nadiralnuri | Unsorted

Telegram-канал nadiralnuri - Nadir Al-Nuri

241417

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Subscribe to a channel

Nadir Al-Nuri

Bantuan Pek Sayur pakej 'kalian sumbang hari ini, kami tulis nama dan hantar kepada penerima hari ini juga, masih dibuka sehingga Asar hari ini, Ahad ya. Ramai dah sumbang sebab seronok nama mereka akan disebut dalam doa penerima di bumi berkat ini. Jangan lupa LIVE yang akan kita buat jam 3pm waktu Malaysia inshaAllah.

Sayur segar-bugar wooo, hasil bumi penuh berkat. Nanti korang tengoklah sendiri. Sumbang kat sini -> https://securepay.my/collections/peksayur

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Nak bergaya dengan Jersi dan Hoodie Palestin Raya kali ni? Sambil bergaya sambil tunjukkan yang korang tegar Palestin! Stok terhad di sini 👇

2lenpalestin.com

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Boleh salurkan sumbangan kalian ke sini guys 👉 http://shorturl.at/dmI39

❤️ Tabung Sumbangan Anak Yatim
👨‍🎓 Tabung Bantuan Pendidikan
🧑‍🔧Tabung Modal Bisnes Kecil
👸 Tabung Pemerkasaan Wanita

Ayuh, Ramadan semakin cepat berlalu, minggu pertama bulan puasa dah ucapkan selamat tinggal!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Kalian tahu tak yang penduduk di sini biasanya memakan daging sekali seminggu iaitu pada hari Jumaat bersama keluarga? Pada hari lain, makanan ruji mereka ialah masakan berasaskan sayur.

Sebab itu sumbangan sayur sangat bermakna buat mereka. Projek Pek Sayur untuk iftar kita dengan nilai RM70 sahaja sebuah pek akan membolehkan sebuah keluarga menjamin makanan berbuka selama seminggu.

Antara pahala paling besar ialah pahala memberi orang makan berbuka, kan?

Oh ya, Ahad esok pada jam 3pm kita akan adakan LIVE untuk tunjukkan kepada kalian pembungkusan pek sayur kita. Hadiah untuk kalian semua yang menyumbang untuk projek ini hari ini, Sabtu sehingga esok, Ahad petang- akan kami sematkan nama kalian atau sumbangan atas nama arwah di kalangan keluarga kalian dalam kad ucapan khas kepada penerima, meminta mereka mendoakan kalian.

Jom sumbang dan share boleh? Klik cepat, hanya 500 pek kita sediakan tau.

https://securepay.my/collections/peksayur

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=233666722519512&id=100068602744956&sfnsn=mo&mibextid=RUbZ1f

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Seronoknya dalam Islam, kalau pun tak dapat sumbang kerana kekangan, kita boleh dapat pahala seperti orang hang menyumbang!

الدال على الخير كفاعله

Mereka yang membuka jalan kebaikan (mengajak orang berbuat baik) akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.

Maksudnya, share pun dapat pahala macam bersedekah! Share dari sini ya

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02oQVtQk5kWdYRt67He9vPzoKGhPpyUAY2bXKL2nS4vqsEkbQivn9pq62xTdmf41kml&id=100068602744956&mibextid=Nif5oz

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Assalamualaikum sahabat semua, apa khabar? Macam mana puasa dan amalan kalian, makin baik tak dibandingkan dengan tahun lepas?

Hari ni selepas Asar waktu Malaysia kita akan buat LIVE solat Jumaat dan pemasangan karpet baru di sebuah masjid di Gaza di facebook. Jangan lupa join tau, mesti korang excited nak tengok keseronokan mereka dapat karpet baru menggantikan karpet yang dah koyak rabak. Untuk sedekah Subuh dan Jumaat kalian hari ni, jom bantu projek wakaf untuk masjid Gaza ni boleh. Kita baru dapat sekitar RM40,000 sedangkan kita perlukan RM550,000 untuk membaiki hampir 20 buah masjid.

Best pahala wakaf ni sebab ia kekal selagi penduduk dapat manfaat. Maksudnya setiap rakaat, sujud dan doa mereka, kita dapat saham!

Jom sumbang di sini ya https://securepay.my/collections/wakaf

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=546116190744188&id=100068602744956&sfnsn=mo&mibextid=6aamW6

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Kelas masih berjalan.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Ini link LIVE kita

https://www.facebook.com/terkinidansensasipalestin/videos/168509742726429

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Kalian masih ingatkah peristiwa The Great Return March? Genap 5 tahun semenjak Great Return March dimulakan pada 30 Mac 2018 bersempena Hari Tanah Palestin pada tarikh yang sama.

Kali ini kita akan mengupas tajuk The Great Return March: Kebangkitan Yang Tidak Dilupakan bersama-sama Tuan @nadiralnuri, CEO Persatuan Cinta Gaza Malaysia.

Kami dengan sukacitanya menjemput saudara dan saudari untuk mengikuti Dialog Senja secara langsung yang akan diadakan pada masa dan tarikh berikut:

Tarikh: 30 Mac 2023 (Khamis)
Masa: 3:00 - 4:00 petang
Tempat: FB dan YT LIVE di Terkini dan Sensasi Palestin

#DialogSenjaCGM
#Heroes4Hope

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

MashaAllah merdu sungguh suara pemuda ni kan?

Nak tahu tak, Dr Ibrahim Zaim inilah Pengarah Pusat Inisiatif Strategik Palestin Malaysia kita di Gaza. Beliau lepasan PhD Sejarah Islam di Universiti Malaya dan merupakan imam Masjid Baghdad di Gaza, serta mempunyai sanad bacaan Al-Quran. Hebat, akademik berjaya, akhirat bergaya.

Nak tahu yang lagi best?

Beliau dan isterinya yang juga pemegang sanad akan membimbing kelas tahsin Al-Fatihah bersama kalian petang nanti. Kalau berminat nak join kalau dapatkan link nanti di telegram saya t.me/nadiralnuri ya. Kita akan buka bermula jam 4.30pm sehingga 6pm sahaja.

Bacaan Al-Fatihah ni rukun solat tau, ramai yang dalam tak sedar, bacaan Fatihahnya tak betul, maka solatnya mentah-mentah ditolak. Rasa macam solat penuh tapi nanti di akhirat dalam buku amalan, kosong. Sebab itu kalau belajar syariah, antara penekanan yang diberikan asatizah ialah untuk membetulkan bacaan Al-Fatihah dulu. Di Syria contohnya, berbulan-bulan kami menmghadap syeikh untuk betulkan Fatihah saja.

Dah ni, peluang bergolek di depan mata. Tunggu apa lagi? Masuk ke grup telegram untuk dapatkan link. Penyertaan terhad.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

25 ribu orang menunaikan solat tarawih di Masjid Al-Aqsa semalam.

Luar biasa!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Tahun lepas saya sempat bertemu mata dengan Ustaz Hakim Mohd Nor. Ustaz Hakim ni antara teladan saya dalam melaksanakan gerak kerja kebajikan - beliau memiliki bisnes pada masa sama mengurus NGO Serantau Muslim dengan bantuan yang kekal dan mapan.

Tak senang nak mengurus masa untuk memberi komitmen kepada kedua-duanya tetapi ada beberapa orang yang saya kenal sangat berjaya dalam usaha ini dan beliau antaranya.

Tahun 2019 saya pergi sampai ke Melaka untuk mengambil sejam daripada masanya mengutip manfaat dari beliau dan beliau antara yang awal menjentik hati saya untuk terlibat di dalam bisnes, mengayakan diri sendiri untuk mengayakan orang lain.

Selama beberapa ketika Ustaz senyap di media sosial, rupanya beliau menggunakan waktu tersebut untuk refleksi diri. Setahun beliau berfikir kenapa NGO-NGO Islam yang awalnya membawa agenda dakwah dalam kerja kebajikan mereka (persis NGO misionari atau NGO kebajikan Israel) akhirnya terlalu sibuk dengan 'memberi makan' sehingga terlupa 'menyuntik iman'.

Saya yakin beliau dah jumpa jawapannya, dan ini yang akan dikongsikan kepada kita malam ini, inshaAllah.
Penyertaan terhad kepada kapasiti Zoom sahaja, link di bawah. Kita akan mula jam 10pm inshaAllah.

https://us02web.zoom.us/j/81611229788?pwd=MHdLeS9aRzMrREdyaDJYUkRKN3FEUT09

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Jangan lupa malam ni guys, bersama jutawan, aktivis kemanusiaan dan pencetus kehidupan yang lebih bermakna, Ustaz Hakim Serantau Muslim, jam 10pm secara online. Pengisian malam ni terbuka, semua boleh join dan kami akan kongsikan link nanti.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Semalam tumbang. Hari ni doakan Qamar lebih gagah 😆

5 Perkara Menarik Tentang Bulan Puasa di Gaza :

1. Azan Subuh pada jam 4am dan azan Maghrib sekitar 6pm. Sepatutnya sudah ditambah sejam (5am-7pm) kerana peralihan musim sejuk ke musim bunga tetapi Palestin mengambil keputusan menangguhkan pertukaran waktu selepas bulan puasa untuk meringankan penduduk.

2. Sambutan bulan puasa jauh lebih meriah daripada raya. Lampu lip lap dipasang, langsir ditukar, hiasan digantung semasa permulaan bulan puasa bukan raya.

3. Majoriti masjid mendirikan solat tarawih sebanyak 8 rakaat sahaja kemudian 3 rakaat witir. Jarang sekali ada masjid yang menyambung 20 rakaat.

4. Di 10 malam terakhir, semua masjid akan melaksanakan program qiamullail bermula jam 11pm sehingga azan Subuh. Masjid akan menyediakan sahur untuk semua jemaah. Ramai juga pemuda yang beriktikaf 10 hari terakhir di dalam masjid tanpa meninggalkannya langsung - makan, tidur dan pastinya ibadah tanpa putus.

5. Di Gaza budaya membawa kanak-kanak untuk solat adalah biasa dan sangat digalakkan. Seawal usia 4-5 tahun mereka diajak ke masjid menyertai halaqah hafazan Al-Quran.

Kita di Cinta Gaza Malaysia menaja iftar, sahur iktikaf, kelas tahfiz dan bermacam-macam lagi. Klik sahaja di sini untuk menyumbang http://shorturl.at/dmI39.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Ratusan ribu penduduk menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa semalam. Mana tak goyang Zionis!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Hikmah Ramadan yang paling besar ialah merasai keperitan saudara seIslam yang sedang teruji. Ramadan ini, jangan lupa berdoa dan menyumbang untuk Palestin.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=233666722519512&id=100068602744956&sfnsn=mo&mibextid=RUbZ1f

LIVE dari Gaza : Khutbah Jumaat dan Pemasangan Karpet Baru Projek Wakaf Masjid Gaza

Kongsi dan sumbang di sini https://donate.infakpalestin.com/order/form/ramadan4ummah

Sumbangan wakaf di :

https://securepay.my/collections/wakaf

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

SUAMI KITA NAK KE MASJID WAKTU SUBUH TAPI...

Satu benda yang sangat menyeronokkan pada bulan Ramadan ialah lonjakan yang Allah bagi kepada kita untuk buat ibadah.

Pada saya antara ibadah yang paling istimewa, yang paling terasa berkatnya ialah solat Subuh berjemaah di masjid. MashaAllah, di Gaza ni di luar bulan Ramadan pun, Masjid Amin Muhammad yang dekat dengan rumah saya, jumlah jemaah Subuhnya mencecah hampir 300 orang. Itu baru satu masjid dan di Gaza ni hampir setiap 200 meter akan ada masjid. Macam mana sampai sekarang Gaza tak tumbang kan?

Nak keluar solat Subuh berjemaah ni satu je masalahnya. Bila baru bangun tidur, muka dan baju akan nampak tak semenggah. Cuaca pula biasanya sejuk.

Sebab itu saya seronok bila dapat mengenakan Hoodie Saladin ni.

Sarung saja atas singlet ke, atas tshirt ke, terus auto-kacak. Dahlah kacak, dingin pagi pun tak terasa dah sebab lapisan dalamnya ala-ala kapas. Sambil keluar rumah sambil berdoa, Ya Allah, jadikan aku seperti Salahuddin, pembebas Palestin kelak sebab solat Subuh berjemaah ni antara amalan pembebas Palestin.

Hoodie Saladin. Ia menggalakkan saya keluar solat berjemaah walaupun kesejukan. Kalian cubalah baru boleh percaya. Sesuai untuk isteri yang menyayangi suami, atau lelaki yang menyayangi dirinya sendiri. Hanya 300 helai berbaki di 2lenpalestin.com.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Ini masjid di Khan Yunus, selatan Gaza yang akan kita ziarah dan hadiahkan karpet baru. Walaupun karpet dah terlalu usang tapi mashaAllah masjid masih diimarahkan.

Jom jangan lepaskan peluang pahala wakaf ini!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

👆Untuk yang terlepas LIVE saya sembelih lembu gergasi tadi.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Kejap lagi kami bawa korang tengok lembu gergasi Gaza.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

https://us02web.zoom.us/j/85335219916?pwd=RkYyMk9PcVVUZTRNZE5QNHlTWkF6dz09

Link Kelas Tahsin Al-Fatihah Bersama Dr Ibrahim Zaim. Kelas ini memerlukan kalian untuk membaca Al-Fatihah dengan video dibuka ya untuk membetulkan makhraj dan tajwid. Pastikan kalian berada di lokasi sesuai untuk menyertai kelas. Penyertaan adalah terhad, peluang diberikan kepada yang paling cepat masuk.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Jom guys LIVE kejap, lama dah tak berborak kan. Nak mula dah ni!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

👆🏼Kita share link di sini nanti ya

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

'Great Return March.'

Genap 5 tahun semenjak Great Return March dimulakan pada 30 Mac 2018 bersempena Hari Tanah Palestin pada tarikh yang sama, 47 tahun yang lalu.

Ia adalah hari rakyat Palestin memperingati peristiwa di mana tentera Israel menembak mati enam rakyat Palestin yang melakukan protes di atas perampasan tanah air mereka oleh Israel.

Hari Tanah Palestin bukan hanya untuk memperingati peristiwa yang terjadi dalam lipatan sejarah rakyat Palestin, malah mereka menjadikannya sebagai ruang menunjukkan keteguhan mereka untuk terus berjuang menuntut hak tanah air mereka.

Jutaan rakyat Palestin menjadi pelarian di dalam negara mereka sendiri. Melalui demonstrasi mingguan setiap Jumaat ini, Great Return March membawa mesej kepada Israel dan dunia agar sekatan yang dikenakan Israel ke atas mereka dihentikan.

Tahun ini masuk tahun ke-13 Israel mengenakan sekatan terhadap Semenanjung Gaza. PBB dan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) menyifatkan polisi sekatan darat, udara dan laut Israel ini sebagai ‘hukuman kolektif’ dan menyeru Israel untuk menghentikan sekatan ini.

Namun, Israel masih berterusan bertindak kejam dan ganas, tanpa sedikit pun belas kasihan demi mewujudkan gagasan tanah haram sepenuhnya milik Israel.

Great Return March menjadi saksi kekejaman Israel membunuh dan mencederakan orang awam tanpa mengira umur dan jantina. Remaja dan warga tua terbunuh. Malah petugas media dan paramedik juga tidak terkecuali daripada serangan mereka.

Walaupun digertak untuk tidak meneruskan demonstrasi ini, namun rakyat Palestin tidak sesekali akan pernah tunduk dan berundur daripada perjuangan ini.

Salurkan sumbangan kalian ke https://ramadan4gaza.com/t_infak sebagai tanda solidariti kalian kepada saudara kita yang sedang dan masih ditindas.

#GreatReturnMarch
#FreeGaza
#FreePalestine
#CGM

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

3 minit lagi kita akan mulakan inshaAllah.

Boleh kongsikan link kepada rakan-rakan dan keluarga untuk tiup semula semangat Ramadan yang dah seminggu kita depani.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Ucapan bulan puasa untuk kalian dari Gaza dan Baitul Maqdis. Ya Alalh seronoknya kalau dapat solat di Masjid Al-Aqsa kan?

Terima kasih usaha المركز الثقافي الماليزي Malaysian Cultural Centre kita di Gaza 😍

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Ni senyuman anak-anak yang pernah terima hadiah baju raya daripada kalian, alhamdulillah.

Читать полностью…
Subscribe to a channel