Guys kita akan hadiahkan kalendar edisi khas CGM dan air freshener kereta ini di Meet and Greet Bangi hari ni.
Kalendar Edisi Khas NAN ni hanya boleh didapati dalam siri Meet and Greet bersama saya dan di medsos terpilih (nantikan iklan).
Untuk kalian yang hadir pada petang ini di Cendol U-Turn, scan qr code di bawah atau tekan link, tunjukkan info yang dah diisi dan ambil kalendar + air freshener secara percuma.
LINK DAN QR CODE HANYA UNTUK YANG BERADA DI MEET AND GREET BANGI SAHAJA. YANG LAIN TUNGGU IKLAN DI MEDSOS SAYA DAN CGM.
Jom warga Bangi kami nak menunaikan kewajipan bertemu kalian. Warga Bangi yang kuat menyokong perjuangan kami, menjadi tempat kami menuntut ilmu dan menumpang semangat.
Esok bersama saya, KHM dan Musa Nuwayri di port baik kita, Cendol U-Turn. Tauke cendol Tuan Nazrul Nazir akan bersama kita inshaAllah.
Oh ya, kami nak belanja cendol untuk 50 orang terawal. Best ke best?
Jangan lupa petang ni guys di Pesta Buku Antarabangsa Selangor 💪
Kami nak bagi free gift kepada kalian yang bernasib baik!
Pertandingan mewarna, bengkel akil baligh, puluhan booth, booth Cinta Gaza Malaysia dan lain-lain 💪
Читать полностью…Salam Jumaat semua, apa khabar?
Jangan lupa malam ini (Jumaat) bersama saya, Heliza dan Hazwani Helmi serta Hijjaz dalam forum kemanusiaan di Perkampungan Ummah, Masjid Al-Hasanah Bangi.
Malam ini saya rasa nak ceritakan kisah yang tak pernah diceritakan kepada orang secara terbuka. Bawa tisu bersama ya, dan jumpa di sana!
Oh ya, bermula selepas solat Jumaat juga saya akan berada di sana sehingga jam 6pm inshaAllah.
Yang berkelapangan Ahad ni bolehlah kita berjumpa sambil bercerita.
Jangan lupa bawa anak-anak sekali, terapkan budaya membaca sejak dari kecil.
Saya pun mabuk buku sebab semasa membesar di Edinburgh dikenalkan dengan buku-buku Enit Blyton, Roald Dahl, siri Nancy Drew, Hardy Boys dan lain-lain.
Selamat malam. Jangan lupa sebelum tidur muhasabah sekejap, maafkan semua hang buat silap dengan kita hari ini dan set dalam kepala apa kebaikan nak dibuat esok. Eaok kan Jumaat.
Bila orang bisnes yang beriman menceburi bidang kemanusiaan, ia tak susah bagi mereka kerana mereka sudah terbiasa mendapatkan dan menguruskan dana jutaan ringgit secara tersusun, mengembangkan lalu menyalurkannya ke tempat yang betul. Syaratnya mereka perlu BERIMAN kerana ujian yang paling besar akan dihadapi ialah ujian amanah.
Cabarannya ialah apabila orang kemanusiaan menjelajah dunia bisnes, ia akan memakan masa lama dan proses pembelajarannya jauh lebih curam.
Tetapi ia tidak mustahil.
Dua orang tokoh perniagaan yang menceburi bidang kemanusiaan di sebelah saya adalah contoh paling baik yang wajar diangkat.
Yang di sebelah kanan tak perlu lagi diperkenalkan, mempunyai jaringan bisnes di seluruh dunia malah merupakan pemilik Kedah FC. Tapi mungkin yang tak ramai tahu ialah NGO beliau memberi makan kepada 20,000 orang pelajar miskin setiap hari.
Insan di sebelah kiri saya pula terkenal dengan jaringan restoran, media dan macam-macam, juga telah mencipta nama dalam membina empayar NGO tersendiri.
Elephant right elephant left, sayalah rumput yang tersepit di tengah, hanya menumpang makan kuih sambil mengenali pelabur-pelabur dari Jepun.
Moga Allah mudahkan langkah seterusnya.
Bila dirancang organisasi kita sebagai organisasi yang mendokong Learning and Growth, maka kita kena sediakan persekitaran yang membawa agenda tersebut.
Kami di CGM memperuntukkan puluhan ribu ringgit setiap tahun untuk seluruh pasukan khususnya bahagian advokasi dan marketing membeli bahan bacaan untuk mempertingkatkan skil, begitu juga untuk seluruh pasukan mendapatkan latihan di bidang masing-masing. Mereka juga mempunyai tugasan menghabiskan sejam pertama di pejabat untuk membaca dan dirumuskan bahan bacaan setiap minggu di dalam halaqah.
Seluruh pasukan juga terlibat dalam TOT Daurah Baitul Maqdis yang mengambil masa 2-3 jam setiap pagi Jumaat. Selain itu CGM merupakan subscriber laman akhbar terkenal 'Israel' Haaretz, Foreign Policy dan Foreign Affairs untuk bacaan pasukan.
Pagi tadi seluruh team CGM diberi peluang untuk ke Pesta Buku Antarabangsa Selangor di Shah Alam dan dibekalkan dengan wang makan tengahari serta RM100 untuk membeli buku yang disukai.
Manusia, adalah aset umat yang paling berharga, justeru jangan berkira dalam membangunkan mereka. Keluarga CGM Keluarga Membaca.
Ahad ni saya akan ada lagi di Pesta Buku selepas Asar untuk slot bicara Palestin, inshaAllah.
#WeAreCGM
Setelah berjumpa banyak pihak semalam untuk kebangkitan ummah, saya tamatkan pula dengan perjumpaan melibatkan kebangkitan ekonomi sendiri sampai ke lewat malam. Hampir jam 10pm baru sampai ke rumah.
Kalau dah ada bisnes yang lancar, baru fokus boleh diberikan kepada pembebasan Palestin. Jom kawan-kawan kita bangkit, berbisnes, bekerja keras dan berusaha.
Zaman ini zaman kita.
Dalam banyak-banyak negara yang sempat saya ziarah, susah nak jumpa negara yang cantik macam Malaysia, bandar moden di tengah kehijauan macam ni.
Banyak benda sebenarnya untuk kita syukuri, jom ucapkan alhamdulillah.
Selamat pagi Malaysia.
Hari ni dua kali kena game.
Kena game pertama masa saya nampak posting dua orang brother ni habiskan Iron Man saya sebut dalam hati, tak boleh jadi ni aku kena bagi diorang gemuk balik.
Terus saya ajak depa berdua makan tengahari. Tapi bila sampai,
Alif : Aku baru lari 7km pagi ni sebab nak makan banyak hari ni.
John : Aku baru datang dari futsal ni, jap lagi nak pergi balik.
Kuajaq. Rukanya aku sorang je yang akan mengembang hari ni.
Kena game kedua bila sampai ke Restoran Padangs On Wheels. Semalam dah sebut kat owner Kak Farrah Adeeba, saya datang dengan syarat saya bayar, kalau tak kami ke tempat lain.
Tengah elok makan, tiba-tiba Kak Farrah muncul, dia sambar resit. 'Mana boleh bayar, akak yang kena belanja mujahidin'.
Kena game kali kedua.
Thanks a lot brothers (and sister) untuk dua jam yang bermakna. Kami bincang masa gelap John yang lampau sampai hampir tak jadi kahwin (sory Nana), masa depan yang Alep rancang untuk anak-anak dia, kepentingan bahasa, sekatan di Gaza sampailah kepada hal-hal politik negara.
A day to be remembered during my darkest hours when I get back to Gaza. Some people see it as a small thing, tapi bila saya sepi di Gaza, saya selalu belek ig stories depa, and a whole lot of others and bisik dalam hati kecil, I wish I was there, doing that.
Thanks Alif Satar, John Lemmon dan Kak Farrah for today.
Korang tengah buat apa tu? Share gambar sikit bagi meriah. Kami tengah pilih baju ni hah untuk Ketua Pusat Budaya Malaysia kita di Palestin pakai di sana.
Cuak member bila bagitahu biasanya baju Melayu ni pengantin yang pakai.
Dreamers.
Antara tempat paling indah untuk bercerita dan bermimpi. Terima kasih Allah untuk peluang ini. Terima kasih untuk nikmat anak yang menjadi teman paling akrab sepanjang permusafiran.
Seronok dapat ke Terengganu sehari bersama keluarga khususnya bila musafir dengan kereta bersama Che dan Abi.
Bila singgah di Costa, tanya Che nak minum apa? 'Caramel latte'. Tanya Abi, nak minum apa? 'Nescafe ada?' 😆 Old is gold.
Che memang tech-savvy semenjak dua menjak ni. Nak tahu Ganu banjir ke tak pun tanya Siri 😅
Petang ni di Shah Alam.
Ribuan penduduk Gaza berkumpul di sebuah dewan bagi menyatakan sokongan kepada Morocco dalam perlawanan menentang Portugal malam ini.
Penduduk Morocco sangat kuat menyokong Palestin walaupun pemimpinnya menyokong usaha normalisasi bersama penjajah.
Guys jangan lupa malam ni di Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi. Kita ada jualan buku siap dengan autograf, edaran Kalendar Palestin edisi khas secara percuma dan juga pewangi kereta. Percuma tetapi stok terhad!
Читать полностью…https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02LiPAC2prFedXHBTvFBsCo35Rv4YPS1Yj6YArXE9gW17ViRVvADhG1NoG2irJKcXal&id=100064543606107
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0wJMXad4G8vXDLP15ej8wEeYEkNeDwsStFuWpKRuWKh5oSKxs2h37FFiuwvLiRZCbl&id=100064543606107
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0guE1Gpbgtv7NzHef7Nn1KmF1tECiFkpvPX4FNTzi6QrUQnWNwshKF9YCR91qQ37ul&id=100064543606107
Seputar aktiviti sepanjang hari di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi bermula 9-11hb Disember 2022 👇
Читать полностью…Assalamualaikum sahabat-sahabt semua, apa khabar?
Minggu ni kita ubah sikit bantuan kita untuk kita bantu sahabat-sahabat serumpun kita boleh?
Isnin ini team Cinta Gaza Malaysia akan bersama team Yayasan Amal Malaysia untuk melihat kesan gempa bumi yang telah melanda saudara-saudara kita di Cianjur, Indonesia.
Seramai 334 nyawa terkorban dan 593 cedera akibat gempa bumi tersebut yang turut menghancurkan lebih 12,956 rumah di daerah tersebut. 😭
Antara misi utama kita adalah membangunkan semula masjid yang telah runtuh.
Jumaat ini jom sumbang kepada mereka melalui https://swiy.co/gempacianjur atau salurkan ke akaun Persatuan Cinta Gaza Malaysia (Maybank): 5648 1050 7826 dengan rujukan: gempacianjur
Moga dengan sumbangan kita dapat meringankan beban yang terpaksa ditanggung mangsa bencana gempa bumi di sana. 🤲🏻
Ameen ameen.
#CGM
#GempaCianjur
Hasil tangkapan di Pesta Buku Antarabangsa Selangor semalam.
Buku-buku ini majoritinya telah saya risik sejak berada di Gaza dan apabila sampai sahaja terus ke Iman Shoppe, Patriots dan Ilham Books. Saya sempat juga menyinggah ke booth Bonda Nor dan Jejak Tarbiyyah.
InshaAllah Ahad petang saya diberi peluang mengisi slot di sana bersama Hamare Group. Kalau ada ruang masa jomlah kita memeriahkan budaya membaca dan berjumpa di sana.
Sahabat-sahabat semua, kita selalu membantu yang jauh, hari ini jom membantu yang dekat.
🚨 TABUNG DARURAT CIANJUR 🚨
Gempa bumi berukuran 5.6 skala Richter telah menggegarkan daerah Cianjur di Jawa Barat, Indonesia.
Seramai 334 nyawa terkorban dan 593 cedera akibat gempa bumi tersebut yang turut menghancurkan lebih 12,956 rumah di daerah tersebut. 😭
Dengan itu kami di Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM) bekerjasama dengan Golden Future Indonesia dan Yayasan Amal Malaysia bagi menyalurkan bantuan yang diperlukan.
Untuk kalian yang ingin menyumbang boleh ke https://swiy.co/gempacianjur atau salurkan ke akaun Persatuan Cinta Gaza Malaysia (Maybank): 5648 1050 7826 dengan rujukan: gempacianjur
Moga dengan sumbangan kita dapat meringankan beban yang terpaksa ditanggung mangsa bencana gempa bumi di sana. 🤲🏻
#CGM
#GempaCianjur
Malam ni di Bengkel Strategik bersama anak-anak muda yang mendokong perjuangan pembebasan Al-Aqsa menjelang 2030.
MyAqsa Defenders bukan gabungan biasa-biasa. Tahun depan kita akan mula mengorak langkah lebih kemas melaksanakan strategi berdepan kuasa penjajah di segala lapangan, secara berdepan.
Bismillah.
Mengadap guru hari ni, dah tadah telinga sedia untuk ditembak. Manakan tidak, saham Top Glove pun masih lagi sangkut!
Tapi lepas perjumpaan hari ni alhamdulillah dah clear nak buat apa, bukan saja untuk diri sendiri tapi juga untuk ummah.
Terima kasih banyak Datuk Haji Mohd Asri Ahmad, Datin dan team AAA menerima kehadiran kami tadi dan atas sumbangan yang diberikan. Moga Allah balas jasa kalian.
Pemandangan pelabuhan Gaza. Nampak damai tapi 'isi hatinya' tak ramai yang tahu. Selamat malam Gaza. InshaAllah tak lama lagi kita bertemu.
Video oleh : Shadi At-Tabatibi
Aktivis pro-Palestin bersuara untuk mempertahankan filem Netflix Farha yang mengisahkan Nakba (Bencana) 1948 selepas filem itu diserang oleh pegawai Israel.
Rakyat haram Israel mengatakan bahawa filem Farha yang diarahkan oleh Jordan Darin Sallam telah 'mencipta naratif palsu' tentang Nakba, di mana lebih daripada 700,000 rakyat Palestin telah diusir dari negara haram Israel.
Dalam filem itu, seorang gadis menyaksikan pembunuhan seluruh keluarganya termasuk seorang bayi ketika tentera Zionis menyerang kampungnya pada tahun 1948.
Avigdor Lieberman, Menteri Kewangan Israel, mengutuk filem itu dengan berkata, "Sangat 'gila' Netflix memilih untuk menyiarkan filem yang mencipta peristiwa palsu terhadap tentera Israel."
Sentimen itu disuarakan oleh Menteri Kebudayaan Israel, Hili Tropper, yang mengatakan bahawa menyiarkan filem itu di pawagam Israel akan 'memalukan' rakyat haram Israel dan filem itu menunjukkan 'pembohongan dan fitnah'.
Rakyat Palestin dan penyokong mereka telah menyatakan sokongan terhadap filem itu bahawa tidak ada dalam filem itu yang tidak berlaku dalam realiti.
Sumber: Middle East Eye
Kalau merasa sesak, alihkan matamu seketika melihat nasib saudaramu di Palestin. Moga engkau akan bangkit dan terus berjuang.
Seorang pemuda ditembak 'point blank' sekejap tadi oleh tentera penjajah dan dibiarkan tanpa rawatan. Innalillah wa inna ilaihi rajiu'un. Lemahnya ummah.