nadiralnuri | Unsorted

Telegram-канал nadiralnuri - Nadir Al-Nuri

241417

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Subscribe to a channel

Nadir Al-Nuri

Yang geng Filistini jangan lupa dapatkan jersi khas tarikh keramat 0710 di 2lenpalestin.com 💪

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Minggu lepas, tadika Haura' dan Qamar nasihat, setiap hari Jumaat walaupun baju bebas tapi kena pakai yang menutup aurat. Terima kasih untuk nasihatnya!

Kalau di negara Arab, selagi budak belum baligh memang budaya mereka agak bebas dalam berpakaian, tudung pun dipakai sebaik saja baligh saja.

Jumaat hari ni kami 'Islamkan' Haura' dan Qamar. Saya kata kepada mereka, wah hari ni anak-anak Baba dah jadi Melayu!

Haura' jawab, saya memang orang Melayu, Baba. Qamar jawab, taklah, saya tetap Filistini 😆

Juma'ah mubarakah semua, banyakkan selawat dan jangan lupa Al-Kahfi!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Sesi yang refreshing 7hb lepas di slot Bekfes Hotfm, alhamdulillah. Fafau yang pernah sampai G membawa saya mengimbau betapa masuk ke sana tu macam masuk dunia lain, hijau, tenang dan hidup.

AG yang banyak tanya soalan, Johan khabarnya hari ini paling alim dalam sejarah menjadi DJ sebab tajuk serius. KJ yang tall, dark, handsome pun nampak menyapu air mata apabila saya bercerita perihal Haura' berdepan longgokan syuhada'. Kalian boleh tengok di ig saya nadiralnuri dan TT Hotfm.

Terima kasih menjemput kami, semoga solidariti kita untuk P tidak pudar. Khairy Jamaluddin lepas ni boleh jemput untuk KS Lagi pula, banyak lagi story tak habis cerita. Tag skit KJ di youtube Keluar Sekejap gais.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Korang nampak tak desain baru yang kita dah launch? Desain ni bersempena tarikh keramat dan terpahat dalam sejarah, 0710. Sebab itu di bucu jersi kami letakkan angka ini.

Semoga selama-lamanya ia mengingatkan kita, bahawa perjuangan belum selesai. Jom kita ingatkan semua orang yang melihat kita mengenakan jersi ini juga tentang satu tahun genosid.

Dapatkan di 2lenpalestin.com dan teruskan doa dan usaha solidariti kita. Jom support dan sebarkan.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Koleksi tudung CGM juga masih dijual di cgmshop.my, katanya tak lama lagi tudung akan sampai ke Malaysia, alhamdulillah. Preorder juga untuk mendokong simbol pembebasan dalam setiap gerak-gerimu duhai wanita gagah dan ayu. Tempahan di cgmshop.my

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Satu tahun.

Banyak sangat yang bermain di dalam minda yang perlu dicerakinkan satu, dua hari ini. Kenangan, peristiwa dan pahit manis yang hadir sekaligus di dalam kepala, mencucuk jiwa.

Entah di mana saya boleh bermula.

Tetapi mungkin saya perlu meletakkan diri di dalam sudut tenang dahulu, mengimbau kenangan manis yang ada di sana tatkala ia masih 'aman' dan ceria.

Taman-taman rekreasi dan air yang sentiasa dipenuhi pelajar sekolah, gerai buah-buahan dan sayuran yang penuh dengan hasil-mahsul rezeki penduduk Mediterranean, masjid-masjid yang syahdu setiap kali waktu Maghrib, dihiasi riang tawa anak kecil yang menghafal mushaf, pesisir pantai tempat seluruh penduduk melepaskan kegelisahan dan bercerita.

Aaahh, kalau ditanyakan laut Ga. z@, pastu kisah-kisah yang telah dia dengar dalam hayatnya cukup untuk mengisi ribuah buah memoir dan catatan.

Entahlah di mana saya perlu bermula.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Sedang saya bersemangat menyampaikan pidato di pentas program Himpunan Setahun Taufan Al-Aqsa di Kuala Terengganu, tiba-tiba bahu saya ditepuk oleh pengerusi majlis, Al-Fadhil Ustaz Nasruddin Tantawi.

'Tok Guru sampai', ujar beliau ringkas.

Saya melontarkan pandangan ke hujung pentas, kelibat Tok Guru kelihatan. Kelibat dan sebab saya menggagahkan diri hadir ke majlis ini dalam kesibukan, untuk melihat wajah sang ulama', untuk menghormati kehadiran beliau dalam majlis ini. Bukan selalu penghormatan duduk sepentas dengan Tok Guru akan datang.

Tangga elektrik di tepi pentas diangkat perlahan, Tok Guru dengan dipapah berjalan perlahan-lahan ke kerusi. Saya mencapai tangannya, menciumnya perlahan dan kembali ke podium. Entah bagaimana hendak diteruskan pidato di hadapan Tok Guru, pandangan mata tajamnya seolah-olah mencucuk batang tubuh dan menyebutkan, jangan sembang Nadir, kamu masih mentah dalam perjuangan Nadir.

Saya menamatkan ucapan dengan kisah Abu Husein Farhat, kembali ke kerusi sendiri untuk menghabiskan masa beberapa jam berbaki sebelum bergerak semula ke Kuala Lumpur untuk merenung wajah Tok Guru, mendoakan kesihatannya dan mengharapakan tubuhnya terus kuat untuk memimpin umat.

Entah bila saya akan dapat bersua dengannya semula. Untuk kalian pencinta ulama', saya hadiahkan gambar Tok Guru ini. Doakan beliau bersama-sama.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Malam ini saya di KT inshaAllah.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

ISU VIRAL WANITA P MENGAMUK DAN PENDIRIAN KITA

1. Sehari dua ini tular video wanita P yang dibawa ke Malaysia oleh pihak kerajaan beberapa bulan lalu mengamuk di Wisma Transit ATM, Kuala Lumpur. Tindakan wanita ini dikecam netizan dan rata-rata menunjukkan kemarahan terhadap apa yang dilakukan.

2. Saya berkongsi rasa rakyat Malaysia dan menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap apa yang dilakukan wanita ini – tindakan yang melulu dan tidak menghormati negara tuan rumah atas apa sebab sekalipun.

3. Pada masa sama saya cuba memahami rasa marah yang dizahirkan wanita tersebut dan cuba mencari puncanya kerana masakan tanpa angin pokok bergoyang.

4. Pengalaman 10 tahun tinggal bersama bangsa P di sana dan 2 tahun bersama rakyat Syria sudah cukup lama untuk saya mengenali sifat panas baran yang ada pada mereka. Pada masa sama majoriti bangsa Arab cukup tegas dalam mempertahankan hak mereka dan mendokong keadilan walaupun kadang-kadang masih dicemari sifat assabiyah atau perkauman.

5. Tetapi sifat ini jugalah yang membolehkan penduduk di P khususnya kuat dan tidak berputus asa mempertahankan hak dan tanah air mereka, hatta dalam tempoh satu tahun berdepan genosid ini. Ternyata apabila dipandu dengan agama, semangat kepahlawanan ini menguntungkan perjuangan dan boleh dikendurkan. Kalau kalian melihat seteruk-teruk pergaduhan yang sedang berlaku di negara Arab, perkataan Sollu ‘Alan Nabi, berselawatlah ke atas Nabi sudah cukup untuk mengendur dan menenangkan mereka.

6. Saya juga cuba mendalami apa yang dilalui dan dirasai penduduk P yang dibawa pihak kerajaan ke Malaysia setelah beberapa bulan mereka berada di negara Mesir.

7. Sejak mereka berada di Mesir dan pada hari-hari pertama mereka di Malaysia pun, mereka telah berhubung dengan pasukan CGM di Mesir untuk mendapatkan maklumat keadaan dan masa depan mereka di Malaysia. Kerana tidak mempunyai banyak maklumat, kami menyebutkan kepada pasukan kami untuk meyakinkan mereka bahawa Malaysia pasti memberikan layanan terbaik kepada penduduk sebagai tetamu negara.

8. Masalah-masalah kecil yang mereka depani di awalnya seperti masalah makanan dan tidak mendapat kebenaran keluar daripada kawasan hospital cuba diatasi oleh pihak berwajib dengan agak baik. Tetapi lama-kelamaan dalam keadaan tidak mengetahui masa depan sendiri, perasaan tidak baik mula timbul dan dizahirkan oleh penduduk terbabit.

9. Untuk berlaku adil dan meletakkan diri kita di posisi mereka, bayangkan mereka berada di dalam keadaan perang selama beberapa bulan, berdepan risiko mati setiap hari malah majoriti mereka mempunyai keluarga yang disiksa dan terkorban. Malah puluhan ribu rakyat belum diketahui keadaan mereka hidup atau mati. Mereka kemudiannya keluar ke Mesir tanpa mendapat peluang menggunakan fasiliti kesihatan terbaik, malah menyewa dengan harga tinggi oleh pihak yang mahu mengambil kesempatan dalam kesempitan.

10. Apabila diberi peluang ke Malaysia, negara yang mereka kenali sebagai ‘syurga dunia’ tambahan pula persepsi sangat baik yang tertanam di dalam hati mereka hasil penat-lelah badan-badan kemanusiaan membantu dan pimpinan negara menyeru pembebasan, pastilah mereka menyahut pelawaan. Tetapi siapa yang mampu bertahan keluar dari penjara terbesar dunia, berpindah ke Mesir yang ‘menekan’ kemudian dibawa ke Malaysia dengan harapan menggunung tetapi setelah ‘spotlight’ ke atas mereka dipadamkan, mereka masih tidak mempunyai hala tuju malah terkurung?

11. Negara seperti Qatar dan Oman juga membawa pesakit ke negara mereka untuk dirawat tetapi anak-anak warga P dihantar ke sekolah dan mereka diberikan kebebasan untuk keluar dengan bersebab sehingga jam 10 malam.

12. Tindakan wanita yang viral adalah melampau tetapi ia tidak menggambarkan perwatakan dan akhlak keseluruhan penduduk P. Malah dalam video sama kedengaran suara penduduk lain di hospital memarahi wanita tersebut dan menyuruhnya diam dan berhenti. Lebih daripada itu, di dalam grup whatsapp penduduk P yang sudah lama ada di Malaysia sebagai pelajar dan pekerja, mereka turut mengecam tindakan wanita tersebut.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Rupanya dah ada yang tertanya Jersi Fursan yang 2len Palestin akan launch bersempena memperingati tarikh 7 Oktober dah keluar ke belum.

InshaAllah kami akan buka preorder dalam masa terdekat. Istimewanya untuk list VVIP kami, kalian akan dapat buat tempahan awal, pengeposan percuma dan juga dapat free gift perfume dengan pembelian minimum.

Perfume 2len ni berhantu, isteri saya kata terpukau masa saya pakai 😄

Jom join VVIP list di sini ya https://bit.ly/2LENVIP_WaitingList

Join percuma je cuma kami nak raikan lebih 🌹🌹

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

(11) Dan (ingatlah) ketika orang-orang munafiq dan orang-orang yang berpenyakit dalam hati mereka berkata, ‘Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan kepada kami melainkan tipu daya.’ (12)” [Surah al-Ahzab: 9-12]

Maka, umat Islam dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan yang dinyatakan oleh Allah, mengulangi peristiwa dalam surah al-Ahzab.

1. Kumpulan yang beriman

Firman Allah SWT:

وَلَمَّا رَءَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلۡأَحۡزَابَ قَالُواْ هَٰذَا مَا وَعَدَنَا ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥ وَصَدَقَ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥۚ وَمَا زَادَهُمۡ إِلَّآ إِيمَٰنٗا وَتَسۡلِيمٗا٢٢ مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٞ صَدَقُواْ مَا عَٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن يَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلٗا ٢٣

“Dan tatkala orang-orang yang beriman melihat tentera Ahzab, berkatalah mereka, ‘Inilah yang telah dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kami dan benarlah (apa-apa yang telah dijanjikan) Allah dan Rasul-Nya.’ Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberikan sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan ketundukan diri mereka bulat-bulat kepada Allah. (22) Antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa-apa yang telah dijanjikan mereka kepada Allah (untuk berjuang membela Islam). Maka, antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan antara mereka ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (janjinya) sedikit pun. (23)” [Surah al-Ahzab: 22-23]

2. Kumpulan munafiq

Kumpulan ini dinyatakan oleh firman Allah SWT:

وَإِذۡ يَقُولُ ٱلۡمُنَٰفِقُونَ وَٱلَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٞ مَّا وَعَدَنَا ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥٓ إِلَّا غُرُورٗا ١٢

“Dan (ingatlah) ketika orang-orang munafiq dan orang-orang yang berpenyakit dalam hati mereka berkata, ‘Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan kepada kami melainkan tipu daya.’” [Surah al-Ahzab: 12]

3. Kumpulan yang bercakap, tetapi tidak berjuang

Firman Allah SWT:

۞قَدۡ يَعۡلَمُ ٱللَّهُ ٱلۡمُعَوِّقِينَ مِنكُمۡ وَٱلۡقَآئِلِينَ لِإِخۡوَٰنِهِمۡ هَلُمَّ إِلَيۡنَاۖ وَلَا يَأۡتُونَ ٱلۡبَأۡسَ إِلَّا قَلِيلًا ١٨ أَشِحَّةً عَلَيۡكُمۡۖ فَإِذَا جَآءَ ٱلۡخَوۡفُ رَأَيۡتَهُمۡ يَنظُرُونَ إِلَيۡكَ تَدُورُ أَعۡيُنُهُمۡ كَٱلَّذِي يُغۡشَىٰ عَلَيۡهِ مِنَ ٱلۡمَوۡتِۖ فَإِذَا ذَهَبَ ٱلۡخَوۡفُ سَلَقُوكُم بِأَلۡسِنَةٍ حِدَادٍ أَشِحَّةً عَلَى ٱلۡخَيۡرِۚ أُوْلَـٰٓئِكَ لَمۡ يُؤۡمِنُواْ فَأَحۡبَطَ ٱللَّهُ أَعۡمَٰلَهُمۡۚ وَكَانَ ذَٰلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرٗا ١٩

“Sesungguhnya, Allah mengetahui orang-orang yang menghalang-halangi antara kamu dan orang-orang yang berkata kepada saudara-saudaranya, ‘Marilah kepada kami.’ Dan mereka tidak mendatangi peperangan melainkan sebentar. (18) Mereka bakhil terhadapmu, apabila datang ketakutan (bahaya), kamu lihat mereka itu memandang kepadamu dengan mata yang terbalik-balik seperti orang yang pengsan kerana akan mati, dan apabila ketakutan telah hilang, mereka mencaci kamu dengan lidah yang tajam, sedang mereka bakhil untuk berbuat kebaikan. Mereka itu tidak beriman, maka Allah menghapuskan (pahala) amalnya. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (19)” [Surah al-Ahzab: 18-19]

Semua kumpulan munafiq dan golongan yang bercakap sahaja tetapi tidak berjihad, berada di negara yang berwala’ kepada kuasa besar Amerika Syarikat dan Eropah yang mempunyai pangkalan tentera masing-masing untuk dikerah membantu Israel.

Apabila saya dijemput hadir ke Muktamar Majma‘ Taqrib di Tehran, saya dipujuk oleh Dr. Abdul Rahman Bairam, seorang pemimpin Sunni berbangsa Kurdi di Iran supaya hadir bagi merapatkan hubungan antara Sunni dengan Syiah. Tiba-tiba, saya menerima bantahan daripada Almarhum Dr. Yusuf al-Qaradawi RH, Ketua Kesatuan Ulama’ Islam Sedunia.

Saya bersembahyang istikharah dan mendapat hidayah supaya saya menghadiri muktamar tersebut. Lalu, saya menulis surat peletakan jawatan daripada menjadi Naib Ketua kesatuan itu. Namun, saya dipujuk supaya menarik balik peletakan jawatan tersebut dan saya membuat keputusan untuk tidak menyambung lagi jawatan itu.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Pada zaman kebangkitan semula umat Islam, berlakunya kejayaan Revolusi Islam di Iran bagi menjatuhkan Shah pada tahun 1979. Namun kejayaan itu tidak diiktiraf oleh beberapa golongan Sunni dari negara Arab selepas beberapa orang pemimpin Barat seperti Henry Kissinger, Madeleine Albright dan lain-lain, mengeluarkan kenyataan tentang bahaya Syiah terhadap Sunni sehingga Amerika Syarikat dan sekutunya membantu Iraq menyerang Iran dalam Perang Teluk 1. Dan selepas itu mereka menghancurkan Iraq dalam Perang Teluk 2. Ketika itulah munculnya para ulama’ rasmi yang mendukung kerajaan yang telah dicatur oleh penjajah.

Setelah itu, dicetuskan pula slogan “Arab Spring” dan “Reformasi” di Nusantara bagi menjatuhkan kerajaan secara kacau-bilau dengan melaga-lagakan rakyat oleh makhluk asing dan agen-agen mereka. Walau bagaimanapun, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah bertindak menarik diri lalu apinya malap di Malaysia.

Adapun di negara-negara Arab berlakunya perang proksi antara kerajaan dengan rakyat. Isu kelemahan kerajaan, salah laku, perbezaan mazhab, agama dan etnik dijadikan umpan untuk mengadu domba, di samping disebarkan gejala takfir.

Kemudian, diangkut kumpulan pelampau masuk ke dalam negeri lalu dijadikan proksi berlakunya perang saudara di Syria, Yaman, Iraq, Libya dan Sudan dengan kemudahan senjata dan harta oleh negara Barat dan negara yang menjadi buah caturnya. Tujuannya adalah semata-mata untuk mengamankan Israel dan menjaga kepentingan Barat serta menyekat kebangkitan semula umat Islam.

Maka, Republik Islam Iran telah mengaktifkan semula Majma‘ Antarabangsa Taqrib Mazhab daripada semua mazhab muktabar yang pernah dianjurkan oleh Sheikh Jamaluddin al-Afghani dan Sheikh Muhammad ‘Abduh pada awal abad yang lalu. Kemudiannya, usaha itu disambung oleh Hasan al-Banna, Ayatollah Kashani, Ayatollah Khomeini dan Nawwab Safawi, dikuti oleh Sheikh Mahmud Shaltut dan lain-lain. Seterusnya, ditubuhkan Majma‘ al-Buhuth al-Islamiyyah di Mesir dan Rabitah al-‘Alam al-Islami di Makkah.

Hasil daripada persidangan para ulama’ melalui Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), satu perisytiharan yang dinamakan Perisytiharan Makkah dan Jordan telah diadakan bagi memutuskan lapan mazhab yang termasuk dalam golongan Ahli al-Qiblah. Di samping itu, Ayatollah Khamenei telah mengeluarkan fatwa haram mencela para sahabat RA.

Usaha ini dilakukan bagi mengembalikan semula kekuatan perpaduan dan persaudaraan umat seperti pada zaman awal yang tidak berpecah belah kerana perbezaan mazhab dan suku kaum. Hal ini menyebabkan kemunculan firqah sesat dapat dipadam secara ilmiah dalam kalangan umat, serta berjaya mengalahkan musuh yang datang dari luar.

Pada zaman awal Islam, semua ulama’ mazhab bersatu menentang khalifah yang zalim dan mempunyai salah laku, dengan sifat sabar dan bijaksana tanpa merosakkan negara dan umat. Antaranya Imam Sa‘id bin Jubair yang dibunuh oleh Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi yang zalim kerana berpihak kepada Ahli al-Bait, Imam Abu Hanifah dipenjarakan sehingga mati kerana membela Imam Ja‘far al-Sadiq, Imam Malik bin Anas pula diseksa kerana mengutuk pembunuhan zalim terhadap Muhammad al-Nafs al-Zakiyyah, salah seorang Imam Ahli al-Bait dan Imam al-Syafi‘i pula dibelenggu kerana telah membela Imam Zaid bin ‘Ali.

Selain itu, ada juga imam mazhab yang berguru antara satu sama lain seperti Imam Abu Hanifah dan Imam Malik yang berguru dengan Imam Ja‘far al-Sadiq, manakala Imam al-Syafi‘i pula berguru dengan Imam Malik. Imam al-Hasan al-Syaibani pula ialah murid kepada Abu Hanifah, manakala Imam Ahmad bin Hanbal pula murid kepada Imam Syafi‘i walaupun adanya khilaf mazhab.

Pihak Ittihad al-‘Alami li Ulama’ al-Muslimin (Kesatuan Ulama’ Islam Sedunia) menugaskan saya mengetuai rombongan untuk mencari penyelesaian secara damai dan mengadakan muzakarah di Yaman. Kemudian, diminta oleh gerakan Islam dalam krisis Syria bersama rakan-rakan dari Turkiye dan Iran, tetapi menemui jalan buntu kerana kerasnya sifat ‘asabiyyah.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Penulisan yang luar biasa menarik untuk dibaca dan dihadamkan 👇

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Pada masa sama, operasi berani mati di Tel Aviv oleh pemuda Palestin mengorbankan 7 orang penduduk haram Israel.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Ini adik Saja Sa'id Khalli, seorang hafizah yang buta dari Utara Gaza. Mashaa Allah sungguh hebat adik ini. Dia sudah mula menghafal Al-Quran sejak umur 7 tahun.

Walaupun Gaza terus menerus dibedil rejim Zionis, dia berjaya membaca hafalan Al-Quran dalam satu masa tanpa melihat mushaf.

Jom kita lihat video ini dan semoga kita mendapat inspirasi dari kejayaan adik Saja.

Video penuh di sini: https://youtu.be/uuiLrVfK_VU?si=I6zELZPMTZ9aVnGv

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Ya Allah bantulah kaum Muslimin dan Mujahidin di Palestin, Ya Allah binasakanlah kau Yahudi serta pasukan Israel dan cerai-beraikanlah kesatuan mereka.

آمين يا رب العالمين

Jom sama-sama kita doakan juga saudara kita diluar sana yang ditindas 🤲🏻.

Jangan lupa selawat dan Al kahfi sekali ✅ Salam Jumaat Barakah semua 🤗

www.2lenpalestin.com

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Baru ni masa Khabib datang Malaysia, tak ada rezeki nak jumpa. Sejak tu memang saya cari je mana-mana beruang yang ada nak lepaskan geram. Yelah kan Khabib tu terkenal bergusti dengan beruang masa dia kecil.

Tapi kat Bangi ni manalah nak jumpa beruang. Yang ada beruang ni je, beruang Bask namanya. Lepaskan geram jugalah masa tu. Sandwic depa sedap, ice latte pun mantap.

Begitulah.

Nak nampak gagah ni tak semestinya lawan beruang. Kadang-kadang pakai baju yang bawa identiti pejuang pun dah nampak dah berdarah pendekar terbilang.

Yelah, kalau baju pun support Palestin, yang dalam hati lagilah padu.

Jom bergaya macam saya. Klik 2lenpalestin.com segera. Pssst ada banyak pilihan baju msulimin, muslimah dan merchandise Palestin di sana. Yang jersi Abu Ubaidah upgraded dengan angka 0710 tu pun padu.

Dah kliklah cepat, jangan tunggu nanti terlepas.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Kalau kalian rasa letih dan lesu, perlukan inspirasi, saya syorkan tonton video ini.

Rasa zalim kepada diri sendiri bila tengok anak ini, Saja yang buta mata tapi hatinya mashaAllah celik-seceliknya, bukan sahaja hafal Al-Quran dengan beberapa riwayat tapi hafal kitab-kitab hadis dan ilmu lain juga. Saya nak belek Al-Quran satu, dua muka sehari pun berat 😔

Tonton dan sharekan kalau ada manfaat. Jangan lupa bagi anak-anak tengok sekali! Patutlah G susah dikalahkan...

https://www.facebook.com/61564021351623/videos/518513007597593

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Malam ini di Astro Awani inshaAllah.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Desain baru 2lenpalestin bersempena satu tahun kekejaman genosid telah dilancarkan. Ia ruang untuk kita tidak lupa apa yang sedang melanda saudara-saudara kita di sana, setiap kali jersi dipakai dan dibelek. Preorder segera di 2lenpalestin.com

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

[[ Siaran Langsung]] ‼️ ‼️
𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐓𝐀𝐔𝐅𝐀𝐍 𝐀𝐋-𝐀𝐐𝐒𝐀 | 𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐒𝐀𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐃𝐈 𝐆𝐀𝐙𝐀

𝐀𝐇𝐀𝐃 | 𝟔 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟒 | 𝟗 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐌
𝐃𝐚𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐡𝐚𝐢𝐫𝐮𝐧𝐧𝐢𝐬𝐚' , 𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐥𝐭𝐚𝐧 𝐎𝐦𝐚𝐫, 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮.

𝐂𝐄𝐑𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐏𝐈𝐃𝐀𝐓𝐎 𝐓𝐀𝐔𝐅𝐀𝐍 𝐀𝐋-𝐀𝐐𝐒𝐀
1. YB Tan Sri Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
( Ahli Parlimen Marang )
2. YB Ustaz Ahmad Fadhli Shaari
( Ahli Parlimen Pasir Mas )
3. Ybhg Tuan Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman
( Ketua Pegawai Eksekutif NGO Cinta Gaza Malaysia )
4. Wakil Palestin

𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐒𝐘𝐈𝐃 𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐒𝐎𝐔𝐓𝐔𝐋 𝐀𝐌𝐀𝐋 & 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐍𝐘𝐀𝐊 𝟓𝟎 𝐆𝐄𝐑𝐀𝐈 𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐒𝐄𝐃𝐈𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐏𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐑𝐈𝐍

https://www.facebook.com/share/v/XWBtN8cN5uKsarw2/

Ayuh! Jemput semua Rakyat Negeri Terengganu untuk sama-sama bersolidariti serta tanda kebersamaan kita untuk saudara kita di Palestin!
" Birruh! , Biddam! , Nafdika Ya Aqsa! "
#HimpunanSetahunTaufanAlAqsa

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Terima kasih 700 orang warga Shah Alam menerima kami dalam Fun Run Setia Bersama Palestin pagi tadi. Tahniah kepada semua yang berjaya menamatkan larian!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

13. Pihak NGO yang bertindak sebagai 3rd force dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan politik telah menasihati semua pihak supaya memberikan kami ruang berinteraksi dan bersama-sama membantu mereka sebelum nasi menjadi bubur. Waktu ini kami masih bersedia duduk bersama dan menjamah bubur yang telah masak dan hampir basi demi menjaga nama baik negara kita dan kepentingan tetamu yang dibawa.

14. Buat kalian semua, tenang-tenang saja dan jangan termakan dengan hasutan mereka yang bercita-cita menjauhkan kita dengan isu P. Kita menyokong P dengan sumbangan dan boikot bukan kerana segelintir manusia tetapi kerana agama dan kerana menolak penjajahan. Teruskan perjuangan kalian dan janganlah lupakan isu utama saudara-saudara kita yang masih dibunuh setiap hari di P dan Lubnan sana. Perkasakan rasa ihsan untuk insan dan jangan mudah digoncang oleh mereka yang berniat memecah-belahkan kesatuan kita atas nama kemanusiaan!

Nadir Al-Nuri
t.me/nadiralnuri

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

ANDAI RASULULLAH S.A.W BERSAMA KITA

Saya teringat satu dokumentari terkenal di Timur Tengah yang namanya ‘Lau Kana Bainanal Habib’ yang membawa makna ‘Kalaulah Baginda Rasulullah S.A.W Bersama Kita.’

Dokumentari ini membawa mesej tentang bagaimana kita akan bertindak sekiranya Baginda Rasulullah S.A.W ada bersama kita pada setiap saat, memerhatikan setiap tingkah laku kita.

Saya mendapati ia kaedah bermuhasabah yang sangat baik. Bayangkan dalam apa saja yang sedang kita lakukan, di belakang kita atau di sudut sana Rasulullah S.A.W sedang memerhatikan kita, apa yang kita buat, bagaimana kita respon dan bertindak terhadap mana-mana peristiwa, akhlak kita terhadap orang sekeliling. Pastinya kita akan malu alah untuk berbuat dosa, ibadah pun menjadi lebih khusyuk kalau bayangan itu dapat divisualkan di dalam pemikiran.

Kemudian saya berfikir lebih jauh, kalaulah Rasulullah S.A.W benar-benar ada pada zaman ini, apakah fokus Baginda? Tak syak lagi beliau akan menumpukan segala tenaga dan upaya untuk membantu saudara-saudara seagama yang sedang dilanyak di sana. Sudah pasti baginda orang-orang yang terbaik untuk menghentikan penjajahan dan kezaliman, mencari pakar strategi paling ampuh untuk berbincang kaedah terbaik musuh hendak dirempuh.

Alangkah indahnya, kalau engkau bersama kami di saat ini wahai Rasulullah S.A.W.

Sedihnya, kami hanya mampu belajar dari sriahmu dan menumpang semangatmu, mudah-mudahan ia menjadi syafaat untuk kami di hari akhirat kelak.

Allahumma Solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ‘Aali Muhammad.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Beberapa hari yang lalu, Syeikh Dr. Ahmad al-Raisouni, mantan Ketua Kesatuan Ulama’ Islam Sedunia membuat kenyataan yang sama seperti saya nyatakan.

Saya berkesempatan berjumpa dengan al-Syahid Hassan Nasrallah sebanyak dua kali. Kali pertama, saya diajak menghadiri Muktamar Muassasah al-Quds Antarabangsa di Beirut menemani Almarhum Dr. Yusuf al-Qaradawi, Dr. Muhsin al-‘Awaji dan seorang rakan dari Algeria. Dalam perjumpaan itu, ditimbulkan masalah takfir terhadap Syiah.

Dr. Yusuf al-Qaradawi menyatakan bahawa beliau juga ditakfirkan oleh puak pelampau. Maka, al-Syahid Hassan Nasrallah berkata:

“Marilah kita perangi Israel dahulu, kemudiannya datanglah bunuh kami yang bermazhab Syiah!”

Selepas beberapa tahun, saya berjumpa beliau buat kali kedua apabila saya dibawa bertemu empat mata di tempat persembunyiannya. Beliau menegaskan kepada saya bahawa peperangan akan berlaku bagi membebaskan Bait al-Maqdis dan Masjid al-Aqsa.

Al-Syahid Hassan Nasrallah dan rakan-rakannya ikut terlibat dalam Perang Bosnia untuk mempertahankan Sunni, bukannya Syiah. Saya mendoakan diterima syahidnya yang ikhlas dengan kematian yang paling mulia di sisi Allah SWT. Akan tetapi, ada pula pendapat yang berpihak kepada bala tentera Ahzab.

Untuk pengetahuan, saya tidak terpengaruh dengan ulama’ mazhab NATO (Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara) dan juga Komanwel.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 29 Rabi‘ al-Awwal 1446 / 3 Oktober 2024

[Bil: 41 / 2024]

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Sejak tahun 1931, Mufti Palestin, Almarhum Muhammad Amin al-Husaini, telah menganjurkan Muktamar Islam di Bait al-Maqdis yang dihadiri oleh para ulama’ sedunia daripada semua mazhab iaitu Sunni, Syiah dan Ibadi.

Pada tahun 1948, apabila negara haram Israel diisytiharkan, dibentuk pasukan mujahidin daripada semua mazhab menentang Zionis. Ramai daripada kalangan mereka yang mati syahid. Malangnya, usaha jihad ini diganggu oleh pihak kerajaan yang ditubuhkan oleh negara Barat selepas jatuhnya Khilafah ‘Uthmaniyyah.

Semua negara Arab dan kumpulannya yang meminggirkan Islam gagal menentang Israel dan terperangkap dalam percaturan kuasa besar Barat yang tetap melindungi Zionis. Dilakonkan kononnya penyelesaian dua negara (two-state solution) dan sebagainya yang hakikatnya ditolak oleh Zionis Israel yang bercita-cita menubuhkan Negara Israel Agung (The Greater Israel) dari Mesir hingga Iraq.

Akhirnya, kumpulan Islam muncul semula menunaikan janji Rasulullah SAW:

لَا ‌تَزَالُ ‌طَائِفَةٌ ‌مِنْ ‌أُمَّتِي ‌ظَاهِرِينَ ‌عَلَى ‌الْحَقِّ لِعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ لَا يَضُرُّهُمُ مَنْ خَالَفَهُمْ إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَائِهِمْ، حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللهِ، وَهُمْ كَذَلِك.

“Akan lahir satu kumpulan dalam kalangan umatku yang bangkit dengan menegakkan kebenaran daripada Allah; mereka dimenangkan ke atas musuh mereka (tidak boleh dihapuskan oleh musuh mereka); dan mereka tidak boleh dimudaratkan oleh penentang mereka, namun mereka dihimpit dengan tekanan dan berjuang sehingga datang ketetapan Allah (Hari Kiamat); dan mereka tetap berada dalam keadaan yang demikian itu.”

Lalu, para sahabat bertanyakan Rasulullah SAW:

يَا رَسُوْلَ اللهِ وَأَيْنَ هُمْ؟

“Di manakah mereka berada, wahai Rasulullah?”

Rasulullah SAW bersabda:

بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ وَأَكْنَافِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ.

“Di Bait al-Maqdis dan kawasan sekitarnya.” [Riwayat al-Bukhari, no. 3641, Ahmad, no. 22320 dan lain-lain. Lafaz hadis bagi Ahmad dalam Musnadnya]

Kemudian, lahirlah kumpulan Islam iaitu Harakah al-Muqawamah al-Islamiyyah (Hamas) dan Tanzim Jihad di Palestin daripada Sunni, iaitu gabungan kumpulan Islam daripada Sunni. Adapun kumpulan Islam dalam kalangan Syiah pula seperti Hizbullah dan Ansarullah yang disokong oleh Republik Islam Iran dengan bantuan senjata dan harta. Adapun sebahagian besar negara Sunni berada di bawah pengaruh Barat, menjadi buah catur yang diatur bagi menyelamatkan Israel dan menentang kumpulan Islam di negara masing-masing.

Apabila Israel mengalami kekalahan dalam operasi Taufan al-Aqsa oleh gerakan Islam Hamas di Gaza, menyebabkan seluruh bala tentera Amerika Syarikat dan Eropah serta sekutunya dikerahkan bagi menyelamatkan Israel.

Kini, berlakunya peristiwa Ahzab yang disebut dalam al-Quran:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱذۡكُرُواْ نِعۡمَةَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ جَآءَتۡكُمۡ جُنُودٞ فَأَرۡسَلۡنَا عَلَيۡهِمۡ رِيحٗا وَجُنُودٗا لَّمۡ تَرَوۡهَاۚ وَكَانَ ٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرًا ٩ إِذۡ جَآءُوكُم مِّن فَوۡقِكُمۡ وَمِنۡ أَسۡفَلَ مِنكُمۡ وَإِذۡ زَاغَتِ ٱلۡأَبۡصَٰرُ وَبَلَغَتِ ٱلۡقُلُوبُ ٱلۡحَنَاجِرَ وَتَظُنُّونَ بِٱللَّهِ ٱلظُّنُونَا۠ ١٠ هُنَالِكَ ٱبۡتُلِيَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَزُلۡزِلُواْ زِلۡزَالٗا شَدِيدٗا ١١ وَإِذۡ يَقُولُ ٱلۡمُنَٰفِقُونَ وَٱلَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٞ مَّا وَعَدَنَا ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥٓ إِلَّا غُرُورٗا ١٢

“Wahai orang-orang yang beriman! Ingatlah akan ni‘mat Allah (yang telah dikurniakan) kepadamu ketika datang kepadamu tentera-tentera, lalu Kami kirimkan kepada mereka angin taufan dan tentera yang tidak dapat kamu melihatnya! Dan Allah adalah Maha Melihat akan apa-apa yang kamu kerjakan. (9) (Iaitu) ketika mereka datang kepadamu dari atas dan dari bawahmu, dan ketika tidak tetap lagi penglihatanmu dan hatimu naik menyesak sampai di tenggorokan, serta kamu menyangka terhadap Allah dengan bermacam-macam prasangka. (10) Di situlah diuji orang-orang Mukmin dan digoncangkan (hati mereka) dengan goncangan yang sangat dahsyat.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Minda Presiden PAS

AL-SYAHID HASSAN NASRALLAH YANG KUKENALI

Saya mengenali mazhab Syiah ketika belajar di Universiti Islam Madinah al-Munawwarah pada tahun 1969 hingga 1973. Salah satu daripada pengajian yang saya belajar adalah untuk mengenal mazhab, firqah dalam Islam dan ideologi asing secara terperinci.

Daripada mazhab Syiah, dikenali beberapa pecahan mazhabnya yang dianggap sebagai Ahli al-Qiblah dan adanya para ulama’ bertaraf mujtahid mutlak yang sama dengan para ulama’ Ahli al-Sunnah dan Ibadi. Dalam kalangan mereka juga, adanya para sahabat, tabiin, salaf dan khalaf. Mereka bermazhab Imamiyyah yang ramai pengikutnya di Iran, negara-negara Teluk, bahagian timur Arab Saudi, Iraq dan bahagian selatan Lubnan.

Adapun mazhab Zaidiyyah mempunyai ramai pengikut di Yaman, manakala pengikut mazhab Nakhawilah pula ramai yang tinggal di Madinah dan menjadi peniaga di pasar Madinah. Mereka berkhilaf dalam perkara furu‘ sahaja, bukan dalam perkara rukun. Masih banyak kitab-kitab muktabar yang meriwayatkan ijtihad mereka, bahkan juga diriwayatkan dalam kitab-kitab Ahli al-Sunnah. Pengikutnya datang mengerjakan haji di Makkah.

Di samping itu, banyak lagi mazhab dan firqah yang tidak boleh dihukum dengan mudah walaupun salah ijtihadnya yang wajib ditashihkan oleh para ulama’, bukannya orang awam.

Dua mazhab Syiah yang terbesar mempunyai kitab-kitab rujukan, dan ada pendapat yang diambil kira dan yang sama dengan beberapa mazhab Ahli al-Sunnah. Bahkan, ada kitab yang dikarang bersama secara bersilang seperti kitab Subul al-Salam (kitab yang diajar di Universiti Islam Madinah) karangan Imam al-San‘ani RH daripada mazhab Syiah Zaidiyyah yang mensyarahkan kitab hadis Bulugh al-Maram karangan Ibn Hajar al-‘Asqalani, mazhab Syafi‘i daripada Sunni.

Selain itu, kitab Tathir al-I‘tiqad karangan al-San‘ani diajar dalam Masjid al-Nabawi, tafsir Fath al-Qadir dan syarah hadis Nail al-Awtar oleh Imam al-Shawkani RH, mujtahid mazhab Zaidiyyah yang masih menjadi rujukan muktabar.

Kitab-kitab karangan Ayatollah Muhammad Baqir al-Sadr yang bermazhab Imamiyyah juga banyak dipasarkan di Makkah dan Madinah, khususnya kitab Iqtisaduna iaitu sebuah kitab perbandingan antara ekonomi Islam dengan ideologi ciptaan manusia. Kitab ini diberi kata pengantar oleh Prof. Sheikh Muhammad al-Mubarak daripada Universiti Ummu al-Qura di Makkah sehingga dijadikan rujukan dalam muzakarah dan usrah.

Kitab Maqalat al-Islamiyyin karangan Imam Abu al-Hasan al-Asy‘ari adalah sebuah kitab yang paling jelas dan tepat huraiannya berkenaan semua mazhab kerana penulisnya berada di Iraq. Pada masa itu, Iraq menjadi pusat kerajaan yang bergolak dan banyak melahirkan mazhab aqidah, fiqh dan tasawuf.

Seterusnya, para penjajah berjaya menjadikan khilaf mazhab bagi memecahkan perpaduan umat Islam. Keadaan ini berlaku apabila umat Islam mula meninggalkan adab ikhtilaf di samping ‘asabiyyah perkauman jahiliah yang telah diberikan amaran oleh Rasulullah SAW.

Tercatat dalam sejarah bagaimana Lawrence of Arabia membantu puak Wahabi menentang Ibn Rashid, wakil Kerajaan ‘Uthmaniyyah, manakala Sharif Hussein pula dibantu oleh Sir Henry Mcmahon menjatuhkan ‘Uthmaniyyah. Banyak negara Arab menjadikan hari kejatuhan ‘Uthmaniyyah sebagai hari kebangsaan negara masing-masing.

Maka, usaha dilakukan oleh ulama’ mujaddid dan islah, Sheikh Jamaluddin al-Afghani dan Sheikh Muhammad ‘Abduh melalui Jami‘ al-Azhar untuk mendekatkan semua mazhab. Sehingga mereka berhasil menerbitkan mawsu‘ah (ensiklopedia) lapan mazhab di bawah Majma‘ al-Buhuth al-Islamiyyah.

Diusahakan pula pada zaman Raja Faisal bagi mewujudkan perpaduan umat yang dipecahkan oleh penjajah sehingga jatuhnya Khilafah ‘Uthmaniyyah tersebut. Tanah air umat Islam dibahagi-bahagikan dalam kalangan kuasa besar penjajah sehingga diletakkan pangkalan tentera yang banyak bagi melindungi negara haram Israel yang ditubuhkan, sekali gus untuk menghadapi dan menghalang kebangkitan semula umat Islam.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Terima kasih sahabat-sahabat yang membawa Prof. Khaled Beydoun ke Malaysia.

Saya rasa discourse dari tokoh-tokoh yang membumi dan memberi kesan nyata dalam perjuangan mereka perlu diperbanyakkan di Malaysia.

Semangat dan pendekatan yang dibawa tokoh tempatan agak tepu dengan mesej yang sama dan tidak berkembang. Satu beza yang nyata ialah apabila asatizah ditanya masyarakat apa yang boleh kami buat untuk P, jawapan cliche ialah doa, boikot, demo dan sumbang.

Sedangkan ahli akademik Islam dari Barat sentiasa membawa mesej untuk membanyakkan membaca dan mengkaji. Prof Khaled Beydoun sendiri memberi kami kerja rumah membaca 5 buah buku sebelum layak menggelarkan diri sebagai aktivis.

Tahun depan kita akan cuba membawa semula Prof Khaled, Mehdi Hassan dan tokoh lain ke Malaysia untuk memperkasakan advokasi dan tindakan demi pembebasan. Siapa minat nak tahu apa yang Prof kongsikan?

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Iran menyerang keseluruhan kawasan Palestin yang Dijajah dengan ratusan roket balistik pagi tadi.

Rakyat Palestin khususnya di Gaza kelihatan bersorak menyambut serangan tersebut. Pertama kali dalam sejarah, semua siren amaran serangan di tanah haram Israel berbunyi serentak.

Abu Ubaidah dalam ucapannya menyebutkan, hari ini sejarah tercipta apabila roket-roket mujahidin dari Palestin, Lubnan, Yaman dan Iran bersimpang siur menyerang Israel di udara Palestin.

Allahuakbar!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Koleksi baru 2len Palestin muncul lagi. Kali ini pastinya untuk memperingati tarikh penting 0710, tarikh tercetusnya genosid ke atas Gaza.

Saya menjemput kalian menyertai waiting list VIP boleh untuk membuat pre-order lebih awal 2 hari dan pengeposan percuma tanpa minimum order.

Launching waiting list VIP adalah pada 8pm Jumaat 4 Oktober 2024, inshaAllah.

Moga Allah tidak membuatkan kita lupa kepada mereka di sana.

Читать полностью…
Subscribe to a channel