Seorang tahanan yang dibebaskan, seorang pemimpin, seorang pejuang, seorang syuhada.
Yahya Sinwar enggan menyerah kecuali dengan cara beliau sendiri, berjuang sehingga saat terakhir, mengenakan jaket tentera dan kuffiyeh. Beliau syahid di barisan hadapan di Rafah, dalam pertempuran bersenjata di mana IOF (Tentera Penjajah Israel) mengakui seorang askar mereka cedera.
Walaupun semua kuasa kejahatan dunia inginkan kepala Yahya, beliau membuat mereka berusaha keras untuk itu. Mereka mencarinya selama lebih setahun, hanya menemukan beliau secara kebetulan, setelah segala perisikan di dunia gagal.
Yahya, Abu Ibrahim, tidak bersembunyi di terowong, tidak dikelilingi oleh tawanan, dan tidak dikelilingi oleh orang awam Palestin, walaupun dituduh berbuat demikian oleh media Zionis, Barat, dan media Arab yang pro-Zionis. Tidak, dia berdiri di atas tanah, berjuang untuk rakyatnya dan bersama rakyatnya, menderita dan kelaparan seperti mereka.
Di sisinya hanya ada barangan sederhana: gula-gula Mentos, buku-buku doa, kad pengenalan, dan sepucuk pistol. Namun, ini bukan pistol biasa; ia adalah pistol seorang pegawai IOF yang dirampas semasa operasi wira “Edge of the Sword,” di mana IOF gagal menyusup ke Khan Younis pada tahun 2018 dan Sheikh Nour Baraka syahid ketika itu.
Yahya menjadi pemimpin pertama bagi sebuah faksi Palestin yang syahid dalam pertempuran bersenjata pada jarak sifar, mengorbankan apa yang paling berharga demi melancarkan "Taufan yang diberkati" kerana cinta dan kasih sayang yang mendalam terhadap rakyatnya. Melalui pengorbanan, Yahya mengubah dunia, menuntut pembebasan rakyatnya. Pada Oktober yang gemilang, Yahya dilahirkan pada 29 haribulan, dibebaskan dari penjara pada 18 haribulan, melancarkan "Taufan" pada 7 haribulan, dan syahid pada 17 haribulan.
Sebuah peluru ditembak. Yahya masih hidup. Sebuah lagi peluru dilepaskan—Yahya masih hidup.
Sebuah dron datang. Yahya masih hidup. Seorang penembak tepat menembak kepalanya.
Yahya masih hidup.
يحيى في كل القلوب يحيا
Kerana wahai Yahya, kamu hidup di dalam setiap hati.
Aamiin Yaa Rabb.
Nak tepek doa ni kemas², tolong aamiin-kan untuk saya dan orang² yang sentiasa inginkan hajat ini. Selalu ada 100 mata yang views, mudah²an Allah kabulkan sebelum meninggalkan dunia ini. Terima kasih 🥹❤️Читать полностью…
Posisi Hafal / Baca Al-quran Yang Terbaik.
Alhamdulillah saya sendiri sudah pun praktik cara ni sejak 2021, dan memang betul buat diri tidak mengantuk, lebih fokus dan lebih mudah hafal. Insya-Allah.
Tips ini juga yang pernah dikongsi oleh saudara Sodeeq Subri dahulu, barakallahu fiihuma. ☺️
"Belajar istiqamah (murajaah) sejak muda, insya-Allah memetik manisnya nanti di masa tua." - saadah_hafidzah
اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم
Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Umamah al-Bahili R.A, katanya:
Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:
اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ
“Bacalah al-Quran, kerana ia akan datang pada hari kiamat untuk memberikan syafaat kepada pembacanya.”
𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗦𝗢𝗟𝗜𝗗𝗔𝗥𝗜𝗧𝗜 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 𝗚𝗔𝗭𝗔
Al-Syahid al-Qaid Ismail Haniyeh: "Kami menyeru agar 3 Ogos ini dijadikan hari kebangsaan dan global untuk menyokong Gaza dan tahanan Palestin."
========
Bersempena menyahut seruan gerakan pejuang di Palestin yang menyeru agar hari Sabtu, 3 Ogos 2024 ini dijadikan hari solidariti kebangsaan dan global untuk menyokong Gaza dan tahanan Palestin, Dunia Palestin dengan kerjasama Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) menganjurkan kempen Hari Solidariti Digital Gaza 2024.
Kami menyeru kepada pempengaruh, pembuat konten dan pengguna media sosial untuk memenuhkan media sosial dengan konten Palestin pada 3 Ogos ini dengan tanda pagar #solidaritigaza
Kami juga menyeru agar diadakan ceramah Palestin di seluruh Malaysia pada 3 Ogos dengan bantuan bahan ceramah dan risalah disediakan oleh Dunia Palestin dan GSPP, mereka yang berminat boleh menghubungi nombor ini melalui whatsapp 01153497171.
Kami memohon jasa baik semua untuk menularkan makluman ini di semua platform media sosial dan bersama menyertai kempen ini demi perjuangan Palestin. Ribuan terima kasih diucapkan.
𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 🇵🇸
t.me/duniapalestin
اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم
اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم
اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم
Bacalah Al-Quran di mana kamu berada kerana ia menjemput kebaikan yang banyak. Barakah yang sangat besar bagi pembacanya.
Bayangkan betapa hebatnya seorang manusia jika menjadikan ia sebagai zikir harian, mulianya mereka yang hidup bersama al-Quran dan tujuannya adalah kerana Allah semata². ❤️
Masuklah dalam kalangan mereka,
Jika bukan anda 🫵🏻 siapa lagi?
Hukum Terlupa Hafazan Al-Quran
Menurut Syeikh Zakariyya al-Ansari, HARAM hukumnya melupakan hafazan al-Qur’an berdasarkan hadith-hadith yang disebutkan di laman ini, dan menurut Imam al-Ramli pula, ia haram jika disebabkan kecuaian dan malas, dan ia merupakan salah satu dosa besar.
(Rujuk Asna al-Mathalib 1/64 dan Fatawa al-Ramli 4/376)
Selain itu, Ibn Rusyd juga menukilkan ijma’ bahawa jika seseorang itu terlupa hafazan al-Qur’an kerana sibuk mempelajari ilmu-ilmu yang wajib dan ilmu-ilmu sunat, dia tidak berdosa.
(Rujuk Mathalib Uli Nuha 1/605)
Sementara Abu Syammah, guru Imam al-Nawawi pula mentafsirkan kalimah نسيان dengan erti kata meninggalkan dan tidak beramal, bukan semata-mata lupa dari sudut hafalan.
(Rujuk Al-Zawajir ‘an Iqtiraf al-Kaba’ir 1/201)
Hari ini, esok dan lusa (11, 12 & 13 Zulhijjah) adalah hari di mana doa tidak tertolak.
Abu Musa al-Ash'ari RA menyatakan dalam khutbah pada hari raya Eidul Adha:
بعد يوم النّحر ثلاثة أيام التي ذكر الله الأيام المعدودات لا يردّ فيهن الدّعاء،
فارفعوا رغبتكم إلى الله
"setelah hari raya korban, 3 hari yang Allah mengatakan 'hari yang dihitung', tidak ditolak doa padanya (hari-hari itu), maka tinggikan harapanmu kepada Allah"
Rujuk Lata'if al-Ma'arif hlm 506.
#FawaidUlama
Cara saya nak jadikan sesuatu ibadah yang baru saya lakukan itu menjadi darah daging saya iaitu dengan lima tips guru saya ajarkan ketika di Mesir :
1) Buat catatan kerana dengan catatan ini kita nampak kejayaan kita walaupun kecil.
2) Jika tertinggal sehari, ulang jadi hari pertama.
3) Letak satu denda pada diri kita jika kita tak buat pada hari tersebut. Denda ini untuk menjadikan diri kita seorang yang disiplin.
4) Konsisten selama 90 hari sebab selepas 90 hari, sesuatu perkata itu sudah menjadi tabiat dan darah daging kita inshaAllah.
5) Berdoa pada Allah agar Allah kurniakan kekuatan pada kita untuk lakukan sesuatu ibadah.
Iman kita senipis kulit bawang, paksalah diri untuk lakukan ibadah. Entah-entah esok kita sudah dijemput pulang mengadapNya.
Lakukan walaupun hanya nampak kecil dan remeh kerana Allah akan pandang istaqamah bukan jumlahnya.
@iwanaaisyah
Lima sebelum lima
Al-QURAN DALAM SATU LEMBARAN MUKA SURAT
Sesuai sangat ni nak buat mengulang hafalan Al-Quran kat mana-mana tempat. 😍
Kekurangannya: kedudukan ayat tidak sama dengan al-Quran Rasm Utsmani & visual gambaran agak lambat terpapar bagi phone biasa.
---
Boleh tekan link ini dan zoom untuk download 🧐:
https://drive.google.com/file/d/1Cp2DJXpak5is_SBOGwrrpaUQaQ9pg7Ad/view?usp=drivesdk
Tekan link > buka guna Google Drive > "Make a copy" (untuk simpan dalam gdrive sendiri atau download pdfnya).
- FB: AJAR -
9 April 2024, 29 Ramadan 1445H
Alhamdulillah Allah izin kita semua sampai ke akhir bulan Ramadan 1445H, mudahan dipertemukan lagi dengan Ramadan² seterusnya. 🥹
---
Untuk melengkapkan posting AstroMommy yg lalu..
Astromommy upload kembali ‘Koleksi Penuh Mentari Terbit 10 Hari Terakhir Ramadan 2024’.
Buat sahabat² kenalan semua.
Selamat Menyambut Hari Raya.
Maaf Zahir & Batin.
من أسباب الفتوح انتظار الشيوخ
“Di antara sebab mendapatkan futuh adalah menunggu kedatangan guru.”
"KUMPULAN TADARUS SAYA RAMAI BACA SALAH, TAPI TAKUT NAK TEGUR, NANTI KENA MARAH."
"NANTI KALAU BANYAK TEGUR, LAMBAT PULA NAK KHATAM?"
Habis macam mana sekarang?
Subscriber yang ada dalam channel ini insya-Allah semuanya sedang berjuang untuk bersama al-Quran. Saya jamin anda pernah terdetik nak menjaga, jika tidak mana mungkin kalian masih di sini. ☺️
Saya pasti kalian juga punya kenalan di luar sana yang sedang di fasa tenang setenangnya tanpa muraja'ah / membaca al-Quran.
Tugas kita apa?
Saling peringatkan bagi yang leka, lupa dan lalai. Kita yang masih sedar kepentingannya perlu jadi pendorong bagi sahabat seperjuangan @ ahli bayt kita yg lain. Ajaklah mereka untuk tidak tinggal baca al-Quran walaupun 1 muka & perbaiki diri kita juga utk tambah bacaan / amal.
Up di status story sebagai tanda cakna, tidak sampai menyindir pula, asalkan ada lalu di hadapan mata - telinga kita dan mereka tentang al-Quran. 🫶
Moga suatu saat Allah kurniakan taufiq pada mereka & kita juga istiqamah dengan apa yang kita amal selain dijauhkan lagha.Читать полностью…
اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم
Jiwa ini sangat suka pada rentak tradisi Melayu, video ini pula melintasi di hadapan mata hamba. 🫶
Di sebalik kita meraikan majlis kahwin sahabat-sahabat, hamba sangat bahagia melihat status story yang menunjukkan tanda ingatan, tanda cinta dan kasih kita semua pada junjungan mulia; Rasulullah ﷺ.
Buatlah macam hari raya, semua pakat update. Hidupkan suasana maulid Nabi Muhammad ﷺ.
Semoga Allah terima amal baik kita semua.
Teringat satu kisah seorang perempuan tua yang khatam al-Quran sebanyak 1000 kali.
Kisah ini diceritakan oleh Syeikh Zainul Asri.
Perempuan tua itu memulakan bacaan al-Quran bukan dari muda tetapi ketika berumur 50 tahun. Hatinya tergerak untuk khatam al-Quran dan mencatatnya.
Masha-Allah, Allah memuliakannya. Beliau meninggal dunia setelah berakhirnya bulan ramadhan.
Genap khatam al-Quran sebanyak 1000 kali, Allah memanggilnya pulang ke pangkuan-Nya.
Al-Quran yang dibacanya setiap hari itu hampir hancur. Beliau membaca al-Quran setiap hari sebanyak 2 juzuk.
Kita pula bagaimana? Berapa kali kita sudah khatam al-Quran dengan umur yang Allah beri pinjam ini?
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
وَٱلْعَصْرِ (١)
Demi Masa!
إِنَّ ٱلْإِنسَـٰنَ لَفِى خُسْرٍ (٢)
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوْا بِٱلْحَقِّ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلصَّبْرِ (٣)
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم
أنصحك أن تذهب لمسجد بعيد لا معارف لك به
Aku menasihatkanmu agar engkau pergi ke sebuah masjid yang jauh, yang engkau tidak ada orang mengenalimu.
وأن تذهب الأخت لغرفة منعزلة
Dan bagi wanita, agar pergi ke tempat, bilik atau ruangan yang terasing.
لتخلوا بكتاب ربك فتذوق حلاوته وتتدبر آياته
Supaya kamu dapat bersendirian bersama kitab Tuhanmu, lalu engkau menikmati kemanisannya dan mentadabburi ayat-ayatNya.
شر جليس لك في قراءتك هاتفك !Читать полностью…
Seburuk-buruk pendampingmu ketika membaca al-Quran, ialah 'handphone'mu.
فأنصحك أن تتركه في المنزل أو السيارة
Maka, aku menasihatkanmu, agar engkau meninggalkan ia di rumah atau di dalam kenderaan (dalam keadaan yang selamat)
وتذهب للقراءة وحدك حتى لا يدخل منه الشيطان
Dan engkau pergi membaca al-Quran bersendirian, supaya Syaitan tidak mengganggumu melaluinya.
من أسباب الفتوح انتظار الشيوخ
“Di antara sebab mendapatkan futuh adalah menunggu kedatangan guru.”
Al-Quran dengan Muzik?
Islam sangat menekankan adab ketika menuntut ilmu, jangan sampai kita nak menarik minat orang sampai sanggup menghina dan menggadaikan kesucian al-Quran.
Ambillah pengajaran. Jagalah Kalamullah; ia bukan sesuatu yang boleh buat bergurau dan ambil remeh.
Semoga Allah merahmati para pendakwah dalam bidang al-Quran, semua ahlinya dan orang² terlibat. Barakallahu fiihum & mudahan Allah mengampuni ‘kurang’ mereka dalam segenap aspek.
---
📍Tanbih:
00:42 - Apa yang ulama’ sebutkan
01:48 - Kisah Imam Syafie rahimahullah
01:38 - Simpulan video untuk Hamalah al-Quran
- Kredit video: Tazkirah Malam Jumaat
Seharian penat bekerja, jangan lupa belek al-Quran sebelum tidur. Satu muka surat pun tak apa. Baca dan ambil satu ayat untuk direnung maknanya.
Itulah yang akan kuatkan kita. Kata ulama':
إن القرآن غني، لا فقر بعده
"Al-Quran itu kaya, tidak akan fakir sesiapa yang mengejarnya."
TAHUN 3
TAJWID : PIRAMID HUKUM NUN SAKINAH DAN TANWIN
# Link PDF :
https://drive.google.com/drive/folders/1gtmU0bV2JPnY8Bwha0vYTPmql68JUuqU
Cara penerangan :
1) Nun Sakinah & Tanwin ada 5 org anak
2) - Anak pertama bernama iqlab
- Iqlab mempunyai seorang anak
3) - Anak kedua bernama idgham bila ghunnah
- Idgham bila ghunnah mempunyai 2 orang anak
# begitu lah seterusnya...
#designbyustazahzulaikhaskbb
#disediaPNGbolehprintyaaaa
#SemogaBermanfaat
LAMBAT/SUSAH HAFAZ QURAN
Al-Quran adalah anugerah Allah terbesar yg diberikan kpd umat Nabi Muhammad SAW. Ia adalah cahaya menyinari kehidupan, hujah yg terkuat dan keimanan. Allah swt juga memudahkan umat utk menghafaz al-Quran. Ibarat kata seorng pakar Quran, "tidak ada mana2 kitab dlm mana2 bahasa yg jumlah hlmnnya 604 hlmn dihafaz kecuali al-Quran."
Canggihnya al-Quran ini adalah dimudahkan utk menghafaznya. Namun begitu ada yg tidak berpeluang menghafaznya semasa bljr dahulu. Lps berkahwin, ada anak berapa org dan usia dah 5,6 siri baru datang semangat utk menghafaz Quran. Apakah blh mereka ni menghafaz Quran? Jwpnnya blh. Seribu kali blh.
Menghafaz Quran tidak terhad kpd usia tertentu. Bahkan sepanjang usia sesuai utk menghafaz Quran. "Kalaulah Allah mahukan, nescaya kamu blh menghafaz Quran dlm tempoh yg singkat. Akn tetapi ada hikmah yg Allah tentukan.. blh jadi lambat nak ingat Quran, blh jadi kesusahan semasa nak ingat Quran menjadi satu ketinggian."
Bahkan blh jadi Allah mahukan kamu memperbanyakkan ulangan utk kamu dapatkan bnyk kebaikan. Kamu diuji dgn susah menghafaz dan lambat menghafaz adalah utk kamu sentiasa melihat Quran dan memahami maknanya. Justeru dia menghidupkan hati kamu, menyihatkan rohani kamu dan mengangkat kedudukan kamu.
Credits Ust Khairul Anuar Mohamad
@smarttahfiz
Sebagaimana disebutkan di dalam kitab Taalīm al-Muta'allim:
"ومن تعظيم العلم تعظيم الكتاب"
Jangan tinggalkan al-Quran. Sekurangnya kita baca 5 muka surat sehari. Setiap kali selepas solat fardhu, baca 1 muka surat sekurang-kurangnya.
Sebelum tidur, ambil satu ayat untuk kita renung maksudnya. Jika ada guru atau bahan bacaan tadabbur yang bagus, boleh dibuat rujukan.
Jangan biarkan hidup kita berlalu tanpa interaksi dengan al-Quran.
Kepada sesiapa yang belum khatam al-Quran dan sedang berjuang nak tamatkan juga bacaan hari ini, semoga Allah mudahkan urusan kalian.
Semangat terus awak!
Selamat maju jaya.Читать полностью…
Masyallah
Dalam kitab ini banyak mutiara tajwid yang sayugia dipungut.
Bagi mereka yang termasuk dalam kalangan ahli tajwid dan faham kitab arab, pasti terpegun melihat isi kandungan ini.
Cukup menkagumkan isi kandungannya.
- Ustaz Tirmizi Taha PTBR