Saluran Info terkini daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
Berpegang Pada Landasan Fitrah & Perwatakan Islam
Allah SWT berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 19 yang bermaksud : “Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam.”
Islam mengajarkan jalan hidup yang lurus, bebas dari kesyirikan, dan sentiasa mengutamakan keikhlasan dalam setiap tindakan.
Doa: Ditetapkan Islam
اللَّهُمَّ أَصْبَحْنَا عَلَى فِطْرَةِ الْإِسْلَامِ، وَعَلَى كَلِمَةِ الإِخْلاَصِ، وَعَلَى دِينِ نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَعَلَى مِلَّةِ أَبِينَا إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
Maksudnya: “Kami hayati pagi ini di atas landasan fitrah dan perwatakan Islam, berpegang kepada kalimah ikhlas (kalimah syahadah), berpegang kepada agama Nabi kami Muhammad SAW yang juga agama ayah kami Ibrahim, yang berada di atas jalan yang lurus, muslim dan tidak tergolong dalam kalangan orang-orang musyrik.” (Riwayat Ahmad 15360)
Jom amalkan membaca doa ini.
DOA KETIKA HUJAN LEBAT
Hujan adalah rahmat, tetapi apabila terlalu lebat hingga mendatangkan mudarat, inilah doa yang diajarkan Rasulullah SAW untuk kita amalkan:
“Ya Allah! (Kami memohon agar hujan hanya) mengelilingi kami dan bukannya menimpa ke atas kami. Ya Allah! (alihkan ia) ke tempat-tempat tinggi, gunung-ganang, bukit bukau, perut-perut lembah, dan tempat tumbuhnya pokok-pokok.”
Ketika hujan turun, bacalah doa ini agar kita dilindungi dan diberikan keberkatan dalam setiap keadaan.
Jangan lupa kongsikan kepada yang lain!
#DoaKetikaHujan #RasulullahSAW #PerlindunganAllah #JAKIM #MalaysiaMadani
ANDAI DITIMPA MUSIBAH
Rasulullah SAW bersabda : “Sekiranya sesuatu menimpa kamu, maka janganlah kamu ucap “kalau” aku buat seperti itu dan ini tetapi ucaplah Allah SWT telah menetapkan apa yang Dia kehendaki dan lakukan.”
Sesungguhnya perkataan “Kalau” membuka peluang kepada syaitan untuk merosakkan akidah.”
💡 Pesan Rasulullah SAW : Jangan biarkan perkataan “kalau” melemahkan hati kita dan membuka ruang kepada syaitan untuk menggoyahkan akidah. Yakinlah, setiap takdir Allah SWT pasti ada hikmah yang terselindung.
Ubah ucapan “Kalau” kepada doa dan bertawakal kepada Allah SWT, kerana sesungguhnya Allah SWT adalah sebaik-baik perencana.
#YakinTakdir #PesananRasulullah #Tawakal
Sumbangan Anda, Ganjaran dari Allah SWT
Allah SWT berfirman dalam surah Al-Saba ayat 39 yang bermaksud : “Dan apa apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah SWT akan menggantikannya dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki.”
Yakinlah, setiap kebaikan yang kita hulurkan tidak pernah sia-sia. Allah SWT sentiasa memberi lebih dari apa yang kita berikan.
#skuadmusaadahmadani
#jakim
Mendoakan Orang Yang Melakukan Kebaikan
Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang diperlakukan kepadanya sesuatu kebaikan, maka ucaplah kepada orang yang melakukan kebaikan kepada kamu dengan ungkapan :
جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا
Jazakallahu Khairan : Semoga Allah SWT membalas segala kebaikanmu dengan keberkatan dan rahmat yang melimpah. Maka sesungguhnya dia telah menerima pujian yang terbaik. (riwayat al-Tirmizi (2035).
Doa ini sangat ringkas, tetapi mengandungi makna yang besar sebagai penghargaan kepada sesiapa sahaja yang melakukan kebaikan kepada kita.
Jadikan doa ini amalan harian kita, kerana ucapan kecil mampu membawa ganjaran besar di sisi Allah SWT.
#JazakallahKhair #HargaiKebaikan #InspirasiSunnah #MalaysiaMADANI #JAKIM
Garis Panduan Kandungan Berunsur Islam Dalam Media Baharu (2024)
Menjadi KEWAJIPAN dan AMANAH kepada semua penyedia kandungan untuk memastikan:
1️⃣ Sumber maklumat adalah berautoriti, dipercayai dan berwibawa.
2️⃣ Mendapat Kebenaran daripada sumber maklumat asal atau menyatakan penghargaan (kredit) kepadanya.
3️⃣ Petikan atau bacaan ayat al-Quran adalah tepat.
4️⃣ Matan, terjemahan atau huraian Hadith yang digunakan adalah tepat.
5️⃣ Kandungan berkaitan akidah selari dengan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
6️⃣ Kandungan berkaitan hukum-hakam adalah selari dengan apa yang dinyatakan oleh para ulama muktabar.
Bagi memastikan setiap kandungan anda mencerminkan nilai Islam yang benar dan berintegriti, boleh merujuk garis panduan yang disediakan oleh JAKIM di : https://www.islam.gov.my/ms/garis-panduan/4570-garis-panduan-kandungan-berunsur-islam-dalam-media-baharu
#GarisPanduanJAKIM #MediaIslamik #malaysiamadani
Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
5 Disember 2024 / 3 Jamadilakhir 1446H
1️⃣ Dua RUU Hal Ehwal Agama Islam Diluluskan Di Dewan Rakyat
KUALA LUMPUR: Dua Rang Undang-Undang (RUU) melibatkan hal ehwal agama Islam diluluskan di Dewan Rakyat hari ini selepas mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen.
https://alhijrahnews.com/dua-ruu-hal-ehwal-agama-islam-diluluskan-di-dewan-rakyat/
2️⃣ Pindaan RUU Pentadbiran Undang-Undang Islam WP (Pindaan) 2024 tak jumudkan takrif hukum syarak
KUALA LUMPUR: Isu berkaitan takrif hukum syarak yang didakwa 'dijumudkan' susulan pindaan Seksyen 2(c) Rang Undang-Undang (RUU) Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 (Akta 505) menjadi perbincangan hangat ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1333313/pindaan-ruu-pentadbiran-undang-undang-islam-wp-pindaan-2024-tak
3️⃣ Pindaan Akta 585 benarkan prosiding mahkamah syariah dibuat secara tertutup
KUALA LUMPUR: Pindaan Seksyen 119 Rang Undang-Undang (RUU) Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan 2024) atau Akta 585 memberikan Mahkamah Syariah kuasa membenarkan prosiding dijalankan secara tertutup bagi kes tertentu termasuk berkaitan kanak-kanak, poligami dan tuntutan fasakh.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1333362/pindaan-akta-585-benarkan-prosiding-mahkamah-syariah-dibuat-secara
4️⃣ Pendakwah perlu berdakwah dengan ilmu, hikmah dan akhlak mulia - Mohd Na'im
PUTRAJAYA - Golongan pendakwah diingatkan agar menyampaikan dakwah dengan adab, hikmah dan akhlak mulia bagi memastikan mesej Islam diterima dengan baik oleh masyarakat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/700588
5️⃣ Pendakwah perlu beradab, berbudi pekerti
KUALA LUMPUR – Seorang pendakwah perlulah mengamalkan akhlak terpuji dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat, sesuai dengan peranan mereka dalam mengajak manusia berubah ke arah kebaikan.
https://malaysiagazette.com/2024/12/05/pendakwah-perlu-beradab-berbudi-pekerti/
6️⃣ Jadikan insiden pendakwah hina penjual teh di Indonesia sebagai pengajaran - Anwar
PUTRAJAYA: Insiden seorang pendakwah di Indonesia yang didakwa menghina seorang penjual teh dalam satu majlis ceramah sehingga videonya tular di media sosial wajar menginsafkan semua, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1333057/jadikan-insiden-pendakwah-hina-penjual-teh-di-indonesia-sebagai
7️⃣ Hindar lamar wanita di khalayak secara terbuka
Khitbah: “Menzahirkan keinginan untuk mengahwini seseorang wanita yang tertentu, dan wanita tersebut menyampaikan hasrat tersebut kepada walinya.
https://www.kosmo.com.my/2024/12/05/hindar-lamar-wanita-di-khalayak-secara-terbuka/
Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
“Semangat Kebersamaan: Kasih Sayang Tanpa Sempadan”
Keimanan sejati terpancar melalui sifat saling menyayangi, mengasihi, dan membantu, seperti sebuah badan yang saling merasakan sakit apabila salah satu anggotanya terluka.
Skuad Musa’adah Al-Falah Madani komited menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di seluruh negara. Usaha ini bukan sekadar bantuan, tetapi lambang ukhuwah Islamiah dan kepedulian tanpa batas.
Marilah kita sama-sama menyokong misi ini dan terus mendoakan agar semua urusan dipermudahkan.
#SkuadMusaadahAlFalah
#PrihatinDanPeduli
#MalaysiaMadani
#Banjir2024
#PelanAlFalah
“Bersama Membantu, Bersama Dirahmati”
Sabda Rasulullah SAW:
وَاللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ
“Dan Allah SWT akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mana hamba tersebut membantu saudaranya.”
Marilah kita terus menyebarkan kasih sayang dengan membantu mereka yang memerlukan khususnya mangsa yang terkesan dengan musibah banjir ketika ini. Setiap usaha kecil kita adalah tanda rahmat besar dari-Nya.
Bersama kita bina masyarakat yang prihatin, insya-Allah.
#BantuDanDirahmati #SkuadMusaadah #MalaysiaMadani #JAKIM
Fiqh Banjir: Panduan Ibadah Musim Banjir
Dalam menghadapi musim banjir, berikut adalah panduan ringkas untuk kekal beribadah dengan cara yang betul:
📌 Jamak Solat Ketika Banjir
http://muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/al-kafili-al-fatawi/495-jamak-solat-ketika-banjir
📌 Berwudhu' Dengan Air Banjir
http://muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/al-kafili-al-fatawi/502-isu-berwudhuk-dengan-air-banjir
📌 Kaedah Pelupusan Al-Qur'an Yang Rosak Akibat Banjir
https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-hukum/umum/2056-17
📌 Memberi Zakat Kepada Mangsa Bencana Alam Seperti Banjir
https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-hukum/umum/2054-14
FORUM PERDANA EHWAL ISLAM : KALIMAH TAYYIBAH
Syariat Islam telah memberikan panduan kepada umat Islam dalam berinteraksi dan bersosial sesama masyarakat. Ajaran Islam juga telah melarang sikap suka mengeji, memfitnah, mengumpat dan mencaci maki orang lain. Sebaliknya Islam mengajar supaya bercakap dengan penuh sopan, tertib serta menyantuni semua pihak.
Keharmonian dalam masyarakat perlu dijaga sebaik-baiknya kerana ia adalah kunci kepada perpaduan negara. Apatah lagi Malaysia sebagai sebuah negara berbilang agama, bangsa dan kaum, semua pihak adalah berperanan untuk sentiasa menjaga tutur kata dan ucapan kerana ia adalah sebahagian daripada akhlak serta adab.
Ikuti perbincangan Kalimah Tayyibah dalam Forum Perdana Ehwal Islam, Khamis , 28 November 2024, jam 9.00 malam hanya di tv1.
Anda Nak Tahu Tak?
Bumi Malaysia semakin subur dengan penganjuran pelbagai program keagamaan dan majlis ilmu yang menampilkan para alim ulama tersohor bukan sahaja dari dalam tetapi juga luar negara.
Terkini, Majlis Sama' Hadis Sahih Al-Bukhari Antarabangsa yang dianjurkan selama 12 hari di Masjid Putra, Putrajaya telah menarik minat ribuan pencinta ilmu dari seluruh pelusuk negara. Semuanya berhimpun dalam majlis ilmu yang penuh barakah, mengangkat tradisi menelaah kitab ke arus perdana, menjauhi anasir yang memecahbelah, meluruskan pegangan akidah, menterjemah akhlak al-karimah.
Ayuh kita doakan agar syiar Islam terus semarak dan mekar di bumi Malaysia, seluruh rakyat berada di bawah lembayung rahmah, negara mendapat barakah, ummah beroleh maghfirah.
Apa pandangan anda?
Ikuti segmen terbaharu infografik JAKIM Untuk Ummah terbitan JAKIM di semua platform media sosial rasmi.
Ketakwaan: Kunci Pembuka Rezeki
Firman Allah SWT : “Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah SWT, nescaya Dia akan memberikan jalan keluar baginya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.” (Surah At-Talaq: 2-3)
Ketakwaan bukan hanya membawa keberkatan, tetapi juga membuka pintu rezeki yang luas dan tidak terduga.
Seorang muslim yang bertakwa sentiasa takut terhadap azab Allah SWT lalu menjalankan apa yang diperintahkan Allah SWT dan meninggalkan apa yang dilarang.
#MalaysiaMADANI #JAKIM
Untuk kebahagiaan dunia & akhirat.
ISTIMEWA DI PAVILION AL-FALAH
Jom ke Reruai Agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersempena Program 2 Tahun Kerajaan Madani yang akan berlangsung dari 22 hingga 24 November 2024, bertempat di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC).
Pelbagai aktiviti menarik akan disajikan kepada anda antaranya :
1. Edaran Naskhah al-Quran secara percuma
2. Edaran Buku Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam secara percuma
3. VR Simulasi Ibadah Haji
Jangan lepaskan peluang ini. Kongsikan info ini kepada keluarga, rakan dan kenalan supaya orang ramai dapat hadir .
Jumpa anda di sana!
Majlis Ilmu Madani: Sama’ Hadith Sahih Al-Bukhari Peringkat Antarabangsa 2024
Jom sertai Majlis Ilmu Madani sempena Sama’ Hadith Sahih Al-Bukhari Peringkat Antarabangsa 2024 pada:
Tarikh: 21 November 2024 / 19 Jamadilawal 1446H (Khamis)
Masa: 3.00 petang hingga 8.00 malam
Tempat: Masjid Putra, Putrajaya
Dengarkan tausiyah khas daripada tokoh-tokoh pendakwah terkemuka seperti:
1. YBhg. Datuk Hasanuddin bin Mohd. Yunus, Yang Dipertua YADIM
2. Sahibus Samahah Profesor Dato’ Dr. Asmadi bin Mohamed Naim, Mufti Negeri Pahang
3. YBhg. Datuk Sheikh Afifuddeen al-Jailani
4. YBrs. Prof. Madya Dr. Umar bin Muhammad Noor
Sesi Isnad Para Masyaikh Majlis Sama’ menampilkan ulama terkenal dari Tunisia, Libya, Mesir, Indonesia, Uzbekistan, dan Malaysia.
Muslimin dan muslimat dijemput hadir.
Kasih Sayang dan Hormat : Tuntutan Islam
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Bukanlah daripada golongan kami barang siapa yang tidak mengasihi kanak-kanak dan tidak menghormati orang dewasa.” (Riwayat Imam Tirmizi: 1919)
Didiklah hati kita untuk menyayangi kanak-kanak dan menghormati orang dewasa.
Jadikan nilai kasih dan hormat ini sebagai teras kehidupan kita, kerana ia membawa keberkatan dalam masyarakat.
#KasihSayang #HormatiYangTua #IslamRahmatanLilAlamin
Sekalung Tahniah
Sekalung Tahniah dizahirkan kepada YBhg Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee, Ketua Pengarah JAKIM atas pengurniaan darjah kebesaran Dato’ Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S) sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-79 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 11 Disember 2024.
DAULAT TUANKU
Semoga Allah SWT melanjutkan usia dan merahmati pemerintahan Tuanku Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan serta segala daerah takluknya.
Sembah Tahniah dan Ucap Selamat Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-79 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Pada 11 Disember 2024 / 9 Jamadilakhir 1446H.
Semoga pemerintahan Tuanku terus membawa keberkatan dan kemakmuran kepada Negeri Selangor Darul Ehsan.
Sembah Takzim daripada Ketua Pengarah dan Seluruh Warga JAKIM.
SABAR DAN TAQWA: BEKALAN MENGHADAPI UJIAN
Dalam setiap ujian, ada rahmat tersembunyi. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-A’raf, Ayat 126:
“رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ”
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu).”
Musibah bukan sekadar ujian, tetapi medan untuk kita tingkatkan keimanan, kesabaran, dan ketakwaan.
Dalam menghadapi kesulitan, peranan kita bersama adalah bersatu hati, saling membantu, dan berserah kepada-Nya.
Ingatlah, sabar dan taqwa adalah bekalan terpenting dalam menempuh setiap dugaan yang mendatang.
BANTU MELEPASKAN KESUSAHAN
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang melepaskan saudara mukmin daripada kesusahan di dunia, maka Allah akan melepaskan kesusahannya pada hari kiamat.” (Riwayat Muslim & Al-Tirmizi)
Mari bersama kita membantu mereka yang memerlukan. Hulurkan tangan, ringankan beban. Setiap usaha kecil anda, besar nilainya disisi Allah SWT.
#MalaysiaMADANI #Ihsan #PeduliUmmah
Menghulurkan Sedekah
Sebarang bentuk sedekah yang diberikan kerana Allah SWT tidak mendatangkan kerugian kepada pelakunya, sebaliknya mendapat ganjaran balas yang menguntungkan.
Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah Saba’ ayat 39 yang bermaksud :
“Dan apa sahaja yang kamu belanjakan dari sesuatu maka Allah lah yang menggantikannya dan Dia merupakan sebaik-baik pemberi rezeki.”
Hari Jumaat bukan sekadar penghulu segala hari, tetapi ia adalah peluang terbaik untuk kita memperbanyakkan amalan sedekah.
Jom kita rebut peluang ini, hulurkan sedekah kepada mereka yang memerlukan. Setiap pemberian kecil, besar nilainya di sisi Allah SWT.
LARANGAN MENYAKITI SAUDARA MUSLIM YANG LAIN
Nabi SAW bersabda: “Seorang Muslim itu adalah mereka yang membuatkan Muslim yang lain selamat dari kejahatan lidahnya dan tangannya.”
Lidah dan tangan, walaupun kecil, mampu memberi kesan besar. Gunakanlah ia untuk kebaikan, bukan untuk menyakiti.
Mari kita jadikan hidup ini lebih harmoni dengan menjaga adab dan akhlak sesama saudara Muslim.
#JagaLidah #JagaTangan #AdabIslam #malaysiamadani
Ketika Diuji Musibah, Bacalah Doa Ini
“Ya Allah, kurniakanlah aku ganjaran atas musibahku dan gantikanlah dengan yang lebih baik daripadanya.” (Riwayat Muslim: 918)
Hidup ini penuh ujian, namun setiap musibah adalah tanda kasih Allah SWT kepada hamba-Nya. Jangan putus asa, sebaliknya mohonlah kekuatan dan kesabaran dari-Nya. Sesungguhnya, setiap kesulitan pasti ada jalan keluar yang lebih baik.
Sebarkan doa ini sebagai peringatan buat kita semua.
#JAKIM #MalaysiaMADANI #KekuatanDoa #KetikaDitimpaMusibah
Doa Dipermudahkan Segala Urusan
اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً، وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً
“Ya Allah! Tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya sebagai kemudahan. Dan Engkaulah yang menjadikan perkara yang sukar itu jika Kamu kehendaki dengan kemudahan.”
Marilah kita bersama-sama berdoa agar Allah mempermudahkan urusan mangsa-mangsa banjir.
Doa adalah senjata orang mukmin. Teruskan berdoa untuk saudara-saudara kita yang sedang diuji.
Semoga mereka diberikan kekuatan, kesabaran, dan bantuan yang sewajarnya.
#DoaUntukMangsaBanjir
#KitaJagaKita
#MalaysiaMadani
Doa Ketika Hujan Turun Dengan Terlalu Banyak Sehingga Ditakuti Berlakunya Mudarat
Ketika hujan turun dengan terlalu banyak, ia boleh mendatangkan mudarat. Rasulullah SAW telah mengajarkan doa ini agar hujan membawa manfaat, bukan bencana :
“Ya Allah! (Kami memohon agar hujan hanya) mengelilingi kami dan bukannya menimpa ke atas kami. Ya Allah! (alihkan ia) ke atas tempat-tempat tinggi, gunung-ganang dan bukit-bukau, perut-perut lembah, dan tempat tumbuhnya pokok-pokok.”
Amalkan doa ini untuk memohon perlindungan dan keberkatan daripada-Nya.
Semoga hujan menjadi rahmat, bukan musibah.
Saling Membantu, Saling Menguatkan
“وَاللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ”
”… Dan Allah SWT akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mana hamba tersebut membantu saudaranya.” (Hadis Riwayat Muslim, 2699)
Hujan lebat yang berterusan telah menyebabkan banjir di beberapa negeri, menguji kesabaran dan kekuatan kita sebagai sebuah ummah.
Marilah kita bersama-sama meringankan beban mereka yang terjejas dengan menghulurkan bantuan berupa makanan, pakaian, dan keperluan asas.
Panjatkan doa buat mereka yang diuji musibah agar diberikan kekuatan oleh Allah SWT.
Setiap usaha kecil dari kita mampu membawa perubahan besar buat mereka yang memerlukan. Sesungguhnya, Allah SWT sentiasa bersama hamba-Nya yang membantu saudaranya.
#SalingMembantu #Banjir2024 #KitaJagaKita #MalaysiaMadani
Doa Ketika Hujan
Daripada Aisyah R.A berkata, Adapun Rasulullah ketika melihat hujan :
اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
Maksudnya: “Ya Allah, Kau jadikanlah curahan hujan ini sebagai curahan yang bermanfaat.” (Riwayat al-Bukhari, 1032)
Dalam setiap titisan hujan ada rahmat yang menyucikan bumi. Namun, jangan lupa untuk memohon perlindungan daripada musibah dan bahaya yang mungkin datang bersama.
Jadikan doa ini sebagai perisai agar hujan membawa kebaikan, bukan kemudaratan.
#DoaKetikaHujan #PerlindunganDariMusibah #MalaysiaMADANI #JAKIM
Hati-Hati dengan Amalan Syirik
Rasulullah SAW bersabda:
أَكْبَرُ الْكَبَائِرِ الإِشْرَاكُ بِاللَّهِ
“Dosa besar yang paling besar adalah menyekutukan (sesuatu) kepada Allah.”
(Riwayat al-Bukhari, no. 6919)
Syirik bukan sekadar dosa besar, tetapi ia merosakkan hubungan seorang hamba dengan Allah SWT. Jauhi segala bentuk perbuatan yang mengundang syirik, sama ada yang nyata atau tersembunyi.
Mari bersama menjaga aqidah kita dengan berpegang teguh kepada ajaran Islam yang murni. Ingat, Allah adalah satu-satunya tempat kita bergantung dan beribadah.
#HatiHatiSyirik #TeguhAqidah #JauhiSyirik #MalaysiaMadani #JAKIM
Jemputan Istimewa ke Pavilion Al-Falah !
2 HARI LAGI: TEMUI AGENSI DI BAWAH MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) DI PROGRAM 2 TAHUN KERAJAAN MADANI & KONVENSYEN NASIONAL REFORMASI PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2024
Tarikh : 22 – 24 November 2024 / 20 – 22 Jamadilawal 1446H
Masa : 9.00 pagi – 6.00 petang
Tempat : Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)
Pelbagai aktiviti menarik antaranya:
✅ Semak Status Halal / Kuiz Halal / Analisis Makmal Halal
✅ Khidmat Nasihat Kekeluargaan
✅ Profiling Asnaf Menggunakan AI
✅ Klinik Nasihat Perundangan Syariah
✅Klinik Hukum & Semakan Tarikh Lahir Hijri
✅ Meet & Greet / Podcast TV AlHijrah
✅ Daftar THiJARI & TH Khairat
✅ Jualan Premium Emas Prelove dan Wafer Emas / Penerangan Produk Ar-Rahnu dan Kuiz YaPEIM
✅ Kaunter Wakaf Tunai / Kuiz Kahoot
✅ Buku-Buku Agama & Merchandise Percuma
✅ Demonstrasi Aplikasi Mobile Jejak Asnaf (MoJA)
Jom sertai kami dan nikmati pelbagai ilmu, perkhidmatan, serta hadiah menarik!
Jemputan Istimewa.
Majlis Perasmian Khatam Hadith Sahih Al-Bukhari Peringkat Antarabangsa 2024 akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri pada ketetapan berikut:
Tarikh: 21 November 2024/19 Jamadilawal 1446H (Khamis)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Masjid Putra, Putrajaya
Syarahan Perdana dan Pengijazahan Sahih Al-Bukhari disampaikan oleh Mufti Besar India, Al-Allamah Sheikh Abu Bakar bin Ahmad al-Malibari.
Muslimin dan muslimat dijemput hadir untuk mengimarahkan majlis dengan mengesahkan kehadiran di pautan https://forms.gle/4Vrh5KdQaC52rRPq8
Saksikan juga secara langsung di TV1 dan TV Alhijrah serta saluran media sosial rasmi JAKIM bermula jam 7.00 malam.