nadiralnuri | Unsorted

Telegram-канал nadiralnuri - Nadir Al-Nuri

241417

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Subscribe to a channel

Nadir Al-Nuri

Kalian kena bantu buat hebahan dengan berkongsi dari sini https://www.facebook.com/share/p/mogKb8iUjCBjVE22/?mibextid=oFDknk

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Gambar ni bukan diambil di Al-Aqsa.

Tetapi ia replika masjid yang dibuat di G untuk menggambarkan rindu dan teringinnya penduduk G untuk sampai ke sana.

Ya, majoriti penduduk G termasuk saya tak pernah solat pun di sana walaupun jarak dari G ke Al-Aqsa di Baitul Maqdis hanya sekitar 90km kerana Iz tak benarkan kami untuk melalui sempadan mereka.

Baju yang saya pakai tu nama coraknya Kuffiyeh. Di Malaysia saya suka pakai baju bercorak Kuffiyeh sebagai tanda rindu dan teringin sangat nak berada bersama penduduk P pada saat ini.

Bersempena Awal Muharram kami akan keluarkan corak baju Kuffiyeh baru. Kalian tengok di bawah infonya dan bersiap-siaga ya untuk klik di 2lenpalestin.com nanti.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Dating dulu-dulu dengan anak dara di kedai kopi di G.

Fakta yang orang paling banyak silap tentang G ialah mereka hidup 24/7 untuk berperang dan berjuang. Hakikatnya mereka juga sangat cintakan kehidupan dan kemajuan, tempat-tempat hipster dengan kopi yang sedap, hiasan dalaman yang cantik dan tersusun tumbuh macam cendawan selepas hujan beberapa tahun belakangan ini.

Sabar sikit lagi G. Kami akan menjadikan engkau lebih cantik daripada sebelumnya.

Kalian boleh tengok vlog kedai kopi ni, link https://www.youtube.com/watch?v=XAfbasmG2m0

Kedai kopi Cupresso di Gaza, cun gila!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Pejabat dan rumah kami yang dimusnahkan penjajah. Gambar akhir itu ruang tamu rumah tempat kami mencipta memori bersama keluarga. Kini yang ada hanya duka.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

▶️ https://youtu.be/1gmFA98M_pg?si=aoq0ks8xRj1GLs9S

Jemput dengar & hayati lagu terbaru KUDUS PALESTIN 🇵🇸
🎙️ Lah Ahmad X Inteam

Kongsikan rasa anda 🤗

Terbitan : Inteam Records
Dibawakan oleh : My Aqsa Defenders 🇲🇾

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Jemput saksikan LIVE Nadir al-Nuri bersama para mahasiswa Universiti Islam Selangor!
https://vt.tiktok.com/ZSYHBXDgk/

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Duit berjuta belum ada. Tenaga pun selalu pancit dan tubuh tak bermaya. Apa lagi yang boleh dihadiahkan untuk ummah?

Inilah platformnya, media sosial kita, tempat berkongsi dan memberi makna.

Kadang kita menyebutkan susah untuk menulis tetapi menulis itu 'nature' kita, mengatakan tak tahu menulis adalah alasan semata. Apa pula rahsia orang seperti sahabat saya ini yang menulis bukan sahaja memenuhi lamannya sendiri tapi juga menulis untuk puluhan laman lain yang berbeza?

Jawapannya push, push, push.

Saya mengenali beliau dengan agak rapat dan boleh menyatakan dengan pasti bahawa tidurnya sedikit, usahanya berbukit, kasihnya kepada kerja kebajikan dan membantu umat tanpa penat dan perit.

Whatsapplah pada tengah malam pun, saya akan mendapatinya masih belum lena, berusaha tanpa putus asa mencapai matlamatnya. Satu saja yang saya hairan, macam mana airmatanya tak tumpah di atas pentas tadi dalam keadaan 1001 ujian menduga.

Beliau sahabat saya tuan Khairul Hakimin Muhammad. Ikutlah beliau, pasti banyak manfaat yang terselit.

Kalau yang nak diajar untuk kaya dunia dan akhirat, ikut pula Ibu Hanim yang ilmunya akan saya kongsikan dengan termampu di sini, inshaAllah.

Organ 2, accomplished alhamdulillah.

#bssb16 #ibuhanim

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Kerja-kerja agihan bantuan kecemasan masih berterusan hasil sumbangan kalian yang tidak henti sehingga ke hari ini ❤️

Untuk makluman kalian, bantuan makanan di Jabalia, Utara G ini diagihkan setiap hari kepada 2,000 penduduk di sana. Alhamdulillah, strategi kita membeli keperluan di dalam G terus membuahkan kejayaan di utara dan sekatan G. Terima kasih atas kepercayaan dan derma kalian.

Kalian boleh terus menyumbang ke https://emergency4gaza.com/kecemasan atau sumbang ke akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta G Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: kecemasan.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

POV : Haura' apabila diberitahu esok kita nak travel ke Melaka 😂

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

🔥HOODIE SALADIN🔥

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, batch 02 kini dilancarkan🔥. Bagi sesiapa yang tak berkesempatan untuk join Batch 01 yang lalu, ini peluang anda untuk dapatkan koleksi 2lenpalestin iaitu Hoodie Saladin 🇵🇸

📌BERMULA : 12 JUN 2024
📌TAMAT : 24 JUN 2024

Klik link tempahan sekarang untuk mendapatkannya segera 🇵🇸

2lenpalestin.com

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Alhamdulillah, misi korban di Tajikistan selesai dengan jayanya berkat doa dan sokongan kalian.

Tak sangka terlalu banyak yang masih boleh diteroka di bumi yang 93% daripadanya ini adalah gunung-ganang. Seronoknya, kerana Tajikistan mudah diakses, peluang membantu ummah merentasi sempadan ini akan kami buka kepada semua.

Tajikistan akan menjadi tapak baru melahirkan generasi terhebat #Heroes4Hope inshaAllah, dengan projek di Laluan Sutera kepada misi 'Switzerland baru dunia Islam' menjelang 2026. Excited kan?

Jangan lupa 'follow first' agar kalian tak terlepas peluang-peluang keemasan ini. Malam ini kami akan memulakan perjalanan pulang ke tanahair inshaAllah. То дидан, Tajikistan!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Tengah berehat sekejap dalam hiruk-pikuk mengurus projek korban di Tajikistan, tiba-tiba video ini lalu.

Automatik air mata mengalir 😭 Nasib baik bersendirian, kalau tak orang sekeliling mesti pelik apahal dia ni menangis tiba-tiba, rindu keluarga ke.

Budak-budak ini cuba dihiburkan penduduk pada hari raya dengan sambutan kecil-kecilan.

Tetapi tak semena-mena anak ini menangis. Rupanya dia teringat ayahnya yang baru saja syahid! Tak boleh nak bayangkan apa yang dia fikirkan dan rasai saat itu, cuba melawan perasaan sambil dipujuk kawan sebelah.

Entahlah. Saya tak berniat nak rosakkan mood raya kalian bersama yang tersayang. Tetapi yang dah lama dengan saya, dah pernah baca buku saya akan tahu bahawa peristiwa sama berlaku di depan mata saya, tahun 2013 di satu rehlah kepada Naeem.

Ketika itu dia duduk di satu bucu, tak mahu bermain kerana hari itu adalah ulangtahun kesyahidan ayahnya.

Asbab peristiwa itu saya cuba membawa Naeem keluar bermusafir untuk bercakap di Malaysia, lalu mengenali adik-beradik kemudian ibunya, dan bakinya adalah sejarah.

Semua orang melalui peristiwa yang memberi pengajaran di dalam hidup. Yang membezakan satu dengan yang lain ialah RESPON DAN TINDAKAN apabila 'dijentik' Tuhan.

Ada yang akan berkongsi. Ada yang akan menyumbang. Ada yang akan berazam menjadikan anaknya pejuang. Yang rugi ialah yang membiarkan air matanya kering, lalu hilang.

Terpulang.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Saat berderai jatuh titisan air mata suci IBRAHIM,
Melihatkan keteguhan iman anaknya ISMAIL,
Dikala itulah bermulanya sejarah agung erti sebuah PENGORBANAN.

Selamat menyambut Eidul Adha daripada kami tim Cinta Gaza Malaysia.

Semoga setiap pengorbanan kita di muka bumi ini demi sesuatu kebaikan diterima dan mendapat redha Allah SWT.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Duhai pahlawan pembebasan, kami membuka semula jualan kilat Aidil Adha untuk Hoodie Saladin ini. Kalau nak sehensem Ustaz Yaakub Yusra boleh dapatkan di sini sementara ada free gift keychain tu 👉 2lenpalestin.com

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Doakan pasukan CGM, hari ini hari Jumaat, 4 pasukan telah terbang ke Uganda, Sri Lanka dan Tajikistan untuk melaksanakan amanah korban kalian. Saya sendiri ke Tajikistan.

Kita juga mengadakan projek korban di Lubnan, Indonesia dan Malaysia dengan pelaksanaan oleh rakan kolaborasi.

Untuk G pula, kita menghantar wakil memantau penyembelihan di India dan pengetinan di UAE sebelum dihantar masuk melalui utara semenanjung, dengan nilai korban sekitar RM2 juta. Peluang untuk menyertai korban di Tajikistan, Lubnan dan Indonesia masih terbuka. Nak sedekah am untuk daging G pun boleh di link https://korban4ummah.com/pendaftaran

Misi kami ke semua negara juga membawa identiti P dan advokasi P secara tak langsung. Doakan kami selamat sampai dan pulang ya!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

'Perdagangan berjuta dollar antara Malaysia dan Israel

Sementara barangan buatan Malaysia yang diimport oleh syarikat Israel, kerajaan Malaysia melarang syarikat kargo gergasi dari Israel, Zim, daripada menghantar kargo ke sini.

Produk yang tersenarai dalam data kosher itu juga termasuk dalam perdagangan bernilai ratusan juta dollar AS antara Malaysia dan Israel dalam tahun-tahun sebelum ini, menurut statistik yang dikumpul Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Jumlah import Israel dari Malaysia paling tinggi pada tahun 2018, iaitu sebanyak US$304 juta, sementara eksport Israel ke Malaysia paling tinggi pada 2013, iaitu sebanyak US$1.46 billion.'

Baca artikel penuh (bukan penulisan saya) di https://www.malaysiakini.com/news/709986

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Kalau nak dinilai dengan timbangan berat emas, buku Sedekad Di Penjara Terbesar Dunia, Seinci Dari Kematian ini tak dapat ditimbang kerana ia dimulakan dengan kisah karamah syuhada', air mata anak yatim dan bagaimana berputiknya cinta dua insan yang bertemu dari dua pelosok dunia yang berbeza.

Ramai rupanya yang belum tahu bahawa saya sudah menulis dua buah buku fizikal, 'Anak Melayu di P' dan 'Seinci Dari Kematian' ini sebagai buku bersiri menceritakan beberapa tahun pertama saya di G.

Banyak cerita menggambarkan situasi sebenar sebelum peperangan. Paling seronok kalau dibaca bersama anak-anak sebagai motivasi cintakan perjuangan dan pengorbanan.

Kami sedang gigih menyiapkan episod seterusnya untuk menukilkan tentang apa yang sedang dan akan berlaku pula.

Kalau kalian belum mendapatkannya, cepat sebab ready stock sudah tidak banyak yang tinggal. Klik saja https://ezy.la/bukucgm segera!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Bagus Norway ni. Prinsip dan ethics mengatasi segalanya.

Disclaimer : Saya kongsi untuk buka minda dan bertindak dengan kemampuan, mencerca dan mengeji tak mendatangkan faedah apa-apa.

https://www.facebook.com/share/p/Mf5oJtQ1hZmuEoUb/?mibextid=oFDknk

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Seronoknya bila ada ribuan orang yang mendoakan keluarga besar saya. Terubat seketika penat-lelah mengurus macam-macam hal.

Semua orang ada kesusahan dan masalah masing-masing.

Untuk kami sekeluarga, ketika berada di G kami hampir sampai kepada apa yang dicita-citakan iaitu untuk mempunyai rumah sendiri. Di sana ia seperti ‘pra-syarat’ untuk memastikan kalau ada apa-apa terjadi kepada ketua keluarga, sekurang-kurangnya anak-anak tidak merempat dan mempunyai bumbung di atas kepala.

Tanah yang dibeli dan tiang yang nak mula dipasak bukan milik saya pun. Ia milik anak-anak dan isteri yang telah berpuluh tahun menabung demi impian tersebut. Sedikit yang saya sumbangkan saya sebut kepada isteri, daftarkan atas nama-nama anak tiri, untuk saya dan anak-anak bertiga yang kecil inshaAllah Allah aturkan rezeki yang lain.

Tiba-tiba perang meletus.

Impian kami terbang menjadi abu. Lebih dahsyat, rumah sewa dengan segala harta yang kami miliki di sana turut menjadi korban kerakusan penjajah - ia didiami mereka dan dijadikan sebagai kubu.

Kami bermula daripada kosong semula.

Di bumi bertuah Malaysia ini kami mula ‘bersilat’, mencari ruang-ruang yang boleh diteroka. Isteri dan 3 anak masih di universiti, 3 yang lain masih di sekolah dan tadika. Dan anak bongsu saya, ah, anak bongsu saya biarkan saya cerita tentangnya di ruang yang berbeza.

Terima kasih kepada kalian semua yang membolehkan kami bertatih semula, membuka mata anak-anak saya khususnya bahawa di hadapan masih ada sinar dan cahaya.

Kami masih membuka ruang untuk kalian mendapatkan ebook yang kami coretkan tentang penawar diri daripada kisah-kisah G selama dua minggu lagi dengan harga seikhlas rasa sebelum kami masuk ke fasa kedua dan ketiga. Pembelian kalian membolehkan kami mula bangkit.

Di hati kami, kalianlah perwira. Terima kasih, sahabat semua yang sentiasa dalam doa-doa kami. Beli dan support kami di sini ya,

-> ezy.la/healingcaragaza
-> ezy.la/healingcaragaza
-> ezy.la/healingcaragaza

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

'Makan je bila nak makan, berjalan bila nak berjalan, yang penting jangan lupa doakan dan sumbang untuk kami di sini.'

Begitu pesan wanita besi yang duduk di antara saya dan Naeem ini apabila dihubungi sekitar dua bulan lepas yang berada di G. Ramai yang sudah kenal insan ini, mak mertua saya, ibu kedua saya, wanita yang sangat saya kasihi.

Saya ingat apabila kami membawa beliau berjalan-jalan ke Kundasang, ke Pulau Perhentian tahun 2016 apabila beliau ke Malaysia. Itu kali pertama beliau keluar bercuti; sebelumnya beliau pernah ke Sudan, ke Jordan tetapi ketika itu beliau mempunyai tugas sebagai isteri setia kepada suami yang buta mata ketika sedang menyiapkan Masters dan PhDnya.

Saya ingat saat itu ketika memecut menaiki bot membelah lautan, saya memandang ke wajahnya dan air mata sedang meluncur laju melalui kedut-kedut di wajahnya. Ketika mendaki kaki-kaki gunung, tangan beliau diangkat ke langit dan mulutnya terkumat-kamit berdoa.

Kami yang pelik, kenapa berduka ketika sedang mencipta momen bahagia diberitahu oleh Tata, nama panggilan manja beliau, beliau menangis kerana takjub melihat cantiknya ciptaan Allah, banyaknya nikmat yang perlu disyukuri. Allah, jarang kita sendiri hargai keindahan alam apabila ia dilihat setiap masa di hadapan mata.

Saat ini Tata sedang berdepan maut. Keluarga besar saya yang berada di Shujaeyah berdepan bedilan puluhan roket setiap hari. Doa saya hanya satu, Ya Allah selamatkan Tata, seluruh ahli keluarga kami dan penduduk G di sana, agar kami dapat ketemu semula.

Tolong ameenkan teman-teman.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Kalau kalian pernah mendapat manfaat daripada beliau, pohon kongsikan psoting ini di fb https://www.facebook.com/share/p/swUhDvASevvgiKJ6/?mibextid=oFDknk

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Siapa boleh teka gambar ni diambil dari filem apa?

Dukacitanya ia bukan filem. Ia kisah benar yang sedang dilalui warga P apabila seekor anjing penjajah dilepaskan untuk menyerang ibu tua ini apabila beliau enggan meninggalkan rumahnya di Jabalia.

Tulang beliau patah dan beliau mengalami kecederaan.

Bayangkan yang diterkam anjing itu ialah ibu kita. Bagaimana perasaan ibu ketika itu, jantung berdegup kencang dalam ketakutan dan merasa seolah-olah akan mati diserang.

Moga Allah terus memberikan mereka kekuatan.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

InnsyaAllah ada rezeki kita berjumpa lagi 😊

#hoodiesaladin #2lenpalestin

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Jom dengarkan perbincangan menarik tentang Palestin dengan panelis berpengalaman petang ini.

https://www.youtube.com/watch?v=760mDgAbmMw

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Sepanjang saya di Tajik, mama kepada budak dua ketul ni complain, depa susah nak bangun untuk ke tadika.

Si Haura' kalau dia malas dan rasa nak tidur, dia akan bagi 1001 alasan.

Kawan-kawan semua tak suka saya.
Cikgu cakap saya tak faham.
Tak ada orang nak cakap dengan saya.

Kalau Qamar lagi power, bila disuruh tidur awal, dia akan menolak. Katanya, saya tahu dah taktik ni, kalau tidur awal, kena bangun awal dan kena pergi tadika.

Padahal punyalah bersusah-payah cikgu-cikgu mereka nak korek semula vocab Arab yang ada, nak komunikasi guna Bahasa Inggeris pula.

Hari ni alhamdulillah saya selamat sampai semula ke Malaysia. Harap sebelum kena piat telinga, budak-budak ni bangun sendirilah ke tadika. Penangan ayah ni memang lain macam sikit.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

MashaAllah.

Terima kasih banyak Ustaz Hussin dan Ustazah Asma' Harun kerana sudi menerima hajat kami sekeluarga melaksanakan ibadah korban tahun ini di Ladang Ummah walaupun kami maklumkan last minute.

Lega kami memikul amanah di Tajikistan bila tahu family juga seronok di sana.

Berkhidmat untuk Allah, keluarga kita Allah akan hantarkan orang untuk berkhidmat untuk mereka dan memudahkan urusan mereka, inshaAllah.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

PERKEMBANGAN TERKINI DI GAZA
Setakat 17 JUN 2024| JAM 11 PAGI


▪️9 orang rakyat Palestin, termasuk lima orang kanak-kanak telah terbunuh dalam serangan Israel yang menyasarkan sebuah rumah di kem pelarian Bureij, tengah Gaza. Mereka dibawa ke Hospital al-Aqsa untuk rawatan selanjutnya.

▪️Antara kawasan lain yang turut menjadi sasaran rejim Israel, termasuklah:
▫️Sebuah rumah di utara Gaza:
2 orang terbunuh.
▫️Kawasan kejiranan Zarqa:
13 orang penduduk Palestin cedera.
▫️Kawasan kejiran Sheikh Radwan:
3 orang terbunuh.
▫️Kawasan pertanian di timur Deir al-Balah:
Rekod daripada Pusat Satelit PBB mendedahkan sebanyak 33.13 peratus kawasan pertanian itu telah musnah, meningkat mendadak daripada 5.36 peratus pada Oktober 2023.

▪️Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambut baik operasi "jeda taktikal" yang diumumkan oleh tentera Israel. Operasi itu difahamkan hanya melibatkan sepanjang jalan selatan Gaza. Pun begitu, PBB berharap ia akan membawa lebih banyak langkah konkrit untuk meningkatkan akses kemanusiaan di Gaza.

▪️Tembakan rentas sempadan daripada gerakan Hizbullah di Lubnan ke Israel boleh mencetuskan peningkatan konflik yang lebih serius, kata tentera Israel.

▪️Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant telah membuat lawatan ke kawasan yang menyaksikan 8 orang askar terbunuh dalam serangan hendap Hamas di selatan Gaza semalam. Gallant berjanji perang di Gaza akan diteruskan.

▪️Setakat 16 Jun 2024, jam 8:30 malam - angka kesyahidan telah meningkat sehingga 37,296 orang dan 85,197 yang lain dilaporkan cedera.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Tekan cepat korban4ummah.com/pendaftaran 🤲

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Kami juga telah menambah ruang berkorban di Tajikistan bagi menambah impak di sana sebagai negara baru yang diterokai 🤲

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Apakah yang lebih menyakitkan daripada mendapati anak sendiri mati syahid di hadapan mata?

Diberi harapan bahawa anak itu belum syahid, sebelum nyawanya diambil 7 hari selepas itu. Bacakan perkongsian dari telegram CSM t.me/cintasyriamalaysia ini,

"Dia masih hidup! Dia masih hidup!"

Sebuah video yang menyentuh hati merakamkan detik seorang bapa menyedari anaknya masih hidup selepas menyangka dia telah syahid dalam serangan kem Nusseirat, yang mengakibatkan 218 syahid dan lebih 400 cedera.

Bapa tersebut melihat lengan anaknya bergerak selepas memberitahunya bahawa dia akan mengebumikannya di sebelah kakaknya yang syahid.

Allahuakbar 🥹🥹😭😭😭

👉 Posting CSM selepas 7 hari kemudian...

Kalian masih ingat anak ini?

Taufiq Abu Yousef, 4 tahun, telah syahid, 7 hari selepas dia dengan kuasa Allah terselamat dari pembunuhan beramai-ramai di Nusseirat. Dia tidak mampu lagi menunggu rawatan perubatan yang tidak lagi ada di Semenanjung G akibat pengeboman dan kepungan IOF.

Dalam video yang tular yang kami post sebelum ini, Taufiq dilihat didukung dengan separuh otaknya terkeluar dari kepala. Bapanya, Raed, menganggap dia sudah mati syahid, sebelum Taufiq tiba-tiba menggerakkan tangan kecilnya. Dalam adegan yang penuh emosi, bapanya berlari ke hospital sambil menjerit "Dia masih hidup! Dia masih hidup!"

Taufiq adalah anak terakhir ibu bapanya selepas mereka sudah kehilangan tiga orang anak mereka sebelum dan semasa perang ini.

Ayahnya berkata: "Taufiq adalah segala-galanya bagiku, anakku, saudaraku juga sahabatku."

Moga Allah memuliakan para syuhada.

Читать полностью…
Subscribe to a channel