Dah dapatkan ketiga-tiga buku keluaran CGM?
Belum? Haa klik sini https://ezy.la/ulatbuku
Sahabat semua yang nak lepaskan marah dengan mengekspresi semangat P yang ada dalam diri kalian, boleh ke 2lenpalestin.com. Banyak produk P sedang kami launch di sana. Sematkan PLSTN di dada!
Kalian suka warna sweater yang mana? Saya secara peribadi suka warna hitam, masih mood berkabung 😔
Sahabat semua nak minta tolong share posting ni boleh supaya suara kita sampai khususnya kepada mereka yang cuba menolak usaha bantuan ini.
Share di sini, like sekali facebook baru saya tu ya👇
https://www.facebook.com/share/p/5iLSHqV5D7SSEeom/?mibextid=oFDknk
Tak sangka kan, 1 juta dollar yang kita sumbangkan untuk trak bomba dan peralatan Pasukan Bomba Dan Penyelamat di G pada tahun 2022, hari ini menjadi aset paling berharga mereka untuk menyelamatkan nyawa.
Berapa puluh ribu nyawa dah mereka selamatkan, berapa jasad syuhada' dah mereka keluarkan dari bawah runtuhan?
Harapan kita hanya satu. Semoga semuanya menjadi timbangan amal berat buat kita kelak di hadapan Tuhan.
Kepada tuan/puan yang bayarkan makan tengahari kami sekeluarga tadi di Restoran Murni, terima kasih banyak.
Tuan badan bayar dan keluar terus, kami pun tak tahu siapa.
Betullah rezeki datang dengan tak disangka-sangka.
Rezeki kami, dapat makan percuma. Rezeki beliau, didoakan isteri dan anak-anak saya, kaum kerabat para syuhada' yang gembira kerana ada yang meraikan mereka.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Nikmat datang dalam pelbagai bentuk.
Dan antara nikmat paling besar ialah anak yang gembira dan menggembirakan.
Kalau orang Arab budak nama Ibrahim dimanjakan dengan panggilan Barhum atau Hima!
Sweater 'Legacy' dan produk baru lain dilancarkan! Dapatkan juga best-seller sebelum ini seperti Hoodie Saladin. Banyak produk baru dan lama, untuk semua!
Klik 2lenpalestin.com dan support, share ye 😃
Ada kisah menarik diceritakan pagi tadi oleh sahabat P kepada saya di Muktamar Masjid-Masjid Se-Malaysia sempena memperingati ulangtahun ke-55 tindakan pembakaran Masjid Al-Aqsa oleh pelampau Zionis.
Beliau menyebutkan bahawa pada tahun 1990an, Syeikh Ahmad Yassin mewujudkan Kursus Pengajian Islam di bawah Hmas dengan dipilih pelajar-pelajar yang paling cerdik di seluruh kawasan G menyertainya.
Tujuannya ialah untuk melawan naratif pihak lain yang ditugaskan berkhutbah di mimbar-mimbar masjid lalu menyatakan bahawa tindakan seperti operasi berani mati yang dilancarkan pimpinan Hmas seperti Yahya Ayyash pasca Intifada 1987 adalah tindakan haram dan membunuh diri.
Syeikh kemudian menghantar lepasan kursus-kursus ini ke Universiti Islam G dan sijil mereka ditukar menjadi Diploma Pengajian Islam.
Sahabat saya berkata, lihat bagaimana usaha Syeikh ketika itu menyebabkan lahirnya generasi ulama' sebagai benteng dan asas pergerakan pada hari ini. Saya bertanya, sumber duitnya ketika itu dari mana? Jawab beliau, dari umat Islam di seluruh dunia.
Beliau kemudian menyambung, bayangkan sumbangan pada saat itu menjadi saham kepada permulaan serangan 7 Oktober yang menggegarkan dunia sehingga hak P diangkat. Besarnya pahala mereka yang menyumbang sehingga kesannya kekal pada hari ini ke arah pembebasan P.
Betullah, infak dan sumbangan juga perlu diatur dan disusun dengan sistematik supaya hasilnya sampai dan manfaatnya berkekalan, bukan sahaja untuk P tetapi lebih utama, sebagai bekal kita sendiri.
Tahniah MAPIM, JAKIM, Dr Sani Araby dan seluruh pasukan atas program cukup bermakna pada hari ini. Semoga Al-Aqsa terus dikenang.
Jom kenali 4 pimpinan P yang berjaya mencipta legasi masing-masing. Kini tiba giliran kita mencipta sejarah!
Jangan lupa juga menantikan pelancaran sweater 'Legacy' pada 25hb September ini!
Dewan e-sport.
Masgym (masjid + gym).
Sekolah Ninja.
Taman permainan indoor kanak-kanak.
Projek restoran, hotel manusia, hotel binatang.
Pertandingan berkuda, memanah, badminton, bola peringkat nasional.
Bukan kata nak kejar, nak fikir dan dengar penerangan Ustaz Mohammad Yaakub Yusra pasal semua projek yang dia nak buat ni pun dah lelah. Nak kata dia muda, beza berapa tahun saja dengan saya. Nak kata gagah, saya lagi banyak ‘tenaga tersimpan dalam bentuk pejal’. Nak kata dia lebih hensem, memang taklah.
Tapi mungkin keberanian Ustaz mengambil risiko tu yang menolak dia ke hadapan. Dulu kalau duduk dengan Ustaz, satu saya selalu sebut bila kami nak kolaborasi apa-apa. ‘Paper ustaz, paper ada tak? Research ada tak ustaz? We need the numbers, ustaz!’
Sekarang sebelum dia cerita apa-apa dia bagi dulu, ni proposal dan kajian 100 mukasurat kami untuk projek ni, saya dah buat kajian itu, saya dah baca data ni. Maklumlah, Ustaz kan tengah siapkan PhD dengan tajuk sekitar menjadikan pembangunan Madad lestari dan mapan.
Terima kasih kepada Madad kerana melayan pasukan kami dalam lawatan tempohari dari Pantai Merdeka sampai ke puncak Gunung Jerai.
Semoga Allah menguatkan Ustaz dan pasukan Madad, menjadi sinar pembentukan generasi pembebas Al-Aqsa di bumi Malaysia dan contoh untuk masjid-masjid yang lain, ameenkan.
Kelmarin sedang kami dalam perjalanan pulang daripada program, isteri saya dengan sebak tiba-tiba bersuara.
Dia berkata, sekarang baru saya faham kenapa nenek saya tak mampu untuk senyum sepanjang hidupnya.
Baru saya faham kenapa dia hanya memakai ‘thobe’ hitam dan enggan menukar pakaian lain. Rupanya, kesakitan meninggalkan rumah, meninggalkan kampung halaman itu kesakitan yang tak dapat ditanggung. Setiap hari melintas di fikiran, terbayang di kepala setiap bucu rumah, setiap helai daun di laman.
Baru saya faham kenapa apabila dia memegang buah oren, dia mencium baunya dalam-dalam dan menutup mata, mengenangkan ladang-ladang yang ditinggalkan suatu masa dahulu lalu diambil penjajah dan diusahakan, dijual seolah-olah ia milik mereka. Oren Yafa, zaitun Nablus dan kurma Ariha.
Kalau dulu semasa Nakbah yang pertama, mereka meninggalkan kampung halaman dan menjangka akan kembali semula selepas 2,3 hari. Rupanya 3 bulan, 3 tahun, 3 dekad, 75 tahun berlalu dan mereka masih tidak dapat kembali ke tempat asal mereka.
Keluh isteri, entah berapa lama pula sebelum kami dapat kembali ke tempat asal kami, berjumpa semula ibu dan keluarga yang sebahagiannya syahid, sebahagiannya cedera. Menanam dan menyiram semula pohon zaitun dan anggur di sana. Menghirup nyaman udara yang kini pasti bercampur semerbak darah.
Soalnya tergantung tanpa jawapan.
Entah berapa lama.
Pada 14 Ogos 2024 lalu, tim kami di Gaza telah berjaya mengagihkan bantuan kit kebersihan buat warga di sekitar Khan Yunis. Seramai 250 keluarga/1,250 orang menerima manfaat ini hasil daripada sumbangan rakyat Malaysia.
Kit kebersihan ini termasuklah sabun, ubat gigi, tuala wanita dan barang-barang asas lain yang membolehkan mereka menjaga kebersihan diri, sekaligus merupakan langkah penting dalam mencegah penyebaran wabak penyakit berjangkit dan mengekalkan kesihatan dalam keadaan yang sukar ini.
Terima kasih rakyat Malaysia! Semoga setiap nilai yang kita sumbangkan mendapat ganjaran yang tinggi di sisi Allah SWT. Jom kita bantu lebih ramai mereka di sana.
Layari https://emergency4gaza.com/kecemasan segera untuk menyumbang atau akaun rasmi Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: Bantuan Perubatan
#Heroes4Hope
#CGMKongsi
Kanak-kanak dibunuh siang dan malam. Nyawa mereka terbang, seperti tiada lagi nilai. Ya Allah, kepadamu sahaja kami mampu mengadu dan berdoa.
Читать полностью…Warga P Cedera Dibawa Ke Malaysia, Pandangan Saya
1. Saya memuji langkah kerajaan dan negara Malaysia yang kita kasihi menunjukkan keprihatinan kepada saudara-saudara kita yang memerlukan di saat ini dan menjadi negara Asia pertama membawa warga P untuk dirawat di Malaysia.
2. Saya ditanya adakah mereka betul-betul warga P dan bagaimana mereka keluar dengan begitu mudah dari G? Ya mereka memang warga P, mereka tidak dibawa keluar daripada G tetapi mereka sudah sedia ada di Mesir dan sedang mendapatkan rawatan di sana.
3. Untuk makluman, Mesir membenarkan warga G yang cedera untuk keluar mendapatkan rawatan walaupun jumlah mereka sangat terhad. Walaubagaimanapun, ramai yang tidak mendapat rawatan yang sepatutnya malah terpaksa berharap kepada pihak lain untuk menampung kos rawatan, penginapan dan makanan.
4. CGM juga pernah membantu warga G di Mesir mendapatkan rawatan; dalam satu kes seorang budak berusia belasan tahun terpaksa dihantar ke Germany untuk dirawat tenaga pakar di sana, dan kerana tiada kemampuan membeli tiket kapal terbang, anak kecil ini dihantar seorang diri tanpa ditemani ibu atau penjaga!
5. Dalam kekangan fasiliti dan tenaga pakar yang ada di dalam G pada saat ini, selayaknya mereka yang cedera dibenarkan keluar dan diterima untuk dirawat di luar khususnya oleh negara-negara Islam. Ia adalah sekecil-kecil bantuan yang dapat kita berikan untuk mereka. Saya juga meyakini bahawa setelah dirawat dan negara mereka kembali aman, mereka akan berlumba-lumba untuk kembali ke sana membangunkan negara mereka semula.
6. Untuk warga G yang sudah ada di Malaysia, saya pasti pihak kerajaan sudah mengambil inisiatif terbaik untuk memastikan mereka cukup makan pakai serta tinggal di dalam keadaan selesa. Sekiranya bantuan NGO diperlukan untuk apa-apa tujuan, hubungan baik kerajaan dan NGO akan digunakan untuk kerjasama dapat dijalinkan. Setakat ini, belum ada apa-apa hasrat rasmi dinyatakan untuk menyediakan makanan atau peralatan 'hygiene' untuk tetamu negara kita seperti yang tersebar di media sosial.
7. Untuk persoalan masa depan warga G yang sudah ada di sini, saya sebutkan kata-kata hikmah Arab, لكل حادث حديث untuk setiap keadaan ada perbincangan dan keputusannya kelak oleh pihak berautoriti. Buat masa ini biarkan mereka bertamu di negara kita dalam sebaik-baik keadaan, berehat seketika selepas hampir setahun berdepan kezaliman dan pembunuhan.
.
8. Untuk kalian yang menolak langkah ini atas apa alasan sekali pun, saya kongsikan kata-kata isteri saya di radio IKIM semalam, 'kalian boleh melihat dan menjiwai apa yang dilalui oleh penduduk G melalui media sosial, tetapi ia sangat jauh dengan realiti berdepan dengan maut pada setiap saat.' Berhati-perutlah, jangan menjadi insan yang tak punya sifat ihsan.
.
9. Untuk saya, melihat keseronokan dan senyuman anak dalam video ini yang melihat Malaysia dari kapal terbang dan menyebutkan, wah, Malizia helwah! (wah, Malaysia cantik!) pun sudah cukup untuk menyejukkan hati dan mengatakan, alhamdulillah, ia satu lagi jawapan untuk kita gunakan di Padang Mahsyar apabila berdepan 2 juta warga G dengan 1001 tuduhan di mahkamah Allah kelak.
.
Tahniah Malaysia!
Alhamdulillah seronok sampai berjoget Qamar dapat kerakyatan. Terima kasih Malaysia tambah lagi seorang rakyat hari ni 😄
Qamar memang automatik dapat kerakyatan masa lahir tapi prosesnya jadi panjang sebab dia lahir masa covid dan kami tak dapat keluar dari G masa tu untuk daftarkan dia.
Saya sebut kat Qamar tadi, kalau tak belajar cakap Melayu nanti kita tarik balik kerakyatan. Terus dia kata 'sabar, sabar'. Amboi, tak acilah, yang tu memang Bahasa Arab 😆
Untung kan bila ada kacukan dua darah, darah P dan darah Melayu. Nasib baik kita pun boleh tunjukkan semangat P kita dengan membeli dan menggayakan sweater 'Legacy' cantik gila ni. Korang klik je sini 2lenpalestin.com.
Jom bantu adik Ilman sahabat semua.
*Update terkini baby 'Ilman Hazim*
1. Baby 'Ilman sudah discaj dari PPUM dua minggu lepas. Kalau ikutkan doktor bagi discaj disebabkan sudah tiada rawatan yang boleh diberikan kepada baby. Namun atas nasihat daripada Pengerusi Biliary Atresia Malaysia Organization, mereka sepakat untuk terus dengan kutipan dana dan akan bawa baby ke Shanghai.
2. Hari ini 'Ilman demam sedikit berikutan semalam baru sahaja dapatkan vaksin pneumococcal di Klinik Kesihatan
3. Dana terkini mencecah *RM 112,779.34* (26 Ogos 2024)
4. Perlukan lebih kurang *RM 137,220.66* untuk meneruskan rawatan di Shanghai
5. Aqilah dan Awang mencuba juga pelbagai ruang yang ada untuk mohon dana buat anak mereka
6. Alhamdulillah walaupun baby 'Ilman demam, tetap senyum bila diagah dan suka bersembang 😭
7. Baby 'Ilman sudah berumur 6 bulan, namun beratnya hanya 3.7kg. Kondisinya memang kurus, kecil dan kekuningan disebabkan penyakit tersebut.
Mohon doa semua agar diberi kekuatan buat Aqilah, Awang dan ahli keluarga mereka. Dan mohon bantuan untuk terus sebarkan poster kutipan dana dari ABIM dan GPM agar mereka dapat ke Shanghai sesegera mungkin.
Boleh klik di sini untuk sumbangan:
https://infaqabim.onpay.my/order/form/tabungihsan1
Malam itu saya bermimpi berjumpa adik ipar di G.
Ia bermula dengan melihat beliau di dalam sebuah video, sedang dipukul beramai-ramai oleh tentera penjajah.
Tiba-tiba dia muncul di hadapan saya, wajahnya tersenyum seperti kebiasaannya. Kami sempat bergurau dan berseloroh, seronok kerana sudah begitu lama tidak berjumpa. Tetapi mata saya lebih tertumpu pada tubuhnya. Telinganya yang hanya tinggal satu, matanya yang sebelah tidak nampak dan luka besar di dadanya sehingga nampak tulang. Apabila dia cuba bangun, dia terhincut-hincut; rupanya kaki dia juga cedera.
Saya terjaga dari tidur.
Adik ipar saya ini antara yang terkesan di dalam serangan tiga buah roket ke atas keluarga sebelah isteri saya beberapa bulan lepas. Memang dia cedera agak parah dan memerlukan rawatan segera tetapi sempadan menghalang dia untuk keluar.
Mimpi ini berlaku beberapa hari selepas mendapat khabar gembira tentang saudara-saudara kita yang dibawa ke Malaysia untuk dirawat. Sejak itu saya tak keruan, cuba mencari peluang bertemu mereka, berbicara dengan mereka, memeluk mereka, menenangkan mereka dan membisikkan kepada mereka, jangan bimbang, kalian selamat di sini, di negara Malaysia ini.
Itulah yang kami sebutkan kepada PMX apabila berjumpa di program Muktamar Masjid Se-Malaysia Ahad lepas. Berikan peluang untuk NGO bertemu dengan mereka, berkongsi dengan mereka, membawa khabar mereka kepada rakyat. Penggerak kemanusiaan ini bukanlah lebih cerdik daripada pihak ATM atau pihak kerajaan tetapi jiwa kami sudah terasuh untuk situasi seperti ini, berdamping dengan mereka yang memerlukan.
PMX mendengar dengan tekun dan menjawab ringkas, inshaAllah, saya maklum perkara ini dan kita menunggu para doktor memaklumkan bahawa mereka sudah stabil untuk diziarahi. Alhamdulillah, ada sinar di hujung terowong. Semoga terowongnya tak terlalu panjang.
Untuk mereka di luar sana yang cuba dan suka mencipta ombak menidakkan usaha kerajaan, rakyat dan negara untuk saudara-saudara kita, mereka yang menunjukkan wajah sebenar dan mencari ruang memesongkan tindakan yang asasnya berpaksikan pembelaan rakyat yang sedang dijajah dan dibunuh, saya nasihatkan janganlah berumah di tepi pantai, takut-takut dilambung ombak dan tenggelam tak timbul semula.
Amarah rakyat terhadap penjajah mungkin belum dapat menghentikan genosid yang masih berlanjutan, tetapi ia cukup untuk mencampakkan kalian ke lembah sejarah, diingati selamanya sebagai manusia busuk hati yang tidak berperikemanusiaan.
Baru-baru ini kami berjumpa dengan MB Terengganu untuk membentangkan projek Bandar Wakaf Malaysia kita di G.
Bandar Wakaf kita yang terdiri daripada 14 bangunan residen mewakili setiap negeri di Malaysia, sekolah, central kitchen, masjid, kolej pendidikan dan lot perniagaan adalah lambang kesatuan seluruh penduduk Malaysia demi P. Satu projek gergasi, satu hati.
Sebab itu kami melakukan 'roadtour' meliputi seluruh negara, berjumpa setiap pimpinan untuk mendapatkan sokongan merealisasikan idea ini. Itu aspirasi dan keyakinan kami.
Raja, kerajaan dan rakyat bersama perjuangan P atas dasar menolak kezaliman dan penjajahan walaupun sesekali terdengar suara sumbang yang cuba mengapikan permusuhan.
2,3 hari lepas saya terbaca berita bahawa MB Terengganu Dr Samsuri dianugerahkan gelaran Jurutera Profesional atau Ir, gelaran paling tinggi dinobatkan untuk para jurutera di negara ini.
Rasa malu sendiri, walau tak sesibuk beliau tetapi masih beralasan untuk tidak bersungguh-sungguh mengejar kelayakan akademik yang lebih tinggi. Doakan ya.
Ada sekitar 8 negeri yang sudah kami ziarahi. Giliran negeri mana pula selepas ini?
Penat ke mengurus kerja dan keluarga hari ni?
Selayaknya kalian reward diri sendiri kan! Jom dapatkan sweater edisi 'Legacy' ni, untuk diri sendiri atau untuk suami/isteri yang tercinta. Bertukar dan memberi hadiah, menguatkan ikatan kasih-sayang. Dan sweater kita ni kualiti tinggi, memang ngam buat hadiah.
Klik sini cepat untuk preorder 2lenpalestin.com. Baju pilihan muslimat pun ada, beg ada, topi ada. Eh macam-macamlah.
Warga Bangi dan sekitar, jangan lupa pada 30hb Ogos ini kita akan sama-sama menzahirkan kecintaan kita kepada Palestin, inshaAllah ❤️❤️
Читать полностью…Inilah desain 'sweater' yang ditunggu. Cantik tak? Minimal tapi membawa banyak makna. Memang excited sangat tunggu keluaran yang ni, tak sabar-sabar nak pakai.
Sehelai Baju, Seribu Cerita.
Ia bukan sekadar pakaian, ia adalah warisan. Edisi Legasi Palestin mengingatkan kita akan semangat juang 40,000 syuhada dan 2 juta penduduk yang tidak pernah padam.
Sarungkan dan yakini, bahawa Legasi perjuangan mereka, kini berada di tangan kita.
Save the date, esok jam 8pm!
Syeikh Ahmad Yassin.
Dr Abdul Aziz Rantissi.
Syeikh Ismail Haniyyeh.
Apa titik persamaan mereka? Mereka telah berjuang dengan segala apa yang ada, sehingga terkorban akhirnya. Nama mereka bukan saja disebut di dunia, malah dibisik di petala langit oleh seluruh penghuninya.
Mereka telah berjaya membina Legasi. Kini tiba giliran kita. Save the date untuk preorder Sweater Legacy semasa launching, rugi kalau terlepas hadiah istimewa dan penghantaran percuma!
Alaa dah ada jawapan bocor pula untuk soalan kuiz di poster hujung tu 😄
Legasi.
Nama yang dipilih untuk koleksi baru baju yang dihasilkan 2len P@lestn.
Legasi, untuk mengenangkan mereka yang telah pergi, puluhan ribu yang terkorban demi sebuah akidah dan keyakinan.
Legasi, sebagai galakan kepada kita, bahawa hidup tak cukup dengan biasa-biasa. Hidup adalah untuk membina Legasi yang akan kekal selamanya.
Demi agama dan negara. Nantikan!
Cari teksi untuk urus kehidupan ❌️
Cari teksi untuk urus kematian ✅️
Pemuda ini mencari teksi ke tanah pengebumian untuk menanam adiknya yang mati syahid 😭
Hari 319, angka syuhada' semakin bertambah, kawasan 'selamat' di Gaza hanya berbaki seluas 11%. Kongsikan.
Читать полностью…Kalau tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima, bagaimana pula tangan sang syahid yang jari telunjuknya masih diangkat tanda yakinnya pada Yang Esa?
Selamat pagi dunia.
Warga P Cedera Dibawa Ke Malaysia, Pandangan Saya
1. Saya memuji langkah kerajaan dan negara Malaysia yang kita kasihi menunjukkan keprihatinan kepada saudara-saudara kita yang memerlukan di saat ini dan menjadi negara Asia pertama membawa warga P untuk dirawat di Malaysia.
2. Saya ditanya adakah mereka betul-betul warga P dan bagaimana mereka keluar dengan begitu mudah dari G? Ya mereka memang warga P, mereka tidak dibawa keluar daripada G tetapi mereka sudah sedia ada di Mesir dan sedang mendapatkan rawatan di sana.
3. Untuk makluman, Mesir membenarkan warga G yang cedera untuk keluar mendapatkan rawatan walaupun jumlah mereka sangat terhad. Walaubagaimanapun, ramai yang tidak mendapat rawatan yang sepatutnya malah terpaksa berharap kepada pihak lain untuk menampung kos rawatan, penginapan dan makanan.
4. CGM juga pernah membantu warga G di Mesir mendapatkan rawatan; dalam satu kes seorang budak berusia belasan tahun terpaksa dihantar ke Germany untuk dirawat tenaga pakar di sana, dan kerana tiada kemampuan membeli tiket kapal terbang, anak kecil ini dihantar seorang diri tanpa ditemani ibu atau penjaga!
5. Dalam kekangan fasiliti dan tenaga pakar yang ada di dalam G pada saat ini, selayaknya mereka yang cedera dibenarkan keluar dan diterima untuk dirawat di luar khususnya oleh negara-negara Islam. Ia adalah sekecil-kecil bantuan yang dapat kita berikan untuk mereka. Saya juga meyakini bahawa setelah dirawat dan negara mereka kembali aman, mereka akan berlumba-lumba untuk kembali ke sana membangunkan negara mereka semula.
6. Untuk warga G yang sudah ada di Malaysia, saya pasti pihak kerajaan sudah mengambil inisiatif terbaik untuk memastikan mereka cukup makan pakai serta tinggal di dalam keadaan selesa. Sekiranya bantuan NGO diperlukan untuk apa-apa tujuan, hubungan baik kerajaan dan NGO akan digunakan untuk kerjasama dapat dijalinkan. Setakat ini, belum ada apa-apa hasrat rasmi dinyatakan untuk menyediakan makanan atau peralatan 'hygiene' untuk tetamu negara kita seperti yang tersebar di media sosial.
7. Untuk persoalan masa depan warga G yang sudah ada di sini, saya sebutkan kata-kata hikmah Arab, لكل حادث حديث untuk setiap keadaan ada perbincangan dan keputusannya kelak oleh pihak berautoriti. Buat masa ini biarkan mereka bertamu di negara kita dalam sebaik-baik keadaan, berehat seketika selepas hampir setahun berdepan kezaliman dan pembunuhan.
8. Untuk kalian yang menolak langkah ini atas apa alasan sekali pun, saya kongsikan kata-kata isteri saya di radio IKIM semalam, 'kalian boleh melihat dan menjiwai apa yang dilalui oleh penduduk G melalui media sosial, tetapi ia sangat jauh dengan realiti berdepan dengan maut pada setiap saat.' Berhati-perutlah, jangan menjadi insan yang tak punya sifat ihsan.
9. Untuk saya, melihat keseronokan dan senyuman anak dalam video ini yang melihat Malaysia dari kapal terbang dan menyebutkan, wah, Malizia helwah! (wah, Malaysia cantik!) pun sudah cukup untuk menyejukkan hati dan mengatakan, alhamdulillah, ia satu lagi jawapan untuk kita gunakan di Padang Mahsyar apabila berdepan 2 juta warga G dengan 1001 tuduhan di mahkamah Allah kelak.
Tahniah Malaysia!
👆www.facebook.com/share/v/vspsok6bUThiHk8X/?mibextid=oFDknk
Tolong sharekan dari sini untuk hidupkan semula facebook saya yang telah dibenam Meta.