Kalau yang nak menyumbang untuk asnaf dalam Malaysia boleh juga sumbang ke sini, saya dah cek inshaAllah NGO yang baik dan telus 👇🏻
𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐝𝐚𝐡 𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤 𝐟𝐚𝐬𝐚 𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫 𝐬𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 R𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐢....
Kami masih kekurangan dana.
Berbaki 160 set lagi barang Yang masih belum sampai dan ini merupakan fasa akhir edaran sumbangan.
Selepas sampai, kami akan terus edarkan kepada mereka yang memerlukan.
Namun kami masih kekurangan RM 15,000 dana untuk projek infak kasih Ramadan.
Jom bantu menyumbang untuk asnaf, sumbangan anda pasti membuatkan mereka tersenyum
Mereka yang berhajat untuk menyumbang boleh Klik sini
https://ezy.la/infakramadanmuafakat3
Atau boleh salurkan sumbangan terus ke akaun 👇
PERTUBUHAN KEBAJIKAN MUAFAKAT BAKRI
MAYBANK : 5510 4353 5257
Reference : Ramadan
Maklumkan transaksi anda untuk rekod pihak kami👇
Ammar
www.wasap.my/60136912423/ramadan
#MuafakatBakri
#KamiPrihatin
Habis kami berqiamullail tiba-tiba hujan lebat turun. Petanda yang baik pada malam ganjil, inshaAllah doa kami untuk kalian dimakbulkan. Teruskan beramal dan bersedekah.
Читать полностью…Apa agaknya kolaborasi di antara Cinta Gaza Malaysia dan Tarbiah Sentap ni?
Dupdap dupdap dupdap nantikan 🤫
Sekali dengar macam zikir, dua kali dengar baru perasan bunyinya pelik, ritual Yahudi!
Читать полностью…Stok 'Hoodie Saladin' bergerak pantas. Terima kasih atas sokongan kalian!
Nak jadikan hadiah hari raya ? Klik 2lenpalestin.com
Kalian boleh terus salurkan sumbangan Subuh Ramadan ke sini 👉 http://shorturl.at/dmI39
❤️ Tabung Sumbangan Anak Yatim
👨🎓 Tabung Bantuan Pendidikan
🧑🔧Tabung Modal Bisnes Kecil
👸 Tabung Pemerkasaan Wanita
Bersempena dengan hari turunnya Al-Quran ni saya rasa macam nak buat sesuatu yang istimewa, iaitu terus menggalakkan anak-anak yatim di bawah tajaan kita menghafal Al-Quran dengan memberikan mereka hadiah.
Seronok bila sekejap-sekejap dengar ada anak-anak kita yang dah hafal 10 juz, 15 juz dan ramai juga yang dah tamat seluruh mushaf. Kalau ada kenaikan pada kutipan untuk Tabung Anak-Anak Yatim kita mungkin kita boleh buat inisiatif khas untuk mereka.
Tabung anak yatim kita di CGM luar biasa tau. Kita bukan saja beri bantuan kafalah bulanan seperti majoriti NGO lain. Tapi dengan Tabung Am inilah kita dengar masalah kewangan mereka dan cuba selesaikan, bina rumah-rumah mereka, buat projek untuk mengurus psikologi mereka khususnya anak yang baru diyatimkan dalam perang setahun dua lepas dan bermacam lagi.
Kalau kalian tak pernah dengar kami kongsikan, anak-anak yatim ini kami cuba berikan yang terbaik berdasarkan panduan Surah Ad-Dhuha yang menyebutkan bahawa mereka memerlukan aawa (tempat tinggal), hada (petunjuk dan nasihat), aghna (kesenangan harta) serta fa la taqhar (jangan dibiarkan mereka rasa kecewa dan putus asa.
Yang paling best ayat-ayat ni diturunkan kepada Rasulullah S.A.W sebagai seorang anak yatim, bermakna bila kita bantu anak-anak ini dengan panduan yang diberikan, kita sedang berkhidmat kepada Rasulullah S.A.W secara direct.
Sebab itulah Baginda S.A.W cintakan sangat dengan mereka yang memelihara anak yatim dan meletakkan posisi mereka di dalam syurga ‘ka hatain’ sedekat dua jari Baginda.
Jom sahabat-sahabat semua yang mencintai Rasulullah S.A.W kita berikan sedikit untuk anak-anak yatim di Gaza. Kasihani dan kasihi mereka yang telah mengorbankan ibu dan ayah mereka kepada perjuangan ini. Klik saja di sini http://sponsor4orphan.com/anakyatim untuk menyumbang atau sumbangkan terus ke akaun untuk apa-apa amaun di Maybank 564810507826 (Cinta Gaza Malaysia) rujukan : orphan.
Oh ya, hari ni selepas tarawih kita akan LIVE bersama mereka dalam majlis iftar di Ladang Strawberi Cameron Highlands kita di Gaza tau. Jangan lupa! Sumbang dan sebar!
Suasana Ramadan di Gaza. Tadi saya ditanya wartawan TV1, bagaimana keadaan Ramadan untuk penduduk bila ada serangan dan letupan?
Jawab saya, semangat mereka satu inspirasi untuk kita, setakat meletup sikit-sikit tak memberi kesan pun kepada penduduk, mereka masih keluar melaksanakan aktiviti dan beribadah seperti biasa malah semakin kuat beribadah.
InshaAllah kita jumpa sekejap lagi ya. Ada rezeki saya nak ceritakan kenapa Hamas tak membalas serangan, siapa di sebalik serangan dari Lubnan ke atas Israel dan lain-lain lagi.
Читать полностью…Begini Palestin melatih pegawai- pegawai polisnya :
Kementerian Dalam Negeri di Khan Yunus, selatan Gaza mengadakan sesi semakan hafazan Surah Al-Baqarah untuk pegawai-pegawai di kementerian yang terdiri daripada pegawai polis, bomba, pengawal sempadan dan lain-lain.
Suntikan rohani selari latihan fizikal dan kemahiran!
Serangan masih berterusan di Gaza, antaranya di kawasan Tuffah, bandar Gaza yang turut menjejaskan Hospital Kanak-Kanak Muhammad Durrah.
Читать полностью…Roket pertama yang meletup tadi berdekatan kawasan rumah kami kedengaran dalam video. Allahumma sallim sallim.
Читать полностью…Hizbullah : Sekiranya Israel membalas serangan ke atas Lubnan, kami akan mengebom Hayfa.
Читать полностью…Kalian boleh terus salurkan sumbangan Subuh Ramadan ke sini 👉 http://shorturl.at/dmI39
❤️ Tabung Sumbangan Anak Yatim
👨🎓 Tabung Bantuan Pendidikan
🧑🔧Tabung Modal Bisnes Kecil
👸 Tabung Pemerkasaan Wanita
Jom guys LIVE bersama Aliza Kim malam ni meniup semangat 10 akhir Ramadan!
https://www.facebook.com/sulaidil21/videos/1402736320556226
Untuk terus menyumbang, sedikit setiap hari klik http://shorturl.at/dmI39
Untuk join group tadarus kami (dah khatam bersama 13 kali) klik t.me/tadarusbersamaNAN
Ribuan penduduk penempatan haram sedang menceroboh Masjid Al-Aqsa ketika ini untuk melaksanakan sambutan Passover, dengan cubaan dihalang penduduk Palestin. Teruskan doa kalian.
Читать полностью…Strawberi di Ladang Malaysia bernama Cameron Highland di Gaza. Penjaga ladang terkejut, di akhir musim pun buah masih lebat sedangkan di tempat lain dan tak berbuah. Berkat sedekah kalian!
Ladang strawberi ini adalah salah satu projek ekonomi kita di bawah Malaysian Business Incubator kita di Gaza.
Betullah bila guru content saya Tuan Khairul Hakimin sebut medsos ni ruang menebar jala untuk kebaikan, tapi tak semua yang masuk akan suka apa yang kita tawarkan.
Alhamdulillah akidah perjuangan kami untuk Palestin jelas. Kami bukan minta sedekah sampai lupakan negara sendiri, kami bukan merayu pembaca hidup miskin dan kais pagi makan pagi kais petang makan petang demi bumi ini, kami tak juga minta kalian bantu 'bangsa Arab' sedangkan saudara mereka tak bantu mereka (kononnya).
Kami hanya sediakan jawapan untuk diri kami dan untuk kalian yang MAHU apabila ditanya kelak, bumi Palestin milik ummah ini siapa yang sedang mempertahankannya.
MAHU tak semestinya dengan menyumbang harta tetapi juga dengan menyumbang doa dan paling penting menahan mulut daripada mematahkan semangat orang lain yang sedang menunaikan tanggungjawab jihad fardhu kifayah ini.
Saya tahu kalian yang dah lama bersama kami memahami apa yang kami laksanakan dan untuk kalian yang baru, kami jemput mengenali kami dahulu sebelum terlalu laju menghukum.
Pulang dari majlis iftar bersama anak yatim, sempat bersolat tarawih dan berehat beberapa minit sebelum kami keluar pula melaksanakan projek pek iftar Ramadan walau sudah melepasi tengah malam. Pasukan CGM di bulan Ramadan memang begini, menyambung siang dan malam sehingga ke hari terakhir untuk memastikan amanah kalian sampai.
Terima kasih kepada puluhan NGO Malaysia yang menyumbang melalui CGM untuk Pek Iftar Ramadan pada tahun ini. Kami tahu penatnya kalian mencari dana pada tahun ini dan kami menghargainya. Lebih penting saudara-saudara kita di sini menghargainya dan mendoakan kalian.
Seeru ala barakatillah.
Iman Care
Yayasan Amal Malaysia Pahang
Hanizah Optometry
Pertubuhan Kebajikan Sedekah Subuh
Persatuan Amal Barakah Malaysia
Yayasan Kubra
Sadaqah Centre
Yayasan Isra' Malaysia
Sahabat Amal Care
Kemanusiaan PASRelief
Rey Nurey
Korang tahu tak yang saya ada laman You Tube? Saya share pandang sisi Gaza yang akan buatkan korang terkejut sebab biasa orang ingat Gaza ni perang je. Ni antara video best yang korang boleh tengok di sana, makanan biasa yang orang Palestin sarapan. Kalau bulan Ramadan, makanan ni lah mereka bersahur dan kdang-kadang berbuka. Shakshuka pun ada. Korang tau kan shakshuka tu apa?
https://www.youtube.com/watch?v=3AUqrmKwu4s
Alhamdulillah untuk Ramadan setakat ni kita dah korbankan 3 ekor lembu, salurkan 2000 pek sayur dan 3500 pek iftar selain projek lain seperti wakaf. Minggu depan kita akan laksanakan projek baju baru untuk anak-anak kita di sini, masak makanan panas, sambut raya bersama mereka.
Oh ya, esok juga kita akan buat LIVE majlis iftar kita bersama anak yatim di Cameron Highlands kita di utara Gaza.
50% peluang mendapat rahmat dan berkat dan keampunan di bulan Ramadan dah berlalu. Larian kita makin laju atau makin perlahan? Serangan, pencerobohan, kematian dan penangkapan tak bermakna kerja-kerja kita meringankan beban penduduk terhenti. Tidak ada cuti kecemasan, tidak ada rehat.
Kalian boleh terus salurkan sumbangan Ramadan ke sini 👉 http://shorturl.at/dmI39
❤️ Tabung Sumbangan Anak Yatim
👨🎓 Tabung Bantuan Pendidikan
🧑🔧Tabung Modal Bisnes Kecil
👸 Tabung Pemerkasaan Wanita
Nak masukkan terus ke akaun CGM dengan apa-apa nilai pun boleh, akaun Maybank 564810507826.
Tolong kongsikan ya!
Suara azan Subuh sekejap tadi berselang-seli dengan bunyi ledakan roket penjajah yang dilepaskan di kawasan Khan Yunus, selatan Gaza.
Subhanallah. Penduduk Gaza betul-betul dapat menghayati seruan Hayya Alal Falah, mari menuju kemenangan yang paling besar iaitu peluang diberi syahid.
Sorakan kegembiraan penduduk Israel melihat ledakan roket penjajah ke atas beberapa lokasi di Gaza.
Читать полностью…Keadaan di Masjid Al-Aqsa sekejap tadi. mereka sudah bersedia mengorbankan nyawa untuk agama dan tanah milik ummah.
Apa yang kita sedia korbankan?
Di hari Jumaat penuh kemuliaan ini, bantu kami membantu mereka di http://emergency4gaza.com/kecemasan atau terus ke akaun CGM Maybank 564810507826 ruj : kecemasan untuk menyumbang apa yang termampu. Kecil tetapi dengan kekuatan umat menjadi banyak.
Dan bantu kami sebarkan, Rasulullah S.A.W menyebutkan, mereka yang menunjukkan kepada kebaikan, akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya (yang diajak).
Pesawat perang dan dron penjajah sangat bingit di udara ketika ini. Menanti apa yang akan terjadi malam ini..