notaemasfarid | Cryptocurrency

Telegram-канал notaemasfarid - #NOTAEMASFARID

804

BAIKI KEHIDUPAN ANDA MENJADI LEBIH BAIK LAGI DENGAN MENJADIKAN EMAS SEBAGAI SIMPANAN ANDA. EMAS BERTAHAN LAMA DAN NILAI SEMAKIN MENINGKAT! JOIN SEGERA SEBARANG PERTANYAAN CLICK LINK : @tanyaemas_bot

Subscribe to a channel

#NOTAEMASFARID

Ada dalam kalangan kita ada mindset apabila melihat orang menyimpan emas bermakna orang itu orang kaya.

Walhal tiada satu pun usaha yang dilakukan untuk ke arah menyimpan emas sendiri.

Kenapa dia sendiri taknak menjadi orang kaya seperti orang yang menyimpan emas itu? Itulah yang peliknya. Semuanya disebabkan kurang ilmu pengetahuan dalam simpanan emas.

Setiap tahun tentu ada kenaikkan gaji, apasalahnya jika kenaikkan gaji tahun tersebut tidak dibelanjakan dan digunakan untuk menyimpan? Tetapi yang lazim dilakukan adalah setiap kali kenaikkan gaji maka kemahuan hidupnya turut sama meningkat.

Bukan Soal tak cukup wang, walhal sebelum kenaikkan gaji boleh je dia melangsungkan kehidupan.

Semuanya soal mindset diri sendiri. Jika keinginan untuk dia berubah kurang maka tidak ada sesiapa pun yang boleh mengubah kehidupan dia dengan gaji yang dia ada.

Gaji rm1000 ke, rm2000 ke, rm5000 ke, rm10000 ke, jika tidak menyimpan, tidak ade gunanya.

Berubahlah, menyimpan dengan cara yang betul, simpan emas. Sebelum tiba hari-hari surammu nanti. 😊

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Overlap loan vs overlap emas

Sama tapi berbeza caranya

Overlap loan hutang semakin bertambah, tahun makin bertambah, entah sampai bila baru habis bayar hutang, seakan hutang tak habis bayar.

Kalau pun habis bayar hutang yang dapat hanyalah hutang habis dibayar. Bulanan gaji bertambah. Itu pun kalau sempat merasa hidup habis bayar hutang gaji penuh. Kalau ajal awal menjemput? Takziah pada jiwa yang dijemput ilahi.

Namun berbeza dengan overlap emas.

Emas hanya boleh dioverlap jika nilai emas meningkat, jika nilai emas turun maka tidak boleh overlap. Jadi hanya tinggal 2 pilihan. Bayar pajak atau emas dilelong.

Takkan emas nak dibiarkan dilelong begitu sahaja? Maka dipasanglah strategi untuk mendapatkan emas itu

Pasang strategi maka selepas 3 tahun katakanlah habis bayar.

Apa yang dapat? Emas di tangan.

Duit mana?

Emas tu duit lerrr. Nak guna pajak! Apolah

Habis bayar pajak, maka ada simpanan, ada emas, harga emas lepas 3 tahun takkan beku je tak naik? In shaa Allah akan ada kenaikkan.

So mana yang lagi bagus? Overlap loan atau overlap emas? 😁

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Untuk register, boleh click link ni

👇👇👇
https://pgmall.my/register?referralPgCode=halaqas@gmail.com

Download di sini

*Untuk Android*

👇👇👇
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.pgmall.prod

*Untuk iphone*

👇👇👇
https://apps.apple.com/my/app/pgmall-shop-share/id1298973748

Follow PGMall YouTube channel
👉 https://youtu.be/5k1MhNYeA80

Follow PGMallMalaysia TikTok
👉 https://vt.tiktok.com/ZSdjTEhvW/

#MalaysiaNo1ecommerce #shopfromhome #onlineshopping

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Soalan : Nak kumpul emas banyak-banyak sampai berapa banyak?

Jawapan : sampai 236 dinar atau 1003gram, lagi bagus sampai 1 bahara emas atau 180kg emas. Itulah emas yang dimiliki orang melayu masa portugis masuk ke tanah melayu. Setiap rumah melayu sekurang-kurangnya ada 2 bahara emas atau 360kg emas pada zaman dulu.

Soalan: kumpul emas untuk bawak ke mati ke?

Jawapan : ada orang buat loan belum habis bayar pun dah mati, kumpul emas sekurang-kurangnya waris tak hidup susah tak perlu meminta-minta pada orang. Tak gitu 🤗🥰

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Tak suka simpan emas? Saya tak kesah, jawapan saya mudah dan ringkas je. SAMPAI KE TUALAH BUAT LOAN KEMUDIAN OVERLAP DAPAT DUIT GRADUITI KE PENCEN KE BAYAR HUTANG. 😂😂

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Antara sukatan atau timbangan emas yang digunakan melayu suatu masa dahulu

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

𝟏 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝟏 𝐊𝐈𝐋𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐄𝐌𝐀𝐒

Target simpan emas sampai cukup #1keluarga1kilogram. Jumlah tu in shaa Allah cukup sebagai pelindung kekayaan untuk sebuah keluarga.

Pesan guru emas saya, En Mohd Zulkifli Shafie;

Nak ada 1 kilogram emas, mulakan dulu dengan #1gram1bulan melalui #AkaunEmasGAP Public Gold. Jangan tunggu duit banyak baru nak beli emas. Tetapi mulakan dulu walaupun hanya 1 gram.

Mulakan hari ini. Nanti sedar-sedar dah ada 10 gram, 100 gram, dan 1,000 gram! In shaa Allah. Simpan sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Gold bar 1 kilogram ini sesuai untuk sesiapa yang memiliki berkilo-kilogram emas. Siapa yang hanya ada 1 kilogram emas, saya syorkan pecahkan kepada item yang lebih kecil, dengan kombinasi pelbagai item dari 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram dan 250 gram.

Bila nak pakai duit, boleh gadai atau jual sikit-sikit.

Itu tip ringkas bagi sesiapa yang ada cita-cita nak memiliki 1 kilogram emas.

MUHAMMAD FARID BIN MAJID
*Ini dream saya* ❤️

#tipemas #tipsimpananemas

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

AMBIL TEMPOH BERTENANG
SEBELUM BERBELANJA

Emas bagi saya lebih kepada "simpanan" berbanding "pelaburan". Bila simpan duit dalam bentuk emas, duit simpanan kita lebih bertahan lama sebab kita terpaksa ambil "tempoh bertenang" sebelum berbelanja; samada kena jual atau gadai dulu emas tu untuk dapatkan tunai segera.

Bila nak jual, rasa sayang pulak nak jual emas tu. Walaupun emas tu kita boleh jualnya pada bila-bila masa sahaja, tapi "tempoh bertenang" tu membuatkan kita lebih teliti bila berbelanja, dan banyak menyelamatkan duit kita daripada berbelanja yang bukan-bukan. Kita hanya akan jual atau gadai emas itu hanya bila ada hal yang benar-benar perlu sahaja.

Simpan duit dalam bentuk emas ni dapat elakkan masalah biasa ramai orang bila menyimpan, iaitu "simpan sedikit-sedikit, lama-lama masih sedikit!".

Jadi kalau nak selesaikan masalah simpan yang selalu bocor, dan nak pastikan duit simpanan bertahan lama, simpananlah tunai (dibank) cukup sekadar 3 bulan pendapatan. Selebihnya lebih baik tukar kepada emas.

Simpan emas pada hakikatnya sama seperti simpan wang TUNAI juga. Bila pakai duit segera, kita boleh jual atau gadai sahaja di ar-rahnu.

#BukuWangEmas #BukuZeroHutang

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

*UNTUNG KE SIMPAN EMAS BERBANDING RINGGIT?*

Wang kertas ada susut nilainya begitu juga emas.

Emas jika hendak dikatakan zakat itu susut nilai emas itu sendiri itu pun boleh diambil kira namun susut nilai emas berbeza dengan wang kertas.

zakat yang dibayar akan disalurkan kepada mereka yang terpilih dan ini menjadi pahala buat mereka yang membayar zakat sedangkan susut nilai wang ringgit itu, tidak menyumbang apa-apa pun kepada masyarakat.

zakat dibayar 2.5% sedangkan wang kertas susut nilai setahun mencecah 3.8%

contoh kata jika anda mendapat dividen hasil menyimpan wang di asb atau tabung haji dan sebagainya, anda mendapat 5% dividen. dividen itu perlu mengambil kira juga susut nilai tahun tersebut iaitu 3.8%

5% - 3.8% = 1.2% keuntungan yang tinggal.

anda perlu juga mengambil kira wang yang anda simpan itu jika lebih haul perlu membayar zakat.

1.2% - 2.5% = -1.3%

anda menyangkakan bahawa anda menyimpan wang, dan menerima dividen namun yang anda tidak sedar adalah anda perlu membayar extra 1.3% kepada pasaran semasa. inilah bahayanya susut nilai wang. anda tidak sedar bahawa wang anda telah "dirompak" tanpa anda sedar.

berbeza dengan simpanan emas.

secara purata emas mengalami kenaikkan sehingga mencecah 50% dalam masa 5 tahun. ini bermakna setahun ibarat anda mempunyai keuntungan hasil simpanan emas sebanyak 10% setahun.

setiap tahun anda tentu membayar zakat emas sekiranya emas anda cukup haul, cukup gramnya iaitu 85gram/20dinar ke atas. 2.5% zakat yang anda perlu keluarkan.

10% - 2.5% = 7.5%

adakah dari 7.5% keuntungan itu anda perlu membayar susut nilai wang? jawapannya tidak perlu. kerana emas itu selagi belum ditukar kepada wang, selagi itulah tidak perlu kira susut nilai wang.

jadi secara hakikatnya, kekayaan anda sedang bertambah 7.5% tahun demi tahun.

jika 10 tahun anda simpan emas maka keuntungan simpanan anda telah mencecah 75%.

oleh itu, simpanlah emas, perbanyakkan gram, usah khuatir tentang zakat kerana zakat itu bererti anda berbakti kepada masyarakat, kepada agama bangsa dan negara. tahniah penyimpan emas 😍

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Ada sahabat bertanya :

Jika simpan emas harini, 6 bulan kemudian, aku jual dapat ke harga aku beli tu? Atau dapat lebih dari harga aku beli?

Saya jawab : tak dapat, harga emas berubah sama ada turun atau naik. Jika jual emas akan ada susut nilainya cuma susut nilainya tak setinggi barangan lain. 8% hingga 9% sahaja.

Contoh kalau beli motor, harga rm10k, pakai seminggu, kemudian nak jual, dapat ke harga rm10k? Walaupun motor pakai seminggu je pun, susut nilai mencecah 20%!

Dia jawab : kalau macamtu ape untungnya beli emas? Beli je nak pakai duit emas susut nilai pulak 😂

Saya jawab: sebabtu beli emas ni jika mahu dapat pulangan harga belian tu perlu tunggu 2 tahun dan ke atas. Aku beli emas 5 gram, beli tahun pertama harga rm940, kemudian pajak dapat RM700, cukup setahun tebus,

aku pajak semula emas tu, tiba-tiba tahun kedua pajak dapat RM820, cukup setahun tebus pajak semula untuk tahun ketiga dapat RM950 pulak. Aku dapat nilai pajak tu lebih tinggi dari nilai aku beli pada mulanya. Emas yang sama. Itu pajak, kalau aku jual tentu lebih tinggi dri nilai aku beli sebab pajak dapat pinjaman 75% hingga 80%. Kalau jual dapat 100% harga emas semasa. Itulah untungnya menyimpan emas.

Kalau sekadar beli kemudian jual begitu je memang rugi simpan emas ni sebabtu emas mesti disimpan bertahun-tahun baru nampak hasilnya. 😊

Sebabtu wajib ada ilmu barulah simpanan emas itu menjadi. Tak gitu? 🤗

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

*PERBEZAAN KOMISEN DAN ROYALTI*

Dalam sistem agent atau dealer, terdapat banyak cara pemberian pendapatan kepada mereka antaranya samaada komisen atau royalti.

sebagai contoh seseorang agent takaful mendapat pendapatannya daripada pelanggannya. jika pelanggannya membayar sumbangan bulanan kepada pihak takaful, maka daripada sumbangan bulanannya itu ada komisen yang perlu diberikan kepada agentnya.

dari pendapatan agent itu pula ada pendapatan yang perlu disumbangkan kepada uplinenya juga sehinggalah kepada hierarki yang tertinggi.

sekiranya pelanggannya itu tidak membayar sumbangan maka agent itu tidak mendapat pendapatan.

jika pelanggannya membayar sumbangan sebulan RM100, maka agent akan mendapat pendapatan rata-ratanya dalam 20%.

RM100 x 20% = RM20

dari RM20 pula perlu disumbangkan kepada uplinenya pula sebanyak 10%

RM20 x 10% = RM2

dari gambaran komisen yang diterima agent, yang sebenarnya client perlu bayar RM80 sahaja sebulan dan selebihnya merupakan pendapatan agent.

jadi disini kita dapat faham bahawa semakin banyak client yang agent cari maka semakin kayalah agent tersebut.

berbeza pula dengan konsep royalti.

Di publicgold, tidak ada istilah agent tetapi yang digunapakai adalah istilah Dealer.

rata-rata dealer di publicgold merupakan Publicgold Business Owner (PGBO). mereka merupakan sebahagian dari perniagaan tersebut. mereka boleh menjual segala bentuk item yang terdapat di publicgold tidak terhad kepada emas sahaja tetapi boleh juga barangan keperluan harian, barangan perkakasan, barangan peribadi dan sebagainya yang terdapat di PGMALL.

setelah seseorang individu itu menaiktaraf akaun emas mereka kepada status Dealer, secara automatiknya mereka layak diberi insentif atau royalti.

mereka boleh membeli emas, membeli barangan keperluan, peribadi dan sebagainya di PGMALL dan mereka akan diberi insentif atau royalti atau cashback yang dibayar Publicgold kepada mereka.

jika mereka membeli emas, mereka dapat insentif atas pembelian sendiri. jika mereka dealer biasa, insentif/royalti yang diterima adalah 1%, jika mereka priority dealer mereka dibayar insentif/royalti 1.5%, jika mereka master dealer pula insentif/royalti yang diterima 2%.

jika mereka membeli barangan di PGMALL, mereka mendapat cashback, dealer biasa 0.5%, priority dealer 1%, master dealer 1.5%.

sambil membeli sambil berjimat orang kata. insentif/royalti/cashback ini diberikan kepada mereka kerana mereka sebahagian dari entiti perniagaan itu sendiri yakni PGBO.

jika mereka tidak naiktaraf akaun mereka, mereka membeli emas sendiri atau membeli barangan di PGMALL mereka tidak mendapat insentif/royalti/cashback. ini merupakan suatu kerugian buat mereka.

yang lebih menarik adalah jika mereka memperkenalkan rakan-rakan mereka kepada publicgold dan menjadi pembimbing aktif dalam usaha memandaikan rakan-rakan mereka supaya menyimpan emas maka mereka akan diberikan insentif/royalti.

pelanggan akan membeli emas pada harga semasa sebagai contoh harga segram emas RM310, maka RM310 yang dibayar kepada Publicgold.

dari RM310 itu, publicgold akan memberi insentif/royalti kepada dealer tersebut bergantung kepada taraf dealer mereka. jika dealer biasa 1%=RM3.10, priority dealer 1.5%=RM4.65, master dealer=RM6.20

semua insentif/royalti itu dibayar sendiri dari poket publicgold bukan dari pelanggan yang membeli emas.

jadi di sini anda nampak perbezaan komisen dan royalti? komisen dibayar pelanggan kepada agent, sedangkan insentif/royalti dibayar publicgold kepada dealer itu sendiri tanpa menggunakan wang pelanggan.

sekian perkongsian dari saya. sekiranya anda mahu menaiktaraf akaun anda kepada dealer, boleh message saya personal. tak rugi jadi dealer, kita beli emas sendiri dapat insentif/royalti, orang beli emas, publicgold bayar insentif/royalti kepada kita. untung berganda-ganda. harga emas naik senyum, harga emas turun pun senyum. ☺️🤗

apa komen anda? untung ke rugi jadi dealer? 😃

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Bulan 6 tahun 2023 bukanlah seperti bulan 6 tahun sebelum-sebelumnya tuan/puan sekalian. Bulan 6 adalah bulan subsidi ayam dihapuskan, subsidi telur dihapuskan, subsidi elektrik tak pasti bila tapi pengumuman dah dibuat. Yang paling worse sekali......

Debt ceiling Amerika akan diumumkan samaada naik atau turun. Tapi ape kaitan malaysia dengan amerika? Sudah tentulah ada kaitannya sebab satu dunia perdagangan dalam matawang USD. Bukan guna ringgit malaysia. Yang jahatnya amerika kalau muflis, dia punya interest rate boleh naik maha tinggi punya. Berdezup gitieww. So hutang malaysia dalam bentuk USD? Reserved malaysia dalam bentuk USD? Apa yang akan berlaku? Naik ke turun? Orang tak belajar ekonomi pun boleh jawab. Interest naik hutang akan naik ke turun? Opr naik hutang naik ke turun? Bertabahlah untuk masa-masa sulit. 😅😢

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Inilah antara sebabnya penting perbanyakkan GRAM emas. *LEBIH AWAL ANDA SEDAR LAGI BAGUS,* dan sudah pastinya anda akan *MENYESAL*

Sebabnya anda tidak mulakan simpanan emas dari awal. Tahun 2015, 1 dinar RM670 je. Client ni beli 4 dinar dengan harga RM2700. Harga semasa sekarang RM314segram. Dengan rm314 segram, anda boleh dapat :

RM2700 / RM314 = 8.5gram atau bersamaan

8.5gram / 4.25gram(1dinar) = 2 Dinar sahaja

Rugi tak mulakan dari awal. Beli barang kemas 916 je waktu tu. Patut 999 😭😭❤️

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

*EMAS TIADA DIVIDEN*

Emas ni bukan seperti saham, kita beli dalam sesuatu kuantiti/lot, cukup setahun dapat dividen. Bukan begitu emas berfungsi.

Apa yang kita perlu tahu, emas ni digunakan di seluruh dunia, tapi persoalannya, untuk apa emas digunakan?

Antara kegunaan emas adalah

*1. Digunakan dalam peralatan elektrik/electronik*

_Selagi ada peralatan elektrik atau elektronik, selagi itulah adanya emas digunakan sebabnya emas merupakan pengalir arus yang terbaik, logam yang terbaik dan disebabkan ini semakin berkembangnya teknologi maka semakin banyak emas akan digunakan_

*2. Digunakan untuk membuat perhiasan*

_khas buat kaum wanita, emas juga digunakan untuk membuat perhiasan wanita, dilebur dan dibuat perhiasan, berulang-ulang emas ini digunakan. jika perhiasan itu kurang permintaan, maka barang kemas itu akan dileburkan dan dibuat perhiasan baharu_

*3. Lambang kekayaan atau kekuasaan*

_Emas juga digunakan sebagai lambang kekuasaan, seseorang raja atau sultan pasti menjadikan emas sebagai lambang pengaruh atau kekuasaan mereka, ada dalam kalangan mereka mencipta pingan, sudu dari emas dan perak, tahta, istana dan sebagainya ada dari emas dan perak. Semakin banyak emas di sesuatu negara maka semakin kayalah negara itu_

*4. Digunakan sebagai simpanan*

_rata-rata penyimpan emas menyimpan emas kerana mereka yakin emaslah medium penyimpan nilai yang berkesan. RM100, 30 tahun dahulu macam-macam boleh dibeli namun angka yang sama, ringgit yang sama yakni RM100 tidak boleh membeli senilai barangan yang dibeli 30 tahun dahulu. Jika anda menggunakan RM100 30 tahun dahulu, anda mampu membeli 3gram emas, namun sekarang RM100 hanya mampu beli 0.32gram emas sahaja._

Itulah antara kegunaan emas, dan disebabkan faktor inilah emas sentiasa ada permintaan dari semasa ke semasa di seluruh dunia. Berbeza dengan matawang kita ringgit malaysia, permintaannya terhad digunakan di dalam malaysia. Bukan digunakan sebagai wang perdagangan antarabangsa tetapi hanya digunakan dalam malaysia.

Pernah dengar ke jika matawang ringgit jatuh, orang berpusu-pusu beli mata wang ringgi?

Tetapi jika harga emas jatuh, berpusu-pusu orang akan membeli emas kerana mereka tahu harga emas akan naik semula dan kenaikkan harga emas adalah sesuatu yang PASTI.

Semoga bermanfaat ☺️

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Ada apa dengan RM100?

Rm100 sekarang boleh beli 0.32gram emas

Pada awal tahun 2000, RM100 boleh beli 1gram emas.

Bayangkan anda beli emas pada waktu itu dengan harga RM1000, berapa gram emas anda ada? Tentu 10gram emas.

Jika anda ada rm10,000, tentu anda ada 100gram emas.

Pada tahun 2023, 1gram emas mencecah sehingga RM311.

Jika anda ada 10gram emas bererti anda ada RM3110 nilai wang.

Jika anda ada 100gram emas bererti anda ada RM31,110 nilai wang.

Walhal anda beli gram emas itu pada harga murah sekarang ini harga telah meningkat mendadak.

Jadi kesimpulannya. Perbanyakkan gram emas anda seawal yang boleh, jadikan harga gram emas pertama anda beli sebagai benchmarks/penanda harga permulaan anda beli. Apabila tahun berganti tahun baharulah anda boleh tersenyum lebar ☺️❤️

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Apa ertinya seketul 1 dinar emas ni?

Ia mencukupi untuk keperluan dapur sekeluarga selama sebulan.

Cukup untuk baiki kereta (bukan mewah) bagi kerosakan non-major

Cukup untuk yuran pengajian di kebanyakan IPTA bagi satu semester.

Cukup untuk buat pemiliknya rasa tenang walaupun dompet dah kosong sebab mereka tahu, masih ada aset yang boleh mereka cairkan jika ada keperluan mendesak.

Biasanya, orang tak gadai atau jual emas hanya untuk berbelanja yang kurang penting.

Cuba gandakan kepada 20 keping, pemiliknya akan diwajibkan bayar zakat, menandakan dia tidak miskin. Tak ada zakat tupperware, zakat mangkuk, zakat jam tangan atau kereta. Tapi ada zakat emas dan perak, sebab ia merupakan real asset.

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Mewariskan emas lagi bagus berbanding mewariskan tanah. Kadang ada orang waris tanah 1 ekar pun sampai 10 nama. Giler betul. Kalau 10 nama tu dah kawin sorang ada 5 anak sudah pecah 50 orang waris. Sorg meninggal dari 10 nama nak buat pesaka lagi. Nak kumpul waris 50 orang ingat senang? Nak kena buat family day dulu baru pergi pejabat tanah der 😂😂😂 yang kat dalam kubur dah lemas dah. Allahuakbar. Wariskan emas lagi bagus, pandai-pandailah waris nak guna beli jajan 😂😂

Disclaimer/penafian: anda yang baca ni takde kaitan langsung dengan contoh saya ini ya. Tidak ada kaitan antara yang hidup atau yang mati. 😊

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Pernah tak beli barang tapi tak perlu bayar pape? PGMALL dari publicgold je ada. Setiap kali buat pembelian akan ada cashback dan masuk dalam c-wallet dalam pgmall, kumpul banyak2, kemudian beli barang guna voucher diskaun dari PGMALL dan diskaun kedai. Ye ada dua diskaun dapat. Alhamdulillah, barang free je dapat. Syukur ☺️🥳

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Wow harga emas turun harini. Apa lagi, tambah ler gram anda harini 🥳

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Fitrah manusia sukakan emas, suka kumpul emas, emas berkilau, warnanya membuatkan hati ingin memilikinya lagi, lagi dan lagi. Dulu saya agak tak suka perempuan yang giler emas, asyik-asyik ada duit suruh suami dia beli emas. Makan pun tak cukup, asyik nak beli emas je kerjanya. Meterialistik saya kata perempuan macamtu. Tetapi baru saya tahu, emas itu pun duit. Nak pakai pajak dapat duit. Isteri yang sukakan emas sebenarnya adalah isteri yang menjaga harta suaminya. Tapi ada yang lebih baik dri barang kemas, itulah DINAR. Kumpul dinar banyak-banyak pun orang tak tahu kalau kita sendiri yang tak bagitahu. Tak gitu 🤗🥰

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

*Kekayaan orang melayu zaman dahulu*

Semalam (19 & 20 jun 2023) saya pergi kursus berkenaan kapal mendam berahi, dalam kursus tersebut panceramah menyatakan bahawa semasa portugis menawan melaka, rata-rata rumah di melaka memiliki 2 bahara emas.

Untuk info 1 bahara emas bersamaan 180kg emas, 2 bahara bersamaan 360kg emas.

Hari ini, satu kilo emas bersamaan RM306ribu, jika 360kg bersamaan RM110juta.

Betapa kayanya keturunan melayu suatu masa dahulu.

Ketahuilah bahawa rumpun melayu itu meliputi malaysia, singapura, brunei, filipina, indonesia, thailand, laos, kemboja, myanmar, timor leste vietnam yang dikenali sebagai Pentas Sunda.

Dahulunya pentas sunda ini merupakan daratan (rujuk gambar warna hijau petak kuning) sebelum berlakunya kecairan ais dan menyebabkan daratan ini tenggelam.

Melayu menguasai daratan dan lautan dan disebabkan inilah melayu pada zaman dahulu kaya raya dan disegani dipelusuk dunia.

Penceramah juga menyatakan jika mahu lihat melayu yang tinggal di lautan maka lihatlah bajau laut, itulah antara melayu yang masih tinggal di lautan.

Justeru itu, kitalah warisan melayu yang tinggal. Kembalikan kegemilangan melayu yang kaya raya dengan emas berbahara yang disimpan. Mulakan simpanan sekecil 1gram, jika simpanan anda bermatlamat, sudah tentulah anda mampu memiliki 1 bahara emas atau 180kg emas. Ayuh menyimpan emas 🤗🔥

https://www.publicgoldofficial.com/faridmajid

👆👆👆👆👆
Click link ini untuk daftar akaun emas secara percuma dan seterusnya membuat pembelian emas pertama anda serendah RM100 🤗🤗

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

*Simpan RM300000 atau emas 236 dinar (1003gram)?*

Persamaannya kedua-duanya tetap dikenakan zakat simpanan 2.5%. itu wajib bagi orang islam.

Namun perbezaan yang paling ketara adalah dari segi susut nilainya.

Emas jika beli harini esok jual, jawapannya emas tidak berbaloi dibeli kerana susut nilai emas mencecah 9% setelah dijual.

Namun jika dipegang untuk jangka masa 3 tahun dan ke atas, maka nilai emas tersebut akan melepasi nilai emas itu dibeli.

Simpanan RM300000, jika disimpan di tempat yang memberi pulangan dividen, katakan 5% setahun. Setahun akan dapat dividen RM15,000.

Simpan selama 5 tahun maka akan ada RM375000 simpanan keseluruhan.

Nampak semacam WOW banyaknya namun itu tidak terjadi kerana belum sampai 5 tahun, pelahan-pelahan simpanan itu akan "DIKOREK" sedikit demi sedikit.

Maka hasilnya simpanan anda semakin susut. Itu belum lagi dikira dengan susut nilai matawang itu sendiri. Semakin hari semakin susut nilai. Anda tidak sedar bahawa zaman sedang berubah.

Nasi sepinggan dengan air dulu RM3 dah kenyang, sekarang ni RM13 belum tentu kenyang.

Kita boleh kata matawang kita susut namun kebenaran itu tidak kita lihat sekiranya kita tidak memerhatikannya.

Sebab itulah anda wajib menyimpan emas. Apabila anda memiliki 1kilo emas, anda akan hilang rasa berduit.

Namun nilai emas itu sendiri akan menjaga nilai wang anda tanpa anda sedari.

Kerana 1 kilo emas tahun 1998 boleh membeli 1 buah kereta, tahun ni 2023 1 kilo emas yang sama boleh membeli 5 buah kereta.

Inilah suatu perkara yang anda perlu perhatikan. Semakin banyak gram anda simpan, maka semakin kayalah anda secara automatik.

Bertindaklah segera. Simpan emas sehingga mencecah 1kilo emas.

#1Kilo1Keluarga

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Emas pun ada bayaran secara ansuran, ada 6 kali bayar dan 10 kali bayar, sudah dapat emas. Masih ada alasan lagi ke untuk tidak menyimpan emas? Ada emas ada wang, ada wang belum tentu ada emas.

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

*Kenapa kita semua wajib ada 1kilo atau 236 dinar sebelum menjelang umur persaraan?*

bagi seorang penyimpan tegar, rata-ratanya mewajibkan diri mereka untuk memiliki emas 1 kilo atau 236 dinar sepanjang mereka menjadi penyimpan emas.

mereka yang mempunyai 1 Kilo / 236 dinar emas bererti mereka telah bebas dari hutang/cengkaman bank.

seorang yang berhutang akan membayar hutang mereka dalam tempoh 10 tahun, setelah selesai membayar hutang, apa yang mereka dapat adalah pendapatan mereka akan bertambah disebabkan mereka tidak perlu membayar bulanan hutang.

Namun apa yang mereka tidak sedar adalah nilai matawang dalam tempoh 10 tahun sebenarnya semakin hari semakin susut!! Inilah yang dinamakan hutang negatif.

sekarang cuba bayangkan sekiranya anda memiliki 1kilo / 236 dinar. sekiranya anda memerlukan wang, anda hanya perlu pajak emas tersebut dan mendapat wang tunai.

katakan anda pajak emas kemudian tebus emas dalam masa 36bulan, emas sudah berada dalam genggaman anda. anda mengambil masa 36bulan atau 3 tahun untuk selesaikan pinjaman ar-rahnu. dan sudah tentunya dalam masa 36 bulan/3 tahun itu nilai emas anda telah meningkat!

inilah yang dikatakan hutang positif.

justeru itu, segerakanlah diri anda untuk memiliki 1kilo/236 dinar sebelum tiba umur persaraan anda. semoga bermanfaat ☺️🤗

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Harga emas turun naik itu pasti, yang tak pasti itu adakah emas bertambah dalam simpanan atau tidak? Keputusan di tangan anda. ☺️

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Dalam dunia pelaburan, market bukan milik kita, ia mempunyai corak yang berbeza, peluang dan potensi yang pelbagai, jika anda menginginkan investment bermodalkan rendah dan memberi keuntungan yang lumayan, maka pelaburan bukanlah tempat yang sesuai untuk orang seperti anda.

Kebiasaannya mereka akan terlibat kepada "ponzi scheme". Konsep pasaran adalah high risk, high return, tak pernah ada konsep low risk high return. Jika anda tidak tahu pelaburan, maka satu cara yang paling selamat adalah simpanan. Simpanan yang berbentuk aset, yang memberi pulangan dalam jangka masa panjang, yang mudah dicairkan apabila diperlukan, yang menyimpan nilai wang hasil usaha keras anda. Yang boleh dipegang, dinilai dan dimanfaatkan. Itulah emas fizikal, bukan digital money, bukan digital gold. Itu semua fake instrument. Real gold real money ☺️❤️

Mulakan simpanan emas anda bersama publicgold dengan menekan link ini dan boleh memuat turun ebook emas secara percuma. Click link dan daftar segera 👇

https://www.publicgoldofficial.com/faridmajid/cara-bermula

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Apa kaitan inflasi dengan simpanan emas?

Senang kata kita amik contoh yang mudah

Ringgit berbanding Emas

Seharian keperluan kita untuk transaksi barangan kita menggunakan ringgit untuk belian barang, beli ayam keluar wang, beli ikan keluar wang, beli rumah keluar wang semua perkara yang kita lakukan hari ini semua memerlukan wang.

Takde pun kita beli ayam guna emas, beli ikan guna emas, beli rumah guna emas. Takde pun disebabkan matawang yang diterima sebagai pertukaran barangan di Malaysia adalah ringgit atau singkatannya RM.

Cumanya, ringgit malaysia hanya didagangkan di dalam malaysia.

Tidak didagangkan di luar negara.

Cuba anda bawa ringgit malaysia pergi ke luar negara, pergi thailand ke pergi Singapore ke, bagi wang ringgit kepada peniaga di sana, adakah ringgit malaysia anda diterima?

Anda tetap perlu menukarkan matawang ringgit itu kepada matawang negara tersebut barulah anda boleh membeli belah di negara tersebut. Namun kadar pertukaran tersebut melibatkan susut nilai yang tinggi!

Apa kaitan pula dengan emas?

Emas laku di seluruh negara. Sebut sahaja negara mana yang tidak ada menyimpan emas? Tentu ada. Ini kerana emas digunakan diseluruh dunia dari segi barang elektronik, elektrik, perhiasan, keagamaan, pengaruh dan sebagainya.

Namun emas yang terdapat dalam dunia ini terhad. Contoh jika emas keseluruhan di dunia ada 100 ribu tan, maka 100 ribu tan sahaja yang boleh digunakan, tidak lebih dari itu.

Matawang kertas dicetak, dicetak dan terus dicetak dari semasa ke semasa. Semakin banyak wang kertas yang dicetak, maka semakin lemahlah ekonomi negara tersebut.sekeping kertas yang apabila dipotong dua terus hilang nilainya menjadi KOSONG. Wang tersebut juga tidak laku dan tidak disimpan di mana-mana negara pun. Adakah wang itu yang anda harapkan untuk menyimpan nilai hasil usaha keras anda?

Anda bergaji rm1000, bergaji RM2000, bergaji RM5000, pendapatan berniaga lebih RM10000 sekalipun suatu masa nanti semua pendapatan anda akan menjadi KOSONG jika ekonomi negara runtuh, negara berlaku peperangan, huru-hara dan sebagainya.

Bolehkah pada waktu huru-hara itu anda bawa wang anda berguni besar sekalipun keluar negara, pasti wang anda tidak laku lagi.

Lain halnya dengan emas. Dalam keadaan negara aman sekalipun, emas mampu menyimpan nilai hasil kerja keras anda. Anda dapat wang, tukar kepada emas barulah berbelanja. Itulah caranya.

Apabila anda perlukan wang, pajak emas tersebut dapat wang. Tahun pertama pajak 1 dinar contohnya dapat RM900, selepas tebus, pajak 1 dinar yg sama dapat pula RM1000, selepas tebus, pajak 1 dinar yang sama dapat pula RM1100. Emas yang sama tetapi nilainya sentiasa meningkat. Inilah kelebihan emas yang tiada pada mana-mana matawang di dunia.

Semoga bermanfaat ☺️❤️

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Ramai yang bertanya betul ka saya ni dealer aktif Public Gold. Nampak dok share pasal emas dan manfaat simpanan emas selalu.

Betul lah tu.

Saya memang Dealer Aktif Public Gold dan saya membawa Misi untuk membina 1000 penyimpan emas bijaksana.

Macam pagi ni saya sertai New Dealer Orientation (NDO). Mungkin ada bertanya;

"Eh, kata dealer aktif takkan kena join lagi orientasi?"

Sebab aktif dan ingin sentiasa updates ilmu lah saya join NDO ni. Supaya team dan penyimpan emas saya sentiasa dapat info dan updates terkini Public Gold.

Begitulah. ☺️

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Dari segi graf permintaan/pernawaran harga emas ni agak-agak harga emas nak naik ke atau nak turun?

Sebenarnya turun naik emas itu hanyalah persoalan masa, yang *PENTING GRAM WAJIB BERTAMBAH*

Dari segi graf harga emas dan trend ape? Cuba teka? Yang tak tahu baca graf pun automatik akan tahu baca jika keadaan grafnya begini. Oh ya? OPR naikkan bulan ni? 😭😭

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

*NALURI SEMULAJADI MANUSIA*

Sememangnya manusia itu mempunyai keinginan dan kecenderungan terhadap harta kekayaan, ladang ternakan, anak-anak dan sebagainya.

Namun begitu, sekiranya mereka mempunyai wang, kecenderungan untuk menggunakan wang itu tersangatlah tinggi.

Ada pelbagai cara yang mereka cuba untuk menyimpan wang mereka antaranya:-

👉Pembiayaan ASB
👉Simpanan sendiri di ASB
👉Simpanan tabung haji
👉Fixed deposit
👉potongan gaji ke akaun simpanan

Dan sebagainya, namun ada masanya, mereka *"TERGUNA"* wang itu disebabkan mudahnya mereka mendapat akses untuk mengeluarkan wang itu. Hanya click-click setel.

Bagi mengelakkan wang mereka habis begitu sahaja, ada dalam kalangan mereka yang tidak menggunakan kemudahan online banking disebabkan *"KHUATIR"* mereka *"TERGUNA"* wang simpanan mereka.

Keadaan ini menyebabkan mereka ketinggalan dalam arus globalisasi. Mereka meninggalkan online banking kerana tidak percaya keselamatannya.

Bagi saya penyelesaiannya mudah. *SIMPAN EMAS*.

*SIMPANAN EMAS* ini berbeza dengan simpanan wang di bank kerana terdapat *"SENTIMENTAL VALUE"* dalam simpanan emas itu sendiri.

Dengan kilauan emas itu, dengan merasai berat emas itu, kita seakan tidak percaya *BETUL KE 1 DINAR ATAU BERSAMAAN RM1300 DI TANGAN KITA? KECIK JE HANYA SEKEPING, RASA MACAM TAK PUAS PEGANG, KALAU PEGANG BANYAK KEPING LAGI BEST*

Disebabkan naluri itu, maka kita akan merasakan kita harus memiliki 1 DINAR seterusnya.

Bermula dengan 1 Dinar maka terhasil 1 DINAR dan 1 Dinar berikutnya.

Dalam masa tidak sedar, kita yang tidak menyimpan wang tiba-tiba sudah memegang 4 dinar di tangan dalam masa setahun. Itulah *KEAJAIBAN EMAS* yang sewajarnya anda rasai.

Bermula dengan *EMAS PERTAMA* anda maka terhasil *EMAS YANG BERIKUTNYA*.

Dengan konsep *MULA DULU FAHAM KEMUDIAN* pasti akan mengubah kehidupan anda pada masa hadapan. 4 Dinar yang dipegang itu merupakan RM4000 simpanan anda dalam masa setahun. Simpanan ini tidak akan dicapai sekiranya anda tidak menyimpan emas.

Satu tips lagi adalah *jika emas di tangan, rajin-rajinlah selalu pegang emas itu kerana dari situ akan muncul keinginan mendalam untuk memiliki emas itu lagi, lagi dan lagi* 😊

jangan hanya simpan dan lupa kerana cara itu emas anda tidak akan bertambah GRAMnya dan anda akan rugi dari segi GRAM seiring masa berlalu.

Semoga bermanfaat ☺️❤️

Читать полностью…
Subscribe to a channel