nadiralnuri | Unsorted

Telegram-канал nadiralnuri - Nadir Al-Nuri

241417

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Subscribe to a channel

Nadir Al-Nuri

Sembah Tahniah Dan Ucap Selamat Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-78 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Daulat Tuanku, Semoga Allah Lanjutkan Usia Tuanku.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

*Hari Memperingati Intifadah Pertama Palestin* 🇵🇸
.
Pada 9 Disember 1987 merupakan hari bermulanya gelombang kebangkitan Rakyat Palestin dalam melawan kekejaman Rejim Zionis yang tidak berhenti merampas dan membunuh rakyat Palestin di tanah mereka.
.
Kenapa Hari Intifadah perlu diingati? Kerana ianya merupakan hari yang menjadikan rakyat Palestin berani untuk mencabar Rejim Zionis Israel pada hari ini.
.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai peristiwa tersebut, ayuh bersama membaca buku Intifadah daripada Aiman Khairul Azzam di E-Library MyAqsa Defenders. Link di bawah 👇🏻
.
https://fliphtml5.com/bookcase/aojcq
.
#Intifadah #PalestinMerdeka #KebangkitanPalestin

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

🔴 A worldwide campaign began to push for a comprehensive strike on Monday, 11/12/2023

⭕️ The people want to paralyze the movement of life and the economic wheel in all countries so that everyone feels that they are directly affected by the aggression on Gaza... and thus pressure is put on to stop the war..

⭕️The strike is expected to include the transportation, aviation, trade, banks, ports, and even schools and universities.

⭕️Foreigners have actually begun to put strong pressure in this direction.

‎#StrikeForGaza

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Hadiah untuk kalian yang,

Doanya sudah mula tersekat,
Boikotnya sudah mula sekerat,
Sumbangnya sudah mula berlambat,
Sokongnya sudah mula berkarat.

Mereka masih dihambat.
Mereka masih disiat.
Mereka masih dilumat.

Sedang kita khianat. Allah ampunkan kami.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Salurkan sumbangan kalian ke emergency4gaza.com/kecemasan atau akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: kecemasan.

Tolong sebarkan ramai-ramai agar ada sedikit masa depan untuk mereka kelak.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Macam mana kita boleh sampai ke tahap ini? Allahuakbar. Penduduk Palestin sudah hilang harapan terhadap umat Islam dan kemanusiaan.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Siapakah Umm Nidal Farhat? Dan siapa Abu Husain Farhat?

Jom kita dengarkan kisah mereka seperti yang diceritakan oleh Tuan Nadir Al Nuri.

Kisah yang bakal membangkitkan jiwa-jiwa yang dahagakan semangat rakyat Palestin!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Korang ingat tak yang min ada share video kereta kebal IOF diganyang.

Mujahidin yang membuat serangan tersebut: 'Serangan ini adalah untuk Abu Husain Farhat!'.

Siapa nama yang disebut tu?

Dialah, Wisam Farhat. Ketua Unit Syujaiyah al-Qassam.

Anak kepada Um Nidal Farhat!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

SASARAN RM1 JUTA BUAT PALESTIN, ARTIS BERGABUNG DI DALAM SATU KONSERT!

Mega Zikir Terapi 4 Palestine: Harmony for Humanity- LIVE ISTANA BUDAYA merupakan satu konsert berkonsepkan crowdfunding yang dianjurkan oleh Persatuan Cinta Gaza Malaysia yang dipelopori oleh Tuan Nadir Al-Nuri dalam perjuangannya membina semula kawasan di Genting Gaza bersama Niyat Group yang berpengalaman besar dalam penganjuran konsert-konsert Islami sebelum ini seperti di Malaysia, Morocco, Mesir dan United Kingdom terkenal dan tular dengan Doa Qunut Nazilah iaitu Kumpulan Nasyid UNIC.

Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri Mega Zikir Terapi 4 Palestine: Harmony for Humanity yang bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya.

Jualan tiket bermula pada 6 Disember 2023 dan boleh didapatkan menerusi laman web MyTicket Asia.

Sasaran kutipan bagi pembangunan dan tabung kecemasan Palestin bagi konsert ini adalah RM1 juta ringgit dan hasil daripada pembelian tiket konsert akan disalurkan 100% sepenuhnya ke Tabung Cinta Gaza Malaysia.

Link artikel:
1. https://www.facebook.com/share/v/2EZosKicSCYTJ5Ky/?mibextid=qi2Omg
2. https://utvmediamalaysia.com/sasaran-rm1-juta-buat-palestin-artis-bergabung-di-dalam-satu-konsert/
3. https://www.farizasaidin.com/2023/12/konsert-mega-zikir-terapi-5-januari.html
4. https://www.femagonline.com/2023/12/mega-zikir-terapi-4-palestine.html

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Sesiapa yang berkelapangan mari tonton!

https://fb.watch/oKoXw_qwyC/?mibextid=Nif5oz

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Mungkin ramai yang mengenali Shadi, pemuda Gaza yang mengikuti saya berceramah di Malaysia dan boleh berbahasa Inggeris dengan baik, mengetuai Pusat Budaya kita di Gaza. Sekolah yang baru dibom petang tadi ini ialah tempat isteri dan anak-anaknya berteduh. Malah pemuda yang mendokong budak itu ialah kembar Shadi, bernama Fadi.

Alhamdulillah, yang didokong Fadi itu bukan anak Shadi, buat masa ini.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

“Demi Allah, kami akan tetap teguh hingga nafas kami yang terakhir.”

Ketabahan seorang wanita Palestin walaupun jumlah syahid semakin meningkat berikutan serangan berterusan Israel ke atas semenanjung Gaza.

Sumber: Al Jazeera

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

"Kami akan terus berada di sini...hingga hilang penderitaan"

Para wartawan di Gaza meluangkan masa rehat dengan bernasyid.

Sumber: Shehab Agency

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Seorang bapa membawa jenazah bayi perempuannya yang syahid menggunakan basikal. Bayinya syahid dalam serangan rejim Israel yang berterusan ke atas semenanjung Gaza.

Sumber: شبكة قدس الإخبارية

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Video | Detik ketika tentera rejim Israel menembak mati seorang pemuda, Adnan Zaid di bandar Qalqilya pada subuh hari ini.

Sumber: Shehab Agency

#IsraelCuak #TaufanalAqsa

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

*KEMAS KINI STATISTIK SYAHID DAN KEROSAKAN AKIBAT SERANGAN REJIM ISRAEL KE ATAS SEMENANJUNG GAZA PADA DISEMBER 2023*

Ahad, 10/12/2023 | Hari ke-65 peperangan (waktu Gaza)


▪ Lebih 17,997 syahid
▫7,875 kanak-kanak
▫6,130 wanita

▪️49,229 cedera
▪Lebih 7,760 hilang dan masih belum ditemui dari bawah runtuhan

Sumber: Pejabat Media Kerajaan

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Washington Post:

▪️Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat telah membekalkan rejim Israel dengan 15,000 bom termasuk bom bunker-buster seberat satu tan.

▪️Dalam tempoh enam minggu pertama konflik, Israel telah menggugurkan 22,000 bom buatan AS di Gaza.

Sumber: Al Jazeera Mubasher

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Secara rasminya, tiket konsert Mega Zikir Terapi 4 Palestine: Harmony for Humanity - LIVE @ ISTANA BUDAYA sudah pun dibuka untuk pembelian.

SEAT AINUL MARDHIAH SUDAH SOLD OUT!

Anjuran: Cinta Gaza Malaysia dan Niyat Studio

Dengan kerjasama: Istana Budaya

Radio Rasmi: ZayanMy

Tiket Rasmi: myticket.asia

Rakan-rakan strategik:
@peduliinsan.my @syriacaremalaysia @alazharcare @adinacharitycircle @masyhur.official @starvilion @widzstudio

Kami mengalu-alukann penaja utama dan penaja bersama bagi menjayakan konsert kemanusiaan ini! 🇵🇸

Sila layari https://tsasia.sales.ticketsearch.com/sales/salesevent/117888 untuk pembelian tiket!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Sesiapa yang berkelapangan petang ini ayuh tonton!

https://fb.watch/oOwVJeIMD-/?mibextid=Nif5oz

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Para pemuda ditangkap dari sekolah-sekolah di sebelah utara G a za, dihimpun dan ditanya bermacam-macam.

Di sebelah bandar Ga za para isteri menceritakan yang suami mereka ditembak beramai-ramai di depan mata. Di telegram saya boleh lihat video para lelaki dibunuh.

Kalian tak perlu kongsikan gambar ini. Penduduk Pal es tin sudah pun putus harapan dengan umat Islam, dengan kita.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Setakat ini saya paling aktif berkongsi video-video yang boleh menjentik hati kita untuk terus hidup di instagram. Alhamdulillah feed saya masih dipenuhi berita harian berkaitan apa berlaku di Gaza. Jom ikut saya di sana,

https://instagram.com/nadiralnuri?igshid=MmVlMjlkMTBhMg==

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Anaknya kepada Khansa' Palestin!

Sampai sekarang IOF tidak pasti, sama ada Wisam ini masih hidup ataupun sudah syahid.

Tapi mereka pasti, Abu Husain Farhat adalah antara think tank kepada Operasi Taufan al-Aqsa.

Kredit: anasbadlatif

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Tempat penyembahan pertama Yahudi Zionis Haredim dibuka di utara Gaza sebagai tempat mendoakan puluhan ribu tentera mereka yang sedang membunuh saudara kita.

Memang tak ada maruah dah kot umat Islam akhir zaman kita ni ya 😔

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Jom terbang tinggi seperti mujahidin, melepasi tembok-tembok pemisah yang menggugat keyakinan kita terhadap kemenangan yang dijanjikan!

Dapatkan jersi Palestin versi paraglider Al-Qassam di 2lenpalestin.com segera! Versi muslimah pun ada tau!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Semalam sebelum keluarga saya diarahkan berpindah meninggalkan kawasan Khan Yunus dan ia dibedil teruk, saya sempat menghubungi mereka melalui video call. Memang seronok sebab jarang sekali internet mereka cukup kuat sampai boleh video call.

Biasanya yang paling sibuk nak bercakap dengan kami, Qamar. Qamar dengan nada pelatnya akan bertanya kaifa halak, kemudian dia sendiri menjawab, alhamdulillah. Kemudian dia akan kata, Baba habibi (Babaku sayang), bila nampak Naeem dia akan kata, la la, Naeem habibi (tak, tak, Naeem yang aku sayang). Kemudian dia akan kata, Baba, bila nak balik ke Gaza?

Haura' pula bila dah rindu dan saya tak terus bercakap dengan dia, akan merajuk. Semalam dia merajuk kemudian marah, kenapa tak bawa saya ke Malaysia? Kemudian dia berlari ke pelosok bilik, menggeledah dan mencari sesuatu dalam beg kecemasan.

Rupanya yang dikeluarkan ialah pasport dia, dia tunjukkan kepada saya, nah ni pasport Haura' dah siap, bila boleh bawa saya ikut keluar?

Saya senyap saja, memujuknya bahawa inshaAllah tak lama lagi dia akan dibawa keluar. Kemudian talian terputus.
Beberapa jam kemudian saya dimaklumkan yang mereka terpaksa berpindah ke kawasan lain pula, menumpang teduh dan kasih di mana Allah mengizinkan. Doakan mereka diberikan kesabaran, kekuatan dan 'kekasaran' untuk hidup dalam suasana tidak senang dan susah pada saat ini.

Untuk yang ramai yang pasti akan bertanya, sempadan ditutup saat ini dan pergerakan keluar sangat sukar, selain situasi anak-anak tiri saya yang memerlukan kebenaran khas untuk meninggalkan bumi tersebut. Buat masa ini, inshaAllah mereka akan bertahan di sana dan berkat doa kalian, akan sentiasa dijaga Allah. Ya Rab.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Walaupun sekarang masih dalam fasa peperangan, pekerja CGM Gaza sempat melayan anak-anak Gaza menyanyi bersama-sama untuk menghilangkan trauma mereka.

Kalau kalian nak tahu, di tempat perlindungan ini seramai 500 kanak-kanak yang berlindung di sini. Ramai sangat kan?

Wajah-wajah yang penuh pengharapan, wajah-wajah pembela dan pejuang negara Palestin. InsyaAllah, semoga anak-anak ini sentiasa dilindungi Allah SWT ❤️

Terima kasih rakyat Malaysia kerana tidak berhenti menyebarkan berita Palestin dan kekejaman rejim Zionis. Kita tidak mampu berperang bersama mereka tetapi kita mampu berjuang dengan cara kita sendiri. Lakukan apa sahaja yang kalian mampu demi mengangkat kebenaran Islam!

Teruskan menyumbang untuk mereka yang memerlukan ❤️

Layari http://emergency4gaza.com/kecemasan segera untuk menyumbang atau akaun rasmi Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: kecemasan.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

KEMAS KINI STATISTIK SYAHID DAN KEROSAKAN AKIBAT SERANGAN ISRAEL KE ATAS SEMENANJUNG GAZA PADA OKTOBER 2023

Ahad, 03/12/2023 | 18:00 PM waktu Palestin

🔺1,500,000 penduduk kehilangan tempat tinggal
🔺20 hospital dan 110 pusat kesihatan tidak beroperasi
🔺56 ambulan menjadi sasaran pihak musuh
🔺50,000 unit kediaman musnah sepenuhnya atau tidak sesuai untuk didiami
🔺250,000 unit kediaman separa musnah
🔺103 ibu pejabat kerajaan musnah
🔺270 buah sekolah yang terjejas, 67 buah sekolah tidak dapat beroperasi
🔺95 masjid musnah sepenuhnya dan 183 masjid separa musnah
🔺3 gereja mengalami kerosakan yang besar

Sumber: Pejabat Media Kerajaan

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Yang belum tidur pohon sangat panjatkan doa sedikit untuk keselamatan keluarga saya di Khan Yunus yang sedang dibedil saat ini. Mereka dimaklumkan telah kosongkan rumah yang diduduki cuma belum tahu mereka di mana. Allah Allah Allah.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Luar biasa bila penduduk Palestin nyawanya sudah lebih murah dari binatang tetapi umat Islam masih tak bergerak 😔😭

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Rejim Israel melancarkan pembunuhan beramai-ramai terhadap kanak-kanak di Gaza.

Sumber: Shehab Agency

Читать полностью…
Subscribe to a channel