notaemasfarid | Cryptocurrency

Telegram-канал notaemasfarid - #NOTAEMASFARID

804

BAIKI KEHIDUPAN ANDA MENJADI LEBIH BAIK LAGI DENGAN MENJADIKAN EMAS SEBAGAI SIMPANAN ANDA. EMAS BERTAHAN LAMA DAN NILAI SEMAKIN MENINGKAT! JOIN SEGERA SEBARANG PERTANYAAN CLICK LINK : @tanyaemas_bot

Subscribe to a channel

#NOTAEMASFARID

Kenapa perlu kaya? Ikuti perkongsian dari puan marlia ramli. https://vt.tiktok.com/ZSLqGUXSV/

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Harga pada 09.08.2023

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

EMAS TIADA DIVIDEN NAMUN PERMINTAAN TERHADAP EMAS SENTIASA ADA

Cukuplah gambar ini menjadi bukti bahawa permintaan terhadap emas sentiasa ada.

Memang benar, harga emas adakala turun, adakala naik. itu biasa. itu dinamakan permintaan dan penawaran dalam pasaran.

cuma apa yang anda perlu faham, beli emas bererti anda menyimpan wang, apabila perlukan wang anda perlu pajak emas atau menjualnya barulah anda dapat wang.

pajak tebus, pajak tebus itu perkara biasa bagi penyimpan emas yang biasa memanfaatkan emas mereka, jika anda rasa memajak emas itu leceh, susah, sebenarnya menyimpan wang dalam akaun jauh lebih menakutkan berbanding menyimpan emas.

perkara ini pernah berlaku di negara-negara luar, itu bukti yang nyata yang berlaku amat dekat, bukan jauh jangkamasanya tetapi baru beberapa tahun kebelakangan ini berlaku.

mereka yang menyimpan wang dalam bank, apabila berlaku krisis ekonomi, wang mereka tidak dapat dikeluarkan dari bank walhal itu hak mereka, wang mereka tetapi apabila mereka menyimpan wang di bank, bank pula yang kawal keluar masuk wang mereka.

inilah hakikat yang berlaku pada semua penyimpan wang. itu belum lagi jika berlaku peperangan, wang yang banyak pun belum tentu dapat dilarikan atau diselamatkan berbanding emas.

10 dinar bersamaan Rm10ribu, sekeping je. senang nak bawa ke mana-mana sahaja. itu yang seronoknya simpan emas.

jadi kesimpulannya, fahamkan dengan betul kenapa penting menyimpan emas. sekiranya anda tahu betapa pentingnya simpan emas, anda tentu akan segera perbanyakkan GRAM EMAS anda. apabila harga emas jatuh tambah emas dengan senyuman, namun jika ada wang di tangan, jangan lengah, terus tukar wang kepada emas sebelum berbelanja.

pajak tebus, pajak tebus itu BIASA bagi penyimpan emas, perbanyakkan ilmu tentang emas, tentu anda akan lebih yakin untuk perbanyakkan gram emas sampai berkilo-kilo pun anda tidak risau.

dapat sesuatu? semoga bermanfaat ☺️

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

KEBOHONGAN TENTANG WANG

Jika KERJA LEBIH KERAS, tabungan akan jadi lebih banyak ❌
Makin BESAR PENDAPATAN, makin BESAR HUTANG

Urus WANG dengan hanya BERJIMAT
Belajar JANA PENDAPATAN juga✅

Kawan saya GAJI SAMA tapi KERETANYA BESAR
hakikatnya HUTANGNYA JUGA BESAR yang kita tak nampak✅

PEMBIAYAAN PERIBADI untuk simpanan kecemasan❌
Menyimpan dengan cara berhutang TIDAK TEPAT

kewangan saya BERBEZA dengan kes orang lain❌
Berbeza bila kita TAK BIJAK URUS WANG

Duit banyak bukan boleh CIPTA BAHAGIA
Kemiskinan juga TIDAK BOLEH beli apa-apa✅

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Nah saya kongsikan, tahun 2015, 4Dinar = RM2,680 iaitu 1Dinar = RM670, ini perkongsian dari rakan2 yang sudah beli emas 2015, real testimoni. Jika dengan RM2680 itu harini, anda hanya boleh beli tak sampai 2 dinar sahaja. 😊Masih tak percaya? 😊

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Semua harga berubah setiap 20minit, jika harga dah mula naik/turun, harga akan berbeza dengan jadual yang saya tunjukkan itu. 😊

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Atau nak grab promosi upgrade jadi dealer terus pun boleh. Berbaloi. Buat pembelian sendiri pun dapat royalti 1% masuk dalam c-wallet/bank account ☺️ boleh bayar secara EPP

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Jadual pembayaran 1 dinar hari ini untuk harga durian runtuh. Bayar secara bulanan selama 10 bulan ☺️

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Harga emas turun harini. Masa untuk tambah simpanan emas skrg 😁

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

𝗔𝗦𝗔𝗟 𝗗𝗨𝗜𝗧 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗘𝗠𝗔𝗦

Salah satu sebab saya tidak berhenti menyimpan emas sejak dahulu hingga sekarang ialah apabila saya mulai faham kelebihan emas sebagai aset kalis inflasi, iaitu aset yang mampu melindungi nilai kekayaan kita daripada hilang kuasa belinya dalam jangka panjang.

Kata pakar kewangan dunia, Robert T Kiyosaki, Savers Are Losers iaitu kita menyimpan tetapi kita semakin miskin kerana nilai kekayaan kita semakin lama semakin merosot akibat inflasi.

Jika kita simpan RM10,000 hari ini, nilainya tidak akan sama nilai (kuasa belinya) 5 tahun akan datang. Kuasa belinya sudah tinggal separuh walaupun nombornya tetap sama.

Apabila saya mulai faham hakikat duit bukan penyimpan nilai yang ampuh dan kaitan emas dengan kewangan.

Saya merasakan tak selamat duit simpanan saya 100% dalam bentuk aset kertas (saham, akaun bank, ASB, dan Tabung Haji).

Saya mulai agresif menyimpan emas 1gram 1bulan. Bagi saya emas adalah aset fizikal yang paling ampuh mengekalkan kekayaan kita.

𝗔𝘀𝗮𝗹 𝗗𝘂𝗶𝘁 𝗝𝗮𝗱𝗶 𝗘𝗺𝗮𝘀

Saya pegang prinsip "asal duit jadi emas".
Saya simpan emas saya tak peduli tentang harga.

Asal ada duit jadi emas,
Asal duit jadi emas.

Saya ulangan berkali-kali.

Saya simpan 10% atau nilai 1gram menjadi emas. Kalau ada duit bonus, duit bisnes, duit -duit lain, saya tukar 10% - 20% menjadi emas.

Saya beli dan beli tanpa peduli turun naik harga emas.

Harga naik saya beli,
Harga turun saya beli.
Saya seronok dengan simpanan emas saya.

Hasil daripada saya tak peduli itulah membuatkan saya terkejut dengan simpanan emas saya.

Dengan emas yang saya ada, saya berjaya menyelesaikan hutang pendidikan lebih awal daripada tarikh sepatutnya dan menyediakan 15% deposit membeli rumah.

Asal duit jadi emas,
Sekarang tak berhenti menyimpan emas.
Alhamdulillah.

Begitulah

#PGG100Network

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

*Cara-cara pajak, membayar pajak dan menebus pajak*

Apabila seseorang telah memajak emasnya, adakalanya mereka hanya membiarkan emasnya di arrahnu tanpa membayar upah simpan.

Ini akan menyebabkan emasnya dilelong dan namanya kemungkinan besar akan disenaraihitamkan.

Sekiranya seseorang memajak emasnya, beliau wajib membayar upah simpan setiap 6 bulan sekali.

Sekiranya arrahnu itu hanya menawarkan 12 bulan pajak, ini bermakna 6 bulan sekali wajib bayar upah simpan dan bulan ke-12 pula wajib untuk tukar surat yang baharu.

Sekiranya arrahnu itu hanya menawarkan 18 bulan pajak, ini bermakna 6 bulan sekali wajib bayar upah simpan dan bulan ke-18 pula wajib untuk tukar surat yang baharu.

Sekiranya anda hanya membayar upah simpan sahaja maka emas anda akan selama-lamanya di arrahnu, justeru itu, ini ada beberapa panduan yang saya boleh kongsikan supaya anda ada target pajak dan target untuk tebus ar-rahnu anda tanpa perlu khuatir untuk membayar ar-rahnu setiap 6 bulan.

Sebagai contoh, anda memajak emas 1 dinar. 1 dinar berat 4.25gram dan anda memajak emas itu di bank rakyat ar-rahnu yang menawarkan jangkamasa pajak sehingga 18bulan.

Berdasarkan nilai pajak semasa, anda boleh mengikut formula saya ini iaitu

Jika pajak akan dapat pinjaman(lebih bonus)
1 dinar = RM1000
2 dinar = RM2000
5 dinar = RM5000

Begitulah seterusnya dan upah simpan yang perlu dibayar pula adalah

1 dinar = RM11
2 dinar = RM22
5 dinar = RM55

Darab sahaja dengan bilangan dinar yang anda mahu pajak.

Katakan anda target tebus pajak dalam tempoh 12 bulan, maka pengiraannya begini. Katakan segram pajak bank bagi RM330segram untuk emas 999/24k. Dinar pula emas 999/24k.

4.25gram x 330 x 80% = RM1122

Bank akan bagi pinjaman RM1120.

Seperti yang saya katakan sebelum ini, jika pajak 1 dinar confirm dapat RM1000 dan RM120 lebih itu bonus bagi anda.

Target tebus anda pula 12bulan jadi pengiraannya begini,

1 dinar upah simpan RM11

RM11 x 12 = RM132

RM132 + RM1120 = RM1252

RM1252 / 12 bulan target = RM105 sebulan.

Jadi anda bayarlah RM105 untuk 12 bulan. Bayar 11 bulan secara online menggunakan irakyat, dan bulan ke-12 walk-in ke bank bawa cash RM200 genap dan bayar ar-rahnu untuk bulan ke-12. Kemudian tebus emas anda. Selesai.

Katakan anda rasa RM105 tu terlalu banyak untuk sebulan anda bayar, anda boleh kira berapa bulan yang anda mahu berdasarkan kemampuan bulanan anda. Katakan anda mahu sebulan RM50 sahaja dan sehingga berapa bulan baru anda boleh tebus? Jadi pengiraannya begini.

RM1120+RM11 = RM1131

RM1131 / RM50 = 23 bulan (anggaran)

Dan kira semula adakah betul sehingga 23 bulan sahaja?

RM11 x 23 bulan = RM253

RM253 + RM1120 = RM1373

RM1373 / 23 bulan = RM60

Jadi anggaran 23 bulan anda perlu bayar RM60 sebulan itulah yang tepat.

Perlu diingatkan bahawa bank rakyat ar-rahnu hanya menawarkan tempoh pajakkan sehingga 18 bulan. Ini bermakna apabila anda membayar pajak selama tempoh 17 bulan secara online, bulan ke-18 anda wajib perlu walk-in ke kaunter ar-rahnu untuk tukar surat yang baharu.

Bank rakyat ar-rahnu akan menyemak semula harga emas semasa dan pada waktu itu bank akan menawarkan pinjaman yang baharu tetapi anda perlu menolak pinjaman baharu itu dan hanya mahu baki semasa pinjaman sahaja.

Jika anda mengambil pinjaman baharu maka pengiraannya akan lari dari pengiraan asal anda ini akan menyebabkan target tebus anda tidak akan tercapai.

Dan setelah tukar surat baharu. Kira semula seperti kiraan target tebus anda itu dan teruskan bayaran sehingga anda berjaya tebus emas anda semula.

Begitulah cara-cara pajak dan tebus emas anda. Semoga bermanfaat 😊

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Setkan minda kita sebagai penyimpan emas, beli emas tidak kira berapa harga yang penting ada wang terus beli emas perbanyakkan GRAM. Jika kita melihat emas sebagai pelaburan, maka jika harga emas naik, kita akan rasa rugi tak beli emas masa emas murah, masa emas turun kita akan rasa rugi beli emas. Jika kita faham kenapa perlu perbanyakkan GRAM emas, masa emas turun kita senyum sebab boleh banyakkan GRAM emas, terus LOCK guna kaedah EPP jika takde wang beli seketul 1 dinar. Jika harga emas naik, kita senyum sebab kekayaan kita bertambah dengan sendirinya. Itulah apa yang orang kata "wang bekerja untuk kita". 😌☺️

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

gambar C nilai pajak segram

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Alhamdulillah, harga emas turun, harga emas turun kita senyum, boleh tambah gram emas, harga emas naik pun senyum sebab nilai kekayaan semakin bertambah. Yang penting emas fizikal. Baru ada "feeling" begini, boleh pegang, boleh rasa. "Blink-blink" sebabtu mesti ada ilmu simpan emas ni.🥳🥳🥰

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

*Duit jika disimpan ada sahaja yang hendak dibelinya*

Itulah kelemahan wang ringgit, jika dalam akaun, kepala giat nak beli ape, itu ke ini. Amik contoh pak maun ni sudah. 😂

Jadi disebabkan inilah wajib bayar diri sendiri dulu dengan membeli emas, barulah wang itu akan selamat. Nak pajak guna wang? Akan berfikir banyak kali dulu sebelum pajak, dari situ wang selamat. Dapat sesuatu?

Mulakan simpanan emas anda sekarang! 😊

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

CARA-CARA TOPUP GAP PUBLICGOLD.

Boleh juga follow account tiktok saya, dalam tiktok saya akan kemaskini segala panduan berkenaan apps publicgold. Terima kasih

Click link ini 👇

https://vt.tiktok.com/ZSLVTEYfE/

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

*RAHSIA PUBLICGOLD YANG TIDAK RAMAI ORANG TAHU*

Saya ingin berkongsi tentang suatu rahsia publicgold yang mungkin ada antara kita yang tidak tahu.

Saya terpanggil untuk berkongsi rahsia ini kerana saya tidak mahu menjadi seorang yang selfish.

Dengan berkongsi dan berbahagi pengetahuan ini, semoga bermanfaat bagi anda untuk terus menyimpan emas publicgold.

Sebenarnya dalam portal publicgold, terdapat harga yang dinamakan "suggested retail price"

Ia membawa maksud harga retail untuk belian emas yang berada di pasaran semasa.

Untuk anda yang "malas" nak mengkaji tentang apakah jangkaan kenaikkan harga emas akan datang, sebenarnya harga suggested retail price ini boleh membantu anda untuk menentukan kenaikkan harga emas pada masa hadapan.

Sewaktu saya kenal emas dulu, harga pertama emas saya dan banchmark saya adalah RM180segram.

Namun begitu harga suggested retail price pada waktu itu adalah RM290segram.

Saya pun berfikir kenapa harga jualan emas di pasaran lebih mahal berbanding harga GAP.

Ini kerana harga GAP merupakan harga ahli untuk yang register publicgold sahaja. Jadi untuk mereka yang tidak register, perlu membeli emas 1gram pada harga retail itu.

Disebabkan inilah kelebihan menjadi ahli publicgold. Namun tiba-tiba, selang beberapa tahun kemudian, harga emas mula menunjukkan peningkatan.

Pada tahun 2020 tak silap saya, harga GAP dalam range RM240 begitu tetapi harga suggested retail price telah mula naik dari rm290 kepada RM350. Saya pelik. Kenapa tiba-tiba harganya naik mendadak.

Rupa-rupanya publicgold sendiri sudah tahu harga pasaran emas sedang naik dan bakal melepasi harga rm290.

Tahu-tahu sahaja pada tahun 2021 hingga 2023, harga emas telah mencecah RM300segram. Memang betul potong harga rm290 itu tadi.

Itulah sebab kenapa saya katakan bahawa suggested retail price itu merupakan rahsia publicgold.

Anda boleh menjadikan suggested retail price sebagai banchmark anda untuk menentukan harga emas akan naik atau tidak pada masa hadapan.

Semoga info ini membantu anda. Selamat mencuba dan selamat menjadi penyimpan emas tegar. ☺️🤗

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Ada orang kata...

Gaji tak cukup nak menyimpan macam mana?

Gaji kecik hutang pulak banyak nak menyimpan macam mana?

Nantilah ada wang lebih saya menyimpan..

Tunggulah bonus dulu baru menyimpan..

Kalau ada emas banyak boleh buat ape??

Dan bermacam-macam lagi alasan yang diberi.

Walhal..

Gaji naik setiap tahun..

Setiap tahun ada bonus..

Apa yang mereka buat?

Overlap loan tambah hutang..

Nak beli barang yang lama dah tunggu..

Apa yang mereka tak nampak dan tidak tahu adalah..

Mereka boleh menyimpan dengan kenaikkan gaji setiap tahun, belanja apa yang ada sahaja.

Mereka boleh menyimpan dengan bonus yang diterima setiap tahun.

Sebenarnya..

Bukan mereka tidak boleh menyimpan.

Mereka cuma beralasan sahaja.

Orang yang berjaya mencari seribu satu cara untuk berjaya.

Sedangkan orang yang gagal hanya beralasan sentiasa.

Fikir-fikirkanlah. Tidak semestinya hari-hari yang baik dan cerah sentiasa ada. Ada ketikanya jika datang hari yang gelap, lalu bagaimana kita diwaktu itu? Mulakan langkah dengan segera. Harga emas tidak tunggu anda.

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Perbezaan publicgold dan pgmall

Sebelum tu penting untuk kita tahu publicgold dan pgmall adalah dua entiti yang sama namun berbeza fungsi dan berada dalam satu group dinamakan PG Group. Publicgold belian emas lebih kepada online sedangkan pgmall belian emas secara fizikal.

Publicgold boleh simpan sikit-sikit secara GAP ataupun bayar secara bulanan iaitu EPP ataupun potongan secara bulanan iaitu autodebit namun semua fungsi ni adalah untuk mendapatkan emas fizikal.

Apabila beli secara online, bermakna kita perlu bayar postage untuk terima emas fizikal melainkan jika kita beli emas lebih 21.25gram. kena buat appointment dan walk-in kaunter. Ini tujuan keselamatan kerana nilai insuran emas max rm5000 sahaja. (Jika salah minta perbetulkan)

Apabila kita order secara online melalui publicgold, kita akan terima emas dengan running number yang terkini sebabnya ia dicetak dikilang. Dan adakalanya jika stock ada, maka kita akan terima emas lagi cepat.

Berbeza dengan pgmall, ia khusus bagi mereka yang membeli secara terus. Walk-in pgmall. Semua stock yang dijual adalah ready stock. Beli emas terus dapat emas segera disitu juga.

Jika beli di publicgold secara online kena tunggu postage barulah dapat emas atau buat appointment sekurang2nya dua minggu baru dapat emas.

Adakalanya stock dalam publicgold tiada tetapi di pgmall ada. Ini menjadikan emas tersebut nilainya lebih mahal. Ada kad yang dicetak terhad. Jika kad itu dicetak untuk 10ribu unit, maka jika 10 ribu unit tu habis dijual, maka tiada pengeluaran emas untuk edisi tersebut lagi. Jika kita withdraw GAP pun tiada emas tu tetapi di pgmall ada. Inilah yang menjadikan pgmall unik.

Untuk jualan balik emas di publicgold pula, harga jualan sama seperti di website publicgold di ruangan PGBuy.

Semoga bermanfaat 😊

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

*EMAS TIADA DIVIDEN*

Itulah kenyataannya. memang benar emas tiada dividen. tidak seperti ASB, TH, Public Mutual, Stock Market. Memang TIADA. Jika ada syarikat yang menawarkan Emas itu ada dividen bermakna syarikat itu berkonsepkan SKIM CEPAT KAYA. maka berhati-hatilah.

jadi, mana untungnya simpan emas?

Apa yang paling penting anda perlu tahu tentang emas ini adalah ia merupakan *ASET*

sama seperti tanah, bangunan dan sebagainya. ia merupakan ASET yang mempunyai hukum permintaan dan penawaran. supply and demand.

Ia ditentukan oleh pasaran. dan ia dipasarkan di seluruh dunia.

apabila kita sebut ia dipasarkan diseluruh dunia ini membawa makna bahawa tanah dan bangunan yang kita duduk di Malaysia adalah terhad di Malaysia.

bererti tanah dan bangunan merupakan Aset yang jauhhh lebih rendah berbanding EMAS.

Namun jika tahu cara manfaatkan tanah dan bangunan maka ia jauh lebih bernilai berbanding EMAS.

tetapi satu perbezaan ketara apabila memiliki aset tanah dan bangunan ini adalah prosesnya yang rumit untuk memilikinya. nak kena upah lawyer, kena buat agreement, kena berhubung dengan pejabat tanah hingga memakan masa 1 tahun semata-mata untuk memiliki tanah atau bangunan tersebut.

berbeza dengan emas. mudah untuk dimiliki, mudah untuk dicairkan dan bernilai tinggi.

saya bagi contoh seperti gambar. Harga pada 28 Julai 2023

Yang ni pulangan harga emas jika disimpan lama.

Simpan setahun emas naik dalam 12%. Tu bukan dividen tapi kenaikkan harga emas. Kalau anda beli emas 1 dinar, harga dinar tu akan naik 12%. Beli rm1350 naik jadi RM1512. Begitu, itu baru setahun, 5 tahun simpan emas naik 77%

contoh beli 1 dinar 5 tahun dulu harga RM1350, lepas 5 tahun naik RM2390 1 dinar.

atas dasar inilah anda perlu mewajibkan diri anda memperbanyakkan gram segera supaya anda tidak terlepas dengan keuntungan dari kenaikkan harga emas. semakin banyak gram semakin banyaklah kekayaan anda.

dapat sesuatu? semoga bermanfaat 😊

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

💰 𝗞𝗲𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗗𝗲𝗮𝗹𝗲𝗿 :

Dealer dibayar insentif (komisyen) atas belian sendiri, dan atas pembelian setiap customer yang dia introduce (register). Level insentif 𝗡𝗼𝗿𝗺𝗮𝗹 𝗗𝗲𝗮𝗹𝗲𝗿 𝟭.𝟬%, 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗿𝗶𝗼𝗿𝗶𝘁𝘆 𝗗𝗲𝗮𝗹𝗲𝗿 𝟭.𝟱%.

Untuk faham lebih lanjut, boleh baca artikel saya di link https://www.mohdzulkifli.com/2014/08/6-keuntungan-menjadi-dealer-public-gold/

#PromosiJadiDealer

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Jadual pembayaran 5 dinar hari ini untuk harga durian runtuh. Bayar secara bulanan selama 10 bulan ☺️

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Jika mahu lock emas dalam kuantiti banyak tapi dengan budget murah, boleh guna EPP, jimat lebih. ☺️

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Mentor emas saya, tuan zulkifli shafie pernah berkongsi pengalaman beliau dengan saya, katanya jika seseorang menyimpan emas kerana mengikut-ikut kawan dan tiada ilmu yang jelas tentang emas, maka simpanan emasnya tidak akan bertambah sebabnya simpanannya tiada target dan jika simpan 1 dinar, maka 1 dinarlah sampai bila-bila. Amatlah rugi jika simpanan emasnya tidak bertambah kerana simpanan emas ini adalah persoalan masa.

Lagi lambat anda mula, maka akan jauhlah anda tercicir.

Semua orang tahu emas merupakan harta kekayaan. Semua orang sedar yang orang simpan emas mereka kaya.

Tetapi persoalan yang sering bermain di minda saya kenapa mereka tetap tidak menyimpan emas berterusan? Semua adalah disebabkan mereka kurang ilmu pengetahuan dalam emas. Yang lagi parah mereka tidak tahu cara untuk manfaatkan emas.

Sesiapa pun yang pandai menyimpan wang, cukup tahun buka tabung, berkepuk-kepuk wang hasil simpanan. Sebenarnya mereka itu bagi saya tidak bijak menyimpan.

Sebb ape? Walaupun hakikatnya cukup tahun buka tabung banyak wang yang disimpan, tapi jika yang berjaya disimpan adalah rm15ribu sekalipun, yang dia rugi adalah keuntungan dari simpanannya. Itu belum lagi soal wang simpanan selepas tabung dibuka hilang entah ke mana? 😅

Katakan masa awal tahun harga emas rm250, sebulan pula dia boleh simpan 1 dinar, Cukup setahun dia ada 12 dinar, tiba hujung tahun pula emas meningkat kepada rm300± segram purata.

12 dinar x 4.25 = 51gram

51gram x RM300 = RM15,300

Tabung yang sama dibuka dalam masa setahun. Tabung A berjumlah RM15k, tabung kedua dinar pula rm15300, lebih rm300. Memang seakan nampak sedikit kerana lebih rm300 sahaja. Tapi cuba tahun kedua.

Dia berjaya simpan rm15k juga dalam masa setahun. Dan tabung dinarnya pula juga 12 dinar.

Persoalannya. Adakah simpanannya keseluruhan berjumlah RM30ribu untuk dua tahun?

Rata-ratanya akan menghabiskan simpannya jika tabung telah dibuka.

Tapi emas yang disimpan untuk dua tahun confirm berjumlah 24dinar. Walaupun dipajak emas itu, selagi tidak dijual, emas itu tetap miliknya. Dan tahun berikut sehinggalah 10 tahun dia simpan dinar, maka dia akan ada 120 dinar dalam masa 10 tahun.

Simpanan yang disimpan tahun demi tahun itu pula ke mana? Confirm habis bayar macam-macam sebab dia ada perasaan berduit setiap kali buka tabung.

Itulah sebabnya kita perlu menyimpan dengan cara yang betul. Mewajibkan diri memperbanyakkan GRAM dengan segera supaya anda tidak jauh ketinggalan.

Dapat sesuatu? Semoga bermanfaat 😊

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

*Konsep simpanan wang dan emas*

Untuk memahami konsep, kita perlu faham tentang tujuan utama simpanan wang dan emas.

Saya ringkaskan dengan contoh ini. Tujuan untuk membayar insurans kereta.

Simpan 💵 wang ➡️ Genap Wang simpanan ➡️ bayar insurans

Tahun depan

Ulang step sama

Simpan 💵 wang ➡️ Genap Wang simpanan ➡️ bayar insurans

Hanya 3 step sahaja wang anda berlegar.

Berbeza pula dengan emas

Simpan 💵 wang beli emas 🏵 ➡️ Genap Wang simpanan emas🏵 ➡️ pajak emas 🏵➡️ bayar insurans ➡️ bayar pajak ➡️ tebus emas 🏵 pajak ➡️ cukup setahun pajak semula emas 🏵 ➡️ bayar insurans kereta ➡️ bayar pajak ➡️ tebus emas 🏵 pajak ➡️ cukup setahun pajak semula emas 🏵 ➡️ bayar insurans kereta ➡️ bayar pajak ➡️ tebus emas 🏵 pajak ➡️ cukup setahun pajak semula emas 🏵 ➡️ bayar insurans kereta ➡️ ↩️↩️↩️↩️↩️↩️

Eh tanpa sedar sudah 3 tahun repeat proses pajak tebus pajak tebus emas. Macam nonstop pulak guna emas tu. Menyimpan untuk beli emas sekali je, yang banyak proses pajak tebus pajak tebus.

Tapi jappp.. 3 tahun... Harga emas naik ke turun?? Anda sendiri tahu jawapannya.

Sebabtu wajib simpan emas dan wajib perbanyakkan GRAM. Wang anda berlegar di sekitar emas. Dapat sesuatu? ☺️❤️

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

FORMULA EMAS

Nama pun formula, yang bertujuan untuk mudah mengingat sekiranya mahu pajak dinar. Sebabtu saya nyatakan jika pajak 1 dinar confirm dapat RM1000, jika 2 dinar RM2000, lebih bonus.

Itu bermaksud apabila kita pajak dinar, kita akan dapat lebih dari RM1000 sbb ada bonus. Semasa pajak, bank rakyat akan menilai emas mengikut harga semasa. Contoh kata 1gram nilai pajak RM330.

4.25 x rm330 x 80% = RM1122

Bank akan bagi pinjaman RM1120.

Jadi kat sini kita nampak jika pajak dinar confirm dapat RM1000 dan RM120 adalah bonus untuk kita pajak dinar.

Berbeza pula dengan jongkong atau gold bar tu.

Contoh kita ada 50gram jongkong. Adakah kita akan dapat RM5ribu ke? Atau rm50ribu ke?

Kalau ada 100gram goldbar, adakah jika pajak akan dapat rm10ribu ke atau rm100ribu?

Jadi kita terpaksa keluarkan phone untuk check harga semasa, kena keluarkan calculator untuk kira berapa jumlah dapat.

Dari situ rasa ada payah sikit simpan goldbar ni. Banyak jalan pengiraan.

Macam saya, saya mahukan sesuatu yang mudah untuk saya ingat. Sebabtu saya suka dinar. Walaupun kita tahu 1 dinar bersamaan 4.25gram. 5dinar 21.25gram. tapi kita tak perlu fikir tentang gram tu. Kita fikir tentang berapa jumlah dinar yang kita ada sahaja.

Ada 1 dinar ada RM1000, 5 dinar ada RM5000.

Kan mudah? Itu bagi sayalah. Sbbtu formula saya. Sy cuma share supaya mudah mengingat menyimpan emas ni.

Ada 100 dinar bermaksud ada rm100ribu. Itu confirm. Lebih? Bonus. 😌☺️

Formula ini hanya berkesan di bank rakyat arrahnu atau ar-rahnu exchange kerana hanya bank ini sahaja yang menilai emas marhun lebih dari harga emas semasa di publicgold ☺️

Jika di ar-rahnu lain tak jadi formula ni sbb ar-rahnu lain nilai lebih rendah dari harga emas semasa publicgold. 🤭

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

*EMAS 916 (22K) ATAU EMAS 999(24K) ? MANA YANG LEBIH BAIK SEBAGAI SIMPANAN?*

Jika nak faham ni boleh lihat contoh gambar A iaitu gelang emas 916, berat 24.26gram berharga RM8,009.00

gambar B pula emas 5 Dinar 999, berat 21.25gram berharga RM6,702.00

gambar C pula nilai pajak segram di bank rakyat arrahu atau arrahnu exchange.

dari segi harga tentu kita lihat emas 916 itu mahal namun dari segi bentuknya emas 916 itu lebih cantik dan menarik untuk dibeli.

berbanding emas 5 dinar yang bentuk syiling. namun apabila pajak kedua-dua emas ni maka akan nampak betapa ketaranya nilai wang yang akan diterima semasa pajak.

emas 916 jika dipajak akan dapat

24.26gram x RM303.79 x80% = RM5,895.95 (RM5890 pinjaman arrahnu beri)

Emas 999 jika pajak akan dapat

21.25gram x RM331.40 x80% = RM5633.80 (RM5630 pinjaman arrahnu beri)

jika dilihat dari segi pinjaman yang diterima, kita nampak perbezaan hanyalah RM260 sahaja namun yang sebenarnya nilai wang yang digunakan untuk beli emas 916 lebih RM1307 berbanding 5 dinar 999.

dari segi pulangan wang hasil belian emas pula sudah tentu emas 999 lebih cepat pulangannya berbanding emas 916.

ini kerana emas 5 dinar 999 yang dibeli berharga RM6702 dan apabila dipajak mendapat RM5630, perbezaan RM1072 dari harga belian

manakala emas 916 pula dibeli pada harga RM8009 dan apabila dipajak mendapat RM5,890, perbezaan RM2,119.00 iaitu hampir dua kali ganda dari emas 999

katakan harga emas naik dan harga nilai pajak turut meningkat sebanyak RM20 untuk semua jenis emas.

harga pajak 999 akan menjadi RM351.40segram dan harga pajak 916 akan menjadi RM323.79segram. maka jika pajak emas itu akan mendapat pinjaman seperti berikut:

5 dinar
21.25gram x RM351.40 x 80% = RM5,973.80 (pinjaman RM5970)

gelang emas 916

24.26gram x RM323.79 x 80% = RM6284.11 (pinjaman RM6280)

perlu diingatkan harga belian emas 916 adalah RM8009 dan perbezaan pinjaman arrahnu adalah RM1729 dari harga belian asal

berbanding emas 5 dinar 999, harga belian adalah RM6702.00 dan pinjaman arrahnu pula adalah RM5970, perbezaan RM732.00

jadi kesimpulannya adalah kita boleh menjangkakan bahawa pulangan hasil belian emas 999 ini akan kita terima dalam jangka masa 2 hingga 3 tahun sahaja berbanding emas 916 pula kita akan dapat pulangan hasil belian emas dalam jangka masa 6 hingga 7 tahun.

pulangan hasil belian emas ini bermaksud jika kita pajak, nilai pajak itu akan melebihi nilai belian emas kita itu. itulah yang penting yang menandakan emas kita meningkat dari semasa ke semasa.

jika kita jual terus emas? maka nilai wang yang diterima hasil jualan emas itu tentu lebih berbanding nilai pajak. tapi takkanlah nak jual emaskan. rugi ler. 😂😂

dapat sesuatu? kongsikan semoga bermanfaat.

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

*RUGI MENYIMPAN EMAS (AMARAN : BACA SAMPAI HABIS)*

Baiklah saya akui menyimpan emas ini sebenarnya rugi. Mana tidaknya, saya membeli emas berharga RM1320 tetapi bila pajak saya dapat RM1120. Mana datang untungnya simpan emas?

Bila saya jual emas tu terus tanpa pajak, saya ke publicgold, bila jual, dapat harga RM1201 je. Pelik, beli RM1320, jual dapat RM1201. Tu bukan untung, itu rugi namanya!

Orang kata simpan emas ni boleh kaya, tapi bila saya simpan emas, saya jadi bertambah miskin pulak.

Itulah situasi yang dihadapi oleh semua penyimpan emas. Apabila menyimpan emas tanpa ilmu, maka emas itu tidak akan bermanfaat bagi dirinya.

Mana untungnya simpan emas?

Pertama dan poin paling penting adalah

*emas menghilangkan perasaan berduit.*

Orang simpan emas kerana ingin menghilangkan perasaan berduit apabila ada perasaan berduit, kita akan rasa perasaan membeli itu kuat. Nak beli itu, nak beli ini, sedar-sedar wang habis begitu sahaja pada tempat yang tidak sepatutnya.

Keduanya adalah *tabiat menyimpan emas mengubati penyakit boros dan memupuk perasaan menyimpan yamg kuat*

Setelah hilangnya perasaan berduit, orang yang menyimpan emas akan ketagih menyimpan emas, tidak kira harga emas mahal atau murah dia tetap akan membelinya supaya gramnya tetap bertambah dari masa ke semasa, dulu nak simpan rm10 pun susah, sekarang nak simpan rm300 sudah mudah.

Ketiga adalah *orang yang menyimpan emas mendapat keuntungan hasil simpanan emasnya dalam tempoh jangka masa panjang.*

Ini penting untuk difahami, apa faktor yang boleh kita tahu harga emas meningkat? Pertama dari harga belian dan keduanya dari harga pajak.

Apabila kita pajak emas tu tahun demi tahun dari situ kita nampak emas kita meningkat atau turun.

Tahun pertama pajak 1 dinar dapat rm1000, selepas tebus tahun kedua pajak semula dapat RM1100, selepas tebus tahun ketiga pajak dapat RM1200. Itu ajaibnya emas, emas yang sama tapi bila pajak harga pinjaman semakin tinggi, dari situlah yang menandakan harga emas meningkat. 😊

Banyak lagi point penting untuk anda faham kenapa kita wajib memperbanyakkan gram kita secepat mungkin kerana harga emas tidak tunggu kita, jika kita ada harga banchmark yang kita ingat, maka dari situ kita tahu target simpanan emas.

Semoga Bermanfaat 😊☺️

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

https://www.publicgoldofficial.com/faridmajid/cara-bermula

👆👆👆👆👆
Click link ini untuk daftar akaun emas secara percuma dan seterusnya membuat pembelian emas pertama anda serendah RM100 🤗🤗

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

*KELEBIHAN EASY PAYMENT PURCHASE (EPP) BERBANDING AR-RAHNU PAJAK*

Antara kelebihan EPP adalah anda boleh membayar emas secara ansuran dan bayaran untuk EPP jauh lebih rendah berbanding pajak.

Sebelum ini saya ada terangkan formula pajak saya sebelum ini, jika anda pajak 1 dinar, maka pajak sebulan rm11. Jika pajak 2 dinar pajak rm22 begitulah seterusnya hanya darab brape dinar yang anda pajak.

Berbeza dengan EPP, cost yang terlibat hanyalah bayaran EPP serendah RM5 untuk tempoh 10 bulan. Kira sebulan charge yang anda perlu bayar adalah 0.50sen sahaja!

Bayaran premium itu tentulah wajib anda bayar untuk 1 dinar RM10, dan postage berinsuran pula selepas selesai bayaran EPP baru anda bayar RM10.

Menurut pendapat saya, EPP jauh lebih baik berbanding pajak kerana dari segi kos jauh lebih murah.

Dari segi displin bayaran pula anda wajib membayar sebelum due datenya atau selewat 7 hari selepas due date. Jika anda gagal membayarnya maka anda tidak akan memiliki emas tersebut dan wang akan akan dikembalikan namun dengan panalti 10% dari keseluruhan jumlah bayaran EPP anda.

Inilah kelemahannya. Masa yang terlalu pendek untuk mencari wang lebihan dan sia-sia simpanan dikembalikan begitu sahaja dengan pakej panalti yakni wang yang telah anda bayar berkurang 10%. Wang itu hanya pada nilai bayaran anda bukan dinilai harga emas semasa. Itulah kerugiannya.

Jadi mahu atau tidak anda wajib membayarnya sehinggalah emas anda itu dapat dimiliki.

Pajak pula, emas itu telah menjadi milik anda, dari segi kos, upah simpan jauh lebih mahal berbanding EPP, beza sebesar 2100% SEBULAN. EPP sebulan RM0.50, 1 dinar RM11 upah simpan. Jauh bezakan?

Tetapi kelebihannya emas sudah anda miliki, jika anda telah membayarnya dalam tempoh 4 bulan kemudian tiba-tiba anda tidak mampu bayar, anda boleh "overlap" emas tersebut dan anda akan diberi surat pajak baru.

Ye memanglah jumlah pajak anda meningkatkan tetapi emas itu masih anda miliki, takkan dalam 12 bulan itu takde kenaikkan gaji ke? Takde bonus ke? Takde bantuan kerajaan ke? Takde durian runtuh ke? Mesti adalah. In shaa Allah, yakin dengan rezeki yang Allah beri.

Jadi itulah antara kelebihan atau kekurangan EPP vs Pajak.

Bagi saya, jika anda telah konsisten menyimpan emas setiap bulan, maka bolehlah beralih kepada EPP. Anda tidak perlu risau harga naik mendadak ke sebab harga itu anda telah lock semasa buat pembelian secara EPP.

Formula EPP cukup hebat, sy "bocorkan" pada next posting saya supaya anda bersemangat menyimpan EPP.

Namun jika anda rasa taknak rugi, dan tahu diri anda "perlu dipaksa" untuk adakan simpanan maka bolehlah cuba pajak.

Selebihnya anda tentukan sendiri. Sekian 😊

Читать полностью…
Subscribe to a channel