nadiralnuri | Unsorted

Telegram-канал nadiralnuri - Nadir Al-Nuri

241417

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Subscribe to a channel

Nadir Al-Nuri

https://www.facebook.com/100000570319485/posts/pfbid04BAW5jSt8EErqsrd1PV2T6DkTDqnevASCCjx5JEBpWzGvNyths9jcYMEKyt2WoxEl/?sfnsn=mo&mibextid=6aamW6

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Gaza sedang diserang ketika ini.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Keadaan Palestin agak genting ketika ini dan dijangka akan ada serangan malam ini setelah syahidnya Syeikh Khader Adnan yang telah mogok lapar setelah 86 hari di dalam penjara Israel. Allah lindungi Palestin.

Gaza 5.50pm

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Alhamdulillah Tata, adik ipar Muhammad dan dua makcik dah selamat sampai semula ke Gaza semalam setelah selesai menunaikan umrah. Terima kasih doa kalian!

Kata Tata, mereka yang paling rendah diri dan seronok dibawa berinteraksi semasa umrah ialah kumpulan yang datang dari Malaysia, Indonesia, Bangladesh, Tajikistan dan Algeria. Malah bila penduduk negara-negara ini nampak bendera Palestin di kain ihram mereka akan mencium tangan dan kepala Tata. Alhamdulillah di mana-mana pun, budaya dan adab ketimuran kita menjadikan kita disayangi.

Semoga ikatan di antara Palestin, Malaysia, Indonesia dan negara-negara Islam lain terus kukuh!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Selamat pagi semua dari bumi Palestin ❤️

Tahukah kalian yang keluasan kawasan Masjid Al-Aqsa ialah 144,000m persegi dan ia boleh memuatkan 400,000 orang jemaah pada satu-satu masa?

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

MashaAllah 🥰

Ucapan raya khas untuk rakyat Malaysia dari Kota Baitul Maqdis ❤️

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Ramadan baru ni, satu hari tu tiba-tiba Naeem meluru masuk ke rumah sambil tersengih-sengih. Eh, semalam sepanjang malam di masjid, hari ni sejak pagi masuk ke ofis pula bekerja, dah dekat Zuhur ni balik tersengih, ada apa?

Rupanya Naeem dan pasukan PALM menguruskan secara online majlis berbuka puasa di Malaysia dan menjemput influencer muslim dan non-muslim untuk ikut serta berbuka dan bercerita kepada mereka tentang Palestin. Tetapi berita yang Naeem bawa lebih besar daripada sekadar berjaya mempengaruhi hadirin tentang Palestin.

'Mak, tadi masa majlis, sebab sedapnya bacaan Quran, berkatnya terasa Ramadan dan indahnya syariat berpuasa untuk rasa kesulitan orang lain, ada pempengaruh bukan Islam dari Sri Lanka, mengucap dua kalimah syahadah dan memeluk Islam!'

MashaAllah memang luar biasa. Rasulullah S.A.W sebut, mengIslamkan seorang insan lebih baik daripada humrun na'am حمر النعم. Humrun na'am ni unta merah, unta yang paling mahal dan bernilai di kalangan orang Arab, harta yang paling bernilai, di zaman kita ni kalau kenderaan macam Lambo atau Ferrari.

Untung Naeem dan team, urus majlis berbuka puasa tapi dapat Lamborghini!

Selamat ulang tahun kelahiran Naeem Mushtaha yang menyambutnya dua hari lepas. Besar dah kau nak, tak lama lagi ada keluarga, teman baik sendiri, tak ada masa dah untuk ayah kau sorang ni.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Assalamualaikum semua, apa khabar? Macam mana mood kalian, dah semangat nak ikut perkembangan Palestin semula atau masih lagi mood raya?

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Haura' sibuk siapkan kuih tradisi raya Palestin, namanya ka'k, biskut berisi kurma.

Korang masih beraya ke? Selamat menyambut hari raya guys!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

OOTD selepas solat raya semalam. Sekejap lagi saya share suasana solat raya di lapangan di Gaza. Mana OOTD korang?

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Sebelum korang berhari raya, jom ambil tahu kisah kebangkitan Arab Palestin.

Bulan April, tanggal 15 wajar kita ingati.

Baca lanjut :
https://www.2lenpalestin.com/blogs/news/kebangkitan-arab-palestin

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Luar biasa, bila ada negara yang esok Jumaat dah raya tetapi ada negara lain yang Allah masih bagi ruang untuk beramal dan mengejar keberkatan Ramadan. Agak-agak siapa yang lebih untung, yang dapat cuti awal atau dapat beramal overtime dengan balasan berlipat kali ganda?

Mestilah yang Allah sayang dan bagi peluang untuk terus mengetuk pintu Rayyan, pintu syurga yang dikhususkan untuk mereka yang berpuasa kan?

Jujurnya kalau diberi pilihan mungkin kami di Palestin pun pilih untuk berpuasa lagi sehari. Kalau korang dengar tangisan dan raungan mereka yang beriktikaf dalam masjid malam semalam, mereka macam nak setiap hari Ramadan, syahdu dan sayunya suasana berdoa, bertaubat dan menangis di dalam solat khususnya apabila dibaca ayat-ayat tentang syurga dan neraka.

Sebab itu jangan mengeluh bila Allah bagi 'kerja lebih' sebab yang kerjanya berat itulah yang akan dapat balasan yang lebih hebat, kan? Paksa diri untuk terus berselawat, membaca Al-Quran, bersedekah dan mengikat silaturrahim, mana tahu Allah memilih malam dan hari ini untuk mendengar doa-doa kalian.

Selamat sampai ke garisan penamat!

Sumbangan untuk Palestin masih dibuka di http://shorturl.at/dmI39, sumbangkan apa yang termampu, tahun depan belum pasti masih ada Ramadan untuk kita atau tidak!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Kalian dah sampai ke kampung halaman? Yang masih dalam perjalanan harap berhati-hati dalam memandu, sampaikan salam kami kepada mak ayah dan keluarga di kampung ya.

Walau sibuk dengan apa urusan pun, jangan lupa malam ni masih malam ganjil, malam 29 Ramadan. Jangan lupa buat tolakan ibadah akhir, sedekah, selawat, Quran, solat sunat sekurangnya 2 rakaat.

Kami pun masih duk sediakan pek makanan untuk sahabat-sahabt kita di Al-Quds yang bersungguh-sungguh melaksanakan ibadah dan menolak penjajahan.

Malam ni masih ada peluang sumbang dan catat doa kalian untuk kami di Palestin dan mertua saya di Mekah doakan, inshaAllah. Link di sini http://shorturl.at/dmI39

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Aidilfitri kian menghampiri, suasana cukup meriah bakal dirasai. Bagaimanakah dengan nasib saudara kita yang lain?

Ikuti Bicara Siasah edisi Khas penghujung Ramadan dengan tajuk Aidilfitri : Raya Disini Jihad Disana

Tetamu Jemputan :
Tn Hj Kamaruzaman Mohamad
AJK PAS Pusat/ Pengarah Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan

Tetamu Istimewa LIVE dari Gaza :
Nadir Al-Nuri
CEO & Pengasas Cinta Gaza Malaysia

Saksikan SECARA LANGSUNG MALAM INI di FB Legasi Tok Guru.
Sama-sama bantu sebarkan!

https://www.facebook.com/100044305080125/posts/pfbid02Qv6z4xX84B34icddvRNoNo1RnHR2tvHWiNbKHmsRAcVuYf7Cbv9t8DPH9E1GArgPl/?mibextid=uc01c0

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Di waktu penuh mustajab untuk berdoa ini, selitkan doa, Ya Allah berikan kami peluang berbuka puasa di Masjid Al-Aqsa dalam keadaan ia telah bebas merdeka, ameen.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Minggu lepas khatib di Masjid Ammar Bin Yasir ini mengakhiri khutbahnya dengan gesaan berwakaf. Beliau menceritakan bagaimana untuk mereka yang membina rumah-rumah Allah di dunia, akan dibina untuk mereka mahligai di syurga.

Kemudian beliau menerangkan yang kos baik pulih masjid bernilai sekitar RM80,000. Mengikut persetujuan dengan pihak Kementerian Wakaf, sekiranya mereka berjaya mengumpulkan separuh sumbangan, pihak Kementerian akan mencari pendana untuk baki keperluan.

Kata beliau lagi, sepanjang Ramadan mereka telah berjaya mengumpulkan separuh wang yang diperlukan untuk membaik pulih masjid dan menukar karpet yang sudah terlalu usang. Sampailah penghujung Ramadan, masih ada yang datang membawa sumbangan. Apabila dimaklumkan yang sumbangan sudah cukup, ada yang menangis kerana tak sempat menyumbang. Allah, dalam kesusahan mereka masih merebut pahala wakaf yang berterusan ini.

Pagi tadi Kementerian Wakaf menghubungi kami. Kata mereka kitalah yang terpilih untuk mewakafkan baki keperluan masjid bernilai RM40,000. Allah, rupanya kita insan-insan yang bertuah untuk berjiran dengan mereka di mahligai syurga kelak.

Jom sahabat-sahabat kita sumbangkan apa yang termampu melalui akaun Maybank CGM 564810507826 dengan rujukan wakaf.

Tolong sebarkan kepada mereka yang kalian kasihi ya!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Beberapa roket mortar telah dilepaskan oleh mujahidin ke kawasan penempatan haram sekitar Gaza beberapa jam lepas dan mengakibatkan kerosakan serta kecederaan kepada 3 orang penduduk penjajah.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Selamat Hari Pekerja kami ucapkan kepada semua. Terima kasih atas dedikasi dan kerja keras demi kemajuan bangsa dan negara.

Semoga kita semua terus kuat dan itqan untuk terus bekerja dengan penuh rasa tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Ikhlas daripada:
Persatuan Cinta Gaza Malaysia.

#SelamatHariPekerja

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Assalamualaikum semua, apa khabar? Macam mana raya kalian, masih dalam mood open house dan berOOTD ke?

Sahabat semua dalam kesibukan beraya, perjuangan kita perlu diteruskan. Antara projek yang kurang mendapat sambutan baru-baru ini ialah projek wakaf baik pulih masjid.

Pelik juga kerana biasanya projek wakaf ni ialah projek 'best seller', ramai yang suka sebab sekali taja, pahala sampai ke syurga.

Banyak masjid yang perlu ditukar karpet yang lama, dibaiki tempat wudhu' dan bilik air serta disiapkan musolla wanitanya. Yang seronok setiap doa, sujud dan ruku' mereka pahalanya akan sampai kepada kita.

Jom sahabat sumbangkan apa yang termampu sebagai tanda larian Ramadan kita tak terhenti. Biar kecil, tapi istiqamah.

Sumbangkan melalui link ini https://securepay.my/collections/wakaf atau terus ke akaun CGM 564810507826 dengan rujukan wakaf.

Tolong sebarkan ya!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

DUIT RAYA ANTARA MEMBERI DAN MEMINTA

Hot juga isu nak bagi duit raya ke tak, nak suruh anak minta duit raya ke tak.

Saya nasihatkan boleh amalkan dua sifat yang sangat indah ni. Yang pertama untuk yang nak bagi duit raya, amalkan sifat karim كريم iaitu pemurah. Bila ada lebihan harta, ada kemampuan berilah duit raya dengan niat sedekah dan menggembirakan sesama Muslim. Kata kuncinya, bagi ikut kemampuan. Tak mampu langsung, ia tak wajib.

Yang keduanya untuk yang mengharapkan atau meminta atau suruh anak minta, amalkan sifat 'afif عفيف iaitu menahan diri dari perbuatan dan perkataan yang tidak cantik, tidak molek. Orang yang 'afif ialah orang yang malu untuk melakukan perbuatan yang mungkin mengguris hati orang lain, rasa malunya tinggi. Meminta-minta adalah perbuatan yang tidak molek lebih-lebih lagi bila anak diajar untuk meminta.

Ajar anak-anak yang ziarah tujuannya untuk mengikat silaturrahim bukannya menambah tabungan.

Saja saya kongsikan bahawa di Gaza pun ada budaya memberi duit raya. Selain kanak-kanak, duit raya juga diberikan oleh anak lelaki kepada ibu dan adik-beradik lelaki kepada adik-beradik perempuan sama ada yang telah atau belum berkahwin. Ia juga diberikan kepada emak saudara sebelah ayah dan emak.

Jom betulkan yang biasa, biasakan yang betul!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Apalah masalah diaorang ni. Busuknya hati!

Penduduk haram Israel membakar sebuah rumah milik rakyat Palestin di sekitar bandar Nablus, Tebing Barat.

Beberapa penduduk haram Israel menyelinap masuk ke kawasan kampung Jalud dan Qusra pada waktu Subuh dan menyelinap masuk rumah yang tidak berpenghuni untuk mencuri seekor keldai.

Sumber: English WAFA

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Penduduk Israel melakukan ritual ibadah mereka di kawasan Bab Ar-Rahmah, Masjid Al-Aqsa bersempena sambuatn 'Hari Kemerdekaan Israel'.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

OOTD bersama anak yatim dalam program Sambutan Hari Raya.

Tenks bro NOH HUJAN hadiahkan baju. Rasa muda dan ranggi pula.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Suasana solat sunat hari raya di Gaza di padang As-Saraya, tengah bandar Gaza. Solat sunat raya di lapangan terbuka adalah sunnah yang diamalkan penduduk, selain solat di masjid-masjid yang turut diadakan.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua pencinta Palestin. Terima kasih atas sokongan dan sumbangan kalian sepanjang Ramadan, semoga ada peluang kita bertemu lagi pada Ramadan tahun hadapan.

Nah kami belanja video sekali https://youtu.be/bEuJhL5ZAN4

Sampaikan salam kami kepada mak dan ayah serta keluarga di kampung ya. Kalau yang tak balik beraya pun, sampaikan salam kami juga bila kalian video call depa ❤️

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Suasana solat tarawih di Gaza kelmarin. Tunggu tahun depan pula untuk merasai semula peluang ini 😭

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Masjid-masjid di Palestin dah bertakbir 😃❤️

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Jom sahabat semua kita dengarkan seketika, perkongsian dua negara dan bagaimana jihad, siasah dan dakwah mengikat keduanya.

https://www.facebook.com/legasitukguru/videos/1399146084250955

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Tahukah kalian bahawa di Masjid Al-Aqsa juga diadakan kelas-kelas hafazan Al-Quran untuk ribuan kanak-kanak?

Generasi Al-Quran ini adalah generasi pembebasan. Jom bantu kami membina generasi ini. Kita dah hampir mencapai separuh sasaran kita.

Psssst malam ni malam 29 Ramadan, mungkin jatuh malam Lailatul Qadr juga kan?

https://securepay.my/collections/syafaathuffaz

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Jemaah yang ramai macam ni adalah hasil didikan melalui kelas-kelas tahfiz yang tak putus di setiap masjid.

Sebab tu kami bersungguh-sungguh nak cukupkan dana yang ni,

https://securepay.my/collections/syafaathuffaz

Читать полностью…
Subscribe to a channel