myjakim | Unsorted

Telegram-канал myjakim - JAKIM

8666

Saluran Info terkini daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Subscribe to a channel

JAKIM

Doa Orang Yang Dizalimi

Islam sangat menitikberatkan keadilan dan melarang sebarang bentuk kezaliman , sama ada secara fizikal, lisan, emosi atau melalui kedudukan dan kuasa. Ketahuilah bahawa doa orang yang dizalimi sangat mustajab. Allah SWT memberi keistimewaan kepada mereka dengan mengangkat terus doa mereka tanpa hijab (penghalang).

Hentikan kezaliman walau sekecil kata dan suburkan akhlak mulia dalam setiap hubungan. Kerana akhirat itu pasti… dan Allah itu Maha Adil.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani

Читать полностью…

JAKIM

BERBUAT BAIK KEPADA KELUARGA

Baginda Rasulullah SAW menekankan bahawa sebaik-baik individu adalah yang paling baik kepada ahli keluarganya.

Seseorang muslim hendaklah berbicara yang baik-baik mengenai saudara muslimnya, lebih-lebih yang telah meninggal dunia.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani

Читать полностью…

JAKIM

Buku Baharu Terbitan JAKIM kini di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025!

Dapatkan pelbagai judul eksklusif di Pavilion Al-Falah seperti:

✅ Seni Tarannum Al-Quran & Manhaj di Malaysia
✅Citra Perjuangan Sahabiah
✅ Pensijilan Farmaseutikal Halal di Malaysia
✅ Peta Ilmu & Peta Amal

Dan banyak lagi karya bermutu tinggi.

Diskaun hebat menanti anda!Jangan lepaskan peluang menambah koleksi bacaan bermanfaat anda.

📖 Ayuh, semarakkan ilmu & dakwah melalui pembacaan!

Читать полностью…

JAKIM

Kedai Buku JAKIM – Singgah Sekejap, Ilmu Melimpah

“Nak cari ilmu, tak usah runsing,
Kedai Buku JAKIM, jelas berseri.
Di Pavilion Al-Falah, tempatnya terpaling,
Aras Dua, WTCKL, mari ke sini!”

📌 Kami di sini!
Dapatkan pelbagai terbitan terkini JAKIM, bahan ilmiah, rujukan agama dan banyak lagi di reruai kami di Pavilion Al-Falah.

📍 Lokasi: Pavilion Al-Falah, Pelantaran Putra, Aras 2
🏢 World Trade Center Kuala Lumpur (WTCKL)
📅 Tarikh: 23 Mei – 1 Jun 2025
🕙 Masa: 10.00 pagi – 10.00 malam

📖 Jumpa anda di sana untuk pengalaman ilmu yang bermakna!

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
#pbakl2025

Читать полностью…

JAKIM

Sekalung Tahniah

Ketua Pengarah dan seluruh warga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Sahibus Samahah Ahmad Fauwaz bin Fadzil atas pelantikan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan berkuat kuasa mulai 23 Mei 2025.

Semoga Allah SWT mempermudah segala urusan dan mengurniakan kekuatan dalam memikul amanah besar ini demi kemaslahatan ummah dan negara.

Читать полностью…

JAKIM

Jom Hadir ke Resensi Buku Baharu Terbitan JAKIM

Nak tahu lebih mendalam tentang Seni Tarannum al-Quran dan kisah perjuangan sahabiah yang menginspirasikan zaman berzaman?

Mari Sertai kami dalam sesi resensi dua karya terbaharu terbitan JAKIM bertajuk Seni Tarannum Al-Quran dan Manhaj di Malaysia dan Citra Perjuangan Sahabiah: Inspirasi Sepanjang Zaman pada :

🗓 Tarikh: 24 Mei 2025 (Sabtu)
🕑 Masa: 2.00 petang
📍 Tempat: Pentas Utama, PBAKL 2025, WTCKL

🎤 Resensi Buku oleh:
Al-Fadhil Ustaz Mohd Azmi bin Ismail, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penerbitan JAKIM

📢 Jumpa anda di sana!

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani

Читать полностью…

JAKIM

Maklum Balas Berkenaan Produk Makanan Ringan Berstatus Halal yang dilabel ‘Mengandungi Babi’

1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil perhatian mengenai penularan isu produk makanan ringan berstatus halal yang dilabel “mengandungi babi”.

2. Hasil semakan mendapati bahawa paparan dalam kandungan video tersebut berlaku di luar negara. Pihak syarikat telah mengeluarkan kenyataan media bagi menjelaskan perkara tersebut seperti di pautan https://www.instagram.com/p/DJYUNHiT7wX/?igsh=emcxbmprYmt6aGJh.

3. ⁠Sehubungan dengan itu, semua pihak dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan atau keresahan awam. JAKIM akan terus menjalankan pemantauan terhadap aspek yang melibatkan kepentingan halal bagi memastikan hak dan kepentingan pengguna Muslim sentiasa terpelihara.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani

Читать полностью…

JAKIM

LARANGAN PENYERUPAAN

Dalam Islam, identiti jantina adalah amanah yang perlu dijaga sesuai dengan fitrah yang ditetapkan oleh Allah SWT.

Lelaki dan wanita seharusnya kekal dengan jantina masing-masing serta memelihara akhlak, pakaian dan penampilan agar tidak menyimpang dari batas yang telah ditentukan, demi memperoleh rahmat dan keredaan-Nya.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani

Читать полностью…

JAKIM

DAULAT TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail sempena ulang tahun keputeraan Raja Perlis pada 17 Mei 2025M bersamaan 19 Zulkaedah 1446H.

Semoga Allah SWT lanjutkan usia dan pemerintahan Tuanku dalam penuh kemuliaan, kesejahteraan serta keberkatan yang berpanjangan.

Sembah takzim daripada Ketua Pengarah dan Seluruh Warga JAKIM.

Читать полностью…

JAKIM

Selamat Hari Guru 2025
“Guru Pemacu Reformasi Pendidikan Negara”

16 Mei setiap tahun, kita raikan insan hebat yang menjadi pelita ilmu dan pembina tamadun iaitu insan yang bergelar GURU.

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah SWT, para Malaikat dan semua penduduk di langit dan di bumi, sehingga semut di sarangnya dan ikan di lautan pasti berselawat (mendoakan) kebaikan bagi orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia.” (Riwayat al-Tirmizi, no: Hadith 2609)

Jasa guru bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi mencorak masa depan bangsa dan agama.

Terima kasih Cikgu, atas segala pengorbanan dan dedikasi yang tidak ternilai.

Ikhlas daripada Ketua Pengarah dan Seluruh Warga JAKIM

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani

Читать полностью…

JAKIM

Marilah kita bersama-sama mendoakan keselamatan dan keberkatan buat para jemaah haji. Semoga mereka dikurniakan haji yang mabrur, usaha yang diberkati, serta pengampunan dari Allah SWT.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani

Читать полностью…

JAKIM

Selamat Hari Jururawat Sedunia

Setiap senyuman yang kalian berikan, setiap luka yang kalian rawat, semuanya adalah amanah besar yang hanya mampu dipikul oleh hati yang ikhlas dan jiwa yang cekal.

Jasa kalian bukan sekadar tugas tetapi adalah ibadah, dan tanda kasih sesama insan.

Semoga setiap langkah kalian diiringi pahala, setiap pengorbanan diberi ganjaran, dan setiap keletihan diganti dengan keampunan dan rahmat dari-Nya.

Ikhlas daripada Ketua Pengarah dan seluruh warga JAKIM.

Читать полностью…

JAKIM

Selamat Berangkat ke Tanah Suci kepada YBhg. Kolonel Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, serta seluruh warga JAKIM yang terpilih menjadi Duyufurrahman pada tahun ini.

Ketua Pengarah dan seluruh warga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendoakan semoga perjalanan kalian dipermudahkan, ibadah diterima Allah SWT, dan pulang sebagai Haji yang mabrur.

Doakan kesejahteraan kami di tanah air, dan semoga roh haji terus menyinari pentadbiran Islam di tanah air tercinta.

Читать полностью…

JAKIM

Kuiz Soalan MTHQK 1446H/2025M untuk malam ini 2 Mei 2025

11. Siapakah Pengerusi Jemaah Hakim Tilawah tahun 2025?

12. Sebutkan tiga jenis lagu tarannum yang biasa digunakan dalam bacaan Tilawah al-Quran.

Kata Kunci Harian: Suara Menjulang Al-Quran

Peserta perlu mengumpul kesemua jawapan dan mengisi borang penyertaan atas talian yang boleh diakses pada 2 Mei 2025 jam 8.00 malam melalui media sosial rasmi JAKIM.

Читать полностью…

JAKIM

Kuiz Soalan MTHQK 1446H/2025M untuk malam ini 1 Mei 2025

9.Negeri manakah yang paling banyak melahirkan johan Qariah 10 tahun kebelakangan ini?

10.Bilakah pertama kali Majlis Tilawah Al-Quran dan Majlis Hafazan Al-Quran digabungkan?

Kata Kunci Harian: Juara Dari Negeri

Peserta perlu mengumpul kesemua jawapan dan mengisi borang penyertaan atas talian yang boleh diakses pada 2 Mei 2025 melalui media sosial rasmi JAKIM.

Читать полностью…

JAKIM

Sekalung Tahniah

Ketua Pengarah dan seluruh warga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Dato' Haji Wan Mohamad bin Dato' Sheikh Abdul Aziz, Mantan Ketua Pengarah JAKIM atas pelantikan sebagai Profesor Adjung Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya berkuat kuasa 1 Jun 2025 – 31 Mei 2028.

Semoga pelantikan ini terus menyumbang kepada kemajuan ilmu, dakwah dan pembangunan insan di tanah air tercinta.

Читать полностью…

JAKIM

AMALAN SUNAT BULAN ZULHIJJAH

Ayuh hidupkan hari-hari penuh barakah ini dengan amalan sunat seperti:

✅ Solat Sunat
✅ Perbanyakan Solat Sunat
✅ Puasa
✅ Zikrullah
✅ Baca Al-Quran
✅ Memperbanyakkan Doa
✅ Hadir Mailis IImu
✅Memperbanyakkan Istighfar
✅ Amar Maaruf Nahi Mungkar
✅ Menjauhi perkara yang dimurkai Allah dan Melakukan kebaikan yang diredai Allah

📌 Jangan lepaskan peluang menggandakan pahala — kerana belum tentu kita akan bertemu Zulhijjah yang akan datang.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani

Читать полностью…

JAKIM

Seminar Penyelidikan Isu-Isu Muamalat 2025

Saksikan perbincangan ilmiah dan wacana muamalat semasa bersama para ahli akademik dan pakar industri pada :

🗓 29 Mei 2025 | Khamis
🕗 8.00 pagi – 4.00 petang
📍 Hotel Everly, Putrajaya

📌 Dirasmikan oleh:
YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Ketua Pengarah JAKIM

📎 Anjuran: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Saksikan siaran langsung (live streaming) melalui saluran media sosial rasmi JAKIM bermula jam 9.00 pagi.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani

Читать полностью…

JAKIM

KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN

KAEDAH PENENTUAN AWAL ZULHIJAH DAN AIDILADHA DI MALAYSIA 1446H / 2025M

26 Mei 2025M / 28 Zulkaedah 1446H

Читать полностью…

JAKIM

Buatlah Kebaikan, Walau Sekecil Salam

Rasulullah SAW mengajarkan bahawa antara ajaran Islam yang paling utama ialah:

✅ Memberi makan
✅ Memberi salam – kepada yang dikenali dan juga yang tidak dikenali

Jom kita sebarkan kasih sayang dan keharmonian kerana Islam itu indah, dan kebaikan itu menyatukan.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani

Читать полностью…

JAKIM

Hubungan Silaturahim Antara Keluarga

Silaturahim bukan sekadar tradisi – ia adalah kunci kepada kasih sayang, keberkatan rezeki dan panjang umur.

Kadangkala hubungan kekeluargaan diuji, namun ingatlah pepatah Melayu: “Air dicincang takkan putus”

Jom raikan kasih sayang sesama keluarga. Hubungi mereka yang lama tidak ditemui. Mohon maaf, saling mendoakan kerana keluarga adalah permulaan segalanya.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani

Читать полностью…

JAKIM

SIARAN MEDIA JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
BERKENAAN
SERUAN SOLAT HAJAT DAN BACAAN QUNUT NAZILAH MOHON KESEJAHTERAAN DAN PERTOLONGAN ALLAH SWT KE ATAS RAKYAT PALESTIN

20 MEI 2025 / 22 ZULKAEDAH 1447

Читать полностью…

JAKIM

Maafkanlah… kerana di situlah rahmat Allah SWT menanti

Kadang, kita ada hak untuk marah. Kita mampu membalas, tapi…kita pilih untuk maafkan.

Kerana kita tahu…“Siapa yang memaafkan ketika mampu dan berkuasa, Allah akan ampunkan dia pada hari yang paling susah – Hari Kiamat.” (HR al-Tabarani)

Memaafkan bukan sebab mereka layak, tapi sebab kita mengharap keampunan dari Allah SWT.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani

Читать полностью…

JAKIM

MENGHARGAI KEBAIKAN DENGAN DOA

Sabda Rasulullah SAW:

“Sesiapa yang diperlakukan dengan baik, lalu dia mengucapkan: جَزَاكَ اللّهُ خَيْرًا (Semoga Allah membalas kebaikanmu dengan sebaik-baik balasan), maka sungguh dia telah memberikan pujian yang terbaik.” (HR al-Tirmizi, no. 2035)

💬 Ucapan “Terima kasih” mungkin ringkas, tetapi di sisi Islam, ucapan “جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا” adalah doa yang penuh makna dan pujian yang paling sempurna.

Dalam hidup ini, tak semua kebaikan mampu kita balas dengan harta atau perbuatan. Tetapi dengan satu lafaz tulus dari hati – sudah cukup untuk menyentuh jiwa dan mencerminkan akhlak seorang mukmin.

Jadikan amalan berterima kasih sebagai budaya hidup. Hargai setiap kebaikan, walau sekecil mana sekalipun.

Jumaat yang penuh barakah, mari kita sebarkan kebaikan dengan doa dan penghargaan.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani

Читать полностью…

JAKIM

Terima Kasih atas Segala Jasa dan Bakti

Ketua Pengarah dan seluruh warga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah atas khidmat cemerlang beliau sebagai Mufti Wilayah Persekutuan.

Semoga segala sumbangan dan usaha beliau dalam memartabatkan syiar Islam terus diberkati dan menjadi inspirasi buat semua.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani

Читать полностью…

JAKIM

SERUAN HAJI

Setiap tahun, jutaan insan menyahut seruan ini, mengharapkan redha Allah dalam ibadah yang agung ini. Semoga Allah jemput kita ke Tanah Suci satu hari nanti, bukan hanya dengan jasad, tapi dengan hati yang benar-benar bersedia. Allahumma ameen!

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani

Читать полностью…

JAKIM

Tahniah kepada pemenang Kuiz Terkumpul atas talian MTHQK 2025 sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1446H / 2025M

SENARAI NAMA PEMENANG :

JOHAN :
Fadhilatul Ehsan Binti Fakhrul Adabi (Selangor)

TEMPAT KEDUA :
Norfaezah Binti Noordin (Selangor)

TEMPAT KETIGA :
Aziatul Fasihah Binti Mohd Roslan (Selangor)

Pihak urus setia akan menghubungi pemenang melalui e-mel untuk urusan hadiah.

Semua keputusan juri adalah muktamad.

#MTHQK2025 #KuizAlQuran #JAKIM #MalaysiaMADANI #Tilawah1446H

Читать полностью…

JAKIM

BORANG JAWAPAN KUIZ MTHQK 2025

Peserta hendaklah menjawab kesemua soalan kuiz dengan lengkap berserta slogan yang ditetapkan dengan mengimbas QR Code di poster atau layari http://bit.ly/kuizmthqk2025

Jawapan hendaklah dihantar pada 2 Mei 2025 sebelum 11.59 PM.

#MTHQK2025
#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani

Читать полностью…

JAKIM

ASAS KEADILAN DAN KESEJAHTERAAN SOSIAL

Islam menegaskan prinsip keadilan dan belas kasihan dalam semua aspek kehidupan. Segala bentuk perbuatan yang menyakiti, menyusahkan atau menindas sama ada secara lisan, fizikal atau emosi adalah dilarang sama sekali.

#MTHQK2025
#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani

Читать полностью…

JAKIM

Sekalung Tahniah

Ketua Pengarah dan seluruh warga JAKIM merakamkan ucapan sekalung tahniah kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib atas pelantikan sebagai Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang Ke-9,berkuat kuasa 1 Mei 2025.

Semoga Allah SWT melimpahkan keberkatan kepada Tuan Yang Terutama Tun dalam menjalankan amanah ini demi kemakmuran Negeri Pulau Pinang dan Malaysia secara keseluruhannya.

Читать полностью…
Subscribe to a channel