SINGA-SINGA PALESTIN YANG DIGERUNI
Kalau kita mengikuti perkembangan kebangkitan yang sedang berlaku di Tebing Barat ketika ini, nama yang pastinya tak akan terlepas daripada menjadi sebutan ialah kumpulan ‘Arin Al-Usud’.
Kumpulan misteri ini mula kelihatan muncul di Tebing Barat sejak awal September lepas dan sejak itu mula mengiklankan operasi demi operasi yang menggegar kestabilan musuh Zionis dengan modus operandi melepaskan tembakan ke atas pos kawalan penjajah dari dalam kereta yang dipandu.
Mengenali kumpulan misteri ini sangat penting kerana ia adalah masa depan dan titik pembebasan Palestin. Jom kita meneliti serba-sedikit yang kita tahu tentang mereka;
1. ‘Arin Al-Usud’ bermakna rumah singa atau ‘The Lion’s Den’, berpusat di kawasan Nablus. Ia bukanlah kumpulan anak muda tunggal yang bangkit kerana selain kumpulan ini ada juga kumpulan lain yang diberi nama Ish Ad-Dababir (The Wasp’s Nest).
2. Semangat membentuk kumpulan ini muncul selepas kesyahidan As-Syahid Ibrahim Nablusi yang berusia 19 tahun. Beliau yang merupakan seorang ahli kumpulan Fatah membuka mata penduduk bahawa perjuangan pembebasan perlu didokong akar umbi yang lebih ikhlas berkorban berbanding pemimpin yang berkepentingan.
3. Walaupun pemimpin-pemimpin utama Arin Al-Usud disebutkan mempunyai keterikatan dengan kumpulan-kumpulan pejuang sedia ada seperti Hamas dan Jihad Islami malah Fatah, tetapi di dalam kumpulan Arin Al-Usud itu sendiri identiti tersebut tidak dibawa, malah mereka membawa mesej kesepaduan Palestin dan Islam yang telah lama hilang daripada radar perjuangan Palestin.
4. Kelebihan tidak terikat dengan mana-mana kumpulan lama menjadi kelebihan kepada Arin Al-Usud kerana – musuh tidak mempunyai maklumat pergerakan, kepimpinan dan modus operandi, musuh tidak boleh mengaitkan tangkapan atas alasan politik (contoh Fatah menangkap pejuang Hamas kerana ia mengancam politik mereka), ia didokong oleh rakyat yang bersatu dan letih dengan agenda politik dan kepentingan peribadi.
5. Antara pemimpin utama yang mengasaskan Arin Al-Usud ialah Abu Soleh Al-Azizi, Abud Subuh, Musa’ab Shteyyeh dan Wadi’ Alhuh. Abu Soleh, Abud Subuh dan Wadi’ Alhuh telah syahid. Kesemua mereka pernah ditawarkan jawatan dan gaji ribuan dollar untuk meninggalkan Arin Al-Usud, malah ditawarkan untuk dipadam segala kesalahan mereka melakukan operasi ke atas penjajah dengan syarat menyerahkan senjata, tetapi ditolak. Musa’ab Shteyyeh sehingga kini berada di dalam tahanan PA. Ya PA, bukan penjajah.
6. Sejauh mana Arin Al-Usud akan berjaya di Tebing Barat menjadi pemegang taruh utama menjatuhkan penjajah bergantung kepada beberapa faktor – kejayaan penjajah mematahkan oragnisasi Arin Al-Usud khususnya melalui maklumat daripada musuh dalam selimut, tindakan kerajaan PA dan respon terhadap kebangkitan baru ini memandangkan mereka lebih dekat dengan pergerakan rakyat dan mampu mematahkannya (sama bahasa, tinggal bersama penduduk, sama bangsa) dan yang paling penting, penerimaan rakyat setempat terhadap mereka.
7. Antara faktor besar kejayaan Briged Izzuddin Al-Qassam di Gaza ialah dokongan penduduk terhadap mereka. Pada waktu peperangan, penduduk yang tinggal di sempadan akan meninggalkan rumah terbuka dan peti yang penuh dengan makanan untuk para mujahidin menjadikannya kubu-kubu mereka berdepan serangan darat penjajah.
Moga kebangkitan pemuda-pemuda ini terus mekar!
Terima kasih kepada kalian yang sempat memeriahkan persinggahan kami di Melaka petang tadi walaupun sangat pendek masa maklumannya.
Esok malam di Johor Bahru pula inshaAllah.
Ni je pesan Abi saya dalam grup whatsapp keluarga kami.
Kenapa nak marah dan kecewa, kerja dakwah dan siyasah kita bukan 5 tahun sekali, malah sepatutnya kita rasa lagi bersemangat untuk didik dan bimbing rakyat. Kekalahan adalah ujian, kemenangan adalah ujian yang jauh lebih besar.
Tahniah dan takziah kepada yang berjaya.
Selesai satu episod, now it's time to build our country back!
Guys! Jom kita buat pertandingan caption paling power.
Tuliskan caption kalian untuk gambar ni di ruang komen fb atau ig saya dan 2 caption terbaik akan dapat hadiah Pek Teh Cameron berbagai perisa. Korang tunggu PM sangat pun bukan dapat hadiah, baik korang afundi saya ni.
Pertandingan sampai jam 10pm malam ni saja, dua komen dengan paling banyak like akan dapat hadiah, satu dua tiga, go!
Ingat, komen di fb atau ig saja!
Ya Allah jangan kau biarkan negara ini jatuh hanya kerana seorang individu yang angkuh. Ya Allah berikan keadilan dan jangan Engkau membiarkan mereka yang berkepentingan mendokong masa depan agama dan negara kami.
Teruskan berdoa kawan-kawan.
Tiada clear winner. Begitulah kehidupan, kabhi khushi kabhie gham (google sendiri makna). Mamak pun dah nak tutup. Selamat malam guys.
Читать полностью…Alhamdulillah tanggungjawab untuk negara dah selesai. Kita kembali kepada tanggungjawab untuk ummah yang sedang berdarah.
Alfatihah untuk 21 mangsa kebakaran di Gaza kelmarin.
Sumbang untuk mereka melalui emergency4gaza.com/kecemasan
Allah seronoknya perasaan masuk sekolah lama balik. SK Jalan 3 Bandar Baru Bangi. Rasa macam memori-memori lama merusup masuk ke jiwa.
Korang dah terpacak depan saluran undian masing-masing ke belum? Belanja gambar satu!
Kita digalakkan berkejar-kejar, bersegera dalam membuat kebaikan, lagi pula kalau untuk melaksanakan kewajipan.
Sekali 5 tahun, chaiyok guys!
Ada orang tanya kenapa saya sibuk berpolitik. Soalan yang ganjil tapi perlu dijawab.
Pertamanya politik adalah sebahagian daripada Islam, meninggalkan politik adalah meninggalkan salah satu cabang kesempurnaan Islam. Jangan kerana politikus tidak baik maka kita meninggalkan politik. Kalau pemandu tak pandai memandu, tukarkan pemandu bukan dibuang kenderaannya.
Keduanya, saya masih lagi bergelar warganegara Malaysia dan saya bangga bergelar rakyat Malaysia, kerana itu saya berjuang bersungguh-sungguh mengharumkan nama negara di tempat orang. Daripada rasa cinta kepada tanah air inilah kita mengambil tindakan memperjuangkan pemimpin yang kita yakini akan membawa kepada pembangunan dan kesejahteraan negara.
Ia hak yang dijamin perlembagaan, tidak ada malu dan tidak ada tegahan dan saya menganggap ia sebahagian daripada usaha dakwah saya.
Ketiga, sangat janggal kalau di Palestin kita sibuk membantu rakyatnya bangkit, negaranya maju dan pemuda-pemudinya selamat daripada kebejatan sosial melalui 1001 projek tetapi di negara sendiri ‘pembebasan’ minda dan fikiran, usaha untuk membawa negara ke hadapan melalui kerajaan yang bersih dan stabil tidak difikirkan dan diusahakan. Kecintaan kepada negara adalah sebahagian iman.
Dalam dunia NGO ada rakan-rakan yang berkempen untuk Harapan, ada sahabat yang die-hard fan Barisan dan ramai juga yang bersama di dalam Perikatan. Tetapi kelmarin apabila duduk dalam mesyuarat agung persatuan, kami berbincang bersama untuk pembebasan Palestin kerana Palestin sifatnya menyatukan bukan memecah-belah.
Alhamdulillah kami berborak tentang kempen dan usaha masing-masing dalam PRU tanpa ada yang bermasam muka, malah tidak ada pun yang meninggalkan meja perbincangan. Alhamdulillah, kami cukup matang untuk ‘agree to disagree’ tanpa menuduh sesama kami menunggang agama atau Palestin untuk kepentingan peribadi.
Kalau kalian boleh berkempen untuk pilihan kalian, maka sifat saya sebagai pendokong isu Palestin tidak menghalang hak dan tanggungjawab saya untuk juga berbuat demikian. Akhirnya, pilihan untuk memilih saluran lain untuk cakna Palestin adalah pilihan kalian tetapi saya yakin minda dan fikiran kalian lebih luas, kalian mampu berlapang dada dan dapat menemui titik persamaan.
Ayuhlah kita bersama turun mengundi pada hari Sabtu esok, demi anak-anak dan masa depan, demi mengumpul ketumbukan membantu umat yang masih berantakan.
Seronok juga bila diberi peluang berjumpa calon PN di Parlimen Bangi ni baru-baru ni.
Paling seronok sebab dia orang muda, untung orang Bangi jadi tempat darah muda dipertaruhkan. Dengar-dengar dia dinaikkan sebab Parlimen Bangi ni ramai anak muda, baguslah kalau aspirasi dan keinginan anak muda melihat orang segenerasi mereka dinaikkan. Lagi-lagi yang hafiz Al-Quran macam Nazrul Nazir ni.
Korang tahu tak yang sebelum ini, parlimen Bangi ni adalah majoriti orang Melayu dan Islam, tapi ia dipecah-pecahkan melalui persempadanan semula.
Malah Bandar Baru Bangi khususnya bukan sahaja tempat yang terkenal dengan tudung Swarovski dan Swarovska malah ia diketahui umum adalah tempat elit Melayu tinggal. Power tak power, penduduk di sini pernah berkempen memboikot 7-Eleven di kawasan ini kerana menjual arak, sampailah 7E terpaksa tunduk kepada tuntutan penduduk dan arak hamper mustahil ditemui dijual di kedai secara terbuka.
Sebab tu cantik sungguh kalau Bangi ni dapat kembali ke zaman kegemilangan dua orang ‘Shafie’ dan kembali ke tangan mereka yang betul-betul akan membawa imarah dan berkah kepada bumi kita ini.
Undi kalian mungkin rahsia, tapi undi saya di Bangi untuk Saudara Nazrul Nazir. Jom bagi anak muda yang bersih, tiada apa-apa kes dan terpalit isu peluang di Bangi yang kita kasihi!
Saya pengundi Bangi!
Keluarga Gaza ini yang sedang mengadakan majlis perkahwinan menghentikan sambutan demi menunjukkan solidariti kepada mangsa kebakaran semalam.
Moga Allah merahmati para syuhada'.
Apabila diminta menjawab dengan jujur, memang ada kumpulan politik yang lebih menonjol daripada yang lain dalam isu Palestin.
Semangat saya bersama Palestin bermula dengan perarakan-perarakan yang selalu diadakan oleh kumpulan ini di ibu kota sejak saya di bangku sekolah lagi.
Pihak ini juga yang mengiktiraf kewujudan saya di Palestin dengan lantikan sebagai Duta Muhibbah dan paling penting, sejak dulu hingga sekarang dana kutipan dan sumbangan ahli mereka antara yang paling banyak disalurkan kepada kami, hingga sumbangan mutakhir tak sampai sebulan lepas bernilai sekitar RM1.5 juta.
Ya, keyakinan saya, kalau untuk Palestin, kemenangan merekalah yang akan membawa manfaat besar kepada saudara-saudara kita di sana.
Jangan lupa mengundi, ayuh cetuskan pembebasan Palestin bermula dengan kuasa yang ada di hujung jari, Sabtu ini, inshaAllah.
Terima kasih banyak warga Joho yang meriahkan Meet and Greet kita semalam di Badai Ikan Bakar dan Seafood. Termasuk kalian yang datang dari Melaka dan Singapore. Sampai kena buka dua cawangan meja, ramai sangat datang!
Ada rezeki kita ketemu lagi ya.
Next nak ke mana pula ni?
Jom siapa yang berada di Joho kita jumpa malam ni, makan malam sambil bercerita. Semua orang bayar sendiri 😆
Terima kasih owner Encik Azwan yang mudahkan urusan kita nak berjumpa malam ni.
Ni bukan gambar photo-op tapi memang betul gambar termenung.
Satu termenung sebab dah banyak sangat 'terbeli' produk batik sampai duk fikir malam ni nak kena makan Maggi kot.
Kedua terfikir apa yang team saya dari Gaza yang berada bersama saya, Shadi sebut bila dia nampak saya duk beli macam-macam di Pasar Seni untuk hias Pusat Budaya Malaysia kita di Palestin, dan baju batik untuk diperagakan setiap kali mengumumkan projek berjuta-juta ringgit di Palestin hasil sumbangan Malaysia.
Shadi sebut, "Kau ni aku tengok sayang betul dekat negara kau. Tiap kali balik mesti kau bawa balik baju batiklah, keychain I Love Malaysialah untuk budak-budak. Memanglah tak salah cintakan negara tapi aku tengok kau ni lebih dari orang lain, sampai politik negara kau pun sibuk kau menyempat."
Saya senyap je sebab balik kali ni memang rasa sayangkan Malaysia tu membuak-buak. Sampai terfikir banyak kali untuk balik terus ke sini, bantu bangunkan anak muda, anak bangsa sendiri pula.
Banyaknya benda boleh dibuat untuk negara ini, banyaknya peluang yang belum diterokai. Banyaknya benda yang perlu diperbaiki dan diperbetulkan. Bersama-sama.
Entahlah, mungkin dah makin tua ni rasa macam nak mati berbakti di tempat sendiri. Moga Allah memandu hati yang lara.
Selamat malam cintaku, MALAYSIA.
Rindu pula budak dua orang ni. Haih.
Yang ketiga, Ibrahim tak sempat lagi photoshoot. Maknya pula rindu juga tapi tak boleh sebut kat sini 😄
To all the haters out there..aku swipe..aku swipe.
Haha gurau je jangan stress sangat.
Allah, meremang bulu roma, driver Tuan Guru Zulkifli Ismail hantar video beliau berzikir dalam perjalanan ke pusat pengundian.
Hingga saat akhir, kami bergantung kepadaMu Ya Allah.
Alhamdulillah selesai.
Jom kongsikan gambar jari keramat kalian di sini. 50 orang terawal saya nak bagi kalendar edisi khas Gaza.
One, two, three go!
Mulakan dengan bismillah, banyakkan membaca Surah Al-Insyirah supaya dilapangkan dada membuat pilihan.
Читать полностью…Jom tonton bicara malam pilihan raya bersama 2 orang tokoh (dan seorang insan biasa) bersama kami di sini.
https://www.facebook.com/tvpaspusat/videos/676213990586044
Hari ni kami singgah ke Melaka kejap. Maaf orang Melaka tak sempat nak jumpa sebab tak sampai sejam di Melaka terus balik Bangi semula.
Kami datang ni khusus untuk jumpa Tuan Guru Zulkifli Ismail saja, untuk minta beliau doakan Palestin, sambil kami pula doakan kemenangan beliau di Parlimen Jasin.
Banyak kenangan dengan Tuan Guru terutamanya masa zaman kampus, pondoknya Baitul Qurra' di Sungai Udang menjadi tempat kami bertapa, membetulkan semula fokus ilmu dan iman untuk meneguhkan perjuangan.
Bila Tuan Guru nampak dua sahabat Palestin yang bersama saya beliau terus sebut, 'Kalian adalah pejuang yang berada di hadapan dan kami di belakang kalian. Dengan sabar dan thabat kalian, kami mampu untuk terus teguh. Kami malu dengan kalian kerana kami tak menunaikan hak kalian, selalu melupakan kalian.'
Dalam kereta sahabat Palestin sebut, 'Allah, meremang bulu roma saya mendengar doa beliau. Sampai kami rasakan bahawa umat Islam masih bersama kami.'
Beruntung orang Jasin kalau seorang yang warak dan berilmu dipilih menjadi wakil kalian.
Jom aminkan doa Tuan Guru bersama-sama.
Allahuakbar!
Gambar-gambar yang menyakitkan sedang diterima dari Gaza saat ini tentang kebakaran yang berlaku malam semalam mengorbankan 21 orang penduduk setakat ini. Penduduk di tingkat bangunan yang terbakar sedang menyambut hari lahir ahli keluarga mereka ketika itu kesemuanya meninggal dunia tanpa ada yang terselamat!
Di hari yang penuh keberkatan ini kita melancarkan kempen kecemasan untuk membantu apa yang boleh untuk mereka.
Klik link emergency4gaza.com/kecemasan untuk menyumbang atau terus ke akaun Maybank 564810507826 dengan rujukan : kebakaran dan pohon disebarkan!
Berita lanjut menyusul.
Terima kasih abang-abang (dan akak) District 21 IOI yang pasangkan lagu semangat perjuangan meraikan kehadiran kami di sini.
InshaAllah semangat pembebasan Palestin akan semarak semula di bumi Malaysia!
Lama juga saya berfikir apa nak dikongsikan dengan kalian bersempena 1111 ni sebab banyak sangat benda nak disyukuri, tak tahu nak bermula di mana.
Paling utama tahun ini alhamdulillah saya dah punya lapan orang anak dan bergelar datuk kepada seorang cucu. Isteri pun masih satu.
NGO kita Cinta Gaza Malaysia dah menjadi NGO paling dikenali di Gaza dan MyAqsa Defenders pun sentiasa dicari rakan jauh dan dekat untuk menjanakan begitu banyak projek khususnya di dalam kawasan Tebing Barat dan Kota Baitul Maqdis.
Tahun ini juga saya dah mula ada perniagaan sendiri, dah mula bertatih untuk berdikari dan menyediakan diri berdepan dengan gelombang kejatuhan ekonomi melalui jenama sendiri Tulen Palestin.
Passion saya dalam travel pun berjaya dikejar baru-baru ini setelah 10 tahun merancang dan berharap, dengan menjelajah 12 buah negara dalam tempoh sekitar 20 hari Oktober lepas dan ia antara hari-hari paling menyeronokkan dalam hidup setakat ini. Saya ni kalau tak berada dalam kerja NGO, saya suka mengembara dan menyelam, sebab tu pun saya ambil Sains Marin di universiti.
Saya juga berjaya mengumpulkan sekitar RM4-5 juta untuk Palestin melalui laman-laman media sosial peribadi, berkat bantuan kalian di mana RM800,000 daripadanya adalah melalui inisiatif yang saya lancarkan pada 1111 yang lepas, iaitu projek Jumaat11 di mana setiap Jumaat ahli grup yang ikut diwajibkan memberikan sumbangan minima RM11 setiap minggu pada hari Jumaat.
Alhamdulillah, sekitar 6000 orang dalam grup ni adalah keluarga syurga yang istiqamah dalam berinfaq dan harapnya akan menjadi jiran saya di syurga.
Tahun depan saya akan fokus tiga benda, satu untuk bawa gerak kerja kemanusiaan kami ke gelanggang antarabangsa, yang kedua untuk jadikan gerak kerja di Malaysia ‘automate’ setelah pelaksanaan program dan projek di Palestin tak perlu lagi saya pantau secara terus dan ketiga untuk membangunkan profail bisnes sendiri.
Oh ya, dalam setahun ini juga inshaAllah saya akan melanjutkan pelajaran dalam Masters berkaitan hubungan antarabangsa.
Terima kasih kepada kalian semua, tanpa kalian saya hanya orang biasa yang hanya mampu melihat orang lain berjaya.
Tolong doakan saya sikit hari ni boleh?