mujahidah_kaktus | Unsorted

Telegram-канал mujahidah_kaktus - dakwah kaktus

964

Jangan malu untuk berhijrah, Tapi malu bila kamu kekal dalam jahiliah Semoga channel @mujahidah_kaktus dapat bagi manfaat untuk semua subscribers dan para admin🤍🌵

Subscribe to a channel

dakwah kaktus

Hari ke-7 Ramadan Kareem 🤍

Juz 7, mesej utamanya adalah "mindfulness". Mindfulness ini adalah satu state dimana kita menjadi orang yang sangat bersiap-siaga dan juga berhati-hati dalam banyak hal tetapi ia bukan bererti kita berhati-hati dalam keadaan yang takut.

Berhati-hati kita ertinya mejadi sangat aware dan peka dengan apa sahaja keadaan yang hadir dalam hidup kita. Dia tak datang hanya sekadar sepintas lalu dia datang dan membuatkan kita berfikir. dan hujung pada mindfulness ini adalah gratitude (syukur).

Tak mungkin kita jadi hamba yang bersyukur kalau kita tidak jadi hamba yang memerhati dan sangat meraikan setiap hal-hal kecil yang berlaku dalam hidup kita.

Seperti setiap nafas yang kita hirup, setiap kedipan mata yang berjaya kita buat dan setiap pergerakan yang kita lalui semuanya adalah tanda kita diberikan rahmat oleh Allah swt. Kalau Allah tidak mengizinkan, semua ini tidak akan berlaku.

Читать полностью…

dakwah kaktus

Hari ke-5 Ramadan Kareem 🤍

Juz ke5 dalam al-Quran, ialah juz yang paling banyak berbicara mengenai surah an-Nisa'. surah ini didedikasikan kepada perempuan dan juga banyak mengangkat karakter orang-orang yang berjuang dan mampu menghormati perempuan.

Walaupun surah ini adalah surah yang bercakap tentang perempuan. Tetapi sebenarnya surah ini banyak ditujukan kepada lelaki atau manusia secara keseluruhannya, kerana kebanyakan masalah isunya bukan pada perempuan tetapi kerana kurangnya hormat kepada perempuan.

Sebab itu Allah mengangkat surah an-Nisa ini selepas surah ali-Imran.
Kenapa?

Kerana urusan institusi keluarga yang baik , kita dapat lihat pada perempuan dalam keluarga tersebut. Bagaimana dia dihormati, disanjungi, diadili dan diberi hak yang baik.

Читать полностью…

dakwah kaktus

Day 3 Ramadan Kareem 🤍

Awal Juz 3, kita sudah diperkenalkan dengan ayat yang terkenal iaitu "ayatul kursi". Yang mana mesej utama ayat ini tentang penjagaan Allah terhadap diri kita.

Untuk merasakan diri kita dijaga oleh Allah swt, kita kena betul betul pisahkan diri kita dengan ekspektasi dunia dan makhluk. Dan tidak ada yang boleh menjaga kita sebaik Allah. Sebab itu awal ayat kursi ialah tiada tuhan selain Dia (Allah).

Sebab kenapa kita kena bergantung hanya pada-Nya menurut ayat ini:

1. alhayyu الْحَىُّ - Allah Maha Hidup dan menghidupkan. Kalau kita rasa jiwa kita mati, Allah mampu meng'hidup'kannya semula.
2. alqayyum القَيُّومُ - Allah maha mengatur. Tak perlu untuk cuba menguruskan semua perkara, Allah akan menguruskan hal-hal kecil dalam aturan takdir kehidupan kita.
3. syafaat Allah - dengan kata lain ialah Bantuan Allah & kita akan sentiasa dibantu oleh Allah dalam pelbagai cara.
4. ya'lamuma baina aidihim wama khalfahum يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ - Allah mengetahui apa yang di depan dan dibelakang, apa yang akan terjadi dan sudah terjadi.
5. hifzuhuma حِفْظُهُمَا - Allah Maha Mentadbir dan Menjaga tentang keseluruhan sudut hidup manusia.

Allah ukurkan antara langit-langit dan bumi, agar kita boleh secara rasional membayangkan betapa luasnya jagaan Allah terhadap kita hamba yang bergelar manusia.

Читать полностью…

dakwah kaktus

Day 2 Ramadan Kareem 🤍

Juz 2 pula mengajar kita bahawa dalam banyak keadaan kita harus belajar untuk memilih diam.

Allah berfirman "كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ" , perkataan الصيم (al-siyam) pada asalnya dalam bahasa Arab bermaksud "diam", Iaitu tidak melakukan dan tidak membunyikan apa apa. Lalu ia diserap menjadi maksud berpuasa , yang ada hubung kait yang sangat kuat antara berpuasa dan diam.

Berpuasa ertinya menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan. Diam pula ertinya menahan diri kita daripada menyuarakan suara-suara yang tidak enak didengari, perangai-perangai yang tidak enak dilihat, ungkapan-ungkapan yang menjadikan sakit hati jika didengari. Diam juga ertinya kita belajar untuk tidak terlalu meluahkan, tidak terlalu memberitahu, tidak terlalu mengungkapkan emosi kita, kerana ada banyak hal yang sedang tidak enak dialami hati kita, lebih baik diidamkan sahaja.

Jadi belajar lah untuk menahan diri, belajar untuk berfikir 2 3 kali , belajar untuk melihat konfsekuensi dan belajar memahami bahawa banyak hal yang lebih baik didiamkan.

Usai kita diam dan merahsiakan usai kita tidak mampu lagi membuatkan orang lain memahami diri kita, siapa yang kita cari? semestinya Allah. Dan saat ini Allah akan terus mendekat
وَاِذَا سَاَلَكَ عِبَادِيْ عَنِّيْ فَاِنِّيْ قَرِيْبٌ ۗ اُجِيْبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ اِذَا دَعَانِۙ
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku Kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. (Al-baqarah, 186)

mhafizulfaiz

Читать полностью…

dakwah kaktus

Ahlan wasahlan Ramadan 1446H🤍

Moga Ramadan tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya. Dan menjadi asbab Allah redha kepada kita dunia wa akhirat

Читать полностью…

dakwah kaktus

Bulan Syaaban adalah salah satu bulan yang penuh dengan keberkatan dan keistimewaan dalam kalendar Islam. Ia merupakan bulan yang terletak di antara bulan Rejab dan Ramadhan dan ia menjadi penanda penting bagi umat Islam untuk bersiap sedia menyambut bulan suci Ramadhan. Malah, pertengahan bulan Syaaban, yang dikenali sebagai Malam Nisfu Syaaban, adalah malam yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.

Malam Nisfu Syaaban pula merujuk kepada malam ke-15 bulan Syaaban. Dalam bahasa Arab, “Nisfu” bermaksud setengah dan oleh itu Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Sebagai umat Islam, kita diajar untuk memanfaatkan malam ini dengan pelbagai amalan ibadah sebagai persediaan untuk menyambut Ramadhan yang mulia.

Malam Nisfu Syaaban mempunyai keistimewaan tersendiri yang disebut dalam hadis-hadis yang sahih. Salah satu kelebihan malam ini adalah pengampunan daripada Allah SWT. Hadis ini menunjukkan betapa pentingnya malam ini dan betapa besarnya rahmat Allah yang dicurahkan kepada hamba-Nya yang memohon keampunan.

Semoga dengan persediaan ilmu yang kita lakukan ini, Allah SWT memberikan kesempatan dan rezeki kepada kita untuk menikmati keistimewaan Ramadhan serta memperoleh kebaikan daripadanya. Allahumma aamiin.

Читать полностью…

dakwah kaktus

Ketika aku diingatkan tentang bulan Rabiul Awwal, hatiku terasa riang gembira, semangat selawatku bertambah. Kerana dibulan tersebut manusia pilihan, Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم dilahirkan.

Salam 1 Rabiul Awwal ❤️
اللهم صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Читать полностью…

dakwah kaktus

Ketahuilah bahawa Allah SWT tidak pandang rupa dan juga jasad kita tetapi Allah melihat bagaimana hati dan ibadah kita. Penting menjaga hati kerana itulah satu satunya tempat Allah memandang kita.

Ustazah Fara Diba

Читать полностью…

dakwah kaktus

Bukan rezeki kita yang sempit, tapi sedekah kita yang sedikit.

Читать полностью…

dakwah kaktus

Sedarlah bahawa kehidupan di dunia akan mempengaruhi keputusan & perbicaraan dihadapan Allah swt di akhirat nanti.
Tidak kiralah sebesar mana perbuatan itu, sama ada baik atau jahat, semua itu akan dihitung dan ditimbang serta dinilai oleh Allah swt.

Muhasabah diri:
Seberapa yakinkah kita akan menerima buku catatan amal dengan tangan kanan? Dapatkah timbangan amal kita lebih berat disebelah pahala?
والله أعلم

Читать полностью…

dakwah kaktus

📍Penyertaan PERCUMA dan terbuka buat semua mahasiswa mahasiswi dan orang awam.
✨ e-Sijil Penyertaan disediakan

📚 Kitab boleh dibeli dengan ahli khidmat daurah.

Link Pendaftaran Daurah Mega :
https://forms.gle/57R9Kz7Z9yGAXqTX6

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
👳🏻Saudara Haikal: http://www.wasap.my/60139650420/daurahmega
🧕🏻Saudari Nur: http://www.wasap.my/601135583907/daurahmega

Читать полностью…

dakwah kaktus

Niat Puasa Asyura
نَوَيتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ سُنَّةِ عَاشُورَاء لِلَّهِ تَعَالَى
Aku berniat puasa sunat 'Asyura esok hari kerana Allah SWT.

Читать полностью…

dakwah kaktus

Khutbah Jumaat : Perihal Mizan (Timbangan Akhirat)
6 Muharram 1446H / 12 Julai 2024

1. Setiap manusia akan melalui proses timbangan (mizan) di akhirat. Inilah keimanan yang dipegang oleh Alhi Sunnah wa Jamaah.

2. Ada manusia yang menarima buku catatan amal dengan tangan kanan & inilah orang yang berbahagia di akhirat. Ada pula yang menerima buku catatan amal dengan tangan kiri dari belakang & inilah orang yang rugi binasa.

3. Perbanyakkan berzikir sesungguhpun ia terlihat ringan pada lidah namum hakikatnya zikir itulah yang memberatkan timbangan amal kita di akhirat nanti.

Dari Abu Hurairah, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda,
كَلِمَتَانِ خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ ، ثَقِيلَتَانِ فِى الْمِيزَانِ ، حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ
Dua kalimat yang ringan di lisan, namun berat ditimbangan, dan disukai Ar Rahman yaitu “Subhanallah wa bi hamdih, subhanallahil ‘azhim” (Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya. Maha Suci Allah Yang Maha Agung)

Читать полностью…

dakwah kaktus

Jom semua, kita mulakan esok hari dengan berpuasa Sunat Hari Tasu’a 9 Muharram ❤️

Niatkan sekali gus :
Puasa Sunat 9 Muharram + sunat Isnin✅


Jika tak mampu puasa pun tak apa, beritahu dan sebarkan kepada orang, InshaaALLAH kita mendapat pahala juga berdasarkan hadith Nabi ﷺ

Jom niat dan azam untuk marathon puasa sunat bermula esok ( Isnin, 9 Muharram ) 💫

Читать полностью…

dakwah kaktus

Agama di sisi Allah adalah agama Islam. Kehidupan kita ni biar dibentuk sepenuhnya oleh agama. Setiap perkataan, setiap perbuatan biar diatur agama.

Apabila hidup di dalam agama. Sungguh, kehidupan dia indah

Tuan Guru Syeikh Muhd Zainul Asri 🤍

Читать полностью…

dakwah kaktus

Hari ke-6 Ramadan Kareem 🤍

Juz 6, ayat 54 dan 55 Surah al-Ma'idah, Allah beritahu kepada kita, kalau ada di antara kita ni dah tak nak agama Allah, nak keluar dari agama ni, dah tak percaya kepada semua yang Allah sampaikan (murtad) نَعُوْذُبِاللهِ مِنْ ذَالِكَ. janganlah khuatir kerana Allah akan mendatangkan suatu kaum sebagai pengganti.

Kaum ini, kata Allah;
yuhibbuhum wayuhibbunahu (يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَه), Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai Allah.

Sesama mereka sangat lemah lembut tapi tak mudah dimanipulasi orang-orang kafir. Mereka sangat tekun berjihad dan mereka tidak takut kalau ada orang suka mencela mereka.

Lepas itu Allah sebut yang mereka akan sentiasa mendapat pertolongan Allah dan Rasul-Nya, selagi mana mereka terus menunaikan solat, menginfakkan zakat dan terus tunduk kepada Allah.

Allah sebenarnya bercerita tentang nature dunia yang berbentuk silih-gantian. Jika ada yang tak suka kita hari ini, janganlah risau sebab Allah tentu akan gantikan dengan seseorang yang suka kepada kita.

Faham maksud silih ganti dalam hidup ini sebenarnya sangat menenangkan kita. Mujurlah Allah mencipta kehidupan ini dengan nikmat silih-ganti dalam setiap sesuatu.

Dan yang paling menarik lagi, bila ayat seterusnya Allah beritahu, di atas kepada semua silih-ganti ini, ada Allah yang akan membantu, menolong kita, dan bersama dengan kita dalam banyak hal.

Читать полностью…

dakwah kaktus

Hari ke-4 Ramadan Kareem 🤍

Di antara ayat terawal Juz 4, ayat 103 Surah Ali 'Imran, Allah berpesan untuk kita tetap berpegang dengan tali Allah (وَاعْتَصِمُوا) yang membawa makna bertahan, menegah, dan bersabar. Allah juga menggambarkan tawakkal itu bagaikan tali Allah (حَبْلِ) yang antara maksudnya ialah membawa, melepaskan, dan memperkuatkan pegangan.

Hanya dengan dua kalimah ini, Bergantung kepada Allah bermakna menahan diri dari perkara yang dimurkai-Nya dan bersabar dalam menghadapi ujian. Tali Allah membimbing kita menuju tazkiyatun nafs, mengajar kita melepaskan duniawi dan memperkukuhkan ketakwaan.

Lalu dalam ayat yang sama, Allah juga mengingatkan tentang masyarakat jahiliyyah yang berpecah-belah hingga Dia menyatukan hati mereka dan menyelamatkan mereka dari kehancuran.

Kita tidak akan merasa eratnya tali Allah jika kita tidak belajar dari masa lalu, dari kesakitan dan kehancuran yang pernah kita lalui.


Kerana ayat ini telah mengajar kita tentang sesusah apapun takdir dan luka, jangan sesekali melepaskan tangan dari tali Allah yang sentiasa menguatkan kita.

Читать полностью…

dakwah kaktus

Doa Harian Bulan Ramadan - Hari Kedua

اللَّهُمَّ قَرِينِي فِيهِ إِلَى مَرْضَاتِكَ، وَجَنِّبْنِي فِيهِ مِنْ سَخَطِكَ وَنَقِمَاتِكَ ، وَوَفِّقُنِي فِيهِ لِقِرَاءَةِ آيَاتِكَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

Ya Allah, dekatkanlah aku di bulan ini dari redha-Mu, hindarkanlah aku di bulan ini dari kemurkaan-Mu, dan anugerahkanlah taufik kepadaku di bulan ini untuk membaca ayat-ayat (kitab)-Mu. Dengan rahmat-Mu, Wahai Zat yang Lebih Pengasih dari para pengasih.

Читать полностью…

dakwah kaktus

Day 1 Ramadan 🤍

Juz 1 mengajar kita tentang keterbatasan dan ketidakmampuan diri kita sebagai manusia, tentang kelemahan diri kita.

Awal surah Al-baqarah , kita akan bertemu dengan 3 huruf , Alif Lam dan Mim (الم). Sepakat ulama memberi tahu tidak ada satu orang atau makhluk pun yang boleh bagi tahu kepada kita , tentang maksud kepada huruf ini. Hanya Allah sahaja yang tahu.

Kita belajar kita sebagai makhluk tidak tahu apa apa , kecuali Allah beritahu kepada kita. Kita belajar kita sebagai manusia tidak mampu untuk melakukakan apa apa kecuali dengan izin Allah.

Читать полностью…

dakwah kaktus

Menjelang malam nisfu sya'ban, saya ingin meminta maaf sebesar besarnya kepada sesiapa yang mengenali saya, yang merasa tersakiti dengan percakapan dan perbuatan yang sengaja maupun tanpa sengaja, saya manusia yang tidak pernah luput dari kesalahan, saya takut dosa diantara kita menjadi asbab terhalangnya doa doa saya. Mohon juga nama saya disertakan didalam bait bait doa kalian.

Mari saling memaafkan dan saling melepaskan apa yang sudah terjadi 🤍

Читать полностью…

dakwah kaktus

“Masuklah bulan Rabi’ul Awwal bukan hanya berniat untuk bermaulid sahaja, akan tetapi berniatlah untuk menjadi Ummat Nabi yg paling membanggakan Nabi Muhammad; dengan akhlak dan adab yang baik.

Semoga Rasulullah gembira dengan perjuangan kita untuk menjadi ummat yang lebih baik.”

— Ustazah Fareeha

Читать полностью…

dakwah kaktus

Ilmu itu ibarat haiwan liar, bila kita dapat ikat lah elok elok, letak dalam sarang. Maka sarang bagi ilmu itu ialah dhobit, tanda atau catat apa yang kita mengaji tu. Orang  yang baru belajar, kalau kitabnya kosong tak penuh atau tak tanda, tentu tentu ilmunya tak akan lekat.

Ustaz SofuanShaberi

Читать полностью…

dakwah kaktus

Orang yang takut kepada Allah adalah mereka yang belajar. Orang yang solat 2 rakaat dalam keadaan takut kepada Allah lebih afdhal daripada orang yang solat 20 rakaat dalam keadaan tidak takut pada Allah. Belajarlah ilmu tasawuf. Jangan main ii dengan ilmu tasawuf

Baba Amirul Amin

Читать полностью…

dakwah kaktus

مِنَ المُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا
تَبْدِيلً

Selamat atas kesyahidanmu Duhai Singa Muhammady, Semoga الله telah menerima jual beli mu selama ini,

Berbahagialah di sisi Pemimpinmu As Syahid Syeikh Ahmad Yasin dan Saudara seperjuanganmu As Syahid Dr Abd Aziz Rantisi di Raudhahnya رسول الله صلى الله عليه وسلم

" Saya membesar di dalam suasana kesufian, Ayah saya memiliki zawiyahnya sendiri yang pada setiap malam mereka berkumpul berzikir duduk dan berdiri serta membaca selawat ke atas Nabi Saw, Saya mendapat kekuatan dari keadaan itu "

- As Syahid Ismail Haniyeh ( Satu kenyataan yang mengagumkam hati ini )

Al Fatihah 🌹

Читать полностью…

dakwah kaktus

Lakukan apapun yang kamu hendak lakukan seperti kamu memberi hutang, maka begitu kamu akan dibayar hutangnya.

Kerana perbuatan kita dimuka bumi ini ibarat kita berhutang dengan Allah.
Buat amalan baik , maka kamu dibalas baik.
Buat amalan yang buruk, maka akan dibalas buruk.

Читать полностью…

dakwah kaktus

Kalau orang yang bermaksiat terus bermaksiat dan tidak bertaubat dengan sendirinya, maka Allah akan menarik orang itu kepada jalanNya dengan memberi musibah, agar dia datang mencari Allah, memohon keampunan dari Allah. Kerana itu satu satunya cara untuk Allah swt mengampuni dosa hambaNya.

Читать полностью…

dakwah kaktus

Alhamdulillah, selesai hari 9 Muharam.

Ayuh kita puasa esok pula sahabat semua. Puasa 10 Muharam ini besar kelebihannya, Nabi ﷺ khabarkan puasa ini memungkinkan dosa kita pada tahun lalu diampunkan.

Ayuh kita niat puasa esok dan ajak orang lain berpuasa.

Читать полностью…

dakwah kaktus

نَوَيتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ سُنَّةِ التَّاسُوعَاء لِلَّهِ تَعَالَى
Aku berniat puasa sunat Tasu'a esok hari kerana Allah SWT.

Читать полностью…

dakwah kaktus

Allah tidak pernah menetapkan sesuatu keaadaan kita melainkan hanya kasih sayangNya.

Ustazah Zulaykha Mahrus

Читать полностью…

dakwah kaktus

"Dan jika Allah mencintai seorang hamba, Allah akan membuat hamba tersebut mampu melihat segala kekurangan dirinya dan jika Allah mencintai seorang hamba, Allah akan menjadikan di dalam hati sang hamba tersebut kelembutan, kasih sayang, ringan tangan untuk membantu kepada yang lain (dermawan), hatinya penuh kelembutan dan jiwanya menjadi jiwa pemaaf."

🌸🌸

- Imam Ahmad Ar-Rifa'ie rhm.

Читать полностью…
Subscribe to a channel