mutiarailmuallah | Unsorted

Telegram-канал mutiarailmuallah - EZMY #MutiaraIlmuIlahi

700

REZEKI TAK DISANGKA-SANGKA Siapa yang memegang hati manusia? Siapa yang pegang REZEKI kita? Semestinya Allah SWT https://aboutme.style/evaaisyah 🤍

Subscribe to a channel

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

https://tinyurl.com/rezekiberkat99

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

Jangan sesekali berputus asa dalam usaha memperbaiki diri. Andai terjatuh kembali dalam dosa, bangkitlah dan bertaubatlah kepada Allah.

Teruskan melawan hawa nafsu, jauhi pintu-pintu maksiat dan sentiasa memohon pertolongan Allah agar diberikan kekuatan untuk istiqamah dalam ketaatan.

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

Assalammualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Selamat Pagi korang 🌹

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

Assalammualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Selamat Pagi korang 🌹 Salam Jumaat Barokah 🤲

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

Assalammualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Selamat Pagi korang 🌹

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

SERAHKAN URUSANMU KEPADA ALLAH… ❤️

Kadangkala kita terlalu sibuk memikirkan sesuatu yang belum pasti menjadi milik kita.

Kita risau tentang hari esok, tertanya-tanya mengapa sesuatu yang diharapkan masih belum hadir, malah ada waktunya kita kecewa apabila apa yang dirancang tidak menjadi kenyataan.

Namun, pernahkah kita berhenti sejenak dan bertanya kepada hati…

Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita?

Jika sesuatu itu datang dalam hidup kita, bersyukurlah. Mungkin itulah rezeki yang telah Allah tetapkan.

Jika sesuatu itu tidak menjadi milik kita, belajarlah untuk reda. Mungkin Allah sedang menjauhkan kita daripada sesuatu yang tidak sesuai untuk kita.

Jangan terlalu bersedih dengan apa yang terlepas. Jangan pula terlalu takut dengan apa yang belum tiba.

Teruskan berusaha, berdoa dan bertawakal.

Senyumlah… tenangkan hati. Bukan kerana hidup sentiasa mudah, tetapi kerana kita percaya Allah tidak pernah tersilap dalam mengatur sesuatu.

Apa pun yang berlaku, jangan lupa ucapkan Alhamdulillah.

Semoga Allah mengurniakan hati yang tenang, jiwa yang reda dan kehidupan yang sentiasa dalam keberkatan-Nya. Aamiin. 🤲🏻

*Self-reminder*
Ezmy 🌹

#MuhasabahDiri #Tawakal #PercaturanAllah #Alhamdulillah #AlwaysBackToAllah

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

Assalammualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Selamat pagi korang 🌹

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

Assalammualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Selamat pagi 🌹

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

46.Al-Ahqāf : 15

وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا ۖ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا ۖ وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْرًا ۚ حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي ۖ إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Kami wasiatkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandung sampai menyapihnya itu selama tiga puluh bulan. Sehingga, apabila telah dewasa dan umurnya mencapai empat puluh tahun, dia (anak itu) berkata, “Wahai Tuhanku, berilah petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, dapat beramal saleh yang Engkau ridai, dan berikanlah kesalehan kepadaku hingga kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada-Mu dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.”

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

Assalammualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Selamat Pagi korang 🌹

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

Assalammualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Selamat Pagi 🌹
Salam Jumaat Barokah 🤲

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

KESAKITAN SEORANG ISTERI.
.
BURN OUT.
=========
.
Bila kita mengharapkan orang faham kita terutamanya. Percayalah.. mereka lelaki takkan pernah faham.
.
Sebab mereka adalah satu makhluk yang tak faham bahasa tersirat. Mereka hanya faham bila kita terus terang. Bahasa yang straight. Kalau nak makan pisang goreng kena cakap nak makan pisang goreng. Bukan cakap ermm sedapnya pisang goreng tu (bahasa kias orang perempuan)
.
Perempuan ni Allah jadikan pakej dengan sifat malu yang tinggi. Thats why kami ni nak mintak apa-apa cakap straight atau terus terang tu macam menjatuhkan maruah kami. Nak kena cakap straight nak benda tu. Malu muka kami. Nak mintak-mintak lagilah kami malu..sebab tu ada antara kami sanggup cari duit sendiri dari mintak-mintak. Nak beli apa beli je sendiri. Puas tanpa mintak. Rasa kami menyusahkan orang kalau mintak-mintak. Macam pengemis kekdahnya. Gitulah malu dalam diri kami yang Allah ciptakan. Tapi lelaki tak pernah faham rasa 'malu' kami tu.
.
Kami kena belajar untuk jadi orang yang meminta-minta dan kena pulak mintak terus terang. Allah. Dua perkara yang cukup berat bagi kami. Nak kena mintak lepas tu nak kena cakap straight benda yang kami nak. Allahu.
.
Contoh lain kami selalu cakap... sampah pun dah penuh ni... cara kami begitu. Dengan harapan. Orang yang dengar tu dia ambik action p buang sampah tu. Kenapa kami bercakap macam tu? Sebab kami taknak kami rasa kami mengarah atau suruh2 orang p buang sampah. Contoh kita cakap.. pa.. buang sampah tu. Dah penuh. Ampa tak rasa kami mengarah atau menyuruh-nyuruh ke?
.
Itulah cara perempuan. Disebalik kiasan dia tu. Terselit sifat malu dan tak suka nak menyusahkan orang. Tapi nak orang buatkan tanpa rasa orang tu diarah-arahkan direct. 😅 paham tak?
.
Ermm. Kebanyakkan semua wanita mengalami masalah yang sama dengan suami masing-masing betul tak? Last last tak jalan komunikasi camtu. Kena ikut cara diorang..kita kena korbankan perasaan malu kita dan rasa kita tu untuk mereka jelas pada apa yang kita mintak. Baru tindakan jadi cepat. Kalau tak makan hati lagi mereput.
.
Dalam rumah tangga, perkara paling penat adalah bila fasa ada anak. Anak kecik-kecik. Waktu ni memang burn out teruk. Waktu kahwin takda anak ok lagi. Anak besar ok lagi.
.
Anak kecik dan tengah lasak membesar tu lah rasanya kemuncak ujian dalam rumahtangga. Sebab dia punya struggle tu memang tak boleh bawa bincang. Dengan rumahnya sepah, kotor dan kain tak sempat nak berlipat. Kalau ada baby kecik lagilah huru hara. Ini kes kalau suami tak faham dan tak bantu. Triple dia punya penat tu. Macam lipas kudung. Makan nasi pun tak kunyah dah. Telan terusssss... 😅😅😅
.
Suami ni dia bukan tak memahami... macam saya cakap tadi... dia kena cakap straight atau kena terus terang. Nak dia faham kita, bagi dia buat kerja tu baru dia rasa dan fikir macam mana penat kita jaga anak dengan rumah tunggang langgang. Itu pun kalau dia boleh faham. Kalau tidak dia tak faham lagi dia marah kita dan kita yang depress. Nak explain apa kita rasa tak sampai maksud. Bahasa kias pun tak faham. Ni kan nak cakap pasal rasa stress semua. 😅😅😅.
.
Mereka juga tak suka mendengar. Susah jadi pendengar yang baik. Sedangkan perempuan ni sifatnya hanya nak orang dengar sahaja. Dengar, faham dan bantu. Cukup.
.
Jadi wanita ni bila dia stress dia pendam perasaan tu. Kalau tak boleh keluar rumah pergi shopping atau ambil angin...Cara lain, dia tonton movie k drama, baca novel, atau buat benda-benda yang dia suka dan boleh bagi dia happy tanpa bercakap lagi dah. Mungkin main fesbuk atau tengok lah apa-apa. Banyak diam dan pendam. Takda kawan nak luah perasaan yang sakit tu. Itu ajelah cara yang ada untuk dia dapatkan balik semangat dia yang dah hilang akibat penat emosi tu.
.
Kesannya... akan jadi pemarah. Masam muka. Tinggi suara. Hilang pertimbangan. Pukul anak. Sedangkan bukan itu sifatnya. Tapi sebab orang tak faham. Tak mendengar. Tak membantu. Maka kami jadilah begitu.

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

PELUK DIRI SENDIRI… KADANG-KADANG KITA JUGA PERLU DIPUJUK. ❤️

Ada waktunya kita terlalu sibuk menjadi kuat untuk orang lain, sampai terlupa bahawa diri sendiri juga sedang keletihan.

Kita tersenyum walaupun hati sedang bersedih. Kita berkata tidak mengapa, sedangkan ada luka yang masih belum sembuh. Kita memilih untuk diam kerana tidak semua yang kita rasa mampu kita ceritakan.

Namun, duhai hati…

Tidak mengapa jika hari ini kamu terasa lemah. Tidak mengapa jika air mata mengalir tanpa mampu ditahan. Kamu tidak perlu berpura-pura kuat setiap masa.

Peluklah dirimu sendiri. Berikan ruang untuk berehat. Jangan terlalu menyalahkan diri atas perkara yang tidak mampu kamu kawal.

Ingatlah, walaupun manusia tidak mengetahui segala yang kamu pendam, Allah Maha Mengetahui.

Saat terasa tiada siapa yang memahami, sujudlah dan mengadulah kepada-Nya. Ceritakan segala yang terbuku di hati. Tidak ada satu pun air mata dan rintihanmu yang tersembunyi daripada pengetahuan Allah.

Kita mungkin tidak sekuat yang disangka, tetapi dengan pertolongan Allah, kita masih mampu meneruskan perjalanan ini.

Jangan menyerah hanya kerana hari ini terasa berat. Berehatlah jika perlu, tetapi jangan berhenti berharap kepada rahmat Allah.

Semoga Allah memeluk hati kita dengan ketenangan, menguatkan jiwa yang rapuh dan menggantikan setiap kesedihan dengan sesuatu yang lebih baik.

Aamiin ya Rabbal 'alamin. 🤲🏻

Self-reminder — EvaYusop 🌹

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

Assalammualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Selamat Pagi korang 🌹

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

Assalammualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Selamat Pagi korang 🌹

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Wadi Annuar mengingatkan umat Islam agar sentiasa membiasakan diri menyebut kalimah insya-Allah dalam setiap perancangan yang dibuat.

Katanya, amalan itu bukan sekadar ungkapan lisan semata-mata sebaliknya berperanan sebagai peringatan kepada diri sendiri tentang hakikat kebergantungan seorang hamba terhadap ketentuan Allah SWT.

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

https://tinyurl.com/thepowerTahajjud

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

https://tinyurl.com/rezekiberkat99

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

https://tinyurl.com/rezekiberkat99

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

Assalammualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Selamat Pagi korang 🌹

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

JANGAN MUDAH MEMBUKA AIB PASANGAN

Dalam rumah tangga, ada masa kita bahagia dan ada masa kita diuji dengan perselisihan faham. Walau sebesar mana pun masalah yang berlaku, jangan terlalu mudah menceritakan keburukan pasangan kepada orang lain.

Rasulullah ﷺ bersabda:

مَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ

Maksudnya: “Sesiapa yang menutup aib seorang Muslim, Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat.” (HR Muslim)

Ketika marah, kita mungkin hanya nampak salah pasangan. Sedangkan selama hidup bersama, tentu ada banyak kebaikannya yang tidak patut kita lupakan.

Jika ada masalah, usahakan untuk menyelesaikannya dengan cara yang baik. Jika perlu mendapatkan bantuan, rujuklah mereka yang berilmu dan boleh dipercayai.

Semoga Allah SWT menjaga rumah tangga kita dan membantu kita untuk terus menjaga aib serta maruah pasangan, walaupun ketika sedang diuji.

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

Kadangkala, kita terlalu sibuk menunjukkan kebaikan sehingga terlupa menjaga keikhlasan hati.

Ingatlah, tujuan berbuat baik bukan untuk mendapat pujian atau kedudukan di hati manusia, tetapi untuk mencari redha Allah.

Semoga Allah pelihara hati kita daripada riak dan segala penyakit hati.

Muhasabah diri. 🌹

#MuhasabahDiri #IkhlasKeranaAllah

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

Semakin bertambah usia, semakin banyak yang perlu kita muhasabah.

Jangan lupa bersyukur atas nikmat Allah, berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan kebaikan buat anak-anak serta keturunan kita.

Kerana doa seorang hamba bukan hanya untuk dirinya, tetapi juga untuk generasi yang bakal menyusul.

Ya Allah, perbaikilah zuriat dan keturunan kami. Jadikan mereka insan yang beriman dan beramal soleh. Aamiin ya Rabbal 'alamin. 🤲

📖 Surah Al-Ahqāf, ayat 15.

---

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

KENAPA DOA NABI YUNUS INI BOLEH MENENANGKAN HATI KITA?

Allah SWT berfirman dalam surah al-Anbiya’, ayat 87:

لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Maksudnya: “Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang yang zalim.”

Ini adalah doa Nabi Yunus AS ketika Baginda berada dalam perut ikan, dalam keadaan yang sangat gelap, sempit dan tiada jalan keluar yang mampu dilihat.

Namun, dalam keadaan yang begitu sukar, Nabi Yunus AS tidak berputus asa daripada rahmat Allah.

Baginda menyeru Allah dengan kalimah yang sangat agung ini.

Apa yang menariknya, dalam doa ini Nabi Yunus AS tidak menyebut secara langsung, “Ya Allah, keluarkanlah aku daripada perut ikan.”

Sebaliknya, Baginda menyebut tiga perkara yang sangat besar maknanya.

Pertama,

لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ

Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau.

Inilah pengakuan tauhid. Kita mengakui bahawa hanya Allah tempat kita bergantung sepenuhnya. Walaupun manusia tidak mampu membantu, Allah tetap Maha Berkuasa.

Kedua,

سُبْحَانَكَ

Maha Suci Engkau.

Kita menyucikan Allah daripada segala kekurangan dan kezaliman. Apa pun yang berlaku dalam kehidupan, kita tetap yakin bahawa Allah Maha Adil, Maha Mengetahui dan tidak pernah menzalimi hamba-Nya.

Ketiga,

إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang yang zalim.

Inilah pengakuan seorang hamba yang merendahkan diri di hadapan Allah. Kita mengakui kelemahan, kekurangan dan dosa-dosa kita, lalu kembali mengharapkan keampunan serta rahmat-Nya.

Sebab itulah doa ini sangat istimewa. Ia menghimpunkan tauhid, tasbih dan pengakuan kesalahan diri.

Apa yang berlaku selepas Nabi Yunus AS berdoa?

Allah SWT berfirman:

فَاسْتَجَبْنَا لَهُ وَنَجَّيْنَاهُ مِنَ الْغَمِّ ۚ وَكَذَٰلِكَ نُنْجِي الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya: “Maka Kami perkenankan doanya, dan Kami selamatkan dia daripada kesusahan. Dan demikianlah Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman.”

(Surah al-Anbiya’: 88)

Perhatikan ayat terakhir ini.

وَكَذَٰلِكَ نُنْجِي الْمُؤْمِنِينَ

“Dan demikianlah Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman.”

Allah bukan sekadar menceritakan bagaimana Nabi Yunus AS diselamatkan, tetapi turut memberikan pengharapan kepada orang-orang yang beriman.

Bahkan Rasulullah SAW bersabda:

“Doa Zun Nun (Nabi Yunus) ketika Baginda berdoa di dalam perut ikan ialah:

لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Sesungguhnya tidaklah seorang Muslim berdoa dengannya untuk sesuatu perkara melainkan Allah akan memperkenankan doanya.”

(Riwayat al-Tirmizi, no. 3505. Hadis hasan sahih menurut Imam al-Tirmizi.)

Jadi, apabila hati kita rasa serabut, gelisah, sedih, terlalu banyak memikirkan masalah, atau terasa begitu sempit dengan ujian kehidupan, banyakkanlah membaca doa ini.

Bacalah dengan memahami maknanya. Bukan sekadar mengulang dengan lidah, tetapi hadirkan rasa kehambaan dan pergantungan kepada Allah.

Insya-Allah, zikir dan doa ini menjadi sebab hati kita lebih tenang, kerana Allah SWT juga berfirman:

أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

Maksudnya: “Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.”

(Surah ar-Ra’d: 28)

Namun, perlu difahami bahawa ketenangan dan pertolongan Allah tidak semestinya datang serta-merta atau dalam bentuk yang kita harapkan. Semuanya berlaku menurut hikmah dan ketentuan Allah.

Kadang-kadang masalah belum selesai, tetapi Allah sudah memberikan kekuatan untuk kita menghadapinya.

Kadang-kadang keadaan di sekeliling masih sama, tetapi hati kita mula belajar untuk reda dan berserah kepada-Nya.

Mudah-mudahan Allah mengangkat segala kesempitan yang sedang kita hadapi, mengampunkan dosa-dosa kita dan mengurniakan ketenangan kepada hati kita semua.

Aamiin Ya Rabbal Alamiin.

Ustazah Asma' Harun

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

Ustaz Ebit Kongsi 5 Rahsia Kejayaan.

❝ SEMUA ALLAH YANG PUNYA..❞ -


Ramai sangat yang bertanya pada Ust. Ebit, apa rahsia kejayaan hingga kini sudah miliki 3 buah cafe dan bakal menyusul beberapa buah lagi.


Jawab beliau. Semuanya Allah punya. Terima kasih Ya Allah. Semuanya cuma bila Allah bantu. Allah tolong. Dalam apa kita buat perkara utama ialah pertolongan Allah.


Tanpa pertolongan Allah kita tak boleh nak buat apapun. Jika tercapai pun tiada keberkatan tanpa pertolongan Allah.

Lahaulawala quwata illa billah.

Ujian demi ujian datang tapi pertolongan Allah melebihi segalanya..syukur padaMu ya Allah.

++


#1. Untuk Allah bantu kita. Kita kena dapat doa orang yang makbul doanya.

Pertama doa mak ayah kita. Doa mereka sangat makbul. Selalu minta nasihat mak ayah dalam apa kita buat..nasihat mereka ikhlas dalam nada mak ayah.


#2. Kedua sayangi suami/isteri dan hargai mereka.

Saya percaya doa mereka ini sangat makbul. Doa dan sokongan mereka buat hidup ini beerti dari langkah pertama lagi.


Ajak suami/isteri sama-sama solat tahajud dan doa. Selalu pegang tangan dan ucap rasa syukur pada Allah. Selalu gembirakan hati mereka walau cuma beli cendol durian yang dia suka. Atau cuma tolong buang sampah didapur atau tolong isi minyak keretanya.


Sentiasa doakan mereka. Terima kaseh Allah..sentiasa bahagiakan hatinya. Percayalah, dalam hatinya akan berkata-kata dengan doa yang ikhlas. Itulah jadi asbab kejayaan kita.


#3. Akan datang pujian dan sokongan dari orang baik dan kawan-kawan walau di fb.


Doakanlah mereka semula. Kata, ' Ya Allah mereka ini semua baik.. Tambahilah rezeki kebaikan dan bahagiakanlah mereka semua. Ya Allah jadikanlah kami lebih baik apa yang mereka katakan dan ampunilah keaiban kami yang mereka tidak tahu..'


Manakala jika ada orang hina, fitnah, jatuhkan kita atau menegur dengan cara kita tidak senangi. Ingatlah kita tidak hidup atas penghormatan manusia. Kita hidup untuk Allah sayang..itulah tujuan hidup.


Doalah, ' Ya Allah, kami maafkan mereka.. jauhilah kami dari apa yang mereka katakan dan ampunilah dosa kami dari apa yang mereka katakan.. Kami zalim dan berdosa. Kami bertaubat kepadaMu. Lindungilah kami dari pandangan mata dan bisikan yang jahat. Berilah hidayah kepada kami dan juga mereka.


#4. Seterusnya kita sentiasa kena rajin berusaha walau apapun.


Allah suka orang rajin. Dalam hadis, sesiapa bekerja niat membantu keluarga itu adalah sedekah dan dapat pahala jihad.


Hadis juga menerangkan sesiapa bekerja keras dengan niat membantu seramai mungkin orang miskin dan anak yatim, dia sebenarnya sedang berjihad dijalan Allah.


Kita tunjuk pada Allah kesungguhan kita membantu orang susah. Mungkin dengan bayar yuran seorang anak saudara atau anak yatim..beri makan pada orang lapar. Memberi selimut pada orang kesejukan malam. Atau memimpin orang yang salah jalan.


#5. Jaga solat awal waktu walau apapun.

Atau aturkan solat jamak jika berjalan jauh. Jaga solat tahajud dan Dhuha. Jika mampu sampai 8 rakaat. InsyaAllah, pasti rezeki Allah datangkan mencurah-curah.

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

.
Buat kerja rumah ni penat emosi dan penat fizikal serentak, sebab dia kerja yang berulang-ulang dan jemu.
.
Untuk orang yang ada ilmu agama... atau faham hidup ni ujian...
.
Ilmu tu akan pandu emosi wanita tu.
Macam mana? Wanita itu akan pandu emosi dia apabila dia...
.
1. Faham hidup ni ujian, suami tu ujian, anak tu ujian.

2. Faham nak cari ketenangan itu hanya dengan ingat Allah. Allah lah tempat bergantung.

3. Faham bila diuji, sabar, redha, syukur dan ikhlas kerana Allah sebab Allah bagi pahala atas pengorbanan tu.

4. Faham bila ada masalah Allahlah tempat terbaik meluahkan perasaan dan mengadu. Solat dan menangis kepada Allah. Bukan cari novel, tengok movie atau lain.

5. Faham setiap kali ada ujian, mulakan dengan zikir dan akhiri dengan zikir. Selawat sentiasa dibibir.

6. Faham dan tak salahkan suami yang tak faham. Sentiasa sangka baik. Sentiasa berdoa kepada Allah agar Allah bagi suami faham kehendak hati. Mintak sungguh dengan Allah.

7. Faham ganjaran syurga menanti buat orang yang bersabar taat pada suami dan membesarkan dan didik anak-anak jadi anak soleh solehah.
.
Itulah rahsia hati tenang... pulih dari rasa burn out yang terbaik adalah kembali kepada Allah dan faham tujuan kenapa kita diuji dan hidup dimuka bumi ni.
.
Hidup kita ni, bila ada masalah, fokus solusi. Carilah Allah... kita akan rasa tenang. Minta Allah bagi kita kuat dan semangat. Minta Allah bagi kita mudah urusan. Minta Allah bagi kita sihat selalu. Setiap langkah kita, niatkan kerana Allah.
.
Takut kalau kita mati, mati dalam keadaan tidak redha kepada Allah. Tidak redha dengan apa yang kita lalui. Tidak redha dengan suami kita. Itu yang kita takut... mati yang tidak bawak makna. Kita hilang ikhlas sabar syukur dan redha kita masa kita diuji. Takda pahala.
.
Penat tu akan hilang bila kita bawa rasa kita aku "Hamba Allah". Hamba memang tugasnya ikut perintah tuhannya. Sabar sabar dan terus sabar... sampai Allah bagi hikmah.
.
.
Susahnya sabar sebab itu syurga itu mahal harganya sebab maharnya bayar dengan "Sabar".
.
Nak lagi ilmu dan tips handle burn out ni?
.
Dapatkan FTR. Baca sampai nangis dan lepas tu hati rasa bahagia. Sebab NY ajar macam mana nak jadi isteri yang ikhlas redha syukur dan sabar.
.
Kalau belum baca FTR. Baik baca FTR dari baca novel. Upgrade ilmu bermanfaat itu pahala. Sebab FTR boleh jadi penenang diwaktu kita burn out. Diwaktu kita nak cari kawan luahkan perasaan tapi takda siapa faham kita. FTR faham isi hati anda.
.
Learn more tentang FTR klik sini ya. Cuba baca. Sangat membantu.
.
https://tinyurl.com/rezekiberkat99

.
Nora Yusof.
#PenulisFTR
#FTRExclusive
#BacaBacaSENTAP
#MenulisKeSyurga
#1JUTAPembaca
.
Nora Yusof.

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

Assalammualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Selamat Pagi korang 🌹

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

👇👇

https://tinyurl.com/thepowerTahajjud

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

> THE POWER OF SOLAT TAHAJJUD 🥹Self-reminder

> Cuba jadikan solat Tahajjud sebagai amalan harian. Bangunlah walaupun seketika sebelum azan Subuh, dan rasailah sendiri keindahan bermunajat kepada Allah.

> Saat dunia masih lena, kita diberi peluang untuk mengadu, memohon, dan menyerahkan segala urusan kepada-Nya.

> Insya-Allah, hati akan terasa lebih tenang. Setenang-tenangnya — meskipun kehidupan sedang diuji dengan pelbagai badai.

> Antara bacaan surah yang boleh diamalkan:
> 🌷 Rakaat pertama: Surah Al-Fatihah, diikuti Surah Al-Kafirun atau Ayat Kursi.
> 🌷 Rakaat kedua: Surah Al-Fatihah, diikuti Surah Al-Ikhlas.

> Bacalah mengikut kemampuan dan keselesaan. Tidak perlu memaksa diri, yang penting ikhlas dan istiqamah.

> Semoga Allah mengurniakan ketenangan jiwa, mengampuni dosa-dosa kita, dan menerima segala amal ibadah kita.
> Aamiin Allahumma Aamiin
> Aamiin Ya Rabbal 'Alamin. 🤲🏻

> (Nota: Bacaan surah ini adalah pilihan/keharusan, bukannya syarat susunan khusus yang diwajibkan dalam solat Tahajjud).

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

Semoga pesanan ini menjadi peringatan buat kita semua untuk menghargai usia yang masih Allah pinjamkan.

Читать полностью…
Subscribe to a channel