Akhirnya trak bomba sumbangan kalian melalui CGM 'kecundang'.
Selepas menyelamatkan puluhan ribu mangsa selama hampir 3 tahun, pihak Bomba dan Penyelamat di G menghantar gambar ini kepada kami memaklumkan bahawa trak kita terkesan dengan letupan di kawasan berdekatan.
Apa pun saya yakin trak ini akan dapat dibaiki semula oleh penduduk P kerana otak mereka geliga!
🛑 Bermula hari ini, Cinta Gaza Malaysia melancarkan kempen WinterAid4Humanity bagi tahun 2024!
Tahun ini, kami menyasarkan dana sebanyak RM3 juta yang akan merangkumi bantuan asas bagi persediaan menghadapi musim sejuk di 5 buah negara iaitu Palestin, Lubnan, Turki, Syria dan Tajikistan.
Musim ini dianggap musim 'NERAKA' bagi mereka kerana ada yang terpaksa mengharungi musim yang menyeksakan ini tanpa sebarang kelengkapan asas.
Ayuh bantu kami untuk sebarluaskan mesej kemanusiaan ini dengan share poster ini.
Bagi kalian yang ingin menyumbang boleh salurkan sumbangan anda di: https://cintagaza.my/sejuk atau salurkan terus ke akaun rasmi Persatuan Cinta Gaza Malaysia Maybank 5648 1050 7826 (rujukan: winter).
#WinterAid4Humanity
#BantuSebelumBeku
🔺 Netanyahu mengirim surat tahniah kepada Trump: "Donald dan Melania Trump yang dihormati, tahniah atas kemunculan semula dalam sejarah. Kepulangan bersejarah anda ke White House menandakan permulaan baharu bagi Amerika dan komitmen kuat terhadap pakatan besar antara Israel dan Amerika - ini adalah kemenangan yang besar."
Sumber: Quds News Network
Terj: Cinta Gaza Malaysia
#IsraelBacul #TaufanalAqsa
Sama macam apa yang Haura' ceritakan bila keluarga saya berpindah dari Bandar G ke Khan Yunus di selatan. Isteri suruh pandang ke atas saja supaya tak nampak timbunan syuhada' dan trauma seumur hidup.
Ada harapan lagi ke untuk anak-anak ini?
Di hujung hari yang panjang dan memenatkan, rasa macam nak reward diri kan. Tapi tahu tak apa yang lagi best dan memberi kepuasan berbanding reward diri sendiri?
Tepat sekali.
Reward orang lain. Kerana memberi sentiasa lebih menyeronokkan daripada menerima. Suamimu layak dihargai. Isterimu patut dirai.
Dan kalian tak sepatutnya berpenat lagi untuk mencari hadiah terindah untuk buah hati, kerana semuanya ada di sini.
Jute bag tema Kuffiyeh yang telah dimiliki ratusan pembeli? Baju tshirt yang selesa untuk dipakai ke mana sahaja? Kurta dengan hadiah sehelai kuffiyeh buat si suami seronok bertemu Pencipta?
Semuanya kami kumpulkan di sini, supaya menghargai yang tersayang, semudah menekan satu butang.
Butang ini -> 2lenpalestin.com
Kalau untuk diri sendiri, berfikir dua tiga kali. Tetapi untuk sang suami, si isteri, jangan tanyakan akal tapi tanyakan hati. Ingat, dia berhak dihargai -> 2lenpalestin.com
Dahsyat juga penangan Minyak Zaitun Palestin terpaaaling asli ni. Baru dua hari dah habis 250 botol.
Cuma tadi saya dapat berita menyedihkan sikit. Stok baru minyak zaitun belum dapat dieksport dari Nablus, Tebing Barat buat masa ini sebab banyak sangat halangan. Bermakna kalau habis 250 botol yang berbaki ni, entah bila akan sampai stok baru.
Inilah cabarannya menjual minyak zaitun Palestin, tak mudah nak pastikan stok tak putus.
Apapun saya push dululah 250 botol yang berbaki ni. Minyak Zaitun Palestin ni boleh guna untuk apa? Untuk semua benda boleh! Rasulullah S.A.W sebut, makanlah (minumlah) minyak zaitun dan gunakan sebagai sapuan, kerana padanya ada kebaikan dan keberkatan.
Sebab tu orang Palestin, mereka minum satu sudu minyak setiap pagi, guna dalam masakan, bila luka sapu pada luka, kulit kering sapu pada kulit. Perut kembung pun minyak inilah dicari, termasuk kalau bayi elok disapu pada lubang dubur dan pusat ke bawah, inshaAllah sembuh. Yang ni petua mahal para ibu di sana.
Cukuplah kang bagitahu semua rahsianya tak cukup 250 botol yang berbaki. Klik sini ya untuk dapatkan http://ezy.la/PalestinOliveOil
Oh ya istimewa untuk orang Bangi, boleh pickup hari Ahad lusa ni di Bangi jam 9am hingga 12 tengahari saja, caranya buat pembayaran di link sama, pilih onpay dan hubungi no tertera untuk dapatkan alamat. Tak boleh COD ya.
Dah klik cepat http://ezy.la/PalestinOliveOil
Pengarah Hospital Kamal Udwan di utara Gaza, Dr. Hussam Abu Safieh diarahkan untuk meninggalkan hospital oleh pihak penjajah untuk memberi laluan mereka memusnahkannya.
Dr Hussam memberi isyarat, langkah mayat aku dulu dan enggan meninggalkan hospital tempat ribuan penduduk berlindung dan dirawat.
Penjajah membalas dendam dengan membunuh anaknya.
Binatang yang tak berhati perut!
Berlaku letupan dekat dengan rumah mereka. Sang ibu cemas, dia bertanggungjawab ke atas 8 anak sedangkan suaminya masih dikepung di utara G.
Ibunya mencari anak perempuan bernama Qamar tetapi tak ditemui. Beberapa jam selepasnya, Qamar pulang, tercungap-cungap sambil mendokong si adik, Sumaiyyah yang berusia 5 tahun di bahunya.
Kata Qamar, dia mendapati kaki adiknya patah lalu dia mendokong adiknya sehingga sampai ke hospital, dipasang plaster kemudian dibawa balik ke tempat perlindungan mereka.
Dunia yang gila.
Sahabat kita Mohamed Wael dari G, pelajar di USAS Kuala Kangsar baru memaklumkan yang adiknya Bilal syahid sekejap tadi.
Mohamed diuji dengan adiknya Bara' yang syahid pada September sebelum perang, kemudian ayahnya ulama' terkenal di G, Syeikh Wael Az-Zard antara yang terawal syahid semasa perang di minggu pertama kemudian adiknya Bilal pula syahid hari ini. Ketiga-tiganya syahid dan beliau tak dapat mengucapkan selamat tinggal kepada mereka kerana berada di Malaysia!
Semoga Allah berikan engkau kesabaran adindaku. Sahabat-sahabat di sekeliling Mohamed bantu beliau supaya tak bersendirian pada waktu-waktu getir seperti ini.
‘Orang kampung baru saja siapkan jambatan ni, kami naik ke hutan untuk potong kayu dan buat bila air mula naik untuk selamatkan kereta penduduk’ kata wakil penduduk.
Dahsyat juga semangat kerjasama penduduk kampung di sini, nak selamatkan kereta orang kampung yang hampir tenggelam, mereka tinggalkan sekejap ujian sendiri dan bergotong-royong meringankan beban orang lain.
Ia budaya hidup berkampung yang dah susah nak ditemui di tempat lain. Lagi penting, ia budaya Islam yang sentiasa mementingkan persaudaraan dan empati terhadap kesusahan orang lain.
Dua buah keluarga ini yang paling sakit kerana rumah mereka ‘total loss’, hanyut dibawa banjir. Kata wakil mereka di sana, nak dibangunkan semula rumah mereka memerlukan kos sekitar RM80,000 setiap rumah, memang besar betul. Mujur ada badan seperti Lembaga Zakat Kedah yang selalu membantu mereka membangunkan semula kehidupan.
Bantuan yang kita salurkan lebih am kepada lebih ramai penduduk, dalam bentuk kotak makanan kering, makanan sedia dimakan (Ready-To-Eat) dan bantuan kewangan kecemasan. Hari ini kita mensasarkan kutipan berjumlah RM50,000 untuk membantu mangsa banjir di seluruh negara. Jom bantu rakyat yang dekat selain meneruskan bantuan untuk mereka yang jauh di sana.
Salurkan ke sini segera https://swiy.co/banjirt dan bantu sebarkan boleh?
https://www.facebook.com/share/p/G5rsTcKpwhhx8NbA/
Link fb untuk kalian kongsikan di fb 👆
Nantikan, kisah yang tak pernah kalian baca tentang apa yang sedang dilalui saudara-saudara kita di sana.
Читать полностью…Alhamdulillah bantuan kalian juga telah sampai ke Lubnan, tahniah dan terima kasih Malaysia!
Semoga rakyat di sana juga tabah berdepan kekejaman penjajah, ameenkan ya.
Sedang kami berjalan melihat kemusnahan sawah padi dan tanaman getah padi penduduk yang tenggelam di Baling, Kedah, terpacul dari mulut sahabat G yang ikut misi banjir bersama kami,
الله يعوضكم عوض خير
‘Semoga Allah menggantikan dengan yang lebih baik.’
Subhanallah, saya tersentak sekejap.
Bukan apa, sahabat ini, Shadi sudah beberapa hari tak dapat berhubung dengan ahli keluarganya yang masih berlindung di utara G. Lebih dahsyat, kawasan perumahan mereka sedang berdepan kepungan teruk malah ramai pemuda kenalannya ditangkap oleh penjajah. Makanan tiada, longgokan syuhada’ merata.
Tetapi mereka masih ingat untuk mendoakan kita. Lebih utama, mereka sanggup turun membantu penduduk di Baling yang diuji banjir apabila dikerah.
Kata mereka, inilah peluang kami untuk membantu mereka yang telah banyak membantu negara kami.
Allah, itu tanggungjawab semua, kita meringankan beban saudara kita di mana saja.
Sahabat-sahabat semua, kami sempat menyantuni rakyat di sana yang diuji bencana. Kita juga telah membuka tabung bencana untuk membantu meringankan derita mereka. Hari ini mereka diuji, esok lusa mungkin giliran kita pula.
Sebelum menutup mata, jom, sumbangkan apa yang ada untuk rakyat negara kita yang tak punya lagi tempat berteduh dan musnah segala harta. Sedikit pun tak apa. Salurkan ke sini segera swiy.co/kecemasanbanjir ya.
Persidangan Kemanusiaan Tanpa Noktah.
Mari sertai kami dalam persidangan sulung anjuran Cinta Syria Malaysia dengan kerjasama MyAqsa Defenders sempena ulang tahun ke-10 kami!
Dengan tema “Merealisasikan Hak Asasi Manusia Dalam Mencapai Matlamat Pembangunan Mampan”, persidangan ini menjadi platform penting untuk kita bincangkan isu kemanusiaan dan hak asasi manusia, khususnya cabaran komuniti pelarian di Malaysia.
Kami juga akan disertai oleh rakan-rakan NGO, ahli akademik, korporat, pemimpin komuniti, dan ‘influencer’ yang sudah lama bergiat aktif memperjuangkan isu kemanusiaan.
Tandakan tarikh ini dalam kalendar kalian: 13 November 2024
Ayuh, bersama-sama kita pastikan perjuangan kemanusiaan ini terus bergerak ke hadapan. Langkah kecil anda hari ini boleh membawa perubahan besar pada hari esok.
Daftar sekarang melalui link bit.ly/persidangancsm
Jangan lepaskan peluang!
#salamkemanusiaan
Dengan kembalinya Trump ke White House, Israel masih meneruskan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat.
Israel membunuh sekurang-kurangnya 61 orang di seluruh Gaza dalam tempoh 24 jam.
Sumber: Quds News Network
Terj: Cinta Gaza Malaysia
#IsraelBacul #TaufanalAqsa
🛑🇵🇸 Benjamin Netanyahu Pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant dan melantik Menteri Luar Israel, Israel Katz sebagai pengganti. Keputusan yang diambil telah mencetuskan protes di seluruh negara.
Dalam satu pengumuman rasmi pejabat Perdana Menteri Israel yang mengejut pada Selasa, Netanyahu berkata dia telah hilang kepercayaan terhadap Yoav Gallant dalam menguruskan peperangan di Gaza dan Lubnan.
Sumber: Al Jazeera, The Washington Post, The New York Times
Berita penuh di sini.
#IsraelBacul #TaufanalAqsa
SI SYAHID YANG MELIHAT PENGAKHIRANNYA
Bait-bait ini yang dinasyidkan as-syahid Hamza Abu Qeinas untuk projek nasyid Cinta Gaza Malaysia bersama Tarbiah Sentap hampir satu bulan sebelum perang tercetus.
Dia menceritakan tentang peperangan, tentang bau syurga, tentang Allah sebagai tujuan dan betapa Allah sentiasa bersama mereka yang berada di dalam perjuangan.
Nasyid ini dilancarkan satu tahun selepas genosid Gaza dalam keadaan Hamzah sudah pun mati syahid dan diiktiraf sebagai seorang penembak tepat dalam barisan mujahidin As-Syahid Izzuddin Al-Qassam. Semoga kita menurut langkah beliau, ameen.
نحنُ الردى لمن اعتدُوا
ولنا الإلهُ مؤيدُ
والحربُ تعرفُ بأسَنا
ولنا المعاركُ تشهدُ
الكونُ ردَّد صرختي
فرضاكَ ربي غايتي
والشوقُ يحرقُ مهجتِي
لأشمَّ ريحَ الجنةِ
الله معنا ولا .. نخشى .. أحدا
والحق يعلوا مهما الباطل احتشدا
Kami adalah kematian bagi yang menyerang
Bersama kami ada Tuhan yang mendokong
Perang ini kenal akan keberanian kami
Dan medan tempur ini menjadi saksi
Alam semesta menggema jeritanku
Dan Engkau Tuhan, tujuanku yang satu
Kerinduan ini membakar jiwa
Demi menghirup wangian syurga yang mulia
Allah bersama kami dan kami tidak takut akan sesiapa
Kebenaran akan mengatasi walau seluruh kebatilan berkumpul
Dengarkan nasyid penuh di sini https://www.youtube.com/watch?v=-V0haRTQBv4
Konfem meremang bulu roma!
Kementerian Kesihatan di Gaza
Laporan statistik harian mengenai jumlah penduduk yang syahid dan cedera akibat serangan berterusan Israel di semenanjung Gaza pada hari ke-391.
▪️ Rejim Zionis melancarkan 6 operasi pembunuhan beramai-ramai ke atas keluarga-keluarga di semenanjung Gaza. Serangan hari ini telah mengakibatkan 41 syahid manakala 131 mangsa cedera dirawat di hospital dalam tempoh 24 jam yang lalu.
▪️ Sebilangan mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan, pasir dan jalan raya. Tekanan semakin bertambah apabila ambulans dan anggota pertahanan awam tidak dapat sampai kepada mangsa. Mereka tidak dapat sampai ke hospital sehingga kini.
▪️Angka mangsa serangan Israel telah meningkat kepada 43,204 syuhada dan 101,641 mangsa yang cedera sejak 7 Oktober lalu.
31 Oktober 2024
🛑 Bermula hari ini, Cinta Gaza Malaysia melancarkan kempen WinterAid4Humanity bagi tahun 2024!
Tahun ini, kami menyasarkan dana sebanyak RM3 juta yang akan merangkumi bantuan asas bagi persediaan menghadapi musim sejuk di 5 buah negara iaitu Palestin, Lubnan, Turki, Syria dan Tajikistan.
Musim ini dianggap musim 'NERAKA' bagi mereka kerana ada yang terpaksa mengharungi musim yang menyeksakan ini tanpa sebarang kelengkapan asas.
Ayuh bantu kami untuk sebarluaskan mesej kemanusiaan ini dengan share poster ini.
Bagi kalian yang ingin menyumbang boleh salurkan sumbangan anda di: https://cintagaza.my/sejuk atau salurkan terus ke akaun rasmi Persatuan Cinta Gaza Malaysia Maybank 5648 1050 7826 (rujukan: winter).
#WinterAid4Humanity
#BantuSebelumBeku
Allah, alhamdulillah seronoknya hari ni apabila satu lagi cita-cita saya tercapai.
Cita-cita nak memperkenalkan dan membawa minyak zaitun P terpaaaalung asli mendoniaa.
Saya boleh je jadi duta minyak zaitun sedia ada tapi bab berniaga ni saya cerewet sikit. Kalau nak jual dan claim barang tu baik, saya kena tahu sumbernya betul-betul dari mana dan kena jadi pengguna tegar terlebih dahulu.
Minyak zaitun ni memang makanan harian orang P. Semasa di G, setiap kali saya cerita tentang khasiatnya, orang akan tanya nak dapatkan di mana.
Hari ni alhamdulillah, dengan jenama sendiri 'Turath' yang bermakna warisan, kami berjaya hasilkan 500 botol pertama untuk kalian. Memang terhad sebab tak senang nak dapat kualiti ini di ladang kawasan Nablus di Tebing Barat sana.
Harganya RM110 sebotol untuk botol 500ml.
Mahal ke? Untuk yang biasa beli minyak zaitun dan tahu khasiatnya, agak murah kami letakkan harga pengenalan ini. Ni minyak extra virgin P tau, tak boleh banding dengan minyak zaitun Spain, negara lain atau yang perahan kedua dan ketiga.
Kalau kalian nak dapatkan boleh klik sini ezy.la/PalestinOliveOil
Terima kasih support bisnes kecil-kecilan kami, sambil bantu kami kita bantu juga perkasakan ekonomi orang tempatan di sana.
500 botol minyak zaitun P, up for grabs! 1, 2, 3 klik ezy.la/PalestinOliveOil go!
Surat Dari Neraka; Perkongsian ahli pasukan CGM tentang apa yang sedang berlaku di Jabalia di utara Gaza.
Читать полностью…🛑 Trak bomba Cinta Gaza Malaysia digunakan untuk memadam kebakaran yang berlaku akibat dibom oleh pesawat udara rejim Zionis di kem Al Maghazi.
Alhamdulillah Alhamdulillah. Terima kasih rakyat Malaysia! 🇲🇾🇵🇸
Video: Eye On Palestine
#IsraelBacul #TaufanalAqsa
KISAH DARI NERAKA, APA YANG SEDANG BERLAKU DI JABALIA SAAT INI
Tulisan ini dikongsikan oleh ahli pasukan kami melalui whatsapp. Dia selamat dilepaskan dari kepungan di sana semalam :
..................................................................................................................................
Assalamualaikum, apa khabar adik-beradik saya?
Alhamdulillah saya, ibu dan anak saya selamat. Ayah saya diculik penjajah, suami saya tak tahu khabarnya kerana dia masih di utara, moga kami dapat kembali ke sana semula.
Semalam kami anggap macam hari qiamat saat kami duduk bertindih-tindih di atas satu sama lain, saya doakan kalian tak akan melalui apa yang kami lalui semalam. Mati sentiasa di hadapan mata dan saya berkali-kali merayu kepada tentera penjajah, ambil saja nyawa kami supaya kami tak terus menanggung azab.
Mereka meletakkan wanita di sekolah dan lelaki di tempat lapang lalu dikepung lelaki dengan benteng-benteng pasir. Kami hanya dapat mendengar jeritan dan suara kesakitan mereka menggelupur disiksa. Wanita yang berada di sekolah pula menjerit dengan sekuat hati memanggil nama anak-anak lelaki dan suami mereka yang sedang diazab sehingga koyak-rabak tubuh mereka. Pada masa sama kereta kebal meledakkan peluru ke arah kami, diikuti tembakan dron dan sniper.
Kemudian kereta kebal mengiringi kami ke sekatan pertama sambil tembakan menakutkan dilepaskan di atas kepala kami, tentera penjajah juga tak putus mencaci dan menghina kami dengan bermacam cacian. Mereka menakutkan kami dan mengatakan, ucapkan selamat tinggal kepada suami kamu, kamu tak akan jumpa suami kau lagi. Ucapkan selamat tinggal kepada utara Gaza, utara Gaza dah jadi milik kami. Dan mereka memaki negara-negara Arab, mereka sebutkan hah nangislah, nangislah, mana umat Islam yang nak bantu kau? Semuanya dah dalam poket kami.
Kemudian kami dibawa ke sekatan kedua di dalam lubang besar yang dikelilingi benteng pasir dan kereta kebal yang mengepung, sniper pula berjaga di bangunan-bangunan sekitar lubang. Tentera penjajah berada di celah-celah kami, menembak menakutkan kami dan memukul kami dengan senjata mereka. Kereta kebal pula mundar-mandir sehingga asap tebal dan pasir yang terbang membuatkan kami sesak nafas dan tak dapat melihat apa-apa di hadapan kami. Ibu saya dan anak saya terbenam di bawah pasir lalu saya menggali pasir dengan kedua-dua tangan walaupun tak melihat apa-apa untuk memastikan mereka tak mati tertanam hidup-hidup.
Kemudian kami dibawa ke sekatan ketiga pula di mana kami ditelanjangkan, tiada seurat benang pun di tubuh kami.
Setiap inci tubuh, rambut dan pakaian kami digeledah dan disentuh entah untuk mencari apa oleh pasukan infantri mereka. Kami berjalan dan melihat segala bentuk penyiksaan tanpa ada sesiapa pun bertanya tentang kami, dari jam 6 subuh sehingga 4 petang tak ada sesiapa yang melihat apa yang berlaku kepada kami.
Untuk mengatakan kami hidup semula setelah mati adalah terlalu kecil untuk menggambarkan apa yang kami lalui, kalaulah kami dibunuh ia adalah lebih mulia untuk kami. Aku malu dengan diri sendiri, bagaimana mereka berjaya mengeluarkan kami dari utara Gaza, tempat aku bertahan selama satu tahun satu bulan, aku sudah berazam tak akan meninggalkannya tetapi mereka berjaya juga menghalau kami keluar akhirnya.
...................................................................................................................................
Kisah dikongsikan oleh salah seorang ahli pasukan CGM kepada kami semalam. WAJIB kita berkongsi kisah ini seluasnya sebagai amanah daripada ahli pasukan kami tersebut dan seluruh penduduk Jabalia dan G yang masih berdepan pembunuhan dan kepungan sehingga saat ini.
Semoga Allah mengampunkan kita.
Nadir Al-Nuri
t.me/nadiralnuri
Audio yang sempat dirakam oleh rakyat G, kereta kebal rejim Zi0.nis melepaskan tembakan tanpa henti ke arah penduduk P di kem pelarian Jabalia, utara G yang dikepung. Jabalia masuk hari ke 20 dibedil dengan 770 syahid setakat ini.
Malam ini saya akan kongsikan cerita dari tim CGM sendiri yang menjadi mangsa pengepungan yang WAJIB kita baca dan kongsikan.
🇵🇸🛑 Aktivis Lubnan, Nabih Awadeh yang pernah bersama Ketua Biro Politik HAMAS, as-syahid Yahya al-Sinwar di dalam penjara Zionis mendedahkan sebahagian kisah hidup Yahya al-Sinwar semasa berada di dalam tahanan.
Cerita penuh di sini.
#IsraelBacul #TaufanalAqsa
Aduh! Macam mana nak mengaku budak kacuk ni, muka Melayu 100%. Terkejut Baba tengah ikut strategic workshop tiba-tiba dapat gambar mek ni.
Nak kena letak foundation banyak sikit bila nak bergambar ni, keluar rumah pun kena pakai sunscreen, baru nampak Arab sikit.
Nanti nak ajar Haura' amalkan doa ini,
اللَّهُمَّ أَحْسَنْتَ خَلْقِي فَأَحْسِنْ خُلُقِي
"Ya Allah, sebagaimana Engkau telah memperindah rupaku maka perindahlah pula akhlakku.
Ameen.