nadiralnuri | Unsorted

Telegram-канал nadiralnuri - Nadir Al-Nuri

241417

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Subscribe to a channel

Nadir Al-Nuri

𝗠𝗢𝗞𝗧𝗜'𝗦 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗔𝗟𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡𝗘 🇵🇸

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Kami menjemput anda semua untuk menonton LIVE di Tik Tok Mokti's HQ Malaysia mengenai BICARA PALESTINE malam ini jam 9.00 malam Ustaz Nadir An Nuri dari Cinta Gaza Malaysia. 😊

Jangan lupa untuk follow dan share kepada semua rakan-rakan dan saudara mara. ⤵️
moktishqmalaysia?_t=8ZSMsh0ZJmE&_r=1" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@moktishqmalaysia?_t=8ZSMsh0ZJmE&_r=1

#moktis #cintagazamalaysia #moktisbersamapalestine #aiskrimgulaapong #gulaapongicecream #halalicecream #malaysia

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Saksi mata (Yahudi) yang ditegur mujahidin (Palestin) yang sedang melakukan operasi di Al-Quds kelmarin :

"Pelaksana operasi itu lalu di tepi aku dan menyebutkan 'Aku tidak membunuh wanita', kemudian dia meninggalkan aku dan melepaskan tembakan kepada lelaki baligh."

Pemuda Palestin mengajar kita akhlak dalam peperangan.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Rumah dan kenderaan penduduk Palestin dibakar penjajah semalam. Penduduk penempatan haram sedang mengamuk dan memusnahkan harta benda penduduk.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

LUAR BIASA : Pelaksana operasi Silwan adalah anak berumur 13 tahun dan dilaporkan masih hidup dan berada di tangan penjajah.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Dari lokasi serangan kedua.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Penduduk Gaza keluar dalam perarakan besar-besaran menyambut kejayaan operasi di Baitul Maqdis sekejap tadi.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Gambar daripada lokasi operasi Baitul Maqdis.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Beberapa lokasi melibatkan kawasan latihan mujahidin di Gaza telah diserang penjajah sepanjang malam, tiada syuhada' atau kecederaan dilaporkan sehingga kini.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Kewujudan tentera penjajah menjaga kawasan perkampungan Sur Baher semakin ramai. Untuk makluman kawasan Sur Baher adalah lokasi tajaan masjid utama di bawah My Aqsa Defenders.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Pertempuran di antara penduduk Palestin dan kelompok berhaluan kanan yang cuba berdemonstrasi di Bab Al-Amud, Masjid Al-Aqsa sejam yang lepas.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Katibah Jenin, sayap bersenjata Saraya Al-Quds menyebarkan video operasi menyerang van yang digunakan penjajah untuk menyelinap masuk ke Jenin dengan periuk api.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Assalamualaikum, Salam Jumaat, Salam Perjuangan, Salam Darah Para Syuhada' yang Mengalir Di Jenin.

Keadaan merunsingkan ketika ini di Tebing Barat apabila semalam, 9 orang syuhada' dibunuh oleh penjajah menjadikan angka para syuhada' Palestin sejak awal 2023 sahaja seramai 30 orang. Ya, 30 orang bermakna setiap hari lebih daripada seorang akan mati syahid.

Seruan sumbangan Jumaat kita pada minggu ini untuk tabung kecemasan yang kita lancarkan semula untuk berdepan sebarang kemungkinan. Kita takut kalau ada perang tercetus maka kita akan terlambat dalam usaha menyelamatkan nyawa para penduduk yang akan memerlukan makanan dan tempat berlindung segera.

Salurkan sumbangan kalian kepada tabung kecemasan Palestin di pautan emergency4gaza.com  atau ke akaun rasmi NGO Cinta Gaza Malaysia, Maybank 564810507826 dengan rujukan : Jenin. Kongsikan segera, pejabat CGM kita di Gaza sudah mula melaksanakan pelan kecemasan fasa satu (kuning) untuk berjaga-jaga. Al-fatihah untuk para syuhada'.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Hari pertama kami di Quranic Arts Festival, Nasyrul Quran, Putrajaya!

Ramainya orang datang singgah booth CGM 😍 Kami paling suka tengok budak-budak main puzzle dan jawab kuiz tu. Nampak bersemangat betul 😆

Sesiapa yang berkelapangan dijemput hadir!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Cameron Highland di Gaza guys.

Bukan acah-acah, memang kami namakan taman strawberi kita di Gaza ni dengan nama Cameron Highlands.

Nak tahu lagi tentang Emas Merah ni? Boleh ke Youtube Nadir Al-Nuri, video segarrrr baru upload 👇

https://youtu.be/oU_cUzj9cks

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Saya memandang ke wajahnya dan dia memandang saya semula. Setiap hari itulah bekal yang dapat saya sediakan untuknya, beberapa potong buah dan roti yang dilesek dengan coklat.

Dia pun sudah faham dan pasrah, itulah yang akan mengisi perutnya.

Saya tahu anak ini akan ingat sejauh mana si ayah atau si ibu berusaha untuk memastikan bajunya kemas, bekalnya menonjol di sisi kawan-kawan, wang sakunya cukup. Semua ini akan tersemat di dalam fikirannya dan menjadi rujukan membesarkan anak-anaknya pula kelak.

Aaah, kalaulah memasak itu semudah mencampakkan bahan ke dalam kuali dan ditinggalkan, maka pasti setiap hari aku akan memasakkan untukmu bubur nasi, mushroom sup atau apam kukus. Malah mungkin sesekali akan aku masakkan ayam kam heong, laksa Penang atau tomyam, disiapkan dengan mango smoothie untuk menyejukkan tekakmu.

Aaaah, kalau aku ada thermal blender yang boleh memasak ni, pastinya aku akan melakukan semua itu. Memang resepi yang aku sebutkan semuanya daripada grup telegram pemilik blender.

Untunglah kalian, boleh mencipta kenangan dan menjadi ibu bapa idaman, hanya dengan menekan pautan di bawah. Untung, memang untung. Klik cepat nanti terlambat.

https://homematebrand.com/go/idevaffiliate.php?id=987

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Siap-siaga tentera bawang semua. Esok saya akan kongsikan bahan untuk post di medsos kalian! #WestBankBleeds

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir telah mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan undang-undang yang membenarkan hukuman mati terhadap "pengganas".

Menurut The Times of Israel, ahli politik sayap kanan itu membuat pengumuman selepas serangan dilakukan berhampiran rumah ibadat Baitul Maqdis yang membunuh tujuh orang penjajah haram Israel dan mencederakan tiga yang lain. Insiden ini merupakan serangan paling tragis terhadap Israel dalam lebih sedekad.

Insiden itu berlaku sehari selepas serbuan tentera Israel di Tebing Barat yang menyebabkan sekurang-kurangnya 9 rakyat Palestin dibunuh dan 20 yang lain cedera.

"Saya harap kita akan lulus dengan majoriti yang besar," kata Ben Gvir dalam satu kenyataan.

Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu juga berkata kabinet keselamatan telah memutuskan beberapa siri langkah untuk "membanteras keganasan".

Pada November tahun lalu, Ben Gvir membuat pengenalan hukuman mati terhadap rakyat Palestin yang didapati bersalah membunuh warga Israel sebagai salah satu syarat untuk puaknya menyertai kerajaan campuran Netanyahu. Pada masa ini, hukuman mati masih tidak berkuat kuasa di Israel.

Sumber: MEMO

Ikuti telegram rasmi Cinta Gaza Malaysia t.me/cintagaza

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Semasa menjelajah beberapa negara tahun lepas saya sengaja mengenakan tshirt Palestin ini yang bercorak kuffiyeh Palestin begitu juga Hoodie yang penuh dengan elemen Palestin.

Niatnya untuk mengingatkan diri sendiri untuk tidak lupakan Palestin yang ditinggalkan sementera ketika itu, dan untuk berdakwah kepada orang lain yang melihat tulisan Palestin tersergam di dada.

Saya ingat di Netherlands seorang pemuda melihat saya dan tiba-tiba menjerit Free Palestine! Memang seronok dan terkejut masa tu, sambil hati mengucap syukur, dengan baju pun boleh berdakwah.

Baju menutup aurat itu syariat dan dakwah bil hal, baju tertulis Palestin juga dakwah bil hal. Alhamdulillah. Itu antara niat saya melancarkan brand 2lenpalestin ini.

Kalau kalian juga nak dakwah auto dengan tshirt Palestin boleh ziarah sini 2lenpalestin.com, isu Palestin tengah hangat ni jom kita kenakan baju Palestin agar semangatnya tak padam!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Video mangsa yang kritikal di operasi serangan di Silwan sekejap tadi.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Mangsa yang cedera di Silwan, Baitul Maqdis.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Pistol yang digunakan untuk melaksanakan operasi Baitul Maqdis. Pelaksana operasi disebutkan adalah Fadi Ayyash dari Kem Shu'fat, timur Baitul Maqdis. Angka korban meningkat kepada 8 orang.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Live laungan takbir di Gaza meraikan operasi Baitul Maqdis

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=902836227731320&id=100068602744956&mibextid=Nif5oz

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Anak kecil ini, Nayef Aweidat syahid semalam akibat kecederaan yang dialaminya dalam serangan penjajah ke kawasan Nuseirat pada Ogos 2022 yang lepas.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Video yang menunjukkan bagaimana tentera penjajah menceroboh masuk ke Kem Pelarian Jenin pagi semalam sebelum melakukan operasi menembak penduduk.

Mereka menyeludup masuk menggunakan van yang ditampal dengan jenama syarikat keju tempatan bagi memudahkan melepasi sekatan mujahidin.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Dua roket dilepaskan dari Gaza ke Asqalan, tanah Palestin yang dijajah sekejap tadi.

Tabung kecemasan Palestin emergency4gaza.com.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

30 syuhada' Palestin sejak 1 Januari 2023.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Puluhan ribu berkumpul, bukan untuk berpesta atau berleka, tetapi untuk melambai pergi para syuhada' buat kali terakhir. Adakah akan ada serangan tindak-balas Gaza malam ni? Kita nantikan.

Al-fatihah.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Nasihat kepada fellow ayah's,

4 LANGKAH MEMBUATKAN ANAK KECIL SENYAP

Anak kecil bila menangis tak banyak sebenarnya punca dia tak selesa. Dia belum lagi diuji kehilangan kekasih atau stress berfikir nak makan apa, jadi kalian hanya kena pastikan salah satu langkah ni diambil untuk dia senyap,

1. Bagi minum susu atau makanan. Ni masalah paling common, baby ni cepat lapar dan tak boleh diukur ikut perut dan tahap kelaparan kita (walaupun kadang-kadang perut kita lagi cepat lapar dari perut baby). Setiap 3 jam sumbat botol susu ke mulutnya. Jangan lupa setiap 4,5 sedutan kena tegakkan baby, tepuk belakang badan dia bawah ke atas supaya keluarkan angin kalau tak, dia akan muntahkan balik susu.

2. Cek pampers, ada budak yang tak tahan pampers berisi walaupun hanya sekelumit ta** atau sedas air kencing saja.

3. Cek perut kalau ada angin, sapu dengan minyak zaitun, bagi tidur atas perut dia atas katil atau atas peha kita. Kalau perut ok tengok pula kalau ada kesan digigit serangga, telinga ada makhluk dll.

Kalau tiga-tiga langkah ni tak berjaya, gunakan langkah keempat, langkah favorite saya yang tak pernah tak mujarab,

4. Pass je anak kat mak dia 😂

Pssst... untuk pujuk balik mak dia sangat senang, satu langkah saja diperlukan.

1. Belikan dia Blender Ajaib untuk membolehkan hidupnya lebih mudah dan ada masa lapang untuk me time. Ye lah, kalau sebelum ni memasak perlu sejam, dengan blender ni boleh jadi 15 minit, isteri mana yang tak suka kan? Happy wife happy life, they say. Cubalah https://homematebrand.com/go/idevaffiliate.php?id=987

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Korang masih bercuti Tahun Baru Cina ya? Di Gaza tengah musim limau mandarin ni. Jemputlah rasa sebiji sorang.

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina juga kepada semua kenalan berbangsa Cina.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Antara kerjasama yang sempat kami ikat sampai ke hujung semasa saya berada di Malaysia baru-baru ini ialah kerjasama dengan syarikat Mokti's, rangkaian aiskrim gula apong terbesar dan terlazat di Malaysia.

Para pengasas Mokti's menyatakan kesediaan melancarkan Tahun Bersama Palestin bagi memastikan bumi ini terus diingati dan diperjuangkan.

Alhamdulillah perkenalan saya dengan Mokti's ini melalui Ustaz Haji Yunus Kphajiyusoff dan adik beliau Ustaz Yasser, alumni Syria dan keluarga mereka ini memang keluarga yang berjuang. Saya sempat juga mengikuti konvensyen mereka di Langkawi dan berkenalan pula dengan Puan Siti Fatimah dan Pengiran Muhammad Adil.

Oh ya, mereka baru saja melancarkan aiskrim perisa baru bersama biskut rangup bercoklat Famous Amos dan untuk 30 orang yang pertama mendapatkannya di semua Mokti's akan diberikan hadiah kalendar Palestin percuma!

Hari ni cuti dan baru dapat gaji kan? Bawalah anak-anak menyokong bisnes halalan toyyiban dan lazatan gila ini! Sokong mereka tanda kita menyokong usaha mereka untuk Setahun Bersama Palestin, semoga berkah.

Siapa yang sempat dapatkan share sikit gambar korang!

Читать полностью…
Subscribe to a channel