nadiralnuri | Unsorted

Telegram-канал nadiralnuri - Nadir Al-Nuri

241417

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Subscribe to a channel

Nadir Al-Nuri

🎥 Infovideo | Occupation's massacres in Jenin never stop.10 Palestinians have been martyred within 48 hours.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Operasi pejuang Palestin di tengah bandar Tel Aviv malam semalam.

Sekurang-kurangnya dua penduduk haram Israel telah cedera parah dalam operasi tembak-menembak di Jalan Dizengoff, Tel Aviv.

Sumber: Shehab News

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Gambar-gambar ini berlegar di media sosial menggambarkan aksi seorang pemuda Palestin yang bersungguh-sungguh berdepan serangan penjajah.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

https://fb.watch/j9i-qDRvvr/?mibextid=l066kq

Baitul Maqdis Untuk Pemula baru bermula!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Ikhlas daripada kami Persatuan Cinta Gaza Malaysia mengucapkan,

Selamat Menyambut Hari Wanita Antarabangsa 2023!

"With guns you can kill terrorists, with education you can kill terrorism."
- Malala Yousafzai -

#Heroes4Hope

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Video hati kering. Ada dua nasihat dalam video ini. Dua-duanya gesaan untuk bersedekah kepada fakir miskin dan golongan yang lemah 😆

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Seramai lebih 500 orang Yahudi berada di luar bangunan Ketua Majoriti Senat AS Chuck Schumer menuntut penamatan semua pembiayaan ketenteraan Amerika Syarikat kepada negara haram Israel.

Sumber: Africa4Palestine

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Assalamualaikum semua, apa khabar? Alhamdulillah didoakan Allah panjangkan lagi usia kita untuk kita bertemu Ramadan pada tahun ini. Kita dah kena mula panaskan badan, mulakan larian supaya di bulan Ramadan nanti taklah kita baru nak menanam hasil, sudah ada sedikit yang sudah boleh dituai.

Bismillah, kami melancarkan untuk tahun ke-10 projek Ramadan4Ummah untuk Palestin dan negara-negara lain yang memerlukan, dengan sasaran kutipan sumbangan kita RM5 juta pada tahun ini. Tahun ini banyak benda kita nak laksanakan bersama, kalian tunggu saja pengumumannya ya.

Apa pun jom mula panaskan badan dulu, klik sini untuk bersedekah pada hari dan bulan berkat ini https://ramadan4gaza.com/infak

Selamat memulakan larian!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Wanita, walau di bumi mana bertapa, akan tunduk pada sumpah yang sama.

Sumpahan mencintai periuk belanga 😂

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Didiklah anakmu memilih dengan betul sejak usia mereka kecil. Kalau salah memilih merah, boleh membawa padah*!

*Susah jumpa anak sebab selalu dalam gua 😂 Glory, glory anakku!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

As-Syahid Sameh Al-Aqtash.

Dua minggu lepas, beliau ke Turkiye dan Syria membantu mangsa gempa bumi di sana. Pulang ke Palestin, beliau syahid ditembak oleh Zionis di rumah beliau di Za'tara, selatan Nablus semalam.

Hidup yang penuh dengan bakti, diakhiri dengan mati bertemu Ilahi. Apa amalan terakhir kita di dunia?

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Operasi baru di Tebing Barat, 2 orang penduduk penempatan haram Israel disahkan mati. Pelaksana operasi masih bebas.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Comel! 😆

Kanak-kanak Turkiye mangsa gempa yang telah dipindahkan ke tapak perkhemahan perlindungan mangsa di Hatay, Turkiye mencukur rambut mereka.

Semoga anak-anak ini dilindungi Tuhan sentiasa. Pastinya mereka akan memerlukan masa sangat lama untuk kembali kepada kehidupan seperti sebelum diuji gempa.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Pemuda keluar berarak dan bertakbir di bandar Qalandia ketika ini.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Seruan Arin Al-Usud untuk seluruh pendokong Palestin : Laungkan takbir di mana kalian berada, kongsikan #Allahuakbar🇵🇸

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

78 orang Palestin telah dibunuh sejak awal 2023 sahaja. Ikuti /channel/PALM_Strategic untuk update berterusan Palestin.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Tangisan seorang anak melambai pergi si ayah buat selama-lamanya. Allah semoga kesedihannya diangkat dan dia diberikan kesabaran berdepan masa hadapan.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Mohon maaf tapi saya berkongsi gambar ini untuk menggerakkan hati-hati kita dan mengingatkan kita tentang Palestin ketika ini.

3 syuhada' yang ditembak Zionis di Jenin.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Gambar enam warga Palestin yang ditembak dan dibunuh hari ini oleh tentera haram Israel dalam serbuan ke atas kem Jenin 😢

#JeninUnderAttack

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Dron di bumi Gaza pada malam Nisfu Syaaban #prayforgaza #nadiralnuri #fyp #foryou #gazadimataku #palestine

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Kuffiyeh lambang perjuangan Palestin di mana-mana, alhamdulillah. Sebab itu kami seronok membawa jenama kuffiyeh di 2lenpalestin.com ❤️💪🏽

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

BULETIN EDISI 2 | FEBRUARI 2023

Alhamdulillah, sekali lagi kami memanjatkan rasa syukur kerana dapat bersama lagi dalam penerbitan Buletin Edisi 2 | Februari 2023. Dokumentasi ringkas aktiviti yang telah dijalankan sepanjang bulan Februari 2023.

Semoga segala apa yang dipaparkan dalam keluaran pada kali ini sedikit sebanyak
dapat memberi manfaat info terkini kepada pembaca buletin. In Shaa Allah

Teruskan menyokong perjuangan pembebasan bumi Palestin.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

This budak turns 3 today.

Qamar Yusuf, Qamar daripada nama Abi Kamaruzaman dan Yusuf nama datuk saya.

Semoga menjadi pencinta ilmu seperti atok dan tok nyang, Qamar.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

MasyaAllah ❤️ Peminat bola sepak Turkiye Beşiktaş menunjukkan sokongan mereka kepada kanak-kanak yang terjejas semasa gempa bumi dengan memberi mainan dan soft toys.

Liputan tentang gempa bumi Turkiye dan Syria makin lama makin ‘hilang’. Mereka yang dekat dengan mangsa masih merasakan keperitan penduduk yang terkesan kerana mangsa adalah kenalan dan keluarga mereka. Terus doakan mereka!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Happy birthday Haura'. Pakcik makcik semua tolong doakan Haura' jadi anak solehah dan mujahidah ya, sesuai dengan darah Palestin yang mengalir dalam tubuh Haura'.

Haura' turns four ❤️

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Ratusan penduduk penempatan haram Yahudi sedang menyerang Bandar Hawarah, lokasi operasi pagi tadi di Nablus dan membakar eumah dan kenderaan penduduk Palestin serta memusnahkan harta benda.

Ia digambarkan seolah apa yang berlaku pada Nakbah 1948.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Sumbangan untuk mangsa gempa masih dibuka. Salurkan sumbangan kalian untuk mangsa gempa bumi Turkiye dan Syria melalui link ini https://swiy.co/gempaturkiye atau ke akaun Maybank CGM 550511280012 dengan rujukan gempaturkiye.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

🔴 *29 Years Since Al-Masjid Al-Ibrahimi Massacre*.
👉details: https://palmstrategic.org/p/4367

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Suara takbir bersahutan di kawasan Silwan di Baitul Maqdis ketika ini.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Susah untuk menggambarkan perasaan mereka yang melambai ahli keluarga dan rakan taulan buat kali terakhir di Nablus kelmarin.

11 orang syuhada' terkorban dalam masa beberapa minit. 11, bukan 1.

Di kala umat menangisi mangsa Turkiye dan Syria, para pemuda Palestin hampir dilupakan, walaupun tahun ini sahaja 60 orang telah dibunuh dalam tempoh sebulan setengah.

Pagi semalam beberapa lokasi di Gaza pula diserang. Hari ini, entah apa pula nasib kami di sini.

Sahabat-sahabat semua bantu kami bersedia berdepan sebarang kemungkinan. Bantu kami berdepan peperangan kalau semboyan ditiup dan gendang dipalu.

Salurkan sumbangan kalian kepada kami melalui emergency4gaza.com dan pada hari Jumaat yang penuh keberkatan ini, pohon sangat, jangan lupa mendoakan kami.

Читать полностью…
Subscribe to a channel