Kisah Ibu Gaza dan Tomato.
Kisah yang kami di CGM sentiasa ulang-ulang sebab kesannya sangat mendalam kepada kami.
Al-kisah beberapa tahun lepas kita menganjurkan kempen baju raya baru untuk anak-anak yatim dan fakir miskin di Gaza. Tapi kita lakukannya dengan sedikit berbeza, iaitu satu kupon baju baru diberikan kepada anak yatim dan satu lagi diberikan kepada si ibu untuk kegunaannya.
Ya, wanita-wanita besi yang membesarkan anak-anak mereka bersendirian setelah suami mereka syahid ini jarang dihargai – mereka terlalu mengutamakan anak-anak berbanding diri sendiri sehinggakan pakaian mereka lusuh dan buruk kerana terlalu jarang diganti.
Petang itu kenyataan ini terbukti. Sedang beberapa keluarga memilih pakaian tiba-tiba beberapa ibu mendekati kami. Kata mereka, boleh tak kalau kupon milik kami digunakan untuk membeli baju anak-anak, sebab kupon yang diberikan untuk anak hanya satu, kesian anak lain di rumah tak dapat berbaju baru.
Allah, apa yang boleh kami lakukan? Kami memaksa juga si ibu mendahulukan dirinya dan kalau ada rezeki akan memberikan kupon lain untuk anak yang tidak ditaja.
Tetapi kesedihan kami tak berakhir saat itu. Seorang ibu tua yang lain kelihatan sedang membelek baju-baju baru yang ada perlahan-lahan, mencium baunya dan mengusapnya dengan jari-jemarinya yang kelihatan kasar dan kepenatan. Setelah itu, setelah puas membelek baju dia datang menghampiri kami.
“Maaf sangat, tapi saya nak tukarkan kupon ini dengan duit boleh? Saya perlu beli tomato dan sayur-sayuran lain untuk anak-anak saya makan. Baju ini tak mengapalah, lain kali Allah berikan rezeki lain tapi kali ini, saya perlu memastikan anak-anak saya tak kelaparan dahulu.”
Kami tersentap. Rupanya si ibu mengusap baju, menutup matanya dan berkhayal yang dia sedang berjubah dan bertudung baru.
Khayalan itu sudah cukup untuk memuaskan dirinya, dia kemudian kembali kepada realiti dan tahu keutamaannya. Kami memaklumkan kepada dia, tak apa ibu, esok kami hantarkan pek makanan, ibu guna dulu ini untuk membeli baju.
Ini kesakitan yang kami cuba kongsikan bersama kalian. Kami menyeka air mata dan terpaksa menolak permintaan melainkan jika kesakitan ini dikongsi bersama oleh kalian dengan menjayakan projek-projek yang kami laksanakan.
Berikan apa yang termampu. Kita sasarkan untuk 2000 orang penerima. Kalau dapat lebih ya Allah gembiranya mereka. Sekarang baru dapat untuk 15 orang 😭
Klik securepay.my/collections/bajubaru sekarang untuk mengukir senyuman di wajah mereka!
Share post di atas dari sini ya
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0uuATS2WCXrEikRxyE3YD7J8QzuKDJwyux6S6U7wYgkFAKCBBkwj9RFEKpcZJ2VrQl&id=100068602744956&mibextid=Nif5oz
NAK SUMBANG KEPADA NGO MANA DI PALESTIN?
Apabila ditanya nak sumbang kepada NGO mana di sini, saya suka kongsi bagaimana ‘perjalanan’ sumbangan kalian berlaku sebelum sampai kepada penerima untuk menjamin ketelusannya. Kami bukan yang terbaik tapi kalau mana-mana NGO beroperasi dengan langkah-langkah ini inshaAllah ia bagus untuk jadi tempat kalian melabur harta akhirat. Contoh ini untuk Pek Iftar CGM,
1. Sumbangan kalian dimasukkan ke AKAUN RASMI NGO dan bukan akaun peribadi. Akaun NGO yang mempunyai organisasi dan berdaftar memerlukan prosedur yang lebih ketat untuk dikeluarkan.
2. Apabila pasukan CGM di Gaza menerima makluman tentang jumlah sumbangan yang masuk untuk projek, TENDER TERBUKA diiklankan di akhbar tempatan untuk menjemput syarikat yang layak dan mampu untuk menawarkan penyediaan pek makanan.
3. Pada masa sama ratusan permintaan daripada NGO-NGO tempatan ditapis mengikut kod warna. NGO YANG MENEPATI GARIS PANDUAN CGM saja layak menerima sejumlah pek makanan untuk diagihkan di kawasan masing-masing. Untuk tahun ini bantuan Ramadan CGM diagihkan melalui sekitar 200 NGO tempatan, jumlah yang saya rasa paling besar dibandingkan NGO antarabangsa lain.
4. Untuk memastikan bantuan sampai kepada seluruh Gaza, setiap wilayah mempunyai PERATUS PECAHAN BERDASARKAN KEPADATAN PENDUDUK. Bermakna sekiranya CGM mengagihkan 3500 pek iftar pada tahun ini, 15% akan diberi kepada utara Gaza, 23% kepada bandar Gaza, 10% kepada Gaza Tengah dan seterusnya. Ini menjamin keadilan bantuan yang disampaikan.
5. NGO tempatan yang terpilih akan menyediakan SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN. Senarai nama penerima ini adalah yang disemak dan diluluskan Kementerian Pembangunan Sosial sebagai layak menerima bantuan.
6. Pasukan CGM pula akan menyemak setiap nama untuk memastikan tidak berlaku pertindihan nama (ada NGO yang menjaga kawasan yang overlap) supaya tidak ada penerima yang mendapat dua pek dan mengambil hak orang lain. Proses ini sangat rumit khususnya ketika projek korban di mana sekitar 30,000 nama perlu disemak.
7. Setelah 1-2 minggu, sampul tender dibuka di hadapan seluruh syarikat yang memberi tawaran dan PENILAIAN TENDER BERDASARKAN HARGA DAN KUALITI barang dibuat oleh jawatan kuasa khas di bawah CGM. Peserta tender juga diminta menyediakan sampel bagi setiap barangan supaya boleh diuji dan dinilai.
8. Syarikat yang berjaya akan diberikan tender. Barulah sampai ke peringkat pembungkusan sebagaimana yang kalian nampak di LIVE yang kami buat beberapa hari lepas. Kebijaksanaan NGO adalah memastikan syarikat menampung kos pembungkusan dan percetakan yang diperlukan.
9. Agihan pek iftar kepada penerima dibuat melalui NGO tempatan. Selepas agihan dibuat, NGO perlu MENYERAHKAN SENARAI NAMA PENERIMA YANG TELAH DITANDA TANGAN oleh penerima bantuan sebagai bukti bantuan sampai.
10. Melalui maklumat di senarai ini, pasukan CGM akan MENGHUBUNGI PENERIMA BANTUAN SECARA RAWAK untuk memastikan bantuan betul-betul sampai dan memastikan ia disampaikan dengan sempurna (tiada barang rosak dll). Apa-apa isu yang timbul dibawa kepada Kementerian Dalam Negeri untuk berurusan dengan NGO tempatan.
11. Di peringkat CGM, sekiranya bantuan disumbangkan oleh NGO Malaysia atau antarabangsa lain melalui kami, bantuan dan pelekat disampaikan dengan nama NGO tersebut sebagai menghormati usaha NGO terbabit mengumpul dan menyalurkan dana. Setiap NGO penyumbang akan diberikan gambar dan video agihan.
Proses ini berjalan untuk setiap bantuan Ramadan malah setiap bantuan yang kami sampaikan, bermakna kami membuka tender, membuat tapisan NGO dan penerima, semakan dan penghantaran bantuan untuk projek Pek Iftar, Pek Sayur, Baju Raya Baru, Daging Raya dan seterusnya. Ia kerja di sebalik tabir yang tidak ramai tahu.
Tak hairanlah kalau pasukan kami di sini bekerja sampai lewat malam pada bulan Ramadan dan Raya Korban khususnya, tetapi ia kepenatan yang perlu untuk memastikan sumbangan kalian sampai tepat kepada sasaran.
Ramadan Menyatukan Kita
Perkongsian gambar-gambar umat Islam seluruh dunia menyambut bulan Ramadan. MashaAllah seronok tengok negara-negara luar pun bersungguh buat persiapan untuk Ramadan 🥰
Semoga Ramadan kali ini dapat mendekatkan kita kepada Allah dan mengingatkan orang tentang penderitaan mereka yang kurang bernasib baik.
Jangan lupa berbuat baik ❤️
Gambar: Al-Jazeera
Kalau di bulan Ramadan kita tak push diri sendiri untuk baca Al-Quran, bila lagi?
Kami di grup Tadarus Bersama NAN alhamdulillah dah nak masuk kali keempat khatam bersama melalui kaedah agihan juzu', lebih 100 orang dah join.
Kalian pun boleh join di sini. Baca pinned post, masukkan nama dalam list, baca dan habiskan juzu' dalam masa dua hari, ulang proses. Nak join keluarga syurga ni klik sini.
/channel/tadarusbersamaNAN
Hujung nanti kita buat khatam online. Seronok weh!
Karipap oksigen? Murtabak karbon?
Aih, kita ni nak bagi orang makanan free pun kena bagi yang terbaik, inikan pula kalau orang beli.
Ni pek iftar yang kita bagi kepada penduduk, semuanya jenama dan kualiti yang saya bagi makan kepada anak-anak sendiri juga.
Berniaga buat yang terbaik baru berkat. Nak tahu apa lagi jalan untuk bagi harta berkat? Bersedekah.
Sini hah https://securepay.my/collections/pekiftar
Ramai yang tanya saya status video ni. Ia adalah PALSU dan TIPU. Saya pun tak pasti pembuat video dapat info dari mana atau video dibuat secara sarkastik untuk Putin. Video penduduk pun tak silap saya dari peristiwa di Al-Quds sebelum perang 2021 di Gaza.
Penduduk masih dibunuh setiap hari tanpa henti. Masjid Al-Aqsa masih diceroboh setiap jam. Penduduk masih bangkit setiap saat. Mereka masih memerlukan kita.
Menyedihkan.
Gambar keadaan rumah milik rakyat Palestin dibakar oleh penduduk haram Israel yang menyelinap masuk ke bandar Sinjil di Tebing Barat semalam 😢
Sumber: Gaza Now
LIVE Pembungkusan Pek Iftar Ramadan. Sumbang di ramadan4gaza.com/khas -> Pek Iftar Ramadan dan nama kalian akan ditulis di kotak sumbangan untuk didoakan secara khusus oleh penerima.
Читать полностью…Baru bercerita tentang mereka, nah dah dihalau penjajah. Sahabat-sahabat semua, kita perlu menyokong mereka untuk terus tabah dan kuat.
securepay.my/catalogs/ramadankhas
Korang dah bangun sahur ke tu?
Gambar sahur sebuah keluarga di Khan Yunus.
MashaAllah, diorang ni memang sangat pandai menjadikan hidup lebih indah dan bermakna, walaupun dalam sekatan dan suasana peperangan.
Masih belum terlambat untuk Haura' dan Qamar beri ucapan sikit kan. Khusus untuk makcik-pakcik semua yang selalu support Baba dan kawan-kawan Baba 😃❤️
Читать полностью…Luar biasa kurma gergasi lembut berkrim Medjoul 100% asli dari Palestin kita, dah ratusan kotak terjual walaupun Ramadan baru bermula. Ramai yang berpuas hati sebab kualiti yang sama kota jaga setiap tahun. Apa maksud kualiti yang sama?
Maksudnya ladang tempat kurma ditanam adalah milik orang Palestin, pekerjanya adalah orang Palestin, syarikat eksport dan import juga milik orang Palestin.
Medjoul ni masalahnya selalu diimport daripada ladang penjajah sebab harganya lebih murah. Kami memilih sumber yang pasti dengan kualiti terbukti walaupun nampak mahal sikit. Cuma masalahnya stok akan jadi terhadlah.
Untuk orang Bangi dan Melaka, bestlah korang sebab korang boleh pickup atau kami CODkan ke rumah terus. Yang lain, boleh dipos inshaAllah. Buat masa ni hanya berbaki 50 kotak Medjoul di tangan kami. Sekotak 1kg, RM89.90.
Afdalnya jangan lupakan mak ayah di kampung. Kami boleh poskan, nanti whatsapp saja.
Yang minat kurma sejuk, kelat-kelat sikit boleh cuba Rutob Rare. Rutob ni kurma sejuk yang rangup, sejuk dan segar dari Mesir. Yang ni pun saiznya besar, makan dua biji kenyang. Stok pun tak banyak dan tak boleh dipos sebab kena kekal sejuk, pickup atau COD Bangi dan Melaka saja. Sebekas RM35, 3 bekas RM100.
Personally, rutob ni diminati penduduk Palestin, kalau datang musimnya tu mashaAllah meriah. Kalau dimakan sejuk-sejuk masa berbuka lagilah pehhhh.. Terus tak lalu makan benda lain.
Ok jom order cepat. Klik di bawah terus :
www.wasap.my/60193799495/medjoulgergasi
www.wasap.my/60147217330/medjoulgergasibangi
Terima kasih semua yang sempat join tadi!
Link pendaftaran sebagai Hero : https://donate.infakpalestin.com/order/form/projekkhas-daftar
Untuk sumbangan am Ramadan : https://donate.infakpalestin.com/order/form/projekkhas-promo
Kalau dah terbaca, Allah dah pilih untuk menyumbang tu ☺️
Cantik sungguh kan bulan sabit yang muncul seolah-olah sebahagian daripada Kubah Emas di Masjid Al-Aqsa.
Selamat pagi untuk kalian di Malaysia. Jangan lupa mendoakan kami di sini.
Oh ya pastinya kalian boleh sumbang juga kepada NGO-NGO yang memberi melalui CGM sebab sumbangan akan lalui proses sama. Untuk projek iftar fasa 1 ni ada NGO Misi Sedekah Jumaat, Cakna Palestin dan Humaira Design.
Kongsikan untuk memastikan penyumbang kita menjadi penyumbang yang bijak dan tahu hak mereka!
Kalau nak doa laaaagi power, sertakan dwngan sumbangan wakaf untuk baik pulih masjid di Gaza pada waktu berkat ini
https://securepay.my/collections/wakaf
Kalau esok engkau mati, adakah akan ada amal yang akan memastikan pahalamu terus mengalir?
Itu yang selalu saya fikirkan bila bekerja untuk Palestin, untuk ummah. Itu juga yang kami usahakan bila kami wujudkan projek Heroes, kami bukan pemula dan kami tak mahu menjadi yang memutuskan.
Terima kasih sahabat-sahabat yang berkelapangan mengikuti kelas Fundraising Untuk Pemula bersama Tuan Aiman MyAqsa Defenders tadi, banyak manfaat yang kami perolehi untuk terus dipraktikkan. Moga berkat.
Petang ni jam 3pm, Selasa akan ada kelas yang sangat menarik, Fundraising Untuk Pemula bersama Tuan Aiman MyAqsa Defenders.
Kami akan kongsikan link Zoom kepada mereka yang berminat dan meninggalkan komen di sini sahaja. Sangat bagus untuk NGO, AJK surau, masjid, institusi CSR atau yang berminat mengorak langkah menjadi aktivis.
Kelas ini asalnya adalah kelas berbayar untuk projek Heroes CGM di mana peserta dilatih menjadi barisan hadapan perjuangan di Palestin. Jangan ketinggalan!
Daripada menyebarkan video karut ini bagus lagi kalian menyumbang untuk wakaf baik pulih masjid-masjid Palestin di sini https://securepay.my/collections/wakaf
Читать полностью…Berita baik untuk warga Johor Bahru, kurma Medjoul Gergasi Palestin telah sampai ke bumi JDT! Tapi tak lama tau, nanti kurma ni nak musafir ke tempat lain pula 😬
Untuk COD di Johor Bahru (27-29/3) dan di Seri Gading, Batu Pahat (30hb) boleh klik bonda saya di bawah. Kalau dah jumpa tolong selfie dan post di sini, rindulah kat beliau. Satu kotak seberat 1kg bernilai RM89.90 - kotaknya cantik macam hadiah, kurmanya asli dari Palestin, untuk Palestin.
http://www.wasap.my/60196623560/medjoulgergasiJB
Untuk lokasi lain klik sini ya
www.wasap.my/60193799495/medjoulgergasi
Terima kasih semua yang menjayakan projek Pek Iftar Ramadan kita secara LIVE dari Gaza petang tadi 🔥❤️
Читать полностью…Korang tengok ni suasana iktikaf di Musolla Qibli, dalam kawasan Masjid Al-Aqsa.
Orang Palestin ni masa Ramadan memang luar biasa ibadah mereka, sebolehnya sebulan mereka akan duduk dalam masjid beriktikaf dan beribadah tanpa henti.
Sebab tu kalau sumbang untuk wakaf masjid di sini pehhh, mencurah-curah pahala selagi mereka beribadah di dalamnya. Lagi-lagi kalau sedekah waktu Subuh ni dua kali pehhh banyak rahsianya untuk yang yakin.
Jom sumbang di sini, nak cukupkan dana wakaf untuk baik pulih masjid pertama ni. Klik untuk projek wakaf di sini
securepay.my/catalogs/ramadankhas
Di manakah Keberkatan Sahur itu?
============
1. Rasulullah ﷺ sangat menggalakkan kita umat Islam agar bersahur. Dalam sebuah hadis yang sahih, Rasulullah ﷺ menyebutkan:
تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً
“Bersahurlah kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.” (Riwayat al-Bukhari)
2. Timbul persoalan di sini, mengapa Rasulullah ﷺ menyifatkan sebagai sahur itu memiliki keberkatan? Ketika menghuraikan hadis ini, al-Imam Ibn Daqiq al-Aid menjelaskan bahawa keberkatan sahur itu boleh dibahagikan kepada dua aspek. Dari aspek duniawinya sahur memberikan tenaga persiapan untuk orang yang berpuasa. Kata beliau:
قُوَّةِ الْبَدَنِ عَلَى الصَّوْمِ وَتَيْسِيرِهِ مِنْ غَيْرِ إِضْرَارٍ بِالصَّائِمِ
“(sahur) memberikan kekuatan badan buat yang berpuasa dan mempermudahkan urusan tubuh tanpa menggugat orang yang berpuasa.
3. Dari sudut akidah pula, sahur pada hakikatnya memberikan jati diri yang jelas buat Muslim. Ini kerana sahur membezakan antara puasa kita dengan puasa agama lain. Perkara ini dijelaskan sendiri oleh Rasulullah dalam sabdanya:
إنَّ فصلَ ما بين صيامِنا وصيامِ أهلِ الكتابِ ، أكلةُ السَّحورِ
“Perbezaan puasa kita dengan puasa ahli kitab adalah dengan kita makan ketika sahur.” (Riwayat al-Nasaei)
4. Sahur juga menjemput doa para malaikat. Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah menjelaskan:
فَإِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِينَ
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya mendoakan buat mereka yang bangun sahur.” (HR Ahmad)
5. al-Imam Ibn Rajab menukilkan juga beberapa perkara yang menunjukkan akan keberkatan sahur seperti persiapan jiwa kita untuk bangun awal beribadah selain mempersiapkan kita untuk solat subuh berjemaah yang terkandung dalamnya pahala yang tidak terhitung.
6. Oleh itu, kita semua harusnya menyedari bahawa bersahur bukan sekadar makan dan minum tetapi persiapan diri untuk menyempurnakan ibadah puasa.
Berkongsi Rasa, Memberi Makna!
Jom bersedekah untuk Gaza! Klik https://ramadan4gaza.com/khas
#Heroes4hope
#Ramadan4Ummah
Entah kenapa Ramadan tahun ni rasa agak suram. Terus saya paksa diri buat grup tadarus Quran ni untuk suntik semangat dalam diri supaya dapat habiskan sekurangnya satu juzu' setiap hari.
Jom korang kita baca Quran dan khatam beramai-ramai, sebanyak mungkin. Korang boleh join di sini dan baca pinned message :
/channel/tadarusbersamaNAN
Pencinta Palestin sekalian, macam mana puasa, bacaan Quran, amalan sunat lain kalian setakat ni, Ramadan tahun ni akan jadi lebih baik daripada yang sebelumnya tak?
Bulan Ramadan ni pun kita kena kerapkan sikit makluman sumbangan kan? Pejam celik pejam celik sedar-sedar Ramadan akan berlalu begitu cepat, ruginya kalau tak dapat manfaatkan seluasnya.
Kami buat link khusus ni untuk menyumbang di empat projek, pek iftar, pek sayur, projek baju raya anak-anak kita dan projek wakaf. Kalian boleh pilih nak sumbangkan di projek mana ya.
Ramai yang minat projek wakaf sebab pahalanya inshaAllah akan berterusan selagi manfaatnya digunakan di bumi berkat ni.
Klik sini sahabat semua dan bantu sebarkan. Sumbangan perlahan sungguh tahun ni, sedih sangat 😭
https://ramadan4gaza.com/khas
Jom guys kita nak mula dah!
https://us02web.zoom.us/j/85436996465?pwd=WWwrR0s3OE56dDZzdWF6K3EvUDcyUT09