muntakhabahadis | Unsorted

Telegram-канал muntakhabahadis - LUAHAN BIDADARI ❣️

-

‛hadis-hadis pilihan’ "-Menuntun ilmu adalah taqwa" "-Menyampaikan ilmu adalah ibadah" "-Mengulang ilmu adalah zikir" "-Mencari ilmu adalah jihad" Nak jadi admin? Pm @h00piyy

Subscribe to a channel

LUAHAN BIDADARI ❣️

https://vt.tiktok.com/ZS8SqoDdR/

Читать полностью…

LUAHAN BIDADARI ❣️

https://instagram.com/sha_muslimah?igshid=OGQ2MjdiOTE=

Читать полностью…

LUAHAN BIDADARI ❣️

Tahukah Anda ?

Satu-satunya burung yang berani bertenggek di atas burung helang sewaktu ia sedang terbang adalah burung gagak. Namun, burung helang tidak akan memberi sebarang riaksi atau berlaga dengan burung gagak tersebut.

Burung helang tidak akan menghabiskan masa dan tenaga cuba bertarung dengan burung gagak. Sebaliknya, burung helang akan melebarkan sayapnya dan terbang mengharung awan ke paras yang lebih tinggi menuju keatas langit. Semakin tinggi burung helang menjulang ke atas langit, semakin sukar burung gagak untuk bernafas.
Akhirnya, burung gagak itu akan jatuh dengan sendiri kerana kekurangan oksigen.

Seperti burung helang, janganlah kita membuang masa cuba bertikam dengan gagak yg menganggu hidup kita hari ini, terbang tinggi dan biarkan mereka melukut mendongak mengikuti perjalanan kita.

Terbang dan terus terbang ke atas langit yg lebih tinggi kerana akhirnya nanti mereka akan jatuh dan hilang sendiri.

Читать полностью…

LUAHAN BIDADARI ❣️

QUIZ BULAN RAMADHAN 🍀

Читать полностью…

LUAHAN BIDADARI ❣️

tembus di bahagian antara dua pahanya. Hamzah bin Abdul Muthalib cuba bangkit dan berusaha berjalan ke arah Wahsyi, tetapi tidak berdaya
lalu rebah sebagai syahid.
Selepas tamat peperangan, Rasulullah SAW berkali-kali menanyakan keadaan Hamzah bin Abdul Muthalib yang tidak ditemuinya. Harits bin
Shamah yang mengetahui kejadian buruk yang menimpa bapa saudara Nabi itu tidak sampai hati untuk mengkhabarkan berita tersebut.
Disebabkan masih belum mengetahui khabar bapa saudaranya itu, Rasulullah SAW memerintahkan Ali bin Abi Talib untuk mencarinya.
Namun Ali bin Abi Talib menemui jenazah Hamzah bin Abdul Muthalib dalam keadaan menyayat hati, beliau duduk sebentar di samping jenazah
stu dengan perasaan yang sungguh sedih. Ali bin Abi Talib menjadi berat hati untuk menyampaikan berita duka itu kepada Rasulullah.
Lalu Rasulullah dan para sahabatnya bersama-sama memeriksa jasad
dan tubuh para syuhada yang gugur dalam pertempuran itu. Baginda terhenti dan terdiam seraya menyaksikan jenazah bapa saudaranya yang begitu memilukan. Lalu air mata membasahi pipi Baginda.

Tidak ada musibah yang lebih besar dari kematianmu dan tidak ada kesedihanku yang lebih sulit dari ini. Berkata Rasulullah dalam
kesedihan.
Hamzah bin Abdul Muthalib diperlakukan oleh Wahsyi dengan sangat kejam dan keji, jasad bapa saudara Rasulullah itu dipotong hidung,
telinga dan bibirnya. Wahsyi juga mencungkil ke dua matanya Bahkan
dirobek dada Hamzah bin Abdul Muthalib serta diambil hatinya, lantas dibawakan kepada Hindun.Ketika Rasulullah melihat keadaan tubuh bapa saudaranya itu,
Baginda sangat marah dan sedih. Allah SWT menurunkan firmanNya;

Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan
siksaan yang ditimpakan kepadamu. Akan tetapi
jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang
lebih baik bagi orang-orang yang sabar.
(an- Nahl:126)

Aku akan bersabar dan tidak akan membalas dendam. Baginda pun mengambil jubahnya dan menutupi wajah bapa saudara yang dikasihinya
itu. Namun jubah itu terlalu pendek bagi Hamzah. Jika jubah itu menutupi kepala maka kaki Hamzah bin Abdul Muthalib akan kelihatan, jika
ditarik untuk menutupi kakinya, kepalanya pula akan terlihat. Lalu Rasulullah SAW menarik jubah tersebut menutupi kepala Hamzah bin Abdul Muthalib dan menutupi kaki jenazah bapa saudaranya itu dengan
daun rerumput.

Читать полностью…

LUAHAN BIDADARI ❣️

(HAMZAH BIN ABDUL MUTHALIB)

SYUHADA YANG
GUGUR DI MEDAN ÜHUD

Siapakah yang berani menghalang dan
mencabarku? Telah jelas bahawa Muammad
itu Rasul Allah dan ajaran yang di bawanya adalah benar. Demi Allah, aku adalah pengikut
Muhammad. Maka kalau berani halangilah.aku!
(Hamzah bin Abdul Mutalib)

Читать полностью…

LUAHAN BIDADARI ❣️

badan aku. Aku bergelut.
Kawan-kawan aku mula panik. Aku pun tak tahu apa kena dengan aku. Aku rasa macam nak mengamuk. Tanpa sedar, lidah aku terjelir-jelir macam anjing Aku mendengus dan merangkak seperti anjing. Mata aku merah. Dan aku lepaskan diri dari pegangan diorang. Aku berlari guna kedua-dua tangan dan kaki sebiji macam
seekor anjing
Takpe, biarkan dia dulu. Kita kena pergi minta tolong sami,
jelas tauke lalu día terus hubungi sami yang dikenali.
Tak lama kemudian, dengan bantuan sami, diorang jumpa
aku semula. Aku kembali ke taman belakang sekolah. Diorang jumpa aku tengah bertenggek kat atas pokok besar. Grr ,Aku mendengus bila sami mula mendekati. Apa vang
terjadi kemudiannya aku sendiri tak ingat. Tapi sedar-sedar
Je aku dah kat rumah. Seminggu aku demam. Rupa-rupanya kitorang dah kacau penunggu kat kawasan bawah pokok besar
itu. Akibatnya aku kena rasuk. Kawan-kawan aku yang lain pun
turut demam. Sejak kejadian itu, kitorang tidak berani lepak
sampai pagi lagi.

- TAMAT

Читать полностью…

LUAHAN BIDADARI ❣️

🧚 Mencintai itu tidak salah,
Tapi kamu perlu mengalah,
Kerna hidup bermasalah,
Disebabkan dialah.

@luahanbidadarioffical

Читать полностью…

LUAHAN BIDADARI ❣️

Okay 👌 💓 thanks for voting

Читать полностью…

LUAHAN BIDADARI ❣️

Maaf ye kalau ada typing error
Dan orang ni ukty gelar S sebab dia tak benarkan bagitau nama.

Читать полностью…

LUAHAN BIDADARI ❣️

Ok 👌💓 insyaallah esok atau lusa ukty 🥰 cerita ye 😊 be ready.

Читать полностью…

LUAHAN BIDADARI ❣️

🧚 Diriku sering cuba untuk mengerti,
Apa yang kamu ingini,
Tapi kau tak pernah hargai,
Dan menganggapku tidak bererti.

@luahanbidadarioffical

Читать полностью…

LUAHAN BIDADARI ❣️

🧚 Matahari itu bersinar,
Tapi mampu membakar,
Jiwamu yang mekar,
Sehingga dendam terlakar.

@luahanbidadarioffical

Читать полностью…

LUAHAN BIDADARI ❣️

Sayyidina Syaddad bin Aus radhiallahu'anhu meriwayatkan bahawa Nabi ﷺ bersabda,

“ Orang yang bijaksana ialah orang yang selalu malekukan muhasabah terhadap dirinya yang melakukan amalan untuk kehidupan selepas mati. Sementara orang yang bodoh ialah orang yang menurut hawa nafsunya kemudian menaruh harapan terhadap Allah s.w.t (bahawa Allah s.w.t ialah Zat Yang Maha Pengampun.)”
-Tirmizi-

💡• @muntakhabahadis

Читать полностью…

LUAHAN BIDADARI ❣️

Sayyidina Abdullah bin Abbas radhiallahu'anhu meriwayatkan bahawa Sayyidina Abu bakar radhiallahu'anhu berkata,

“Wahai Rasulullah, tuan telah nampak tua.” Baginda ﷺ bersabda, “Surah Hud,Surah al-Waaqi'ah , Surah al-Mursalaat , Surah an-Naba dan Surah at-Takwir telah menyebabkan saya menjadi tua.”
-Tirmizi-

Keterangan : Surah-surah itu telah menyebabkan Baginda ﷺ menjadi tua kerana dalam surah itu ada keterangan yang menakutkan tentang hari kiamat , keadaan akhirat serta azab yang akan dekenakan ke atas orang-orang yang berdosa.

💡• @muntakhabahadis

Читать полностью…

LUAHAN BIDADARI ❣️

https://vt.tiktok.com/ZS8SmJd2G/

Читать полностью…

LUAHAN BIDADARI ❣️

https://vt.tiktok.com/ZSRQsUxAA/

Читать полностью…

LUAHAN BIDADARI ❣️

Assalamualaikum wr wb_*sekilas Info :*_
_Innalillahi Wainaillaihi roji'un....._
Palestine dikepung oleh pasukan israel..israel marah krn ktt oki di TURKI menyudutkan israel, mereka melakukan serangan darat ke Gaza... pemimpin Hizbullah, Syed Hasan Nasrullah minta semua muslim utk membaca surah al-Baqarah ayat 26-27 dan surah Yunus ayat 85,86,88 malam ini.. tolong sebarkan.. agar israel hancur.. forward kpd seluruh umat Islam.. saudara seagama telah dikepung tunggu waktu utk di sembelih.. keadaan amat dahsyat.. itu saja jihad kita.... minta tolong dgn sangat kpd sahabat2 sebarkan seluas mungkin....Labbaika Allahuma Labbaika .. minta tolong dgn sangat kpd sahabat2 sebarkan seluas mungkin.
: Israel rencana akan menyerang dalam masa 24 jam. Jangan stop berdoa ayat2 berikut utk Palestine
La illaha illa Anta subhanaka inni kuntu minadzdzaalimin. Tolong FORWARD berita ini kpd kaum Muslimin/Muslimat semuanya!!!
Astaghfirullah..........3x, lalu baca:
*Hasbunallahu wa ni'imal wakil, sebanyak 7 kali........
Walaupun tak membaca, tolong forwardkan message ni
Selepas membaca skrg forwards. Dlm brp menit, berjuta orang akan membaca. Tolong foward kpd rekan2 Islam ...atau sebarkan kpd semua rekan2 Islam...ALLAHU akbar

Читать полностью…

LUAHAN BIDADARI ❣️

Wahsyi bin Harb Memeluk Islam

Semasa penaklukan Mekah, Rasulullah SAW masuk ke kota itu bersama-sama dengan 100,000 orang kaum Muslim. Manakala Wahsyi melarikan
diri. Datang isterinya menemui Rasulullah SAW.Wahai Rasulullah, suamiku mempunyai dosa yang sangat besar. Jika dia memeluk Islam dan bertaubat, adakah suamiku itu akan diampuni?
Allah SWT memaafkan semua dosa yang terdahulu jika orang itumahu bertaubat, selepas memeluk Islam dan bertaubat, orang tersebut dah tidak berdosa lagi.Berkata Rasulullah SAW kepada isteri Wahsyi.
Maka isterinya pun menemui suaminya, lalu menyampaikan kata-kata Rasulullah kepadanya.
Allah akan mengampuni semua yang lalu kalau kau mahu bertaubat dan masuk Islam.
Wahsyi berkata pula pada isterinya, Adakah Muhammad mengetahui bahawa kamu itu isteriku?
Tidakku sampaikan.
Sampaikan dulu pada Muhammad, mustahil aku diampuni. Balas Wahsyi lagi.
Dengan segera isterinya itu menemui Rasulullah semula, Ya
Rasulullah, apakah betul semua dosa akan diampuni? Suamiku itu sangat ketakutan.
Ya. Allah memaafkan apa-apa yang terdahulu.Balas Baginda.
Ya Rasulullah, suamiku adalah Wahsyi yang telah membunuh bapa saudaramu. Dialah yang merobek dada Hamzah, mengeluarkan hatinya.
mencungkil kedua matanya, memotong bibir, hidung dan kedua telinganya.Balas wanita itu lagi. Wajah Rasulullah SAW terus berubah,Baginda terdiam dan tidak menjawab. Lalu turunlah ayat
Katakan, 'Wahai hamba-hambaku
yang telah melampaui batas dalam berbuat dosa, jangan
berputus asa dari kasih sayang Allah, Allahmengampuni semua dosa.


Tidak lama kemudian, Wahsyi datang menemui Rasulullah dan ingin memeluk Islam.
“Kau Wahsyi yang telah membunuh bapa saudaraku, Hamzah bin Abdul Muthalib? Soal Rasulullah SAW.
Betul wahai Rasulullah, akulah yang membunuhnya.
Wahai Wahsyi, aku maafkan kesalahanmu. Namun satu hal, jangan lagi kau memperlihatkan wajahmu di hadapanku selepas ini. Tapi kenapa wahai Rasulullah? Bukankah kau sudah memaafkan
aku? Tanya Wahsyi lagi.
Aku sudah memaafkanmu, tapi jika aku lihat wajahmu aku terbayang wajah Hamzah bin Abdul Muthalib yang dihancurkan olehmu itu, aku
teringat akan wajah Hamzah. Oleh itu jangan kau muncul di hadapanku lagi. Balas Rasulullah dalam kelembutan yang tegas. Wahsyi berasa kecewa tetapi sedar akan kedudukannya. Lalu dia
berterusan memperbaiki dirinya dan meningkatkan ketakwaannya kepada
Allah SWT sehinggakan semakin hari kian bertambah cintanya kepada Rasulullah SAW. Wahsyi bertekad untuk tidak akan pulang lagi ke kota
Mekah tetapi benar-benar menebus kesalahannya dengan menyebarkan Islam melalui dakwahnya ke pelosok dunia.

Читать полностью…

LUAHAN BIDADARI ❣️

Hamzah bin Abdul Muthalib bin Hasyim adalah salah
seorang bapa saudara Nabi Muhammad SAW dan juga
saudara susuan Baginda. Beliau lahir pada tahun keempat
sebelum peristiwa pasukan bergajah (Tahun Gajah) di kota Mekah iaitu hampir sama dengan kelahiran Rasulullah SAW. Hamzah bin Abdul Muthalib merupakan seorang pemuda Arab yang sangat berani dan cerdas. Dalam setiap peperangan, beliau sesekali tidak akan mundur dan menyerah. Kepahlawanannya sangat menonjol dalam
pertempuran dengan kaum kafir walaupun bilangan tentera Muslimin yang sangat kecil.
Hamzah bin Abdul Muthalib juga sentiasa berada di sisi Nabi Muhammad SAW dalam menyebarkan Islam walau ketika itu beliau masih belum memeluk Islam. Hamzah sangat menyayangi anak saudaranya itu sehingga beliau sendiri akan mengancam sesiapa yang mengganggu Rasulullah. Hal itu menyebabkan pemimpin dan pembesar Quraisy takut dan bimbang lalu tidak berani menghalang dakwah Nabi Muhammad SAW.
Hamzah bin Abdul Muthalib memeluk Islam pada tahun kedua kenabian Rasulullah. Beliau turut berhijrah bersama-sama Rasulullah SAW selain menyertai Perang Badar. Beliau meninggal dunia semasa menyertai Perang Uhud. Rasulullah SAW menjulukinya dengan Asadullah (Singa Allah) dan menamainya sebagai 'Sayidus Syuhada.

Kisah Pembunuhan Hamzah RA oleh Wahsyi

Sehari sebelum bermulanya Perang Uhud, Rasulullah SAW menemui Hamzah bin Abdul Muthalib. Baginda seolah-olah dapat merasakan bapa saudaranya itu akan gugur sebagai syahid. Baginda pun berbincang dengan Hamzah bin Abdul Muthalib dan menanyakan kembali
keyakinannya mengenai Islam yang dibawa Baginda.
Hamzah menjawab dengan tegas dan mengucap syahadat dengan fasih.
Kau adalah pemimpin para syuhada, singa Allah, singa RasulNya dan bapa saudaraku. Kata-kata Rasulullah ini membuatkan dada Hamzah
bergemuruh dan lebih bersemangat sambil menitiskan air mata.
Rasulullah SAW terus mendoakan bapa saudaranya itu agar tetap di jalan
tauhid.
Menjelang Perang Uhud, Hamzah bin Abdul Muthalib berkata kepada Rasulullah,
Aku bersumpah atas nama Allah, tidak akan sedikitpun menyentuh makanan sebelum mengeluarkan semua musuh dari kota Madinah ini!
Perang Uhud berlaku pada bulan Ramadan, kaum Muslimin yang berjumlah 300 orang berbaris di kaki Gunung Uhud di bahagian utara Madinah. Tentera Islam memulakan peperangan dengan penuh
keberanian dan keimanan.
Antara yang paling menonjol ialah Hamzah bin Abdul Muthalib. Dengan dua bilah pedang di tangan beliau menyerang musuhnya sambil
berteriak,
Aku adalah singa Allah! Laungnya dengan penuh semangat.

Dendam Hindun

Rermula dengan kekalahan kaum kafir Quraisy di perang Badar pada tahun ke-2H, Hindun iaitu seorang isteri pembesar Quraisy, Abu Sufyan
masih berdendam lantaran ramai saudaranya yang terbunuh di medan
Badar. Wanita itupun berusaha membalas sakit hatinya dengan mengupah seorang pembunuh untuk membunuh Nabi Muhammad, Saidina Ali bin
Abi Talib atau Hamzah bin Abdul Muthalib
Jika kau berjaya membunuh Muhammad, Ali mahupun Hamzah sebagai membalas kematian bapaku, kau akan aku bebaskan sebagai
harmba. Kata Hindun menyatakan upahnya kepada Wahsyi bin Harb.

Wahsi pan menjawab,
Aku mungkin tidak mampu membunuh Muhammad ataupun Ali .Mereka berdua sangat lincah dan tangkas di medan perang. Namun,
Hamzah lebih mudah emosi dalam pertempuran sehingga dia tidak memerhati keadaan di sekitarnya. Mungkin aku
mampu membunuhnya
Lalu Wahsyi pun mengikuti kumpulan tentera Muslimin dan
merancang pembunuhan Hamzah bin Abdul Muthalib. Dalam petang itu Wahsyi sentiasa mencari peluang untuk mencapai niat buruknya itu
Hamzah telah berjaya membunuh 31 orang kafir Quraisy sebelum tergelincir dan baju besinya juga terjatuh.

Di tengah-tengah pertempuran itu, Wahsyi terus mengintai gerak-geri Hamzah bin Abdul Muthalib, lalu melempar tombaknya dari belakang yang akhirnya mengenai bahagian pinggang Hamzah hingga

Читать полностью…

LUAHAN BIDADARI ❣️

KISAH SERAMMMSS 👻 lagiww

Читать полностью…

LUAHAN BIDADARI ❣️

Sekarang aku nak ceritakan pengalaman aku masa kat sekolah menengah. Nak dipendekkan cerita, pada malam cuti sekolah,
aku ajak kawan-kawan aku lepak kat warung sampai pagi.
Jam pun dah menunjukkan pukul 11 malam. Kitorang bertiga bertemankan tauke warung je masih ada kat situ. Kitorang pun memang rancang nak lepak minum-minum sambil main daun terup untuk hilangkan rasa bosan.
Wei, bosanlah... takkan asyik nak main daun terup je sampai
pagi? Apa kata kita keliling satu kampung? cadang Chun.
Bagus juga idea tu, jom! Kitorang bersetuju.
Dia pun ajak kitorang berjalan-jalan keliling kampung makan angin. Kitorang tunggang motor masing -masing. Selepas puas
round, kitorang lepak taman pcrmainan berhampiran sekolah.Sampai je kat situ, kitorang sambung berborak kat bawah pokok besar.
Woi, apa tu? kata Waw

Hmm? Kenapa? Chun terus menoleh ke arah pandangan
Wan.Tiba-tiba muka Chun dan Wan berubah.Seolah-olah diorang macam baru nampak hantu.Lari, lari!!! jerit Chun dan Wan . Diorang terus lari
dengan motor masing-masing dan tinggalkan aku seorang diri.
Woi! Korang nak pergi mana? jerit aku. Aku rasa pelik.
Diorang terus pecut tinggalkan aku tanpa bagitau apa-apa. Aku
dah mula cuak. Ada apa-apa ke kat belakang aku?
Pssshhh... Tiba-tiba aku dengar bunyi bising dari arah semak
belakang pokok besar.
Bunyi tu makin lama makin dekat. Aku perhatikan je. Tupai
ke? Alangkah terkejutnya aku bila aku ternampak ada kelibat
melompat ke atas pokok. Lembaga besar. Hitam. Macam
orang? Tapi hati aku kuat mengatakan itu bukannya orang. Aku mula rasa takut. Aku cuba start motor aku lagi.
Tolonglah, tolonglah start.. Jantung aku berdegup kencang.
Peluh aku mula menitik. Kaki aku ligat menekan pedal starter
enjin. Oleh kerana terlalu panik, kaki aku kerap tergelincir
daripada pedal motor Bulu roma aku meremang. Aku dapat
rasakan benda tadi merenung aku dari jauh. Kecut perut aku

bila nampak kelibat tadi melompat turun dari atas pokok.Lembaga hitam tu berjalan semakin lama semakin dekat ke arah aku. Alangkah terkejutnya aku apabila rupa-rupanya lembaga
hitam tersebut ternyata manusia berkepala anjing. Gigi taring yang mengerikan, lidah terjelir keluar dan air liur merembes macam anjing.
Makhluk tu mula mendengus dan mengejar aku seperti serigala jadian. Kaki aku menggeletar. Aku cuba lari. Tapi kaki aku tetap tak boleh bergerak. Aku menggigil ketakutan. Aku cuba
pejamkan mata. Aku tekup telinga. Bunyi salakan tetap aku
dengar. Kemudian aku terasa aku kena gigit dari belakang.
Shu ! Shu, bangun! Saat aku buka mata, aku dah kembali kat warung kitorang lepak tadi. Wan dan Chun nampak risau tengok keadaan aku.Kau okey ke? Tadi masa kat taman, kau tiba-tiba histeria. Kitorang cuba nak sedarkan kau tapi kau mula meracau. Lepastu, kitorang bawa kau balik sini untuk minta tolong tauke, jelas
Wan .Ergh... entahlah... badan aku rasa sakit sangat, pedih...Badan aku terasa sakit seolah-olah baru je kena gigit dengan manusia

berkepala anjing tadi. Aku cuba buka celahan baju untuk
melihat bahagian bahu yang terasa sakit. Apabila aku periksa, bahu aku memang ada kesan gigitan. Semua orang pun turut terkejut tengok kesan itu.
Apa ni? Ada bekas kena gigit kat bahu kaulah... Tapi tak
berdarah pun? Kitorang saling memandang. Masing-masing
mula rasa cuak. Aku rasa aku kena gigit dengan benda pelik tadi. Benda apa tu? tanya tauke.
Tak pasti apa. Tapi badan dia macam orang, kepala dia macam anjing... macam serigala jadian... Muka tauke berubah. Dia terus rasa resah dan suruh kawan-kawan aku pegang badan aku kuat-kuat. Aku dah mula rasa pelik. Kawan-kawan aku turuti
permintaan tauke itu walaupun masing-masing rasa bingung.
Tiba-tiba badan aku rasa panas. Rimas. Aku rasa marah. Rasa
macam nak mengamuk.
Arghhh!!!,Aku menjerit. Muka aku berubah hodoh. Kawan-
kawan aku takut melihat keadaan aku.Tahan dia! Tu bukan lagi kawan korang! Tauke turut pegang

Читать полностью…

LUAHAN BIDADARI ❣️

Insyaallah bila free ukty cerita

Читать полностью…

LUAHAN BIDADARI ❣️

Owh tak serammmss ye satgi kang ukty cerita 🙈 SERAMMMSS lagiww tak tidur kut malam malam pensyannnn 😂😂 hahaha melawakss je.

Sebenarnya boleh je nak cerita seram tapi ukty takut ada yang tak boleh dengar cerita seram sangat takut fobia atau tak boleh tidur malam ke 😭 itu yang risau tuww

Читать полностью…

LUAHAN BIDADARI ❣️

Di sekolah S, setiap pintu kelas digantung satu papan
kecil kecuali sebuah bilik di sudut tingkat satu. Bilik tersebut sudah lama terbiar. Tingkap dan pintunya dikunci.
Disebabkan perasaan ingin tahu, maka S mahu
merungkai misteri bilik itu seorang diri. Setelah waktu sekolah tamat, dia terus menuju ke bilik tersebut dan mengintai melalui celah pintu dan tingkap. Malangnya, dia tidak dapat memasuki bilik itu walau apa jua cara dilakukan kerana pintu dan tingkapnya ditutup rapat. S mundar-mandir di luar bilik itu sambil mencari jalan untuk masuk ke dalam bilik itu.Tiba-tiba, S mendengar bunyi yang kuat. Seorang
lelaki muncul di pintu belakang kelas. Dia cuba melanggar pintu tersebut sekuat yang mungkin. S berasa terkejut kerana tiada sesiapa yang berminat tentang bilik itu kecuali dirinya.Namun, lelaki itu terus ghaib apabila S mencuba
menghampirinya.
"Le... Lelaki itu ialah hantu!"Badan S terus menggigil
ketakutan. Dia berlari pulang ke rumah.Dahulu, abang S pernah belajar di sekolah yang
sama. Dia terus bertanya kepada abangnya sebaik sahaja dia tiba di rumah.

Asalnya bilik itu ialah makmal, Rasa-rasanya bilik makmal
sudah ditukar selepas saya tamat persekolahan, jawab abang S
Oh, makmal rupanya! Walaupun persoalan S sudah
terjawab, namun dia masih tertanya-tanya punca makmal itu tidak digunakan lagi.
Abangnya mengeluh lalu menjawab, Dahulu, makmal
tersebut pernah terbakar. Para pelajar dan guru tidak dapat
keluar dari makmal itu selepas terhidu gas beracun. Kebanyakan daripada mereka mati di dalam makmal itu.
Makmal itu ditutup oleh pihak sekolah?tanya S
dengan cemas.
Ya. Khabar angin mengatakan bahawa hantu akan muncul
di dalam makmal tersebut dan mencederakan murid-murid.
Akhirnya, pihak sekolah terpaksa menutup makmal tersebut. S berasa lega kerana semua persoalan telah dijawab.
Dia teringat akan kejadian yang berlaku kepadanya tadi lalu
diceritakan kejadian itu kepada abangnya. Saya bertembung dengan hantu hari ini. Ada seorang lelaki telah muncul di luar makmal sambil melanggar pintu makmal !
Abang S berasa terkejut, Rupanya dia masih ada di
sekolah itu lagi! Khabarnya, ada seorang murid yang terselamat
dan dia telah pergi ke tandas semasa kebakaran berlaku.
Dia berasa terkejut apabila melihat rakan-rakannya di atas
lantai. Dia mencuba menyelamatkan seorang demi seorang.Akhirnya dia mati di luar makmal akibat terhidu terlalu banyak gas beracun.

Dikatakan bahawa hantu lain tidak pernah muncul sejak
makmal itu ditutup kecuali hantu lelaki tersebut. Dia akan
melanggar pintu makmal dengan kuat seolah-olah mahu
menyelamatkan orang, ujar abang S lagi.
S mula berasa simpati terhadap lelaki tersebut.
Walaupun nyawanya telah tergadai semasa menyelamatkan rakan-rakan, namun dia masih bersemangat walaupun dia sudah mati.
Hantu itu pasti boleh bersemadi jika saya dapat membuka
pintu makmal untuknya,' bisik S
Sejak itu, S mula mencari cara untuk membuka kunci
makmal. Beberapa hari kemudian, dia menuju ke makmal terbiar itu sekali lagi. S berjaya membuka kunci tersebut setelah mencuba beberapa kaedah. Lelaki itu telah muncul sebaik sahaja kunci dibuka.Dia asyik melanggar pintu itu. Walaupun S berasa takut, namun dia tetap memberanikan diri untuk membuka pintu tersebut secara perlahan-lahan. Lelaki itu tersenyum.Tiba-tiba, S mendengar bunyi jeritan yang kuat sebaik sahaja pintu dibuka. Sekumpulan kelibat hitam telah meluru
keluar dari makmal.
Ah! S terjatuh di atas lantai sementara kelibat-kelibat hitam itu hilang di hadapan matanya. Lelaki itu sekali lagi mengukir senyuman yang menyeramkan kepada S sebelum dia ghaib.

PANG!!
S sangka perkara ini akan berakhir jika dia berjaya
masuk ke dalam...Rupanya hantu-hantu itu masih ada di sekolah tetapi terkurung di dalam makmal. Tujuan lelaki itu muncul kerana mahu membebaskan hantu-hantu tersebut. Macam mana sekarang? Hantu-hantu itu sudah terlepas. Barangkali hantu-hantu itu akan muncul lagi nanti. S berharap tiada sesiapa yang tahu tentang kejadian ini.

Читать полностью…

LUAHAN BIDADARI ❣️

🧚 Sakitnya apabila kau tak percaya,
Maaf aku tak lagi berdaya,
Menahan segalanya,
Biarkan aku pergi selamanya.

@luahanbidadarioffical

Читать полностью…

LUAHAN BIDADARI ❣️

🧚 Tidak akan ada air mata yang menitis secara tiba tiba ,

Pasti ada sebab disebalik tawa yang ditunjukkan.

@luahanbidadarioffical

Читать полностью…

LUAHAN BIDADARI ❣️

🧚 Hidup cuma sekali,
Dosa itu berkali-kali,
Tapi kita tidak sedari,
Kerana lemas dalam duniawi.

@luahanbidadarioffical

Читать полностью…

LUAHAN BIDADARI ❣️

Reminder Jom Selawat :

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

" Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku di Hari Kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku "
- Al-nasai & Ibnu Hibban -

💡• @muntakhabahadis

Читать полностью…

LUAHAN BIDADARI ❣️

Sayyidina Uqbah bin Amir radhiallahu'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,

“Sesungguhnya perumpamaan orang yang melakukan dosa kemudian dia malakukan amal kebaikan seumpama seorang lelaki yang memakai baju besi yang ketat sehingga mencekik lehernya, kemudian dia beramal kebaikan maka terungkai satu gelung rantainya kemudian dia beramal kebaikan lagi maka terungkai satu lagi gelung rantainya sehinggalah baju besi itu lolos ke bumi.”
-Musnad Ahmad-

💡• @muntakhabahadis

Читать полностью…
Subscribe to a channel