mujahidah_kaktus | Unsorted

Telegram-канал mujahidah_kaktus - dakwah kaktus

964

Jangan malu untuk berhijrah, Tapi malu bila kamu kekal dalam jahiliah Semoga channel @mujahidah_kaktus dapat bagi manfaat untuk semua subscribers dan para admin🤍🌵

Subscribe to a channel

dakwah kaktus

Sudah senaraikan doa? Bagi yang masih belum, boleh save senarai ini, untuk dibaca pada Hari Arafah ❤️

SENARAI HIMPUNAN DOA HARI ARAFAH

1. Ya Allah, Kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar. Selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.

2. Ya Allah, Masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan orang yang beriman, yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (SAW).

4. Ya Allah, Masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (SAW), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah, Selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, Satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata keranaMu.

7. Ya Allah, Sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

Suasana di Padang Arafah

8. Ya Allah, Terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, Apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi.

10. Ya Allah, Kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

11. Ya Allah, Masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari ArashMu.

12. Ya Allah, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaanMu, kehebatanMu dan kekuasaanMu.

13. Ya Allah, Tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan NabiMu (SAW).

14. Ya Allah, Ampunilah aku dan tingkatkanlah kurniaan Rahmat dan RezekiMu.

15. Ya Allah, Berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

Jemaah melakukan ibadah kemuncak di Padang Arafah

16. Ya Allah, Sucikan niatku hanya untukMu semata-mata dan lindungilah aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk-nunjuk dan mengungkit-ngungkit nikmat.

17. Ya Allah Penciptaku dan Tuhanku, Jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Ya Allah, Jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepadaMu dan kepada ibu bapaku.

19. Ya Allah, Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Ya Allah, Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21. Ya Allah, Tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja amal dan Sadakatul Jariah.

22. Ya Allah, Berkatilah hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

Minta pada Allah bersungguh-sungguh

23. Ya Allah, Lindungilah aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Ya Allah, Berkatilah hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dariMu Ya Allah.

25. Ya Allah, Tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepadaMu.

26. Ya Allah, Selamatkan aku dari kemunafikan.

27. Ya Allah, Izinkan aku dan suamiku/isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu.

28. Ya Allah, Lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29. Ya Allah, Ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30. Ya Allah, Aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kekufuran, putus asa, salah laku dan syirik.

31. Ya Allah, Berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Berdoalah tanpa jemu

Читать полностью…

dakwah kaktus

Darul Ehsan Berselawat | 2 Jun 2024 🤍

Читать полностью…

dakwah kaktus

Mungkin boleh jadi malam ini kali terakhir kita berterawih tahun ini, jadi jangan lepaskan peluang, terus buat amal soleh lagi dan lagi.

Kita tidak mampu menjamin diri kita bertemu Ramadan lagi, jadi jangan putus semangat.

Berdoalah moga Allah ampunkan segala dosa kita.

Читать полностью…

dakwah kaktus

🔼1 HARI - 1 DOA

Kita ambik 1 minit sekejap untuk baca doa ni.

Mudah mudahan Allah ﷻ qobulkan niat dan hajat kita.
Moga puasa kita menatijahkan amal dan taqwa.🤲

Azam utk Amal & Istiqomah 🥰

Читать полностью…

dakwah kaktus

MARHABAN YA RAMADAN ✨🌙

Читать полностью…

dakwah kaktus

Setiap ujian itu nikmat,
Bahkan nikmat itu pula boleh menjadi ujian yang sebenar.

Ustazah Fara Diba

t.me/mujahidah_kaktus

Читать полностью…

dakwah kaktus

Tuan Guru Syeikh Muhd Zainul Asri ❤️

Читать полностью…

dakwah kaktus

Tausiyah Darul Ehsan Berselawat 3.0 📌❤️

Читать полностью…

dakwah kaktus

SELAWAT SELEPAS ASAR JUMAAT

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِي الْأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ تسليما

"Ya Allah, limpahkan selawat dan salam penghormatan ke atas Junjungan kami Muhammad S.A.W, hamba dan Rasul-Mu, Nabi yang ummi dan ke atas keluarga serta para sahabatnya."

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang membaca selawat seperti ini sebanyak lapan puluh kali sejurus selepas solat Asar pada Hari Jumaat, sebelum bangun dari tempat sembahyangnya, akan diampunkan dosanya sebanyak 80 tahun dan diganjari pahala 80 tahun ibadah."

t.me/mujahidah_kaktus

Читать полностью…

dakwah kaktus

📍Maulid Bulanan, Madrasah Darul Muhajirin

Читать полностью…

dakwah kaktus

Zikir yang paling afdhal itu adalah Al-Quran, kalamullah itu sendiri.

Ustazah Khudaij Alosmany

t.me/mujahidah_kaktus

Читать полностью…

dakwah kaktus

SIAPA MUHAMMAD S.A.W

Siapa Muhammad mereka bertanya,
Terkenalkah di serata dunia,
Atau sekadar insan biasa,
Ingin ku tahu perihal sifatnya

Di malam hari bagai purnama,
Bak Mentari di siang harinya,
Namun mata tak banyak terdaya,
Pandang Baginda sepenuh masa.

Bahkan indah sebenar wajahnya,
Terlebih indah dari purnama,
Lebih dari segala cahaya,
Kerna Baginda sumber sinarnya.

Badannya tegap tubuhnya sasa,
Bila dipandang berubah rasa,
Di dalam hati kuat berkata,
Dia manusia luar biasa.

Bukannya wajah seorang pendusta,
Bukan juga tukang silap mata,
Tetapi hati terpaut juga,
Ingin mendekat dengar suaranya.

Cuba datangkan wangian dunia,
Yang lebih harum dari peluhnya,
Bahkan disimpan sahabat setia,
Disapu pada anak mereka


Cuba carikan sehelai sutera,
Yang selembut tapak tangan mulia,
Pasti kau akur tersungkur jua
Kerna tak mampu datangkan ia

Berkata Anas dalam hadisnya,
Sepuluh tahun khidmat bersama,
Tak pernah angkat tinggi suaranya,
Apatah lagi herdik mencerca

Tika dilempar batu padanya,
Hingga berdarah tubuh yang mulia,
Segera angkat kedua tangannya,
Berdoa pada Tuhan yang Esa.

Ya Allah ampun dosa mereka,
Sungguh mereka tlah diperdaya,
Pimpin semula zuriat mereka,
Selamat dari api neraka.

Begitu setiap kali dicerca,
Dibalasnya yang baik belaka,
Kerna Baginda insan mulia,
Contoh teladan sepanjang masa.

Sebut sentiasa nama Baginda,
Pasti kan hidup hati manusia,
Hilanglah resah di dalam jiwa,
Juga terampun segala dosa.

Ikut segala sunnah yang ada,
Bersunguh-sungguh semampu kita,
Kerana sunnahnya pancar cahaya,
Ke dalam hati tiap manusia.

Segala puji Tuhan Terkaya,
Jadikan kita ummat Baginda,
Sedangkan Musa pun inginkannya,
Dipilih kita dengan percuma

Darul Mustafa, Tarim
12 Rabiulawal 1439H

Читать полностью…

dakwah kaktus

𝗔𝗛𝗟𝗜 𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧.

Ahli khidmat sekurang-kurangnya menguasai ilmu hati, syaitan sangat memberi perhatian untuk mengganggu gugat kemurnian hati ahli khidmat.

Kedengkian terhadap ahli-ahli khidmat, (siapa yang lebih, siapa yang rapat dengan guru, siapa yang mendapat layanan lebih dari guru, bakal mengundang cemburu), menggunakan guru mereka untuk mendapat nama, dan maksiat-maksiat hati yang lain dan apa sahaja yang boleh merosakkan hati.

Sentiasa jaga hati kita dari dirosakkan penyakit merbahaya yang tidak kelihatan ini. Semoga Allah سبحانه وتعالى memelihara hati kita dari sebarang maksiat hati.

Sheikh Abu Zaki As Sanggafuri ~

Kredit : Durrah Afiqah

#KalamUlama

Читать полностью…

dakwah kaktus

Mencintai Rasullulah itu satu kemuliaan,
Dicintai Rasulullah pula satu keistimewaan.

t.me/mujahidah_kaktus

Читать полностью…

dakwah kaktus

tenang,
Allah tahu kamu lelah,
tetaplah bersabar dengan kehidupan dunia,
semuanya akan terhenti saat kita pulang.

yakinlah,
setiap usahamu akan dibayar,
jangan terpengaruh dengan kesenangan orang lain,
tanamkan bahawa itu hanyalah kesenangan yang palsu.

disaat mereka sedang menikmati dunia,
teruskan usahamu untuk merasai kemanisan iman,
disaat mereka memikirkan ajnabi,
teruskan usahamu untuk ingat Allah & Nabi

Allah sedang menunggumu untuk pulang.
Rasulullah sedang menunggumu dengan penuh kecintaan & kerinduan.

t.me/mujaidah_kaktus

Читать полностью…

dakwah kaktus

menangis kerana Allah ❤️‍🩹

Читать полностью…

dakwah kaktus

Ustazah Norhafizah Musa ❤️

“Berlakulah apa apa dalam hidup kita , 5 perkara ini ingat

1) Husnuzon dengan Allah , sangka baik dengan Allah
2) Mengambil hikmah , mencari hikmah
3) Muhasabah
4) Islah (perbaiki) memperbaiki bila berlaku sesuatu boleh jadi, ada makna islah disitu, Allah nak suruh kita baiki
5) Fokus kepada amal soleh

Читать полностью…

dakwah kaktus

“Ingat Allah hati akan tenang”

Banyakkan Selawat, Banyakkan Zikir, Banyakkan Istighfar 📿✨

Читать полностью…

dakwah kaktus

✨10 AMALAN SUNNAH DI BULAN RAMADHAN✨

Satu amalan Sunnah yang dilakukan dalam bulan Ramadhan ganjarannya bersamaan dengan satu amalan Fardhu di luar bulan Ramadhan.

Jadi marilah kita tunaikan amal yang wajib & banyakkan juga amal yang sunnah.

Sebarkan poster ini semoga bermanfaat untuk semua.
Insya ALLAH 💚

#SunnahRamadhan #Ramadhan1445H #QalbunSalim

Читать полностью…

dakwah kaktus

Assalamualaikum wbt semua 🤍

Baca berulang2 kali malam ini.... Malam Isra' & Mi'raj.

Al Arif Billah Sayyid I Imam Muhammad bin Abdul Wahid Annazhify mengatakan "Sesiapa sahaja yang membaca doa ini pada malam 27 Rejab, maka dengan izin Allah akan di qobulkan segala doanya, di angkat kedudukannya dan di hidupkan hatinya dengan berbagai kebaikan.

❤️ Perbanyakkanlah doa di atas kerana para ahli makrifah mengatakan bahawasanya keutamaan doa di atas sangat lah besar sekali di dalam meraih cita-cita dan mendatangkan hajat dengan segera, menepis kesedihan, menolak bala' dan musibah.

🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺

Читать полностью…

dakwah kaktus

Perbanyakkan Selawat di Hari Jumaat 📿✨

Buktikan kata Cinta kita kepada Rasulullah SAW dengan memperbanyakkan Selawat kepada Baginda Nabi ☝🏻📿✨

اللهم صلى على سيدنا محمد

Читать полностью…

dakwah kaktus

🎊MILAD SAIDATINA FATIMAH AZZAHRA🎊

💕Hari istimewa wanita terbaik sepanjang masa, wanita ikon muslimah sejati & penghulu wanita seluruh alam, Saidatina Fatimah Azzahra Binti Muhammad SAW

Wahai segenap wanita yang ingin dirinya hidupnya terpelihara terjaga selamat dari azab siksa dari ALLAH maka kenalilah, ikutilah dan teladanilah Saidatina Fatimah Azzahra RA wanita yang dimuliakan oleh ALLAH SWT

Kata Saidatina 'Aisyah RA: "Fatimah Azzahra ialah wanita yang sangat mirip dengan Rasulullah SAW daripada segi perlakuan dan tutur katanya."

Semoga kita dikumpulkan bersama dengan rombongan Saidatina Fatimah Azzahra kelak dan dikurniakan taufiq dan hidayah untuk mengikuti meniru sifat mulia beliau. Aaminn 🤲

JOM BACAKAN SELAWAT SAIDATINA FATIMAH AZZAHRA INI & SEBARKAN POSTER INI. SEMOGA KITA MENJADI ASBAB KEBAIKAN HIDAYAT SELURUH ALAM 🥰

Читать полностью…

dakwah kaktus

Azam kita tahun baru dan pada setiap masa ialah untuk terus mengikuti manhaj, sunnah Nabi ﷺ dan berterusan berselawat kepada baginda Rasulullah ﷺ

صلوا على النبي

Читать полностью…

dakwah kaktus

SEBARKAN SELAWAT PERBANYAKKAN SELAWAT 😊

Читать полностью…

dakwah kaktus

Bintang bintang menemani perjalananku pada malam ini, disegenap waktu perjalanan pada waktu malam tidak ada yang menemani, tetapi malam yang penuh lelah ini munculnya bintang-bintang yang membuatku kagum dan membuat fikiranku sedikit tenang bila memikirkan yang tuhan akan menghadirkan sesuatu yang menyenangkan hambanya tika dia dalam kegelisahan.

Читать полностью…

dakwah kaktus

Lidah kita dan kejahilan yang kita miliki tak setanding dengan ilmu seorang guru,
Maka tak selayaknya kita untuk mengata tentang kelemahan seorang guru.

Nauzubillahi min zalik

t.me/mujahidah_kaktus

Читать полностью…

dakwah kaktus

Syaikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah berkata:

"Pakaianmu sesuai kadar rasa malumu dan rasa malumu sesuai kadar keimananmu. Semakin bertambah keimananmu, maka bertambah pula rasa malumu. Dan semakin bertambah rasa malumu, maka pakaianmu pun semakin tertutup

Tutuplah aurat wahai wanita. Tiada apa yang merugikan kita

Читать полностью…

dakwah kaktus

Dunia ialah Musuh bagi orang yang beriman.

Allah memberi dunia ini kepada musuh Allah & dipalingkan dunia ini daripada wali Allah.

- Ustazah Khudaij Alosmany

t.me/mujahidah_kaktus

Читать полностью…

dakwah kaktus

kamu sedang berusaha & Allah melihatmu, itu sudah cukup

t.me/mujahidah_kaktus

Читать полностью…

dakwah kaktus

Sesungguhnya cinta kita kepada Allah SWT adalah tanda iman kita dan kecintaan kepada Rasulullah SAW akan terbit daripda cinta kita kepada Allah SWT.
Ia perlu disemai, dibaja, dicambahkan dan dijaga dengan rapi. Agar kecintaan ini akhirnya membentuk peribadi kita sebagai seorang Muslim yang sejati

t.me/mujahidah_kaktus

Читать полностью…
Subscribe to a channel