Tinggal 98 unit sahaja gaisss untuk preorder kali ni. Lepas raya cina akan sampai lagi insya-Allah namun semua pre-order juga. Baik order sekarang.
Ada warna merah - 36 unit.
Ada warna rose gold (ala pink) - 62 unit.
Warna kelabu dah habis, tapi jangan risau akan ada lagi sampai lepas raya cina.
Lekas gais, blender ajaib ini bukan sahaja boleh kisar, ia boleh masak terus. Punyalah senang!
Hanya RM390 sahaja sekarang! Hq beritahu mula Februari akan naik harganya ke RM490 tau. Baik dapatkannya sekaranggggg!
Klik sini ya,
https://homematebrand.com/go/idevaffiliate.php?id=987
https://homematebrand.com/go/idevaffiliate.php?id=987
https://homematebrand.com/go/idevaffiliate.php?id=987
Dah beli, terus daftar affiliate. Dah daftar, print screen emel pengesahan daftar affiliate itu kemudian kasi ke saya ya. Guna messengger FB sahaja pun ok.
Lekas guys! Pre order ini dalam 1-3 minggu inshaAllah sampai. Dont worry blender tak basi. Akan sampai juga ke tangan kita!
Kalau kalian belum tengok video misi team CGM di Lubnan ni, boleh klik sini. Ini cara kami 'healing', melihat senyuman anak-anak yang kita bantu! Jangan lupa subscribe tau!
#Heroes4Hope
#WeAreCGM
https://www.youtube.com/watch?v=inTrUifdgsk
Coffee place no.1 di Gaza.
Ye guys, di Gaza ada beberapa kedai kopi, Gaza memang trendy dan ikut perkembangan, bila dunia mula mengopi Gaza pun ikut ber'qahwah'!
Jemput semua untuk bacaan Al-Mulk dan perkongsian tentang Gaza.
https://www.facebook.com/gamisnegeriperak/videos/2993397024302668
Yang hoodie ni ada juga yang tanya, yang ni masih ada stok siap tapi tak banyak, kalau rezeki kalian, sempatlah beli tu, cepat klik 2lenpalestin.com
Читать полностью…Alhamdulillah, lagi kejayaan keluarga syurga kita di grup telegram Jumaat11 dalam penajaan anak-anak Gaza menjadi pelapis perjuangan dengan Al-Quran.
Banyaknya pahala yang kalian dapat kerana menjentik semangat anak-anak ini menjadikan Al-Quran bekal perjuangan.
Di grup telegram Jumaat11 memang setiap minggu, pada hari Jumaat diingatkan untuk menyumbang supaya amal yang kecil serendah sumbangan RM11 setiap Jumaat tidak putus.
Minggu ini kita akan mensasarkan kutipan untuk beberapa projek wakaf termasuk Wisma Malaysia kita di Gaza.
Jom sumbangkan sikit melalui link ini wakaf4gaza.com. Kalau nak join keluarga syurga kami klik sini ya t.me/jumaat11
Jangan lupa banyakkan selawat dan membaca Al-Kahfi hari ini!
Setiap pagi selepas Subuh kami dikejutkan dengan laungan semangat polis pelatih di Gaza ini. Saya pun tak dapat tangkap apa yang mereka sebut tapi biasanya ia kata-kata semangat mengingatkan mereka tentang negara yang masih dijajah, di selang-seli dengan takbir.
Kalau laungan seperti ini kedengaran pada waktu malam pula, ia biasanya kumpulan mujahidin bertopeng yang berlari dan berlatih.
Selamat pagi dari Gaza!
Setiap peluang yang ada saya akan cuba dokong nama Malaysia. Bukan CGM, bukan Nadir tetapi Malaysia. Itulah yang mampu saya lakukan untuk membuktikan cinta dan setia pada tanah air saya sendiri.
Alhamdulillah balik kali ini kami berjaya untuk 'seludup' masuk jersi HarimauMalaya dan Al-Ikhsan Sports ini untuk dijadikan sebagai jersi rasmi pasukan CGM kita di sini. Jenuh juga baru ni duk memusing 2,3 outlet AL untuk dapatkan 18 helai ni.
Banggalah sikit kan, dalam keadaan pasukan bola sepak Malaysia tengah 'hot dan up' ni, kami dari kejauhan pun boleh ikut mengaum! Agak-agaknya ada pemain bola sepak Palestin boleh diimport oleh Harimau Malaya ke nanti? Kalau lambat ada pasukan negeri akan mula dulu sebab dah ada perbincangan awal tau!
Masa mula-mula kami bawa Haura' ke tadika kami nak suruh masuk kelas paling bawah sebab baru umur 3 tahun setengah. Sekali tadika suruh masuk kelas 1 sekali dengan budak-budak 4,5 tahun. Kami pun ok je lah, cepat sikit habis.
Sekali baru seminggu bertadika dah balik pakai beg terbalik, katanya sebab sepupu dia semua pakai beg macam tu, padahal sepupu semua sekolah menengah dah. Cepat betul budak ni membesar.
Antara karamah yang saya kongsikan dalam buku terbaru yang ditulis (berwarna kuning) melibatkan adik ipar saya sendiri, as-Syahid Abdullah, adik kepada isteri saya.
Kisah seperti ini memang banyak di sini melibatkan para syuhada', saya cuba kongsikan supaya ramai yang akan tertolak mengejar kebaikan hingga ke tahap bersedia mengorbankan nyawa untuk perjuangan.
Alhamdulillah sudah lebih 500 orang mendapatkan buku ini. Kalian yang masih mencari sedikit inspirasi daripada kisah penduduk Palestin, boleh mendapatkannya di bawah 👇
https://bit.ly/3YRRq9e
Luar biasa bila diberi siap-siap petunjuk yang Allah dah nak menjemput kekasihNya untuk menemuiNya.
Adam, anak Palestin berusia 15 tahun ini baru sahaja mati syahid ditembak tentera penjajah sehari dua lepas. Ruoanya sebelum pergi menemui Pencipta, dia sempat menukilkan wasiat ini yang antara lain bermaksud,
"Bismillahirrahmanirrahim,
Ya Allah berikan aku keteguhan, sama ada menang atau syahid.
Aku mengimpikan banyak benda tetapi aku tahu di bumi ini, di negaraku ini mustahil ia akan terrealisasi. Tetapi aku sangat gembira kerana Allah merealisasikan impian daripada banyak-banyak impianku iaitu untuk aku mati syahid.
Aku mengingatkan kepada kalian, syahid bukan hanya kematian. Syahid itu kebanggaan untuk dirimu dan untuk seluruh alam, memang nyawamu terputus tetapi ia terputus dalam keadaan engkau gembira.
Aku tidak mahu mengatakan selamat tinggal, tetapi aku mengatakan, kita akan bertemu lagi di syurga."
Subhanallah.
Yang nak belek-belek baju keluaran syarikat saya 2len Palestin boleh klik link 2lenpalestin.com 😄 Suppoooooort!!
Читать полностью…On the way solat Jumaat bersama 2 orang anak bujang. Ada lagi 2 orang di rumah akan menurut tak lama lagi inshaAllah.
Yang nak dapatkan Hoodie Saladin boleh dapatkan di sini 2lenpalestin.com, katanya masih ada beberapa helai berbaki.
Yang nak sumbang untuk wakaf Wisma Malaysia di Gaza, jemput ke wakaf4gaza.com.
Juma'ah mubarakah!
Qamar ni bila dia marah adik-beradik dia, dia akan lari kepada Mamanya atau kepada saya dan sebut, Bahibbak ya Baba, saya sayang Baba, Baba Habibi sebelum adik-beradik marah balik. Kira cari genglah.
Lagi-lagi bila dia nampak saya dokong dan dodoikan Ibrahim dia akan kata la,la ana habib Baba, saya kesayangan Baba. Sampai sekarang masih tak boleh tidur melainkan di celah kami!
Saja buat mukadimah untuk kenalkan kalian kepada anak bongsu kami, Ibrahim Al-Khalil. Anak yang ni pendiam, jarang nangis, malam-malam pun tak susahkan Mama Baba, alhamdulillah. Ibrahim dah masuk bulan keenam dan dalam usia kecil ni dah melalui satu peperangan kecil semasa masih di hospital, alhamdulillah.
Moga membesar menjadi pejuang, Barhum (panggilan manja untuk nama Ibrahim di kalangan Arab).
Siapa tak kenal legenda nasyid tanah air yang masih evergreen ni kan? Saya membesar dengan dendangan nasyid mereka menghiasi cuping telinga. Trend-setter nasyid depa ni tau!
Terima kasih banyak sudi menyarung baju jersi kuffiyeh kita, sampai ke US dan Canada dibawa. Saya pun pernah cuba, memang bangga bila pakai baju ni di luar negara, rasa macam semangat Palestin kemas tersemat di dada!
Klik sini untuk dapatkan 2lenpalestin.com
Hero-hero 'Prison Break' penjara Jalbu' yang cuba melarikan diri dari tahanan penjara penjajah sebelum ini tersenyum ketika dibawa ke mahkamah untuk pengadilan kes mereka.
Kalau mereka pun masih mampu tersenyum, kenapa kita berduka?
Selamat pagi dari Gaza!
“Apa kaitan Baitul Maqdis dalam pembebasan Palestin?”
Sedihnya! Tak ramai yang tahu kepentingan Baitul Maqdis untuk seluruh umat Islam.
Jom sertai Training of Baitul Maqdis Specialist yang dianjurkan oleh Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM) tidak lama lagi!
Tarikh: 14 & 15 Januari 2023
Tempat: BK7, Kolej Teknologi Darulnaim, Bangi
📌 Terbuka kepada belia berusia 18-30 tahun.
📌 Kemasukan adalah PERCUMA.
Rugi kan kalau tak join kami? Jom daftar sekarang!
https://tinyurl.com/baitulmaqdisspecialist
Sebarang persoalan boleh hubungi:
https://tinyurl.com/joinbaitulmaqdis
Geram tengok posting Musa yang chef ni duk memasak di ofis CSM. Dahlah macam-macam dimasak, asam pedas, ayam goreng, tumis peria dan petai pun ada. Katanya sampai bau semerbak satu ofis, mencucuk lubang hidung. Berkruk krak kruk krak perut team CSM.
Korang mesti kata, memanglah dia masak banyak dan sedap dah memang dia chef. Masak pun tak leceh, cepat je dah siap.
Saya nak bagitahu satu benda. Sebenarnya isteri kita pun boleh masak sedap dan cepat, cuma silapnya pada kita, tak membantu mereka untuk memudahkan kerja.
Belilah Thermal Blender ajaib ini sebagai tanda sayang kepada si dia. Jadilah seperti Khairul Hakimin.
Siapa yang rasa nak ringankan beban kerja isteri ini tempatnya ya, https://homematebrand.com/go/idevaffiliate.php?id=987
Korang percaya tak mall ni di Gaza?
Mall ni namanya Capital Mall, terletak di Jundi Al-Majhoul betul-betul di tengah bandar Gaza. Gaza memang cepat membangun dan mengikut trend sebab penduduknya 'suka untuk hidup'.
Korang suka ke video style macam ni?
SESUAI DIBACA OLEH KAUM LELAKI SAHAJA
Dalam mengurus rumah tangga memang kita kena bijak bersilat, kerana wanita ni memang makhluk yang penuh seni. Tetapi dengan seni hadirnya budi, lemah-lembut dan kesetiaan yang tak bertepi.
Selain masalah nasab, memang Islam tak benarkan isteri berkahwin dua sebab begitu mereka diciptakan, tak pandai berkongsi dan tak tahu memiliki lebih daripada the ONE.
Seronok bila membaca apa yang dikongsikan Ustaz Azhar Idrus, katanya kahwin dua tanpa memberitahu yang pertama sah tetapi tidak betul. Bukankah dia yang mula bersusah-payah dengan kita sampai kita mampu untuk cari yang kedua? Bukankah dia yang meninggalkan keluarga untuk menjadi teman paling setia? Bukankah dia yang mula mengukuhkan wujud kita di dunia dengan membina keluarga pertama?
Hargailah isteri kalian. Belikanlah untuk mereka Thermal Blender ajaib yang akan memudahkan mereka untuk memasak ini dengan harga hanya RM390. Untuk perut kalian juga. Kalau belum mampu, kongsikan post ini supaya ia sampai kepada mereka yang mampu dan mahu.
Kegembiraan dan keutuhan keluarga mereka, juga pahala untuk kita. Klik https://homematebrand.com/go/idevaffiliate.php?id=987 segera untuk mendapatkan info lanjut keajaibannya.
Ramai yang marah dengan isu 'perkahwinan yang disembunyikan' hari ni. Saya tak nak ulas isu itu, cuma nak kongsi pasal perkahwinan di Palestin, yang penuh dengan tujuan dan pengorbanan, lantas melahirkan keikhlasan dan keindahan.
Tonton dan kongsikan ❤️ Untuk dapatkan buku ini klik https://bit.ly/3YRRq9e
Datuk Mohd Asri macam keberatan nak bagi saya share pasal ni tapi saya yakinkan beliau yang ia boleh menggalakkan orang lain juga untuk berusaha menjadi kaya lalu membantu ummah.
Saya rasa untuk Datuk setakat RM20,000 ni celah gigi je, masa kelas baru ni beliau jual saham Friday Rule depan kami, rilek je dapat untung RM40,000. Tapi ia celah gigi untuk orang yang suka memberi, yang dah cari 'higher purpose' dalam hidup, yang harta dikumpul tak ada makna dah kecuali bila ia memaknakan hidup orang lain.
Asalnya kami ziarah Datuk pun bukan untuk cari dana tapi untuk jemput memberi input kepada team CGM, untuk bantu team tambah pendapatan sama macam model MADAD di bawah Us Mohammad Yaakub Yusra. Tapi bila kami terangkan tentang apa yang sedang CGM buat, tiba-tiba Datuk sebut, eh, ada pula lagi duit zakat wakalah saya RM20,000, ambillah. Nak balik tu terus Datin hulurkan cek, alhamdulillah rezeki orang Gaza.
Datuk kata biasanya sumbangan wakalah zakat ni tak perlu report apa sangat pun, tapi level NGO contoh mestilah ada laporan projek, laporan kewangan, liputan media, gambar dan video lengkap. Itu hak orang yang menyumbang, sekurangnya untuk melihat senyuman orang yang menerima manfaat.
Terima kasih Datuk, Datin dan seluruh team AAA. Post ini untuk kalian, untuk tiup semangat kita supaya terus menjadi kaya, untuk terus menjadikan hidup lebih bermakna.
#tpo14
#wearecgm
Ni antara gambar yang menghiasi laman buku kedua saya Seinci Dari Kematian.
Dalam tempoh 10 tahun di sini memang banyak kalilah nyawa berada di hujung tanduk tapi tak ada yang ngeri macam peristiwa yang berlaku semasa perarakan aman The Great Return March 2018 tu. Lebih 60 orang kot yang mati syahid dalam masa beberapa jam, tak termasuk yang kaki dan tangan melayang di depan mata.
Tapi betul lah kata orang Palestin, kalau dengar bunyi peluru berdesing, ketahuilah peluru itu bukan untuk kita. Kerana kalau ia untuk kita, yang akan didengari hanyalah bisikan Hurul Ain di syurga.
Amacam? Ter'healing' tak?
Kalau nak baca tentang apa yang berlaku semasa perarakan tersebut, bolehlah dapatkan buku saya di sini https://bit.ly/3YRRq9e
Oh ya, 400 pembeli pada hari ini akan dapat hadiah kalendar edisi khas dan pewangi kereta percuma tau.
Alhamdulillah, di permulaan tahun baru yang penuh perancangan dan keberkatan ini, saya melaporkan bahawa saya sudah selamat sampai ke tanah air dan siap siaga berkhidmat semula kepada mereka yang memerlukan.
Doakan kami ❤️