nadiralnuri | Unsorted

Telegram-канал nadiralnuri - Nadir Al-Nuri

241417

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Subscribe to a channel

Nadir Al-Nuri

Ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal apabila rumah-rumah mereka dibom. Mereka sangat memerlukan bantuan kita untuk membolehkan mereka makan dan berlindung.

CGM telah membuka tabung kecemasan untuk disampaikan kepada warga Palestin yang terjejas dengan fokus kepada bantuan tilam, selimut, makanan dan bahan perubatan.

Sumbangan boleh dimasukkan ke: https://emergency4gaza.com/kecemasan atau ke akaun Maybank CGM 564810507826 rujukan kecemasan.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Hari ini gambar-gambar ini dijana AI. Esok lusa ia mungkin menjadi realiti. Tiada yang susah untuk Allah, kan?

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Briged Al-Quds telah mengeluarkan gambar ini dengan pertanyaan:

"Wahai penduduk Tel Aviv, adakah kamu sudah bersedia untuk ke neraka?" 🫨

#IsraelKoyak
#TaufanalAqsa

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

“Berjalan dengan saya.”

Saat askar Israel ditangkap oleh kereta kebal di timur Semenanjung Gaza.

Sumber: Shehab News

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Kesan kemusnahan akibat pesawat Zionis mengebom bangunan 5 tingkat di Gaza.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Footage depicts the Israeli tank that was seized by the Palestinian Resistance in eastern Gaza.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Sumber Al-Jazeera :

Is.. rael mengisytiharkan perang dan kali terakhir mereka berbuat demikian ialah pada tahun 1973!

#taufanalaqsa

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Alhamdulillah semalam telah selesai dengan jayanya Majlis Meet & Greet 2.0 bersama-sama penyumbang CGM di sekitar Shah Alam.

Tim CGM berbesar hati ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Fitri Haris dan para penyumbang setia CGM yang sudi meluangkan masa untuk mendengar sendiri cerita-cerita dari team CGM Gaza.

Semoga hubungan baik antara tim CGM dan penyumbang setia CGM berkekalan sehinggalah tanah suci Palestin bebas! Aaminn! ❤️

Kalian nak kami buat Meet & Greet 3.0 di mana pula ya? 🤭

#MeetGreetCGM

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

JEMPUTAN KE MEET & GREET BERSAMA CGM 2.0!

Atas permintaan ramai, tim CGM akan mengadakan Meet & Greet 2.0 pada:

Tarikh : 5 Oktober 2023 (Khamis)
Masa : 7.45 - 10.00 malam
Tempat : The Komunal Cafe, Bukit Rimau, Shah Alam
Pautan Lokasi : https://maps.app.goo.gl/kYy1iQUN9o7mMFUP6*
Penampilan Khas : Tuan Nadir Al-Nuri, Dr Fitri Haris dan Tim CGM dari Gaza

Kupon potongan harga untuk makanan dan minuman akan dihadiahkan kepada 20 peserta terawal yang mendaftar!
Klik pautan untuk mendaftar : https://forms.gle/StWA2eXkkJBxAT1H8

Psttttt... Tim CGM dari Gaza akan berangkat pulang tidak lama lagi, jom ketemu mereka secara live sebelum mereka pulang

#CGMMeetGreet

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

JEMPUTAN KE MEET & GREET BERSAMA CGM 2.0!

Atas permintaan ramai, tim CGM akan mengadakan Meet & Greet 2.0 yang bakal diadakan pada:

Tarikh : 5 Oktober 2023 (Khamis)
Masa : 7.45 - 10.00 malam
Tempat : Sekitar Shah Alam
Penampilan Khas : Tuan Nadir Al-Nuri dan Team CGM dari Gaza

Jika anda berkelapangan untuk bersama-sama kami, sila respon kehadiran dan bilangan pax yang hadir di link https://forms.gle/StWA2eXkkJBxAT1H8

Psttttt... Team CGM dari Gaza akan berangkat pulang tidak lama lagi, jom jumpa mereka secara live sebelum mereka pulang.

#CGM

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Sedang kami berprogram bersama pasukan CGM tiba-tiba ahli pasukan dari penjara terbesar dunia tak tulis supaya tak ganggu capaian) yang turut serta memohon sedikit masa untuk memimpin selawat bersempena Maulidur Rasul S.A.W.

Memang kalau di sana sambutannya agak meriah dibuat. Kecintaan kepada Baginda Rasulullah S.A.W dibuktikan dengan sentiasa menyebut namanya, mengenang jasanya dan meneruskan legasi perjuangannya mengikut kemampuan kita.

Jom kita perbanyakkan selawat pada hari ini.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Biasanya orang balik kampung setelah lama merantau disambut, tetapi berbeza apabila kali ini saya pula yang menyambut.

Apabila sampai ke Malaysia minggu lepas, Abi dan Che masih dalam permusafiran. Mereka berdua ke Istanbul mencari maklumat dan membuat kajian berkaitan hubungan kerajaan Melaka- Turki Uthmaniyyah di beberapa universiti dan museum tempatan.

Jadi mereka pula yang sampai ke Malaysia beberapa hari selepas saya dan saya yang menyambut mereka di lapangan terbang.

Kalau dulu semasa Abi masih mengajar agak susah untuk kami duduk bersama sebagai sebuah keluarga. Pagi beliau di dewan kuliah kemudian mengajar di masjid surau selepas Maghrib sebelum berusrah hingga lewat malam.

Disangkakan selepas beliau pencen kami lebih mudah berkumpul, rupanya tak ada istilah berehat dan bermain dengan anak cucu untuk Abi. Rumah kami di Bangi di bahagian atas diubah suai menjadi pejabat WFH beliau dan bahagian bawah, ruang tamu menjadi perpustakaan kecil.

Cinta Abi kepada ilmu diwarisi daripada datuk kami yang kami panggil Jad. Di usia lebih 60 tahun beliau giat bermusafir untuk mempelajari Bahasa Arab. Che pun tak kurang bisanya, memiliki MA di bidang psikologi - juga menurun daripada pencinta ilmu, kedua ibu bapanyaTok Yasin dan Tok Minah merupakan generasi awal warga pendidik di Pulau Pinang.

Semoga saya, kalian dan anak-anak kita juga dilimpahkan dengan cinta kepada ilmu, cinta kepada buku dan cinta untuk menjadikan ummah nombor satu.

Semoga kita menjadi contoh kepada mereka dengan mendampingi buku lebih daripada kita mendampingi hiburan di skrin dan gajet berhantu. Ameen.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Dalam penerbangan pulang ke tanah air baru-baru ini, saya masuk ke perut kapal terbang agak lambat.

Setelah melilau mencari kerusi, akhirnya saya menemuinya di sebelah seorang aunty berbangsa India. Aunty ini sangat peramah, baru sahaja saya letakkan beg, beliau dah ambil untuk tolong diletakkan di bawah kerusi.

Tetapi sebelum saya sempat duduk beliau menyatakan hasrat di hati. Boleh tak kalau kamu tukar kerusi dengan suami saya, supaya dia boleh duduk sebelah saya, kata beliau. Walaupun dah agak seronok dengan posisi tersebut, saya mengalah.

Aunty tersebut pun pergi mendapatkan suaminya nun di belakang sana, mengajak beliau duduk bersama. Tetapi setelah beberapa ketika, aunty itu datang semula, wajahnya sedikit hampa, negosiasi bersama si suami seolah tak berjaya.

Saya sebutkan kepada aunty tersebut yang beliau nampaknya belum memahami lelaki walaupun telah lama berumah tangga. Aunty, ketahuilah bahawa sesungguhnya kalau suami kalian yang membeli tiket kapal terbang tetapi tiba-tiba seat dia tercampak jauh daripada kalian, ia disengajakan.

Dia nak duduk dengan tenang melayan game tanpa sekejap-sekejap diajak berborak. Dia nak tengok apa saja yang dia nak tanpa perlu beri pendapat untuk setiap movie yang ada di dalam flight entertainment termasuk komentari tentang movie yang dia sendiri pilih.

Paling penting dia tak nak setiap kali minta dengan pramugari air, kena jeling dengan orang sebelah. Dah tu korang kat rumah kalau suami minta air kena jerkah suruh ambil sendiri.

Tapi semua tu saya nasihat kat aunty tu dalam hati je lah. Saya pun takut bini.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Doakan Gaza yang sedang diserang ketika ini. 22 orang dilaporkan cedera oleh Kementerian Kesihatan Palestin.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Gais jualan promosi jersi 2len Palestin dah nak tamat. Korang dah dapatkan ke belum baju untuk bergaya cara freedom fighter ni?

Kalau belum klik 2lenpalestin.com cepat! Hoodie Saladin pun tengah harga runtuh tu 🤗😉

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Allah, dewan ini baru dibom dan ia terletak beberapa meter sahaja dari rumah saya!

Saya dah mesej keluarga bertanya khabar tetapi belum ada respon. Doakan keluarga kami ya.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Selama ini kita menunggu semboyan ditiup dan gendang dipalu.

Semalam ia ditiup dan dipalu bertalu-talu. Operasi mereka masuk ke tanah dijajah berjaya dan sekarang musuh sedang mengamuk membalas dendam. Kini giliran kita bertindak memainkan peranan, memastikan makanan mereka cukup dan menyediakan keperluan perubatan.

Ayuh salurkan sumbangan terbaik kita ke ke emergency4gaza.com/kecemasan atau ke akaun Maybank CGM 564810507826 rujukan kecemasan.

Pohon disebarkan seluasnya.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Media barat tak akan berkongsi video ini jadi ia tugas kita mengongsikannya.

Pejuang menyelamatkan seorang perempuan dan kanak-kanak Israel yang ditawan.

“Lindungi. Lindungi. Dia ada bayi. Jangan risau. Tiada yang akan cederakan kamu.”

Allahuakbar. Begitulah sifat yang Nabi Muhammad SAW sendiri ajar kepada umat Islam!

Sumber: Awan Wafdan

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Hari ini, serangan bertalu-talu ke atas Israel dimulakan kumpulan pejuang yang bertapak di Gaza. Menurut jurucakap pejuang, tujuan dilancarkan serangan ialah, "Untuk membalas semula kekacauan yang dilakukan oleh para penjajah ke atas Masjid al-Aqsa selama ini."

Sebagai persediaan, CGM membuka tabung kecemasan untuk disampaikan kepada warga Palestin yang terjejas.

Sumbangan boleh dimasukkan ke: https://emergency4gaza.com/kecemasan atau ke akaun Maybank CGM 564810507826 rujukan kecemasan.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

https://www.facebook.com/nadirtakkoyak/videos/161475087021156

Apa yang sedang berlaku di Gaza saat ini?

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Sayap baru Al-Qassam yang muncul dalam serangan kali ini : Sayap Helang!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Pertama kali dalam sejarah : Pejuang menyerang masuk ke penempatan haram sekitar G a z.a dan mula menguasai kawasan.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Warga Shah Alam dan sekitar, masih ada beberapa slot kosong untuk Meet and Greet malam ini!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Alhamdulillah pertemuan wajib bersama Abang Q setiap kali balik ke Malaysia.

Walaupun biasanya pertemuan ini singkat, mesti ada butir bicara dan pengalaman praktikal beliau yang dapat kami kutip untuk diaplikasikan terus dalam organisasi.

Abang Q sempat berborak bersama Naeem yang memang dah beliau kenali sejak 2016. Beliau bertanya kepada Naeem, ni dah habis degree, nak buat apa selepas ni? Naeem menjawab ringkas, Masters dan Marriage.

Kami berseloroh, nak M yang mana dulu? MA ke MAR? Naeem ketawa dan tak menjawab.

Ketika pulang dalam kereta tiba-tiba Naeem menegur saya. Alamak, saya lupa nak beritahu Abang Q cita-cita saya yang ketiga, M ketiga. Apa dia, saya bertanya. Naeem menjawab,

Maut, untuk mati syahid.

Saya senyap saja, berdoa agar beliau sempat menghabiskan MA kemudian MAR kemudian barulah MAUT selepas umur panjang dan penuh jasa, ameen ameen.

Kami ke Perak sekejap, tumpang lalu semua.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Tinggalkan selawat di komen supaya ramai-ramai baca 🥰

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Bercerita pasal isteri yang luar biasa, masa melalui perjalanan neraka nak keluar dari penjara terbesar dunia, ada seorang isteri 'superwoman' yang berada dalam van bersama-sama dengan saya yang perlu saya cerita hebatnya kepada kalian.

Kalau saya yang menunggu 8 jam di border untuk dicop pasport, kemudian 9 jam perjalanan berliku dan berlubang dari sempadan ke Cairo pun rasa separuh mati, bayangkan apa yang dilalui ibu ini.

Nak tahu teruk tak teruk jalan yang kami lalui, jam tangan saya mencatatkan bahawa saya telah berjalan 12k langkah walaupun saya hanya menapak beberapa langkah sebab naik van macam naik kuda. Kerusi yang saya duduk pula berhimpit di bucu sebelah muslimat, kaki didokong ke badan atau sesekali dijejakkan ke beg yang diletakkan di bawah kaki.

Tetapi ibu itu yang berada bersama kami memang wanita besi. Dia melalui perjalanan sama tetapi dalam keadaan mengelek seorang anak kecil dan meriba anak lelaki lain!

Sesekali apabila berdepan sekatan dan kami disuruh turun untuk di'spot check' bagasi, saya menawarkan untuk mendokong anak kecilnya kerana jarak yang perlu kami berjalan kaki agak jauh tetapi dia menolak.

Jam 3 pagi setelah 8 jam di dalam van, apabila kami sampai di Cairo beliau turun di sebuah stesyen bas. Rupanya Cairo bukan destinasi beliau tetapi beliau perlu meneruskan perjalanan dengan bas pula ke Tanta, sekitar 2 jam dari Cairo kemudian menaiki teksi pula ke rumah!

Apabila beg beliau diturunkan daripada van air mata saya hampir menitik. Bagaimana si ibu ini mahu mendokong bayi, memimpin anak dan mengheret begnya yang besar ke sana ke mari?

Mujur bersama saya masih ada lelaki dengan sifat kelelakian, walau kepenatan mereka melompat keluar dari van, mengangkat beg si ibu dan diusung bersama mencari bas ke destinasi seterusnya.

Saya beristighfar panjang. Hakikat hidup penduduk terjajah yang sukar ditelan.

Ibu memang makhluk yang cukup luar biasa, mustahil seorang ayah dapat menandingi hebatnya mereka. Cukup kalau mengenang 9 bulan mereka mengandung, tak perlu pengorbanan mereka membesarkan anak-anak dihitung.

Semoga catatan ringkas ini menjadi hadiah buat mengingatkan jasa sang ibu, sang isteri, bermula dengan diri saya sendiri mengucapkan terima kasih kepada yang tercinta di sana, bergelut bersama Haura', Qamar dan Ibrahim yang perangai mereka 1001 aneka.

Semoga Allah saja membalas jasa kalian.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Pagi itu seperti ayah yang lain, Dr Wael Az-Zard pendakwah terkenal di bumi pejuang membuat coretan tentang Bara', si anak bujang tersayang yang terlalu cepat membesar.

Hari ini engkau tamat SPM dan akan memasuki universiti, esok engkau akan beristeri dan berkeluarga, begitu lebih kurang nukilannya - rasa setiap ayah bahawa anak yang dulu ditimang manja dalam sekelip mata akan bergelar bapa dan menjadi milik orang.

Tetapi itu riwayat biasa untuk orang biasa. Di bumi luar biasa hikayatnya sukar diduga.

Petang itu si anak seperti anak-anak yang lain ke sempadan, menyertai demonstrasi aman menentang penjajahan ke atas bumi tok moyang mereka. Sebuah periuk api meledak ditembak tentera penjajah, 4 orang pemuda terkorban - salah seorangnya ialah Bara'.

Betullah sangkaan si ayah yang satu saat nanti Bara' akan bergelar pengantin. Saat itu hadir jauh lebih awal, mengangkat Bara' dilamar puluhan bidadari syurga.

Jangan putus asa dan penat dalam mendidik anak-anakmu. Sayangi mereka dan bimbinglah mereka. Di bumi lain, peluang itu mungkin ditarik Allah pada bila-bila masa.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Setelah penantian selama 7 bulan, alhamdulillah akhirnya saya berjaya menembusi sekatan. Setelah perjalanan selama dua hari, sekitar 10 hari lepas kaki dijejakkan ke bumi Malaysia yang dikasihi.

Saya tiba di KLIA pada jam 10 pagi tetapi takdirnya bagasi keciciran dan masih berada di Dubai. Apa pun perancangan diteruskan untuk membuat kejutan kemunculan di hadapan ribuan peserta Konsert Zikir Terapi pada malam Sabtu itu.

Ya, kejutan kerana tiada siapa yang tahu bahawa saya sudah berjaya keluar dan bermusafir. Ia termasuk ahli keluarga saya yang hadir ke konsert dan pasukan CGM sendiri.

Jadi bayangkan bagaimana orang yang disangka berada di penjara terbesar dunia tiba-tiba muncul di depan mata. Mujur tak ada yang sakit jantung.

Terima kasih buat doa kalian semua, tanpanya saya pasti masih berada di dalam sekatan. Buat masa ini saya memohon maaf kerana tidak boleh menerima jemputan ceramah atau bercakap - izinkan kami menghabiskan aturan perancangan strategik CGM untuk tahun-tahun depan terlebih dahulu.

Kalau jumpa saya di mana-mana tegurlah ya! Kebetulan ada hadiah yang kami bawa di dalam kereta untuk kalian yang bertuah 😄

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Pemandangan bumi Gaza. Dijajah cantik, kalau tak dijajah pasti lebih cantik ❤️

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Hari ni hari yang 'bagus'.

Hari yang bagus tu maknanya dua-dua Haura' dan Qamar bangun dengan mudah, tak meraung, tahu beg masing-masing di mana, berus gigi sendiri, lunch box tak hilang, kasut dua-dua belah ada dan tak tertinggal bas.

Haih. Satu hari nanti korang akan tahu yang Baba dan Mama hantar korang ke tadika setahun lebih awal daripada budak lain sebab nak berehat beberapa jam dalam ketenangan dan kesepian!

Читать полностью…
Subscribe to a channel