notataufiqrazif | Unsorted

Telegram-канал notataufiqrazif - Nota Parenting Taufiq Razif

191222

Nota Eksklusif Tentang Parenting dan Kekeluargaan

Subscribe to a channel

Nota Parenting Taufiq Razif

Ayah, jangan jadi Passive Father pada anak ‼️

Apa ciri-ciri Passive Father ni?

🙆‍♂️ Dia ada tapi macam tak ada
🙆‍♂️ Suka kunci diri dalam bilik
🙆‍♂️ Tak kisah anak buat apa pun
🙆‍♂️ Anak dianggap pengganggu
🙆‍♂️ Tak suka jaga anak
🙆‍♂️ Tak ambil tahu langsung ilmu parenting

Banyak kesan buruk Passive Father ni antaranya :

⛔ Isteri stress dan tertekan
⛔ Anak jadi jauh hati
⛔ Anak buat hal sendiri je
⛔ Anak boleh ada masalah pada perangai dan disiplinnya

p/s : Sebab tu saya nak sangat mak mak semua jemput ayah masuk ke Keluarga Besar Telegram kita ni

p/s : Kadang para bapa ni baca je perkongsian dalam telegram kita ni tapi mereka tak bagitahu
😘

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😵 Anak buat muka? 😵

Antara tanda anak mula memberontak adalah dia mula buat muka bila kita tegur dia

Sini saya anak ajar sikit Seni Menegur bila anak buat silap

Jangan guna "Kenapa"
Gunakan "Sebab apa"

Contohnya bila anak sulung pukul adik dia :

Kenapa pukul adik?
Sebab apa along pukul adik?

Nampak macam agak sama kan tapi sebenarnya kesannya sangat berbeza

Kenapa = menyalahkan dia
Sebab apa = kita nak sama sama cari penyebab & solusi

Anak jadi lebih tenang bila kita tahu seni dalam menegur anak. Cubalah sendiri nanti 👌

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😩 Serabutnya jiwa 😩

Kadang keserabutan dalam diri kita boleh juga muncul daripada :

🚩 Physical space yang serabut & bersepah

Physical space ni termasuklah :

◻️ Bilik tidur
◻️ Tempat solat
◻️ Dapur
◻️ Ruang tamu
◻️ Bilik air

Apa yang DI LUAR boleh bagi kesan pada apa yang DI DALAM


Okay je kalau kadang kala rumah bersepah sebab tak larat nak kemas tetapi janganlah dijadikan habit. Boleh ibu ayah semua? 😉

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🙋‍♀️ Siapa kat sini nak jadi ibu yang lebih baik? 🙋‍♀️

Ok, cuba wujudkan 5 habit ini bila bersama dengan anak :

1. Bercerita sebelum anak tidur
2. Ajak anak buat kerja bersama
3. Selalu perasan kebaikan anak
4. Bersembang macam kawan
5. Elakkan jadi ibu yang Perfectionist

"Ibu yang baik bukannya ibu yang tak pernah buat silap tapi ibu yang baik adalah ibu yang selalu topup ilmu parenting dan terus baiki cara parentingnya"


#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😩 Rasa nak menangis? 😩

Kadang bila rasa putus asa dan tak semangat sangat jadi ibu pada anak anak kita..

Sampai rasa nak menangis kan?

Maka, MENANGIS lah wahai ibu..jangan terlampau ditahan tahan

Menangis bermanfaat buatmu..

💧Menurunkan stress hormone
💧Membantu regulate emosi
💧Melegakan jiwa & perasaan

Siapa kata menangis itu tanda lemah?

Menangislah kerana itu bukan petanda lemah tetapi itu tanda kita berehat sebentar untuk kembali gagah melangkah


#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😭 Anak sulung paling terluka dengan kita? 😭

Anak sulung paling terluka sebab dia ada di waktu kita paling struggle dengan diri & pasangan di awal perkahwinan kita

Antara cara nak ubati trauma pada anak sulung adalah buat 3 rutin Unconditional Love ini :

i. Peluk dia setiap pagi
ii. Jaga hubungan hati dgn dia
iii. Terima kelemahan anak sulung sebagainya dia terima kelemahan kita suatu ketika dahulu

(sebak la pula sebab saya pun banyak buat salah pada anak sulung saya dulu)

p/s : Jom sama sama jadi ibu dan ayah yang terbaik buat anak anak kita dan jangan lupa terus belajar ilmu untuk didik anak sulung kita 💪

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😔 Anak sangat takut kecewakan kita? 😩

Kadang, ada satu perkara yang kita kena buat juga kalau kita nampak anak takut kecewakan kita & mula menjarakkan diri daripada kita. Apa nak buat?

👉 Kadang kena biar anak BELAJAR melalui KESILAPAN dia (learning through mistakes)

Yup, kadang² kena :

✅ Bagi dia buat keputusan
✅ Bagi dia buat silap
✅ Ketap bibir kita
✅ Kurangkan sikit kawal dia
✅ Bagi dia berdikari juga

Apa pun kena tengok keadaan juga.

Semoga anak kita tahu yang kita tetap akan bersama dia walaupun ketika dia melakukan kesilapan & kesalahan ❤️


#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😖 Kita ni terlalu paksa anak sulung ke? 😖

Tanpa sedar anak sulung ni banyak makan hati 😰

Bila SALAH CARA DIDIK maka kita akan didik anak sulung kita untuk :

🙅‍♂️ Jadi dewasa sebelum usia
🙅‍♂️ Jadi penanggung salah adik²
🙅‍♂️ Jadi anak yang sempurna
🙅‍♂️ Jadi pujian saudara mara
🙅‍♂️ Jadi penyambung impian lama kita

Ada anak sulung yang akhirnya mampu berdamai dengan apa yang dia rasakan.

Tapi ada yang sampai dewasa pun mereka simpan dan bawa sebagai beban 😩

Didiklah anak sulung sebaiknya kerana mereka juga berhak bahagia ❤️


#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😩 Anak malas belajar? 😩

Sebelum kita nak anak kita belajar sesuatu topik / subjek apa sebenarnya yang kita kena buat?

👉 Kena bagi anak MINAT dulu subjek tersebut

Kadang kita tergesa-gesa sangat nak anak belajar sampai kita lupa untuk INSTALL MINAT dia dulu 🙅‍♂️

Contohnya, kita nak sangat anak kita jadi HEBAT dalam subjek SAINS. Apa nak buat?

✅ Pasang dokumentari sains
✅ Belikan buku sains
✅ Main teka teki sains
✅ Bagi dia suka baca fakta sains dulu

Nota Kaki : Cara saya mudah je. Saya belikan anak saya buku Teroka Sains 5 set. Terus sampai sekarang mereka minat Sains

Boleh beli buku tu di sini 👇
https://shop.terokasains.com/order/form/koleksiterokasains/AnakHebat

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

Kalau taknak anak melekat & ketagih dengan hp saya memang sarankan dapatkan set Ganti Gajet ni.

Ni saya dan wife hasilkan sendiri dan memang anak anak saya pun guna. Cuma tu lah, tinggal sikit je lagi set Ganti Gajet ni. Siapa cepat dia dapat ya

Klik sini cepat : gantigajet.com

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😩 Anak baran? 😣

Salah satu tanda anak yang TAK BAHAGIA adalah dia mudah melenting & susah kawal emosi bila dengan adik-beradiknya

5 tanda anak kita ada masalah BARAN :

1. Tangannya cepat memukul
2. Tak boleh diajak bergurau
3. Sangat mudah melenting
4. Selalu terjerit-jerit
5. Selalu bergaduh dengan adik-beradiknya

Anak yang TAK BAHAGIA ni 'reptilian brain' dia lebih aktif. Itulah kenapa dia susah kawal emosi & jadi baran walau dengan adik beradik sendiri 😢

Bahagiakanlah anak kita kita kerana itu kekuatan mereka untuk bahagiakan adik-beradiknya pula


#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😔 Anak takut? 😞

Ya, salah satu ciri anak yang tak bahagia adalah dia selalu berada dalam FEAR STATE

Macam ni. Kita boleh pilih untuk didik anak menggunakan :

1. Fear-based
2. Love-based

Kita tentukan yang mana kita nak gunakan. Yang terbaik adalah yang seimbang & sederhana antara keduanya.

Kita taknak anak terlampau takut sehingga terencat habis kreativiti dia.

Tapi kita juga taknak anak terlampau manja hingga dia pijak kepala


#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😔 Anak sulung suka menolong tapi selalu nampak sedih? 😔

Tak ramai tahu anak sulung ni paling cenderung untuk jadi People Pleaser yang buatkan dia jadi SUSAH BAHAGIA 😩

Ni 5 tanda People Pleaser pada anak sulung kita :

1. Tak fikir diri sendiri
2. Fikir nak puaskan hati kita je
3. Terlalu damba pujian kita
4. Buat² bahagia di depan kita
5. Hanya lepas emosi sedih di belakang kita sahaja

Sedih kan? Jadi belajarlah cara yang betul untuk bahagiakan anak sulung kita kerana merekalah intan dan permata paling berharga dalam hidup kita ❤️

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😫 Semua anak buat hal? 😣

Kadang kita jadi Overwhelmed bila kita nak setelkan semua anak sekaligus

🤷‍♀️ Jadi apa nak buat? 🤷‍♀️

👉 Fokus BAHAGIAKAN anak sulung dulu

Bila anak sulung rasa bahagia :

❤️ Si sulung jadi kurang dengki
❤️ Si sulung jadi makin caring
❤️ Si sulung jadi kurang marah²
❤️ Adik adik pun ikut bahagia
❤️ Adik beradik jadi damai je
❤️ Rumah jadi lebih tenang
❤️ Adik beradik kurang bergaduh

Bahagiakan anak sulung kita. InsyaAllah dia akan sudi untuk bahagiakan adik adik di bawahnya

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🙋‍♂️ Nak ubah anak melalui storytelling? 🙋‍♀️

Pertama kena tahu dulu kenapa story/cerita ni sangat berpengaruh pada seorang anak?

🕺 Semua anak sukakan cerita
🕺 Anak jadi lebih ralit
🕺 Anak jadi terinspirasi
🕺 Cerita boleh bypass critical thinking & logic anak kita

Cara nak ubah sikap & karakter anak melalui storytelling :

🎬 Banyakkan bedtime story
🎬 Pasang cerita kartun dan animasi yang ada nilai yang kita nak tanam pada anak kita
🎬 Jadikan kereta tempat anak tengok cerita yang Islamik
🎬 Banyak bersembang dengan anak tentang cerita jatuh bangun kita dulu

Belajar sesuatu yang bernilai tak daripada apa yang saya kongsi ni? Kalau ada klik ❤️

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🏡 Nak anak suka duduk rumah? 🏠

Antara cara untuk buatkan anak jadi cinta dan suka duduk di rumah adalah :

👉 Create safe environment di rumah

Contoh safe environment :

🤗 Banyak senyum
🤗 Kurangkan bebel
🤗 Banyakkan puji perangai baik
🤗 Raikan pendapat anak
🤗 Tak guna ugutan dalam beri arahan pada anak

p/s : Agak agak sekarang ni rumah anda semua dah jadi safe environment untuk anak belum? Kalau dah, bagi ❤️ sikit

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

Anak kurang ajar⁉️

Kadang anak kita jadi kurang ajar, biadap, tak berakhlak dan berperangai buruk sebab kita terlepas untuk ajar anak 1 benda penting ni..

🗣️ Uishhh..apa tu?

Mungkin kita terlupa nak ajar anak kita MORAL COMPASS sebenar hidup dia

Ada mak ayah dia ajar anak dia :

🗣️ "Tak baik ambil mangga jiran, nanti apa ORANG KATA"

Jadi, moral compass yang kita install pada anak kita adalah keburukan itu adalah bila buruk di pandangan mata orang

🤔 Agak-agak apa jadi bila tak ada orang nampak?

🤔 Agak agak apa jadi bila di belakang kita nanti?

🤔 Betul ke moral compass yang sebenar macam tu?

Jawab 3 soalan di atas dalam hati kita. InsyaAllah kita akan dapat jawapannya untuk didik moral compass sebenar anak kita 😉

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😩 Rasa tak berharga? 😩

Kadang rasa tak berharga tu boleh datang sebab :

🥵 Burnout
🥵 Toxic circle
🥵 Tak tahu self-worth

Salah satu cara berkesan nak tingkatkan 'rasa diri berharga' adalah :

👉 Belajar skills/kemahiran baru

Tak kisah awak surirumah ke penjawat awam ke pekerja swasta ke, ibu tunggal ke dan lain lain awak tetap boleh belajar kemahiran baru untuk naikkan nilai diri sendiri.

Kerana dirimu begitu berharga ❤️


Nanti saya share lagi kemahiran apa yang boleh ibu semua pelajari untuk lawan rasa rendah diri/rasa tak bernilai 👌

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🥵 Anak asyik mintak nak main handphone? 🥵

Kadang ada ibubapa yang agak susah nak bertegas/firm dengan anak ni

Jadi solusinya memang kena buat :

👉 Jadual Screentime Rewards

Contohnya anak kita boleh main handphone 1 jam selepas dah tandakan checklist ini :

◻️ Solat
◻️ Buat kerja sekolah
◻️ Mandi
◻️ Kemas bilik

Jadikan screentime itu sebagai Reward, bukannya sebagai hak sesuka hati anak. Boleh tak ni terus praktik pada anak masing masing?

Kalau boleh bagi ❤️ sikit

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

💖 3 renungan buat semua ibu tentang anak sulung 💖

Dia yang pertama singgah di rahimmu. Dia juga yang pertama kali mengajarmu menjadi ibu


Melihat anak sulung umpama melihat dirimu yang dulu. Terkadang seorang ibu perlu berdamai dengan dirinya dahulu sebelum mula mendidik si sulung itu


Si sulung pernah merasai versi terburuk dirimu suatu ketika dahulu. Belum layakkah anak sulungmu untuk merasai versi terbaikmu? Didiklah si sulungmu sekarang dengan sebaik yang termampu



#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🥵 Risau dgn anak sulung? 🥵

Anak sulung ni paling berpengaruh pada adik-adiknya yang lain

Sebab tu yang pertama kena didik adalah anak sulung. Salah didik anak sulung, akan timbul 3 isu ni :

1. Dia jadi Bossy & Overprotective
2. Dia jadi Over-Perfectionist
3. Adik-adiknya pun ikut rosak bila kakak atau abang sulungnya rosak

" Mendidik anak sulung umpama mendidik seluruh anak anak. Jika baik si sulung, maka insyaAllah baiklah juga adik adiknya. Jika rosak si sulung, maka dikhuatiri rosaklah seluruhnya "


#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😰 Anak sulung melawan bila disuruh? 😵

Apa nak buat?

❌ Makin suruh² dia
❌ Makin bengis depan dia
✅ Ubah SURUHAN menjadi PERTANYAAN

Contohnya kalau kita nak suruh anak sulung kita tu kemas bilik dia. Ni contoh pertanyaan kita boleh buat :

Along dah kemas bilik dah? Nanti takut ada tetamu nak datang

Along ok ke kalau kemas bilik harini? Mama nampak bilik Along bersepah sangat ni


Ni saya panggil sebagai Seni Memberi Arahan. Kita bagi arahan sebenarnya tapi anak tak rasa pun ianya arahan.

Dia rasa dihormati
Dia rasa disayangi


Itu yang paling penting 🥰

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😭 Bahaya ke salah didik anak sulung? 😭

3 bahaya yang tak ramai mak ayah tahu bila salah cara didik anak sulung :

📛 Adik² nya terpengaruh
📛 Adik² terikut
📛 Adik² jadi rosak

Kenapa?

Sebab anak sulung ni adalah :

i. Leader pada adik² nya
ii. Inspirasi adik² nya
iii. Ikutan adik² nya

Jadi tolonglah mulai hari ini didiklah anak sulung kita sebaiknya

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

☹️ Anak tak fokus belajar? ☹️

Nah saya buat siap siap checklist untuk mak ayah semua check apa yang tak kena dengan si anak

Checklist isu yang ganggu fokus belajar anak :

◻️ Tidur lambat
◻️ Tak ada motivasi
◻️ Isu di sekolah
◻️ Tak faham silibus pelajaran
◻️ Ketagih gajet (hp, laptop, TV)

Nanti tandakan ✅ pada checklist ni ya. Dari situ nanti mak ayah semua akan nampak macam mana nak kembalikan fokus belajar anak.

Anak yang hebat belajar adalah anak yang termotivasi dan mampu fokus sepenuhnya pada pelajarannya


#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

☹️ Anak Dengki? ☹️

Antara petanda anak TAK BAHAGIA adalah dia SIMPAN DENGKI sesama mereka

Dengki ni tak boleh dilihat dengan mata kasar tapi ianya boleh terlihat pada perangai anak kita contohnya :

💥 Selalu berlawan mulut
💥 Selalu sakitkan hati adik
💥 Suka mengadu domba
💥 Selalu saling sabotaj
💥 Selalu tak puas hati
💥 Selalu banding-bandingkan

Isu dengki ni boleh timbul sebab :

⚠️ Favouritism
⚠️ Constant comparison
⚠️ Berlainan personaliti
⚠️ Attachment Hunger
⚠️ Berlawan untuk dapatkan perhatian

Dan banyak lagi.

Jangan remehkan isu dengki dalam adik-beradik ya. Bahagiakan & didiklah mereka sebaiknya ❤️


#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😭 Sedih jadi ibu tunggal? 😭

Antara kesedihan ibu tunggal yang kematian suami atau yang suami TIDAK BERFUNGSI adalah bila fikirkan nasib anaknya

Memang anak perlukan Father Figure dalam hidupnya untuk dia berpaut, belajar dan merasa selamat tapi Father Figure tak semestinya seorang AYAH

Anak juga boleh dapat Father Figure ni melalui :

🙋‍♂️ Pakciknya
🙋‍♂️ Atuknya
🙋‍♂️ Guru sekolahnya
🙋‍♂️ Guru agamanya

Dan ramai lagi. Seperti Nabi Muhammad SAW yang kematian bapa ketika di dalam kandungan. Baginda Nabi SAW tetap membesar dengan hebat di samping ATUK & PAKCIK Baginda ❤️

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😩 Anak sulung kadang nampak kejam dengan adiknya? 😩

Anak sulung ni cenderung mengalami penat dalaman ( EMOTIONALLY EXHAUSTED) yang buatkan mereka SUSAH BAHAGIA

Apa yang buatkan anak sulung ni penat dalamannya?

1. Tekanan dari kita (parental pressure)
2. Terpaksa jadi yang terbaik
3. Galas harapan tinggi dari kita
4. Nak bahagiakan kita
5. Nak urus adik-adiknya
6. Jadi dewasa sebelum usia
7. Tekanan dari orang luar
8. Terlampau banyak berkorban

Banyak lagi sebenarnya. Kesian kan anak sulung kita?

Sebab tu kita sendiri kena ada ilmu untuk didik anak sulung kita jadi anak yang bahagia 🥰

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😔 Anak sunyi? 😔

Ya, salah satu tanda anak yang TAK BAHAGIA adalah dia rasa sunyi dalam hidup dia

Ni 5 tanda anak kita sedang kesunyian yang mak ayah kena tahu :

1. Sikap berubah tiba-tiba
2. Banyak diam & susah senyum
3. Hilang minat nak bermain
4. Wajah gloomy sentiasa
5. Lebih pentingkan imaginary friend daripada kawan sebenar

Penting untuk alert benda benda ni semua. Yelah faham kadang bila ramai sangat anak ni buatkan kita terlepas pandang benda ni semua

Anak yang bahagia dan ceria mampu membahagiakan emosi orang di sekelilingnya

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😞 Anak tak bahagia? 😔

Anak tak bahagia dah jadi satu FENOMENA sebenarnya.

Cuma mak ayah tak perasan‼️

Kenapa? Sebab tak semua anak pandai tunjuk yang dia sedang tidak bahagia.

Anak anak tak bahagia ni biasanya akan cari Cheap Dopamine untuk untuk 'escape & distract' diri mereka daripada rasa tak bahagia contohnya :

❌ Main game setiap masa
❌ Tengok TV sepanjang hari
❌ Ketagih pornografi
❌ Selalu lepak dengan kawan
❌ Terjebak dengan vape/rokok
❌ Buat benda yang berisiko
Berdating & couple sana sini
❌ Suka makan benda manis

Dan banyak lagi sebenarnya. Kesian anak anak ni sebenarnya. Mereka sedang perlukan mak ayahnya 😔

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🤷‍♂️ Pening nak ubah sikap anak? 🤷‍♀️

Sebenarnya banyak cara nak ubah sikap & karakter anak ni tapi nak tahu tak CARA TERMUDAH nak ubah sikap anak?

👉 Storytelling / melalui cerita

Ya, perasan tak orang di Barat sana tak perlu susah susah pun ajar anak kita Lifestyle mereka

Mereka cuma fokus buat FILEM/CERITA je. Dalam filem tu lah mereka promosikan lifestyle mereka

Tanpa sedar perlahan lahan anak kita :

❌ Ikut cara berpakaian Barat
❌ Ikut cara bersosial Barat
❌ Ikut rutin hidup Barat

Jadi bagaimana untuk ubah sikap & karakter anak melalui storytelling ni? 🤷‍♀️

Saya jelaskan di post seterusnya pukul 9 pagi esok ya, insyaAllah

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…
Subscribe to a channel