mujahidah_kaktus | Unsorted

Telegram-канал mujahidah_kaktus - dakwah kaktus

964

Jangan malu untuk berhijrah, Tapi malu bila kamu kekal dalam jahiliah Semoga channel @mujahidah_kaktus dapat bagi manfaat untuk semua subscribers dan para admin🤍🌵

Subscribe to a channel

dakwah kaktus

Ayuh kita berpuasa esok hari, puasa yang membolehkan kita diampunkan dosa pada setahun yang lalu, iaitu puasa Asyura'.

Nabi ‎ﷺ bersabda:

صِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ

"Berpuasa pada hari ‘Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya." [HR Ibn Majah]

Kalau tidak mampu, maka khabarkan kepada orang lain untuk kita mendapat pahala memberitahu saranan amal soleh.

#FawaidHadith

Читать полностью…

dakwah kaktus

Selamat Hari Raya Eidul Adha 1446H

Jika kita belum mampu menyembelih binatang korban, maka sembelihlah sifat sombong dalam diri kita

Jika kita belum mampu melempar di Jamrah Aqabah, maka lemparlah sifat kebencian dan ego dalam hati kita

Jika kita belum mampu mengelilingi kabah, maka kelilingilah sanak saudara, jiran tetangga, dan sahabat handai untuk menjalin ukhuwah dan silaturrahim.

Sebahagian salaf menyebut:

ليس العيد لمن لبس الجديد ، إنما العيد لمن طاعاته تزيد

ليس العيد لمن تجمل باللباس و الركوب ، إنما العيد لمن غفرت له الذنوب

Bukanlah hari raya itu pada orang yang memakai pakaian baru, tetapi sebenarnya hari raya itu adalah bagi orang yang ketaatannya bertambah.

Bukanlah hari raya itu bagi orang yang kelihatan cantik pada pakaian dan kenderaan, tetapi hari raya itu sebenarnya adalah bagi orang yang telah diampunkan baginya segala dosa.

Imam Hasan Al-Basri rahimahullah  berkata;

كل يوم لا يُعصى الله فيه فهو عيد

Setiap hari yang padanya tidak dilakukan derhaka kepada Allah maka ia adalah hari raya.

Selamat Menyambut Hari Raya Eiduladha buat seluruh Muslimin dan Muslimat. Semoga segala pengorbanan yang kita lakukan diterima Allah SWT dan menjadikan kita lebih dekat kepada-Nya.

تَقَبَلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ

Ikhlas dari Dr Ajmain Safar

Читать полностью…

dakwah kaktus

Puasa sunat pada bulan Zulhijjah + puasa sunat hari khamis = pahala berganda

Ayuh kita berazam untuk berpuasa sunat esok. Insya Allah pahala berganda.

#FawaidHadith

Читать полностью…

dakwah kaktus

‎وجعلنا وإياكم من العائدين والفائزين والمقبولين، كل عام وانتم بخير

Selamat Menyambut Aidilfitri al-Mubarak buat semua muslimin dan muslimat.

Semoga kita semua keluar dari bulan Ramadhan tahun ini membawa hati dan jiwa yang sejahtera serta menjadi permulaan kepada taubat yang istiqamah.

🌵🌙

Читать полностью…

dakwah kaktus

Zikir yang dituntut ketika Ramadan

اشْهَدُ انْ لَّا إِلَهَ إِلَّا اللَّهِ, أَسْتَغْفِرُ الله, أَسْأَلُكَ الْجِنَّةَ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ النَّارِ (3)
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى (3) یا گریم

Maksudnya:
Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah, aku memohon keampunan daripada Allah, Aku memohon syurga dan perlindungan daripada api neraka. Ya Allah, Engkau adalah Zat yang menyukai kemaafan, oleh itu maafkanlah kami. Wahai Zat Yang Maha Pemurah.

In shaa Allah Jom kita sama sama banyakkan berzikir di hari hari ramadan ni. Semoga kita meraih keampunan Allah❤️

Читать полностью…

dakwah kaktus

Hari ke-27 Ramadan Kareem 🤍

Juz 27, mengandungi Surah Ar-Rahman yang merupakan surah ke-55 dalam Al-Quran yang mengingatkan manusia dan jin tentang banyaknya nikmat Allah. Dalam surah ini, Allah mengulang ayat "فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ" "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" sebanyak 31 kali sebagai peringatan agar manusia tidak lalai dalam mensyukuri nikmat-Nya.

Allah memulakan surah ini dengan menyebut bahawa Dialah Yang Maha Pemurah dan telah mengajarkan Al-Quran serta menciptakan manusia. Firman-Nya: ٱلرَّحْمَٰنُ ۝ عَلَّمَ ٱلْقُرْءَانَ ۝ خَلَقَ ٱلْإِنسَٰنَ عَلَّمَهُ ٱلْبَيَانَ "Allah Yang Maha Pemurah, Dialah yang mengajarkan Al-Quran. Dia menciptakan manusia, dan mengajarnya berbicara." Ar-Rahman: 1-4 Ini menunjukkan bahawa ilmu, terutamanya ilmu Al-Quran, adalah nikmat terbesar yang diberikan kepada manusia.

Selain itu, Allah juga menegaskan tentang keseimbangan dalam ciptaan-Nya, seperti firmannya: وَٱلسَّمَآءَ رَفَعَهَا وَوَضَعَ ٱلْمِيزَانَ ۝ أَلَّا تَطْغَوْا۟ فِى ٱلْمِيزَانِ "Dan langit telah Dia tinggikan, dan Dia letakkan neraca (keadilan). Supaya kamu jangan melampaui batas dalam neraca itu." Ar-Rahman: 7-8 pula mengajarkan manusia untuk menjaga keseimbangan dalam kehidupan dan tidak melakukan kezaliman.

Tanda kekuasaan Allah juga dapat dilihat dalam kejadian alam, seperti dua lautan yang bertemu tetapi tidak bercampur: مَرَجَ ٱلْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ ۝ بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌۭ لَّا يَبْغِيَانِ "Dia membiarkan dua lautan bertemu. Antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing." Ar-Rahman: 19-20 membuktikan bahawa setiap ciptaan Allah mempunyai aturan yang tidak dapat diubah oleh manusia.

Surah ini juga memberikan gambaran balasan bagi orang yang bertakwa, iaitu syurga yang penuh kenikmatan. Firman Allah: وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ جَنَّتَانِ "Dan bagi orang yang takut akan kedudukan Tuhannya, ada dua syurga." Ar-Rahman: 46 memberi motivasi agar manusia sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dan berusaha menjadi hamba yang bersyukur.

Keseluruhannya, Surah Ar-Rahman mengajak manusia untuk merenung nikmat-nikmat Allah, menjaga keseimbangan hidup, serta mempersiapkan diri untuk kehidupan akhirat. Dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, surah ini mengingatkan kita agar memperbanyakkan syukur dan meningkatkan ibadah sebagai tanda penghargaan terhadap segala kurniaan Allah.

Читать полностью…

dakwah kaktus

Hari ke-25 Ramadan Kareem 🤍

Juz 25, didalamnya ada Surah Ad-Dukhan yang menekankan tentang Lailatul Qadr, malam yang penuh keberkatan di mana Allah menurunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi seluruh umat manusia. Dalam ayat 3, Allah berfirman:

إِنَّآ أَنزَلْنَٰهُ فِى لَيْلَةٍۢ مُّبَٰرَكَةٍۢ إِنَّا كُنَّا مُنذِرِينَ
Sesungguhnya Kami menurunkannya (Al-Quran) pada suatu malam yang diberkati. Sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan. Ad-Dukhan: 3

Ayat ini merujuk kepada Lailatul Qadr, iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam ini merupakan malam penuh rahmat di mana Allah menetapkan segala ketentuan bagi hamba-Nya dan melimpahkan keampunan bagi mereka yang beribadah dengan ikhlas.

Hari ke-25 Ramadan menandakan bahawa kita semakin menghampiri malam-malam terakhir Ramadan. Berdasarkan hadis, Lailatul Qadr sering dikaitkan dengan 10 malam terakhir, khususnya pada malam-malam ganjil. Rasulullah ﷺ bersabda:

"Carilah Lailatul Qadr pada sepuluh malam terakhir di malam-malam yang ganjil." (HR Bukhari & Muslim)

Oleh itu, malam-malam terakhir ini adalah peluang untuk kita meningkatkan ibadah dengan solat malam, membaca Al-Quran, berzikir, dan berdoa agar diberikan keampunan. Dalam Surah Ad-Dukhan juga, Allah menggambarkan keadaan hari kiamat dan bagaimana orang yang beriman akan mendapat ganjaran syurga, manakala mereka yang ingkar akan dihukum.

Kita harus memperbanyakkan istighfar, memohon rahmat Allah, dan berharap agar kita tergolong dalam hamba yang dibebaskan dari api neraka. Semoga kita diberikan kekuatan untuk terus beribadah dengan penuh keikhlasan sehingga penghujung Ramadan dan memperoleh keberkatan Lailatul Qadr.

Читать полностью…

dakwah kaktus

Hari ke-23 Ramandan Kareem 🤍

Juz 23, Surah Yasin ayat 53 menjadi peringatan agar sentiasa bersedia dengan iman dan amal soleh kerana dengan satu tiupan sangkakala, semua manusia dibangkitkan dan dihimpunkan di hadapan Allah untuk dihisab tiada siapa dapat mengelak.

Allah berfirman dalam Surah Yasin ayat 53:
إِن كَانَتْ إِلَّا صَيْحَةً وَاحِدَةً فَإِذَا هُمْ جَمِيعٌ لَّدَيْنَا مُحْضَرُونَ

"Tidaklah yang mereka tunggu melainkan satu teriakan saja, maka tiba-tiba mereka semua dikumpulkan di hadapan Kami." (Yasin: 53)

Ayat ini menggambarkan peristiwa kebangkitan manusia pada hari kiamat. Allah telah menyatakan bahawa kebangkitan itu berlaku hanya dengan satu teriakan (الصيحة الواحدة), iaitu tiupan sangkakala yang kedua oleh Malaikat Israfil. Dengan satu tiupan itu, seluruh manusia dari zaman Nabi Adam hingga hari kiamat akan bangkit dari kubur mereka dan dikumpulkan di hadapan Allah untuk dihisab.

Perkataan فإذا (maka tiba-tiba) dalam ayat ini menunjukkan betapa pantasnya peristiwa ini berlaku. Tiada masa untuk melarikan diri, membuat persiapan, atau kembali ke dunia untuk memperbaiki amalan. Semua manusia akan dihimpunkan secara serentak tanpa pengecualian.

Perkataan محضرون (dihadirkan) menunjukkan bahawa manusia tidak akan dapat mengelak daripada perhimpunan ini. Tidak kira mereka kaya, miskin, raja, atau rakyat biasa, semuanya akan berdiri di hadapan Allah untuk diadili berdasarkan amal perbuatan mereka.

Apabila manusia telah dibangkitkan, tiada lagi peluang untuk kembali ke dunia. Segala amal perbuatan telah direkod dan akan dihitung oleh Allah. Firman Allah dalam ayat lain:
وَلَوْ تَرَىٰٓ إِذِ ٱلْمُجْرِمُونَ نَاكِسُوا۟ رُءُوسِهِمْ عِندَ رَبِّهِمْ رَبَّنَآ أَبْصَرْنَا وَسَمِعْنَا فَٱرْجِعْنَا نَعْمَلْ صَـٰلِحًۭا إِنَّا مُوقِنُونَ
"Dan sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (seraya berkata), ‘Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), agar kami dapat beramal soleh. Sesungguhnya kami sekarang telah yakin’." (As-Sajdah: 12)

Ayat-ayat ini menjadi peringatan kepada kita semua untuk sentiasa melakukan amal kebaikan sebelum terlambat. Hidup di dunia adalah peluang untuk mengumpulkan bekalan bagi kehidupan akhirat. Maka, jangan sia-siakan masa yang ada dengan perkara yang melalaikan dan gunakan peluang 10 malam terakhir ramadan kali ini sebaiknya ❤️

Читать полностью…

dakwah kaktus

Hari ke-21 Ramadan Kareem 🤍

Juz 21 merangkumi sebahagian Surah Al-Ankabut, Ar-Rum, Luqman, As-Sajdah, dan Al-Ahzab. Antara tema utama dalam juzuk ini ialah keteguhan iman dalam menghadapi ujian, tanda-tanda kebesaran Allah, hikmah dalam nasihat Luqman, serta kepatuhan dan ketaatan kepada Allah dan Rasul.

Surah Luqman mengandungi pelbagai pengajaran penting, khususnya mengenai tauhid, kebesaran Allah, adab, dan akhlak yang mulia. Surah ini dinamakan sempena Luqman Al-Hakim, seorang hamba Allah yang dikurniakan hikmah dan kebijaksanaan.

Salah satu inti pati utama surah ini ialah nasihat Luqman kepada anaknya;
وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, ketika dia memberi pengajaran kepadanya: 'Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah. Sesungguhnya syirik itu adalah kezaliman yang besar.Luqman: 13

Ayat ini menunjukkan bahawa tauhid adalah asas kehidupan, dan menyekutukan Allah merupakan kezaliman terbesar kerana ia menafikan hak Allah sebagai satu-satunya Tuhan.

Selain itu, Allah memerintahkan berbakti kepada ibu bapa;
وَوَصَّيْنَا ٱلْإِنسَٰنَ بِوَٰلِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُۥ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍۢ وَفِصَٰلُهُۥ فِى عَامَيْنِ أَنِ ٱشْكُرْ لِى وَلِوَٰلِدَيْكَ إِلَىَّ ٱلْمَصِيرُ
Dan Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan tempoh menceraikan susunya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu, hanya kepada-Ku tempat kembalimu. Luqman: 14

Ayat ini menekankan kepentingan menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa, kerana mereka telah banyak berkorban dalam membesarkan anak-anak.

Luqman juga menasihati anaknya agar menjaga akhlak dan adab dalam pergaulan;
وَٱقْصِدْ فِى مَشْيِكَ وَٱغْضُضْ مِن صَوْتِكَ إِنَّ أَنكَرَ ٱلْأَصْوَٰتِ لَصَوْتُ ٱلْحَمِير
Dan sederhanakanlah dalam berjalanmu serta rendahkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai. Luqman: 19

Ayat ini mengajar kita untuk bertutur dengan lemah lembut dan penuh hikmah, kerana suara yang kasar dan sombong tidak disukai Allah.

Secara keseluruhannya, Surah Luqman mengajar kita tentang ketauhidan, kepentingan berbakti kepada ibu bapa, serta nilai akhlak dan adab dalam kehidupan seharian. Ia menjadi panduan bagi kita untuk membentuk peribadi Muslim yang beriman dan berakhlak mulia.

Читать полностью…

dakwah kaktus

Hari ke-19 Ramadan Kareem 🤍

Juz 19 diawali dengan Surah Al-Furqan ayat 63-77, Allah menyebut ciri-ciri ‘Ibadur Rahman’ iaitu hamba-hamba Allah yang mendapat kasih sayang-Nya. Ini adalah golongan yang benar-benar bertakwa, memiliki akhlak terpuji, dan beramal soleh.

Allah berfirman dalam ayat 63 :

وَعِبَادُ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى ٱلْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ ٱلْجَٰهِلُونَ قَالُوا۟ سَلَٰمًا
(Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih itu ialah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati, dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka (dengan kata-kata yang menghina), mereka mengucapkan ‘salam’.

Dalam ayat-ayat ini, Allah menyenaraikan beberapa sifat utama ‘Ibadur Rahman’:

Ibadur Rahman mempunyai sifat merendah diri dan tidak sombong dan mereka ialah Orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati ٱلَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى ٱلْأَرْضِ هَوْنًا

Dan mereka yang menghabiskan waktu malam dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka وَٱلَّذِينَ يَبِيتُونَ لِرَبِّهِمْ سُجَّدًۭا وَقِيَٰمًۭا .Ini menunjukkan bahawa mereka rajin berqiyamullail, berdoa, dan memohon keampunan Allah. Ramadan adalah bulan qiyamullail dan solat malam, maka kita boleh mencontohi sifat ini dengan memperbanyakkan solat tahajud, witir, dan berdoa di sepertiga malam.

Seterusnya, ‘Ibadur Rahman’ ialah mereka yang tidak melakukan dosa besar seperti syirik, pembunuhan, dan zina. Allah berfirman dalam ayat 68
وَٱلَّذِينَ لَا يَدْعُونَ مَعَ ٱللَّهِ إِلَٰهًا ءَاخَرَ وَلَا يَقْتُلُونَ ٱلنَّفْسَ ٱلَّتِى حَرَّمَ ٱللَّهُ إِلَّا بِٱلْحَقِّ وَلَا يَزْنُونَ
Dan mereka yang tidak menyekutukan Allah, tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan alasan yang benar, dan tidak berzina.

Mereka menjaga keimanan dan menjauhkan diri daripada perbuatan keji. Ramadan mendidik kita untuk bertaubat dari dosa-dosa besar dan kembali kepada Allah dengan hati yang bersih.

Akhir sekali, ‘Ibadur Rahman’ sentiasa berdoa agar keluarga mereka menjadi soleh. Mereka berdoa
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَٰجِنَا وَذُرِّيَّٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍۢ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan dan keturunan yang menjadi penyejuk mata kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang bertakwa.

Mereka sentiasa mengharapkan keluarga mereka diberikan hidayah dan menjadi orang yang beriman.

Antara sifat-sifat ‘Ibadur Rahman’ ini adalah contoh akhlak yang perlu kita amalkan sepanjang Ramadan dan selepasnya. Semoga kita dapat mencontohi sifat-sifat ini dan tergolong dalam golongan hamba Allah yang dicintai-Nya.

Читать полностью…

dakwah kaktus

Hari ke-17 Ramadan Kareem 🤍

Juz 17 merangkumi sebahagian Surau Al-Anbiya’ dan Surah Al-Hajj, dua surah yang penuh dengan peringatan tentang kekuasaan Allah, kehidupan akhirat, dan kepentingan ketaatan kepada-Nya. Ketika kita berada di hari ke-17 Ramadan, yang juga bertepatan dengan Hari Nuzul Al-Quran, kita perlu merenung sejauh mana kita telah memahami dan mengamalkan ajaran kitab suci ini dalam kehidupan kita.

Allah menurunkan Al-Quran sebagai panduan untuk manusia, dan dalam Surah Al-Anbiya’ ayat 10, Allah menegaskan bahawa kitab ini bukan sekadar bacaan, tetapi ia adalah peringatan dan pedoman hidup:

لَقَدْ أَنزَلْنَا إِلَيْكُمْ كِتَٰبًۭا فِيهِ ذِكْرُكُمْ ۖ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

"Sesungguhnya telah Kami turunkan kepada kamu sebuah Kitab yang mengandungi peringatan bagi kamu. Maka apakah kamu tidak memahaminya?"

Ayat ini mengajak kita untuk berfikir, adakah kita hanya membaca Al-Quran tanpa memahami dan mengamalkannya? Ramadan adalah bulan di mana kita memperbanyakkan bacaan Al-Quran, tetapi lebih penting daripada itu ialah menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam setiap aspek kehidupan.

Marilah kita manfaatkan hari-hari terakhir ini dengan memperbanyakkan membaca, memahami, dan mengamalkan Al-Quran serta memperkukuhkan hubungan kita dengan Allah.

Salam Nuzul Al-Quran

Читать полностью…

dakwah kaktus

Hari ke-15 Ramadan Kareem 🤍

Juz 15 merangkumi sebahagian Surah Al-Isra’, Surah Al-Kahf, dan permulaan Surah Maryam.

Dan mengingatkan kita bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah ujian, dan segala keindahan yang kita nikmati hanyalah perhiasan sementara. Allah tidak menciptakan dunia untuk kita leka, tetapi untuk menguji siapa yang benar-benar melakukan amal terbaik.
Firman Allah dalam Surah Al-Kahf ayat 7:
إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى ٱلْأَرْضِ زِينَةًۭ لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًۭا
"Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka, siapakah antara mereka yang terbaik amalannya."

Ayat ini mengingatkan kita bahawa dunia ini hanyalah ujian, bukan destinasi akhir. Segala keindahan, kekayaan, dan kejayaan hanyalah sementara, dan Allah ingin melihat siapa yang benar-benar beramal dengan ikhlas dan mencari keredhaan-Nya.

Allah tidak menilai hamba-Nya berdasarkan harta atau kedudukan, tetapi berdasarkan أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا" siapa yang terbaik amalannya”. Ini bermaksud amal yang dilakukan dengan ikhlas dan berlandaskan sunnah lebih utama daripada sekadar banyaknya amalan tanpa keikhlasan.

Selain itu, dalam Surah Al-Isra’ ayat 9, Allah menegaskan bahawa al-Quran adalah petunjuk bagi mereka yang ingin menuju kebahagiaan sebenar
إِنَّ هَٰذَا ٱلْقُرْءَانَ يَهْدِى لِلَّتِى هِىَ أَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ ٱلْمُؤْمِنِينَ ٱلَّذِينَ يَعْمَلُونَ ٱلصَّٰلِحَٰتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًۭا كَبِيِرًا

"Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang paling lurus dan memberikan berita gembira kepada orang-orang beriman yang mengerjakan amal soleh, bahawa mereka akan memperoleh ganjaran yang besar."

Kita diingatkan bahawa al-Quran adalah panduan terbaik dalam kehidupan. Jalan yang “paling lurus” (أَقْوَمُ) bermaksud jalan yang membawa kita kepada kejayaan dunia dan akhirat tanpa kesesatan. Dunia mungkin penuh dengan kesilapan dan cabaran, tetapi al-Quran akan sentiasa mengarahkan kita ke jalan yang benar.

Keimanan bukan sekadar pengakuan di mulut, tetapi harus diterjemahkan melalui amal yang baik. Hanya mereka yang beriman dan beramal soleh akan mendapat ganjaran besar di sisi Allah.

Kembali lah kepada Allah dengan hati yang hidup. Dunia ini hanya ujian, dan kehidupan sebenar adalah di akhirat. Al-Quran adalah cahaya yang akan membimbing kita ke arah kebenaran, dan hanya mereka yang berusaha beramal soleh dengan ikhlas akan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah. Bacalah, fahami, dan amalkan dalam kehidupan seharian. In shaa Allah hidup kita akan diberkati dan dilindungi Allah SWT.

Читать полностью…

dakwah kaktus

Hari ke-13 Ramadan Kareem 🤍

Juz 13, Surah Yusuf, ayat 111 adalah ayat terakhir dalam surah ini. Ayat ini menegaskan bahawa kisah-kisah dalam al-Quran bukan sekadar cerita, tetapi penuh dengan pelajaran dan petunjuk bagi orang yang berakal.

لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لِأُولِي ٱلْأَلْبَٰبِۗ مَا كَانَ حَدِيثًۭا يُفْتَرَىٰ وَلَٰكِن تَصْدِيقَ ٱلَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَتَفْصِيلَ كُلِّ شَىْءٍۢ وَهُدًۭى وَرَحْمَةًۭ لِّقَوْمٍۢ يُؤْمِنُونَ
"Demi sesungguhnya! Pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Al-Quran) itu bukanlah cerita yang direka-reka, tetapi ia adalah pengesahan bagi apa yang sebelumnya, dan sebagai penjelasan bagi segala sesuatu, serta menjadi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman."

Kisah sebagai Ibrah (Pengajaran)
Setiap kisah dalam al-Quran bukan sekadar cerita biasa, tetapi ia mengandungi ibrah (pengajaran) yang mendalam.

Kisah Nabi Yusuf adalah contoh bagaimana kesabaran, ketakwaan, dan kebijaksanaan boleh mengubah takdir seseorang. Allah menekankan bahawa hanya orang yang berakal (أُو۟لِى ٱلْأَلْبَٰبِ) yang dapat memahami pelajaran ini.

Allah menegaskan bahawa al-Quran bukan kisah yang direka-reka (مَا كَانَ حَدِيثًا يُفْتَرَىٰ).
Sebaliknya, ia adalah kebenaran yang membenarkan kitab-kitab terdahulu seperti Taurat dan Injil.

Al-Quran sebagai panduan hidup dan penjelasan bagi segala sesuatu (وَتَفْصِيلَ كُلِّ شَىْءٍ). Yang berfungsi sebagai petunjuk (هُدًۭى) dan rahmat (رَحْمَةًۭ) bagi orang beriman. Serta membimbing manusia ke jalan yang benar dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, Surah Yusuf ayat 111 mengingatkan kita bahawa kisah dalam al-Quran bukan sekadar hiburan, tetapi penuh dengan hikmah dan bimbingan. Dengan memahami dan menghayati kisah-kisah ini, kita dapat memperbaiki diri serta meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah.

Semoga kita sentiasa mengambil pengajaran dari al-Quran dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Читать полностью…

dakwah kaktus

Hari ke-11 Ramadan Kareem 🤍

Juz 11 menekankan kepentingan taubat yang ikhlas kepada Allah, terutama dalam Surah At-Taubah. Allah menyeru orang beriman supaya kembali kepada-Nya dengan penuh keinsafan kerana Dia Maha Pengampun dan sentiasa menerima taubat hamba-hamba-Nya. Firman Allah: "Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi, orang-orang Muhajirin dan Ansar yang mengikutnya dalam masa kesusahan..." (At-Taubah 9:117). Ayat ini menunjukkan bahawa walaupun seseorang pernah melakukan kesilapan, Allah tetap membuka pintu keampunan bagi mereka yang benar-benar ingin bertaubat.

Surah At-Taubah juga menceritakan tentang kisah tiga sahabat yang ditinggalkan (Ka‘ab bin Malik, Hilal bin Umayyah, dan Murarah bin Rabi‘) kerana tidak menyertai perang Tabuk tanpa alasan yang kukuh. Mereka akhirnya menyedari kesilapan mereka dan bertaubat dengan penuh penyesalan. Firman Allah: "Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat mereka), sehingga bumi terasa sempit bagi mereka..." (At-Taubah 9:118). Kisah ini mengajar bahawa taubat yang ikhlas akan diterima oleh Allah walaupun seseorang telah melakukan kesalahan besar, asalkan mereka benar-benar menyesal dan kembali kepada Allah dengan hati yang bersih.

Setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa, tetapi pintu taubat sentiasa terbuka. Kita harus segera kembali kepada Allah dengan penuh keikhlasan, menyesali kesalahan yang lalu, dan berusaha memperbaiki diri. Allah Maha Pengasih dan Maha Penerima Taubat, dan Dia tidak akan membiarkan hamba-Nya dalam keadaan berdosa selagi mereka mahu kembali kepada-Nya. Oleh itu, kita perlu sentiasa muhasabah diri dan menjadikan taubat sebagai amalan yang berterusan dalam kehidupan.

Читать полностью…

dakwah kaktus

Hari ke-9 Ramadan Kareem 🤍

Juz 9 merangkumi bahagian akhir Surah Al-A‘raf dan awal Surah Al-Anfal. Terdapat banyak pengajaran tentang kepatuhan kepada Allah, ujian terhadap umat terdahulu, serta keperluan untuk bersabar dan bergantung sepenuhnya kepada-Nya dalam setiap keadaan.

Surah Al-A‘raf, 88-206 menceritakan kisah kaum Nabi Syu‘aib yang menolak seruan kebenaran kerana keangkuhan mereka. Mereka mengancam untuk mengusir Nabi Syu‘aib dan para pengikutnya, tetapi akhirnya mereka diazab dengan gempa bumi. Dari ini janganlah kita menolak kebenaran hanya kerana ia bertentangan dengan kepentingan duniawi kita. Kerana dari kesombongan dan keangkuhan boleh membawa kepada kehancuran, sebagaimana yang berlaku kepada kaum Nabi Syu‘aib.

Sebahagian besar ayat dalam Surah Al-Anfal pula membicarakan tentang Perang Badar, peperangan besar pertama dalam sejarah Islam. Umat Islam pada ketika itu berada dalam keadaan serba kekurangan dari segi kelengkapan perang, tetapi Allah memberikan mereka kemenangan.

Hal ini kerana kemenangan bukan bergantung kepada jumlah tentera atau kekuatan fizikal, tetapi kepada keimanan dan kepercayaan seseorang tentang adanya pertolongan Allah. Allah menguji hamba-Nya dengan kesukaran untuk melihat sejauh mana kebergantungan mereka kepada-Nya.

Sebagai seorang Muslim, kita perlu mengambil pengajaran daripada kisah-kisah ini dengan mengamalkan sifat rendah hati, menjauhi keangkuhan, serta sentiasa yakin bahawa setiap kesusahan pasti akan ada pertolongan daripada Allah.

Читать полностью…

dakwah kaktus

From Ibn Abbas R.A, Rasulullah ﷺ says:

اغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ: شَبَابَكَ قَبْلَ هِرَمِكَ، وَصِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ، وَغِنَاءَكَ قَبْلَ فَقْرِكَ، وَفَرَاغَكَ قَبْلَ شُغْلِكَ، وَحَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ

"Utilize (take advantage of) five before five: Your youthfulness before old age, your wellbeing before sickness, your richness before poverty, your free time before being occupied/busy, and your life before death."

(Narrated Al-Hakim: 7846)

Читать полностью…

dakwah kaktus

Malam ini malam Jumaat pertama dalam bulan Dzulhijjah — bukan malam biasa, tapi malam yang berada dalam 10 hari terbaik sepanjang tahun. Jika 10 malam akhir Ramadan ialah malam terbaik, maka 10 awal siang Zulhijah lebih baik dari semua siang.

Bila sudah masuk bulan Dzulhijjah bersungguh-sungguhlah dalam zikir, tilawah, doa dan amal soleh hingga tiba hari raya. Korbankanlah hawa nafsu, bukan sekadar ikut keutamaannya, tapi kerana ini tanda cinta kita kepada Allah yang menghadiahkan waktu-waktu mulia untuk kita perbaiki diri.
Semoga malam ini jadi titik mula untuk lebih dekat dengan-Nya.

Читать полностью…

dakwah kaktus

Alhamdulillah masuknya maghrib tadi, menandakan telah masuk 1 Dzulhijjah, 10 hari terbaik dalam dunia.

Ibadah wajib pada hari-hari ini akan digandakan sangat lebih, ibadah sunat pula lebih utama berbanding mana-mana hari lain.

Ayuh tingkatkan amal soleh.

#FawaidUlama

Читать полностью…

dakwah kaktus

Hari ke-29 Ramadan Kareem 🤍

Juz 29 sangat berkaitan dengan 29 Ramadan, iaitu malam terakhir sebelum masuknya Syawal. Pada saat ini, umat Islam seharusnya merenung perjalanan Ramadan yang hampir berlalu dan memperbanyakkan doa agar segala amalan diterima oleh Allah. Dalam Surah Al-Mulk, ayat 2, Allah mengingatkan bahawa kehidupan ini adalah ujian untuk melihat siapa yang terbaik amalannya:

الَّذِى خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَوٰةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًۭا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
"Dialah yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun." (Al-Mulk: 2)

Ini menjadi muhasabah bagi kita, adakah Ramadan yang telah berlalu menjadikan kita insan yang lebih baik? Adakah kita telah menggunakan bulan ini sebaiknya untuk mengumpul pahala?

Dalam Surah Al-Insan pula, Allah menceritakan tentang keindahan syurga dan balasan bagi orang-orang yang beriman serta sabar. Allah berfirman dalam ayat 9:

إِنَّمَا نُطْعِمُكُمْ لِوَجْهِ ٱللَّهِ لَا نُرِيدُ مِنكُمْ جَزَآءًۭ وَلَا شُكُورًا
"Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu semata-mata kerana mengharapkan keredaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dan ucapan terima kasih daripada kamu." (Al-Insan: 9)

Ayat ini mengajar kita bahawa dalam bulan Ramadan, setiap kebaikan yang dilakukan, seperti memberi makan kepada orang lain, haruslah dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata.

Di penghujung Ramadan ini, kita digalakkan untuk memanfaatkan setiap saat dengan ibadah, kerana belum tentu kita akan bertemu Ramadan yang seterusnya. Maka jangan lepaskan peluang untuk terus berdoa dan memohon keampunan.

Читать полностью…

dakwah kaktus

Hari ke-28 Ramadan Kareem 🤍

Juz 28 mengandungi sebelas surah yang kebanyakannya diturunkan di Madinah, dengan memberikan banyak peringatan yang berkaitan dengan bulan Ramadan, terutama dalam aspek ketakwaan, keikhlasan dalam ibadah, serta persiapan menghadapi akhirat.

Dalam Surah Al-Hasyr, ayat 18, Allah mengingatkan bahawa setiap individu perlu memperhatikan apa yang telah dipersiapkan untuk hari esok, iaitu kehidupan akhirat:

يَا أَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلْتَنظُرْ نَفْسٌۭ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍۢ وَٱتَّقُوا۟ ٱلَّهَ إِنَّ ٱلَّهَ خَبِيرٌۢ بِمَا تَعْمَلُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Al-Hasyr: 18)

Ramadan adalah masa terbaik untuk bermuhasabah dan meningkatkan ketakwaan agar segala amal yang dilakukan menjadi bekalan selepas mati.

Selain itu, dalam Surah Al-Munafiqun, ayat 1, Allah memperingatkan tentang bahaya sifat munafik yang berpura-pura beriman tetapi hakikatnya tidak ikhlas:

إِذَا جَآءَكَ ٱلْمُنَٰفِقُونَ قَالُوا۟ نَشْهَدُ إِنَّكَ لَرَسُولُ ٱللَّهِ ۗ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّكَ لَرَسُولُهُۥ وَٱللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّ ٱلْمُنَٰفِقِينَ لَكَٰذِبُونَ

"Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (Muhammad), mereka berkata, ‘Kami bersaksi bahawa engkau benar-benar Rasul Allah.’ Dan Allah mengetahui bahawa engkau benar-benar Rasul-Nya, tetapi Allah bersaksi bahawa orang-orang munafik itu benar-benar pendusta." (Al-Munafiqun: 1)

Ramadan mendidik kita untuk beribadah dengan penuh keikhlasan, bukan sekadar rutin atau untuk mendapat pujian manusia. Ibadah yang dilakukan dengan niat yang benar akan diterima oleh Allah.

Dalam Surah Al-Jumu’ah, ayat 9, Allah menyeru agar orang beriman mengutamakan solat berbanding urusan dunia:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا نُودِىَ لِلصَّلَوٰةِ مِن يَوْمِ ٱلْجُمُعَةِ فَٱسْعَوْا۟ إِلَىٰ ذِكْرِ ٱللَّهِ وَذَرُوا۟ ٱلْبَيْعَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diseru untuk melaksanakan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli." (Al-Jumu'ah: 9)

Ramadan mengajar kita untuk lebih fokus kepada ibadah dan tidak lalai dengan kesibukan duniawi. Ini adalah masa untuk memperbanyakkan solat, zikir, dan membaca Al-Quran.

Ramadan bukan sekadar bulan berpuasa, tetapi juga peluang untuk memperbaiki diri, meningkatkan ketakwaan, serta menanam keikhlasan dalam ibadah agar kehidupan selepas Ramadan menjadi lebih bermakna dan diberkati.

Читать полностью…

dakwah kaktus

Hari ke-26 Ramadan Kareem 🤍

Surah Al-Fath ayat 1 menyatakan bahawa kemenangan yang diberikan oleh Allah kepada Rasulullah SAW adalah satu kemenangan yang nyata. Firman Allah, Al-Fath ayat 1:

إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِينَا
Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata.

Ayat ini menegaskan bahawa setiap kejayaan hakiki datang daripada Allah. Perkataan "فَتَحْنَا" yang bermaksud "Kami telah memberikan kemenangan" bukan sekadar merujuk kepada kejayaan dalam peperangan, tetapi juga pembukaan jalan rahmat dan kejayaan dalam kehidupan dunia serta akhirat. Kemenangan ini juga mengisyaratkan bahawa setiap kejayaan dalam hidup hanya dapat dicapai melalui ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya.

Dalam konteks Ramadan, kemenangan terbesar bagi seorang Muslim adalah apabila berjaya mengawal hawa nafsu, meningkatkan ibadah, dan memperoleh keampunan daripada Allah. Malam ini malam ke-27 Ramadan sering dikaitkan dengan Lailatul Qadr, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Seperti mana kemenangan yang diberikan kepada Rasulullah SAW membuka jalan bagi Islam, kemenangan kita dalam Ramadan ialah apabila kita keluar daripadanya dengan hati yang bersih dan iman yang lebih kuat.

Pada malam-malam terakhir ini, kita perlu berusaha lebih dalam mencari kemenangan hakiki dengan memperbanyakkan doa, istighfar, dan ibadah. Kejayaan sebenar bukan hanya dalam urusan duniawi, tetapi juga kejayaan di akhirat. Semoga kita menjadi hamba yang meraih kemenangan di bulan Ramadan dan mendapat rahmat serta keampunan-Nya.

Читать полностью…

dakwah kaktus

Hari ke-24 Ramadan Kareem 🤍

Juzuk 24 menekankan keagungan tauhid, kepastian hari kiamat, dan keadilan Allah dalam mengadili hamba-Nya. Dalam Surah Az-Zumar, Allah menggambarkan perbezaan antara nasib orang beriman dan orang kafir pada hari kiamat. Orang yang bertakwa akan dibawa ke syurga dengan penuh kemuliaan:

وَسِيقَ ٱلَّذِينَ ٱتَّقَوْا۟ رَبَّهُمْ إِلَى ٱلْجَنَّةِ زُمَرًۭا حَتَّىٰٓ إِذَا جَآءُوهَا وَفُتِحَتْ أَبْوَٰبُهَا وَقَالَ لَهُمْ خَزَنَتُهَا سَلَٰمٌ عَلَيْكُمْ طِبْتُمْ فَٱدْخُلُوهَا خَٰلِدِينَ
"Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka dibawa ke dalam syurga secara berkumpulan, sehingga apabila mereka sampai ke sana sedangkan pintunya telah terbuka, lalu penjaganya berkata: ‘Salam sejahtera ke atas kamu, kamu telah berbuat baik, maka masuklah ke dalamnya, sedang kamu kekal di dalamnya." Az-Zumar: 73

Ayat ini menggambarkan kegembiraan dan penghormatan yang diberikan kepada orang-orang beriman, berbeza dengan mereka yang ingkar, yang akan dihumban ke dalam neraka dengan penuh kehinaan.

Pada hari ini, kita semakin menghampiri penghujung bulan yang penuh rahmat ini. Sebagaimana manusia akan dikumpulkan menuju syurga atau neraka pada hari kiamat, Ramadan juga akan berlalu meninggalkan kita, dan setiap amalan kita akan diperhitungkan.

Allah berfirman dalam Surah Ghafir:
وَأَنذِرْهُمْ يَوْمَ ٱلْءَازِفَةِ إِذِ ٱلْقُلُوبُ لَدَى ٱلْحَنَاجِرِ كَٰظِمِينَ ۚ مَا لِلظَّٰلِمِينَ مِنْ حَمِيمٍۢ وَلَا شَفِيعٍۢ يُطَاعُ
"Dan berilah mereka peringatan tentang hari yang semakin dekat (hari kiamat), ketika hati menyesak sampai ke kerongkongan kerana menahan sedih dan takut. Orang-orang zalim tidak akan mempunyai teman setia, dan tidak pula ada pemberi syafaat yang diterima syafaatnya." Ghafir: 18

Ayat ini menjadi peringatan agar kita menggunakan baki Ramadan untuk memperbanyak taubat dan istighfar kerana apabila kiamat tiba, tidak ada lagi peluang kedua.

Dalam Surah Fussilat, Allah menegaskan lagi bahawa Al-Quran adalah petunjuk yang jelas bagi mereka yang beriman:

إِنَّ ٱلَّذِينَ قَالُوا۟ رَبُّنَا ٱللَّهُ ثُمَّ ٱسْتَقَٰمُوا۟ تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ ٱلْمَلَٰٓئِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا۟ وَلَا تَحْزَنُوا۟ وَأَبْشِرُوا۟ بِٱلْجَنَّةِ ٱلَّتِى كُنتُمْ تُوعَدُونَ
"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: 'Tuhan kami ialah Allah,' kemudian mereka tetap istiqamah, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka (dengan berkata): 'Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati, dan bergembiralah dengan syurga yang telah dijanjikan kepada kamu." Fussilat: 30

Hari-hari terakhir Ramadan adalah peluang terbaik untuk memperkukuhkan hubungan dengan Al-Quran, memahami maknanya, dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Ramadan hampir berlalu, tetapi pastikan amal dan taqwa yang kita bina harus terus berlanjutan dan berterusan istiqomah. Semoga kita termasuk dalam golongan yang dibawa ke syurga secara berkumpulan dengan penuh kemuliaan, sebagaimana yang Allah janjikan dalam Juzuk 24 ini.

Читать полностью…

dakwah kaktus

Hari ke-22 Ramadan Kareem 🤍

Juz 22 merangkumi sebahagian Surah Al-Ahzab, Surah Saba’, Surah Fatir, dan permulaan Surah Yasin. Antara tema utama dalam juzuk ini ialah ketaatan kepada Rasulullah ﷺ, kebesaran dan kekuasaan Allah, serta peringatan tentang hari akhirat.

Dalam Surah Al-Ahzab, Allah menegaskan kepatuhan kepada Rasulullah ﷺ sebagai suri teladan terbaik. Allah berfirman:
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu, (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari Kiamat dan yang banyak mengingat Allah." (Al-Ahzab: 21)

Surah ini juga menceritakan Perang Ahzab, di mana kaum Muslimin diuji dengan ketakutan dan kelaparan tetapi tetap teguh beriman kepada Allah. Selain itu, Allah menegaskan bahawa Nabi Muhammad ﷺ adalah penutup segala nabi melalui firman-Nya:
مَّا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِّن رِّجَالِكُمْ وَلَٰكِن رَّسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا
"Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapak dari seorang laki-laki di antara kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup para nabi. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (Al-Ahzab: 40)

Dalam Surah Saba’, Allah menceritakan tentang pula tentang kaum Saba’ yang diberi kemakmuran tetapi kufur kepada Allah, lalu azab diturunkan ke atas mereka. Firman Allah:
فَأَعْرَضُوا فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ سَيْلَ الْعَرِمِ وَبَدَّلْنَاهُم بِجَنَّاتِهِمْ جَنَّتَيْنِ ذَوَاتَيْ أُكُلٍ خَمْطٍ وَأَثْلٍ وَشَيْءٍ مِّن سِدْرٍ قَلِيلٍ
"Tetapi mereka berpaling, lalu Kami kirimkan kepada mereka banjir besar dan Kami gantikan kedua kebun mereka dengan dua kebun yang ditumbuhi tanaman berbuah pahit, pohon Atsl, dan sedikit dari pohon Sidr." (Saba’: 16)
Manusia sering lalai dalam mensyukuri nikmat, sedangkan Allah telah memberi peringatan bahawa nikmat boleh ditarik bila-bila masa jika tidak digunakan dengan baik.

Dalam Surah Fatir, Allah menjelaskan tentang kebesaran-Nya dalam mencipta alam semesta serta kepentingan ilmu dalam meningkatkan keimanan. Allah berfirman:
إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ
"Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu." (Fatir: 28)
Surah ini juga mengingatkan manusia bahawa syaitan adalah musuh yang nyata, dan hanya mereka yang berpegang teguh kepada Allah akan selamat.

Juzuk ini diakhiri dengan permulaan Surah Yasin, yang menegaskan bahawa Al-Quran adalah petunjuk yang benar dan peringatan tentang kebangkitan semula di akhirat. Allah berfirman:
إِنَّا نَحْنُ نُحْيِ الْمَوْتَىٰ وَنَكْتُبُ مَا قَدَّمُوا وَآثَارَهُمْ ۚ وَكُلَّ شَيْءٍ أَحْصَيْنَاهُ فِي إِمَامٍ مُّبِينٍ
"Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati dan Kami menuliskan apa yang telah mereka kerjakan serta bekas-bekas yang mereka tinggalkan, dan segala sesuatu Kami kumpulkan dalam Kitab Induk yang nyata (Lauh Mahfuz)." (Yasin: 12)


Juzuk ini mengajar kita tentang ketaatan kepada Rasulullah ﷺ, kepentingan mensyukuri nikmat, nilai ilmu dalam mendekatkan diri kepada Allah, serta keyakinan kepada hari akhirat. Ia mengingatkan bahawa nikmat dunia hanyalah ujian dan hanya dengan ketaatan serta keimanan kepada Allah, kita akan selamat di dunia dan akhirat.

Читать полностью…

dakwah kaktus

Hari ke -20 Ramadan Kareem 🤍

Juz 20 merangkumi sebahagian Surah An-Naml, Surah Al-Qasas, dan Surah Al-Ankabut.

Dalam Surah Al-Qasas, Allah menceritakan ujian yang dihadapi Nabi Musa sejak kecil hingga dewasa. Baginda lahir dalam keadaan bahaya kerana Fir’aun memerintahkan semua bayi lelaki Bani Israil dibunuh. Dengan izin Allah, baginda dihanyutkan ke sungai dan dibesarkan di istana Fir’aun. Setelah dewasa, baginda secara tidak sengaja membunuh seorang lelaki Qibti, lalu terpaksa melarikan diri ke Madyan untuk menyelamatkan diri.

Dalam keadaan lemah dan kelaparan, Nabi Musa tetap bertawakal kepada Allah. Di sebuah perigi di Madyan, baginda membantu dua wanita memberi minum ternakan mereka tanpa meminta balasan. Setelah itu, baginda duduk di bawah sebatang pokok dan berdoa dengan penuh pengharapan:

رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ

Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku. Surah Al-Qasas: 24
- Doa memohon Kebaikkan & Pertolongan

Baginda memulakan doa dengan رَبِّ (Rabbi), menunjukkan bahawa hanya Allah adalah tempat bergantung dalam setiap keadaan. Perkataan إِنِّي (Inni) pula menekankan keadaan terdesak baginda dan menunjukkan betapa mendalamnya perasaan baginda ketika itu dan perkatan inni-sesungguhnya mengajar kita untuk berdoa dengan penuh kejujuran.

Selain itu, لِمَا أَنْزَلْتَ (Lima anzalta) menunjukkan bahawa Nabi Musa tidak meminta sesuatu yang khusus, sebaliknya menyerahkan segala keperluan kepada Allah dengan penuh kerendahan hati.

Kadangkala kita terlalu spesifik dalam doa kita, sedangkan yang lebih baik ialah menyerahkan kepada Allah untuk menentukan apa yang terbaik buat kita.


Perkataan إِلَيَّ (Ilayya) menandakan betapa mendalamnya keperluan Nabi Musa terhadap pertolongan Allah, mengingatkan kita supaya berdoa dengan kesungguhan sedalam hati bukan hanya sekadar dibibir. Sementara itu, مِنْ خَيْرٍ (Min khairin) menunjukkan keyakinan baginda bahawa apa sahaja yang Allah turunkan adalah yang terbaik, mengajarkan kita untuk reda dengan ketetapan-Nya.

Akhir sekali, فَقِيرٌ (Faqirun) menggambarkan rasa kehambaan yang sejati, menyedarkan kita bahawa manusia sentiasa memerlukan pertolongan Allah dalam setiap aspek kehidupan sebagai seorang hamba yang lemah.

Doa ini diajarkan kepada kita supaya sentiasa merendahkan diri di hadapan Allah dan bergantung sepenuhnya kepada-Nya dalam setiap ujian hidup. Ramadan adalah bulan untuk mendidik hati agar lebih ikhlas dan bertawakal kepada Allah dalam setiap urusan.

Читать полностью…

dakwah kaktus

Hari ke-18 Ramadan Kareem 🤍

Juz 18 merangkumi sebahagian Surah Al-Mu’minun, Surah An-Nur, dan Surah Al-Furqan, yang banyak mengingatkan kita tentang sifat orang beriman, kepentingan menjaga kesucian diri, serta peranan Al-Quran sebagai cahaya petunjuk dalam kehidupan.

Dalam Surah Al-Mu’minun ayat 1-2, Allah menyebutkan ciri utama orang yang berjaya:

قَدْ أَفْلَحَ ٱلْمُؤْمِنُونَ ۝ ٱلَّذِينَ هُمْ فِى صَلَاتِهِمْ خَٰشِعُونَ

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, (iaitu) mereka yang khusyuk dalam solatnya."

Ayat ini memberi kita satu muhasabah penting—adakah sepanjang Ramadan ini kita sudah berusaha meningkatkan kualiti solat kita? Ramadan bukan hanya tentang lapar dan dahaga, tetapi juga tentang menyucikan hati dan mendekatkan diri kepada Allah melalui solat, zikir, dan doa. Jika solat kita masih dalam keadaan lalai dan tergesa-gesa, inilah masa terbaik untuk memperbaikinya sebelum Ramadan meninggalkan kita.

Ramadan semakin hampir ke penghujungnya, dan kita tidak tahu adakah kita masih berpeluang menemui Ramadan tahun hadapan. Oleh itu, gunakan hari-hari terakhir ini untuk memperbaiki hubungan dengan Allah, meningkatkan ibadah, dan berazam untuk terus berpegang teguh dengan ajaran Al-Quran selepas Ramadan berlalu.

Semoga kita semua tergolong dalam orang-orang yang beriman, yang solatnya khusyuk, hatinya bercahaya dengan hidayah, dan hidupnya dipandu oleh Al-Quran.

Doa untuk Mendapatkan Khusyuk

اللَّهُمَّ اجْعَلْ قَلْبِي خَاشِعًا، وَلِسَانِي ذَاكِرًا، وَنَفْسِي مُطْمَئِنَّةً بِذِكْرِكَ وَطَاعَتِكَ
Maksudnya:
"Ya Allah, jadikanlah hatiku khusyuk, lisanku sentiasa berzikir, dan jiwaku tenang dengan mengingati-Mu dan mentaati-Mu."

Читать полностью…

dakwah kaktus

Hari ke-16 Ramadan Kareem 🤍

Juz 16 membawa mesej yang sangat bermakna, terutama dalam konteks Ramadan—bulan rahmat, keampunan, dan hidayah. Dalam bulan ini, Allah memberikan peluang kepada hamba-Nya untuk memperbaharui iman dan kembali kepada-Nya dengan hati yang bersih.

Dalam bulan Ramadan, kita diingatkan tentang hakikat kehidupan dunia yang hanya bersifat sementara. Allah berfirman dalam Surah Al-Kahf ayat 45,
وَٱضْرِبْ لَهُم مَّثَلَ ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا كَمَآءٍ أَنزَلْنَٰهُ مِنَ ٱلسَّمَآءِ فَٱخْتَلَطَ بِهِۦ نَبَاتُ ٱلْأَرْضِ فَأَصْبَحَ هَشِيمًۭا تَذْرُوهُ ٱلرِّيَاحُ ۗ وَكَانَ ٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍۢ مُّقْتَدِرًا

Allah menggambarkan kehidupan dunia ini seperti air hujan yang menyuburkan tumbuhan, tetapi akhirnya ia akan layu dan kering ditiup angin. Ini menunjukkan bahawa segala nikmat dunia, seperti harta, pangkat, dan kemewahan, tidak kekal.

Begitu juga dengan Ramadan—seolah-olah baru sahaja kita menyambutnya, namun kini ia semakin berlalu meninggalkan kita. Ayat ini mengingatkan bahawa sama seperti Ramadan yang akan pergi, kehidupan dunia juga tidak kekal. Apa yang kita tanam dalam bulan ini—amal soleh, taubat, dan keikhlasan—akan menjadi bekalan di akhirat.

Allah juga memberikan jaminan bahawa hamba-hamba-Nya akan diberikan kasih sayang dan ketenangan hati, sebagaimana dalam Surah Maryam ayat 96,
إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ سَيَجْعَلُ لَهُمُ ٱلرَّحْمَٰنُ وُدًّا

Ketika Ramadan sudah dipertengahannya, kita perlu bertanya kepada diri sendiri: Adakah kita telah bersungguh-sungguh memanfaatkan bulan ini untuk mendekatkan diri kepada Allah? Jika belum, masih ada masa untuk kita berusaha. Kerana Allah telah menjanjikan kasih sayang-Nya kepada mereka yang terus beriman dan beramal soleh.

Jadinya selagi ada masa kita harus memperbanyakkan amal ibadah, memohon keampunan, dan melatih diri untuk terus istiqamah dalam kebaikan walaupun selepas Ramadan berakhir.

Ramadan juga dikenali sebagai bulan keampunan. Dalam Surah Taha ayat 82, Allah berfirman,
وَإِنِّى لَغَفَّارٌۭ لِّمَن تَابَ وَءَامَنَ وَعَمِلَ صَٰلِحًۭا ثُمَّ ٱهْتَدَىٰ

Allah memberi jaminan bahawa Dia Maha Pengampun bagi sesiapa yang bertaubat, beriman, dan melakukan amal soleh, serta tetap berada di jalan yang benar. Ini menunjukkan bahawa pintu keampunan Allah sentiasa terbuka, terutama di bulan Ramadan.

Читать полностью…

dakwah kaktus

Hari ke-14 Ramadan Kareem 🤍

Dalam Juzuk 14, terdapat banyak ayat yang menggambarkan kasih sayang Allah kepada hamba-hamba-Nya, meskipun mereka sering lalai dan berdosa. Cinta Allah bukan sekadar teori atau konsep abstrak, tetapi hadir dalam bentuk keampunan, rahmat, petunjuk, dan pertolongan bagi mereka yang kembali kepada-Nya.

Salah satu ayat yang sangat menyentuh hati ialah Surah An-Nahl ayat 53:

وَمَا بِكُم مِّن نِّعْمَةٍ فَمِنَ ٱللَّهِ

"Dan segala nikmat yang ada pada kamu adalah daripada Allah."

Ayat ini mengingatkan kita bahawa setiap nikmat yang kita miliki, sama ada kecil atau besar, semuanya datang daripada kasih sayang Allah. Dari udara yang kita hirup hingga kepada rezeki yang kita peroleh, semuanya adalah tanda bahawa Allah tidak pernah meninggalkan kita.

Allah juga menyebut tentang pengampunan-Nya yang luas bagi hamba-hamba yang bertaubat. Dalam Surah Al-Hijr ayat 49-50, Allah berfirman:

نَبِّئْ عِبَادِىٓ أَنِّىٓ أَنَا ٱلْغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ. وَأَنَّ عَذَابِى هُوَ ٱلْعَذَابُ ٱلْأَلِيمُ

"Kabarkanlah kepada hamba-hamba-Ku, bahawa sesungguhnya Akulah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang. Dan bahawa azab-Ku adalah azab yang sangat pedih."

Ayat ini menggambarkan keseimbangan antara rahmat dan keadilan Allah. Dia amat mencintai hamba-Nya, mengampuni mereka yang kembali kepada-Nya dengan hati yang ikhlas. Namun, dalam masa yang sama, Allah juga memperingatkan tentang akibat bagi mereka yang terus-menerus berpaling daripada-Nya.

Bagaimana Kita Merespon Cinta Allah?

1. Mensyukuri setiap nikmat – Dengan memahami bahawa semua nikmat datang daripada Allah, kita seharusnya lebih bersyukur dan menggunakan nikmat tersebut ke arah kebaikan.
2. Bertaubat dan kembali kepada-Nya – Cinta Allah kepada hamba-Nya terbukti dengan luasnya pintu taubat. Tiada dosa yang terlalu besar selagi seseorang benar-benar ingin kembali kepada-Nya.
3. Menguatkan hubungan dengan Allah – Melalui solat, doa, dan membaca al-Quran, kita dapat merasai kasih sayang-Nya yang sentiasa dekat dengan kita.

Setiap nikmat yang kita miliki adalah khabar cinta dari Tuhan. Jangan biarkan ia berlalu tanpa syukur dan ketaatan.

Читать полностью…

dakwah kaktus

Hari ke-12 Ramadan Kareem 🤍

Juz 12 mengandungi kisah-kisah yang menunjukkan bagaimana ekspektasi manusia sering berbeza dengan ketetapan Allah, serta bagaimana kita harus menghadapinya dengan iman dan tawakal kepada Allah.

Dalam kisah Nabi Nuh A.S. (Surah Hud,36-49), baginda berharap kaumnya akan beriman, tetapi hanya sedikit yang menerima dakwahnya, malah anaknya sendiri menolak iman. Ini mengajar kita bahawa tidak semua harapan kita akan menjadi kenyataan, walaupun kita telah berusaha sebaik mungkin. Dan jangan terlalu kecewa apabila orang yang kita sayangi tidak memenuhi jangkaan kita.

Dalam kisah Nabi Yusuf A.S. (Surah Yusuf,1-52), baginda mengalami banyak ujian yang bertentangan dengan ekspektasinya. Nabi Yusuf mengharapkan perlindungan daripada saudara-saudaranya, tetapi mereka mengkhianatinya dan membuangnya ke dalam perigi. Di dalam penjara, baginda berharap akan dibantu oleh rakan selnya, tetapi dia dilupakan. Namun akhirnya, Allah mengangkat darjatnya sebagai pembesar Mesir dan menyatukannya kembali dengan keluarganya. Ini menunjukkan bahawa perancangan Allah lebih baik daripada jangkaan manusia.

Kesimpulannya, tidak semua yang kita harapkan akan berlaku seperti yang kita inginkan. Jangan terlalu bergantung kepada manusia, kerana hanya Allah yang tidak pernah mengecewakan. Walaupun diuji, jangan berputus asa dengan rahmat Allah, kerana setiap kejadian mempunyai hikmah tersendiri.

Читать полностью…

dakwah kaktus

Hari ke-10 Ramadan Kareem 🤍

Juz 10 mengajarkan bahawa kesabaran adalah kunci kejayaan dalam kehidupan. Dalam ayat 40 Surah At-Taubah, لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا Allah mengingatkan bahawa setiap ujian dan cabaran memerlukan kesabaran serta ketakwaan agar seseorang mendapat pertolongan-Nya. Seperti peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW bersama Saidina Abu Bakar RA, di mana mereka bersembunyi di Gua Thur ketika dikejar oleh musuh. Dalam saat genting itu, Nabi SAW menenangkan Abu Bakar dengan berkata bahawa Allah sentiasa bersama mereka.

Walaupun berdepan dengan ancaman besar, Nabi SAW tidak panik atau berputus asa, sebaliknya baginda tenang dan yakin bahawa pertolongan Allah pasti tiba. Begitu juga dalam kehidupan kita, apabila menghadapi ujian dan cabaran, kita harus bersabar dan meyakini bahawa Allah sentiasa bersama orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.

Manusia sering diuji dengan godaan dunia dan keinginan nafsu, tetapi mereka yang bersabar dalam ketaatan akan mendapat ganjaran besar. Surah Al-Anfal ayat 46,
وَاصْبِرُوا۟ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِينَ
"Dan bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar." Ini bermakna kesabaran dalam beribadah, seperti solat, puasa, dan menjauhi maksiat, adalah tanda keimanan yang kuat dan akan mendatangkan pertolongan Allah.

Ujian sebenarnya adalah cara Allah menghapuskan dosa, mengangkat darjat seseorang dan menjadikan insan itu lebih kuat, lebih dekat dengan Allah, dan lebih yakin bahawa setiap kesusahan pasti akan digantikan dengan kemudahan. Dengan kesabaran dan ketakwaan, seseorang akan memperoleh keberkatan serta kejayaan di dunia dan akhirat, in shaa Allah.

Читать полностью…

dakwah kaktus

Hari ke-8 Ramadan Kareem 🤍

Juz 8, ada satu doa yang diungkapkan oleh Nabi Adam a.s. di dalam Surah al-A'raf, ayat 23.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Maksudnya: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi"


Kenapa Nabi Adam ajar kita untuk mengaku yang kita ini telah menzalimi diri kita sendiri? Bukankah Allah sudah tahu yang kita memang menzalimi diri kita sendiri? Dan bukankah self-blame itu tak bagus untuk diri kita?

Allah sebenarnya nak ajar kita untuk terima dan bertanggungjawab kepada apa yang telah kita buat. Terima yang kita ini telah melakukan kezaliman untuk diri kita sendiri. Bertanggungjawab terhadap kesilapan yang kita buat yang akhirnya menzalimi diri kita sendiri.

Zholamna (ظَلَمْنَا)ialah titik kita menerima, self-acceptance, kita harus berada di titik ini dulu, barulah kita akan naik ke titik seterusnya, wa in lam taghfir lana (وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا), yang bermaksud jika Engkau tidak mengampuni kami.

Kita takkan tahu betapa indahnya hujan kalau kita tak lalui betapa bahangnya kemarau, kan?

Sebab itu pengakuan itu penting. Tuhan nak dengar kita mengaku salah, untuk mengajar kita own our mistake, sekaligus mendidik kita untuk bertanggungjawab.

Rupa-rupanya, Tuhan tak nak hanya maafkan kita, tapi Tuhan nak bentuk sekaligus peribadi kita.

Dan semua ini menjadi bukti betapa sayangnya Allah kepada kita, sebab itu selepasnya kita kata, wa tarhamna (وترحمنا), dan mencintai kami.

Tanpa semua ini; pengakuan diri, keampunan Allah, cinta Allah, kita hanya akan jadi orang-orang yang rugi

Читать полностью…
Subscribe to a channel