mujahidhuffaz | Unsorted

Telegram-канал mujahidhuffaz - ؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

-

🌵 جهاد في سبيل الله ،☝ Goncanglah Dunia dengan Dakwahmu.💚 Mantapkan akhlakmu.💚 Kuatkan hafazanmu.💚 Jadikan Al-Quran sebagai sahabatmu.💚 Perbaikilah hubunganmu dengan Allah SWT.💚 Maka Dakwahmu Pasti Berjaya! " 🌵💚 🌎HuffazulQuran 💚

Subscribe to a channel

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Sukacita diingatkan Inshaa'Allah tahun baharu Hijrah, *1 Muharram 1445H* akan tiba dengan *masuknya waktu Maghrib pada hari Selasa, 18 Julai 2023*.

Bersempena dengan tibanya tahun baharu ini, jom kita laksanakan amalan-amalan berikut:

(1) *berpuasa sunat* pada hari terakhir bulan Zulhijjah ( *18 Julai* )

(2) membaca *doa akhir tahun* pada hujung waktu Asar ( *18 Julai* )

(3) membaca *doa awal tahun* setelah solat Maghrib ( *18 Julai* )

(4) *berpuasa sunat* pada hari pertama bulan Muharram ( *19 Julai* )

(5) *berpuasa sunat Hari Tasu'a* pada 9 Muharram ( *27 Julai* )

(6) *berpuasa sunat Hari 'Asyura* pada 10 Muharram ( *28 Julai* ).

_Kalau kita tidak mampu melakukan semua, janganlah kita tinggalkan semua_.

Semoga Allah menerima segala ibadah kita. Aamiin🤲🏻

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

KEBERKATAN WAKTU

“Ada empat waktu yang barangsiapa menjaganya dengan ibadah dan dzikir (termasuk membaca Qur'an dan Shalawat) maka Allah akan menggantikan apa-apa yang hilang dari usia dan hidupnya :

1⃣ Sebelum tenggelamnya matahari walau sebentar.

2⃣ Waktu antara maghrib sampai adzan isya'.

3⃣ Sebelum fajar (subuh) walau sebentar.

4⃣ Waktu ba'da (selepas) subuh sampai terbit matahari.


[Al-Alamah Al-Musnid Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz]

📚 t.me/MujahidHuffaz 🖌
@MujahidHuffaz

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

DOA ARAFAH 1444H.pdf
---
Waktu Wukuf Arafah:

Makkah:
12.23 pm - 07.05 pm

Malaysia:
05.23 pm - 12.05 am

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

KAEDAH MENGHAFAL DAN MEMAHAMI
Oleh: Ustadz Beni Sarbeni, Lc

Syaikh Shalih bin Abdillah bin Hamd al-Ushaimi hafizhahullah berkata,

1⃣ Kaedah menghafal adalah dengan mengeraskan suara.

2⃣ Kaedah memahami adalah dengan merendahkan suara.

Ketika hendak menghafal; lalu seseorang mengeraskan suaranya, maka ia menyatukan antara mata dan pendengaran, itu membantunya untuk menghafal.

Ketika hendak memahami; dengan suara perlahan, maka dia menyatukan hati sehingga mudah memahami.

[Syarah kitab Ta’limul Muta’allim (86)]

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

"ILMU SULUHAN WAHYU"

Makluman untuk LEPASAN SPM atau mana-mana individu yang berkelayakan..

Peluang melanjutkan pelajaran dalam TUJUH (7) PROGRAM PENGAJIAN DI KQT..

• DIPLOMA TAHFIZ DAN BAHASA AL-QURAN.
• DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN DAN QIRAAT.
• DIPLOMA PENGAJIAN TAFSIR AL-QURAN.
• DIPLOMA PENGAJIAN HADIS.
• DIPLOMA AKIDAH ISLAMIAH.
• DIPLOMA SYARIAH ISLAMIAH.
• DIPLOMA EKSEKUTIF PENGAJIAN TAFSIR AL-QURAN (Laluan Pendidikan Alternatif Untuk Golongan Berkerjaya).

Permohonan Bagi Sesi 2023/2024 KINI DIBUKA!

Layari www.kqt.edu.my untuk membuat permohonan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 011-64843423 (Encik Azrul)

#JomMasukKQT
#JomMasukU
#resultspm

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Daripada Aus RA bin Aus daripada Nabi SAW baginda bersabda bacaan Quran tanpa melihat mushaf pahalanya seribu dan bacaan Quran dengan melihat mushaf digandakan pahalanya iaitu dua ribu.

Menurut Syeikh Sirajuddin hadis ini diriwayatkan oleh Al Baihaqi dengan sanad yang lemah.

Hadis ini menunjukkan betapa besarnya ganjaran membaca Quran.

- Ustaz Tirmizi Taha

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

KELEBIHAN MEMBACA QURAN DALAM SOLAT

Daripada Sayyidah Aisyah RA , Nabi SAW bersabda membaca Quran dalam solat lebih baik daripada membaca Quran di luar solat. Membaca Quran di luar solat lebih baik daripada tasbih dan takbir .

Hadis riwayat oleh al Baihaqi dengan sanad yang lemah.

- Ustaz Tirmizi Taha

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ibn Mas'ud RA bahawa Nabi ﷺ bersabda, “hendaklah kamu sentiasa melihat mushaf ( sentiasalah kamu membaca Quran ).”
---
Imam Ahmad RH meriwayatkan dalam kitab Zuhd daripada Sayyidina Othman bin Affan RA dia berkata, “aku tidak suka berlalu satu hari tanpa aku melihat kitab Allah” ( membaca Quran ).

Bacalah Quran setiap hari.

- Ustaz Tirmizi Taha

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Nasihat saya kepada para penghafaz Al-Quran, buatlah syahadah. Kalau ada anak-anak yang hafaz Al-Quran , pastikan anak-anak buat syahadah.

Kalau di Maahad Tahfiz tempat menghafaz tu tak buat syahadah, selepas khatam, hantarlah anak-anak buat syahadah di madrasah yang ada buat syahadah. Cuma payahlah sikit diorang nak terima kalau pelajar dari madrasah lain nak buat syahadah saja sebab kena banyak bagi tumpuan kepada mereka dan kena semak banyak-banyak. Jadi seeloknya dari awal hantar ke madrasah yang ada buat syahadah.

Kalau madrasah yang tetapkan selepas syahadah kena khatamkan 30 juz sehari selama 40 hari lagi bagus. Hafalan lagi mantap.

📍Sebab apa kena buat syahadah? Supaya bila keluar daripada madrasah, kalau sambung belajar, bekerja atau berkahwin ,tak sempat nak muraja'ah dengan tengok al-Quran,kita boleh muraja'ah sambil buat kerja. Boleh muraja'ah sambil bawa kenderaan,sambil basuh pinggan,sambil suap nasi anak, sambil dodoi anak, sambil sapu sampah dan lain-lain.

- Khairaatun Hisaan

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

*PERMOHONAN SIJIL TAHFIZ MALAYSIA (STM) SIRI 1 2023*

💥 DARUL QURAN JAKIM mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon menduduki
Peperiksaan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) Siri 1 Tahun 2023

💥 PENGENALAN
Sijil Tahfiz Malaysia merupakan sijil yang dikeluarkan oleh JAKIM bagi memberi perakuan kepada penghafaz al-Quran di Malaysia.

💥 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Warganegara Malaysia;
Berumur 17 tahun dan ke atas;
Telah menghafaz 30 juzuk al-Quran; dan
Mengemukakan surat pengesahan / rekod hafazan 30 juzuk daripada institusi atau guru tasmi’.

▪️ 𝑀𝑎𝑘𝑙𝑢𝑚𝑎𝑡 𝑙𝑎𝑛𝑗𝑢𝑡, 𝑠𝑖𝑙𝑎 𝑙𝑎𝑦𝑎𝑟𝑖:
https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=770

💥Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan STM, sila hubungi urus setia pada waktu pejabat melalui talian 019-9350857 (Ustazah Fathin Nadhirah binti Saadon)/ 019-2424543 / 013-5095249 (Ustaz Abdul Hakim bin Mohamad Nadzri)

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Hati kita bagaimana? 🥺

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

“Dipilih atau terpilih?”

1. Dalam hidup ini, apa jua yang terjadi, ianya hanya ada dua pilihan sahaja iaitu sama ada terpilih atau memilih. Tiada istilah kebetulan. Begitulah indahnya percaturan yang Maha Esa. Tidakkah begitu juga pertemuan kita(?)

2. Terpilih itu, sesuatu yang tidak pernah kita pinta pada Allah yang Maha Berkuasa. Sampai masanya, kita dicampakkan ke dalam suasana Al Quran. Begitulah percaturan kehidupan saya. Saya tidak pernah minta pada Allah secara khusus untuk menjadi sebahagian penghafaz Al Quran, tetapi kerana rahmatNya yang Maha Luas,saya berada di sini.

3. Saya percaya, kebanyakan sahabat sahabat saya yang menceburi dunia ini adalah semata mata mahu menunaikan hasrat ibu dan juga ayah. Biarpun pada mulanya bukan kerana kerelaan hati, tetapi Allah tetap memilih kita. Baiknya Allah pada kita. Tetapi itulah, kita selalu berkira kira dengan Dia. Untuk meluangkan masa bersama kitabNya pun, terkadang kita risau ia akan menjejaskan kerja kerja kita yang lain.

Sombongnya kita.

4. Di saat kita menjadi insan terpilih, percayalah bahawasanya kita mampu. Cuma usaha kita yang belum sehabis baik. Itulah realiti yang terpaksa kita telan, biarpun ia sepahit kopi.

Kita yang terpilih,

Sentiasa menyangka bahawasanya kita masih ada hari esok untuk terus bersama dengan kitabNya. Asbab itu, kita sentiasa menangguhkan ia.

“Tidak mengapa. Esok saya qadhalah bacaan Al Quran saya” tanpa sebab yang munasabah.

Tetapi kita lupa, berapa ramai orang di luar sana mahu menjadi seperti kita (?)

Mereka itulah golongan yang mahu dipilih oleh Allah. Berdoa siang dan juga malam agar termasuk di kalangan ini. Ada yang usaha pelbagai cara untuk menjadi seperti kita, tetapi kita lupa tentang semua itu.

5. Jangan sampai Allah keluarkan kita daripada golongan yang terpilih. Saat itu, kita akan mula menangis memohon pada Dia untuk terus memilih kita di kalangan yang terpilih. Hargailah pilihan ini. Teruslah berdamping dengan kitabNya sehingga akhir hayat kita.

Itulah impian kita semua.

Syaurah Ishak,
Mahu terus dikalangan yang terpilih

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

𝗧𝗔𝗪𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗦𝗞𝗜𝗠 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗜𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗙𝗜𝗭 (𝗦𝗣𝗛) 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟯 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗝𝗨𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔

𝗔𝘀𝘀𝗮𝗹𝗮𝗺𝘂𝗮𝗹𝗮𝗶𝗸𝘂𝗺.

𝗦𝘂𝗸𝗮𝗰𝗶𝘁𝗮 𝗱𝗶𝗺𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗵𝗮𝘄𝗮 𝗧𝗮𝘄𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗦𝗸𝗶𝗺 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗶𝗮𝘆𝗮𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗳𝗶𝘇 (𝗦𝗣𝗛) 𝘀𝗲𝘀𝗶 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗶𝗮𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟮 / 𝟮𝟬𝟮𝟯 (𝗦𝗲𝗺𝗲𝘀𝘁𝗲𝗿 𝟮) 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗸𝗮 𝗺𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟳 𝗠𝗮𝗰 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟳 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 2023

𝗣𝗲𝗿𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻𝗮𝗻 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝘁𝗮𝗹𝗶𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 http://sph.islam.gov.my

𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 𝘁𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗽𝗲𝗿𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝟳 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟯.

𝗦𝗲𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝘆𝗮𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗻𝗷𝘂𝘁, 𝘀𝗶𝗹𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗵𝘂𝗯𝘂𝗻𝗴 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗨𝗻𝗶𝘁 𝗦𝗸𝗶𝗺 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗶𝗮𝘆𝗮𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗳𝗶𝘇 𝗝𝗔𝗞𝗜𝗠 𝗱𝗶 𝘁𝗮𝗹𝗶𝗮𝗻 𝟬𝟯-𝟴𝟴𝟳𝟬𝟳𝟭𝟰𝟭/𝟳𝟭𝟮𝟱/𝟳𝟭𝟰𝟲/𝟳𝟭𝟰𝟵

𝗦𝗶𝗹𝗮 𝗹𝗮𝘆𝗮𝗿𝗶 𝗣𝗼𝗿𝘁𝗮𝗹 𝗦𝗣𝗛 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺𝗮𝘁 𝗹𝗮𝗻𝗷𝘂𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗮𝘁𝗮𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻𝗮𝗻.

𝗦𝗲𝗸𝗶𝗮𝗻, 𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗸𝗮𝘀𝗶𝗵

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Celik Tafsir Surah Al-A’raf: Ayat 204

◀️ وَإِذا قُرِئَ القُرآنُ فَاستَمِعوا لَهُ وَأَنصِتوا..
Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah..

Ini adalah adab kita apabila dibacakan Qur’an. Kena dengarlah betul-betul dan jangan buat bising. Jangan ada gangguan waktu itu. Lafaz فَاستَمِعوا bermaksud: dengar baik-baik, betul-betul. Kena dengar dengan betul kerana hendak faham. Bukan dengar-dengar biasa sahaja.

Dan Allah tambah, kena senyap, kena diam. Jangan bercakap waktu itu. Inilah adab kita dengan Qur’an yang jarang orang kita sedar.

Inilah juga dalil bagi mengatakan tidak boleh kita nak pasang MP3 Qur’an dan biarkan ianya sebagai background music. Ramai yang buat macam itu. Mereka pasang Qur’an tapi lepas itu buat kerja lain – bukan nak dengar pun. Itu tidak beradab dengan Qur’an. Kalau Qur’an dibacakan, kita tidak boleh buat kerja lain dan kena dengar.

Begitulah juga kita semasa baca Qur’an dalam solat, bukan? Kita baca Qur’an dan kita dengar dengan baik dan cuba fahami apa yang kita sedang bacakan. Oleh itu, jangan pasang TV semasa kita sedang baca Qur’an kerana kalau begitu, tandanya kita tidak menumpukan perhatian kepada ayat yang kita baca.

Begitu juga, semasa belajar Qur’an atau belajar tafsir, kena tinggalkan perkara lain, jangan bersembang dengan kawan, jangan periksa telefon dan sebagainya – tumpukan perhatian kepada pengajaran.
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
◀️ ..لَعَلَّكُم تُرحَمونَ
..supaya kamu beroleh rahmat.

Kalau kita beradab dengan Qur’an, kita akan mendapat rahmat. Kalau kita mahu mendengar dengan saksama, kita akan mendapat rahmat.

Dalam ayat yang lain, ada disebut yang Musyrikin Mekah tidak suka kalau Qur’an dibacakan. Mereka akan buat bising supaya orang lain tidak dengar Qur’an dibacakan. Kerana mereka lihat, kalau orang yang mendengar Qur’an dibacakan oleh Nabi Muhammad ﷺ dan para sahabat, ramai yang masuk Islam. Jadi mereka tidak mahu orang lain dengar kerana mereka tidak mahu ramai yang masuk Islam.

@mujahidhuffaz

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

"Air mata yang pernah gugur kerana sakitnya mengulang al-Quran akan dihitung diakhirat kelak oleh Allah. Jangan sedih kerana rahmat Allah sentiasa ada bersama kau. Jangan bersedih selagi kau dengan al-Quran. Tetapi bersedihlah jika kau jauh dari al-Quran."

-Syeikh Ibrahim Azhari-

Maahad Qiraat Fatayat Al-Azhar Shoubra el-Kheimah, Misr ❤️

#Shoubra #ElKheimah #Qiraat #AlAzhar #Egypt

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Wanita ini pekak dan bisu. Apa lagi alasan kita untuk tidak membaca alQuran 😭😭😭😭😭😭😭

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Beruntung Orang Yang Hafal Al-Quran

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Kalau tak mampu menghafal, janganlah tinggalkan Al-Quran walaupun sehari.

Minima: biasakan membaca walaupun 1 halaman. Jangan biarkan hari kita berlalu tanpa membaca Al-Quran.

Jika ingin bahagia, Al-Quran salah 1 sumbernya. Semoga Allah jadikan kita semua ahli Al-Quran. Aamiin³ Ya Rabbal Alamin.

- Dari komen fb 😊

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Boleh kongsikan kpd keluarga @ kenalan² yang dah habis spm, mungkin rezeki mereka masuk sini pulak 🤩

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Seorang pemuda bertanya saya, "bagaimana menyeimbangkan pembacaan, antara baca buku dengan baca Al-Qur'an? Kadang tu rasa bersalah, bila masa baca buku lebih daripada masa baca Al-Qur'an.."

Kerisauan beliau ada asasnya. Dan sesuatu yang terpuji, ketika dunia berlumba mengejar segala bentuk konten berformat segera.

Saya sangat gembira untuk sama-sama memikirkan persoalan yang begini.

Jadi, yang boleh saya kongsikan berhubung dengan pertanyaan beliau adalah, jadikanlah pembacaan buku-buku lain sebagai sebahagian dari perjalanan untuk kita membaca Al-Qur'an juga.

Ia bukan dua aktiviti yang berbeza apabila kita bawa kedua-duanya menuju Tuhan.

Ada orang boleh baca Al-Qur'an, tetapi apabila pembacaannya bukan untuk meninggikan Tuhan sebaliknya diri sendiri, ia tetap akan sesat dan menyesatkan.

Al-Qur'an ialah kitab suci yang merangkumi setiap sesuatu yang kita lakukan dalam hidup, dan buku-buku lain yang kita baca, hanyalah huraian, arguments, perjalanan untuk kita sendiri lebih faham tentang apa yang Al-Qur'an jelaskan.

Apabila kita faham hakikat tersebut, barulah pembacaan kita juga lebih terarah dan tidak akan berlawanan dengan keutamaan terhadap Al-Qur'an yg patut kita berikan.

Bacalah, dengan nama Tuhan yang Menciptakan.

Bacalah dengan kerendahan hati, untuk menyedari betapa kerdilnya diri sebagai makhluk yang diangkat Tuhan sebagai anak Adam.

Semoga pembacaan kita menghantar ke daerah Kebenaran yang diredhai oleh Maha Pemilik Keabadian.

In syaa Allah..

© Nik Nur Madihah

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Hati Yang Gundah,

Tiba-tiba datang rasa tidak senang, down, sendu, galau, emosi bercelaru.

Maka cubalah perbaiki;
Hubungan kita dengan Allah,
Ibadah kita,
Akhlak kita dengan makhluk.

Mungkin ada silap yang tidak kita perasan, sehingga menjadi hati tidak tenang.

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Ibnu Abi Daud daripada Ibnu Abbas RA katanya Sayyidina Umar bin al Khattab RA apabila masuk ke dalam rumah beliau membuka Quran dan membacanya.

Dalam pertemuan penulis dengan isteri Dr Haron Din RH selepas kematiannya , isterinya menceritakan di antara amalan Dr Haron Din RH di dalam rumah ialah dia meletak sebuah Quran bersaiz besar dekat katil tidurnya. Setiap kali masuk ke dalam bilik tidur beliau buka Quran itu dan membacanya.

اللهم ارزقنا تلاوة القرآن آناء الليل وأطراف النهار

- Ustaz Tirmizi Taha

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

TINGKATAN-TINGKATAN HAFIZ/HAFIZAH AL-QURAN ( YANG TELAH KHATAM MENGHAFAZ AL-QURAN)

1⃣ Menghafaz dan muraja'ah, buat syahadah dan khatamkan setiap hari selama 40 hari , kemudian sentiasa muraja'ah al-Quran walaupun sambil buat kerja,kecuali masa haid dan nifas.( biasanya mereka akan sentiasa ingat seluruh al-Quran).

2⃣ Menghafaz dan muraja'ah,buat syahadah dan khatamkan 30 juz setiap hari selama 40 hari.

3⃣ Menghafaz dan muraja'ah serta buat syahadah.

4⃣ Menghafaz dan muraja'ah, bila dah khatam muraja'ah lagi, tapi separuh jalan atau tidak buat syahadah.

5⃣ Menghafaz serta muraja'ah sampai khatam, tetapi bila dah khatam, terus berhenti.

6⃣ Hanya menghafaz hafalan baru semata-mata sampai khatam tanpa muraja'ah (biasanya habis menghafaz, habis tak ingat).

*Maksud buat syahadah ialah tasmik hafazan dengan penyemak/guru sebanyak 30 juz sehari atau 15 juz sehari selama 2 hari, atau paling kurang 10 juz sehari selama 3 hari. Ada juga sesetengah madrasah yang pelajarnya kena tasmik hari pertama 20 juz. Hari kedua 10 juz.

- Khairaatun Hisaan

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Kesian anak ini.

Saya faham kebimbangan ibu ini.

Pertama; tidak wajar seorang guru berkata sedemikian walaupun pelajarnya mungkin paling lambat dalam kumpulan tasmik.

“Setiap orang berhak diberi peluang untuk menjadi lebih baik, dan biarlah kita menjadi orang yang menjadi asbab orang lain untuk lebih semangat dengan Quran. Bukan sebaliknya”

Kedua; anak ini sudah menghafaz Quran selama 10 bulan dan berjaya menghafaz 3 juzuk.

Jawapan jujur saya, anak ini agak lambat prosesnya. Cuma saya tertanya juga; apakah kata-kata guru menjadi salah satu sebab dia sebegini?

Lambat menghafaz, tidak bermakna anak ini tidak mampu menghafaz Quran. Cuma mungkin dia akan dapat selesaikan hafazan 30 juzuk dengan ‘timeline’ dia tersendiri. Bukan silibus yang telah ditetapkan pihak sekolah. Kalaulah pihak sekolah menetapkan 5 tahun wajib selesai 30 juzuk, saya nasihatkan anak ini untuk keluar daripada sekolah kerana tidak terpikul oleh anaknya.

Ketiga, pemilihan sekolah sangat-sangat penting. Bertanyalah orang itu dan ini, lagi-lagi pelajar yang pernah belajar di tempat yang mahu kita menghantar anak. Bertanyalah bagaimana suasana, sistem.

Apapun; buat ibu ini:

“Ini bukan penutup untuk anak puan. Kalau benar anak ini benar-benar mahu meneruskan hafalannya; cuba berpindah ke sekolah lain. Beri tempoh dalam masa 6 bulan dan lihat bagaimana ‘progressnya’. Jika masih sama, cukuplah anak ini menjadikan hafalan Quran sebagai part-time. Bukan fulltime”

Dalam buku Cerita Budak Tahfiz, saya ada menyatakan isu ini. Dapatkanlah nanti ya. Kita siap bagi slot motivasi percuma lagi kalau ibu ayah beli yang set.

https://nasyrah.onpay.my/order/form/ceritabudaktahfiz

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

🎉 Selamat Hari Raya Aidilfitri, ☪
🤲🏼 Maaf Zahir Batin
💞

كل عام وأنتم بخير

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Tips konsisten semangat dengan Quran :

1. Ambil tahu hadith atau ayat Quran tentang kelebihan orang yang dekat dengan Quran. Sabdaan Rasulullah dan juga firman Allah tidak akan menipu. Manusia, iya.

2. Spesifikkan masa dengan Quran. Wajib! Tiada istilah tunggu masa lapang untuk Quran. Kalau begini, sampai bila-bila tidak akan ketemu.

3. Banyakkan istighfar.

4. Minta Allah anugerahkan nikmat bersama Quran. Mahal rasa ini.

5. Memaksa diri. Ni paling wajib hehe.

6. Jauhi maksiat.

7. Kurangkan mendengar muzik.

8. Letak target mengikut kemampuan supaya kita tidak mengecewakan diri sendiri.

9. Nak lagi semangat, sertai program-program tentang al Quran seperti di Nasyrah Consultant

Syaurah Ishak.

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

“Jika datang kemarahan maka diam dan tenanglah, ketahuilah bahwa kata-kata yang terucap saat marah itu hanya akan menjadi sebuah penyesalan.”

[Habib Muhammad Al-Bagir Bin Alwy Bin Yahya]

#kalamulama
@ilovequrann♥️🍃

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Kita sepatutnya memberi masa untuk al-Quran. Bukan hanya tunggu waktu yang lapang atau peristiwa tertentu baru hendak baca al-Quran apatah lagi nak tadabbur al-Quran.

Kadang, kita terlalu sibuk mengejar duniawi hingga lupa sebenarnya al-Quran yang akan menjadi peneman kita nanti.

Setiap hari memberi alasan sibuk hinggakan tiada masa langsung dengan al-Quran.

Berkata Abdul Malik bin Umair :

"Manusia yang tidak akan tua dan tidak pelupa adalah orang yang selalu membaca al-Quran. Dan manusia yang paling jernih akalnya adalah pembaca al-Quran."

Begitulah, berikan masa untuk al-Quran walaupun hanya satu muka setiap hari.

Iwana Aisyah Ab Halim
Selangkah menjiwai al-Quran

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Ada yang tanya saya:

"Boleh kongsi tips mula hafazan? Nak mula dari juzuk mana? Saya ada impian nak hafaz al Quran"

MashaAllah tabarakallah, niat yang sangat baik. Ada beberapa cadangan yang saya boleh kongsikan.

1. Mula dari surah yang biasa kita baca.

2. Cari guru untuk semak bacaan. Bahaya kalau tiada guru sebab kita akan rasa bacaan kita dah betul.

3. Mesti mengulang setiap hari dan bawa bacaan dalam solat.

4. Pastikan mempunyai bacaan (tajwid) yang baik. Jangan mula menghafaz kalau masih tak lancar bacaan bertajwid.

- Syaurah Ishak

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

“Kita tidak akan pernah sempat dengan al-Quran.” - Syaurah Ishak

Читать полностью…
Subscribe to a channel