Saluran Info terkini daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
Program Pensijilan Tahfiz al-Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Darul Quran adalah inisiatif kerajaan yang unggul dalam melahirkan Huffaz Profesional, generasi al-Quran yang bukan sahaja mahir dalam hafazan, malah cemerlang dalam bidang-bidang strategik seperti perubatan, kejuruteraan, ekonomi dan lain-lain.
Mereka bukan sekadar menghafaz, tetapi membawa cahaya al-Quran ke pentas dunia profesional.
#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Program MADANI Rakyat kembali lagi! JAKIM bawakan pelbagai pengisian yang mendidik & bermanfaat terus ke Negeri Terengganu Darul Iman.
📅 10–12 Julai 2025
📍 Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu
Kunjungi Reruai JAKIM (K18) dan sertai pelbagai aktiviti bermanfaat:
✔️ Makmal Analisis Halal Malaysia
✔️ Konsultasi Pensijilan Halal
✔️ Garis Panduan Solat atas Kerusi
✔️ Semakan Bacaan Surah Al-Fatihah
✔️ Kuiz Kahoot dengan hadiah menarik!
Jumpa anda di sana!
#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
SEKALUNG TAHNIAH
Ketua Pengarah serta seluruh warga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBrs. Encik Wan Azhan Wan Hamat atas pelantikan sebagai Pengarah Bahagian Penyiaran JAKIM, berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025 / 5 Muharam 1447H.
Selamat datang dan selamat menjalankan tugas.
Semoga terus dikurniakan kekuatan, petunjuk dan ilham oleh Allah SWT dalam menggalas amanah serta memperkasa agenda penyiaran Islam di peringkat nasional dan antarabangsa.
#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Sekalung Tahniah
Sekalung Tahniah kepada penerima Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1447H / 2025M
Tokoh Kebangsaan:
YBhg. Yang Berhormat Dato’ (Dr) Haji Nooh bin Gadot, Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) atas jasa dan sumbangan besar dalam memperkasa hal ehwal Islam di Malaysia.
Tokoh Antarabangsa:
H.E. Dr. Tawfig Fawzan Mohammed Al-Rabiah, Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi atas peranan cemerlang dalam mengurus dan memudahkan urusan umat Islam sedunia menunaikan ibadah suci.
Semoga tokoh-tokoh ini terus menjadi inspirasi dalam Membangun Ummah MADANI, menyemarakkan nilai hijrah sebagai asas kemajuan umat dan negara.
Antara aktiviti menarik sepanjang Program Karnival Al-Falah MADANI bermula 27–29 Jun 2025 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di Masjid Jamek Beserah, Kuantan.
Masuk adalah PERCUMA. Jom ajak keluarga dan sahabat handai hadir meriahkan program ini.
#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#malaysiamadani
Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1447/2025 akan diadakan pada 26 & 27 Jun 2025 bertempat di Masjid Negara & MITEC, Kuala Lumpur.
Ikuti perkongsian bersama Tuan Haji Ehsan Mohd Hosni, Imam Besar Masjid Negara menerusi slot “Selamat Pagi Malaysia” pada 24 Jun 2025 (Selasa) jam 8.15 pagi di TV1 RTM.
Sama-sama kita saksikan.
5 HARI LAGI!
Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1447H / 2025M bagi memperingati perjalanan agung Rasulullah SAW yang mengubah wajah dunia Islam pada:
🗓️ Jumaat | 27 Jun 2025 | 9.30 pagi
📍 Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur
📺 Siaran langsung di TV1, jam 9.00 pagi
Tema: Membangun Ummah Madani
Ayuh kita hayati makna hijrah sebenar iaitu perubahan ke arah kebaikan, membina masyarakat berakhlak, dan memartabatkan syiar Islam dalam Malaysia MADANI.
📣 7 HARI LAGI!
Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1447H / 2025M bakal berlangsung dengan penuh makna pada :
🗓️ 27 Jun 2025 (Jumaat)
⏰ 9.30 pagi
📍 Pusat Pameran & Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC)
Tema: “Membangun Ummah Madani”
Ayuh bersama menghayati semangat hijrah dan memperbaharui azam demi agama, bangsa dan negara.
Saksikan secara siaran langsung di RTM TV1 bermula jam 9.00 pagi.
Karnival Al-Falah MADANI bakal menggegarkan Masjid Jamek Beserah, Kuantan dari 27 hingga 29 Jun 2025 (Jumaat hingga Ahad) dengan pelbagai pengisian bernilai, bermanfaat dan menyeronokkan untuk seisi keluarga.
Anjuran bersama JAKIM dan 13 agensi agama serta kerajaan Negeri Pahang, karnival ini mengetengahkan elemen kerohanian, kekeluargaan dan kemasyarakatan dalam suasana penuh ukhuwah dan harmoni.
📌 Masuk adalah PERCUMA!
🎁 Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!
🤝 Bertemu, berinteraksi dan berinspirasi bersama komuniti!
📍 Tandakan kalendar anda dan ajaklah keluarga serta sahabat handai.
Jumpa anda di Karnival Al-Falah MADANI!
#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Garis Panduan Pelaksanaan Solat Secara Duduk di Atas Kerusi
Buku Garis Panduan Pelaksanaan Solat Secara Duduk di Atas Kerusi terbitan JAKIM ini disediakan untuk membimbing golongan yang uzur menunaikan solat dengan sebaik-baiknya.
🔗 Muat turun panduan lengkap di sini:
👉 https://www.islam.gov.my/ms/e-penerbitan/4744-gp-solat-2
Sebarkan buku garis panduan ini untuk manfaat bersama
#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Sekalung Tahniah
Ketua Pengarah dan seluruh warga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan penghargaan kepada YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff bin Mohd Kashim, Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), atas kenaikan pangkat ke jawatan Profesor (VK7) dalam bidang kepakaran “Fiqh Fatwa Makanan dan Kepenggunaan”.
Semoga terus menyumbang kecemerlangan ilmu dan kepakaran dalam memperkasa umat dan negara.
BATTLE TARANNUM LIVE!
Saksikan persembahan istimewa pelajar-pelajar Darul Quran JAKIM dalam satu sesi battle tarannum yang mengangkat keindahan seni alunan Al-Quran ke tahap luar biasa, eksklusif sempena Pameran Madani Rakyat Negeri Perak pada :
🗓️ 14 Jun 2025 (Sabtu)
🕐 1.00 tengah hari
📍 Pentas Utama, Lumut Waterfront, Lumut, Perak
Jom datang beramai-ramai.
#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
LARANGAN BERPUASA PADA HARI TASYRIQ
Diharamkan berpuasa pada hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha dan pada hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah).
#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Lafaz Takbir Hari Raya
Hayati setiap lafaz, sebarkan takbir, dan raikan Aidiladha dengan penuh makna.
Semoga setiap lafaz menjadi doa yang menguatkan jiwa dan mendekatkan kita kepada Allah SWT.
#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Program Madani Rakyat Terengganu | Pocket Talk JAKIM
Nak tahu kaedah solat duduk atas kerusi yang betul? Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan penjelasan terus daripada pakar JAKIM dalam sesi Pocket Talk ini!
🎙️ Bersama dua (2) Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penyelidikan JAKIM:
🔸 Dr. Abdul Muhaimin bin Mahmood
🔸 Encik Mohd Nasir bin Sulaiman
📅 11 Julai 2025 (Jumaat)
🕙 10.00 Pagi
📍 Pentas Mini Reuai Kementerian (Zon C), Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu
📌 Sesuai untuk semua, terutama warga emas, OKU & penjaga.
✅ Imbas kod QR untuk muat turun panduan solat atas kerusi PERCUMA!
Bulan Muharram merupakan salah satu bulan yang dimuliakan oleh Allah SWT, penuh dengan keberkatan dan peluang untuk meraih ganjaran berganda.
Mari kita manfaatkan keistimewaan ini dengan memperbanyakkan amalan sunat!
#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
We’re warming up for GHaS 2025. GHaS 2025 is coming and we can’t wait to share what’s next!
Together, we’ll gather in Kuala Lumpur this September to advance a shared mission, elevating halal standards and bridging global collaboration.
This year, we continue the momentum with the theme :
*”Igniting Excellence: Bridging Halal Worldwide”*
Stay tuned for updates, highlights and registration details!🔥🔥
SIARAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BERKENAAN
MAJLIS SAMBUTAN MA’AL HIJRAH
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1447H / 2025M
24 JUN 2025 / 27 ZULHIJAH 1446
Untuk semakan lanjut, layari portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di pautan https://bit.ly/SiaranMediaMaalHijrah1447
#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#malaysiamadani
Munajat Awal Muharam: Menuju Reda Ilahi
Sempena Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1447H / 2025M, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menganjurkan Majlis Bacaan Doa Akhir dan Awal Tahun 1447H yang akan dihadiri oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada:
📅 Khamis | 26 Jun 2025 / 29 Zulhijjah 1446H
🕡 6:30 petang
📍 Masjid Negara, Kuala Lumpur
Hayati detik hijrah yang penuh makna, bermunajat bersama, dan semarakkan azam baharu dalam membina Ummah Madani.
Jom hadir beramai-ramai. Kita mulakan tahun baru Islam dengan semangat baharu, hati yang bersih dan doa yang tulus.
#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Sekalung Tahniah
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada YBhg. Datuk Ramlan bin Awang Ali, atas penganugerahan Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K.) yang membawa gelaran “Datuk” sempena Hari Jadi Rasmi Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah ke-74 pada 21 Jun 2025 bersamaan 24 Zulhijjah 1446H.
Ikhlas daripada Ketua Pengarah dan seluruh warga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
📣 6 HARI LAGI!
Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1447H / 2025M bakal berlangsung dengan penuh makna pada :
🗓️ 27 Jun 2025 (Jumaat)
⏰ 9.30 pagi
📍 Pusat Pameran & Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC)
Tema: “Membangun Ummah Madani”
Ayuh bersama menghayati semangat hijrah dan memperbaharui azam demi agama, bangsa dan negara.
Saksikan secara siaran langsung di RTM TV1 bermula jam 9.00 pagi.
Ujian adalah tanda kasih sayang Allah SWT kepada hamba-Nya. Apabila musibah melanda, jangan berputus asa. Sebaliknya, ucapkanlah doa yang diajarkan Rasulullah SAW ini.
Hadapilah dengan iman dan kesabaran, kerana Allah tidak akan menguji melainkan sesuai dengan kemampuan kita.
#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Maal Hijrah 1447H mengajak kita semua muhasabah diri, menyusun langkah menuju redha Ilahi. Biar hijrah kita tahun ini bukan hanya di bibir, tetapi berbekas di hati dan terzahir pada amal.
#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Hijrah bukan sekadar perpindahan fizikal, tetapi perubahan jiwa dan tekad demi mencari reda Allah SWT. Seperti kata Ibn Kathir, orang beriman pasti akan menemukan perlindungan di mana saja kerana janji Allah buat mereka yang ikhlas berhijrah.
Sempena Maal Hijrah ini, marilah kita berhijrah ke arah yang lebih baik, dari gelap kepada cahaya, dari lalai kepada taat, dari biasa kepada luar biasa.
#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Detik yang dinanti, saat yang penuh makna sedang mendekat. Tahun ini, sambutan Ma’al Hijrah hadir bukan sekadar sebagai acara tahunan, tetapi sebagai detik permulaan menuju transformasi ummah yang lebih cemerlang.
Bertemakan “Membangun Ummah Madani”, kita bersedia melakar langkah baru yang sarat dengan nilai, perpaduan, dan kekuatan spiritual.
Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1447H / 2025M bakal diadakan pada :
🗓️ 1 Muharam 1447H | 27 Jun 2025 (Jumaat)
⏰ 9.30 pagi
📍 MITEC, Kuala Lumpur
Ayuh sama-sama kita nantikan!
#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
TRAGEDI YANG MERUNTUN JIWA
Seluruh warga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merakamkan ucapan takziah dan doa yang tulus buat keluarga mangsa tragedi kemalangan bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 9 Jun 2025 bersamaan 12 Zulhijjah 1446H di Jalan Jeli - Gerik, Perak.
JAKIM turut bersedih dan mendoakan semoga roh para mangsa yang terkorban dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin. Buat yang masih dirawat, semoga diberi kesembuhan segera.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1446H / 2025M
Aidiladha hadir menyuburkan jiwa dengan erti pengorbanan, ketaatan dan keikhlasan. Sama-sama kita hayati hikmah besar di sebalik kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail AS.
Semoga Hari Raya ini membawa ketenangan, keinsafan dan keberkatan buat seluruh umat Islam.
Ikhlas daripada Ketua Pengarah dan seluruh warga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Waktu Bertakbir Hari Raya Eidul Adha
Jenis-Jenis Takbir Raya
Takbir Mursal : Sunat bertakbir sepanjang masa bermula tenggelam matahari malam Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha sehingga takbiratul ihram solat Hari Raya.
Takbir Muqayyad : Khusus disunatkan ketika Hari Raya Aidiladha. Dilaksanakan setiap kali selepas menunaikan solat fardu.
Orang yang TIDAK menunaikan haji disunatkan takbir muqayyad setiap kali selesai menunaikan solat fardu bermula waktu Subuh 9 Zulhijjah sehingga waktu Asar 13 Zulhijjah.
Orang yang menunaikan haji Disunatkan takbir muqayyad selepas solat Zohor pada Hari Raya Aidiladha sehingga waktu Subuh 13 Zulhijjah. Sekiranya sudah selesai bertahallul yang kedua, mereka boleh bertakbir sehingga waktu Asar, seperti orang lain.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan