myjakim | Unsorted

Telegram-канал myjakim - JAKIM

8666

Saluran Info terkini daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Subscribe to a channel

JAKIM

Kandungan Hiburan Menurut Garis Panduan Islam🎵🌙

Islam memberi panduan yang jelas tentang hiburan yang bermanfaat :

1. Tidak mempunyai unsur maksiat.
2. Tidak lagha (sia-sia)
3. ⁠Tidak mendorong pendengar dan remaja kepada melakukan maksiat dan dosa.
4. ⁠Tidak merangsang keghairahan nafsu menerusi tema-tema cinta yang melampau.
5. ⁠Tidak mempunyai luahan perasaan dan kerinduan yang berlebihan kepada manusia.

Jom kita bersama-sama memilih kandungan hiburan yang mendidik, menenangkan jiwa, dan membawa keberkatan dalam hidup. Ingat, hiburan yang baik adalah hiburan yang tidak melupakan kita kepada Allah SWT.🌟

#KandunganHiburan #IslamicGuidance #HiburanBermakna #MalaysiaMadani

Читать полностью…

JAKIM

Pengharaman Rasuah

Rasuah adalah perbuatan yang diharamkan dalam Islam kerana ia membawa kepada kemudaratan dan ketidakadilan dalam masyarakat. Al-Quran dan Hadis dengan jelas menegaskan larangan ini.

Jangan biarkan rasuah merosakkan integriti kita sebagai umat Islam dan masyarakat yang berwibawa.

Sama-sama kita berjuang menentang rasuah untuk masa depan yang lebih adil dan aman.

#SayNoToRasuah #Integrity #IslamicValues #malaysiamadani

Читать полностью…

JAKIM

Malaysia #QuranHour kali ke-10 sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67 menghimpunkan hampir 1000 peserta memahami dan menghayati Rukun Negara melalui perspektif Al-Quran menerusi surah Al-Jumu’ah dan Surah Al-Hujurat.

Wartawan : Lela Zain
Jurukamera : Zul Azri

#beritaJAKIM
#penyiaranJAKIM

Читать полностью…

JAKIM

Kasih Sayang, Tanda Iman yang Sempurna

Daripada Anas bin Malik Ra, bahawa Nabi SAW bersabda: “Tidak beriman (sempurna iman) seseorang itu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri.” (Riwayat al-Bukhari)

Iman kita tidak lengkap tanpa kasih sayang terhadap orang lain. Mengasihi saudara kita, sama seperti kita menyayangi diri sendiri, adalah cerminan iman yang sejati.

Mari kita sebarkan kasih sayang dan bina ukhuwah yang lebih erat. 🌸

#Malaysiamadani
#pelantransformasialfalah
#KasihSayang
#TandaIman
#UkhuwahIslamiah

Читать полностью…

JAKIM

Memelihara Diri Dan Keluarga Dari Neraka

Sebagai hamba Allah SWT dan ketua keluarga, tanggungjawab kita adalah memastikan diri kita dan keluarga terhindar dari azab neraka sebagaimana yang dijelaskan dalam al-Quran. Ini bukan sahaja melalui tindakan menjauhi kemungkaran tetapi juga dengan menguatkan iman dan amal soleh. Pendidikan agama, kasih sayang, dan doa yang berterusan adalah kunci untuk membimbing keluarga ke arah jalan yang diredhai Allah SWT.

🌟 Jangan lupa juga untuk selalu memohon kebaikan di dunia dan akhirat dengan doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW :

‎رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.

"Ya Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka."

🤲 Semoga Allah SWT memberkati kita semua dengan kebahagiaan di dunia dan keselamatan di akhirat, serta memelihara kita dan keluarga dari azab neraka. Amin.

#DoaKeluarga #KebaikanDuniaAkhirat #PerlindunganDariNeraka

Читать полностью…

JAKIM

Jumaat : Penghulu Segala Hari

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

"Sebaik-baik hari apabila terbitnya matahari ialah pada hari Jumaat. Padanya diciptakan Adam, padanya juga dimasukkan Adam ke dalam syurga dan padanya juga dikeluarkannya (Adam AS) daripada syurga serta tidak akan berlaku kiamat melainkan pada hari Jumaat." [Riwayat Muslim (854)]

Jumaat bukan sahaja hari untuk memperbanyakkan amalan, tetapi juga hari yang penuh keberkatan dan rahmat.

Mari kita manfaatkan hari ini dengan memperbanyakkan amalan membaca al-Quran, berdoa, bersedekah, berselawat dan sebagainya.

Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT.
#JumaatMubarak #HariJumaat #Keberkatan #JAKIM #MalaysiaMadani

Читать полностью…

JAKIM

https://youtu.be/ZS8QtnLIOw0?si=KFpNAEEroiCQtG74

Читать полностью…

JAKIM

Atas robohnya kota Melaka
Kita dirikan jiwa merdeka
Bersatu padulah segenap baka
Membela hak keadilan pesaka.

Sempena Sambutan Hari Kebangsaan, Forum Perdana Ehwal Islam membawakan DEMI NEGARA. Rasa cinta terhadap negara perlulah berlandaskan ajaran Islam yang sebenar demi kemaslahatan masyarakat keseluruhannya.

Saksikan Forum Perdana Ehwal Islam, 29 Ogos 2024 (Khamis), pukul 9.00 malam hanya di TV1.

Читать полностью…

JAKIM

✨Kejadian Manusia: Sebaik-baik Makhluk✨

Allah SWT berfirman dalam surah at-Tin ayat 4 yang bermaksud : “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.”

✨Nak tengok cermin🪞pun ada doa🤲🏻. Masya Allah indahnya Islam 🤩.

Doa Ketika Melihat Cermin
اَللّٰهُمَّ كَمَا حَسَّـنْتَ خَلْقِـيْ فَحَسِّـنْ خُلُقِـيْ
“Ya Allah sebagaimana Engkau telah cantikkan kejadianku (rupaku), maka cantikkanlah juga akhlakku. “

💡 Ingatlah, Allah SWT telah menciptakan kita dengan sebaik-baik bentuk dan rupa. Ketika kita melihat cermin, jangan lupa untuk berdoa, bukan sahaja untuk kecantikan rupa, tetapi juga kecantikan akhlak.

#MalaysiaMadani #Pelantransformasialfalah #KejadianManusia #DoaHarian #MotivasiIslam #IslamicReminder #AkhlakMulia #SurahAtTin #IslamicQuotes #SelfReflection

Читать полностью…

JAKIM

Memperbanyakkan Istighfar

Daripada Abdullah bin Abbas R.Ahuma, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang melazimi istighfar, maka Allah SWT akan menjadikan baginya setiap kesempitan ada jalan keluar, dan pada setiap duka cita ada perlepasan, dan Allah SWT merezekikannya daripada arah yang tak disangka-sangka.”

Riwayat Abu Daud (1518) dan Ibn Majah (3819)

Читать полностью…

JAKIM

Empat Cara Mengawal Kemarahan

✅ Sentiasa mempraktikkan sifat sabar dalam menghadapi sesuatu perkara.

✅ Menahan kemarahan dengan mengalihkannya kepada perkara lain seperti tidak memikirkan perkara berkaitan dan sentiasa berfikir positif terhadap hal lain.

✅ Meluahkan perasaan marah secara wajar (tegas, yakin dan terkawal).

✅ Menenangkan diri dengan berzikir kepada Allah SWT, mengawal perilaku luaran dan tindak balas dalaman.

Jika kita dalam keadaan marah, segeralah berwuduk. Insya Allah kita akan dapat mengawal kemarahan itu.

Читать полностью…

JAKIM

"Serulah ke jalan Tuhan kamu (wahai Muhammad) dengan hikmah dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang kamu serukan itu) dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhan kamu, Dialah yang lebih mengetahui tentang sesiapa yang tersesat daripada jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah An - Nahl, ayat 125)

Bismillah telah memilih Surah An - Nahl, ayat 125 - 127 untuk 6 orang peserta memperdengarkan bacaan mereka. Minggu ini bacaan mereka akan diadili dan diperkemaskan oleh Ustaz Abdul Khair Jalil.

Saksikan Bismillah, 27 Ogos 2024 (Selasa), pukul 6.00 petang hanya di TV1.

Читать полностью…

JAKIM

AMANAH SEORANG PEMIMPIN

Diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri RA, Baginda SAW memberi peringatan buat para pemimpin “Sesungguhnya manusia yang paling dicintai Allah SWT dan paling dekat tempat duduknya pada hari kiamat adalah pemimpin yang adil, sedangkan manusia paling dibenci oleh Allah SWT dan paling jauh tempat duduknya adalah pemimpin yang zalim”.

(Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)

#malaysiamadani
#pelantransformasialfalah

Читать полностью…

JAKIM

Tujuh (7) Segera Yang Disukai Allah SWT

1️⃣ Segera Bertaubat
2️⃣ Segera Menunaikan Solat
3️⃣ Segera Memberi Sedekah
4️⃣ Segera dalam Melakukan Kebaikan
5️⃣ Segera Membayar Hutang
6️⃣ Segera Memaafkan Orang Lain
7️⃣ Segera Menunaikan Janji

Marilah sama-sama kita menyegerakan tujuh perkara ini dan janganlah ditangguhkan.

Читать полностью…

JAKIM

https://www.youtube.com/live/VdycD7JYEM8?si=PMfTJ1ms7sQg38Mc

Читать полностью…

JAKIM

Larangan Menggunakan Lafaz Celaan

Perkataan adalah senjata yang paling berbahaya jika tidak digunakan dengan bijak. Dalam bab ini, Imam al-Nawawi mengingatkan kita tentang larangan menggunakan lafaz celaan ketika berbicara dengan sesama manusia.

Bagaimana perasaan anda jika digelar dengan kata-kata seperti “Wahai keldai”, “Wahai kambing”, atau “Wahai anjing”? Tentu menyakitkan, bukan?

Hindarilah kata-kata yang menyakiti hati orang lain, lebih-lebih lagi jika ia berasaskan dusta atau sekadar untuk mencela. Perkataan yang terlontar tidak dapat diambil kembali, dan kesan luka di hati orang lain mungkin kekal selamanya.

Jadi, mulai hari ini, jom kita sama-sama jaga tutur kata kita dan sebarkan kasih sayang serta kebaikan dalam setiap percakapan kita.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Читать полностью…

JAKIM

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyalurkan bantuan 1 ribu ringgit kepada 12 buah keluarga mangsa tanah runtuh yang berlaku pada 22 Ogos lalu di Taman Bunga Raya, Setapak Kuala Lumpur.

Wartawan : Lela Zain
Jurukamera : Zul Azri

#beritaJAKIM
#penyiaranJAKIM

Читать полностью…

JAKIM

Kementerian Komunikasi bersedia bekerjasama dengan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menjadikan program #QuranHour sempena Hari Kebangsaan sebagai acara tahunan akan datang.

Wartawan : Lela Zain
Jurukamera : Zul Azri

#beritaJAKIM
#penyiaranJAKIM

Читать полностью…

JAKIM

https://www.youtube.com/live/yHQAgWLiUP4?si=4PDVBnKffjG2mlAe

Читать полностью…

JAKIM

MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!

“Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-67! Marilah kita bersama-sama meraikan erti kemerdekaan dengan penuh rasa syukur dan semangat perpaduan.

Malaysia Madani, Jiwa Merdeka merupakan tema sambutan hari kebangsaan 2024.

Daripada Ketua Pengarah dan seluruh warga JAKIM.

#Merdeka2024
#JiwaMerdeka
#MalaysiaMadani

Читать полностью…

JAKIM

https://www.facebook.com/share/v/EpjS1X9iutvcoGPV/?mibextid=oFDknk

Читать полностью…

JAKIM

https://www.facebook.com/share/v/hpuZpHRNsghW2xWo/?mibextid=oFDknk

Читать полностью…

JAKIM

DOA DAN USAHA DARI MALAYSIA UNTUK BUMI PALESTIN 🇲🇾🇵🇸

Ayuh, kongsi rezeki bersama saudara-saudara kita di Palestin dengan menyalurkan sumbangan ke Tabung Musa’adah JAKIM-YWM melalui akaun CIMB Islamic Bank Berhad: 86-0221818-6 (Ref: JAKIM).

Semoga usaha yang kita lakukan ini dapat membantu saudara kita di Palestin yang amat memerlukan bantuan untuk mereka terus bertahan dalam serangan-serangan laknatullah yang dilancarkan ke atas mereka.

#freepalestine
#MalaysiaMadani
#wakafMADANI
#WakafSeringgitJe
#MalaysiaMADANI
#ummahgemilang
#menteriagama
#pelanalfalah

Читать полностью…

JAKIM

LARANGAN MELAKUKAN KEROSAKAN

Allah SWT tidak akan memberikan kejayaan kepada mereka yang ingin melakukan kerosakan kerana ianya tidak akan membawa kepada kebaikan. Orang yang melakukan kerosakan seperti amalan sihir dan sebagainya akan dibalas di akhirat kelak dengan balasan azab yang amat dahsyat.

Ketahuilah bahawa Allah SWT maha berkuasa atas segala sesuatu.

Marilah sama-sama kita memperbanyakkan membaca al-Quran kerana ianya merupakan mukjizat yang boleh menjadi pelindung kepada kita daripada perkara-perkara yang buruk.
#laranganmelakukankerosakan
#malaysiamadani
#pelantransformasialfalah

Читать полностью…

JAKIM

Masjid berperanan penting sebagai pusat penyatuan umat Islam. Masjid bukan sahaja tempat beribadah, tetapi juga platform untuk memperkukuh ukhuwah dan perpaduan di kalangan masyarakat Islam.

Ikuti kupasan Masjid Mengukuh Kesatuan Ummah dalam siaran langsung FIKRAH edisi 28 Ogos 2024, pukul 6.00 petang hanya di TV1.

Читать полностью…

JAKIM

https://www.facebook.com/share/v/a856X1wZMbkJrH5s/?mibextid=qi2Omg

Читать полностью…

JAKIM

Tanda-Tanda Hampir Berlakunya Kiamat

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

“Tidak akan berlakunya Kiamat sehingga diangkat ilmu, banyaknya berlaku gempa, masa berlalu dengan pantas, terzahirnya fitnah-fitnah dan banyaknya pembunuhan.”

Riwayat al-Bukhari (1036)

Читать полностью…

JAKIM

Resolusi daripada Muktamar Masjid Se-Malaysia untuk Al-Aqsa dan Palestin agar menubuhkan Lembaga atau Yayasan Pembangunan Masjid Malaysia akan dibincangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri dalam masa terdekat.

Wartawan : Lela Zain
Jurukamera : Aqil Azmi

#beritaJAKIM
#penyiaranJAKIM

Читать полностью…

JAKIM

Kelebihan Membaca Surah Al-Kahfi Pada Hari Jumaat

Jom sama-sama baca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat yang mulia ini.

Daripada Abu Said al-Khudri RA, Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat Allah SWT akan meneranginya dengan cahaya sepanjang masa di antara dua Jumaat.”

Riwayat al-Hakim (3392), dan al-Baihaqi (5996)

Читать полностью…

JAKIM

https://www.youtube.com/live/7iIiwAf2WUw?si=aiUUbr9xpHGRfbgW

Читать полностью…
Subscribe to a channel