Tunjukkan kepada anak-anak kita agar mereka faham makna BERSYUKUR. Tunjukkan kepada anak-anak kita agar mereka tahu erti NIKMAT. Tunjukkan kepada anak-anak kita agar mereka menghayati makna AMAN dan DAMAI.
Читать полностью…"Siapa kata untuk menjadi sukarelawan itu mudah?
CINTA GAZA MALAYSIA BOLEH LATIH ANDA!
Dalam program kali ini, kami mahu mengajak golongan belia dan pelajar IPT untuk mencungkil potensi menjadi sukarelawan dan ikon CGM!
Mahu menjadi ikon sukarelawan?
Mahu tahu cara menghasilkan kertas kerja yang berkesan?
Mahu faham strategi pembebasan Palestin?
Mahu tahu rahsia mendapatkan dana awam yang efektif?
Inilah masanya!
TRAINING OF VOLUNTEER SIRI-3
Tarikh: 11 Ogos - 17 Ogos 2024
Tempat: Kem Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor.
Hanya RM300 RM180 untuk 30 peserta terawal!
Harga runtuh untuk yang daftar secara berkumpulan (3 orang): RM150/seorang.
☑️ Penginapan disediakan
☑️ Makanan disediakan
☑️ Sijil fizikal
Terbuka kepada golongan belia yang berusia 18 - 30 tahun.
Cepat dapatkan tempat anda di dalam program terhad ini!
Klik sini untuk daftar: https://bit.ly/tovearlybird
Sebarang pertanyaan, klik https://bit.ly/naktanyaTOV
Jumpa anda di sana!
#trainingofvolunteer
#TOVCGM
#heroes4hope
#weareCGM
Terima kasih kepada kalian yang masih menyumbang kepada G dan terima kasih kepada yang bertanya, adakah sumbangan masih boleh masuk pada saat ini.
Saya kongsikan beberapa point menjawab persoalan kalian,
1. Alhamdulillah sumbangan yang kalian salurkan melalui CGM masih dapat sampai kepada penduduk dengan kaedah sama yang kami gunakan sejak awal perang iaitu membeli barangan dari dalam G sendiri. Justeru kami tak berdepan isu seperti ribuan lori bantuan yang tersekat di sempadan Rafah.
2. Bagaimana bayaran dibuat? Untuk syarikat pembekal barangan seperti makanan dan pakaian yang mempunyai akaun antarabangsa, pindahan dibuat ke akaun tersebut. Untuk syarikat lain, perjanjian ditandatangani supaya pembelian dibuat secara kredit, iaitu pembayaran akan dibuat pasca perang.
3. Adakah masih ada stok barangan di dalam G? Jawapannya ya, kerana walaupun pintu sempadan Rafah telah dikawal penjajah dan ditutup serta penggunaannya dikawal ketat, barangan dagangan (komersial untuk dijual) masih masuk melalui sempadan komersial seperti Border Kerem Abu Salem di selatan G.
4. Untuk bantuan akan datang termasuk projek daging korban yang akan disembelih di luar dan akan ditinkan, laluan baru akan diteroka supaya bantuan boleh masuk melalui tanah terjajah di sebelah utara (sempadan Erez) dan sampai ke kawasan kritikal di G utara dan Bandar G.
Bercakap mudah tetapi menghidangkan bukti lebih meyakinkan. Baru-baru ini tim CGM telah berjaya mengagihkan tepung yang beratnya adalah 25kg satu guni di sekitar Bandar G.
Seramai 750 keluarga/3,740 orang yang menerima bantuan guni 25kg ini. Tepung ini boleh digunakan oleh penduduk G untuk menghasilkan makanan harian mereka, alhamdulillah.
Terima kasih kerana terus memberi kepercayaan kepada kami. Sumbangan kalian masih sangat diperlukan untuk projek daging korban; projek ini dengan sasaran RM2 juta akan membantu ratusan ribu penduduk yang kelaparan di sana.
Kalian boleh klik korban4ummah.com/pendaftaran dan menyumbang di infak umum atau hubungi wasap.my/+60164636354 untuk maklumat lanjut.
Tolong sebarkan ya kerana masih ramai yang bertanya, sampai tak sumbangan kami?
Saya membina hubungan dengan sahabat-sahabat dari negara-negara 'Tan' ketika menuntut di Ma'ahad Ad-Dawli, Dimashq sekitar tahun 2011-2012.
Ketika itu saya bermusafir bersama mereka, memasak untuk mereka, belajar bahasa mereka sehingga akhirnya menubuhkan apa yang kami sebut sebagai 'Rabithah Tullab Ad-Dawli' - 'Ikatan Pelajar-Pelajar Antarabangsa' untuk membentuk jaringan membantu pelajar-pelajar susah yang datang dari negara-negara tersebut.
Hubungan saya paling rapat dengan pelajar dari Shishan (Chechnya), selain Dagestan, Uzbekistan dan Tajikistan. Sejak itu cinta saya untuk mengenali negara mereka, kisah perjuangan generasi awal mereka menentang Rusia suatu ketika dahulu dan cara fikir mereka berputik. Dukacitanya selepas perang Syria mendekati Dimashq kami diminta pulang ke tanah air dan hubungan terputus melainkan dengan beberapa orang sahaja.
Beberapa bulan lepas ketika berkonferens di Dubai, kami didatangi seorang pemuda mewakili NGO dari Tajikistan. Beliau hanya boleh berkomunikasi di dalam Bahasa Arab dan bahasa Tajik serta Rusia. Beliau menceritakan keperluan besar umat Islam di rantaunya dan akhirnya kami bersetuju untuk memulakan bantuan dengan misi korban.
Alhamdulillah, Allah membuka ruang semula untuk kita membantu saudara-saudara kita di kawasan 'Caucas' selain di Uganda, Sri Lanka dan beberapa negara lain.
Kita juga tak melupakan mereka di G, daging korban untuk mereka akan dikorbankan di India dan ditinkan di UAE sebelum dihantar masuk melalui utara G, inshaAllah. Tahun ini kita hanya dapat membuka peluang sumbangan daging ke G (melalui 'infak umum') dan bukan penyertaan bahagian memandangkan kesukaran penggambaran dibuat di sana.
Semoga dengan kehadiran hari pertama daripada 10 hari pertama Zulhijjah, antara hari paling hebat dan berkat di dalam Islam, yang jatuh pada hari Jumaat pula, kita boleh merebut peluang ini untuk 'berkorban' bersama-sama. Klik link di bawah
https://korban4ummah.com/pendaftaran
Jom, sumbang, sertai dan sharekan kepada semua. Share kebaikan pun pahala juga.
https://www.facebook.com/share/p/SEnksPsYhyJXdqqT/?mibextid=oFDknk
Selangkah ke hadapan untuk anakanda Iman membina semula masa depan, inshaAllah.
Terima kasih banyak Prof DrAhmad Ziad Sulaiman dan seluruh warga kerja UMPSA tadi meraikan kami sekeluarga dan memudahkan urusan anakanda masuk ke UMPSA inshaAllah.
Terima kasih juga para pensyarah Dr Syifak Izhar dan Dr Nasrul Hadi Johari dan anak-anak melayan kami sepanjang hari.
"Untuk sertai TOV, perlukan kelayakan apa?"
Jangan takut untuk mendaftar kerana TIADA KELAYAKAN atau SIJIL AKADEMIK pun diperlukan.
Yang kami mahu hanya semangat dan komitmen anda untuk pembebasan Palestin!
Dah daftar ke belum program tahunan Persatuan Cinta Gaza Malaysia, Training of Volunteer 2024?
TRAINING OF VOLUNTEER SIRI-3
Tarikh: 11 Ogos - 17 Ogos 2024
Tempat: Kem Sg. Congkak, Hulu Langat Selangor
Yuran pendaftaran? Jadilah 50 peserta terawal dengan harga promosi RM180 sahaja!
Nak sertai secara berkumpulan? Harga runtuh RM150 seorang! Maksimum hanya 3 orang bagi satu kumpulan.
☑ Penginapan disediakan
☑ Makanan disediakan
☑ Sijil fizikal
Cepat dapatkan tempat anda di dalam program terhad ini!
Klik sini untuk daftar: https://bit.ly/tovearlybird
Sebarang pertanyaan, klik https://bit.ly/naktanyaTOV
Jumpa anda di sana!
#trainingofvolunteer
#tov2024
#heroes4hope
#weareCGM
Kartun yang menggambarkan G pada waktu ini. Yang terkorban terlalu ramai, terpaksa ditinggalkan pergi.
Yang bernyawa perlu terus melangkah, agar dalam 1001 kesakitan hidup dapat terus digagah. Allahuakbar.
Banyak sangat video dan gambar mengoyak hati lalu di wall hari ni. Jangan lupakan mereka, teman.
Читать полностью…Agak-agak budak ni siapa? Jawapannya, ni Haura' beberapa tahun lepas 😆
Cepat budak ni membesar walaupun sejak dari kecil memang dah suka pakai make-up bagai, penangan ada kakak-kakak yang dah besar kot.
Tapi bila di Malaysia, Haura' mula ikut rentak Babanya pula. Dia tahu kalau kat sini memang ke hulu ke hilir berceramah, berjumpa orang, gambar gambar makan makan.
Jadi bila Haura' buka mata je, soalan pertama dia akan tanya saya, Baba, hari ni kita ada mesyuarat kat mana? Berapa mesyuarat? 😄
Kalian buat apa cuti-cuti ni? Layan anak-anak tu, main bersama, bawa berjalan sebelum mereka membesar. Kejap je nanti mereka dah bukan 'milik' kita.
Apa harapan kamu? Ditanya kepada anak kecil yang menempuh ombak bergelora untuk mendapatkan bantuan makanan yang dicampakkan daripada kapal terbang.
Saya berharap yang saya akan mati!
Allah. Allah. Apa yang telah anak kecil ini lalui sehingga di usia sebegini, dia berharap untuk mati?
Mati lebih mudah, lebih indah kerana di dalam syurga, makanan sentiasa ada, di dalam syurga, ibu ayah kami menunggu penuh setia, kata sebahagian mereka.
Kalian hanya ada Allah. Semoga Allah yang memberikan kalian kesabaran dan kekuatan.
👆Kami sedang menuju ke sini inshaAllah. Tayar kenderaan pecah, doakan selamat dan sempat sampai.
Читать полностью…Bagi yang ingin menonton semua episode Tentang Syam edisi Palestin, boleh ke Instagram Cinta Syria Malaysia
Atau boleh klik terus ke link dibawah untuk menonton episod yang tertentu :
Part 1 : Sejarah Tamadun Palestin
Part 2 : Perbezaan Palestin, Jurusalem, Baitul Maqdis & Al-Aqsa
Part 3 : Kepentingan Baitul Maqdis kepada 3 Agama
Part 4 : Kronologi Perang-Perang di Palestin
Part 5 : Di Sebalik Peperangan Taufan Al-Aqsa
Part 6 : Apa Kaitan Palestin dan Syria?
Part 7 : Perbezaan Hamas dan Fatah
Hari Jumaat ini di 10 hari penuh berkat, peluang terakhir ikut korban masih dibuka, jom korban di negara Tajikistan dan negara Muslim miskin yang lain, klik https://korban4ummah.com/pendaftaran dan sharekan!
Tajikistan berbaki 23 bahagian setakat ini!
Buat julung kalinya, siri Dialog Senja dibuka untuk kehadiran penonton secara fizikal!
Memasuki hari ke-248 perang Taufan al-Aqsa, Gaza masih berdarah.
Setiap hari kanak-kanak di sana bertanya, "Wahai negara Arab, di mana kalian!" Namun tindakan mereka sepi. Hanya mampu mengadakan pertemuan sesama mereka bahkan mengeluarkan kecaman demi kecaman.
Dialog Senja kali ini dengan tajuk Taufan al-Aqsa: Titik Mula Perubahan Politik Dunia akan dikupaskan oleh panel yang tidak asing lagi, Tuan Nadir al-Nuri (CEO Cinta Gaza Malaysia), Tuan Syed Ahmad Israa' (CEO IRIS Institute) dan Tuan Nasaie Ismail (Penulis Buku Hari-Hari Akhir Israel di Bumi Palestin).
Kami dengan sukacitanya ingin menjemput Tuan Puan semua untuk mengikuti siri Dialog Senja secara fizikal di Perpustakaan CGM pada ketetapan berikut:
Tarikh: 24 Jun 2024 (Isnin)
Masa: 3:30 - 4:30 petang
Medium: Fizikal di Perpustakaan CGM
Live: FB dan YT LIVE Terkini dan Sensasi Palestin
Terhad 20 pendaftaran sahaja!
https://bit.ly/DialogSenja2024
https://bit.ly/DialogSenja2024
https://bit.ly/DialogSenja2024
#DialogSenjaCGM
#Heroes4Hope
⚠️ STATISTIK TERKINI ⚠️
🔺2 juta orang kehilangan tempat tinggal di semenanjung Gaza
🔺192 ibu pejabat kerajaan musnah
🔺110 sekolah dan universiti musnah sepenuhnya
🔺319 sekolah dan universiti separa musnah
🔺604 masjid musnah sepenuhnya
🔺 200 masjid separa musnah
🔺3 gereja menjadi sasaran dan dimusnahkan
🔺138,300 unit kediaman musnah sepenuhnya
🔺453,000 unit kediaman separa musnah
🔺79,000 tan bahan letupan dijatuhkan ke atas Gaza
🔺33 hospital dan 55 pusat kesihatan tidak dapat beroperasi
🔺160 institusi kesihatan separa terjejas
🔺131 ambulans musnah sepenuhnya
🔺206 tapak arkeologi dan warisan dimusnahkan oleh Zionis
🔺33 bilion dolar kerugian awal langsung perang kemusnahan di semenanjung Gaza
Pejabat Media Kerajaan
Jumaat, 7 Jun 2024
Pemilik Sabasun HYPErRUNCIT Sdn Bhd (Sabasun), syarikat milik Bumiputera yang terkenal di Terengganu serta lantang dalam kempen menghentikan jualan produk berkaitan Israel telah meninggal dunia, hari ini.
Che Salmi Che Ibrahim yang juga merupakan Pengarah Urusan Sabasun meninggal dunia akibat kanser, telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital KPJ Ampang Puteri, Kuala Lumpur, awal pagi tadi.
Berita sedih hari ini, beliau merupakan antara penyumbang yang banyak menyumbang kepada kempen-kempen di CGM. Semoga Allah menempatkan beliau bersama para anbiya dan solihin.
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه 🤲🏻
Ramai yang masih bertanya untuk sertai korban di G pada tahun ini. Jujurnya kami tak berani untuk buat seperti tahun-tahun lepas sebab ada risiko besar haiwan sembelihan tak dapat disediakan di dalam G.
Begitu juga kami tak bersetuju untuk haiwan disembelih di Mesir dan dihantar sebagai daging beku ke dalam kerana kaedah ini juga berisiko tinggi dengan keadaan sempadan Rafah sekarang.
Pilihan terbaik yang kita ada ialah supaya haiwan disembelih di negara lain (India) pada hari raya korban kemudian dihantar ke UAE untuk ditinkan sebelum dihantar ke G melalui utara.
Tonton video untuk info lanjut, sumbangan daging kalian sangat diperlukan pada waktu makanan semakin terhad di sana pada saat ini.
Sumbang melalui link dengan menekan infak umum atau sertai projek korban kami yang akan diadakan juga di Tajikistan, Sri Lanka, Uganda dan beberapa negara lain.
Jangan lepaskan peluang ini!
https://korban4ummah.com/pendaftaran
NADIR AL-NURI DI PBAKL! 🇵🇸
26 Mei (Ahad)
- Booth Pustaka Permata Ummah (12 tengahari - 1 petang)
- Booth ILHAM Books (3 petang - 4 petang)
28 Mei (Selasa)
- Booth Bookcafe (10 pagi)
- Booth Hamare (2.30 petang)
1 Jun (Sabtu)
- Booth Telaga Biru (12 tengahari - 1 petang)
Semalam Pasukan Bomba Dan Penyelamat di G menghantarkan kepada pasukan kami gambar-gambar ini. Kata mereka, trak-trak ini sahaja yang masih dapat beroperasi menyelamatkan nyawa di seluruh G.
Dalam kesedihan, hati kita terubat apabila melihat logo CGM kita terpampang megah di trak bomba tersebut. Ia adalah sebahagian daripada sumbangan 1 juta dollar yang kita sampaikan bersama MyAqsa Defenders kepada Pasukan Bomba dan Penyelamat pasca perang 2021 yang berjaya menghasilkan lima buah trak bomba selain beberapa bangunan, peralatan dan sebuah ambulans.
Alhamdulillah, besar pahala kalian, sumbangan kalian menyelamatkan nyawa yang banyak pada hari ini. Semoga pahala kalian terus mengalir.
Kita sering melihat ilustrasi pokok zaitun yang dikaitkan dengan perjuangan pembebasan Palestin. Kita tahu pokok zaitun terkenal dan banyak dijumpai di negara arab, namun mengapa ia mampu menjadi salah satu simbolik untuk Palestin?
Dahan pokok zaitun dikatakan lambang keamanan dan kemakmuran setelah berabad-abad. Pokoknya yang tahan lasak kerana mampu bertahan walaupun musim kemarau ataupun sejuk disebabkan kekuatan akarnya. Oleh itulah, pokok zaitun ini melambangkan kekuatan dan ketahanan penduduk Palestin terhadap Israel penjajah.
"If the olive trees knew the hands that planted them, their oil would become tears". -Mahmoud Darwish
#CGMKongsi
👆Terus berkongsi tentang P. InshaAllah sekejap lagi saya juga akan berkongsi tentang kenapa kita masih 'belum menang' sehingga saat ini.
Читать полностью…Video ini membuatkan saya sedih lebih daripada melihat gambar anak-anak kita yang syahid di Rafah setiap saat pada waktu ini.
Kerana apa? Kerana video ini menggambarkan satu rasa yang cukup menyakitkan, rasa yang kalau orang tak beriman mungkin akan mengambil nyawa sendiri, rasa kosong dan hidup tak lagi bermakna.
Ia adalah rasa قهر yang tidak boleh diterjemahkan secara terus dalam BM. Tetapi maksudnya lebih kurang putus asa, putus harapan, hidup seperti zombie dan menghitung hari-hari berlalu yang kosong dan tak lagi bermakna.
Saya pernah diuji rasa ini apabila mengheret 2,3 beg dan berjalan berkilometer untuk masuk ke sempadan Rafah, saya merasainya juga apabila menjunjung bagasi berjalan masuk ke kota Dimashq di bawah bedilan Apache berjam lamanya.
Ketika itu kerana terlalu penat, kita sudah tak peduli kalau dibedil bom atau ditembak sniper. Apa nak jadi, jadilah, aku redha.
Rasa inilah yang dirasai anak kecil yang menolak meja yang diterbalikkan untuk berpindah menyelamatkan sedikit harta dan nyawa, rasa inilah yang dilalui si ibu yang menarik di hadapan. Setiap langkah dipaksa, setiap titisan peluh diseka, hanya kerana dia tahu masih ada yang bergantung kepadanya.
Allah sahaja yang dapat memberikan kalian kekuatan dan kesabaran. Ya Allah permudahkan urusan mereka, campakkan semula sinar dan keinginan meneruskan hidup di dalam hati mereka, ameen ameen 😭
Ramai yang duk fikir nak bawa apa ke majlis makan raya ofis, surau dan sebagainya. Yelah kita kan raya sebulan ++
Kalau yang nak special, boleh dapatkan Rempeyek Rare ni. Sesuai untuk kunyah sambil bincang isu umat, isu politik setempat.
Satu balang biasa tak cukup ni sebab isu kan banyak. Beli dua, tiga balang sekaligus baru puas hati.
Dibungkus setiap satu, sekeping sekeping jadi bila tak pecah. Memang makan rempeyek bukan sedut serbuk pakai straw. Penuh kacang pula tu.
Satu bekas RM35 tapi kalau beli dua terus, RM65. Kalau tak memang tak puas makan.
Klik sini hah https://kurmarutob.bilisworld.com/rempeyek-nan/
Kruup kraap kruup kraaap. Pehhh memang sedap.
Esok ayuh kita perbaharui semangat kita untuk Palestin. Sejuk dah semangat kita kan, berita dah jarang kongsi, sumbangan tak kerap, demonstrasi pun dah tak dibuat.
Jadi esok ni pembakar semangat kita untuk terus bersama saudara kita yang masih dibunuh! Ayuh esok kita bertakbir dan bersorak, bersama ummah!
Allahuakbar!