myjakim | Unsorted

Telegram-канал myjakim - JAKIM

8666

Saluran Info terkini daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Subscribe to a channel

JAKIM

SYARAHAN UMUM BERSAMA AL-ALLAMAH MAULANA ABDUL HAMID BIN CHIN

Sempena Majlis Sama’ Hadis Sahih Al-Bukhari Antarabangsa 2024, anda dijemput menghadiri syarahan penuh ilmu bertajuk: “Pengajaran Muhammadiyyah tentang Akhlak Mulia”

📅 Tarikh: 17 November 2024 (Ahad)
📍 Lokasi: Masjid Putra, Putrajaya
🕒 Masa: Selepas Solat Maghrib

Jangan lepaskan peluang untuk menyelami keindahan akhlak Nabi Muhammad SAW dalam suasana penuh keberkatan.

Ayuh bawa ahli keluarga dan rakan-rakan!

Читать полностью…

JAKIM

Penjelasan Berkenaan Pensijilan Halal Genting Malaysia Berhad

Читать полностью…

JAKIM

Syarahan Umum Sempena International Sama’ Hadith Sahih Al-Bukhari 2024

Jemputan istimewa buat semua untuk menghadiri syarahan umum oleh Al-Allamah Maulana Husein Al-Yusufi & Sheikh Nazrul Nasir Al-Azhari :

📅 Tarikh: 14 November 2024 (Khamis)
🕒 Masa: Selepas solat Maghrib
📍 Tempat: Masjid Putra, Putrajaya

Tajuk: Kepentingan Ilmu Sanad dalam Tradisi Periwayatan Hadis

Mari kita pelajari kehebatan ilmu sanad dan mendalami tradisi periwayatan hadis dalam menelusuri ajaran Rasulullah SAW.

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama menyemarakkan kecintaan terhadap sunnah Baginda SAW.

Semua dijemput hadir!

Читать полностью…

JAKIM

KENYATAAN MEDIA
PENGERUSI JAWATANKUASA MUZAKARAH
MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA (MKI)

BERKENAAN

KEPUTUSAN PANDANGAN HUKUM MESYUARAT
JAWATANKUASA MUZAKARAH MKI BERHUBUNG KAJIAN ISU-ISU AKIDAH, SYARIAH DAN AKHLAK/ TASAWUF DALAM GISB HOLDINGS SDN. BHD. (GISBH)

Читать полностью…

JAKIM

Sekalung Tahniah

Sekalung Tahniah kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) - HeBAT kerana telah berjaya mengharumkan nama negara dengan meraih Anugerah Emas di International Convention On Quality Control Circle (ICQCC), Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa yang berlangsung di Colombo, Sri Lanka pada 12 November 2024.

Pengiktirafan ini adalah bukti komitmen dan inovasi dalam memperkukuhkan kualiti serta produktiviti demi manfaat ummah.

Daripada Ketua Pengarah dan seluruh warga JAKIM

#mais
#icqcc2024
#malaysiamadani

Читать полностью…

JAKIM

Jemputan ke Syarahan Umum International Sama’ Hadith Sahih Al-Bukhari 2024

Saksikan pencerahan ilmu bersama Al-Allamah Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki dalam syarahan bertajuk Manhaj Penuntut Ilmu: Untuk Menggapai Keberkatan Ilmu.

📅 Tarikh: 12 November
📍 Tempat: Masjid Putra, Putrajaya
🕖 Masa: Selepas solat Maghrib

Semua dijemput hadir! Jangan lepaskan peluang untuk menyelami ilmu dan hikmah daripada tokoh ulama terkenal ini.

Читать полностью…

JAKIM

Sekalung Tahniah

Tahniah diucapkan kepada YBrs. Dr. Amru Alhaz bin Adnan atas pelantikan sebagai Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Pelantikan ini adalah satu penghormatan besar dan tanggungjawab mulia dalam membimbing serta memartabatkan syiar Islam.

Semoga YBrs. Dr. terus diberikan kekuatan dan hikmah dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang besar ini.

Daripada Ketua Pengarah dan Seluruh Warga JAKIM

Читать полностью…

JAKIM

Berbuat Baik Kepada Haiwan: Kisah Teladan dari Rasulullah SAW

Seorang lelaki yang sedang dahaga mengisi kasutnya dengan air dari perigi untuk diminum. Ketika dia keluar, dia melihat seekor anjing yang kehausan lalu dia memberi anjing itu minum dari kasutnya. Dengan perbuatan ini, dia bersyukur kepada Allah dan Allah SWT mengampuni dosa-dosanya.

Sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, “Adakah kami juga mendapat ganjaran jika berlaku baik kepada haiwan?” Rasulullah menjawab, “Setiap yang bernyawa ada ganjarannya.” (HR al-Bukhari 2363)

Hidupkan rasa kasih sayang dan kebaikan, bukan sahaja kepada sesama manusia, tetapi juga kepada setiap makhluk ciptaan Allah SWT.

Semoga kita semua diberkati dengan ganjaran-Nya.

Читать полностью…

JAKIM

Larangan ‘Troll’ Orang” – Jaga Akhlak, Pelihara Silaturrahim!

Tindakan mengejek, menghina, khianat, dan menyebarkan fitnah bukanlah amalan seorang mukmin sejati. Dalam Islam, setiap tindakan yang melukakan hati orang lain dilarang keras.

Jom kita hayati peringatan dalam al-Quran dan hadith berikut:

1️⃣ Larangan mengejek dan memberi gelaran yang buruk.

2️⃣ Larangan menghina, merendah-rendahkan, mencaci dan melaknat sesama sendiri.

3️⃣ Larangan khianat dan berbohong.

4️⃣ Larangan menyebar fitnah dan mengadu domba.

Berhati-hatilah dalam bertutur dan berinteraksi, khususnya di media sosial. Jagalah keharmonian dan elakkan ‘troll’ atau perbuatan yang boleh menyakiti hati orang lain.

Semoga bermanfaat dan menjadi ingatan bersama.

Читать полностью…

JAKIM

LARANGAN MENJAHARKAN MAKSIAT

“Sekiranya seseorang diuji oleh Allah S.W.T dengan maksiat, hendaklah dia berusaha menyembunyikannya dan memperbanyakkan taubat.”

Dalam kehidupan, setiap daripada kita pasti pernah diuji dengan perkara yang menguji iman. Namun, penting untuk kita menjaga aib dan tidak menyebarkan keburukan diri kepada orang lain.

Ingatlah, Allah Maha Penerima Taubat dan Dia sentiasa membuka pintu keampunan bagi mereka yang benar-benar ingin kembali kepada-Nya.

Jom kita sama-sama berusaha memperbaiki diri dan menjauhkan diri daripada mendedahkan maksiat.

Читать полностью…

JAKIM

Empat Nasihat Nabi Muhammad SAW Dalam Mengawal Kemarahan

Mengawal kemarahan bukanlah perkara mudah, namun Rasulullah SAW telah memberikan panduan yang jelas dan praktikal.

1️⃣ Duduk jika berdiri, baring jika duduk – Redakan emosi dengan menukar posisi badan.
2️⃣ Mengambil wuduk – Air wuduk menyejukkan hati yang membara.
3️⃣ Elakkan membuat keputusan besar – Jangan terburu-buru ketika marah.
4️⃣ Diam – Kadangkala, diam itu emas, terutama dalam kemarahan.

Jadikan nasihat ini sebagai pedoman hidup seharian.

Semoga kita semua diberi kekuatan untuk mengawal emosi dengan bijak.

Читать полностью…

JAKIM

Buat Baik Kepada Ibu Bapa, Kunci Keberkatan Hidup

Rasulullah SAW pernah bersabda : “Setiap dosa akan dilewatkan oleh Allah SWT hukumannya mengikut kehendak-Nya sehingga hari kiamat kecuali derhaka kepada ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah SWT akan menghukumkan kepada pelakunya semasa hidup sebelum kematian lagi. (Riwayat al-Hakim 7263)

Sebagai anak, marilah kita sentiasa menjaga hubungan dengan ibu bapa dan memuliakan mereka. Ingatlah, keredhaan Allah SWT terletak pada keredhaan ibu bapa.

#kasihsayangibubapa
#malaysiamadani
#pelantransformasialfalah

Читать полностью…

JAKIM

Doa Kesabaran dan Keteguhan

رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

“Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir.”

(Surah Al-Baqarah, ayat 250)

Tatkala kita diuji, mohonlah kepada Allah SWT untuk kesabaran dan kekuatan. Semoga kita semua diberi keteguhan dalam setiap langkah serta kemenangan di sisi-Nya.

Marilah kita amalkan doa ini dalam kehidupan seharian, agar hati sentiasa teguh dan tidak goyah dengan ujian dunia.

Читать полностью…

JAKIM

Cara Ilmu Dicabut: Peringatan Penting!

Ilmu pengetahuan tidak dicabut begitu sahaja, tetapi dengan kematian para ulama yang meninggalkan kekosongan dalam masyarakat. Bila orang jahil dilantik sebagai pemimpin, kebatilan akan tersebar apabila keputusan dibuat tanpa bimbingan ilmu.

Jadikan hadis ini sebagai pengajaran untuk sentiasa menghargai dan menuntut ilmu dari sumber yang sahih. Jagalah warisan ilmu demi masa depan yang lebih baik.

#malaysiamadani
#pelantransformasialfalah
#jakim

Читать полностью…

JAKIM

Doa Perlindungan daripada Kejahatan Anggota Badan

اللَّهُمَّ طَهِّرْ قَلْبِي مِنَ النِّفَاقِ، وَعَمَلِي مِنَ الرِّيَاءِ، وَلِسَانِي مِنَ الْكَذِبِ، وَعَيْنِي مِنَ الْخِيَانَةِ، فَإِنَّكَ تَعْلَمُ خَائِنَةَ الأَعْيُنِ وَمَا تُخْفِي الصُّدُورُ

“Wahai Allah! Bersihkanlah hatiku dari nifaq, (bersihkanlah) amalanku dari perasaan riya’, (bersihkanlah) lisanku dari dusta, (bersihkanlah) mataku dari pengkhianatan. Sesungguhnya Engkau mengetahui pandangan mata yang khianat dan apa yang disembunyikan di dalam dada.”

Setiap hari kita berhadapan dengan ujian hati, lisan, mata, dan perbuatan. Mohonlah perlindungan dan bersihkan jiwa dari sebarang sifat mazmumah yang boleh merosakkan amalan kita.

Sama-sama kita amalkan doa ini agar menjadi perisai diri kita dari segala bentuk pengkhianatan, riya’, nifaq, dan dusta, dan moga-moga Allah SWT menjaga hati dan niat kita sentiasa ikhlas.

#doaharian
#pelantransformasialfalah
#JAKIM

Читать полностью…

JAKIM

Soal Rezeki: Yakinlah pada Janji Allah SWT

Firman Allah SWT, Surah Saba’, ayat 39: Katakanlab (wahai Muhammad) : “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah SWT akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik pemberi rezeki.”

Pesanan Bermakna:

✅ Rezeki itu bukan hanya tentang harta, tetapi juga nikmat kesihatan, kasih sayang, dan kebahagiaan.
✅Sedekah menjadi pintu keberkatan; apa yang kita beri akan diganti dengan sesuatu yang lebih baik oleh Allah SWT.

Jadilah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain, kerana setiap kebaikan akan kembali kepada kita dengan rahmat-Nya.

Читать полностью…

JAKIM

Keutamaan Mempelajari Hadis Nabi SAW

Sabda Rasulullah SAW :

“Semoga Allah SWT mencerahkan seseorang yang mendengar kata-kataku, lalu dia memahaminya, menghafaznya, dan menyampaikannya. Boleh jadi yang menghafaznya akan menyampaikan kepada yang lebih memahami daripadanya.” (Riwayat Tirmizi)

Hadis ini mengingatkan kita tentang keutamaan mempelajari, menghayati, dan menyampaikan ilmu daripada Nabi SAW.

Mari kita manfaatkan peluang untuk mendalami hadis dan menyebarkan kebaikan kepada dunia.

#samahadithsahihalbukhari2024
#jakim
#malaysiamadani

Читать полностью…

JAKIM

KENYATAAN MEDIA
PENGERUSI JAWATANKUASA MUZAKARAH
MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM
MALAYSIA (MKI)

BERKENAAN

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA MUZAKARAH MKI
BERHUBUNG HUKUM KUTIPAN ZAKAT DI NEGERI LAIN

Читать полностью…

JAKIM

Ingin Hati Tenang?

Firman Allah SWT dalam Surah Ar-Ra’d, Ayat 28:

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah.

Ketahuilah, dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.

Mulakan hari anda dengan mengingati Allah SWT, kerana di situlah terletaknya ketenangan yang sejati.

#JAKIM #HatiTenang #zikrullahpembersihhati

Читать полностью…

JAKIM

Syarahan Umum Sempena Majlis Sama’ Hadith Sahih Al-Bukhari Antarabangsa 2024

📆 Tarikh: 13 November 2024 (Rabu)
📍 Lokasi: Masjid Putra, Putrajaya
🕰️ Masa: Selepas solat Maghrib

Bersama tokoh ilmuwan tersohor, Al-Allamah Sheikh ‘Isam Al-Sabu’i yang akan mengupas tajuk “Penghormatan Salaf terhadap Hadis dan Perjalanan dalam Menuntutnya”.

Satu perkongsian ilmu yang bakal menyentuh jiwa dan memberi inspirasi kepada semua pencinta ilmu.

Jangan lepaskan peluang ini untuk bersama-sama menghayati sunnah Rasulullah SAW dan memantapkan kefahaman kita terhadap ilmu hadis.

Semua dijemput hadir!

#hadisbukharimuslim
#samahadisbukhari2024
#jakim
#pelantransformasialfalah

Читать полностью…

JAKIM

AWAS! Kufur Dengan Perkataan Atau Ucapan

Firman Allah SWT dalam Surah at-Taubah, ayat 65-66 mengingatkan kita tentang bahaya mengolok-olok agama, ayat-ayat Allah SWT, atau RasulNya. Tindakan ini bukan sekadar main-main kerana ianya boleh membawa kita kepada kufur, menghapuskan keimanan yang kita bina.

Jangan sekali-kali kita memperlekehkan agama dengan gurauan atau sindiran, walaupun sekadar senda gurau kerana setiap perkataan membawa tanggungjawab, dan iman adalah amanah yang perlu dijaga sebaiknya.

Marilah bersama-sama kita menjaga lidah agar sentiasa terpelihara daripada ucapan yang membawa kepada dosa besar.

Читать полностью…

JAKIM

AWAS: HADIS MAUDHU’ (PALSU)

“Barangsiapa yang berdusta di atas namaku dengan sengaja, maka siaplah tempatnya di dalam neraka.” (Riwayat al-Bukhari, 110)

Kedudukan Hadis Palsu

“Ketahuilah olehmu bahawa sesungguhnya hadis palsu adalah termasuk dalam kategori hadis-hadis dhaif yang paling buruk.”

Hukum Meriwayatkan Hadis Palsu

❌ Para ulama’ menegaskan bahawa haram meriwayatkan hadis palsu apabila diketahui akan kepalsuannya, kecuali untuk menjelaskan bahawa ia palsu.

Bersama kita berhati-hati dalam menyampaikan ilmu. Jauhi diri dari menyebarkan hadis palsu demi menjaga kesucian agama kita.

Читать полностью…

JAKIM

Sekalung Tahniah

Tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato’ Haji Harith Fadzilah bin Haji Abdul Halim, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) atas kurniaan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak yang membawa gelaran Dato’ sempena Ulangtahun Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak 2024.

Semoga kurniaan ni menjadi dorongan untuk terus berbakti kepada agama, bangsa, dan negara.

Daripada Ketua Pengarah dan seluruh warga JAKIM.

Читать полностью…

JAKIM

Doa Kepada Orang Bermusafir : Wasiat Rasulullah SAW untuk Perjalanan Jauh

Suatu ketika, Abu Hurairah R.A. meriwayatkan bahawa seorang lelaki berkata kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, aku ingin pergi bermusafir. Berilah aku wasiat.” Baginda SAW pun berpesan:

“Hendaklah engkau bertakwa kepada Allah, dan bertakbirlah setiap kali menaiki tempat yang tinggi.”

Sebelum lelaki itu berangkat, Rasulullah SAW mendoakannya dengan penuh kasih sayang :

“Ya Allah, dekatkanlah jarak yang jauh baginya, dan mudahkanlah perjalanannya.” (Riwayat al-Tirmizi, 3445)

Doa dan wasiat ini penuh makna, sebagai pelindung buat setiap musafir.

Semoga yang dalam perjalanan sentiasa dalam rahmat dan perlindungan-Nya, dipermudahkan segala urusan, dan selamat tiba di destinasi dengan sejahtera.

Читать полностью…

JAKIM

Mencari Ilmu Agama

Daripada Abi Darda’ R.A Sabda Rasulullah SAW : “Wahai sekalian manusia, adapun sesungguhnya ilmu itu dengan mempelajarinya dan fiqh itu dengan tafaqquh (memahaminya).” (Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir)

Ilmu yang benar membawa kita lebih dekat kepada Allah. Mari doakan agar kita diberi kefahaman dalam agama:

اللهم فقهنا في الدين، وعلمنا التأويل
“Ya Allah! Berikanlah kepada kami kefaqihan dalam agama dan ilmu dalam tafsir dan takwil al-Quran.”

اللهم إني أسألك علما نافعا ورزقا طيبا وعملا متقبلا
“Ya Allah! Aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amalan yang diterima.”

Semoga Allah SWT mempermudah usaha kita dalam mencari ilmu dan menjadikan kita hamba-Nya yang lebih bertaqwa.

Читать полностью…

JAKIM

Doa Ketika Hujan Turun Dengan Terlalu Banyak Sehingga Ditakuti Berlakunya Mudarat

Sebagai umat Islam, kita dianjurkan untuk berdoa ketika hujan turun, terutama apabila hujan terlalu lebat sehingga ditakuti mendatangkan mudarat. Rasulullah SAW sendiri telah mengajarkan kita doa ini :

“Ya Allah! (Kami bermohon agar hujan hanya) mengelilingi kami dan bukannya menimpa ke atas kami. Ya Allah! (alihkan ia) ke atas tempat-tempat tinggi, gunung ganang dan bukit bukau, perut-perut lembah, dan tempat tumbuhnya pokok-pokok.” (Riwayat al-Bukhari 1014)

Dengan mengamalkan doa ini, kita memohon perlindungan daripada sebarang musibah yang boleh berlaku akibat hujan yang terlalu lebat.

Semoga Allah SWT melindungi kita dan menjauhkan segala bahaya.

Читать полностью…

JAKIM

LINDUNGI KAKI ANDA

Nabi SAW menasihati kita agar sentiasa memakai sandal atau alas kaki semasa berjalan ke mana-mana. Ini bukan sahaja sunnah, malah salah satu cara terbaik untuk melindungi kaki anda daripada bahaya seperti luka atau kecederaan.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Apabila seseorang daripada kamu ingin memakai selipar, maka mulakanlah dengan kaki kanan. Manakala, apabila kamu ingin menanggalkannya, maka mulakanlah dengan kaki kiri atau pakailah kedua-duanya serentak atau menanggalkannya secara serentak." (Riwayat Muslim 2097)

Tip Keselamatan: Pastikan anda sentiasa memakai alas kaki apabila berada di luar rumah untuk mengelakkan kecederaan dan menjaga kebersihan kaki. Sunnah ini melindungi kita dari bahaya dan memberi keberkatan dalam setiap langkah kita.

#malaysiamadani
#pelantransformasialfalah
#lindungikaki
#sunnahnabisaw

Читать полностью…

JAKIM

Siapakah yang benar-benar rugi di hari akhirat nanti?

Hanya agama Islam yang diterima oleh Allah SWT. Mereka yang mencari jalan selain Islam tidak akan diterima, dan tergolong dalam golongan yang rugi.

Mari kita renungkan, apakah jalan yang kita pilih akan membawa kepada keselamatan atau kerugian di akhirat?

Sama-samalah kita berpegang teguh kepada agama yang benar demi kejayaan dunia dan akhirat.

Читать полностью…

JAKIM

AKHLAK YANG DICINTAI ALLAH SWT

Daripada Husain bin ‘Ali RA, Nabi SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah SWT menyukai perkara-perkara (akhlak-akhlak) yang tinggi dan mulia dan Allah SWT membenci perkara-perkara (akhlak-akhlak) yang keji.” (Riwayat al-Tabarani 2894)

Mari kita hiasi diri dengan akhlak terpuji yang dicintai oleh Allah SWT. Jadilah insan yang memperindah peribadi, berakhlak mulia, dan sentiasa berbuat kebaikan kepada sesama.

Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang disukai oleh-Nya.

#jakim
#akhlakrasulullah
#malaysiamadani
#pelntransformasialfalah

Читать полностью…

JAKIM

Doa Khatam Al-Quran

‎اللَّهُمَّ ارْحَمْنَا بِالْقُرْآنِ، وَاجْعَلْهُ لَنَا إِمَامًا وَنُورًا وَهُدًى وَرَحْمَةً،الّلَهُمَ ذَكِّرْنَا مِنْهُ مَا نُسِّيْنَا، وَعَلِّمْنَا مِنْهُ مَا جَهِلْنَا، وَارْزُقْنَا تِلَاوَتَهُ آنَاءَ اللَّيْلِ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ، وَاجْعَلْهُ لَنَا حُجَّةً يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

Maksudnya: Ya Allah rahmatilah kami dengan al-Quran, dan jadikanlah ia sebagai imam, cahaya, petunjuk, serta rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami daripadanya apa yang telah kami dilupakan, dan ajarkan kami darinya apa yang kami jahil serta rezekikanlah kami untuk membacanya siang dan malam, dan jadikanlah ia sebagai hujah kepada kami wahai Tuhan sekalian alam.

Semoga Allah SWT memberkati setiap usaha kita dalam membaca, memahami, dan mengamalkan isi Al-Quran.

Читать полностью…
Subscribe to a channel