Nampak macam sedih dan seram, mereka dipaksa berpindah dalam keadaan sedemikian rupa, seolah berada di Padang Mahsyar, tak peduli orang lain dah, hanya dipaksa menyelamatkan diri sendiri.
Tetapi hakikatnya mereka beruntung kerana di Padang Mahsyar sebenar nanti, laluan mereka terbentang indah dan pintu syurga dibuka luas untuk menerima kehadiran mereka.
Semoga Allah kumpulkan kita dengan mereka di akhirat kelak kerana di sana, orang Islam akan dikumpulkan dengan siapa yang mereka kasihi di dunia المرء مع من أحب
Teruskanlah berkasih-sayang untuk mereka.
Pada tahun 1945, selepas bom atom Amerika dijatuhkan di Nagasaki, Jepun, seorang budak lelaki dilihat mendukung adik lelakinya untuk dikebumikan dan gambar itu menjadi gambar bersejarah.
Malah apabila budak lelaki Jepun itu diminta meninggalkan abangnya, dia menjawab: "Dia tidak berat! Dia adik saya!"
Hari ini, kejadian itu berulang apabila seorang anak Gaza kecil, berkaki ayam, dan jelas keletihan mendukung adik perempuannya yang cedera di bahunya, berjalan selama lebih sejam melalui jalan-jalan di Semenanjung Gaza.
Pada tahun lalu, tentera zionis, yang dibiayai oleh AS, telah menggugurkan setara dengan 7 bom nuklear di Semenanjung Gaza.
Menarik bila mendengar kronologi Al-Jazeera tentang saat-saat akhir YS.
YS bersama 2 lagi mujahidin sedang berlegar di kawasan Tal As-Sultan di Rafah. Kawasan Tal As-Sultan adalah kawasan panas sejak awal genosid – ia menjadi pentas peperangan di antara tuan tanah dan penjajah berkali-kali selain menjadi sasaran berterusan bedilan roket dan mortar.
Entah apa yang sedang dilakukan YS bersama komander Tal As-Sultan, Abu Yusuf. Barangkali mereka sedang berpusing dari lokasi kubu mujahidin ke lokasi lain, meninjau keadaan para pemuda dan meniup semangat ke dalam diri mereka.
Tiba-tiba mereka bertemu dengan kumpulan Zionis - pertempuran hebat berlaku dan ketiga-tiga mujahidin terpaksa berpecah. YS mengengsot masuk ke sebuah rumah, duduk di sofa dalam keadaan cedera parah, memikirkan tindakan seterusnya.
Dron penjajah datang meninjau melihat keadaan sang mujahidin yang belum dikenali identitinya. Kayu dilemparkan YS sebagai langkah akhir menyatakan amarah kepada penjajah yang telah begitu lama menjarah tanah airnya, bumi barakah.
Dron terbang keluar, maklumat disampaikan kepada pusat kawalan, kereta kebal digerakkan ke lokasi dan bedilannya memusnahkan rumah tempat YS berlindung.
Beliau syahid dan anjing-anjing penjajah mencari jenazahnya sebelum dikenal-pasti siapakah pemilik tubuh tersebut.
Subhanallah.
Macam dalam filem tetapi ia benar-benar berlaku.
Paling menakjubkan ia mematahkan segala tuduhan penjajah tentang pimpinan mujahidin.
Mereka tidak menyorok di dalam terowong malah berada di barisan paling hadapan.
Mereka tidak menggunakan rakyat sebagai benteng berlindung tetapi mereka berada di tempat kosong yang jauh dari penduduk.
Mereka tidak hidup senang tetapi tangkas berjuang, melihat pejuang di benteng-benteng pertahanan dan meniupkan semangat supaya mereka sanggup terkorban di jalan berduri yang panjang.
Beberapa hari selepasnya, tuan rumah tempat YS berlindung, berkongsi video rumahnya sebelum perang, dan dengan penuh bangga menyatakan bahawa rumahnya tempat sang singa terkorban.
Beruntunglah engkau duhai Sinwar, sepanjang hidup berjuang, mati menjadi inspirasi dan legasi untuk generasi pembebas akan datang.
Semoga kami menurut langkahmu kelak, ameen Ya Rab.
Sedekad Di Penjara Terbesar Dunia; Seinci Dari Kematian berbaki 70 buah saja lagi.
Dapatkan segera di https://ezy.la/bukucgm
Tentera penjajah Israel memutuskan sepenuhnya jaringan komunikasi dan internet di utara Gaza dalam keadaan kepungan yang ketat dan pengeboman berterusan di kawasan itu.
Tindakan pihak musuh telah menjadikan wilayah utara Gaza terasing dari seluruh semenanjung dan menjadikannya seperti sebuah ghetto.
*ghetto = kawasan bandar yg didiami oleh sesuatu etnik atau kumpulan sosial minoriti, biasanya hidup dalam keadaan miskin, perumahan yangg sesak dan daif, terasing dan sebagainya ~ bukan sahaja dikaitkan dengan kualiti tempat kediaman yang merosot dan usang, tetapi juga dgn ciri-ciri kaum yang menghuninya. (PRPM)
Sumber: Quds News Network
Khalil Hayyah, Ketua Biro Politik HAMAS di Gaza yang baharu, sebentar tadi mengesahkan bahawa Yahya Sinwar telah dibunuh oleh tentera rejim.
“Sinwar telah bangkit sebagai sang syahid yang heroik, beliau terlibat dan berdepan dengan tentera rejim hingga ke saat terakhir dalam hidupnya.”
Sumber: Quds News Newtork
#IsraelBacul #TaufanalAqsa
Akhir-akhir ni memang saya pakai merah dan hitam je, pagi tadi di Nasi Lemak Kopi O TV9 pun pakai hitam. Orang tanya kenapa, saya bagitahu sebab warna darah dan warna berkabung.
Pagi tadi tak sempat cerita pengalaman peribadi dengan As-Syahid Yahya Sinwar, inshaAllah ada kesempatan malam ni saya tulis.
Jom pakai hitam, dapatkan di 2lenpalestin.com, malam ini malam terakhir kami buka baju jersi berbagai variasi dengan tema 0710.
Sekejap lagi akan bersiaran di NLKO TV9 inshaAllah. Kalau sempat saya ceritakan sedikit pengalaman bersama Yahya Sinwar.
Читать полностью…‘Ayah saya pernah berperang melawan Zionis semasa menjadi pelajar di Mesir.’
Jarang sekali saya dapat mendengar kisah pengalaman anak bangsa kita sendiri terlibat dalam penentangan bersenjata melawan penjajah. Ia berlaku minggu lepas ketika ketika kami menyinggah di Pantai Lagenda, Pekan.
Ada 2,3 keluarga yang datang menegur kami dan bertanya khabar tetapi apa yang diceritakan pemuda berbaju oren, Encik Aiman membuatkan saya terkejut.
Dia menceritakan bahawa ayahnya adalah lepasan Timur Tengah, di Mesir dari tahun 1959 sehingga tahun 1974. Dalam tempoh tersebut berlaku dua kali peperangan besar menentang penjajah yang melibatkan Mesir dan negara-negara Arab sekeliling iaitu perang 1967 dan perang 1973.
Ayah beliau, Ustaz Muhammad Cik We ketika itu bergelar mahasiswa di Universiti terkemuka Al-Azhar. Perang 1967 atau perang 6 hari terlalu pendek dan mengejut apabila musuh membedil kekuatan udara Mesir, Syria dan Jordan lalu membolehkan mereka menang mudah. Selepasnya Mesir cuba mengambil semula Sinai yang dirampas dengan kemuncaknya pada perang 1973.
Ketika itulah pelajar-pelajar kita yang berada di Al-Azhar dikerah menjadi tentera simpanan membantu perjuangan mempertahankan Mesir. Kata Encik Aiman, ayahnya diberi tugas menjaga senjata mortar di sebelah Ismailiyyah, bermakna mereka tidaklah berada di barisan paling hadapan tetapi memainkan peranan menjaga kubu di belakang. Ketika itu mereka yang sempat bersama ayahnya ialah Dato' Seri Wan Mokhtar bin Wan Ahmad bekas MB Terengganu dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, bekas MB Kelantan.
Kagum juga saya apabila Encik Aiman boleh menyebutkan kisah yang dilalui ayahnya dengan agak terperinci, mengingati nama-nama tokoh Mesir seperti Abdul Hakim Amir yang memimpin tentera Mesir dalam perang 1967, begitu juga Sa’duddin As-Syazili yang memimpin tentera dalam perang 1973. Ketika itu para general tentera melakukan helah seolah-olah terbang mengerjakan umrah tetapi kapal terbang diarahkan berpatah balik dan serangan mengejut dilancarkan ke atas penjajah untuk mendapatkan semula Sinai.
Saya merasakan bahawa ada keperluan kisah-kisah sejarah seperti ini yang menonjolkan penglibatan anak bangsa kita di dalam penentangan terhadap penjajahan Zionis dikaji dan dibukukan. Kami bersedia menaja mana-mana pelajar MA, PhD atau pengkaji yang berminat melaksanakan kajian tersebut.
Malaysia dan P berpisah tiada!
p/s : Nak lawan penjajah berdepan susah juga peluangnya nak sampai. Tapi at least dapat gayakan baju P untuk ingat kepada mereka pun usaha yang padu dah. Klik je sini 2lenpalestin.com, baju lelaki, muslimah, merchandise edisi 0710 tarikh bermulanya genosid tengah sale sekarang.
Pelik juga bila team maklumkan canvas beg Kuffiyeh ni pula hot item di 2lenpalestin.com.
Punyalah depa buat desain macam-macam, cantik-cantik untuk mengingati tarikh 0710, beg ni pula jadi pilihan. Mungkin sebab banyak kegunaannya kot. Desain pun simple dan cantik.
Kegunaan canvas bag ni antaranya ;
- Beg membeli-belah – Alternatif mesra alam untuk menggantikan beg plastik.
- Beg harian – Mudah digunakan untuk membawa barangan seperti buku, dompet, botol air, dan gajet.
- Beg kerja atau kelas – Sesuai untuk membawa laptop, dokumen, atau bahan belajar.
- Beg pantai – Boleh menyimpan tuala, pelindung matahari, dan barangan keperluan lain ketika bersantai di pantai.
- Beg hadiah – Boleh digunakan sebagai beg pembungkus kreatif untuk hadiah.
- Beg pakaian tambahan – Berguna untuk menyimpan pakaian semasa melancong atau aktiviti riadah.
Kan dah cakap banyak kegunaan dia 😍 apa tunggu lagi jom Klik link tempahan di bawah segera!
https://2lenpalestin.com/collections/all
Luar biasa baju muslimah 2lenpalestin ni, labuh dan cantik. Tulisan Palestin tu siap ada corak kuffiyeh, dan sebelah kiri pula tulisan 0710 melambangkan tarikh keramat semua ini bermula.
Dapatkan cepat untuk diri sendiri atau hadiah untuk yang dikasihi terutama sang isteri yang banyak berkorban dan setia di sisi!
Klik 2lenpalestin.com cepat, preorder akan tutup beberapa hari lagi.
🔻Sekurang-kurangnya 4 disahkan terbunuh, 70 cedera dalam serangan hospital oleh rejim Israel
Sekurang-kurangnya empat orang disahkan syahid terbunuh dan sekurang-kurangnya 70 lagi cedera, kebanyakan mereka parah, selepas serangan tentera rejim Israel ke atas khemah-khemah penempatan sementara di dalam kawasan Hospital Syuhada al-Aqsa di Gaza Tengah.
Rakaman dari tempat kejadian menunjukkan api marak membakar khemah-khemah tersebut, dengan mayat mangsa yang lain turut dibaham oleh api.
Sumber: Al Jazeera
#IsraelBacul #TaufanalAqsa
Keadaan khemah-khemah yang menempatkan penduduk Gaza yang kehilangan tempat tinggal di Hospital Syuhada al-Aqsa di Deir al-Balah selepas serangan rajim Zionis Israel.
Sumber: Quds News Network
#IsraelBacul #TaufanalAqsa
Sebelum kalian berehat nak minta tolong sikit boleh? Kalau tak siap yang ni kami pun gelisah, tak boleh nak berehat.
Untuk CGM menjadi jambatan terbaik menyampaikan amanah kalian kepada saudara-saudara kita di Palestin, kami memerlukan sedikit input dari kalian dengan mengisi survey ini. Kalau isi laju-laju 5 minit boleh siap👇
cintagaza.my/survey
Sebagai menghargai masa kalian kami akan berikan kupon pembelian bernilai RM5 di cgmshop.my. Isi dulu nanti di hujungnya akan dapat kupon.
Terima kasih ya bantu memudahkan kerja kami 🙏
The American Wall Street Journal: Perunding Arab menawarkan Yahya Sinwar peluang untuk meninggalkan Gaza sebagai pertukaran untuk membenarkan Mesir merundingkan pembebasan tawanan bagi pihak Hamas, tetapi dia menolak dan dengan tegas memberitahu mereka:
"Saya tidak terkepung, saya berada di bumi Palestin."
Dalam gelisah dan resah merasakan bahawa kita tak mampu melakukan apa-apa untuk menghentikan pembunuhan saudara-saudara kita di sana, gambar-gambar seperti ini dihantar pasukan CGM di G, berkongsi sedikit bahagia dan lega mereka melihat sumbangan kalian semua sampai kepada yang selayaknya.
Saudara-saudara, anak-anak kita di sana ini sedang menunggu giliran mengambil hadiah selimut tebal dan tilam, agar mampu berdepan musim sejuk yang hampir mencengkam.
Apa yang kalian rasa bila kami kongsi gambar-gambar macam ni ya, kalian seronok tak? Kalau seronok saya nak kerapkan lagi berkongsi. Sharekan supaya lebih ramai nampak kegembiraan mereka boleh?
Sahabat semua, tak lama lagi kami akan lancarkan inisiatif supaya kalian juga boleh menjadi hero membantu umat, berminat?
Satu tahun genosid di Gaza. Genosid yang disaksikan oleh semua rakyat dunia!
Sepanjang satu tahun genosid ini, pelbagai kejadian yang tidak berperikemanusiaan telah berlaku.
Kami ingin menjemput kalian untuk menonton siri Podcast Khas sempena Satu Tahun Taufan al-Aqsa bersama Tuan Nadir al-Nuri ✨
Jangan lupa komen apa pandangan dan harapan kalian terhadap peristiwa Satu Tahun Taufan al-Aqsa.
Tonton di sini.
Dengar Spotify di sini.
Yahya Sinwar Yang Sempat Aku Kenali
Di Gaza di luar waktu perang, apabila ada pemuda yang mati syahid maka pertamanya jenazah as-syahid akan diarak ribuan manusia untuk disolatkan kemudian dikebumikan.
Keduanya akan dibuka majlis 'aza iaitu takziah untuk jiran dan rakan, jauh dan dekat hadir berjumpa keluarga as-syahid memberikan mereka kata semangat dan doa.
Beberapa hari selepas itu akan diadakan pula majlis ta'bin di mana as-syahid diingati dan kisah perjuangannya ditayangkan dan diceritakan kepada penduduk. Ketika itulah banyak rahsia pemuda akan terbongkar, misalnya dia pelaksana operasi sekian sekian atau mengetuai unit sekian dalam pasukan mujahidin.
Kisah seperti ini saya kongsikan dalam buku kedua Sedekad Di Penjara Terbesar Dunia, Seinci Dari Kematian tentang adik ipar saya sendiri, as-syahid Abdullah Al-Minawi pemuda Al-Q.ssam yang terkorban pada perang 2014. Ada 70 unit saja lagi untuk kalian rebut di https://ezy.la/bukucgm, dapatkan kombo lagi untung.
Satu hari saya hadir ke majlis takziah ini untuk seorang as-syahid di Gaza. Memang itu rutin saya, kalau terdengar sahaja tentang syuhada' saya akan hadir membawa nama Malaysia, memberi mereka semangat sambil menumpang berkat insan-insan pilihan Allah ini.
Tak lama kemudian, sebuah rombongan besar hadir dan di hadapan sekali kelihatan Yahya Sinwar mengepalainya. Saya berdiri bersama pemuda lain, menunggu ketibaannya dan tangan dihulur untuk bersalaman, tetapi tangan saya tak bersambut.
Terkial-kial saya dibuatnya, tertanya kenapa beliau tak bersalaman walaupun 'bodyguardnya' sudah berbisik menyebutkan siapa saya.
Saya pulang ke rumah dan menulis tentang kejadian itu dalam Bahasa Arab di facebook, menyatakan sedikit kekecewaan tentang apa yang berlaku. Jangan main-main, di Gaza pun saya gunakan kuasa viral.
Esoknya saya dihubungi oleh pejabat Sinwar, dijemput ke sana untuk bertemu dengannya. Seram juga nak berjumpa dengan orang no. 1 Hms yang terkenal dengan garangnya, entah-entah akan dimarah sebab benda kecil pun boleh koyak.
Tetapi apabila ke pejabatnya, dukacita saya hanya disambut oleh jurucakap Hamas yang mewakili Sinwar, kata beliau Syeikh Yahya terpaksa menghadiri mesyuarat kecemasan mengejut tetapi menyampaikan salamnya. Saya diberi plaque dengan tertulis nama Yahya Sinwar sebagai tanda penghargaan atas segala kerja yang dibuat di Gaza. Saya masih tak berapa berpuas hati kerana tidak dapat berjumpa sendiri dengan susuk Yahya.
Fast forward beberapa tahun ke hadapan, kami mendapat berita tentang kematian ayah kepada Yahya Sinwar. Majlis takziah dibuat di dewan besar di Khan Yunus dan saya bersama ribuan penduduk menghadirinya. Saya tidaklah terlalu rapat dengan Yahya tetapi agak rapat dengan adiknya, Profesor Zakariyya Sinwar, profesor sejarah dan pakar tentang Zionis di Universiti Islam G yang selalu bekerjasama dengan CGM menghasilkan kajian dan menghadiri konferens.
Dalam majlis tersebut, tidak ada yang bersalaman kerana masih di dalam suasana Covid-19. Saya lalu dihadapan barisan ahli keluarga besar yang menyambut tetamu.
Ketika itu, Yahya Sinwar ternampak saya, lantas beliau mengangkat tangannya dan diletakkan di dada kemudian di atas kepala, simbol ala ra'si atau tanda hormat dan tabik, pastinya sebagai penghargaan atas segala yang Malaysia lakukan untuk Palestin.
Saat itu, segala 'hutang' Sinwar terbayar. Terima kasih, kerana menjadi inspirasi kami semua. Terima kasih, kerana menghargai penat lelah kami untuk perjuangan kita, perjuangan Palestin. Selamat berehat, duhai pemimpin para syuhada'.
🛑 Antara intipati ucapan Dr Khalil Al-Hayya di Al Jazeera:
▫️Yahya Sinwar adalah kesinambungan kepada kafilah para syuhada yang agung, mengikut jejak langkah Sheikh Ahmad Yassin.
▫️Darah para syuhada akan terus menyinari jalan dan menjadi pendorong kekuatan dan keteguhan kami.
▫️HAMAS akan terus maju sehingga tertegaknya negara Palestin di seluruh tanah Palestin dan Baitul Maqdis sebagai ibu negara.
▫️Kesyahidan Yahya Sinwar dan pemimpin lain yang mendahului beliau akan menguatkan lagi gerakan kami.
▫️ Tawanan penjajah tidak akan kembali melainkan dengan penghentian serangan ke atas Gaza, pengunduran penuh serta pembebasan tawanan kami dari penjara.
▫️ Sinwar syahid dalam keadaan berhadapan musuh, tidak berundur, berada di barisan hadapan pertempuran dan bergerak di antara lokasi-lokasi pertempuran.
Sumber: Al Jazeera
t.me/cintagaza
Khalil Hayyah: Panjimu tidak akan sekali-kali terhenti wahai Abu Ibrahim!
Sumber: Quds News Network
#IsraelBacul #TaufanalAqsa
KEGILAAN PEMUDA G KEPADA AMALAN SUNAT
Semasa program team building CGM yang lepas, sahabat kita Alaa' berkongsi tentang solat sunat rawatib, solat sunat yang mendahului dan menuruti solat fardhu.
Ada banyak pendapat tentang solat rawatib ni tetapi yang muakkad dan kalau boleh jangan tinggalkan ialah 10 rakaat iaitu 2 rakaat sebelum Subuh, 2 rakaat sebelum dan 2 rakaat selepas Zuhur, 2 rakaat selepas Maghrib dan 2 rakaat selepas Isya'.
Solat sunat ni hikmahnya yang paling besar adalah untuk menampal 'lubang-lubang' pada solat fardhu, menyempurnakannya dan menutup kecacatannya akibat lalai, tidak khusyuk dan berbagai kekurangan lain. Jadi kalau rasa macam solat fardhu kita tak berapa nak sempurna, jadikan solat sunat rawatib kebiasaan.
Orang di G memang sangat mementingkan amalan sunat. Ia terbukti apabila dikongsikan gambar barangan yang dikatakan adalah milik Yhya Snwar, ada tasbih, buku wirid dan buku doa. Ia adalah elemen wajib di dalam vest pejuang di sana.
Semoga kita yang jauh daripada pahala jihad dapat sekurang-kurangnya meletakkan kesungguhan mengejar pahala-pahala amalan sunat, ameen.
Gambar ini disebarkan media Israel sebagai perbandingan mujahid yang mati syahid dan Yahya Sinwar. Media penjajah menyebutkan bahawa berlaku pertempuran dengan 3 orang mujahid dan didapati salah seorangnya adalah Yahya Sinwar yang siap dengan vest dan senjata di tangan.
Читать полностью…Canvas bag Kuffiyeh adalah antara merchandise 2len yang paling laris dan ramai peminat tiap kali kita open pre order ni tau 🤩 Jadi jangan lepaskan peluang untuk dapatkan sekali yang mana belum ada tuh!
Читать полностью…Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Biar kalah berganda-ganda asalkan hati tetap setia. Biar gua jadi rumah kedua asalkan jiwa hanya pada dia. Biar apapun orang kata asalkan kita tahu, potensi sebenar menunggu diseru.
Mesej penting untuk kehidupan.
Luar biasa layanan yang kami terima di Universiti Malaysia Pahang As Sultan Abdullah UMPSA Malaysia bila kami ke sana untuk mendaftarkan Iman Sabtu lepas.
Jarang rasanya dua orang TNC sekaligus turun padang untuk menyambut pelajar baru mendaftar; bukan sekadar menerangkan kepada kami sekeluarga tentang proses pembelajaran di sana tetapi sehingga membawa kami bersarapan di Restoran Lekir di Pekan.
Nak kata layanan ini khusus untuk kami, tak juga.
Masa kami berborak dengan TNC HEPA beliau kongsikan betapa banyaknya inisiatif yang dibuat untuk memanusiakan seluruh mahasiswa di UMPSA. Semasa hari terbuka mereka, 92 kelab yang ada akan berkempen mengajak mahasiswa supaya terlibat dalam pasukan mereka. Setiap anggota baru yang mendaftar, Jabatan HEP akan berikan RM50 untuk dijalankan aktiviti sepanjang tahun. Bayangkan kalau dapat tarik 500 pelajar baru?
Aktifnya mereka sehingga katanya tahun depan booth 'corner lot' kena dibida sebab sentiasa menjadi rebutan ruang pameran kelab-kelab mahasiswa di sana. Di asrama UMPSA pula disediakan dapur untuk pelajar memasak, dilengkapi freeze, airfryer, breadmaker dan lain-lain kemudahan. Lagi? Universiti bagi beras percuma kepada pelajar untuk dimasak!
TNC Akademik pula menceritakan tentang kumpulan pelajar Yaman yang memilih belajar di sana. Pengajian mereka ditanggung sepenuhnya oleh sebuah Yayasan dari Saudi dan 50 orang pelajar ini diberi syarat mendapat pointer lebih daripada 3.5 setiap semester. Selepas Maghrib mereka mengikuti halaqah untuk menghafal Al-Quran. Pasti ada sebab mereka memilih UMPSA menjadi menara gading.
Sedang kami keluar dari Fakulti Komputeran, tiba-tiba TNC Akademik minta nak ambil gambar saya dan Iman. Katanya Sultan Pahang, As Sultan Abdullah minta gambar nak tengok wajah pelajar baru di universiti yang dinamakan dengan nama Seri Paduka Baginda itu. Fuhh, betul-betul berjiwa rakyat.
Dah habis mendaftar semua, malamnya kami dijemput pula menjadi tetamu istimewa pada Malam Gema Insan di kampus Gambang. Lepas tu dijamu makan lagi!
Iman adalah pelajar 'undergrad' dari P yang pertama berdaftar di UMPSA. Alhamdulillah dia dapat room-mate yang baik, orang Bangladesh yang berada di tahun terakhir pengajian.
Terima kasih kepada kedua-dua TNCHEPA Prof Russlim dan TNC Akademik Prof DrAhmad Ziad Sulaiman yang menyambut kami dari awal. Terima kasih kepada Encik Zainal dari MID, Encik Amran dan seluruh pengurusan asrama, pentadbir Fakulti Komputeran, Dr Syifak Izhar, makcik pemilik Restoran Ikan Bakar Mak CT yang ajak kami bergambar dan TGM Store yang tutup lambat untuk kami beli bekalan untuk Iman. Terima kasih Abi dan Che yang ikut menghantar dan meneman.
Kalian bukan sahaja membuka peluang meneruskan pengajian kepada Iman, tetapi kalian meyakinkannya bahawa selepas melalui 6 bulan di dalam peperangan, masih ada harapan untuk membina masa depan.
Lokasi yang menjadi saksi kekejaman tentera rejim penjajah setelah melakukan pembantaian di kawasan sekitar Hospital Syuhada' Al-Aqsa di Deir al-Balah dengan membakar khemah-khemah penduduk yang menempatkan kanak-kanak, wanita dan orang awam dibakar hidup-hidup dalamnya.
Sumber: Tufan al-Aqsa
#IsraelBacul #TaufanalAqsa
Keadaan seorang bayi yang syahid dalam pembantaian yang dilakukan tentera rejim Zionis setelah mengebom Sekolah al-Mufti yang menjadi tempat perlindungan orang awam di utara Kem Nuseirat, Gaza tengah.
Sumber: Shehab Agency
#IsraelBacul #TaufanalAqsa
AMARAN ⚠️
Rejim Zionis telah membakar rakyat Palestin hidup-hidup di dalam khemah mereka di Hospital Al-Aqsa, tengah Gaza.
Sumber: Quds News Network
#IsraelBacul #TaufanalAqsa
Dalam perjalanan ke Kuantan, kami menyinggah solat di RnR Temerloh. Sedang solat tiba-tiba terdengar suara budak mengangkat takbir dengan kuat di belakang.
Rupa-rupanya ada rombongan sekolah rendah juga menyinggah solat di sini.
Yang saya seronok bila anak-anak ini tanpa pengawasan guru, tanpa arahan boleh membentuk saf solat berjemaah dan seorang tampil menjadi imam. Elok pula tu mereka solat jamak qasar beramai-ramai.
Besar harapan kita kepada generasi anak-anak generasi baru ni. Generasi hafal qunut nazilah, generasi paksa mak ayah memboikot bila membeli-belah. Sikit lagi dorongan dan panduan inshaAllah akan jadi generasi pembebasan.
Kalau ada guru, ibu bapa, kenalan anak-anak ini tolong PM saya. Kami nak hadiahkan beberapa buah buku perjuangan P untuk diletakkan di perpustakaan sekolah, moga-moga menjadi inspirasi untuk mereka, ameen.