Saluran Info terkini daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
SEKALUNG TAHNIAH!
Sekalung Tahniah diucapkan kepada penerima Anugerah Perdana dan penerima anugerah Maulidur Rasul SAW Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1446/2024.
Anugerah Perdana :
YBhg. Sahibus Samahah Datu Haji Kipli bin Haji Yassin, Mufti Kerajaan Negeri Sarawak
Penerima Anugerah :
1. YBhg. Datin Hajah Aminah binti Zakaria
2. YBhg. Datuk Haji Ab Jamal bin Tun DSP Dr Haji Sakaran
3. YBhg. Datin Paduka Prof. Dr. Khatijah binti Mohamad Yusoff
4. YBrs. Prof. Emeritus Dr. Shaharir bin Mohamad Zain
5. Puan Sariah binti Ibrahim
6. Encik Michael Tong Wai Siong (Uncle Mike)
Tulus ikhlas daripada Ketua Pengarah dan seluruh warga JAKIM
Rabiulawal: Bulan Hijrah, Bulan Kegemilangan Islam
Pada bulan Rabiulawal, kita mengenang peristiwa penting yang menjadi titik tolak kepada kegemilangan Islam iaitu Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah. Pelbagai cabaran dan peristiwa yang ditempuhi oleh Baginda SAW antaranya ialah :
Kepungan kaum Musyrikin Mekah: Musyrikin Mekah tidak henti-henti menghalang perjuangan Baginda SAW, malah mengepung rumah Rasulullah SAW untuk membunuh Baginda SAW.
Ancaman Nyawa: Dalam usaha menyelamatkan diri, Baginda terpaksa bersembunyi di dalam Gua Thur bagi mengelak dijejaki oleh kaum Musyrikin dengan penuh tawakal kepada Allah SWT
Sebagai umat Islam, peristiwa ini mengingatkan kita tentang pentingnya usaha tanpa putus asa dan keyakinan bahawa pertolongan Allah SWT sentiasa dekat.
#MaulidurRasul1446
#MalaysiaMadani
#pelantransformasialfalah
TIGA (3) ADAB DALAM MENULIS & MENYAMPAIKAN BERITA
1️⃣ Tidak tergesa-gesa
menyampaikan khabar dan berita tanpa mengetahui selok belok serta kepastian berita tersebut.
2️⃣ Tidak menyampaikan
berita dengan tujuan al-Namimah (mengadu domba)
3️⃣ Penyampaian berita itu tidak membuka aib orang lain.
Ingatlah, menulis itu amanah — berhati-hatilah agar setiap patah perkataan yang kita sebarkan membawa kebaikan, bukan fitnah atau keburukan.
Jom sama-sama kita amalkan adab dalam penulisan dan penyampaian berita!
#AdabBerkongsiBerita #MenulisDenganBijak #IslamItuIndah #AmanahDalamPerkongsian
Rabiulawal: Bulan Kelahiran dan Kewafatan Rasulullah SAW
Bulan Rabiulawal bukan sekadar bulan kelahiran, tetapi juga bulan kewafatan insan mulia, Nabi Muhammad SAW. Dalam bulan penuh berkat ini, kita mengenang kedatangan Baginda SAW sebagai rahmat kepada sekalian alam dan perpisahan Baginda SAW dengan umatnya.
Rasulullah SAW meninggalkan kita dengan panduan kehidupan yang sempurna iaitu al-Quran dan sunnahnya. Setiap langkah dan kata-kata Baginda SAW kekal menjadi cahaya petunjuk buat umat yang mencintai dan meneladani Baginda SAW.
Marilah kita memperingati dua peristiwa agung ini dengan memperbanyakkan selawat kepada Baginda SAW, mengamalkan sunnah dalam kehidupan seharian dan menyebarkan kasih sayang dan keadilan, seperti yang diajarkan oleh Baginda SAW.
Semoga kita tergolong dalam umat yang mendapat syafaat Baginda SAW di akhirat kelak.
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Bukti Cinta Sejati Kepada Rasulullah SAW
Selawat kepada Nabi SAW adalah tanda cinta dan penghormatan kita kepada Baginda SAW. Setiap kali kita berselawat, Allah SWT membalasnya dengan sepuluh kali selawat ke atas kita. Betapa besarnya ganjaran bagi orang yang mencintai Rasulullah SAW!
“Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” [Riwayat Muslim (384)]
Mari kita bersama memperbanyakkan selawat, tanda syukur dan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW, yang telah membawa kita dari kegelapan kepada cahaya iman. Dalam setiap hela nafas, setiap langkah, jangan lupa lafazkan:
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Semoga dengan selawat yang kita ucapkan, kita semakin dekat dengan Baginda SAW dan mendapat syafaatnya di hari kiamat.
Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan 1446H/2024M akan diadakan pada Selasa, 17 September di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Menurut kenyataan media Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), perhimpunan membabitkan 25 kontinjen dengan 600 peserta akan berarak, berzikir dan berselawat.
Wartawan : Lela Zain
#beritaJAKIM
#penyiaranJAKIM
Malam Cinta Rasul SAW 2024 !!!!
Istimewa bersama YB Senator Dato' Setia Dr. Naim Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan tokoh-tokoh agama tersohor dalam satu malam penuh kecintaan kepada Rasulullah SAW!
📅 15 September 2024 (Ahad)
🕕 6.00 Petang - 11.00 Malam
🕌 Dataran Putra, Putrajaya
Jangan lepaskan peluang menghadiri Selawat Perdana ini dan memperbaharui kecintaan kita kepada Baginda SAW!
Acara ini juga akan disiarkan secara langsung di TV Alhijrah bagi yang tidak dapat hadir. Mari kita hidupkan hati dengan zikir dan selawat, menyemarakkan semangat Malaysia Madani.
📣 Muslimin dan Muslimat dijemput hadir!
#malamcintarasul2024
#malaysiamadani
#pelantransformasialfalah
#maulidurrasulsaw1446
Jom Meriahkan Malam Cinta Rasul 2024!
Ayuh, bersama kita raikan cinta kepada Rasulullah SAW dan memperingati keperibadian agung Baginda Rasulullah SAW dan para sahabat dalam program penuh barakah ini:
Karnival Healing de Masjid
📅 13-15 Sept 2024
🕘 9am-10pm
📍 Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
Program santai untuk keluarga, hati & jiwa tenang!
Pameran Artifak Rasulullah SAW
📅 14-16 Sept 2024
🕘 10am-10pm
📍 Masjid Putra, Putrajaya
Lihat artifak bersejarah yang menginsafkan!
Selawat Perdana Malam Cinta Rasul SAW
📅 15 Sept 2024
🕕 6pm-11pm
📍 Dataran Putra, Putrajaya
Bersama-sama kita melantunkan selawat buat Baginda SAW!
Jangan lepaskan peluang ini!
Bawa keluarga & rakan untuk sama-sama hayati kecintaan kepada Rasulullah SAW.
#CintaRasul2024 #MalaysiaMadani #AlFalahMadani #jomselawat
Maulidur Rasul SAW 1446H | Sahabat Terbaik di Sisi Allah SWT
"Apakah yang menjadikan seseorang sahabat begitu istimewa di sisi Allah SWT? Apa rahsia untuk menjadi jiran yang terbaik di mata-Nya?"
Dalam video istimewa ini menampilkan dua pelakon terkenal iaitu Shamsul Ghau-Ghau dan Adam Corrie yang membawakan kisah inspirasi berdasarkan sebuah hadis mulia :
“Sebaik-baik teman di sisi Allah adalah seorang yang terbaik terhadap temannya. Manakala sebaik-baik jiran di sisi Allah adalah seorang yang paling baik dengan jirannya. (Riwayat al-Tirmizi (1944)
Ikuti kisah mereka hingga ke penghujung untuk memahami makna persahabatan dan kejiranan yang sebenar di sisi Allah SWT.
Tonton sekarang dan hayati mesej mendalam ini sempena Maulidur Rasul SAW 1446H. Jangan terlepas! 🎬👇
Larangan Melampau Dalam Agama
Islam adalah agama yang seimbang dan penuh rahmat. Jangan berlebihan atau melampau dalam beragama, kerana ia hanya akan membawa kerosakan dan kesulitan.
Bersikap sederhana dan mengikuti sunnah adalah kunci kebahagiaan di dunia dan akhirat.
#JAKIM #LaranganMelampau #AgamaIslam #Sederhana #hadis
6 HARI LAGI!!!
Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1446/2024 semakin hampir!
Jom bersama kita meriahkan Sambutan Maulidur Rasul SAW dengan menghayati pengajaran dari kehidupan Baginda Rasulullah SAW.
📅 Tarikh : 16 September 2024
🕌 Lokasi : Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Tema: Al-Falah Pemacu Malaysia Madani
Saksikan siaran secara langsung di saluran media sosial rasmi JAKIM dan di RTM TV1 bermula jam 9.00 pagi.
#SambutanMaulidurRasul #MaulidurRasul1446 #MalaysiaMadani #Jakim #CintaRasul #alfalahpemacumalaysiamadani
BERBUAT BAIK KEPADA AHLI KELUARGA
Berbuat baik kepada keluarga adalah salah satu tuntutan utama dalam ajaran Islam yang mencerminkan kasih sayang, penghormatan dan tanggungjawab.
Diriwayatkan daripada Saidatina 'Aisyah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap ahli keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluargaku. Dan apabila salah seorang daripada ahli keluarga kalian meninggal dunia, maka biarkanlah dia (tinggalkanlah dia dan jangan berbicara tentang keburukannya)." (Riwayat al-Tirmidhi, 3895)
Rasulullah SAW mengajarkan kita bukan sahaja untuk menjaga hubungan baik semasa hayat ahli keluarga, tetapi juga untuk menjaga maruah mereka selepas kematian, dengan tidak mengungkit keburukan mereka.
#JAKIM #Hadis #KasihSayangKeluarga #Sunnah
✨ 7 HARI LAGI!!!✨
Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1446/2024 semakin hampir!
Jom bersama kita meriahkan Sambutan Maulidur Rasul SAW dengan menghayati pengajaran dari kehidupan Baginda Rasulullah SAW.
📅 Tarikh : 16 September 2024
🕌 Lokasi : Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Tema: Al-Falah Pemacu Malaysia Madani
Saksikan siaran secara langsung di saluran media sosial rasmi JAKIM dan di RTM TV1 bermula jam 9.00 pagi.
#SambutanMaulidurRasul #MaulidurRasul1446 #MalaysiaMadani #Jakim #CintaRasul #AlFalahPemacuMalaysiaMadani
Jangan Lupa Berdoa Berterima Kasih dengan Doa yang Mulia
Setiap kebaikan wajar dihargai, dan tiada ucapan yang lebih baik selain doa. Rasulullah SAW mengajarkan kita untuk mendoakan orang yang berbuat baik kepada kita dengan ucapan:
جَزَاكَ اللّٰهُ خَيْرًا
🌿 Semoga Allah SWT membalasnya dengan segala kebaikan🌿
Dengan doa ini, kita tidak hanya mengucapkan terima kasih, tetapi turut mendoakan kesejahteraan dan rahmat untuk mereka.
Mari amalkan, semoga kebaikan sentiasa mengiringi hidup kita semua.
#JazakallahuKhairan #UcapanTerbaik #DoaKebaikan #sebarkankebaikan
https://www.youtube.com/live/NN1K3cJoOZA?si=Kv1MNXt83pZlna8-
Читать полностью…Salam Maulidur Rasul SAW 1446H/2024M
Pada bulan Rabiulawal yang mulia ini, marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan yang menjadi contoh tauladan terbaik dalam kehidupan kita.
Dengan tema “Al-Falah Pemacu Malaysia Madani”, kita diingatkan untuk meneladani setiap langkah Baginda SAW dalam usaha membina negara yang sejahtera, maju, dan berteraskan nilai-nilai murni Islam.
Selamat menyambut Maulidur Rasul SAW! Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan rahmat dan keberkatan Allah SWT.
Daripada Ketua Pengarah dan seluruh warga JAKIM.
#MaulidurRasul1446 #RasulullahTeladanKita #AlFalahMalaysiaMadani #KehidupanMadani #Jakim
Akhlak Mulia: Lebih Utama dari Ilmu
Ilmu adalah cahaya, namun akhlak adalah cerminnya. Seindah manapun ilmu yang kita miliki, jika tidak diiringi dengan akhlak mulia, ia hanyalah bayang-bayang yang hilang.
Rasulullah SAW bersabda: “Tiada yang lebih berat dalam timbangan seorang Mukmin pada hari kiamat daripada keindahan akhlak. Dan Allah SWT benci orang yang keji mulut dan kelakuan.”
Mari kita utamakan akhlak dalam setiap perbuatan kita, kerana itulah yang paling disukai oleh Allah SWT.
#AkhlakMulia #TimbanganAkhlak #HadithNabi #IlmuDanAkhlak #JAKIM
Rasulullah SAW: Contoh Teladan Yang Baik
Rasulullah SAW adalah contoh teladan yang terbaik dalam segala aspek kehidupan sebagai pemimpin, sahabat, suami, dan pendidik. Baginda SAW mengajarkan kasih sayang, kesabaran, keadilan, serta akhlak yang mulia.
Mari kita hidupkan sunnah Baginda SAW dalam setiap langkah kita dengan memperbaiki diri dan nilai-nilai murni yang telah diwariskan oleh Rasulullah SAW. Jadikan Baginda SAW sebagai inspirasi dalam kehidupan seharian sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud :
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik.”
Sempena bulan Rabiulawal ini, marilah sama-sama kita memperingati kelahiran insan agung Nabi Muhammad SAW serta perbanyakkan selawat dan amalan kebaikan. Semoga kita semua mendapat syafaat Baginda SAW di akhirat kelak.
#MalaysiaMadani
#Pelantransformasialfalah
#Maulidurrasulsaw1446
JAKIM SEBAGAI PENYELARAS
Penerangan ringkas oleh YBrs. Dr. Ayman Al-Akiti, Pensyarah Jabatan Usul al-Din UIAM tentang fungsi JAKIM sebagai penyelaras utama dalam pengurusan Hal Ehwal Islam di peringkat persekutuan di Malaysia.
#MalaysiaMadani
#alfalah
Mahukan Perlindungan dari Allah SWT?
Rasulullah SAW telah mengajarkan kita lima (5) cara untuk mendapat perlindungan dari Allah SWT. Antara amalannya ialah :
1. Menziarahi orang sakit,
2. Keluar mengiringi jenazah (ke perkuburan),
3. Keluar berperang di medan jihad,
4. Pergi kepada seorang pemimpin dengan tujuan untuk menghormati dan memuliakannya,
5. Seorang yang duduk di dalam rumahnya lalu manusia selamat darinya (kejahatan lidah dan tangannya) dan dia juga selamat dari (kejahatan lidah dan tangan) manusia.
Sangat mudah untuk kita lakukan dalam kehidupan seharian, inilah peluang kita untuk menambah pahala dan perlindungan-Nya.
Jom kita amalkan dan sebarkan kebaikan ini kepada keluarga dan rakan-rakan. Klik like dan share sekarang!
#pelantransformasialfalah #malaysiamadani #PerlindunganAllah #AmalanSoleh #IslamicReminder #JAKIM #MalaysiaMadani
LARANGAN MENZALIMI PEKERJA
Islam sangat menitikberatkan kebajikan pekerja dan peringatan keras diberikan kepada majikan yang menzalimi mereka melalui hadis Baginda SAW.
Janganlah kita termasuk dalam golongan yang dimusuhi Allah SWT di akhirat nanti. Pastikan hak pekerja dijaga, upahnya dibayar tepat pada masanya, dan layan mereka dengan keadilan serta hormat.
Ketahuilah bahawa rezeki yang berkat bermula dengan kejujuran dan keadilan.
#malaysiamadani #pelantransformasialfalah
#HakPekerja #IslamicValues #HadisNabi #KeadilanPekerja #KebajikanPekerja #RezekiHalal #sunnahnabi
Nak Tahu Apa Yang Allah SWT Suka?
Dalam hidup kita, setiap langkah yang disukai oleh Allah SWT akan membawa berkat yang luar biasa!
✅ Allah SWT suka kebaikan – jadi sebarkan kebaikan setiap hari!
✅ Allah SWT suka kebersihan – jadi jaga kebersihan diri dan sekeliling kita!
✅ Allah SWT suka kemuliaan – jadilah manusia yang mulia di sisiNya!
✅ Allah SWT suka kemurahan hati – jadi rajin-rajinlah berkongsi dan memberi!
👉🏻 Mari kita mulakan hari ini dengan memperbanyak amalan yang Allah SWT suka, dan tinggalkan perkara yang sia-sia.
#malaysiamadani #pelantransformasialfalah #ApaAllahSuka #SpreadLoveAndGoodness #HidupBersih #AmalKebaikan #HadisNabi
Temu Bual Khas Sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW 1446/2024!
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan temu bual eksklusif bersama dua orang tetamu jemputan iaitu :
1. Encik Kamal Norfarid Kamarudin, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keurusetiaan & Hubungan Luar, JAKIM
2. Ustaz Mohd Radhi bin Abdul Ghani, Penolong Pengarah Kanan, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya
Dalam temu bual ini, kita akan mendengar perkongsian aktiviti-aktiviti yang menarik sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1446 / 2024.
Saksikan siaran langsung pada 12 September 2024 (Khamis) jam 9.30 pagi di saluran Astro 502 | unifi TV 631 | MYTV 121 serta Facebook & YouTube Bernama TV
#pelantransformasialfalah #TemuBualKhas #MaulidurRasul2024 #SirahNabi #InspirasiUmmah #BernamaTV #malaysiamadani
5 HARI LAGI!!!
Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1446/2024 semakin hampir!
Jom bersama kita meriahkan Sambutan Maulidur Rasul SAW dengan menghayati pengajaran dari kehidupan Baginda Rasulullah SAW.
📅 Tarikh : 16 September 2024
🕌 Lokasi : Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Tema: Al-Falah Pemacu Malaysia Madani
Saksikan siaran secara langsung di saluran media sosial rasmi JAKIM dan di RTM TV1 bermula jam 9.00 pagi.
#SambutanMaulidurRasul #MaulidurRasul1446 #MalaysiaMadani #Jakim #CintaRasul #alfalahpemacumalaysiamadani
MALAM CINTA RASUL 2024
Jom bersama-sama kita raikan kasih dan cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam Malam Cinta Rasul 2024 Sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1446 / 2024 :
📅 15 September 2024 (Ahad)
⏱️ 6.00 Petang - 11.00 Malam
🕌 Dataran Putra, Putrajaya (Hadapan Masjid Putra, Putrajaya)
🕌 Muslimin & Muslimat dijemput hadir bersama-sama keluarga dan rakan-rakan!.
Selawat Perdana Malam Cinta Rasul SAW akan disiarkan secara langsung di TV AlHijrah.
Jom hadir, hayati, dan sebarkan cinta Rasul SAW! ❤️
#MalamCintaRasul2024 #CintaRasul #SelawatPerdana #MalaysiaMadani #maulidurrasul2024
“Tiga Ciri Orang Munafik”
Nabi Muhammad SAW bersabda, ada tiga tanda orang munafik:
1. Apabila dia bercakap, dia berdusta.
2. Apabila dia berjanji, dia memungkiri janji.
3. Apabila dia diberikan amanah, dia mengkhianatinya.
Hadis ini mengingatkan kita untuk sentiasa jujur, menunaikan janji, dan menjaga amanah.
Jangan biarkan sifat munafik mencemari hati kita.
#JAKIM #Hadis #Amanah #Jujur #Janji #Munafik
Jom ke Pameran #Al-Falah!!!
Sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1446H/2024M, kami menjemput anda untuk hadir ke Pameran #Al-Falah yang akan diadakan pada :
📅 Tarikh : 16 September 2024 (Isnin)
🕖 Masa : 7:30 pagi hingga 3:00 petang
🏢 Lokasi : Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Pelbagai aktiviti menarik dan perkhidmatan daripada 14 agensi di bawah Agensi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menanti anda. Jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman yang bermakna sempena sambutan ini.
Mari bersama kita raikan kecintaan terhadap Rasulullah SAW dan semarakkan tema "Al-Falah Pemacu Malaysia Madani". 🌟
📌 Semua dijemput hadir!!!
#PameranAlFalah #MaulidurRasul1446 #MalaysiaMadani #CintaRasul #JAKIM
HUKUM MENGUBAH CIPTAAN ALLAH SWT
Firman Allah SWT dalam Surah al-Rum, ayat 30, mengingatkan kita tentang pentingnya menjaga fitrah yang telah Allah tetapkan untuk manusia.
✅ Setiap ciptaan Allah SWT mempunyai hikmah dan tujuannya sendiri.
✅ Mengubah ciptaan Allah SWT tanpa keperluan atau melawan fitrah yang ditetapkan adalah perbuatan yang tidak dibenarkan dalam Islam.
✅ Hargai dan syukuri kurniaan Allah SWT dalam diri kita kerana setiap sesuatu diciptakan dengan sempurna.
Semoga kita sentiasa berada di jalan yang diredhai dan menghormati fitrah yang Allah SWT berikan kepada kita. 🤲🏻
#HukumMengubahCiptaan #FitrahManusia #JAKIM #MalaysiaMadani #Islam #KeindahanCiptaanAllah #fitrah
🌿Mulakan Hari Jumaat dengan Selawat!🌿
Rasulullah SAW mengajarkan kita bahawa Hari Jumaat adalah hari paling mulia. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memperbanyakkan selawat ke atas baginda SAW.
Semoga setiap selawat yang kita kirim membawa rahmat dan ketenangan dalam hidup kita.
💚 اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 💚
Mari bersama kita rebut pahala yang tak ternilai ini.
#JumaatBerkat #SelawatKeAtasNabi #jumaatmulia
Sidang Kemuncak Halal Global (GHAS) 2024
Acara berprestij ini mengumpulkan peserta dari Badan Pensijilan Halal Global dan Industri Halal di seluruh dunia. Ini adalah peluang yang tiada tandingan untuk berhubung, belajar, dan menyumbang kepada masa depan pasaran halal global.
Daftar sekarang di :
https://ghasconvention.com/home
Jumpa anda di sana !
#MalaysiaMadani
#PelanAlFalah