Saluran Info terkini daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
GALAKAN BERPUASA HARI ARAFAH
Puasa Hari Arafah sangat dianjurkan oleh Nabi SAW kerana padanya terdapat fadilat yang besar.
Hari Arafah / puasa sunat Arafah bagi umat Islam di Malaysia jatuh pada Jumaat, 6 Jun 2025 bersamaan 9 Zulhijjah 1446 Hijrah.
#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Kunjung Hormat PIMPIN ke JAKIM
Putrajaya, 4 Jun – Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai langkah awal memperkukuh kerjasama strategik serta mendapatkan maklumat terperinci berkenaan pensijilan tahfiz, bagi menjayakan pelaksanaan Program Pensijilan Tahfiz TVET di peringkat universiti tersebut.
Perbincangan telah tertumpu kepada potensi pelaksanaan serta penambahbaikan yang boleh digariskan bagi memastikan Program Tahfiz TVET dapat dilaksanakan dengan berkesan di UniMAP.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada PIMPIN atas kesungguhan dan keterbukaan dalam menyokong inisiatif memperkasa pendidikan tahfiz melalui pendekatan TVET yang holistik dan progresif.
Inisiatif ini selaras dengan komitmen JAKIM Untuk Ummah dalam memastikan Islam terus mekar di bumi Malaysia, melalui program-program yang membentuk generasi profesional berakhlak dan berilmu, demi kemajuan negara yang diberkati.
Rukun Haji Ada Enam (6)
1. Niat Ihram Haji
2. Wuquf di Arafah
3. Tawaf di Kaabah
4. Sa’ie di antara Bukit Safa dan Marwah
5. Bergunting atau Bercukur Rambut
6. Tertib pada kebanyakan Rukun
Rukun Haji ialah perkara yang mesti dilakukan oleh jemaah haji ketika mengerjakan haji. Jika tidak ditunaikan, haji seseorang tidak sah/tidak sempurna/ tergantung dan masih tertakluk dengan larangan ihram.
#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Setiap langkah ke Tanah Suci bukan sekadar perjalanan fizikal, tetapi perjalanan hati yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah SWT. Bagi yang dikurniakan kemampuan dan peluang, janganlah berlengah, jawablah seruan agung ini.
Ibadat Haji bukan hanya rukun kelima Islam. Ia adalah jemputan dari Allah untuk tetamu-Nya yang terpilih.
Moga kita termasuk dalam kalangan yang dijemput oleh Allah SWT untuk menjadi tetamu-Nya di Baitullah.
Sekalung Tahniah dan Setinggi-tinggi Penghargaan dirakamkan kepada YBhg. Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Timbalan Ketua Polis Negara
atas penganugerahan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang membawa gelaran Tan Sri, sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 2 Jun 2025.
Ikhlas daripada Ketua Pengarah serta Seluruh Warga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Sekalung Tahniah dan Setinggi-tinggi Penghargaan diucapkan kepada YBhg. Datuk Abd Shukor Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri
atas pengurniaan Darjah Panglima Jasa Negara (P.J.N.), yang membawa gelaran Datuk, sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 2 Jun 2025.
Semoga anugerah ini menjadi pemangkin semangat dalam terus menyumbang khidmat bakti cemerlang demi agama, bangsa dan negara.
Ikhlas daripada Ketua Pengarah dan Seluruh Warga JAKIM.
Alhamdulillah, lebih 3,000 naskhah buku terbitan JAKIM berjaya dijual di PBAKL 2025, meningkat 71% berbanding tahun sebelumnya. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengunjung dan pembeli yang menjadi nadi kejayaan kami.
Setiap naskhah yang dibeli bukan sekadar bahan bacaan, tetapi juga pelaburan ilmu dan sokongan terhadap usaha dakwah serta penerbitan Islam.
Semoga Allah SWT membalas jasa dan keikhlasan anda semua dengan ganjaran yang berlipat ganda.
#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
DIRGAHAYU TUANKU
Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 2 Jun 2025 / 5 Zulhijjah 1446H.
Semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan keberkatan, kesihatan dan kekuatan kepada Seri Paduka Baginda Tuanku dalam memayungi negara dan rakyat dengan penuh hikmah, adil dan saksama.
Sembah takzim daripada Ketua Pengarah dan Seluruh Warga JAKIM.
Kenapa Allah SWT Menguji Kita?
Setiap ujian yang hadir dalam hidup bukan sia-sia. Ia adalah tanda kasih sayang Allah SWT untuk melihat siapa antara kita yang sabar, tabah, dan paling baik amalannya.
Ujian itu bukan untuk melemahkan, tetapi untuk meningkatkan iman dan menyucikan jiwa. Dan ingatlah, setiap ujian diberi mengikut kemampuan.
Teruskan bersabar, kuatkan amal. Kerana di sebalik ujian, tersimpan ganjaran yang tidak ternilai.
#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Pelancaran Garis Panduan Pelaksanaan Solat Secara Duduk di Atas Kerusi
JAKIM terus proaktif sebagai agensi agama peringkat Persekutuan dengan menerbitkan Garis Panduan Pelaksanaan Solat Secara Duduk di Atas Kerusi, hasil penelitian Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).
Panduan ini menjadi rujukan penting untuk mereka yang mempunyai keuzuran fizikal agar tetap dapat menunaikan solat dengan sempurna, mengikut keupayaan dan syarak.
Majlis pelancaran disempurnakan oleh YBhg Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Ketua Pengarah JAKIM sempena Majlis Perhimpunan Bulanan JAKIM Bulan Mei 2025 pada 30 Mei 2025 bertempat di Auditorium JAKIM Putrajaya.
Inisiatif inklusif ini membuktikan komitmen JAKIM dalam memperluas kefahaman dan mempermudah urusan ibadah buat semua lapisan masyarakat.
#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Antara Intipati Ucapan YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Ketua Pengarah JAKIM dalam Majlis Perhimpunan Bulanan JAKIM Bulan Mei 2025.
#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Doa Orang Yang Dizalimi
Islam sangat menitikberatkan keadilan dan melarang sebarang bentuk kezaliman , sama ada secara fizikal, lisan, emosi atau melalui kedudukan dan kuasa. Ketahuilah bahawa doa orang yang dizalimi sangat mustajab. Allah SWT memberi keistimewaan kepada mereka dengan mengangkat terus doa mereka tanpa hijab (penghalang).
Hentikan kezaliman walau sekecil kata dan suburkan akhlak mulia dalam setiap hubungan. Kerana akhirat itu pasti… dan Allah itu Maha Adil.
#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
BERBUAT BAIK KEPADA KELUARGA
Baginda Rasulullah SAW menekankan bahawa sebaik-baik individu adalah yang paling baik kepada ahli keluarganya.
Seseorang muslim hendaklah berbicara yang baik-baik mengenai saudara muslimnya, lebih-lebih yang telah meninggal dunia.
#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Buku Baharu Terbitan JAKIM kini di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025!
Dapatkan pelbagai judul eksklusif di Pavilion Al-Falah seperti:
✅ Seni Tarannum Al-Quran & Manhaj di Malaysia
✅Citra Perjuangan Sahabiah
✅ Pensijilan Farmaseutikal Halal di Malaysia
✅ Peta Ilmu & Peta Amal
Dan banyak lagi karya bermutu tinggi.
Diskaun hebat menanti anda!Jangan lepaskan peluang menambah koleksi bacaan bermanfaat anda.
📖 Ayuh, semarakkan ilmu & dakwah melalui pembacaan!
Kedai Buku JAKIM – Singgah Sekejap, Ilmu Melimpah
“Nak cari ilmu, tak usah runsing,
Kedai Buku JAKIM, jelas berseri.
Di Pavilion Al-Falah, tempatnya terpaling,
Aras Dua, WTCKL, mari ke sini!”
📌 Kami di sini!
Dapatkan pelbagai terbitan terkini JAKIM, bahan ilmiah, rujukan agama dan banyak lagi di reruai kami di Pavilion Al-Falah.
📍 Lokasi: Pavilion Al-Falah, Pelantaran Putra, Aras 2
🏢 World Trade Center Kuala Lumpur (WTCKL)
📅 Tarikh: 23 Mei – 1 Jun 2025
🕙 Masa: 10.00 pagi – 10.00 malam
📖 Jumpa anda di sana untuk pengalaman ilmu yang bermakna!
#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
#pbakl2025
Sebaik-Baik Doa Di Hari Arafah
“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah,
“لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير”
(Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah SWT yang satu saja, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Mampu atas segala sesuatu). (HR Tarmizi, 3585)
Hari Arafah / puasa sunat Arafah bagi umat Islam di Malaysia jatuh pada Jumaat, 6 Jun 2025 bersamaan 9 Zulhijjah 1446 Hijrah.
Wajib Haji Ada Enam (6)
1. Niat di Miqat
2. Larangan Ihram
3. Bermalam (mabit) di Muzdalifah
4. Melontar Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah
5. Bermalam (mabit) di Mina pada 11,12 dan 13 Zulhijjah
6. Melontar Ketiga-Tiga Jamrah pada 11,12 dan 13 Zulhijjah
Wajib Haji ialah perkara yang wajib dilakukan ketika mengerjakan Haji. Jika tidak mengerjakan salah satu daripadanya haji tersebut tetap sah tetapi dikenakan DAM menurut syarat-syaratnya dan menanggung dosa jika meninggalkan perkara tersebut dengan sengaja.
Sumber : Tabung Haji
#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Revitalisasi Iman, Semarakkan Zulhijjah
10 hari pertama Zulhijjah adalah antara hari terbaik dalam setahun. Jangan biarkan ia berlalu tanpa amalan bermakna dan jiwa yang bersih.
Setiap amalan kecil, ganjarannya besar di sisi Tuhan. Ayuh, hidupkan Zulhijjah dengan keinsafan dan kebaikan.
“Laju ke garisan akhir, pahala menanti.” 🕋
#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
10 Hari Terbaik Zulhijjah! Peluang setahun sekali, jangan sia-siakan.
✅ Zikir & Baca Al-Quran
✅ Puasa Arafah
✅ Sedekah & amal baik
✅ Korban (bagi yang mampu)
Ganjaran besar, masa terhad. Jom hidupkan Zulhijjah dengan amal & takwa!
#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Sekalung Tahniah dan Setinggi-tinggi Penghargaan dirakamkan kepada YBhg. Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, Peguam Negara
atas penganugerahan Darjah Kebesaran Panglima Mangku Negara (P.M.N.) yang membawa gelaran Tan Sri, sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 2 Jun 2025.
Ikhlas daripada Ketua Pengarah dan Seluruh Warga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Masih rindu suasana Majlis Tilawah & Hafazan Kebangsaan Perlis? Jangan risau, Jom kita throwback highlight momen-momen yang pasti mengubat rasa rindu anda. Biar setiap detik jadi kenangan bermakna!
#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
ARAK MUSUH SENYAP YANG MERUNTUHKAN UMMAH!
Arak bukan sekadar minuman, ia adalah perangkap syaitan yang merosakkan akal, memudaratkan tubuh dan menghancurkan masyarakat.
Dalam Surah Al-Maidah, ayat 90, Allah SWT memberi amaran tegas: “Wahai orang-orang yang beriman!
Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”
Jauhilah arak. Pilih jalan yang bersih, sihat dan diredai Allah SWT.
#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Doa Memohon Kesembuhan | Penawar dari Ilahi
Ketika ujian kesakitan menimpa, kembalilah kepada Yang Maha Menyembuhkan. Doa ini diajarkan oleh Nabi SAW untuk kita amalkannya :
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ، مُذْهِبَ الْبَاسِ، اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي، لَا شَافِيَ إِلَّا أَنْتَ، شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا
Maksudnya: “Ya Allah, Tuhan segala manusia, penghilang segala kesakitan, sembuhkanlah sesungguhnya Engkaulah yang Maha Menyembuhkan. Tiada yang menyembuhkan kecuali Engkau, sembuhkanlah dengan kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang kesakitan.”
Jadikan doa ini amalan untuk diri, keluarga, dan semua yang sedang diuji dengan sakit. Kerana pada Allah, tiada penyakit yang tiada ubatnya.
#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Seni Berpantun Serlah Kebitaraan JAKIM di HAWANA-DBP 2025
KUALA LUMPUR, 31 Mei – Pasukan pantun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mencatat pencapaian tersendiri apabila meraih tempat keempat dalam Pesta Pantun HAWANA-DBP 2025 yang berlangsung di Wisma Bernama, Kuala Lumpur.
Pesta pantun yang bertemakan “Melayu Klasik Tradisional” ini disertai lapan pasukan dari pelbagai agensi media dan kerajaan antaranya Radio Televisyen Malaysia (RTM), Media Prima Berhad, Astro News, BERNAMA, Malaysia Gazzete, Jabatan Pengisian Islam TV3 dan Sinar Harian. Ia dianjurkan bersempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 bertujuan memperkasa seni pantun sebagai warisan budaya bangsa dengan mengangkat tema perpaduan dan kewartawanan.
Berita penuh di : https://www.facebook.com/share/p/1BsNYta5Rp/?mibextid=wwXIfr
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Putrajaya, 30 Mei – Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee telah selamat berangkat ke Tanah Suci hari ini bagi menunaikan ibadah haji bersama ribuan jemaah Malaysia yang lain.
Semoga perjalanan suci ini dipermudahkan Allah SWT, dan Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee dikurniakan kesihatan, kekuatan serta ketenangan jiwa dalam menyempurnakan setiap rukun dan wajib haji.
Doa kami mengiringi setiap langkah beliau di bumi barakah, agar segala amalan diterima, dosa diampunkan, dan pulang ke tanah air sebagai seorang haji yang mabrur, menjadi inspirasi kepada seluruh warga JAKIM dan umat Islam di Malaysia.
Ibadah ini bukan sekadar satu tuntutan, tetapi juga perjalanan rohani yang memperteguh keimanan, menyuburkan jiwa, dan menzahirkan keikhlasan sebenar seorang hamba kepada Tuhannya.
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BERKENAAN
SINDIKET YANG MEMPERGUNAKAN NAMA TABUNG MUSA’ADAH JAKIM – YAYASAN WAKAF MALAYSIA
30 MEI 2025M / 2 ZULHIJAH 1446H
Sekalung Tahniah
Ketua Pengarah dan seluruh warga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Dato' Haji Wan Mohamad bin Dato' Sheikh Abdul Aziz, Mantan Ketua Pengarah JAKIM atas pelantikan sebagai Profesor Adjung Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya berkuat kuasa 1 Jun 2025 – 31 Mei 2028.
Semoga pelantikan ini terus menyumbang kepada kemajuan ilmu, dakwah dan pembangunan insan di tanah air tercinta.
AMALAN SUNAT BULAN ZULHIJJAH
Ayuh hidupkan hari-hari penuh barakah ini dengan amalan sunat seperti:
✅ Solat Sunat
✅ Perbanyakan Solat Sunat
✅ Puasa
✅ Zikrullah
✅ Baca Al-Quran
✅ Memperbanyakkan Doa
✅ Hadir Mailis IImu
✅Memperbanyakkan Istighfar
✅ Amar Maaruf Nahi Mungkar
✅ Menjauhi perkara yang dimurkai Allah dan Melakukan kebaikan yang diredai Allah
📌 Jangan lepaskan peluang menggandakan pahala — kerana belum tentu kita akan bertemu Zulhijjah yang akan datang.
#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Seminar Penyelidikan Isu-Isu Muamalat 2025
Saksikan perbincangan ilmiah dan wacana muamalat semasa bersama para ahli akademik dan pakar industri pada :
🗓 29 Mei 2025 | Khamis
🕗 8.00 pagi – 4.00 petang
📍 Hotel Everly, Putrajaya
📌 Dirasmikan oleh:
YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Ketua Pengarah JAKIM
📎 Anjuran: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Saksikan siaran langsung (live streaming) melalui saluran media sosial rasmi JAKIM bermula jam 9.00 pagi.
#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
BERKENAAN
KAEDAH PENENTUAN AWAL ZULHIJAH DAN AIDILADHA DI MALAYSIA 1446H / 2025M
26 Mei 2025M / 28 Zulkaedah 1446H