mknrasmi | Unsorted

Telegram-канал mknrasmi - Majlis Keselamatan Negara (Rasmi)

790534

Majlis Keselamatan Negara bertanggungjawab menyelaraskan dasar-dasar berkaitan keselamatan negara dan arahan mengenai langkah-langkah keselamatan termasuk gerakan-gerakan keselamatan, ketenteraman awam dan perkara-perkara melibatkan keselamatan.

Subscribe to a channel

Majlis Keselamatan Negara (Rasmi)

KKM NAFI PERAKU PRODUK ATAU MAKANAN MENGGANTIKAN UBATAN / INSULIN RAWAT DIABETES

Читать полностью…

Majlis Keselamatan Negara (Rasmi)

URUSAN MEMBAWA PULANG JEMAAH UMRAH WARGANEGARA MALAYSIA YANG TERKANDAS DI ARAB SAUDI

Читать полностью…

Majlis Keselamatan Negara (Rasmi)

NOTIS KONSULAR

1.​Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Mesir ingin menasihatkan semua warganegara Malaysia yang berada di Mesir (sama ada pelajar/pelancong/bekerja) supaya sentiasa peka dan waspada dengan keadaan sekeliling serta mematuhi peraturan dan arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan dari semasa ke semasa.

2.​Kedutaan juga ingin menggesa supaya warganegara Malaysia yang berada di Mesir atau bercadang untuk melakukan perjalanan ke Mesir berdaftar dengan Kedutaan dengan melengkapkan borang pendaftaran yang boleh di akses melalui pautan https://forms.gle/ePrT4TkqZh4Btamo7. Sebarang kes kecemasan yang memerlukan bantuan Konsular, Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah boleh dihubungi di alamat seperti berikut:

21, Al Aanab Street
Mohandessine, Giza Governorate, Cairo

No. Telefon : +202 3761 0013
(semasa waktu pejabat 9.00 pagi – 4.00 petang, Ahad-Khamis)

No. Telefon Bimbit : +20 120 027 6388
(selepas waktu pejabat dan pada hari cuti hujung minggu / kelepasan am)

E-mel: mwcairo@kln.gov.my

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA
KAHERAH, MESIR
3 NOVEMBER 2022

Читать полностью…

Majlis Keselamatan Negara (Rasmi)

Melihat kepada jumlah pelarian yang berada di Malaysia ketika ini, jumlahnya mungkin tidak begitu signifikan, namun impaknya kepada kehidupan rakyat negara ini tidak boleh dipandang ringan.

Dengarkan episod baharu podcast Cerita 71 bersama Latif & Nik bersama tetamu istemewa, Dr. Hannah Rose Kartini mengenai "Pelarian & Suaka? Ada ke?" di platform:

Apple Podcast
https://tiny.one/appleSuaka

Spotify
https://tiny.one/spotifySuaka

Google Podcast
https://tiny.one/googleSuaka

Subscribe secara percuma podcast Cerita 71 bagi mengikuti perkembangan keselamatan negara, kupasan dasar-dasar keselamatan dan arah tuju hal-hal keselamatan.
#mkn
#cerita71
#MalaysiaMemilih
#GE15

Читать полностью…

Majlis Keselamatan Negara (Rasmi)

𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐁𝐀𝐖𝐀 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐉𝐄𝐌𝐀𝐀𝐇 𝐔𝐌𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐑𝐊𝐀𝐍𝐃𝐀𝐒 𝐃𝐈 𝐀𝐑𝐀𝐁 𝐒𝐀𝐔𝐃𝐈

Kumpulan pertama daripada Jemaah Umrah yang terkandas di Arab Saudi sejak Jun 2022 berjaya dibawa pulang oleh Kerajaan pagi ini.

Kumpulan seramai 36 orang jemaah umrah tersebut telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 5.50 pagi, 4 November 2022 (Jumaat). Baki 27 orang jemaah lagi akan dibawa pulang menerusi penerbangan seterusnya.

Urusan membawa pulang jemaah umrah yang terkandas ini telah dilaksanakan dengan mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi. Kerjasama daripada pelbagai agensi kerajaan termasuk Wisma Putra, Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Civil Aviation Authority of Malaysia telah menjayakan misi pada kali ini.

Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri (MKN,JPM) mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

Читать полностью…

Majlis Keselamatan Negara (Rasmi)

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐓𝐄𝐎𝐑𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀: 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐎𝐍𝐒𝐔𝐍 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐑 𝐋𝐀𝐔𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟑

Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh di Malaysia akan bermula lebih awal daripada yang dijangka iaitu pada 7 November 2022 dan berterusan sehingga Mac 2023. Empat hingga enam episod luruan monsun yang membawa hujan lebat berterusan berpotensi berlaku sepanjang tempoh ini.

#monsuntimurlaut
#metmalaysia
#KementerianAlamSekitarDanAir
#KeluargaMalaysiaSiagaBencana

Читать полностью…

Majlis Keselamatan Negara (Rasmi)

PRU15: HINDARI PASANG BAHAN KEMPEN DI PREMIS ATAU PEPASANGAN ELEKTRIK TNB

Читать полностью…
Subscribe to a channel