nadiralnuri | Unsorted

Telegram-канал nadiralnuri - Nadir Al-Nuri

241417

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Subscribe to a channel

Nadir Al-Nuri

Tala, anak berusia 10 tahun yang merayu babanya untuk turun bermain roller skate bersama anak-anak jiran.

Dia baru sahaja hendak keluar rumah apabila ia dibedil dan beliau mati syahid dalam keadaan masih memakai kasut rodanya.

Mereka masih memerlukan kita. Share kita, sumbangan kita, doa kita. Adakah kita sudah bosan membantu mereka?

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Korang tengok dah video ni? Kami rakam masa hantar Tudung Edisi Palestin, Siri Gaza dan Jenin kepada beberapa orang influencer.

Bersama dengan kami masa tu adalah team tarian dabke Palestin, tarian tradisi yang dipersembahkan di majlis perkahwinan dan keraian lain di G. Korang tengoklah sendiri, rasa macam nak melompat sama sebab happening betul.

Oh ya, untuk preorder tudung lawa tu boleh dibuat di cgmshop.my, tak lama lagi nak tutup dah preorder tau. Orang kata kalau perempuan pakai, auto cantik. Tapi kalau suami belikan untuk isteri, pehhh, dua kali cantik.

Klik cgmshop.my cepaaaat.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Muhasabah sebelum tidur.

Malu kan nak kata kita banyak ujian, kita letih, kita tak cukup itu ini.

Betullah ujian ni Allah bagi ikut iman dan akidah kita, kalau kecil ujian pun kita dah mengeluh dan mengadu domba, kena tanya diri semula, betulkah kita ini bergelar Hamba? Hamba Allah yang redha dan sabar, kuat dan tawakal atau hamba dunia yang sementara, harta yang tak ke mana?

Moga Allah mengampunkan kita.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Dengarkan kisah-kisah baru tentang wanita dan perjuangan Syeikh Ismail Haniyyeh (diterjemah) bersama isteri saya Puan Reem Al-Menawi.

https://www.facebook.com/share/p/hfcA79Xq36YeaivF/

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Sebab kalian di telegram ini setia dan istimewa, saya belanja sekali gambar Lujain dan pakciknya Ibrahim (anak bongsu saya) ini 😀

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

*TEMPAHAN DITUTUP!!!*

Alhamdulillah terima kasih kepada semua yang sentiasa support team 2lenpalestin & terima kasih juga kepada anda yang telah membuat tempahan bagi perlancaran koleksi Sweater LEGACY 🇵🇸

InnsyaAllah doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar 🤲🏻✨

Mana tahu akan datang ada produk terbaru lagi kan.. InnsyaAllah.

Untuk tarikh penghantaran boleh rujuk semula pada poster Garis Masa di bawah.

Terima kasih dari kami 2lenpalestin 🇵🇸✨
.
.
#2len #2lenhero #fashion #muslimah #muslimfashion #jersey #panji #tshirt #sublimation #watermelon🍉 #apparel #printing #design #style #fashionstyle #ootd #freedom #outfit #panjiV2 #panji #Perjuangan #Sweater #legacy

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Bantu Membentuk Masa Depan Kanak-Kanak Gaza!

Kempen "Back to School" kini dilancarkan! Tahun ini, kami komited untuk menyediakan pendidikan berkualiti kepada 2,500 kanak-kanak di Gaza, berusia 6-8 tahun dalam tempoh masa 6 bulan. Sumbangan ikhlas anda dapat menyediakan bahan keperluan penting seperti:

📚 Peralatan Sekolah
🏕️ Kelas yang kondusif untuk proses pembelajaran
🎁 Bantuan Psiko-Sosial (Aktiviti & Hadiah)
👩‍🏫 Gaji Guru

Bersama-sama, kita dapat memperkasakan minda mereka dengan ilmu melalui empat subjek utama: Al-Quran, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, dan Matematik. Sertai kami dalam membawa perubahan! Sokongan anda boleh mengubah kehidupan dan membina masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak ini.

Derma sekarang dan jadi sebahagian daripada perjalanan mereka ke arah masa depan yang lebih baik.

Klik https://emergency4gaza.com/kecemasan atau salurkan ke akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: sekolah

#Heroes4Hope

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Rakyat Palestin Terima Rawatan Mahu Kembali Sihat dan Pulang Ke Tanah Air.

"Ketika saya berada di Mesir dan diberitahu kepada saya bahawa saya akan dibawa ke Malaysia, saya berasa sangat gembira dan perjalanan dari Mesir ke Malaysia sangat menarik. Inilah kali pertama saya menaiki pesawat. Saya berasa sangat gembira. Alhamdulillah. Sekiranya video ini dapat dilihat oleh bapa saya, sampaikan kepadanya bahawa saya dalam keadaan yang sangat baik dan saya sangat rindukan bapa saya."

"Saya berharap agar peperangan ini berakhir dengan segera. Gaza merupakan bandar yang sangat cantik. Semoga Allah merahmati para syuhada kami dan bagi mereka yang tercedera diberikan kesembuhan. Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim dan rakyat Malaysia yang menerima kami di sini dan rawatan yang telah diberikan kepada kami. Malaysia adalah sebuah negara Islam."

7 Oktober depan, genap setahun kekejaman rejim Zionis membedil Gaza dengan angka korban warga Palestin mencecah lebih 40,000.

Semoga kita semua terus istiqamah menyebarkan berita dan tidak lupa pada saudara kita di Gaza. Ketahuilah, mereka masih bersemangat sehingga ke hari ini kerana adanya kita yang masih ambil tahu dan peduli.

Video penuh di sini.

#Heroes4Hope

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

'Dalam hidup kita akan melalui momen-momen yang sekiranya tidak direbut, akan terlepas dari tangan kita. Tidakkah saat ini apa yang sedang berlaku kepada saudara kita di G memberi kita ruang untuk melakukan sesuatu lalu menjadi sebahagian dari sejarah?

Tujuan hidup hanya ada satu, iaitu untuk menentukan bagaimana kita akan mati kelak.

Jadikan pertemuan ini tarikh sejarah mencatat permulaan kerjasama dua bangsa, Malaysia dan Indonesia untuk P. Saya akan kembali untuk membincangkan apa yang boleh kita laksanakan bersama.'

Sedikit sebanyak, begitulah intipati perkongsian tetamu istimewa yang bertandang ke pejabat CGM pada Selasa lepas. Ustaz Bachtiar Nasir, Koordinator Aksi Bela Palestina hadir bersama Ustaz Muhammad Hussein, teman perjuangan 10 tahun saya di G beserta adik Ramadan Abu Jazar.

Saya sebut kepada Ustaz Bachtiar, kami cukup mengagumi kehebatan pimpinan masyarakat di Indonesia berpidato sehingga mampu membangunkan jiwa dan menghidupkan hati.

Semoga kerjasama dua negara hebat ini dapat diikat dengan lebih kuat dalam masa terdekat, inshaAllah. Doakan teman-teman, selitkan ameen kalian.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Kalau kalian rasa nak keluar bersukan tapi macam saya baru sahaja dimalukan 3-0, sebaiknya kalian dapatkan jersi Panji 2.0 ni.

Kain microfiber, selesa dan ringan, kalis bau badan untuk orang rajin mandi, tapi paling penting kalis malu untuk geng english team pertama menang treble.

Koleksi korang yang home, away, player edition, fan edition, retro tu simpan dulu dalam almari gelap. Nanti kalau dah nampak cahaya sikit saya maklumkan ya. Sebelum tu jersi Panji dan jersi edisi kuffiyeh P lain boleh dapatkan di 2lenpalestin.com.

Cepat dapatkan, eh jangan keluar gua dulu, klik dulu link tu. Disclaimer : Beg, keychain, bendera, perfume semua ada tapi stokin tu tak ada jual.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Hoodie 'Saladin' ni ramai betul orang minta buka preorder semula, permintaannya lagi besar daripada Sweater 'Legacy' yang baru kami lancarkan.

Rasanya sebab kainnya lembut, ada topi menambah elemen misteri dan berzip jadi boleh pakai di tempat panas dan dingin.

Susah nak cerita, korang tengoklah ya di 2lenpalestin.com. Untuk isteri yang sayang suami, nak hargai dan beri suami hadiah memang sesuai sebab kualitinya mantap.

Kalau suami yang sayang isteri pun banyak pilihan baju muslimah yang ada. Preorder tinggal dua hari je tau, order segera di link tertera!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Kadang-kadang apabila kami keluar bersama anak-anak, tiba-tiba mereka akan melompat dan terjerit-jerit.

Baba tengok tu pokok durian! Baba tengok tu pokok tu tumbuh jambu batu! Eh Baba tu macam pokok limau ya?

Seronok sangat melihat negara kita dengan muka bumi yang terdampar hijau. Kalau di G, kawasan pertanian banyak dekat sempadan, nak ke tanah lapang tentera penjajah akan melepaskan tembakan.

Betullah orang kata, dalam banyak-banyak negara, negara Malaysia kita ni antara negara yang paling banyak nikmat. Alhamdulillah. Korang rasa macam tu tak?

Alhamdulillah juga bila dapat mengenakan baju bertema kuffiyeh P ni, sambil berjalan pun rasa macam tengah bawa suara mereka. Kalian pun boleh dapatkan di 2lenpalestin.com, preorder tinggal beberapa hari saja lagi. Kualiti dia memang kami buat kualiti hadiah, untuk diri sendiri atau orang tersayang.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

👆Bantu saya sharekan di sini boleh?

https://www.facebook.com/share/v/uV3di2r5GSRXcCe4/?mibextid=qi2Omg

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

SELAMAT HARI MERDEKA KE-67

Ikhlas daripada:
Tuan Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman
(CEO Persatuan Cinta Gaza Malaysia)
Pimpinan Tertinggi & Seluruh Warga Kerja Cinta Gaza Malaysia

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Malam Jumaat ini saya mengajak kita semua bermuhasabah. Lihat video ini.

Sekilas penderitaan mereka lalu di laman medsos kita, kita tersentap dan tersedu. Tetapi beberapa minit selepasnya kita lupa dan jemu.

Lalu kita kembali kepada hidup kita yang penuh tipu-tipu. Kalau luahan sahabat kita Saleh Al-Ja'farawi ini menyentuh hati kita, kongsikan seluasnya. Semoga ada manfaat buat hamba yang masih punya hati yang terkesan bila melihat derita mereka.

Allah. Allah 😭

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Saya di sini malam ini inshaAllah. Jom perkasakan semula semangat cintakan Palestin.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Bila renung mata budak ni, apa yang kalian rasa?

Saya rasa macam budak ni sedang menyalahkan dunia, menyalahkan kita semua atas apa yang sedang menimpanya.

Kalian tahu tak kenapa dia menangis? Dia menangis sebab terpaksa beratur panjang dan berebut untuk mendapatkan sepotong piza untuk dimakan.

Entahlah anakku sayang. Dunia ini penuh kekejaman dan ketidakadilan.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Beberapa bulan lepas saya duduk bersama pasukan membincangkan cara menghargai ratusan ribu wanita hebat yang pernah menyumbang melalui CGM.

Kata sepakat yang kami capai – berikan wanita hebat ini identiti untuk diangkat setara wanita-wanita besi yang ada di bumi Palestin sana. Berikan mereka ruang khusus bagi membantu program pemerkasaan wanita di Gaza ; orang yang mereka anggap adik, kakak dan ibu mereka sendiri. Berikan mereka peluang membeli produk yang cantik dan tidak mahal sambil-sambil mereka beramal.

Daripada situlah lahirnya idea menghasilkan tudung Edisi Palestin di bawah jenama cgmshop.my yang 100% dimiliki oleh CGM. Dua keluaran pertama ini dinamakan sebagai Siri Gaza dan Siri Jenin, dua buah wilayah di Palestin yang sedang bangkit dengan dahsyat ketika ini menentang penjajahan.

Paling seronok 100% keuntungan jualan akan digunakan untuk projek pemerkasaan wanita di Gaza pada waktu genosid ini dan selepas perang tamat melalui projek pembangunan ekonomi wanita.

Peluang untuk preorder sangat terhad, kita sasarkan 1000 orang sahaja pada hari ini untuk mendapatkannya. Klik cgmshop.my segera dan layari cgmshop.my di instagram untuk melihat influencers tersayang kalian menggayakannya.

1000 orang saja diperlukan hari ini, siapakah yang akan bertindak membantu saudara kita di sana? Saya pasti anda, wanita hebat yang sedang membaca, salah seorang darinya!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Baru-baru ni masa kami di imigresen, Qamar bergayut pada pushchair Ibrahim sampai pushchair jatuh dan Ibrahim tergolek ke tanah.

Pegawai-pegawai di situ terkejut bila lihat kami tenang dan tak bertindak, hanya mengangkat semula Ibrahim perlahan-lahan untuk tengok reaksi dia.

Ibrahim bangun sendiri dan ketawa.

Masa saya mula-mula berada di G saya pun pelik tengok cara mereka mendidik anak-anak. Anak-anak dibiarkan untuk beraktiviti lasak, jatuh terluka dan menangis lalu bangun semula. Bila saya tanya ipar saya satu hari kenapa dibiarkan saja anaknya melompat dan memanjat, dia menjawab, 'kalau patah paling-paling kena plaster'.

Lama-lama saya pun jadi tenang macam mereka malah melebihi ketenangan mereka bila terjadi apa-apa. Sekali jelah masa Ibrahim sesak nafas teruk di sana kelam-kabut kami kejarkan ke wad kecemasan dan dah terima takdir apabila melihat dia terkulai di pangkuan mamanya.

Tapi ni untuk anak lelaki je tau. Kalau anak perempuan mereka tak biarkan 'membuas', malah sangat dijaga takut mukanya tercalar atau kulitnya gelap kalau bermain panas, nanti tak jumpa pengantin 😄

Saja bercerita untuk kawan-kawan kenali cara mereka. Salam hari Sabtu teman-teman.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Saya ada berita gembira nak dikongsikan dan saya rasa kalian selayaknya mendengar berita ini terlebih dahulu kerana kalian penyokong paling tegar P melalui wadah saya dan CGM.

Minggu lepas kami dihubungi anak kedua saya Seneen, anak perempuan yang sudah berkahwin dan masih berada di bumi G pada saat ini. Rata-rata kalian tahu saya dianugerahkan pangkat Datuk oleh Allah kerana Seneen sudah mempunyai seorang anak bernama Lujain.

Seneen menghubungi kami melalui grup whatsapp dan menyatakan ada berita gembira nak dikongsikan sehingga membuat kami terteka-teka, Lujain nak dapat adikkah? Ada bunyi nak berlaku gencatan senjatakah? Atau apa yang berahsia sangat ni?

Rupanya Seneen membawa berita yang jauh lebih menggembirakan!

Dia memaklumkan kami sekeluarga bahawa dia sudah tamat menghafal 26 juzu' Al-Quran dalam tempoh 3 bulan terakhir peperangan!

Seneen bangun setiap hari untuk solat Subuh dan walau dikelilingi hentaman roket dan bedilan bom, di ruang usang yang didiami tanpa apa-apa kemudahan, dia mampu menghafal 10-13 muka surat Al-Quran setiap hari. Selepas Asar, suaminya diminta menyemak hafazan untuk memastikan semuanya lancar.

Kata Seneen, cita-cita menghafal Al-Quran telah lama ditanam tetapi tanpa disangka dalam perang ini pula peluang terbuka untuk dia menelaah ayat-ayat suci lalu terus disemat di akal dan hati.

Allah, beruntungnya Seneen. Kami dalam kelapangan dan kemudahan, hendak membelek dan membaca Al-Quran pun payah.

Moga umur engkau panjang anakku, kebanggaanku, agar kita dapat menyambut bersama kejayaanmu ini, ameen ameen.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Banyak kali juga saya bertemu sosok ini di bumi Tawau.

Setiap kali ke sana, 'menghadap' beliau seperti satu kewajipan sebagai menghormati tuan rumah dan menghormati sosok yang telah berpuluh tahun mencurahkan bakti mendidik dan membangunkan golongan muda di bumi Tawau dan timur Sabah.

Beliau definisi murabbi sebenar.

Melahirkan bukan seorang tapi satu generasi lengkap yang bertebaran di seluruh Sabah meneruskan legasi dakwahnya. Meninggalkan kampung halaman dan menjadi orang asing demi perjuangannya. Dan paling penting, bertemu Ilahi dalam keadaan berbakti.

Harapan saya hanya satu, agar dapat hidup berjuang, mati berjuang seperti Cikgu Mohd Nasir Che Ali.

Selamat berehat, murabbi.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Alhamdulillah selesai di Masjid As-Salam, PJ. Menuju ke Penang pula. الحركة بركة. Bismillah.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Seminggu dua ni kepala berkecamuk teruk apabila mengurus 1001 hal keluarga khususnya yang melibatkan urusan kewangan.

Belanja kami sekeluarga mencecah sekitar RM10,000 sebulan apabila bertimpa-timpa anak-anak perlu didaftarkan di kursus Bahasa Inggeris, masuk universiti, sekolah, tadika dan menerima rawatan. Semalam saja apabila ke imigresen untuk urusan visa mereka, hampir RM2000 hangus. Hari ini beribu lagi dihabiskan untuk ‘maintenance’ kuda perang yang sentiasa perlu diservis di awal waktu kerana tayar tak pernah berhenti bergolek ke sana ke mari untuk berceramah dan berkongsi.

Tetapi dalam keserabutan Allah selalu memberi peringatan.

Sedang saya keluar dari imigresen (yang melayan kami dengan cukup baik dan pantas, terima kasih kami ucapkan), saya disapa seorang hamba Allah yang tak dikenali. Ustaz datang atas urusan apa, kata hamba Allah berjubah kuning. Saya uruskan visa anak-anak ni, saya menjawab ringkas.

Tiba-tiba hamba Allah tersebut menghulur salam dan di tangannya sampul berisi duit.

Allah.

Hati saya terketuk bukan sahaja kerana menerima hadiah dari insan tak dikenali tetapi juga kerana ditegur Ilahi - rezeki dunia terlalu murah dan mudah untuk diberi.

Yang penting kita perlu berusaha dan itulah yang saya cuba lakukan, berusaha dengan kudrat yang ada, menulis, berbisnes di sini-sana walaupun masa mencengkam dalam mengurus keperluan mereka yang lebih terhimpit di bumi sana.

Saya semakin yakin dengan apa yang disebutkan oleh seorang guru saya. Kerja ummah ini bulatan yang perlu dilengkapkan sempurna. Tak semua orang terpilih untuk melakukannya tetapi semua orang boleh memilih untuk melakukan bahagian masing-masing. Ada yang dipilih bekerja di lapangan secara terus, bekerjalah. Ada yang dipilih mencari dana tanpa sampai ke sana, carilah. Dan ada yang lain, tugas mereka pula memastikan yang berada di barisan hadapan tidak keseorangan dan kesepian.

Semoga Allah sahaja yang mencukupkan.

Hari ini hari terakhir preorder yang saya buka di bisnes baju kecil saya yang dibangunkan untuk menampung keperluan keluarga besar kami berlapan. Jemputlah meninjau di laman ini, 2lenpalestin.com mana tau ada yang berkenan. Terima kasih atas sokongan.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

[ARTIKEL]

Fitch Ratings menurunkan taraf kredit Israel daripada A+ kepada A.

Perang yang berterusan di Gaza dan risiko tekanan geopolitik yang semakin meninggi menjadi antara punca utama.

Baca artikel penuh di sini:

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Hari 334 dah teman. Apa lagi yang boleh kita lakukan melainkan tak berhenti bersuara dan berdoa?

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Diam-diam ubi berisi.

Begitulah perumpamaan selayaknya untuk Kerajaan Negeri Terengganu, walaupun nampak senyap, tenang dan bersahaja tetapi kerja berjalan tanpa banyak bicara.

Baru kira-kira sebulan kami berjumpa dengan MB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, hari ini kami dijemput untuk menerima cek bernilai RM700,000 hasil sumbangan agensi di bawah kerajaan negeri dan rakyat marhaen untuk saudara-saudara kita di G.

Sumbangan ini akan digunakan sebagai permulaan pembangunan Bangunan Apartment Terengganu di Bandar Wakaf Malaysia di G setelah tamat genosid kelak, inshaAllah.

Terima kasih dan tahniah rakyat Terengganu! Siapa orang Ganu sep sikit!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Sebelum 31 Ogos beranjak pergi, kami kongsikan kepada kalian, hadiah dari saudara-saudara kita di G bersempena ulangtahun kemerdekaan Malaysia ke-67.

Ya, di tengah pembunuhan, di balik kepayahan, mereka tak melupakan kita dan jasa kita kepada mereka.

Dari sedalam hati kami, terima kasih saudaraku.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Saat kita menyambut dengan penuh gembira Hari Kemerdekaan Malaysia jangan kita lupa dugaan yang dihadapi oleh saudara-saudara kita di P.

Kami di CGM ingin berkongsi kembali semua acara sambutan Kemerdekaan Malaysia yang pernah kami laksanakan di G sebelum ini.

2021 perarakan di sekolah, 2022 lukisan mural dan larian merdeka, 2023 larian merdeka terbesar di G tetapi kini 2024 hanya lukisan mural di runtuhan dinding. Sedih dengan apa yang berlaku dan semoga Gaza mendapat kebebasan dari musibah ini segera.

Ameen Ya Rab. Ameenkan sama-sama ya.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Apa plan nak sambut Merdeka malam ni?

Untuk warga Bangi dan sekitar jomlah kita sambut di MALAM DEKLARASI: BANGI CINTA PALESTIN.

Tarikh: Jumaat 30 Ogos 2024
Masa: 8.30 malam
Loaksi: Dewan Tuan Guru Harun Din, Masjid Al-Umm, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi.

Pelbagai aktiviti menarik seperti
✅Pameran NGO
✅ Pidato wakil NGO
✅ Deklarasi Bangi Cinta Palestin 🇵🇸

#BangiCintaPalestin #BangiBersihSelamatPrihatin
#BaktiDemiSelangor

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Bayangkan kita berkumpul di Axiata Arena, tetapi yang memenuhkan stadium ialah dua lapisan syuhada', bertindih dan berdarah. Jumlah syuhada' di sana sudah cukup untuk mengisi stadium lebih daripada dua kali, sehingga penuh.

Читать полностью…
Subscribe to a channel