mujahidhuffaz | Unsorted

Telegram-канал mujahidhuffaz - ؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

-

🌵 جهاد في سبيل الله ،☝ Goncanglah Dunia dengan Dakwahmu.💚 Mantapkan akhlakmu.💚 Kuatkan hafazanmu.💚 Jadikan Al-Quran sebagai sahabatmu.💚 Perbaikilah hubunganmu dengan Allah SWT.💚 Maka Dakwahmu Pasti Berjaya! " 🌵💚 🌎HuffazulQuran 💚

Subscribe to a channel

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

📍Daripada Uthman bin Affan RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وَعَلَّمَهُ

Maksudnya: “Sebaik-baik kamu adalah orang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya”.

[Riwayat al-Bukhari (5027)]

📍Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَن قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لَا أَقُوْلُ آلم حَرْفٌ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيْمٌ حَرْفٌ

Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf”.

[Riwayat al-Tirmizi (2835)]

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

ILMU LEBIH UTAMA BERBANDING IBADAH TANPA ILMU.

Wajib bagi seseorang mendahului ilmu. Ilmu itu lebih utama berbanding ibadah tanpa ilmu. Kerana itu, kita lihat banyak kalam ulama' yang nyatakan bahawasanya ibadah orang alim itu jauh lebih baik berbanding dengan ibadah seorang yang jahil, sebab orang alim mereka belajar dan tahu segala hukum hakam persoalan berkaitan dengan solat dan belajar untuk membersihkan hati agar dapat hadirkan kekhusyukan dalam solat. Orang alim, mereka solat seperti mereka melihat Allah. Tidak mencukupi ibadah sahaja, perlu didasari dengan ilmu yang sahih.

#kalamustazahummukhadeeja

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

AHLUL AL-QURAN

1. Abdullah Bin Mas'ud RA berkata : Seharusnya seorang ahli al-Quran dikenali dengan waktu malamnya kerana manusia lain tidur, dengan waktu siangnya kerana manusia lain berbuka, dengan sikap waraknya kerana manusia lain bersikap bangga diri, dengan perasaan syahdunya kerana manusia lain bergembira, dengan tangisannya kerana manusia lain bergembira, dengan tangisannya kerana manusia lain bergelak ketawa dan dengan sikap pendiamnya kerana manusia lain bersukaria.

2. Muhammad bin al-Husain RH berkata : Sekiranya mereka ditimpa kesusahan, mereka akan berserah kepada Allah yang Maha Mulia. Mereka tidak akan mengadu kepada makhluk. Allah SWT lebih dekat di hati mereka. Mereka telah belajar tentang adab al-Quran da sunnah. Mereka adalah tokoh yang mana tindak tanduk mereka diikuti. Ini kerana mereka adalah manusia pilihan Allah yang hampir dengan-Nya. Merekalah golongan yang berada di dalam kelompok Allah. Bukankah kelompok Allah itulah mereka yang akan berjaya?

3. Imam Fudail bin Iyad RH berkata : Seharusnya seorang penghafal al-Quran tidak mempunyai sebarang hajat keperluan kepada seseorang makhluk. Sama ada kepada khalifah atau orang dibawahnya. Seharusnya manusia lain yang bergantung hajat kepadanya.

4. Imam Fudail bin Iyad RH juga berkata : Orang yang menghafal al-Quran membawa bersamanya panji Islam. Dia tidak seharusnya berseronok bersama dengan golongan yang sukakan keseronokkan. Dia tidak seharusnya lalai bersama dengan golongan yang lalai. Dan dia tidak seharusnya leka bersama dengan golongan yang leka.

5. Beliau berkata lagi : Sesungguhnya al-Quran itu diturunkan untuk diamalkan. Maka manusia hendaklah mengambil bacaannya sebagai satu amalan iaitu dengan menghalalkan apa yang dihalalkan, mengharamkan apa yang ia haramkan dan berhenti pada perkara yang samar.

6. Sekiranya ahli al-Quran menjadi baik, nescaya manusia lain juga akan menjadi baik.

7. Daripada Saidina Anas bin Malik RA dia berkata : Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Akan didatangkan pada hari kiamat golongan pembaca al-Quran lalu Allah SWT berkata kepada mereka : Kamu semua adalah bekas penyimpan kalamku. Aku berikan kepada kamu semua sepertimana diberikan kepada para Nabi melainkan wahyu."

Muhammad bin al-Husain RH berkata : "Di dalam kata-kata ini ada pengajaran bagi yang merenungnya. Bertaqwalah kepada Allah. Agungkanlah al-Quran dan peliharalah ia. Juallah barang yang akan musnah dengan barang yang pasti kekal. Dan Allah SWT akan merestui untuk tujuan itu."

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Dan ia tidak dibaca sebegini,
tetapi dengan tartil ❤️

Dengarkan kedua-dua videonya, sahabat :)

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Program Bedah Tajwid & Talaqqi Waqaf Ibtida

Insya-Allah target saya untuk kumpul seramai mungkin bagi program diatas...

Tiada yuran pendaftaran...

Yuran bulanan bergantung kemampuan...terpulang pada peserta...

Yang penting, 30 juzuk al-Quran sama² kita dalami aspek tajwid dan fokus juga pada waqaf ibtida...

Jom, bersama saya...

Terus join grup whatsapp di link berikut:

https://chat.whatsapp.com/GJthtM9YV3u3GllkC1iddP
*Yang mana betul² nak belajar boleh join 😊

Terima kasih

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم

VIDEO: ADAB BERSAMA AL-QURAN

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم

Boleh print pdf page al-Quran ini & gunakan untuk bacaan / muraja'ah sehingga khatam 30 juz'. 😊

Semoga Allah SWT mengurniakan keberkatan masa sehari-hari kepada kita semua dan mudahan kita termasuk dalam kalangan ahlul Quran; mereka yg sentiasa meletakkan keutamaan dan mencari masa untuk bersama al-Quran. 🤲

Sesibuk apa pun kamu sekarang,
bacalah al-Quran.. walaupun sedikit.

- kredit pdf: quraan_883

#repost

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

🔁 Retelegram:

Memahami tujuan menghafal Al-Quran & menjaga hafazan, 7 tingkat akhlak

Faktor berat nak buat ibadah & perkiraan ganjaran membaca al-Quran sebagai motivasi

Nasihat terpenting buat hamalah Al-Quran

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

‎١١-مهمة:
‎شر جليس لك في قراءتك هاتفك !
1️⃣1️⃣ (PENTING❗️)
Seburuk-buruk pendampingmu ketika membaca al-Quran, ialah 'handphone'mu.

‎فأنصحك أن تتركه في المنزل أو السيارة
Maka, aku menasihatkanmu, agar engkau meninggalkan ia di rumah atau di dalam kenderaan (dalam keadaan yang selamat)

‎وتذهب للقراءة وحدك حتى لا يدخل منه الشيطان
Dan engkau pergi membaca al-Quran bersendirian, supaya Syaitan tidak mengganggumu melaluinya (yakni: telefon itu).

‎١٢- أثناء قراءتك ستمر عليك آيات رحمة ووعيد
1⃣2⃣ Semasa engkau membaca, engkau akan melalui ayat-ayat tentang rahmat dan ancaman.

‎قف .. عند بعضها
Berhentilah.. pada sebahagian dari ayat-ayat tersebut.

‎وارفع يديك واسأل الله من فضله
Angkatlah kedua tanganmu dan mintalah kepada Allah dari kelebihanNya.

‎فلها أثر على القلب كبير .
Baginya, terdapat kesan kepada hati yang sangat besar.

‎١٣- إن كنت بطيئ القراءة أو لا تحسنها
1️⃣3️⃣ Jika engkau (menghadapi masalah) perlahan membaca al-Quran atau engkau tak mampu membaca dengan baik,

‎فأعلم أن أجرك مضاعف فلك الأجر مرتين .
Ketahuilah bahawa ganjaran pahala engkau digandakan.
Maka, bagi engkau, ganjaran pahala sebanyak dua kali (1 kerana membaca, 1 kerana usaha dalam susah)


‎وأوصيك بتحميل القرآن صوتياً بهاتفك وتابعه .
Dan aku pesan kepada engkau supaya muat turun rakaman bacaan al-Quran di dalam handphone dan (belajar membaca dengan) ikuti (rakaman bacaan) itu.

‎١٤- ختم قراءتك على أواخر السور أكمل وأفضل من ختمها على أواخر الأجزاء .
1️⃣4️⃣ Habiskan bacaan engkau pada penghujung surah adalah lebih sempurna dan lebih baik dari menghabiskan di penghujung juz-juz.

‎-ابن عمر إذا شرع في سورة لا يقف حتى يختمها .
Ibn 'Umar dahulu, jika membaca pada satu-satu surah, dia tak akan berhenti sehinggalah dia menghabiskannya.

‎١٥-لا يشغلنك قطع الأجزاء عن التدبر ومما يساعدك عليه تكرار الآية مرتين وثلاث وعشر حتى يلين لها قلبك ،
1️⃣5⃣ Jangan engkau sibukkan (fokus) untuk menghabiskan juz-juz, daripada (yang sepatutnya, iaitu fokus) kepada tadabbur dan apa-apa yang sebenarnya membantu engkau untuk mengulang-ulang sesuatu ayat sama ada 2 kali dan 3 kali dan 10 kali, sehinggalah hatimu menjadi lembut kerana ayat itu.

تقبل الله منا ومنك
Semoga Allah menerima (usaha ini) dari kami dan dari engkau.

Terjemahan oleh: BroSyarief

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Jika anda boleh lakukan perubahan ini setiap hari, maka kehidupan anda akan berubah lebih baik setiap hari :

1) Bangun awal pagi setiap hari. Dapat solat sunat tahajud lagi bagus.

2) Membaca al-Quran setiap pagi walaupun hanya 1 muka kerana keberkatan ada padanya.

3) Bersedekah setiap pagi walaupun hanya RM 1.

4) Luangkan masa untuk lakukan bersenam setiap hari paling kurang 30 minit.

5) Membaca buku sekitar 5-10 muka setiap hari. Ini sangat bagus untuk kecergasan otak.

6) Maafkan semua orang. Kita maafkan orang, Allah turunkan beribu kerahmatan kepada kita. Kebahagiaan kita juga ditentukan apabila kita tiada dendam pada orang dan sentiasa maafkan orang.

7) Mencari guru al-Quran untuk perbaiki bacaan al-Quran.

8)Selawat dan istighfar sekurangnya 100 kali. Kalau tidak mampu, buat yang termampu dahulu.

9) Solat di awal waktu. Bagi lelaki, usahakan diri untuk solat berjemaah.

10) Mendoakan orang lain terutamanya ibu bapa.

11) Baca surah al-Mulk sebelum tidur. Jika tidak mampu, pasang audio surah tersebut.

12) Urus masa dengan baik. Rancang jadual harian sebaiknya.

13) Tanya khabar ibu bapa setiap hari. Jika tidak mampu untuk telefon, mesej untuk bertanya khabar.

14) Sedekah duit pada ibu bapa setiap bulan walaupun hanya RM 5. Anda akan peroleh keberkatan yang sangat luar biasa.

Tak percaya? Tak apa, buat dulu dan rasai perubahan diri hari demi hari, Insha-Allah!

Sikit dan berterusan lebih baik dari banyak tetapi tidak konsisten.

Iwana Aisyah Ab Halim
Menuju redha Ilahi

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم

Boleh print pdf page al-Quran ini & gunakan untuk bacaan / muraja'ah sehingga khatam 30 juz'. 😊

Semoga Allah SWT mengurniakan keberkatan masa sehari-hari kepada kita semua dan mudahan kita termasuk dalam kalangan ahlul Quran; mereka yg sentiasa meletakkan keutamaan dan mencari masa untuk bersama al-Quran. 🤲

Sesibuk apa pun kamu sekarang,
bacalah al-Quran.. walaupun sedikit.

- kredit pdf: quraan_883

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Pesan Syeikh Mutawalli As-Sya’rawi,
Ulama besar Al Azhar Syarif.

-Dengan membaca surah Yasiin selepas solat Subuh, Allah SWT akan menunaikan semua hajatmu di dunia dan di akhirat.

-Dengan membaca surah al Waqiah selepas solat Zohor, Allah SWT akan memeliharamu daripada kefakiran di dunia dan akhirat.

-Dengan membaca surah ar Rahman selepas solat Asar, Allah SWT akan merahmati kelemahanmu.

-Dengan membaca surah ad Dukhan selepas solat Maghrib, 70 Malaikat akan berdoa memohon keampunan untukmu.

-Dengan membaca surah al Mulk selepas solat Isyak, Allah SWT akan melindungimu daripada azab kubur.

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

BILA UMUR SUDAH MULA MENINGKAT.

Bila umur sudah mula meningkat, meskipun masih bujang, akan tetapi hadir bermacam-macam perasaan bila hendak menuntut ilmu. Oleh kerana itu, berusaha lah untuk mujahadah dalam menuntut ilmu, kerana hanya satu fasa, manusia berada di titik terkuat iaitu ketika muda.

Maka, jangan pernah sesekali kita mensia-siakan masa muda kita. Sesibuk apa pun kita dengan pekerjaan dunia, usahakanlah untuk menuntut ilmu agama. Jadi lah manusia yang pertengahan sebagai mana yang di sebut kan oleh Ayah Der Sekam رحمه الله تعلى dalam kitab Ta'limul Aulad beliau.

Maka, selama masih muda teruslah bergerak, bangkit dan tetap semangat mencari ilmu, kerana masa mudamu menjadi penentu masa tua. Namun, bukan lah berarti orang yang sudah memasuki usia senja sudah terlepas tanggung jawabnya untuk menuntut ilmu. Imam Ahmad رحمه الله تعلي berkata;

إنما اطلب العلم إلى أن أدخل القبر

Sesungguhnya mencari aku akan ilmu sehingga masuk kubur.

Hassan al Basri pernah di tanya, apakah seseorang yang sudah berumur 80 tahun masih layak untuk menuntut ilmu? Beliau menjawab;

إن كان يحسن به أن يعيش.

Jika dia masih layak untuk hidup..

Yang paling penting, tetap menuntut ilmu...

والله اعلم.

- Kredit fb Md Basirun

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Bila mana kamu membaca Al-Quran bermakna..

1. Kamu telah memberikan matamu pahala melihat
2. Kamu telah memberikan telingamu pahala mendengar
3. Kamu telah memberikan lisanmu pahala bertutur
4. Kamu telah memberikan hatimu rasa kerehatan.

Maka jangan sekali kali kamu meninggalkan Al-Quran.

(Dr Ahmad Isa Al-Ma'sarawi).

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Manfaatkan kekuatan di zaman muda 😊

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Muraja'ah itu amanah,
Masyi itu anugerah.

Target kita bukan semata nak masyi, kerana tatkala kita merasakan ulangan hafalan kita telah mantap (lancar), maka kita akan mula meninggalkan al-Quran.

Tapi target kita juga yang utama adalah nak jaga dan agungkan al-Quran. Nak keberkatan masa. Bila dengar bacaan tidak tepat, kita boleh tahu salah di mana dan mampu baiki kesalahan tersebut.

Bawalah al-Quran ke mana-mana dan jadikan diri seolah-olah al-Quran yang berjalan. Imej dan akhlak kita menggambarkan ahli al-Quran. Sampai kita mampu jadi Qudwah Hasanah kepada mereka yang lain!

Bukan semata menghafal, akan tetapi mampu menghidupkan hati yang layu (memberi kesan).. sehingga ke akhirnya (hujung nyawa), Al-Quran tetap bersama-sama kita.

Jagalah diri,
Jaga hati.
Tolong janji pada diri;
jaga amanah yang Allah beri.

Masyi tu dapat atau pun tidak,
tetaplah istiqamah mengulang.

- ingatan utk saya juga

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

"Baca al-Quran sia² kalau tidak faham isinya"

"Belajar baca al-Quran tidak penting, kerana yang penting beramal"


Berulang kali dari dahulu sampai sekarang saya masih lagi mendengar suara² sinis begini...

Yang paling malang, sebahagiannya dibisikkan oleh Tuan² Guru besar...sehingga ada yang terkesan dan akhirnya tak mahu baca al-Quran ..

Entah dimana silapnya kefahaman tentang asas al-Quran ini...

Tidak perlu pergi jauh untuk cari jawapannya...lihat sahaja takrifan al-Quran itu sendiri:

المتعبد بتلاوته بفهم وبغير فهم

"Dikira ibadat ketika membacanya sama ada faham atau tidak"

Yer betul, Al-Quran diturunkan sebagai kitab hidayah dan petunjuk...namun jangan lupa, ia datang dengan pakej yang lengkap...bermula dari 'cover', 'layout', dan lain² yang tidak boleh diabaikan salah satu daripadanya...

Bacaan al-Quran dengan betul menepati Tajwidnya adalah salah satu pakej al-Quran yang perlu diberi perhatian...

Jadi, alangkah eloknya cara berfikir sebegitu ditukar sebegini:

“Ilmu Tajwid penting, Tadabbur penting, Tafsir penting, beramal penting, feqah penting dan semua penting”.


Jangan pernah perlekehkan disiplin ilmu lain, dekatilah masyarakat dengan kepakaran masing²...

الله المستعان وعليه التكلان

- Abqariy Hisan

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Berkata Imam Abū Bakr Muhammad Bin al-Husaīn Bin Abdullah al-Ājurriy RH (w360H)

"Orang mukmin yang berakal, apabila dia membaca al-Quran dia akan membandingkan dirinya dengan al-Quran. Al-Quran baginya bagaikan cermin yang dapat dilihat melalui perkara yang baik daripada tingkah lakunya dan tingkah lakunya yang buruk.

Perkara-perkara yang diberi amaran oleh Tuhannya, dia akan berwaspada.

Perkara-perkara yang ditakutkan dirinya dengan azab seksaan, dia akan merasa takut.

Perkara-perkara yang digalakkan oleh Tuhannya, dia akan gemar dan sentiasa berharap dapat melakukannya.

Sesiapa yang mana inilah sifatnya atau hampir dengan sifat-sifat ini, maka sesungguhnya dia telah membaca al-Quran dengan sebenar-benarnya serta memberi perhatian terhadap bacaannya dengan sebenarnya.

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Bacalah al-Quran khususnya di permulaan harimu

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Penyesalan terbesar dlm setiap manusia. Sejujurnya diri ini pun merasa hal yang sama.

Lebih baik timbul rasa ini sekarang & cuba berubah.

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Sempena tahun baru ini, boleh kita sama-sama amalkan doa yang diamalkan oleh baginda Nabi ﷺ setiap kali seusai solat yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik رضي الله عنه:

اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ عُمْرِي آخِرَهُ، وَخَيْرَ عَمَلِي خَوَاتِمَهُ، وَاجْعَلْ خَيْرَ أَيَّامِي يَوْمَ أَلْقَاكَ

"Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku ialah pada akhirnya, sebaik-baik amalanku pada kesudahannya dan jadikanlah sebaik-baik hariku ialah pada hari aku bertemu dengan-Mu."

Sesetengah ulama menambah dengan kata mereka,

وَأَنْتَ رَاضٍ عَنِّي وَاخْتِمْ بِالصَّالِحَاتِ أَعْمَالِي وَتَوَفَّنِي مُسْلِمِينَ وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

... dan dalam keadaan Engkau meredhaiku, sempurnakanlah amalan-amalanku dengan amalan soleh‌, matikanlah aku dalam keadaan muslim (menyerah diri), dan hubungkanlah aku dengan orang-orang soleh.

Begitu juga yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah رضي الله عنه:

اللَّهُمَّ أَصْلِحْ لي دِينِي الذي هو عِصْمَةُ أَمْرِي، وَأَصْلِحْ لي دُنْيَايَ الَّتي فِيهَا معاشِي، وَأَصْلِحْ لي آخِرَتي الَّتي فِيهَا معادِي، وَاجْعَلِ الحَيَاةَ زِيَادَةً لي في كُلِّ خَيْرٍ، وَاجْعَلِ المَوْتَ رَاحَةً لي مِن كُلِّ شَرٍّ

"Ya Allah, Engkau perbaikilah
bagiku agamaku yang menjadi penjaga bagi urusanku, perbaikilah urusan duniaku yang menjadi tempatku hidup padanya, perbaikilah bagiku urusan akhirat kami yang menjadi tempat kami kembali, jadikanlah kehidupan bertambah bagiku pada setiap kebaikan dan jadikanlah kematian kerehatan bagiku daripada setiap kejahatan.”

Semoga Allah ﷻ meredhai kita dalam setiap perkara, menerima segala taubat kita dan menjadikan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Kelebihan Selawat 1000x - Syeikh Nazrul Nasir
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
Pastikan lafaz selawat yg kita baca itu ada 4 perkara:
1⃣ Selawat,
2⃣ Salam,
3⃣ Kepada Nabi Muhammad ﷺ,
dan
4⃣ Kepada keluarga Nabi Muhammad ﷺ.

Contoh selawat ringkas yg lengkap dengan 4 perkara ini ialah:
( اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم )

👇👇👇
صل selawat
سلم salam
علي محمد
على اله

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Siapa yang duduk dalam dunia jurusan hafazan Al-Quran pastikan dia faham 2 perkara penting ni.

1. *Misi untuk khatam 30 juzuk Al-Quran*
- maksudnya satu proses hafalan untuk khatam 30 juzuk dengan pertambahan muka surat demi muka surat sebanyak 604 m/s keseluruhan Al Quran.

2. *Misi untuk menjaga hafalan*

- semakin banyak juzuk yang dia hafal, semakin banyak hafazan yang perlu dijaga.

Jangan terperangkap, yakni terlampau fokus dengan salah satu perkara maksud nya

- jangan terlampau fokus untuk khatam sehingga kita mengabaikan penjagaannya. Pastikan tidak berlaku seperti hafalan semakin meningkat, juzuk juzuk semakin meningkat tetapi pengulangan tidak terjaga hafalan semakin lupa.

Dan juga jangan terperangkap dengan ulangan yang terlampau detail , terlalu menghalusi kualiti hafazan/ulangan sehingga kan misi untuk khatam terlambat sangat sehingga berlaku ketidakseimbangan.

Pastikan ada keseimbangan antara mengejar kuantiti hafalan untuk khatam dalam masa yang sama penjagaan kualiti hafazan lama. Biar seimbang.

Bangkit pertahan!
Semangat BOSS!

Satu hari kita tinggal AL Quran, 10 hari AL Quran merajuk dengan kita. Satu jengkal kita mendekati Al Quran satu depa Al Quran menghampiri kita. Tidak berlalu hari tanpa mengulang Al Quran gais.

اللهم اهدنا فمن هديت

- inspirasi huffaz

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

TIPS BACAAN AL-QURAN

Oleh: Dr. Muhd al-Muhaysni.
‎هذه #وصايا_أثناء_القراءة كتبها د. محمد المحيسني حفظه الله ..

.‎١- لا تعطي القرآن فضلة وقتك
1⃣ Jangan engkau berikan (fokus membaca) al-Quran pada lebihan waktumu (yakni: bila free, baru baca),

‎بل خصص له وقت محدد لا ينازعك عليه أحد.
Malah khususkan untuknya waktu tertentu, yang mana tiada seorangpun yang akan mengganggumu.

‎٢- قبل القراءة جدد وضؤك ، واستقبل القبلة ، .
2️⃣ Sebelum membaca al-Quran, perbaharui wudhu’mu, hadaplah ke arah kiblat,

‎وابدأ بالاستعاذة ثم البسملة ، واستحضر فضل قراءة القرآن
dan mulakan dengan Isti'azah (Bacaan A'udzu bilLah..), kemudian Basmalah (Bacaan Bismillahir-Rahman..) dan ingatilah ganjaran kelebihan membaca al-Quran.

‎٣- ليكن صوتك وسطاً لا مرتفعاً فتتعب وتزعج ولا منخفظاً فتمل وتنعس
3️⃣ Hendaklah kekuatan suaramu sederhana, tidak terlalu kuat sehingga engkau kepenatan dan terganggu, dan tidak terlalu perlahan sehingga engkau bosan dan mengantuk.

‎ولتكن سرعتك وسطاً لا سريعة فتهذ ولا بطيئةً فتسئم .
Hendaklah laju bacaanmu itu juga sederhana, tidak terlalu laju sehingga terpotong-potong ayat (kerana sering tersilap), dan tidak juga terlalu perlahan sehingga engkau rasa jemu.

‎٤- للقرآن هيبة ووقار
4️⃣ Al-Quran memiliki wibawa dan kehormatan.

‎ومن عظم القرآن في قلبه عظم الله مكانته بين الناس
Sesiapa yang mengagungkan al-Quran di dalam hatinya, Allah agungkan kedudukannya di kalangan manusia.

‎فلا تقطع قراءتك بالكلام مع فلان وفلان
Maka jangan engkau putuskan bacaanmu dengan perbualan bersama orang lain.

‎٥- كان السلف إذا شرع أحدهم في قراءة سورةٍ لا يقطعها حتى يتم السورة.
5️⃣ Generasi salaf dahulu apabila mereka menetapkan untuk membaca satu surah, mereka tidak akan memutuskannya sehingga sempurna bacaan satu surah tersebut.

‎وهذا من الأدب مع كلام الله ، والبعض يقطع الآيات !
Ini adalah di antara adab dengan kalam Allah. Dan sebahagian orang memutuskan ayat (untuk bercakap dengan orang).

‎٦- إذا بدأت قراءتك فلا تلتفت لأحد
6️⃣ Apabila engkau telah memulakan bacaanmu, maka janganlah engkau menoleh kepada sesiapapun.

‎وإذا أراد أحدهم الحديث معك فأشر بيدك له معتذراً ،
Jika seseorang ingin berbicara denganmu, berikan isyarat dengan tanganmu meminta maaf.

‎وهذا من تعظيمك لكتاب الله
Ini merupakan sikap memuliakan kitab Allah.

‎٧- إن كنت ولا بد قاطعاً تلاوتك لحديثك لأحدهم ، فلا تجبه فور حديثه.
7️⃣ Jika engkau perlu untuk menghentikan bacaanmu untuk berbicara dengan seseorang (yang mengajakmu berbicara), jangan terus (berhenti untuk) menjawabnya.

‎بل لينتظرك حتى تقف على رأس الآية في موقف مناسب .
Malah hendaklah dia menunggu sehingga engkau berhenti di hujung ayat, pada tempat berhenti yang sesuai.

‎٨- يجب عليك تحريك لسانك أثناء القراءة
8️⃣ Hendaklah engkau menggerakkan lidahmu ketika membaca al-Quran,

‎أما قراءة العين فهي لا تجزئ ولا تعبر قارئاً
adapun bacaan dengan mata sahaja, tidak memadai dan tidak dianggap sebagai membaca.

‎٩- من عدم احترامك لكلام ربك أن تقرأ آيات يسيرة ثم تتابع تويتروتليجرام و..و..و ثم تعود ، ثم تتصفح وهكذا !
9️⃣ Di antara tanda hilangnya rasa hormat kepada kalam Tuhanmu, ialah apabila engkau baru membaca sedikit ayat-ayat al-Quran, kemudian engkau sambung pula dengan melihat Twitter, Telegram, fb dan ini, dan itu, kemudian sambung, kemudian semak lagi, dan seterusnya.

‎١٠- أنصحك أن تذهب لمسجد بعيد لا معارف لك به
🔟 Aku menasihatkanmu agar engkau pergi ke sebuah masjid yang jauh, yang engkau tidak ada orang mengenalimu.

‎وأن تذهب الأخت لغرفة منعزلة
Dan bagi wanita, agar pergi ke tempat, bilik atau ruangan yang terasing.

‎لتخلوا بكتاب ربك فتذوق حلاوته وتتدبر آياته
Supaya kamu dapat bersendirian bersama kitab Tuhanmu, lalu engkau menikmati kemanisannya dan mentadabburi ayat-ayatNya.

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Sepatutnya saya post maghrib semalam, tetapi selalunya teringat pagi Jumaat. 😅 aasif

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Setiap hari Syeikh akan bertanya khabar tentang anak muridnya.

"Aisyah, kau apa khabar?"
Syeikh mula bertanya khabar pada saya.

"Alhamdulillah sihat. Doakan aku, Syeikh."
Saya senyum kelat.

"Kau kenapa? Sakit? Atau ada masalah apa?"

Saya diam tersenyum dan Syeikh ibarat memahami masalah saya.

"Perjalanan untuk menjadi ahli al-Quran bukanlah suatu perkara yang senang.

Saat kita nak istiqamah mencintai al-Quran, saat itulah kita diuji dengan pelbagai ujian hingga kadangnya kita rasa tiada daya untuk hadapinya."

Saya tersenyum.

"Kalau lah senang jadi ahli al-Quran itu, mesti semua orang akan membaca al-Quran setiap masa, bukan?

Prof Syeikh Dr Isa al-Ma'sarawy pernah memberi nasihat,

Sekiranya kau merasakan bahawa al-Quran itu susah. Maka janganlah kau menyangka bahawa Syurga itu mudah jalannya. Dan ingatlah, bahawa kedudukan tertinggi di dalam syurga itu buat ahli al-Quran."

Begitulah,
Bukan mudah untuk menjadi ahli al-Quran, saat kita niat untuk kosisten membaca al-Quran, saat itulah ujian menimpa.

Dan setiap orang ada ujian tersendiri. Diuji dengan kesihatan, diuji dengan kewangan, diuji dengan hati, diuji dengan kemalasan dan sebagainya.

Tetapi kita perlu ingat ujian lebih besar di akhirat seandainya kita tinggalkan al-Quran. Maka, mana satu pilihan kita? Diuji didunia atau menanggung diakhirat?

Iwana Aisyah Ab Halim
Cinta dalam ujian

#NotaIbrahIwanaAisyah

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Alhamdulillah & mubarak alaik. Semoga kita yang masih diberi nikmat penglihatan dan kesihatan yang baik, sentiasa kuat semangat melazimi kehidupan dgn al-Quran. 🤍

Ngantuk ngantuk juga, rehat la sekejap, nanti sambung baca balik. Baca al-Quran dan banyak mari mengantuk lagi daripada membaca itu sendiri adalah biasa, krn kita pendosa. :)

Bak kata guru kami, "benda molek memang berat nak buat sbb banyak pahala & kebaikan padanya". & setiap kesusahan bagi mereka yang berusaha belajar utk mencantikkan bacaan al-Quran, akn dikira 2 pahala berbanding mereka yg lancar.

Jka tiba² bosan dgn al-Quran, tengok² la balik, dosa apa yang tlh dilakukan sampai al-Quran tak mmpu melekat pada diri. Benda baik tak akn bertahan pada tempat yang kotor. *Dri sini perbanyakkan baca dan baca kalāmullāh sehingga mampu bersihkan diri daripada apa yang tidak sepatutnya ada.

Muhasabah sikit malam ini. Untung mereka yang masih dpt duduk dlm majlis² Quran. Tahniah awak yg ada jiwa cintakan al-Quran. Teruskan membaca, usah putus asa.❤️

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Memberi alasan sibuk dengan al-Quran adalah sangat berbohong. Sebab orang yang sibuk macam mana sekalipun, dia akan makan dan akan tidur sebab itu keperluan diri kita.

Tapi kita lupa meletakkan al-Quran juga keperluan diri setiap hari.

Kita ada 24 jam dalam sehari. Seminggu ada 7 hari. Sebulan ada 30 hari tapi berapa muka surat al-Quran yang kita baca?

Kita sibuk bercakap tentang politik, kita sibuk nak ubah orang lain tapi kita terlalu lupa nak ubah diri kita.

Diri kita yang masih merangkak membaca al-Quran kerana sibuk tak sempat belajar mengaji. Diri kita yang memberi alasan sibuk untuk membuka lembaran al-Quran.

Memberi saki baki masa untuk al-Quran tetapi telefon bimbit setiap saat dalam genggaman. Dan kita masih beralasan ‘Ya Allah, aku sibuk.’

@iwanaaisyah
Sibuk sangat kan kita?

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

هو القرآن ❤️

ذِكْرٌ وَمَوْعِظَةٌ وَنُورْ، فِيْهِ شِفَاءٌ للِصُّدُورْ، وَشَفِيْعُنَا يَوْمَ النُّشُورْ

آيَاتُهُ تَرْوِي الْمَدَى، وَصِفَاتُهُ نَبْعُ الْهُدَى، نَرْقَى الْجِنَانَ بِحُبِّهِ

لَنْ تَسْتَقِيْمَ حَيَاتُنَا، إِلَّا بِهِ

هُوَ الْقُرْآنُ وَالْفُرْقَانْ، إِلَيْهِ تُنْصِتُ الْأَكْوَانْ، وَفِيْهِ تُعَطَّرُ الْآذَانْ،
هُوَ الْقُرْآنُ

ضِيَاءٌ يَمْلَأُ الْآفَاقْ، وَنُوْرٌ يَبْعَثُ الْأَشْوَاقْ، وَفِيْهِ مَحَاسِنُ الْأَخْلَاقْ،
هُوَ الْقُرْآنُ
---
كَمْ يَهْتَدِي الْحَيْرَانُ فِيهْ، وَالنَّفْسُ كَمْ حَنَّتْ إِلَيهْ، يَعْلُوْ وَلَا يُعْلَى عَلَيهْ

هَيَّا نُرَتِّلُ آيِهِ، وَنَعِيْشُ تَحْتَ ظِلَالِهِ، نَنْسَى الْهُمُوْمَ بِقُرْبِهِ

لَنْ تَسْتَقِيْمَ حَيَاتُنَا، إِلَّا بِهِ

هُوَ الْقُرْآنُ وَالْفُرْقَانْ، إِلَيْهِ تُنْصِتُ الْأَكْوَانْ، وَفِيْهِ تُعَطَّرُ الْآذَانْ، هُوَ الْقُرْآنُ

أَسْعِدْ بِهِ قُلُوْبَنَا، وَاغْفِرْ بِهِ ذُنُوْبَنَا، وَاشْرَحْ بِهِ صُدُوْرَنَا، يَا رَبَّنَا

أَذْهِبْ بِهِ أَحْزَانَنَا، فَرِّجْ بِهِ هُمُوْمَنَا، وَاجْعَلْهُ شَاهِدَا لَّنَا، يَا رَبَّنَا

...See more

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Mungkin Allah pilih dada kita untuk diletakkan Al-Quran tetapi belum tentu itu tanda kemuliaan.

Jika Allah berkehendak kemuliaan pada hamba-Nya, pasti dikekalkan hafalan dan diulang-ulang bacaan setiap waktu sehingga dia tidak akan melupakan Al-Quran.

Adapun orang yang tidak Allah ingin muliakan ia dengan Al-Quran, Al-Quran yang hanya berada di dadanya hanya dijadikan “transit” sementara dan sampai masa ia akan hilang tanpa bacaan dan ulangan.

Sekarang lihatlah ke dalam dirimu, apakah Al-Quran sedang memuliakanmu atau hanya menjadi ujian untukmu didunia ini?

#penghafazQuran

Читать полностью…
Subscribe to a channel