melayu | Unsorted

Telegram-канал melayu - Melayu (Official)

7062

“New Face, New Ideology, New Unity: Melayu Abad Baharu”

Subscribe to a channel

Melayu (Official)

Khairy Jamaluddin jadi hero untuk golongan elite saja ke? Kenapa tidak turun jadi hero untuk rakyat kampung? 😅 Pemimpin elite selalunya sukar memahami kehidupan rakyat marhaen, apatah lagi berani berguling bersama mereka. Politician will always be politician.

Читать полностью…

Melayu (Official)

Anwar berkata, tindakan menahan pesalah rasuah kecil bernilai ribuan ringgit tidak memberi risiko tinggi, namun kes membabitkan tokoh berpengaruh dan kekayaan ratusan juta ringgit jauh lebih mencabar

https://www.sinarharian.com.my/article/750407/berita/nasional/sprm-perlu-terus-berani-lawan-rasuah-berprofil-tinggi---pm

Читать полностью…

Melayu (Official)

Untuk melihat kapal-kapal Sumud Nusantara Flotilla secara live di sini:


https://magic.mapim.dev/sumudnusantara

Читать полностью…

Melayu (Official)

Israel berusaha mewujudkan persepsi bahawa negara-negara Islam berada di bawah kawalan mereka, lalu memperhebatkan naratif itu melalui propaganda kuasa lain. Umat Islam mesti bersatu!

Читать полностью…

Melayu (Official)

Senjata terbesar kerajaan Malaysia ialah memastikan bahawa Goldman Sachs membayar dengan harga yang tinggi. Pastikan Goldman Sachs tidak dapat beroperasi dengan tenang. Gunakan undang-undang ke atas Goldman Sachs bukan orang Melayu.

Читать полностью…

Melayu (Official)

Peranan Ahli Parlimen adalah untuk mencari penyelesaian kepada masalah rakyat. Bukan mengungkit kisah lama dengan alasan “siapa suruh tak pilih saya”. Kekayaan dalam perniagaan tidak menjamin kemampuan untuk memimpin dengan bijak dan berkesan.

Читать полностью…

Melayu (Official)

Siapapun yang memimpin negara, kita mesti bersatu apabila tuduhan datang daripada golongan zalim. Bangkitlah wahai pejuang-pejuang yang cintakan keamanan. Jonathan Schanzer adalah penentang keamanan.

Kini kita bergabung dengan negara-negara Eropah, ASEAN dan Timur Tengah untuk memastikan rakyat Palestin mendapat kembali tanah air mereka!

Marilah kita berdakwah kepada Jonathan Schanzer dan sampaikan kepadanya bahawa Malaysia cintakan keamanan dan menolak kezaliman. Pautan X beliau ada di bawah:

https://x.com/jschanzer?s=21&t=VpnWFgEY54_VAvctAHkP4A

Sebarkan!

Читать полностью…

Melayu (Official)

PM Anwar Ibrahim dilihat seolah-olah bersendirian dalam memimpin negara tanpa sokongan kukuh daripada barisan kabinet menterinya, khususnya dalam aspek ekonomi. Kebanyakan mereka lebih cenderung bercerita tentang diri sendiri daripada menampilkan sifat patriotik dalam memikul tanggungjawab. Contohnya, Menteri MITI lebih menonjolkan imej peribadi berbanding memberi tumpuan sepenuhnya kepada agenda negara, manakala Menteri MCMC pula dilihat bukanlah seorang komunikator yang berkesan dalam menyampaikan mesej kerajaan kepada rakyat. Dalam keadaan ini, PKR perlu memainkan peranan lebih aktif bagi memenangi hati masyarakat Melayu.

Читать полностью…

Melayu (Official)

Apa akan berlaku jika warga China dan India yang masuk ke Malaysia tidak di kawal? Lebih baik bawa lebih ramai orang indonesia ke Malaysia.

Читать полностью…

Melayu (Official)

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Doha, Qatar malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam yang dijadual berlangsung Isnin, di ibu negara berkenaan.

Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri berlepas dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, pada 7 malam.

Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/anwar-berlepas-ke-doha-hadiri-sidang-kemuncak-tergempar-oic-538485

#AWANInews

Читать полностью…

Melayu (Official)

Wahai Manusia, janganlah kamu terpedaya dengan harta di tanganmu, lalu engkau memeluknya erat seakan-akan ia nyawamu. Sesungguhnya harta itu hanyalah ujian, bukan penyelamat. Ketahuilah, mereka yang menahan hak orang miskin, yang menutup mata dari jeritan lapar dan derita, kelak di hari kebangkitan mereka akan mati bersama harta yang membusuk emas menjadi bara, perak menjadi belenggu, dan wang menjadi abu yang menutup wajah mereka. Firman Allah: ‘Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka (bahawa mereka akan mendapat) azab yang pedih.’ (At-Taubah: 34).

Dan dengarlah amaran Rasulullah ﷺ: ‘Barangsiapa yang diberi oleh Allah harta, lalu dia tidak menunaikan zakatnya, maka hartanya itu akan dijadikan seekor ular jantan botak yang mempunyai dua taring, lalu melilit lehernya pada hari kiamat, kemudian menggigit pipinya seraya berkata: Akulah hartamu, akulah simpananmu.’ (Riwayat Bukhari & Muslim).

Maka celakalah bagi mereka yang menjadikan harta sebagai tuhan, kerana harta itu akan menjadi saksi dan azab bagi mereka, sedang yang miskin dan susah terus memohon belas, tetapi tiada jawapan. Pada hari itu, tiada harta yang mampu menebusmu, tiada emas yang mampu menyelamatkanmu hanya amal dan rahmat Allah yang menentukan nasibmu.

Читать полностью…

Melayu (Official)

This is nothing less than a political assassination. When you spread hate, this is the result. If you truly care about change, spread love instead.

https://www.aljazeera.com/news/2025/9/11/who-was-charlie-kirk-what-we-know-about-the-shooting-and-the-suspect

Читать полностью…

Melayu (Official)

Kerajaan Qatar menafikan dakwaan White House bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump telah memberi amaran awal kepada Doha sebelum serangan Israel ke atas delegasi Hamas di ibu negara Qatar minggu ini.

Jurucakap Kementerian Luar Qatar, Dr Majed Al-Ansari, menyatakan bahawa kenyataan AS berhubung pemberitahuan awal adalah “tidak benar sama sekali”.

Menurut beliau, panggilan daripada pegawai AS hanya diterima ketika letupan akibat serangan udara Israel sudah pun berlaku di kawasan kediaman di Doha.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/qatar-nafi-dakwaan-white-house-trump-beri-amaran-sebelum-serangan-israel-537888

Читать полностью…

Melayu (Official)

PM perlu berhati-hati ketika sibuk dengan urusan luar negara tanpa meneliti keadaan dalam negara sendiri. Saat ini adalah waktu terbaik untuk memastikan agenda Bumiputera berjalan dengan lancar, kerana terdapat gerakan ekonomi daripada bukan Melayu yang memberi kesan besar kepada orang Melayu di dalam negara. Justeru, peluang untuk orang Melayu mesti diperluaskan sebanyak mungkin, kerana jurang yang wujud boleh mencetuskan kebangkitan luar biasa dalam negara.

Pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS wajar melepaskan jawatan dan digantikan dengan barisan kepimpinan muda yang lebih berintegriti, serta meneruskan agenda penyatuan Ummah. Kepimpinan muda ini perlu menggerakkan gabungan Ummah secara terbuka, mengembalikan negara kepada landasan undang-undang, serta menghormati hak-hak yang dipersetujui semasa penubuhan Malaysia.

Sekiranya perkara ini tidak dibendung, Malaysia berisiko untuk terjerumus seperti negara-negara lain yang kehilangan asas kestabilannya. Anak-anak muda yang beriman harus memastikan negara ini dibina bersama, sambil terus memelihara hak-hak bangsa lain, dan mengizinkan mereka berkongsi nikmat kekayaan yang ada. Namun jangan sekali-kali menjadi pengkhianat kepada agama dan bangsa hanya kerana menuruti hawa nafsu.

Jangan gunakan agama dan bangsa untuk politik, tetapi gunakanlah politik demi agama dan bangsa.
Titah DYMM Tuanku Agong ketika Program Maal Hijrah 1447H

Читать полностью…

Melayu (Official)

Israel has bombed 6+ countries in less than 24 hours:

🇵🇸 Palestine
🇹🇳 Tunisia
🇶🇦 Qatar
🇸🇾 Syria
🇱🇧 Lebanon
🇾🇪 Yemen

Crime after crime.

Tell us again... who are the terrorists?

Читать полностью…

Melayu (Official)

20 point plan to end Gaza is another crime created by Israel and USA - Nurul Izzah

https://www.thestar.com.my/news/nation/2025/10/02/malaysia-politicians-activists-condemn-trump-20-point-plan-to-end-gaza-war

Читать полностью…

Melayu (Official)

📣 HIMPUNAN SUMUD FLOTILLA
🗓️ Tarikh: 2 Oktober 2025
⏰ Masa: 4.00 petang
📍 Lokasi: Hadapan THE LINC Kuala Lumpur

‼️ SEMUA RAKYAT MALAYSIA DIJEMPUT HADIR
Syarat-Syarat Himpunan:
1️⃣ Pakaian sopan & berdisiplin dan tema P4lestin
2️⃣ Bawa bendera/papan tanda /sepanduk yang sesuai & menghormati sensitiviti.
3️⃣ Tidak menimbulkan provokasi atau kekecohan.
4️⃣ Patuhi arahan koordinator himpunan.
5️⃣ Jaga kebersihan & keselamatan kawasan.
6️⃣ Bawa bekalan air
7️⃣ sedia baju hujan atau payung

#stand4sumud
#stand4sumud

Читать полностью…

Melayu (Official)

Semua pihak diminta tidak terpengaruh spekulasi rejim Zionis lemahkan GSF - SNCC

https://www.sinarharian.com.my/article/750430

Читать полностью…

Melayu (Official)

Pemimpin-pemimpin negara ini secara senyap sedang membina kekuatan sebagai kuasa ekonomi dunia. Gabungan ini telah menimbulkan kegusaran kepada Amerika Syarikat yang kini terperangkap dengan beban hutang yang besar. Siapakah pemimpin negara Islam yang memegang keputusan kekayaan dunia?

Читать полностью…

Melayu (Official)

Rakyat Malaysia terutama orang Melayu Islam bersatu menyerang Jonathan tanpa mengira fahaman politik. Jadi elok mereka yang mewakili orang Melayu Islam berhati-hati kerana kepercayaan bangsa Melayu Islam ke atas kamu untuk memperjuangkan hak mereka, bukan memperjuangkan jawatan kamu.

Читать полностью…

Melayu (Official)

Syurga itu milik Allah swt, maka jika kamu inginkan syurga kamu perlu mencari keredhaan-Nya bukan keredhaan manusia. Orang islam perlu menunjukkan akhlak dan tidak menafikan hak orang lain kecuali mereka yang menafikan hak kamu. Kerana islam itu aman dan adil. 🤲🏻

Читать полностью…

Melayu (Official)

After Indonesia and Nepal, the Philippines has now emerged as the new frontier where the youth are championing the struggle against corruption.

https://www.aljazeera.com/amp/news/2025/9/21/thousands-rally-in-philippines-at-anticorruption-protests-in-manila

Читать полностью…

Melayu (Official)

Sebagai sebuah negara Islam, foodcourt seharusnya menjadi tempat keluarga Muslim menikmati makanan halal yang bersih, selesa dan berpatutan. Namun kini, semakin banyak ruang makanan tidak halal bercampur dengan kawasan tumpuan umat Islam.

Makanan tidak halal sepatutnya diasingkan dengan jarak yang sesuai bagi menghormati majoriti masyarakat Islam di negara ini. Lebih membimbangkan, penggunaan istilah “pork free” dan “muslim friendly” yang tidak jelas dan tiada piawaian rasmi hanya mengelirukan pelancong serta rakyat tempatan.

Kami menyeru pihak berwajib untuk mengambil perhatian serius. Halal bukan sekadar isu babi, tetapi merangkumi kebersihan, kesucian dan tayyiban. Inilah tanggungjawab kita sebagai sebuah negara Islam untuk menjaga maruah dan kesejahteraan rakyat.

Ps: Foodcourt yang dulu diwujudkan untuk menyatukan bangsa Malaysia kini telah ditukar hanya untuk bangsa tertentu sahaja.

Читать полностью…

Melayu (Official)

Orang Melayu harus menolak pemimpin politik yang tamak tetapi tetap bertenggek di tampuk gabungan politik Melayu. Golongan ini telah merosakkan cara berfikir masyarakat kita. Kita perlukan pemimpin Melayu Islam sejati bukan sekadar pemimpin Melayu yang gagal memahami Islam.

Bayangkan, jika benar mereka berjuang untuk bangsa, mengapa kekayaan yang mereka miliki tidak diagihkan untuk membantu masyarakat kampung dan mereka yang susah? Sebaliknya, mereka memilih hidup mewah dan menyuruh rakyat bekerja demi kepentingan mereka.

Jangan percaya kepada mereka yang menunggang agama dan bangsa untuk kepentingan diri. Kembalikan kepimpinan negara kepada mereka yang benar-benar ikhlas berjuang untuk bangsa dan agama. Pilihlah pemimpin terpelajar daripada kalangan pendidik, pensyarah dan guru kerana mereka lebih dekat dengan keikhlasan dan amanah.


SELAMAT HARI MALAYSIA

Читать полностью…

Melayu (Official)

Walaupun umat Islam berjumlah 2 bilion dan Melayu Islam hampir 60% di Malaysia, perpecahan politik dan kelemahan perpaduan menjadikan mereka rapuh. Faktor ego, keangkuhan, dan ketiadaan amalan ilmu ehsan menjadi kunci kepada keruntuhan serta ruang untuk kezaliman berterusan.

Islam di serang oleh Zionist yang hanya berjumlah 0.01% dari penduduk dunia. Ini kerana kebergantungan mereka kepada Zionist yang dilindungi oleh USA. Apakah kita masih hendak menjadikan Barat sebagai kiblat ekonomi kita? Semoga pemimpin Malaysia dan OIC berani bersatu dan sedar kebergantungan kita hanya kepada Allah swt. Yakinlah kalian pemimpin semua akan MATI mungkin hari ini atau mungkin esok. Apakah kalian sudah mempunyai jawapan di depan Allah swt esok?

Kami rakyat semua akan terus menjadi saksi di depan Allah swt di atas setiap perpecahan bangsa dan agama yang kalian lakukan. Semoga kalian dikurniakan hidayah dan berkasih sayang kerana Allah swt.

Читать полностью…

Melayu (Official)

Negara yang menyokong Palestin satu persatu berdepan kekacauan seolah-olah ada tangan ghaib yang menekan butang ekonomi dunia. Inilah realitinya bila kuasa besar mengawal sistem kewangan global. Jadi, apa gunanya kita menahan duit sendiri? Belanjakan untuk rakyat, selesaikan hutang mereka. Amerika Syarikat sendiri sudah terjerat dengan hutang USD37 trilion, tetapi masih boleh “bijak” mencipta helah dengan melahirkan stable coin untuk menutup kelemahan. Malangnya, rakyat kita pula terus disuruh berjimat demi menanggung kesilapan pemimpin.

Читать полностью…

Melayu (Official)

Wakil rakyat Melayu Islam jangan hanya pandai melaungkan janji tetapi gagal turun membela nasib orang sendiri. Bila rakyat susah, mereka tidak mencari jalan penyelesaian, apatah lagi berunding untuk mencari tanah gantian atau alternatif. Pemimpin begini lebih suka menunjukkan kebencian kepada rakyat hanya kerana tidak dipilih atau disokong. Jika sekadar tahu berpolitik tetapi tidak mampu mempertahankan hak orang Melayu, lebih baik berundur dan beri ruang kepada yang benar-benar ikhlas berjuang.

Читать полностью…

Melayu (Official)

Kita harus bersetuju dengan pandangan yang diberikan, bahawa umat Melayu Islam tidak perlu bersikap terlalu ekstrem atau mahu mengubah segalanya dalam sekelip mata. Islam itu sendiri mengajar kita bahawa perubahan mesti dilakukan dengan hikmah dan kesabaran. Yang utama ialah umat Melayu Islam bersatu hati dan istiqamah dalam melakukan perubahan yang diredhai Allah.

Kekuasaan dan kekayaan bumi ini adalah amanah daripada Allah SWT. Maka, wajib dipertahankan dan diagihkan secara adil kepada seluruh umat. Ingatlah, rasuah dan ketamakan adalah penyakit hati yang menjadi musuh utama negara serta punca keruntuhan tamadun.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/09/1262500/kalau-nak-tukar-nama-tukar-semua-sekali-jangan-port-dickson-saja-aminuddin#

Читать полностью…

Melayu (Official)

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah tanggungjawab setiap rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, beliau turut menekankan kepentingan bahasa Inggeris dalam aspek kemajuan negara di pentas antarabangsa.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/saya-sukar-terima-rakyat-malaysia-tidak-fasih-bahasa-melayu-pm-anwar-537846

Читать полностью…

Melayu (Official)

"Blood Moon" di atas Masjid Al Aqsa

Читать полностью…
Subscribe to a channel