan qiamullail di dalam bulan Ramadhan dan dinamakan membangunkan malam atau qiamulllail. Oleh itu setiap amalan yang dilakukan pada setiap malam bulan Ramadhan khususnya solat sunat tarawih dianggap sebagai menghidupkan malam-malam dibulan Ramadhan.
Waktu bermula untuk mendirikan solat sunat tarawih sama seperti solat sunat witir iaitu didirikan bermula selepas waktu Isyak dan berakhir sehingga sebelum terbit fajar (subuh).
Berkaitan bilangan rakaat, terdapat 3 pandangan dalam kalangan ulama' berkenaan bilangan rakaat solat Tarawih:
(Fiqh al-Islami Wa Adillatuh)
1) 20 rakaat menurut pandangan Mazhab Hanafi, Shafie dan Hanbali. Hal ini berdasarkan athar Khalifah Umar al-Khattab yang memerintahkan solat Tarawih 20 rakaat secara berjemaah pada zamannya dan juga berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Malik yang menerangkan pelaksanaan solat Tarawih adalah sebanyak 23 rakaat termasuk witir.
2) 36 rakaat menurut pandangan dalam Mazhab Maliki. Hal ini berdasarkan pengamalan Ahlul Madinah. Pengamalan ini adalah kerana mereka memuliakannya atas penghijrahan Nabi Muhammad SAW. Menurut keterangan yang lain, penduduk Madinah melihat penduduk Mekah bergembira dengan solat Tarawih mereka kerana setiap empat rakaat, mereka akan tawaf. Lalu penduduk Madinah menambah lagi 16 rakaat kepada 20 rakaat sebagai ganti mereka tidak dapat tawaf di Madinah, menjadikan solat mereka 36 rakaat. Oleh itu, perlaksanaan ini hanya dikhususkan untuk Ahlul Madinah sahaja.
3) 8 rakaat berserta 3 rakaat solat sunat Witir menurut pandangan sebahagian ulamak berdasarkan hadis Sayidatina A'isyah r.ha.
Berdasarkan pendapat-pendapat yang dikemukakan, jelas menyatakan bahawa solat Tarawih menurut mazhab Shafie ialah sebanyak 20 rakaat beserta 3 rakaat Witir. Namun bagi mereka yang mengerjakan solat Tarawih sebanyak 8 rakaat juga mendapat pahala Tarawih.
Ini dijelaskan dalam Syarh al-Muqaddimah al-Hadramiyyah:
ولو اقتصر على بعض العشرين .. صح وأثيب عليه ثواب التراويح خلافاً لبعضهم
"Sekiranya dia mengerjakannya kurang daripada 20 rakaat, maka hukumnya sah serta diberi pahala Tarawih kepadanya, berbeza dengan pandangan sebahagian ulama'".
Turut dijelaskan di dalam al-Yaqut al-Nafis:
صلاة التراويح عشرون ركعة. أي أكثرها ذلك، فلو اقتصر على بعض العشرين صح وأثيب عليه ثواب التراويح، وقيل: لا
"Solat Tarawih ialah 20 rakaat. Yakni sebanyak-banyak Tarawih adalah bilangan tersebut. Namun jika dikerjakannya kurang daripada 20 rakaat, maka hukumnya tetap sah serta diberi pahala Tarawih kepadanya. Sebahagian ulamak berpendapat tidak diberi pahala Tarawih".
Hidupkanlah malam-malam Ramadhan dengan solat tarawih berdasarkan kemampuan masing-masing dan jauhi perbalahan dan pertengkaran.
لن تر جع الايام التى مضت
“Tidak akan kembali hari-hari yang telah berlalu.”
Bersegeralah beramal hari ini, seakan engkau mengetahui esok akan meninggal.
Rahmat Abu Ubay حفظه الله تعالى
66 Hadis Fadhilat Ramadhan - Ustaz Muhadir Hj Joll
https://youtu.be/8xA4sPrkHAw?si=Eoauya1-esgqRsKr
03 Ramadan 1445H
14 Mac 2024M
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
(Bahagian akhir)
Untuk mereka yang beriman...
مَّا أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ طُغْيَانًا وَكُفْرًا وَأَلْقَيْنَا بَيْنَهُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ كُلَّمَا أَوْقَدُوا نَارًا لِّلْحَرْبِ أَطْفَأَهَا اللَّـهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا وَاللَّـهُ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ
Dan Al Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu sungguh-sungguh akan menambah kedurhakaan dan kekafiran bagi kebanyakan di antara mereka. Dan Kami telah timbulkan permusuhan dan kebencian di antara mereka sampai hari kiamat. Setiap mereka menyalakan api peperangan Allah memadamkannya dan mereka berbuat kerusakan dimuka bumi dan Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerusakan.
(Al-Maidah: 64)
قَالَ أَبُو دَاوُدَ: حَدَّثَنَا القَعْنَبِيّ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ -يَعْنِي: ابْنَ مُحَمَّدٍ -عَنْ الْعَلَاءِ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّهُ قِيلَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، مَا الْغِيبَةُ؟ قَالَ: "ذكرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ". قِيلَ: أَفَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ فِي أَخِي مَا أَقُولُ؟ قَالَ: "إِنْ كَانَ فِيهِ مَا تَقُولُ فَقَدِ اغْتَبْتَهُ، وَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِيهِ مَا تَقُولُ فَقَدْ بَهَتَّه".
Imam Abu Daud mengatakan, telah menceritakan kepada kami Al-Qa’nabi, telah menceritakan kepada kami Abdul Aziz ibnu Muhammad, dari Al-A'la, dari ayahnya, dari Abu Hurairah, bahwa pernah ditanyakan kepada Rasulullah, "Apakah gibah itu, wahai Rasulullah? Rasulullah Saw. menjawab: "Bila kamu menyebut-nyebut saudaramu dengan hal-hal yang tidak disukainya.” Ditanyakan lagi, "Bagaimanakah pendapatmu, jika pada saudaraku itu terdapat apa yang kukatakan?" Rasulullah SAW menjawab, "Jika pada saudaramu itu terdapat apa yang kamu katakan, berarti kamu telah mengumpatnya. Dan bila pada saudaramu itu tidak terdapat apa yang kamu katakan, berarti kamu telah melancarkan tuduhan dusta terhadapnya”.
قَالَ ابْنُ أَبِي حَاتِمٍ: حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ سَلَمَةَ، حَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْب، حَدَّثَنَا مُعَاوِيَةُ بْنُ هِشَامٍ، عَنْ عَمَّارِ بْنِ أَنَسٍ، عَنِ ابْنِ أَبِي مُلَيْكَة، عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَصْحَابِهِ: "أيُّ الرِّبَا أَرْبَى عِنْدَ اللَّهِ؟ " قَالُوا: اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ. قَالَ: "أَرْبَى الرِّبَا عِنْدَ اللَّهِ استحلالُ عِرْضِ امْرِئٍ مُسْلِمٍ"، ثُمَّ قَرَأَ: {وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُبِينًا}
Ibnu Abu Hatim mengatakan, telah menceritakan kepada kami Ahmad ibnu Salamah, telah menceritakan kepada kami Abu Kuraib, telah menceritakan kepada kami Mu'awiyah ibnu Hisyam, dari Ammar ibnu Anas, dari Ibnu Abu Mulaikah, dari Aisyah yang mengatakan bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda kepada para sahabatnya: "Riba apakah yang paling parah di sisi Allah?” Mereka menjawab, "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Rasulullah SAW bersabda, "Riba yang paling berat di sisi Allah ialah menghalalkan kehormatan seorang muslim.” Kemudian Nabi SAW membacakan firman Allah Ta'ala (bermaksud):
Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.
(Al-Ahzab: 58)
Namun bagi orang-orang yang beriman, keimanan yang ada di dalam hati mereka menjadikan mereka semakin dekat dengan Allah ta'ala bila berdepan ujian fitnah. Mereka dijanjikan tiada ketakutan kebimbangan dan tiada kesedihan yang boleh melemahkan. Takut dan bimbang mereka hanya pada Allah 'Azza wa Jalla dan bukan pada celaan manusia. Kesabaran mereka dibalas tanpa batasan daripadaNya...
أَلا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ لا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ .الَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ
Ingatlah sesungguhnya para penolong agama tiada ketakutan atas mereka dan tiada lah mereka bersedih hati ,(iaitu) orang-orang yang beriman dan adalah mereka bertaqwa.
(Yunus: 62-63)
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Puasa Ramadhan Menghapuskan Dosa Setahun Yang Lalu
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa Ramadan kerana iman dan penuh keikhlasan (mengharap rahmat Allah), maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu". (HR Bukhari No: 37) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Berpuasa atas dasar iman ialah melaksanakan ibadat puasa dengan meyakini akan kewajipan melaksanakan ibadat puasa kerana perintah Allah.
2. Ihtisab adalah melakukan ibadat puasa dengan ikhlas, menyempurnakan ibadat puasa dengan memelihara perkara yang boleh merosakkan puasa dan hanya mengharap pahala dari Allah. Tidak merasa berat melaksanakannya dan tidak hanya sekadar mengikuti kebiasaan orang sekitar.
3. Puasa yang dilakukan atas dasar keimanan dan penuh keikhlasan akan menjadi penghapus dosa-dosa yang lalu (dosa kecil). Rasulullah SAW bersabda:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ مَا اجْتُنِبَتْ الْكَبَائِرُ
Daripada Abi Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Solat lima waktu yang didirikan, satu Jumaat ke Jumaat yang berikutnya dan satu Ramadan kepada Ramadan yang berikutnya maka akan menghapuskan dosa-dosa antara keduanya selama mana dijauhi dosa-dosa besar". ( HR. Ahmad No: 8830) Status Sahih
Semoga ibadat Puasa yang dilaksanakan bersungguh-sungguh akan menjadi penghapus dosa-dosa yang lalu dan menjadikan kita hamba yang bertaqwa di sisi Allah.
Negara Rahmah Ummah Sejahtera
#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka
14hb Mac 2024
03hb Ramadan 1445H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
"Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan."
(At-Taubah: 82)
Oleh kerana itu menangislah sebanyak-banyaknya kerana takut kepada Allah SWT, hal itu menunjukkan jiwa kita masih lembut. Jiwa yang lembut dan sensitif akan dapat menyelamatkan kita. Kerana itu, berusahalah selalu menangis kerana Allah SWT, sehingga Allah SWT redha dan mencintai diri kita di dunia dan akhirat kelak.
Malam-malam daripada Ramadan ialah malam tangisan kita kepada Allah SWT.
Baginda Rasulullah SAW sendiri menangis.
Para Sahabat juga menangis.
Orang-orang Soleh juga menangis.
Maka mengapa kamu tidak menangis Wahai Pemilik Hati Yang Keras!
Justeru, lihatlah kepada diri sendiri dan muhasabahlah dirimu...
~ Abu Imtiyaz ~
Puasa dan raya
وَلِتُكۡمِلُوا۟ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمۡ وَلَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ
"Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur".
(al-Baqarah: 185)
Allah SWT perintahkan kita puasa sebulan di bulan Ramadhan, membesarkanNya dan mensyukuri hidayah yang dikurniakan kepada kita. Alhamdulillah, selesai dan sempurna sudah puasa sebulan yang diperintahkanNya. Saat ini umat Islam sedang meraikan hari raya Aidilfitri. Hari kemenangan setelah sebulan berjuang melawan kehendak nafsu dan menundukkannya agar taat patuh pada perintahNya serta hari membesarkan Allah dengan gema laungan takbir.
Di hari raya ini sewajarnya dijadikan masa untuk kita terus bersyukur dan beristiqamah menjadi hamba Allah yang soleh setelah sebulan kita bertungkus lumus berjuang melawan godaan hawa nafsu. Ingatlah bahawa hari raya bukannya waktu untuk kita kembali kepada sikap dan perangai lama yang kurang baik serta memenuhi segala kehendak nafsu samada nafsu makan atau nafsu berhibur.
Sewajarnya kita jadikan bulan Ramadhan yang dilalui sebulan sebagai pendidik untuk kita
terus menjadi hamba Allah yang Rabbani dan bukan semata-mata hamba Ramadhani yakni kenal Allah hanya di bulan Ramadhan sahaja.
كُنْ رَبَّانِيًا وَلَا تَكُنْ رَمَضَانِيًا
"Jadilah hamba Allah, bukan hamba Ramadhan".
Firman Allah SWT:
وَلَـٰكِن كُونُوا۟ رَبَّـٰنِیِّـۧنَ
"Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala dengan ilmu dan amal yang sempurna)".
(Ali-ʿImran: 79)
Ini sesuai dengan matlamat berpuasa itu sendiri agar kita menjadi hamba Allah SWT yang beriman dan bertakwa dengan sebenar-benarnya.
Berkata Imam Ibnu Rajab rahimahullah dalam kitabnya Lata’if al-Ma‘arif:
"Hari Raya adalah musim kegembiraan dan keceriaan, namun kegembiraan dan keceriaan orang mukmin di dunia ini hanyalah semata-mata demi Tuhan mereka, iaitu hanya apabila mereka berjaya
menyempurnakan ketaatan terhadapNya dan memperolehi ganjaran amalan mereka, melalui kepercayaan penuh mereka terhadap janjiNya ke atas amalan tersebut, yang semata-mata dengan limpahan kurnia dan keampunanNya jua".
Jadilah hamba Allah yang sentiasa mengingati dan membesarkanNya bukan semata-mata hanya pada bulan Ramadhan atau di Hari Raya sahaja, tetapi ianya perlulah dilakukan secara berterusan pada setiap masa dan ketika.
Marilah sama-sama kita mengambil semangat Ramadhan yang telah kita lalui sebagai tarbiyah untuk menambahkan lagi semangat kita sebagai hamba Allah SWT yang sejati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Taqabbalallahu Minna Wa Minkum.
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Taqwa dan Al-Quran
عَن أبِى ذَرٍّ قَالَ قُلْتُ يَارَسُولَ اللهِ أَوصِنِى قَالَ عَلَيْكَ بِتَقْوَى اللهِ فَإِنَّهُ رَأْسُ الأَمْرِ كُلِّهِ قُلْتُ يَارَسُولَ اللهِ زِدْنِي قَالَ عَلَيْكَ بِتِلاَوَةِ الْقُرْءَانِ فَإِنَّهُ نُورٌلَكَ فِى الأَرْضِ وَذُخْرٌلَكَ فِى السَّمَاءِ
“Daripada Abu Dzar bahawa beliau telah meminta Rasulullah SAW memberikannya satu pesanan (yang berpanjangan) Rasulullah bersabda: semaikanlah rasa takut (bertakwa) kepada Allah, sesungguhnya takut kepada Allah itu kepala (sumber) bagi segala amalan kebaikan. Abu Dzar meminta supaya Rasulullah SAW menambah lagi. Sabda Rasulullah SAW: Hendaklah kamu membaca al-Quran kerana ia adalah cahaya bagimu di bumi (dunia) dan bekalan untuk mu di langit (akhirat). (HR Ibn Hibban No: 361). Status: Hasan Lighairihi.
Pengajaran:
1. Abu Dzar atau nama sebenarnya ialah Jundub bin Junadah adalah salah seorang sahabat Rasulullah yang sangat zuhud. Beliau antara sahabat yang sering meminta kepada Rasulullah agar diberikan nasihat. Antara pesanan Rasulullah SAW:
a. Semai sifat taqwa (rasa takut kepada Allah) dalam diri kerana takut kepada Allah itu sumber bagi segala amalan kebaikan.
b. Bacalah al-Quran kerana al-Quran adalah cahaya untuk kita di dunia dan ia akan menjadi bekalan di akhirat.
2. Sifat taqwa perlu disuburkan dalam diri setiap orang beriman dengan melaksanakan seluruh kewajipan agama dan bersungguh-sungguh meninggalkan segala larangan syarak.
3. Sayidina Ali RA berkata: “Takwa ialah takut kepada Tuhan yang mulia, beramal dengan kitab yang diturunkan. Redha dengan sedikit dan bersiap sedia untuk hari kesudahan.”
4. Al-Quran perlu dibaca, difahami, dihayati dan diamalkan dalam kehidupan harian agar ia menjadi cahaya yang memandu kehidupan kita di dunia dan menjadi pemberi syafaat di akhirat kelak.
5. Membaca al-Quran akan mendapat ganjaran berganda. Abdullah bin Masud RA meriwayatkan sabda Nabi SAW:
مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لاَ أَقُولُ الْم حَرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ
“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan menyamai 10 gandaan. Tidaklah aku katakana yang ألم itu satu huruf. Bahkan Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (HR Tirmizi No: 2910) Status: Hadis Hasan
Negara Rahmah Ummah Sejahtera
#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka
29hb Mac 2024
18hb Ramadan 1445H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
06 Ramadan 1445H
17 Mac 2024M
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
(Bahagian pertama)
Ramadhan adalah bulan diturunkan Al-Quran. Al-Quran telah mensifatkan dirinya dengan berbagai sifat yang mulia agar manusia mengenalinya. Sayugianya Al Quran lebih diingati, dikenali dan dihampiri...
1) Al-Quran adalah As-Shirath Al-Mustaqim (jalan lurus)
وَأَنَّ هَٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ
“Dan sungguh, inilah jalan–Ku yang lurus, maka ikutilah!.”
(Al-An’am: 153)
2) Al-Quran adalah Al-Hablu al-Matin (Tali agama yang kukuh)
وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللهِ جَمِيعًا
“Maka berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah.”
(Ali Imran: 103)
3) Al-Quran adalah Al-Mizan (Neraca nilaian)
فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللهِ وَالرَّسُولِ
“Kemudian jika kamu berbeda pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah kepada Allah dan Rasul.”
(An Nisa’: 59)
“Kembali kepada Allah” maknanya adalah kembali kepada Al-Quran, sedangkan “kembali kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam” adalah kembali kepada As-Sunnah.
4) Al-Quran adalah Al-‘Urwatul Wutsqa (Pegangan yang kukuh)
لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَن يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ لَا انفِصَامَ لَهَا وَاللهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
“Tidak ada paksaan dalam (menganut) agama (Islam), sesungguhnya telah jelas (perbedaan) antara jalan yang benar dengan jalan yang sesat. Barangsiapa yang ingkar kepada thaghut dan beriman kepada Allah, maka sungguh dia telah berpegang (teguh) pada tali yang sangat kuat, yang tidak akan putus. Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui.”
(Al-Baqarah: 256)
5) Al-Quran adalah al- Burhan (bukti kebenaran) dan An-Nur al-Mubin (Cahaya yang terang)
يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَكُم بُرْهَانٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَأَنزَلْنَا إِلَيْكُمْ نُورًا مُّبِينً
“Wahai manusia! Sesungguhnya telah sampai kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu (Muhammad dengan mukjizatnya), dan telah Kami turunkan kepadamu cahaya yang terang benderang.”
(An-Nisa’: 174)
وَكَذَٰلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحًا مِّنْ أَمْرِنَا مَا كُنتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلَا الْإِيمَانُ وَلَٰكِن جَعَلْنَاهُ نُورًا نَّهْدِي بِهِ مَن نَّشَاءُ مِنْ عِبَادِنَا وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ
“Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) ruh (Al-Quran) dengan perintah Kami. Sebelumnya engkau tidak mengetahui apakah kitab (Al-Quran) dan apakah iman itu, tetapi Kami jadikan Al-Quran itu cahaya, dengan itu Kami memberi petunjuk siapa yang Kami kehendaki diantara hamba-hamba Kami. Dan sungguh, engkau benar-benar membimbing (manusia) kepada jalan yang lurus.”
(Asy-Syura: 52)
6) Al-Quran adalah Al-Huda (Petunjuk)
إِنَّ هَٰذَا الْقُرْآنَ يَهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا كَبِيرًا
“Sungguh, Al-Quran ini memberi petunjuk ke (jalan) yang paling lurus dan memberi kabar gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan kebajikan, bahwa mereka akan mendapat pahala yang besar."
(Al-Isra’: 9)
وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِّكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَىٰ لِلْمُسْلِمِينَ
“Dan Kami turunkan Al-Kitab (Al-Quran) kepadamu untuk menjelaskan segala sesuatu, sebagai petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang yang berserah diri (muslim).”
(An-Nahl: 89)
7) Al-Quran adalah As-Syifa’ (Penawar)
يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ.
“Wahai manusia! Sungguh telah dating kepadamu pelajaran (Al-Quran) dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman.”
(Yunus: 57)
(Bersambung esok bahagian akhir)
~ Abu Imtiyaz ~
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Memasuki Syurga Menerusi Pintu Ibadat
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَنْفَقَ زَوْجَيْنِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ نُودِيَ مِنْ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ يَا عَبْدَ اللَّهِ هَذَا خَيْرٌ فَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصَّلَاةِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الصَّلَاةِ وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الْجِهَادِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الْجِهَادِ وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصِّيَامِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الرَّيَّانِ وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصَّدَقَةِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الصَّدَقَةِ فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ بِأَبِي أَنْتَ وَأُمِّي يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا عَلَى مَنْ دُعِيَ مِنْ تِلْكَ الْأَبْوَابِ مِنْ ضَرُورَةٍ فَهَلْ يُدْعَى أَحَدٌ مِنْ تِلْكَ الْأَبْوَابِ كُلِّهَا قَالَ نَعَمْ وَأَرْجُو أَنْ تَكُونَ مِنْهُمْ
Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang menginfaqkan dua jenis (berpasangan) dari hartanya di jalan Allah, maka dia akan dipanggil dari pintu-pintu syurga; (lalu dikatakan kepadanya): "Wahai 'Abdullah, inilah kebaikan (dari apa yang kamu amalkan). Maka barangsiapa dari kalangan ahli solat dia akan dipanggil dari pintu solat dan barangsiapa dari kalangan ahli jihad dia akan dipanggil dari pintu jihad dan barangsiapa dari kalangan ahli puasa dia akan dipanggil dari pintu ar-Rayyan dan barangsiapa dari kalangan ahli sedekah dia akan dipanggil dari pintu sedekah". Lantas Abu Bakar Ash-Shidiq radliallahu 'anhu bertanya: "Demi bapa dan ibuku, jika seseorang dipanggil diantara pintu-pintu yang ada, itu sebuah kepastian, namun apakah mungkin seseorang akan dipanggil dari semua pintu?". Rasulullah menjawab: "Benar, dan aku berharap kamu termasuk diantara mereka". (HR Bukhari No: 1764). Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Ramadan bulan infak. Orang yang menginfak sepasang daripada hartanya di jalan Allah (banyak atau berterusan), dia akan dipanggil dari pintu-pintu syurga. Ibnu Hajar menyatakan, orang yang menginfaq dua barang dari harta apapun yang berasal dari jenis yang sama, akan dipanggil masuk syurga dari pintu infaq. .
2. Amalan fardu seperti solat, puasa, zakat dan haji yang dilakukan semasa di dunia, akan menyediakan daripada ibadat tersebut, antara pintu-pintu ke syurga.
3. Mereka yang ahli solat, ahli jihad, juga ahli sedekah, akan dipanggil menerusi pintu-pintu di syurga antaranya pintu solat, pintu jihad dan pintu sedekah untuk masuk ke syurga.
4. Ahli puasa akan dipanggil dari pintu syurga yang bernama ar-Rayyan
5. Orang yang melaksanakan semua ibadat, semua pintu ibadat di syurga akan memanggil untuk masuk ke syurga melalui pintu masing-masing.
Sempurnakan ibadat SOLAT, JIHAD, SEDEKAH dan PUASA Semoga ia menjadi antara pintu-pintu Syurga buat kita.
Negara Rahmah Ummah Sejahtera
#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka
17hb Mac 2024
06hb Ramadan 1445H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
05 Ramadan 1445H
16 Mac 2024M
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
(Bahagian akhir)
Apa yang wajib diusahakan secara serius di bulan Ramadan?
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى لِلَّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا فِي جَمَاعَةٍ يُدْرِكُ التَّكْبِيرَةَ الْأُولَى كُتِبَتْ لَهُ بَرَاءَتَانِ بَرَاءَةٌ مِنْ النَّارِ وَبَرَاءَةٌ مِنْ النِّفَاقِ
Dari Anas bin Malik ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa solat berjamaah selama empat puluh hari dengan mendapatkan takbir pertama ikhlas kerana Allah, maka akan dicatat baginya terbebas dari dua hal; terbebas dari api neraka dan terbebas dari sifat munafik."
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)
Di samping melatih dan mengasuh mengamalkan amalan sunat yang berkaitan dengan solat fardhu seperti solat sunat rawatib, membaca Al Quran, berzikir dan berdoa.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: (إِنَّ اللهَ تَعَالَى قَالَ: مَنْ عَادَى لِي وَلِيَّاً فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالحَرْبِ. وَمَا تَقَرَّبَ إِلِيَّ عَبْدِيْ بِشَيءٍ أَحَبَّ إِلِيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُهُ عَلَيْهِ. ولايَزَالُ عَبْدِيْ يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ، فَإِذَا أَحْبَبتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِيْ يَسْمَعُ بِهِ، وَبَصَرَهُ الَّذِيْ يُبْصِرُ بِهِ، وَيَدَهُ الَّتِي يَبْطِشُ بِهَا، وَرِجْلَهُ الَّتِي يَمْشِيْ بِهَا. وَلَئِنْ سَأَلَنِيْ لأُعطِيَنَّهُ، وَلَئِنْ اسْتَعَاذَنِيْ لأُعِيْذَنَّهُ
Dari Abu Hurairah RA, dia berkata: ‘Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah berfirman: ”Barangsiapa yang memusuhi waliKu, maka Aku menyatakan perang kepadanya. Tidaklah seorang hambaKu mendekatkan diri kepada–Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai daripada hal–hal yang telah Aku wajibkan baginya. Sentiasalah hambaKu mendekatkan diri kepadaKu dengan amalan–amalan nafilah (sunnah) hingga Aku mencintainya. Apabila Aku telah mencintainya maka Aku menjadi pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar, Aku menjadi penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, Aku menjadi tangannya yang dia gunakan untuk memegang dan Aku menjadi kakinya yang dia gunakan untuk melangkah. Jika dia meminta kepada–Ku pasti Aku memberinya dan jika dia meminta perlindungan kepada–Ku pasti Aku akan melindunginya.”
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)
3) Berusaha menjadi golongan yang dikekuarkan dari senarai ahli neraka.
Allah SWT menjanjikan senarai 'utaqa ( العتقاء ) iaitu golongan yang dilepaskan dari nerakaNya.
ولله عتقاء من النار وذلك في كل ليلة
"Sesungguhnya Allah membebaskan beberapa orang dari neraka saat buka puasa, dan itu terjadi setiap malam."
(Hadith Riwayat Ibnu Majah)
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.
(Ali Imran: 185)
فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾
وَادْخُلِي جَنَّتِي ﴿٣٠)
lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurga-Ku.
(al-Fajr: 29-30)
Justeru, seriuslah dan bersungguhlah untuk melaksanakan tiga perkara ini. Kerana jika kita berjaya melaksanakannya dengan kesungguhan dan keikhlasan, biar pun Ramadan ini adalah yang terakhir untukmu, semoga Allah SWT menerimamu sebagai hambaNya yang diredhai...
~ Abu Imtiyaz ~
Umat Nabi SAW Yang Celaka Di Bulan Ramadhan - Ustaz Wadi Annuar
https://youtu.be/7ACtyuw3VIk?si=k_XMVRJHHLQduk_w
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Ar-Rayyan Pintu Khas Syurga Untuk Orang Berpuasa
عَنْ سَهْلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ يُقَالُ أَيْنَ الصَّائِمُونَ فَيَقُومُونَ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ فَإِذَا دَخَلُوا أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ
Daripada Sahl RA, Nabi SAW telah bersabda: "Sesungguhnya dalam syurga ada satu pintu yang disebut dengan Ar-Rayyan, yang pada hari Kiamat tidak akan ada orang yang masuk ke syurga melewati pintu itu kecuali orang-orang yang berpuasa. Tidak akan ada seorangpun yang masuk melewati pintu tersebut selain mereka. Lalu dikatakan kepada mereka; Mana orang yang berpuasa?, maka orang yang berpuasa berdiri menghadap. Tidak akan ada seorang pun yang masuk melewati pintu tersebut selain mereka. Apabila mereka telah masuk semuanya, maka pintu itu ditutup dan tidak akan ada lagi seorang pun yang masuk melewati pintu tersebut". (HR Bukhari No: 1896) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Sesungguhnya ujian daripada puasa itu amat besar dan kedudukannya di sisi Allah SWT sangat mulia di mana Allah SWT menyediakan pintu khas memasuki syurga yang dinamakan Ar-Rayyan kepada orang yang berpuasa. Malaikat yang menjaga pintu tersebut akan menyeru dan memanggil orang yang berpuasa untuk dimasukkan ke dalam syurga melaluinya dan tiada yang dapat melaluinya melainkan mereka yang layak sahaja.
2. Imam al-Nawawi dalam Syarah Muslim menyebut: Hadis ini menunjukkan kelebihan puasa dan kemuliaan orang yang berpuasa.
3. Pintu tersebut dinamakan “Ar-Rayyan” yang berasal dari kalimah “Array” dari segi bahasa membawa maksud titisan air hujan yang pertama. Kiasan kepada orang yang berpuasa apabila memasukinya akan hilanglah segala kehausannya selama-lamanya sebagaimana apabila kita sesat di padang pasir yang panas dalam keadaan kehausan dan apabila disebutkan air maka akan terasa kehausan itu semakin berkurangan walaupun sebenarnya kita belum meminumnya lagi. Bayangkanlah apabila kita dapat menikmati air tersebut tatkala kehausan. Betapakah nikmatnya tidak dapat diperkatakan.
4. Al-Rayyan membawa maksud: Orang yang tidak merasa dahaga. Ia kalimah atau sifat yang sangat sesuai kepada orang yang berpuasa.
5. Berkata Mulla al-Qari: “Maksud al-Rayyan itu sama ada dirinya sendiri tidak merasa dahaga kerana terdapat banyaknya sungai-sungai yang mengalir dan buah-buahan yang berada di sampingnya atau kerana yang sampai kepadanya (memasukinya) akan hilang rasa dahaga pada hari kiamat.”
6. Syurga itu indah dan terlalu mahal harganya. Sudah pasti untuk memasukinya memerlukan rahmat Allah SWT yang Maha Luas. Di bulan Ramadhan ini, rahmat Allah SWT mencurah-curah untuk hamba-Nya yang berpuasa dan sudah disediakan kepada orang yang berpuasa satu pintu untuk memasukinya. Orang yang berpuasa Ramadan, pada hari kiamat akan memasukki syurga melalui pintu Ar-Rayyan (pintu yang dikhaskan kepada orang yang berpuasa).
Ayuh kita laksanakan ibadah puasa dengah sungguh-sungguh, semoga kita menjadi salah seorang yang akan memasuki syurga melalui pintu ar-Rayyan.
Negara Rahmah Ummah Sejahtera
#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka
16hb Mac 2024
05hb Ramadan 1445H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
04 Ramadan 1445H
15 Mac 2024M
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
(Bahagian pertama)
Apa yang wajib diusahakan secara serius di bulan Ramadan?
1) Taubat
Kerana ianya adalah bulan keampunan.
Inilah peluang bertaubat dari segala dosa dengan memenuhi segala rukun-rukun taubat, menyesali segala perbuatan yang pernah dilakukan samaada yang diketahui yang tidak diketahui, berazam untuk berhenti dan meningalkan langsung segala perbuatan dosa, dan berusaha memenuhi segala tuntutan dan perintah Allah SWT dan meninggalkan segala laranganNya.
فَقَالَ إنَّ جِبْرِيْلَ عَلَيْهِ السَّلَامُ أَتَانِيْ فَقَالَ مَنْ أَدْرَكَ شَهْرَ رَمَضَانَ فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ فَدَخَلَ النَّارَ فَأَبْعَدَهُ اللَّهُ
Maka Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Jibril AS telah datang kepadaku, lalu dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang bertemu dengan bulan Ramadhan tetapi tidak diampunkan baginya maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah SWT.
(Hadith Riwayat Ibnu Hibban)
Nabi SAW bersabda,
رَغِمَ أَنْفُ عَبْدٍ – أَوْ بَعُدَ – دَخَلَ عَلَيْهِ رَمَضَانُ فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ
“Celakalah seorang hamba yang mendapati bulan Ramadhan kemudian Ramadhan berlalu dalam keadaan dosa-dosanya belum diampuni.”
(Hadith Riwayat Ahmad)
Ibnu Rajab menukilkan perkataan salaf,
من لم يغفرْ لَه في رمضان فلن يغفر له فيما سواه؛
“Barangsiapa yang tidak diampuni dosa-dosanya di bulan Ramadhan, maka tidak akan diampuni dosa-dosanya di bulan-bulan lainnya.”
(Lathaif Al-Ma’arif)
Bahkan di malam Lailatul Qadar, doa yang diajar oleh Nabi SAW ialah memohon keampunan Allah SWT.
Daripada Aisyah RA, bahawa beliau bertanya Nabi SAW, “Wahai Nabi Allah, jika aku bertemu dengan malam al-Qadar maka apa yang sepatutnya aku ucapkan. Nabi SAW bersabda:
اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي
“Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku”.
(Hadith Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad)
2) Memperelokkan amalan wajib dan melatih serta membiasakan dengan amalan sunat.
Amalan wajib yang paling utama diperelokkan ialah solat. Memperelokkan solat berarti melatih diri untuk solat berjamaah terutama di masjid atau surau.
إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّـهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّـهَ فَعَسَىٰ أُولَـٰئِكَ أَن يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ
Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.
(At Taubah: 18)
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَطَهَّرَ فِي بَيْتِهِ ثُمَّ مَشَى إِلَى بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ لِيَقْضِيَ فَرِيضَةً مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ كَانَتْ خَطْوَتَاهُ إِحْدَاهُمَا تَحُطُّ خَطِيئَةً وَالْأُخْرَى تَرْفَعُ دَرَجَةً
Dari Abu Hurairah katanya; Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa bersuci di rumahnya, kemudian berjalan ke salah satu rumah Allah (masjid) untuk melaksanakan kewajiban yang Allah tetapkan, maka kedua langkahnya, yang satu menghapus kesalahan dan satunya lagi meninggikan darjat."
(Hadith Riwayat Muslim)
عن عُثْمَان بْنِ عَفَّانَ قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ
Dari Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa solat isyak berjamaah, seolah-olah ia solat malam selama separuh malam, dan barangsiapa solat subuh berjamaah, seolah-olah ia telah solat seluruh malamnya."
(Hadith Riwayat Muslim)
(Bersambung esok bahagian akhir)
~ Abu Imtiyaz ~
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Menghidupkan Malam Ramadan Menjadi Penghapus Dosa
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa mendirikan Ramadhan (menghidupkan malam dengan solat sunat, tilawah, iktikaf, zikir dan lain-lain) kerana iman dan penuh keikhlasan (mengharap rahmat Allah), maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu" (HR Bukhari No: 36) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Mendirikan Ramadan atas dasar iman bermaksud menghidupkan malam hari dengan solat sunat tarawih, solat witir, solat tahajud, tilawah al-Quran, iktikaf, berdoa, berwirid dan lain-lain amal solleh kerana meyakini akan amalan sunnah.
2. Ihtisab membawa maksud mengharap pahala semata-mata dari Allah SWT. Tidak merasa berat melaksanakan ibadah. Tidak dilakukan atas dasar riya’, mencari pujian atau hanya sekadar mengikuti kebiasaan orang sekitar.
3. Semoga ibadat qiam di malam hari sama ada untuk solat sunat, tilawah, zikir, doa, iktikaf mahupun bangun sahur, akan menjadi sebahagian daripada elemen menghapuskan dosa-dosa yang lalu
4. Antara ibadat di malam hari di bulan Ramadan ialah solat sunat Tarawikh. Orang yang solat sunat bersama imam hingga selesai solat, dituliskan baginya seolah-olah ia bersolat sepanjang malam. Rasulullah SAW bersabda:
عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ ..... فَقَالَ إِنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الْإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ ...
Daripada Abu Zar RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: 'Barangsiapa yang berdiri bersama imam (solat sunat malam), hingga selesai (hingga imam beredar) dituliskan baginya ganjaran pahala orang yang qiam sepanjang malam.' (HR Tirmizi No: 734) Status: Hasan Sahih
Ayuh, pastikan kita dapat bersama solat tarawikh di masjid atau surau bersama imam hingga selesai kerana ganjarannya ditulis pahala seperti ia qiam sepanjang malam. Rugilah kita yang balik awal dari masjid atau tidak menunggu sehingga selesai sedangkan imam masih bersolat.
Negara Rahmah Ummah Sejahtera
#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka
15hb Mac 2024
04hb Ramadan 1445H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Muhasabah malam ini
Teguran itu pahit tetapi mendidik jika kita terima dengan baik dan lapang dada.
Dan pujian itu manis tetapi merosakkan hati kita jika diterima dengan rasa sombong.
#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَن يَرْتَدَّ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّـهُ بِقَوْم يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَلَائِمٍ ذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّـهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.
(Al-Maidah: 54)
إِنَّمَا يُوَفَّى ٱلصَّـٰبِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍ
Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab.
(Az-Zumar: 10)
Bahkan mereka yang memfitnah dan menyakiti orang-orang yang beriman lah yang diancam dan bakal menerima pembalasan yang dahsyat daripada Allah Rabbul Jalil di akhirat kelak.
إِنَّ ٱلَّذِينَ فَتَنُوا۟ ٱلْمُؤْمِنِينَ وَٱلْمُؤْمِنَـٰتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا۟ فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ ٱلْحَرِيقِ
Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan cubaan kepada orang-orang yang mukmin laki-laki dan perempuan kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar.
(Al-Buruj: 10)
Justeru, bersabar wahai saudara-saudaraku yang beriman walaupun di mana berada...
~ Abu Imtiyaz ~
Puasa
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa" .(al-Baqarah: 183)
Alhamdulillah sudah 3 hari umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah puasa dan menghidupkan malam dengan solat tarawih. Semoga sentiasa dalam rahmat dan keredhaan Allah.
Bulan Ramadhan memiliki banyak keistimewaan yang Allah SWT dan NabiNya janjikan di bulan suci ini kepada seluruh umat Islam. Di antara keistimewaan bulan Ramadhan ialah:
Pertama, bau mulut orang yang puasa di sisi Allah SWT itu lebih harum daripada kasturi.
Kedua, para malaikat mendoakan keampunan untuk orang yang berpuasa hingga tiba waktu berbuka.
Ketiga, setiap hari di bulan Ramadan Allah SWT memperindah syurgaNya, seraya mengatakan:
يوشك عبادي الصالحون أن يلقوا عنهم المئونة والأذى ثم يصير إليك
"Hamba-hambaku yang soleh hampir sahaja memikul beban berat dan kesusahan. Kemudian mereka menuju kepadamu wahai syurga"
Keempat, syaitan-syaitan dibelenggu (diikat).
Kelima, pintu-pintu syurga dibuka.
Keenam, adanya malam lailatul qadr yang lebih baik daripada 1000 bulan. Siapa yang tidak beruntung bertemu dengan malam itu, sungguh dia telah terhalang dari kebaikan yang dahsyat.
Ketujuh, orang-orang yang berpuasa akan mendapat ampunan di malam akhir Ramadhan.
Kelapan, setiap malam Ramadhan, Allah SWT membebaskan orang-orang yang akan masuk neraka.
Mengingat akan keistimewaan Ramadhan yang demikian dahsyat serta luar biasa, bagaimana pula sikap kita dalam menyambut dan melayaninya?
Apakah dengan pantas disambut dengan aktiviti yang bermanfaat atau dilayan dengan kelalaian serta aktiviti kemaksiatan?
Atau kita tetap sibuk dengan perkara lagha dan bermalas-malasan dalam ibadah? Moga Allah sentiasa pelihara kita dalam ketaatan, aamiiin.
Ramadhan bulan untuk kita borong pahala dan berusaha mencari keredhaan Allah, maka bersungguhlah dalam melayani Ramadhan dengan ketaatan.
Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
(Al-Hujurat: 11)
Atau tindakan berupa kezaliman, penganiayaan, tekanan, pemboikotan dan pengepungan yang memberi kesan kepada kehidupan orang-orang yang beriman.
Antara punca tindakan ini ialah kedengkian, kebencian dan permusuhan yang tidak berkesudahan.
وَدَّ كَثِيرٌ مِّنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُم مِّن بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِّنْ عِندِ أَنفُسِهِم مِّن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ فَاعْفُوا وَاصْفَحُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّـهُ بِأَمْرِهِ إِنَّ اللَّـهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Sebahagian besar Ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, karena dengki yang (timbul) dari diri mereka sendiri, setelah nyata bagi mereka kebenaran. Maka maafkanlah dan biarkanlah mereka, sampai Allah mendatangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
(Al-Baqarah: 109)
(Bersambung esok bahagian akhir)
~ Abu Imtiyaz ~