nadiralnuri | Unsorted

Telegram-канал nadiralnuri - Nadir Al-Nuri

241417

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Subscribe to a channel

Nadir Al-Nuri

BANTUAN KALIAN SAMPAI KE UTARA G!

Alhamdulillah, dengan networking yang baik bantuan kalian melalui CGM boleh sampai ke utara G dan bandar G dalam bentuk makanan panas. Tetapi ia tidaklah mudah! Kami kongsi nanti gambar dan videonya.

Kalau kalian nak tahu bagaimana keadaan tim CGM beri bantuan kepada rakyat di seluruh G kalian boleh lihat video ini.

Kami sengaja tidak letak apa-apa muzik iringan supaya kalian sendiri boleh mendengar suasananya.

Kedengaran berselang-seli bunyi tembakan tetapi mereka masih tenang mengagihkan bantuan untuk memastikan sumbangan kalian sampai. Kalau kita berada di tempat mereka, mungkin sudah lari selamatkan diri dahulu.

Terima kasih orang baik-baik! Sempena 10 malam terakhir ini, jom istiqamah menyumbang untuk mereka ❤️

Kalian boleh menyumbang melalui pautan ini https://swiy.co/nadiralnuri

Malam ni malam 21, malam ganjil tau 🤲

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Dah nak habis dua pertiga Ramadan ni mesti dah mula garu kepala nak jamu tetamu apa nanti kan masa raya.

Yelah followers saya ni bukan orang biasa-biasa, semua nak istimewa dan berbeza, semua nak bagi tetamu yang terbaik dari apa yang ada.

Sebab tu bila saya ditawarkan untuk jual Rempeyek Rare ni saya kata, inilah yang kami cari, kekasih hati yang dinanti.

Rempeyek Rare yang setiap hari ratusn bekas terjual. Rempeyek rare yang penuh kacang. Letak satu balang atas meja selepas satu hari konfem hilang.

Rempeyek Rare yang dibalut dengan bubble wrap, masa dipos setiap satu keping rempeyek dibungkus di dalam plastik supaya tak pecah. Jadi kalian konfem akan makan rempeyek bukan serdak dan serbuk berterbangan.

Rempeyek Rare yang tak sesuai untuk semua orang, hanya dicari dan dibeli oleh mereka yang nak memberi apa yang terbaik kepada yang tersayang.

Dapatkan Rempeyek Rare di sini https://kurmarutob.bilisworld.com/rempeyek-nan/

Satu bekas RM35, tetapi kenapa beli satu kalau beli dua dapat RM65? Kruuuup kraaap kruuuup kraaap oooohhh memang sedaaaap...

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Maaf saya kongsikan video ini dari awal pagi, agar sekurang-kurangnya sepanjang hari ini kita tidak lupa kepada mereka.

Tidak ada apa lagi yang terkata, hanya usaha yang cuba diteruskan agar walau dari jauh, kita dapat memujuk mereka yang kita masih ada, kita masih bersama.

Walaupun kami tidak dapat memulangkan ayah ke pangkuanmu wahai anakku, sekurangnya kami akan cuba memastikan yang perutmu terisi, dingin tubuhmu diselimuti. Itu yang paling kurang yang dapat kami lakukan.

Sahabat-sahabat sekalian, pasukan dan rakan kerjasama kita di sana sedang giat mengagihkan puluhan ribu pek makanan dan makanan panas kepada penduduk khususnya di sebelah utara G.

Sumbangan kalian diperlukan agar usaha ini tidak putus. Jom bantu kami mencapai sasaran dan menyebarkan kebaikan. Bersama kita mampu melakukannya.

Jom mulakan Jumaat ini dengan sedikit kebaikan. Jom mulakan Jumaat ini dengan memberikan mereka sebutir harapan.

Salurkan sumbangan kalian ke https://swiy.co/nadiralnuri. Kongsikan kebaikan ini.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

1001 persoalan masih bermain di minda.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Ni rupanya bila dah bungkus satu². Nampak eksklusif sangat. Dan bawah review sebab banyak sangat kacang 😄

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Orang tengah tahan lapar, dia datang lagi! Selamat terbayang kedinginan Rutob yang segar dan rangup, serta lemak manis kurma Ajwa yang kecil molek!

Rutob Rare berasal Mesir, dimakan dingin dengan harga RM35 sebekas dan 3 bekas RM100. Untuk tempahan segera, COD akan dibuat selepas tarawih hari ni dan esok.

Ajwa Madinah, kegemaran Rasulullah S.A.W, sekotak 500g RM45 dan sekilo RM75. Klik pautan selagi stok masih ada!

COD Bangi dan sekitar :
https://rutobrarecodbangi.wasap.my/

COD Kajang, Serdang, Semenyih, Seri Kembangan :
https://rutobrarekajang.wasap.my/

COD Seluruh Melaka :
https://rutobraremelaka.wasap.my/

COD USIM Nilai, Bandar Seri Putra, Bukit Mahkota, Salak Tinggi :
https://rutobrarenilai.wasap.my/

Seluruh Malaysia (Agen):
https://rutobraremalaysia.wasap.my/

Link Kurma Ajwa :

https://kurmarutob.bilisworld.com/ajwa-nan/

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Alhamdulillah, pada 23 Mac yang lalu, Persatuan Cinta Gaza Malaysia telah terlibat dengan Majlis Pelepasan Misi Bantuan Kemanusiaan Kecemasan Malaysia ke Gaza yang melibatkan 100 kontena yang akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan di Gaza.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap penaung bagi misi ini.

Misi ini akan diketuai oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan melibatkan pendana yang sangat komited seperti Iman Care, Glokal Ihsan Malaysia, Al-Khair Foundation dan Persatuan Islam New Zealand.

Moga misi ini akan berjalan dengan lancar serta doakan kami dalam melaksanakan amanah yang telah kalian berikan.

#Heroes4Hope

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Gais ni nak minta tolong sikit ni!

Geng NGO kembar kita Cinta Syria Malaysia ada masuk undian untuk anugerah Abdur Rahman bin Auf awards di app TheNoor. Alaaa apps yang bawah Neelofa tu.

CSM ni dah lama buat kerja kebajikan untuk penduduk Syria, diasaskan oleh adik saya sendiri Musa Nuwayri. Mereka ada 4 buah sekolah di seluruh dunia, buat projek musim sejuk, Ramadan, korban untuk orang Syria dan umat lain setiap tahun. Oh ya mereka juga banyak bantu kutipan dana Palestin CGM.

Jadi hari ni saya nak ajak kalian undi NGO Musa Nuwayri, Cinta Syria Malaysia untuk award Abdur Rahman Bin Auf ni. Tak lama lagi undian ditutup.

Kita target ada 5,000 orang yang undi untuk mereka hari ini.

Boleh undi di sini ya : https://strawpoll.com/thenoor-award

Tolong gais!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Tudiaaa Ustaz Mohammad Yaakub Yusra dah masuk gelanggang gaiss.. Sekejap je berdesup naik sumbangan di link Ustaz.

Ramai orang mungkin hanya kenal Ustaz Yaakub sebagai ustaz favorite para ibu dan geng-geng makcik masjid yang berbas-bas ke MADAD dari seluruh negara untuk kuliah Sabtu beliau selain ustaz selebriti di tv.

Tetapi tak ramai orang tahu yang Ustaz juga adalah Ahli Majlis Tertinggi MyAqsa Defenders, bermaksud Ustaz juga gigih membantu saudara-saudara kita di P sama ada dengan sarana idea atau kempen kutipan sumbangan.

Yang ada rezeki kesihatan dan masa memang kena ziarah MADAD. Bayangkan dalam bulan Ramadan ni setiap hari 5 ribu orang minima berbuka di sana, semuanya percuma dengan menu tak rilek! Sambil tu boleh bawa anak tengok kucing, kuda, belajar memanah dan menembak paintball, dewan kahwin dan hotel kapsul pun ada!

Terima kasih Ustaz walau super sibuk masih sempat menyertai kami dalam Misi Battle of The Influencers; Fastabiqul Khairat ni. Moga Allah mudahkan segala urusan. Tepat sangat tagline hangpa, penat akan hilang, manfaat akan kekal!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

30 minit berbaki untuk hari Jumaat kedua di Ramadan. Jangan terlepas. Sumbang. Share. Perbanyakkan doa. https://swiy.co/nadiralnuri

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Apakah saat paling sakit dan sedih yang pernah kalian lalui di dalam hidup?

Buat wanita ini, ia saat tersedar bahawa anak yang terbaring kaku di atas katil hospital, adalah anaknya sendiri. Lalu dia menjerit mencari di mana baki anak-anaknya yang lain..

Kita tak dapat menghentikan pembunuhan ke atas mereka. Tetapi sekurangnya kita berusaha untuk mereka tak berjuang dalam keadaan lapar.

Jom teman, kongsikan post ini dan salurkan sedikit rezeki untuk mereka. Link sumbangan di https://swiy.co/nadiralnuri, semoga Allah saja membalas kebaikan kalian.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

4. https://swiy.co/ustazyusra

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

https://swiy.co/alifsatar

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

https://swiy.co/yusufbahrin

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Sebab saya tuan rumah saya kongsikan jugalah link influencers yang lain untuk kalian kempenkan 😄

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Minta maaflah tapi yang ni saya punya.

Bukan tak nak share tapi nak buat macam mana, Rempeyek Rare ni berhantu, sekali duduk boleh habis setengah bekas. Dua kali mengadap dah kena beli lain lagi.

Dahlah dibungkus setiap satu, sekeping sekeping jadi bila sampai kat saya, tak pecah. Memang makan rempeyek bukan sedut serbuk pakai straw. Penuh kacang pula tu.

Kalau korang nak korang belilah sendiri. Satu bekas RM35 tapi kalau ada family bagus beli dua terus, RM65. Kalau tak memang tak puas makan.

Klik sini hah https://kurmarutob.bilisworld.com/rempeyek-nan/

Kruup kraap kruup kraaap. Pehhh memang sedap.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Video kecil penghibur hati, pengubat lara. Bukti yang kita ada dan tak melupakan mereka.

Alhamdulillah, setiap hari ribuan keluarga dapat kita berikan makanan, dari kawasan paling utara di G sehingga ke paling selatan. Rezeki kita bila ada banyak rakan NGO tempatan sehingga capaian kita menyeluruh dan sampai kepada semua.

Ramadan ini sasaran kita RM10 juta, semuanya untuk dibelanjakan di bulan yang mulia dan majoritinya untuk makanan. Bukankah sebaik-baik amalan memberi makan kepada orang yang berpuasa, lagi-lagi di sana apabila perjuangan mereka untuk bumi dan maruah kita.

Teman-teman kita perlukan sekitar RM40k sahaja lagi hari ini untuk mencapai kutipan setengah juta dalam perlumbaan Battle Of The Influencers, misi sama untuk mencapai RM10 juta tadi. Jom kita cukupkan supaya rakan-rakan influencers yang lain juga teruja untuk melakukan Fastabiqul Khairat, berkejar melakukan kebaikan!

Link penyokong saya di https://swiy.co/nadiralnuri

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Adakah kita pernah diuji, dengan kesedihan melebihi kesedihan wanita ini? Saya pasti ia bukan ahli keluarganya yang pertama dan bukan yang terakhir akan terkorban.

Aku tahu usahaku kecil Ya Allah untuk membantu mereka, tetapi sekurangnya aku melakukan apa yang terdaya, tanpa duduk senyap dan alpa. Semoga Allah mengampunkan kita semua.

Sahabat semua, sumbangan untuk penduduk di sana masih diteruskan. Salurkan segera di pautan ini dan kongsikan seluasnya agar beban mereka dapat diangkat, kesakitan mereka sedikit terubat.

https://swiy.co/nadiralnuri

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Iman dan akidah anak G. Luar biasa, kita yang dewasa pun susah nak sampai ke tahap sama.

Sebab itu kita tak boleh berhenti menyokong mereka. Perjuangan kita begini, di sini. Sahabat semua, kita masih memerlukan sumbangan untuk Ramadan di G, sasaran kita ialah untuk dapatkan RM10 juta dan majoritinya akan digunakan untuk makanan di sebelah utara dan bandar G.

Boleh klik di sini sambil support saya dalam pertarungan mengejar kebaikan Battle of The Influencers! Tolong sebarkan ya 🤲

https://swiy.co/nadiralnuri

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Kita ada satu lagi produk ni gais. Katanya setiap 3 hari, habis 1000 balang terjual. Rempeyek Rare.

Ni ha, geram je tengok rempeyek ni. Penuh kacang, rangup, saiznya pun ngam-ngam untuk 2,3 kali ngap. Kruup kraap kruup kraaap.

Ni bukan sebarang rempeyek, ini Rempeyek Rare. Rempeyek rare yang tak ada ikan bilis tapi penuh kacang. Letak satu balang selepas satu hari konfem hilang. Hanya dengar dari bawah katil dan dalam almari bunyi. Kruuppp kraaap kruuup kraaap.

Rupanya anak tengah melanyak rempeyek bawah katil, suami tengah melantak dalam almari.

Nak buat macam mana memang sedap.

Apa lagi yang rare pasal rempeyek ni? Trial and error dah dibuat untuk memastikan ia dipos dan tak pecah. Kalau pecah pun sekeping dua.

Macam mana? Selain dibalut dengan bubble wrap, masa dibungkus dan dipos setiap satu keping rempeyek dibungkus di dalam plastik. Jadi kalian konfem akan makan rempeyek bukan serdak dan serbuk berterbangan.

Apa lagi orderlah cepat. Round pertama test sendiri dulu. Round kedua, ketiga untuk bawa balik kampung bagi ayah dan ibu.

Klik sini https://kurmarutob.bilisworld.com/rempeyek-nan/

Kruuuup kraaap kruuuup kraaap oooohhh memang sedaaaap...

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

👆Di tengah masjlis PMX juga sempat ziarah untuk berikan semangat kepada delegasi 💪

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Kedudukan carta setakat ni. Satu lagi anak tangga gais!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Mereka keluar mencari makanan.

Mereka pulang menjunjung jasad anak dan kawan.

Hakikat pahit di utara dan bandar G, penduduk sama ada menunggu mati kelaparan atau mati dibom dalam proses menunggu bantuan.

Sebab itu bila ada laluan untuk meringankan beban mereka, kita tak boleh bertangguh dan berkira. Sahabat-sahabat NGO di sebelah utara dan bandar G memaklumkan bahawa ada ladang kambing yang dapat diakses berdekatan sempadan, pada masa sama gedung makanan milik syarikat-syarikat perniagaan juga boleh diakses apabila penjajah meninggalkan kawasan tersebut.

Di selatan Gaza pula ada lori-lori daging lembu beku milik syarikat perniagaan yang dibenarkan masuk dan hanya akan dijual kepada NGO saja untuk dimasak dan diagihkan. Kami terus menempah 5 tan sebelum stoknya kehabisan.

Alhamdulillah dalam tempoh lebih sepertiga Ramadan ini, pasukan kita di sana dapat menyediakan puluhan ribu pek makanan dan makanan panas untuk penduduk berbuka.

Teruskan menyumbang teman-teman. Mereka memerlukan kita. Klik https://swiy.co/nadiralnuri segera.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Alhamdulillah seronok bila hadirnya hari Sabtu, hari minggu. Boleh berehat sekejap, tambah ibadah sikit.

Tapi bila mula buka medsos mesti akan diingatkan bahawa saudara-saudara kita di sana tak pernah berehat, tak pernah tenang. Cuma ibadah mereka meningkat sebab ibadah mereka next level iaitu jihad di jalan Allah.

Sahabat-sahabat saya, yang lama dan yang baru. Hari ni kita nak usahakan untuk bagi kutipan sumbangan Ramadan melalui saya mencecah RM200,000. Sikit saja lagi nak capai tu, sekitar RM50,000 saja.

Saya tahu tak semua mampu menyumbang tapi saya yakin semua mampu share. Lagi-lagi dalam Islam diajarkan kepada kita, siapa yang menunjukkan kepada jalan kebaikan akan mendapat pahala seperti orang yang melakukan kebaikan tersebut.

Sebab itu syurga tak susah melainkan untuk mereka yang berlengah dalam mencarinya.

Jom salurkan melalui pautan https://swiy.co/nadiralnuri

Terima kasih. Ya Allah murahkan rezeki sahabat-sahabat saya, mudahkan urusan-urusan mereka.

Video anak ini mencium pipi adiknya buat kali yang terakhir.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Waktu mustajab berdoa. Letakkan hp angkat tangan ke langit. Selitkan dengan sumbangan https://swiy.co/nadiralnuri

Semoga segala hajat kalian ditunaikan ameen.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

MENCIUM KEPALA ORANG G

Kelmarin kami solat di Masjid Putra, Putrajaya. Usai solat kami bergerak untuk keluar sebelum ditegur oleh seorang lelaki berjubah.

Beliau bersalam dengan saya, bertanya khabar dengan wajah yang tampak penuh kebimbangan. Nyata beliau sering mengikuti perkembangan saudara-saudara kita di sana malah mengikuti juga perkembangan keluarga saya. Saya lantas memperkenalkan sahabat saya yang berada di sebelah, saudara Shadi yang berasal dari G.

Lelaki tadi terus memaut tangan Shadi, bersalaman dan memautnya dengan erat, kemudian cuba mencium kepalanya. Shadi beristighfar, menarik kepalanya ke belakang mengelak diberi penghormatan sebegitu rupa.

Entah kenapa apabila melihat tindakan lelaki tadi saya sebak.

Penduduk G ini memang luar biasa dan selayaknya diberi penghormatan sebegitu rupa. Mereka lahir dalam keadaan serba susah, membesar dalam perjuangan dan sekiranya mati, akan mati sebagai syuhada’.

Satu hari saya pernah membuat kira-kira kasar. Kalau seorang syuhada’ boleh memberikan syafaat kepada 70 orang, bermakna 30,000 syuhada’ sekarang boleh memberi syafaat kepada 2.1 juta orang.

Bermakna jika syafaat mereka hanya dihadiahkan kepada penduduk G, seluruh penduduk G telah dijamin masuk ke syurga!

Saya hanya mampu berharap yang sedikit syafaat itu akan dihadiahkan juga kepada kita, umat di luar yang cuba untuk tidak lupa tentang perjuangan mereka.

Usai bercerita dan bergambar, lelaki berjubah tadi memperkenalkan dirinya sebagai bekas imam masjid negara. Patut pun beliau cukup menghormati penduduk G kerana hanya jauhari mengenal manikam!

Teman-teman di bulan penuh keberkatan jangan lupa untuk terus menyalurkan sumbangan! Klik https://swiy.co/nadiralnuri segera!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

https://swiy.co/thehelmi

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

https://swiy.co/cikgufadli

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

https://swiy.co/khairulhakimin

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Untuk saya pastinya saya berkempen untuk kita menang!

Jom sumbang melalui link saya cepaaaaat!

https://swiy.co/nadiralnuri

Link utama untuk lihat info misi (persaingan jumlah kutipan, kegunaan dana dll)

https://cintagaza.my/battleoftheinfluencers

Читать полностью…
Subscribe to a channel